Jumaat, 4 September 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Baiah Talak PAS Ditolak Oleh Majoriti Umat Islam ...

Posted: 03 Sep 2015 11:50 PM PDT

Bai'ah: Jangan berpegang satu pandangan

SHAH ALAM – Semua ahli dan pimpinan Parti Pekerja Malaysia khususnya yang berasal dari Pas diingatkan supaya tidak hanya berpegang kepada satu pandangan sahaja dalam menghadapi isu bai'ah.

Demikian kata pengerusinya, Mohamad Sabu sambil menegaskan, mereka tidak perlu melatah apabila perkara tersebut digembar-gemburkan, sebaliknya perlu mengambil pelbagai pandangan ulama lain sama ada dalam mahupun luar negara.

"Dalam menghadapi isu ini, saya menasihatkan ahli supaya berpeganglah kepada pandangan mana-mana ulama atau mazhab atau perbezaan pandangan selagi ia ada kelonggaran.

"Bagi saya, pandangan Sheikh Dr Yusof Al-Qaradhawi, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Abdul Ghani Samsuddin dan juga pandangan daripada Mufti Perlis dan Pulau Pinang harus diambil kira dalam hal bai'ah ini termasuk isu menceraikan isteri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pas Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun mengingatkan mana-mana Ahli Parlimen dan Adun Pas Kelantan supaya merujuk semula sumpah bai'ah talak tiga ke atas isteri masing-masing sekiranya berhasrat meninggalkan parti itu dan menyertai PPM (sebelum itu dikenali sebagai Harapan Baru).

Menurutnya, sumpah bai'ah bukan perkara baharu dan telah lama menjadi amalan parti itu di Kelantan yang mana semua wakil rakyat, sama ada di peringkat Parlimen atau negeri, mengangkat sumpah di hadapan Pesuruhjaya Pas.

Mengulas lanjut, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu juga berkata, ahli digesa berpegang kepada pandangan ulama yang paling ringan yang boleh diterima pakai dalam isu bai'ah.

"Saya menyeru kepada mereka yang terlibat dalam hal ini, agar meletakkan kesabaran paling tinggi dan bertawakal kepada Allah, dan berpeganglah kepada pandangan yang paling ringan di antara pandangan-pandangan ulama yang boleh diterima pakai.

"Sesungguhnya, ini adalah sebahagian ujian kecil yang sedang kita lalui bersama, dan banyak lagi ujian besar yang kita akan hadapi," katanya lagi. -SH


KENYATAAN MEDIA WANITA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA

"HENTIKAN POLEMIK BAIAH TALAK TIGA: WANITA DAN KELUARGA MENJADI BARANG PERCATURAN POLITIK"

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia terpanggil memberikan pandangan terhadap isu baiah talak tiga yang sedang hangat diperkatakan. Isu ini mula diperkatakan sejak tahun 2009 ketika sebuah parti politik dikatakan mengambil baiah atau ikrar talak tiga ahli-ahlinya yang bertanding pilihan raya untuk mencegah kejadian lompat parti. Apabila rahsia ini terbongkar, iamenjadi isu sensitif kerana tidak tergambar bagi kita semua bagaimana wanita yang seharusnya dimartabatkan dalam institusi keluarga Islam kini menjadi bahan dagangan percaturan politik.

Hati kecil kami berasa lega apabila mendapat berita bahawa sebahagian alim ulama' berpandangan bahawa baiah seperti ini tertolak dan tidak boleh digunapakai. Namun, apa yang berlaku ialah pandangan ini pula tidak diendahkan oleh pihak yang berkenaan kerana masih ada suara yang terus-terusan mendesak agar baiah itu dilaksanakan. Mereka seolah-olah bergembira dan menunggu-nunggu runtuhnya mahligai kasih pasangan yang pernah menjadi sahabat seperjuangan mereka itu. Di mana hilangnya kewarasan dan perasaan setia kawan dan kemanusiaan? Tidakkah difikirkan kesan negatif daripada desakan tersebut terhadap isteri, anak-anak dan keluarga sahabat terbabit?

Perkahwinan adalah sebuah insititusi suci lagi mulia dalam Islam. Ia ditegakkan di atas asas yang kukuh untuk melahirkan, membina dan memelihara individu yang akan menjadi batu-bata dalam pembinaan masyarakat dan Negara.

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia menegaskan bahawa :

1. Kami menentang sebarang tindakan yang menjadikan wanita dan insititusi keluarga sebagai barang pertaruhan dan percaturan politik atas alasan apa sekalipun. Perbuatan ini bukan sahaja merendahkan martabat wanita, malah bertentangan dengan syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW yang telah meletakkan wanita dan lelaki sama kedudukannya di hadapan Pencipta 'Azza wa Jalla; suatu syariat membawa rahmah bagi sekalian alam.

2. Apa yang telah berlaku perlu dirujuk kepada pihak berwajib dan berkuasa untuk membuat keputusan melalui ketetapan dan prosiding yang sewajarnya.

3. Kami menyeru semua pihak agar menghentikan polemik isu baiah talak tiga ini dan berhenti mengeluarkan kenyataan yang bersifat menghukum dengan sewenang-wenangnya.

Sebenarnya masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan untuk memartabatkan wanita dan keluarga pada tahap yang sebenar-benarnya sebagaimana yang dikehendaki Islam. Ayuh kita sama-sama berganding bahu membangun dan memartabatkan wanita.

Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim
Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
4 September 2015


ULASAN GB

GB sudah ulas semalam bahawa Baiah Talak memaparkan wajah hodoh PAS. petikan:

Ia memaparkan wajah hodoh yang sebenar ada pada PAS yang tidak diketahui oleh rakyat selama ini dan sewajarnya rakyat amnya dan umat Islam khususnya perlu menjauhi PAS selama mana baiah talak itu dikekalkan.

Syukur kepada Allah kerana terbongkarnya isu ini, setidak-tidaknya rakyat dapat menilai bagaimana PAS menggunakan taktik paling hina untuk mempastikan kelansungan survivalnya.

Kedua kita bersyukur kerana ia adalah untuk membuang nanah (baiah talak) yang membusuk di dalam PAS.


Dan dengan terbongkarnya isu ini, majoriti umat Islam akan menolak PAS di dalam pilihanraya. Setelah bukan Islam menolak PAS seperti yang GB laporkan semalam apabila DHPP pun dah ramai meninggalkan PAS, kini disusuli dengan isu Talak Baiah yang akan menyebabkan majoriti umat Islam menolak PAS, sewajarnya PAS tidak lagi perlu untuk bertanding di dalam pilihanraya. Jika mahu bertanding juga... hadapilah kemungkinan akan kehilangan deposit di kebanyakan kerusi...





ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




DHPP S'ngor Keluar PAS Sertai Amanah, PAS Selangor Bakal Berkubur(?)

Posted: 03 Sep 2015 09:23 PM PDT

Pushpa Nagiah Vengdesa yang sebelum ini merupakan ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Selangor menunjukkan borang keahlian baru selepas menyertai Parti Amanah Negara.

Pemuda, Wanita DHPP Selangor umum keluar PAS, sertai Amanah

Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Selangor Rajkumar Batumalai, bersama Ketua Wanita DHPP Selangor Pushpa Nagiah Vengdesa mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) bersama anggota jawatankuasa mereka. Turut bersama-sama mereka adalah 24 ahli jawatankuasa Pemuda dan Wanita DHPP di Selangor termasuk ahli daripada beberapa kawasan seperti Kuala Selangor, Kuala Langat, Kota Raja, Subang, Shah Alam, dan Kapar.

"Kami memilih untuk bersama parti baharu ini atas pilihan kami sendiri tanpa paksaan atau pujukan mana-mana pihak.

"Kami percaya parti baharu ini lebih sesuai dan mesra dengan jiwa kami kerana pendekatannya yang jauh lebih inklusif, progresif, dan adil, bersesuaian dengan konsep rahmat untuk semua," kata Rajkumar pada sidang medianya di Shah Alam hari ini.

Antara yang turut bersama mereka adalah seramai 500 ahli dari kawasan Kuala Selangor, 425 daripada Kota Raja, Subang (300), Shah Alam (300), Kapar (100), Hulu Selangor (300), Kuala Langat (100), dan Klang seramai 30 ahli.

Selain itu, 16 kawasan daripada 21 kawasan DHPP juga sudah dibubarkan.

"Lebih ramai ahli-ahli DHPP dari kawasan-kawasan lain akan mengikut langkah kami ini secara berperingkat memandangkan parti baharu ini memberikan keahlian penuh kepada kami," kata Rajkumar.

Sebelum ini beberapa kepimpinan PAS peringkat cawangan mengambil keputusan meninggalkan parti Islam itu dengan menyertai Amanah.

Antara yang turut mengambil tindakan sama adalah mantan ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat bersama barisan kepimpinan PAS Pulai, Johor mengumumkan penyertaan mereka terhadap parti berkenaan.

Beliau sebelum ini tewas dalam pemilihan merebut jawatan ketua Pemuda kepada Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz awal Jun lalu.

Turut menerima nasib sama tewas dalam pemilihan itu adalah pemimpin daripada kumpulan progresif PAS manakala pemimpin daripada kalangan konservatif yang pro kumpulan ulama menguasai PAS.

Mereka kemudiannya menubuhkan Gerakan Harapan Baru dan akan menjadi wadah baharu dalam arena politik dan bekerjasama dengan parti pembangkang seperti DAP dan PKR. -TMI

ULASAN GB

GB sudah ulas sebelum ini bahawa kemenangan PAS di Selangor di dalam PRU13 dulu khususnya, adalah disokong oleh bukan-Melayu. Dan apabila PAS mengambil sikap bermusuh dengan DAP, PAS sebenarnya menempah telah kekalahan lebih awal. Cuba perhatikan:

DUN PAS menang di Selangor.

mm=majoriti menang. %c= % cina

N17 Gombak Setia. mm 4.2%. %c 11.73%
N18 Hulu Kelang. mm 7.2%. %c 14.32%
N2 Sabak. mm2.1%.. %c 12.23%
N20 Lembah Jaya. mm 20.7%.. %c 31.86%.
N21 Chempaka. mm25.9%. %c 38.17%.
N23 Dusun Tua. mm10%. %c 37.72%.
N26 Bangi. mm25.2%. %c 18.96.
N29 Seri Serdang. mm25.4%. %c 31.6%
N38 Paya Jaras. mm14.3%. %c 27.3%
N42 Meru. mm25.6%. %c 27.5%
N45 Selat Kelang. mm8.7%. %c 26.0%
N51 Sijangkang. mm10.8%. %c 15.2%.
N53 Morib. mm2.6%. %c 22.7%
N54 Tanjung Sepat. mm3.4%. %c 28%.

terima kasih kepada Chor The Sniper kerana menggunakan datanya di atas

Jika dilihat peratusan di atas, hampir kesemua kerusi (kecuali Bangi) majoriti kemenangan PAS adalah lebih kecil dari jumlah pengundi kaum Cina. Ini bererti jika tanpa "undi" kaum Cina, PAS bungkus di kesemua kerusi berkenaan.

Setelah bermusuh dengan DAP, kini DHPP pula meninggalkan PAS. Siapa lagi yang tinggal untuk mengundi PAS dari kalangan kaum bukan Melayu?







ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




Tiada ulasan: