Isnin, 7 September 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


"Gembira, Gembira"... PAS Mahu Tanding Kerusi DAP...

Posted: 07 Sep 2015 12:35 AM PDT

PRU14: PAS rancang tanding di kerusi DAP

PAS berhasrat untuk meletakkan calonnya di kerusi yang ditandingi DAP pada pilihan raya umum akan datang dan kini parti itu sedang mengkaji secara mendalam mengenai rancangan itu.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan meletakkan calon bukan Islam dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bagi mewakili parti untuk kerusi itu, lapor Sinar Harian hari ini.

"Apabila kita sudah tidak ada kerjasama dengan DAP sekarang ini, sudah pasti pilihan raya umum akan datang mempunyai perhitungan lain daripada yang lalu.

"PAS tidak akan teragak-agak untuk menempatkan calon ita, malah kini di peringkat kajian mendalam bersama Jawatankuasa Pilihan Raya PAS dan pimpinan pusat untuk meletakkan calon bukan Islam mewkili PAS," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Laporan itu juga menyebut, Hadi mengakui PAS mempunyai ramai calon bukan Islam yang layak bertanding mewakili PAS selagi mereka mendukung dan menyokong konsep perjuangan parti.

Akhbar itu juga melaporkan Hadi berkata Islam berbeza dengan ideologi lain dan membenarkan orang bukan Islam menjadi menteri tetapi dari aspek eksekutif bukan pembuat dasar.

PAS diseru tumpu kerusi menang

Sementara itu dalam laporan yang lain, akhbar itu turut melaporkan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke menyeru PAS supaya menumpukan kepada kerusi dimenangi terlebih dahulu sebelum bercadang bertanding di kerusi DAP.

Katanya, PAS tidak perlu mengejar untuk menambah kerusi kerana kerusi yang dimenangi sebelum ini belum tentu kekal milik PAS, lapor akhbar itu lagi.

"Terpulang kalau PAS nak bertanding di mana-mana kerusi pun kerana ia sedikit pun tidak akan menggugat DAP.

"Tetapi sebelum ini, saya nasihatkan PAS supaya memberi fokus yang lebih terhadap kerusi dimenanginya dahulu, sebelum mahu tambah kerusi lain.

"Lihat sahaja di Negeri Sembilan, pada pilihan raya umum lalu, satu kerusi pun PAS tak menang. Macam nana pula mahu mahu tambah kerusi lagi," katanya seperti dilapor akhbar itu. -mk

ULASAN GB

Tanpa golongan profesyenal, PAS nampaknya semakin bangang. Tanpa mengukur kemampuan dan keupayaan sendiri, kerusi DAP nak ditandinginya.

Ramai merasakan DAP lansung tidak terkejut dan tidak gentar dengan "ugutan" PAS berkenaan. Kerana PAS memang tidak ada peluang lansung untuk menang di kerusi-kerusi majoriti kaum Cina. Malah diramalkan kesemua kerusi yang PAS tandingi di kawasan DAP akan hilang wang pertaruhannya.

Ketara sangat perjuangan PAS kini hanya bersandarkan kepada perjuangan emosi yang membuta tuli, bukan bersandarkan kepada ilmu dan strategi. Maaf cakap, bangangisme dan bebalisme darjah tertinggi.

Kita hanya boleh menyambutnya dengan perkataan... "Gembira.. gembira..."







ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




Talak Baiah: PAS Hilang Sokongan Pengundi Wanita...

Posted: 06 Sep 2015 11:30 PM PDT

Baiah taklik buat PAS hilang sokongan pengundi wanita, kata penganalisis

PAS bakal kehilangan sokongan segmen pengundi wanita ekoran isu baiah taklik, atau sumpah talak tiga, yang dimainkan pemimpinnya susulan perpecahan parti itu dan tertubuhnya sebuah parti baharu, kata para penganalisis.

Parti Islam itu menggunakan sumpah tersebut ke atas ahli Parlimennya kerana pemimpin seperti wakil rakyat Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli contohnya, meninggalkan parti itu untuk memihak kepada Parti Amanah Negara (Amanah) yang bakal ditubuhkan secara rasmi.

Pemerhati berkata, perkara itu menerima bantahan kaum wanita, yang membentuk majoriti pengundi di Malaysia, kerana menganggap parti itu menyalahgunakan agama dan meletakkan isteri sebagai cagaran dalam politik mereka.

Pengerusi Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata kajian pihaknya mendapati golongan wanita paling marah dengan isu ini.

"Berdasarkan tinjauan pantas yang dijalankan kepada pengundi wanita di Lembah Klang, hampir keseluruhan memberikan reaksi marah dengan tindakan PAS menggunakan agama demi kepentingan politik dan kuasa," kata pengkaji pendapat bebas itu kepada The Malaysian Insider.

Baiah taklik yang menyandarkan pegangan terhadap parti kepada cerai talak tiga ke atas isteri, dimulakan bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menyelamatkan kerajaan negeri itu selepas kalah dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada 2005.

Dengan kekalahan itu, PAS dan musuhnya Umno hanya berbeza satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dengan 23 kerusi berbanding 22 milik BN.

Selepas terbukti ia berkesan, tradisi baiah taklik ini diteruskan PAS di Kelantan pada setiap kali menjelang pilihan raya termasuk pada pilihan raya umum (PRU) 2013 lalu.

Namun begitu, Nik Aziz menjadikan perkara ini rahsia yang disimpan hanya di kalangan mereka yang terlibat saja tanpa diketahui umum.

Apabila bekas naib presiden PAS Datuk Dr Hassan Ali mendedahkan perkara ini tidak lama dulu, Nik Aziz serta setiausaha agung PAS ketika itu, Datuk Mustafa Ali, menafikannya.

Tetapi kini, ketika parti berpecah dua, pemimpin PAS menjadikan isu ini sebagai senjata politik untuk mengekang ahlinya, khasnya wakil rakyat mereka, daripada meninggalkan parti itu.

Ia berlaku selepas parti itu kehilangan rakannya dalam Pakatan Rakyat, diikuti pengundi Cina, sebagaimana ditunjukkan dalam perhimpunan 34 jam Bersih 4 yang tidak disertai PAS.

Tentangan terhadap baiah taklik juga mula disuarakan pertubuhan dan pemimpin wanita terhadap parti itu.

"Apabila rahsia ini terbongkar, ia menjadi isu sensitif kerana tidak tergambar bagi kita semua bagaimana wanita, yang seharusnya dimartabatkan dalam institusi keluarga Islam, kini menjadi bahan dagangan percaturan politik," kata Ketua Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Datin Paduka Che Asmah Ibrahim.

Mereka menentang sebarang tindakan yang menjadikan wanita dan institusi keluarga sebagai barang pertaruhan dan percaturan politik atas alasan apa sekalipun.

"Perbuatan ini bukan saja merendahkan martabat wanita, malah bertentangan dengan syariat dibawa Rasulullah yang meletakkan wanita dan lelaki sama kedudukannya di depan Yang Maha Pencipta, syariat yang membawa rahmah bagi sekalian alam," kata Che Asmah.

Hisomuddin berkata, pada pengamatan panel penyelidikan Ilham Centre, sekiranya isu tersebut diheret dalam tempoh yang lama, maka hakisan sokongan segmen pengundi wanita terhadap PAS akan berlaku.

Katanya, ini diburukkan lagi dengan beberapa isu mutakhir ini yang menyaksikan pendirian politik PAS dalam isu nasional tidak mengambil kira kehendak penyokong dan pendukung Pakatan Rakyat.

"Menarik diri daripada menyertai Bersih 4, memperbesarkan insiden terpencil penyokong Bersih 4 memijak foto presiden PAS dan perdana menteri, semua ini mengundang kemarahan pengundi bukan Melayu, terutama pengundi Cina," katanya memberi contoh.

"Insiden berkenaan membayangkan akan berlaku penolakan pengundi Cina terhadap parti Islam tersebut dalam pilihan raya akan datang.

"Jika ditambah dengan polemik baiah taklik ini, kehilangan sokongan pengundi wanita sudah tentu akan menjejaskan lagi peluang PAS menawan lebih kerusi Parlimen atau DUN pada masa depan," katanya.

Selain itu, Hisomuddin berkata, golongan wanita menegaskan PAS sewajarnya menumpukan kepada soal lebih besar seperti memperjuangkan nasib rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup tinggi, kenaikan harga barangan, cukai barangan dan perkhidmatan dan skandal melemaskan pemikiran rakyat.

"PAS perlu senada dengan barisan pembangkang yang lain melegakan keresahan rakyat dan bukannya menambahkan beban dengan mengutamakan soal menghukum, dan melibatkan perkara sensitif seperti meruntuhkan ikatan perkahwinan orang lain," katanya.

Katanya, bagi mengetahui pola sokongan, Ilham Centre juga mengemukakan soalan adakah mereka akan memilih parti yang menggunakan kaedah cerai taklik ini dalam pilihan raya akan datang bagi mengetahui sama ada isu tersebut mempengaruhi keputusan mereka.

"Berdasarkan maklum balas yang diberikan, mereka sepakat akan menolak PAS.

"Justifikasi pendirian mereka juga menyatakan isu ini antara faktor yang akan mengatasi faktor lain dalam mempengaruhi keputusan mereka," kata Hisomuddin.

Katanya, responden juga mendesak agar badan bukan kerajaan dan sayap wanita parti politik tampil dengan kenyataan tegas menempelak dan menolak cara PAS menggunakan cerai taklik dalam ruang lingkup politik negara.

"Jika dibiarkan, ia seakan-akan membiarkan parti politik bertindak merendahkan martabat kaum wanita," katanya.

Pada Selasa, PAS mengesahkan 22 pemimpinnya termasuk Hatta tidak lagi menjadi ahli parti itu apabila mereka menyertai Amanah yang diumumkan pada 31 Ogos.

PAS Kelantan pada Khamis mendakwa, baiah taklik yang dilafazkan wakil rakyatnya adalah sah di bawah undang-undang Islam.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam menggesa semua pihak menghentikan polemik isu baiah itu, sebaliknya menyerahkan kepada pihak yang berautoriti dalam hal menentukan hukum.

"Pihak yang terlibat mesti merujuk kepada Mahkamah Syariah dalam memutuskan sesuatu isu yang melibatkan hukum syarak.

"Oleh kerana ia melibatkan hukum syarak yang mempunyai banyak implikasi, maka wajar bagi semua menyerahkan kepada pihak berautoriti dalam menentukan hukum bagi memutuskannya," katanya sambil menambah, perbincangan secara terbuka menggunakan pandangan akal menimbulkan kecelaruan di kalangan masyarakat. -TMI

ULASAN GB

Kelam kabut PAS kini dengan isu Baiah Talak. Ternyata ia sudah menjadi senjata yang makan tuan.

Timbalan Presiden PAS meminta supaya polemik Talak Baiah dihentikan selepas melihat majoriti umat Islam menolaknya. Anehynya, TITM meminta mereka yang terbabit meninggalkan parti itu perlu merujuk kepada Mahkamah Syariah dalam memutuskan hukum sumpah bai'ah tersebut kerana ia melibatkan hukum syarak.

Sungguh aneh dan pelik. Sepatutnya PAS yang perlu terlebih dahulu merujuk kepada Mahkamah Syariah SEBELUM memasukkan Baiah Talak itu di dalam sumpah untuk para wakil rakyatnya. Apakah itu pernah dilakukan? Adakah isteri bakal wakil rakyat itu dimaklumkan? Kedua-duanya tidak pernah dilakukan. Oleh itu Baiah Talak itu sudah tidak sah semenjak ia digunakan kerana ia tidak dirujuk terlebih dahulu kepada pihak berkuasa dan tidak diketahui oleh pihak yang terlibat secara lansung iaitu sang isteri.

Baiah Talak seperti yang GB ulaskan sebelum ini, petikan:

Ia memaparkan wajah hodoh yang sebenar ada pada PAS yang tidak diketahui oleh rakyat selama ini dan sewajarnya rakyat amnya dan umat Islam khususnya perlu menjauhi PAS selama mana baiah talak itu dikekalkan.

Syukur kepada Allah kerana terbongkarnya isu ini, setidak-tidaknya rakyat dapat menilai bagaimana PAS menggunakan taktik paling hina untuk mempastikan kelansungan survivalnya.

Kedua kita bersyukur kerana ia adalah untuk membuang nanah (baiah talak) yang membusuk di dalam PAS.

Dan dengan terbongkarnya isu ini, majoriti umat Islam akan menolak PAS di dalam pilihanraya. Setelah bukan Islam menolak PAS seperti yang GB laporkan kelmarin apabila DHPP pun dah ramai meninggalkan PAS, kini disusuli dengan isu Talak Baiah yang akan menyebabkan majoriti umat Islam menolak PAS, sewajarnya PAS tidak lagi perlu untuk bertanding di dalam pilihanraya. Jika mahu bertanding juga... hadapilah kemungkinan akan kehilangan deposit di kebanyakan kerusi...





ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbesar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumbangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




Tiada ulasan: