Ahad, 20 September 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Cagar Isteri, PAS Perlu Laksanakan Kepada Seluruh Ahlinya.. Ada Berani?

Posted: 20 Sep 2015 12:48 AM PDT

Hadi dakwa baiah cerai angkat kedudukan isteri dalam perjuangan Islam

Polemik baiah cerai taklik bekas pemimpin PAS yang menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) nampaknya belum reda apabila presiden parti Islam itu mendakwa, isteri yang "dicagarkan" dalam perjanjian politik itu sebenarnya diangkat taraf bersama kecintaan kepada Allah.

Menulis dalam kenyataan menerusi akaun Facebook beliau, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Allah tidak akan menurunkan rahmatNya kepada mereka yang "membeli" semula perjanjian mereka denganNya.

Katanya, PAS mensyaratkan baiah, yang dimasukkan di dalamnya sumpah dan laknat, sekiranya ia tidak dipenuhi, yang ditegaskan dengan menyebut nama Allah sebagai saksinya.

"Ada negeri yang memasukkan talak taklik, bukan bermakna merendahkan isteri, sebaliknya meninggikan kedudukannya sehingga dimasukkan bersama kecintaan kepada Allah, walaupun tidak menyamainya.

"Bahkan para sahabat Nabi Muhammad bersumpah dengan menyebut 'demi ayah dan ibu'.


"Kecintaan terhadap kedua-duanya tidak melebihi kecintaan kepada Allah dan Rasul, (ia) merupakan seni sastera Arab bagi mengukuhkan ucapan dan ikrar," katanya dalam kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, Hadi menegaskan yang kesetiaan kepada "perjuangan Islam" mengatasi kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan pihak lain.

"Tahaluf siyasi dengan pihak lain yang termasuk dalam perkara strategi, tidak boleh mengatasi baah kesetiaan kepada akidah, dasar dan matlamat perjuangan Islam.

"Walaupun PAS berkali-kali menerima kekalahan pilihan raya kerana kemenangan akidah dan matlamat Islam memimpin negara, syariat Allah didaulatkan tidak boleh tunduk kepada hala tuju yang dikehendaki semua pihak walaupun rakan paling akrab," katanya.

Kenyataan ini dibuat sewaktu perbincangan tentang penubuhan pakatan baharu politik pembangkang di antara PAS, DAP, PKR dan Amanah – yang dianggotai bekas ahli politik PAS – hangat berlangsung. -TMI

ULASAN GB

Jika benarlah dakwaan Presiden PAS yang menyatakan bahawa isteri yang "dicagarkan" dalam perjanjian politik itu sebenarnya diangkat taraf bersama kecintaan kepada Allah, maka sewajarnya ia hendaklah dilaksanakan secara merata dan adil. Ertinya tidak hanya dihadkan kepada wakil rakyat tetapi hendaklah kepada semua para ahli PAS, baru atau lama. Ia perlu dimasukkan di dalam Perlembagaan PAS bahawa: untuk menjadi ahli PAS seseorang itu perlu mencagarkan isterinya sebagai bukti kecintaan kepada Allah! Ada berani?

Mengenai istiqamah, yang perlu seseorang itu istiqamah ialah istiqamah dengan Islam, bukan istiqamah dengan parti, dan AMANAH adalah parti Islam alternatif selain PAS. Mereka yang menyertai AMANAH adalah orang yang istiqamah dengan Islam. Istiqamah dengan keputusan jemaah yang berkehendakkan jemaah bertahaluf siyasi seperti yang diputuskan oleh muktamar PAS bertahun-tahun. Yang tidak istiqamah ialah yang memutuskan tahaluf siyasi itu yang sekaligus telah menghancurkan Pakatan Rakyat.

Berkenaan dengan kenyataan Presiden PAS sebelum ini bahawa seseorang itu dianggap pengkhianat dan wajar dihapuskan, maka ia telah dijelaskan oleh Penasihat Umum Parti Amanah Negara, Ustaz Ahmad Awang seperti berikut:


INI JAWAPAN USTAZ AHMAD AWANG


"Jika keluar PAS kena hukum bunuh ikut hadis yang dibawa, maka orang yang tandatangan Perlembagaan PAS dulu yang perlu dibunuh kerana dalam Perlembagaan PAS membenarkan Ahli PAS keluar PAS dan bukan setakat keluar PAS malah mansuhkan PAS pun dibenarkan oleh perlembagaan PAS".

~Ustaz Ahmad Awang
Baling, Kedah.
03.08.15











IKLAN BERBAYAR






Pendirian PAS Tolak Pakatan 2.0 Mudahkan Kerja AMANAH, DAP & PKR - Salahuddin Ayub

Posted: 19 Sep 2015 07:10 PM PDT

Parti Amanah Negara di dalam satu kenyataan medianya hari ini menyatakan bahawa keputusan PAS untuk tidak bersama dalam Pakatan 2.0 dan hanya akan bekerjasama dengan PKR akan memudahkan untuk Parti Amanah, PKR, DAP bersama NGO lain untuk segera menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Hj. Ayub, Parti Amanah Negara (AMANAH) telah berkali-kali mempelawa PAS untuk bersama menyertai perbincangan untuk menubuhkan muafakat politik baharu, namun PAS pada hari ini telah membuat keputusannya untuk tidak bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0 itu namun hanya akan berkerjasama dengan PKR.

Beliau berpendapat keputusan PAS itu akan memudahkan Parti AMANAH, PKR, DAP bersama NGO lain, untuk segera menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0.

"Bagi saya, biarlah rakyat menilai sendiri pendirian dan keputusan yang telah dibuat PAS itu," tambah kenyataan itu lagi.

Menurutnya, AMANAH mengulangi pendirian dan komitmen akan bersama dengan tuntutan rakyat untuk bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0 bagi membawa perubahan politik sekaligus menyelamatkan Malaysia.

Portal The Malaysian Insider pada hari ini melaporkan bahawa seorang pemimpin kanan PAS bahawa PAS tidak akan terlibat dengan Pakatan Rakyat 2.0 yang akan ditubuhkan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah)


Bagaimanapun katanya, PAS akan terus bekerjasama dengan PKR, susulan keputusan yang dicapai pada satu pertemuan antara pemimpin 2 parti itu minggu lalu.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata partinya tidak akan bekerjasama dengan parti pengkhianat, yang dipercayai ditujukan kepada Amanah yang kini dalam proses pembentukan daripada Parti Pekerja-pekerja Malaysia.

PAS menganggap bekas pemimpinnya yang menyertai dan menubuhkan sebagai pengkhianat kerana mendakwa mereka yang telribat itu telah khianat kepada baiah dan sumpah.

Namun, yang nyata baiah dan sumpah itu dilakukan sewaktu PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat, dan apabila Pakatan Rakyat telah dibunuh oleh PAS dengan memutuskan kerjasama dengan DAP, maka baiah dan sumpah itu sudah terbatal dengan sendirinya.,

Ini kerana mereka yang memenangkan calon PAS bukan terdiri dari ahli-ahli PAS sahaja, malah dari pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat.

GB sebelum ini pernah mengulas isu baiah berkenaan. Petikan:

Sayugia dimaklumkan bahawa baiah berkenaan dilakukan ketika PAS masih berada di atas landasan perjuangannya yang benar dan PAS PADA KETIKA ITU adalah rakan komponen Pakatan Rakyat.

Apabila kedua-duanya sudah tidak wajud maka dengan sendirinya baian itu TERBATAL.

PAS telah terpesong perjuangannya, sudah tidak Islamik.

Berkali-kali kita dedahkan perbuatan2 seperti memfitnah, melabel, mencaci, memaki sot jebon, anwarinas, binatang, barua, tolol dan lain lain, islamikkah itu? Parti sahaja masih bernama Parti Islam sedangkan tindakan, perbuatan dan akhlak para pemimpin dan ahlinya sudah tidak Islam lagi.

Kebetulan perbuatan memfitnah, mencerca dan memaki hamun itu dilakukan terhadap wakil-wakil rakyat dari kalangan progresif. Ia seperti memerangkap kumpulan progresif dan kemudian menyatakan kamu telah berbaiah!

Mereka (kumpulan yang menamakan mereka ulama) cuba memerangkap dan menipu kumpulan progresif, sedangkan mereka sebenarnya cuba menipu Allah swt.

Dalam kes Dewan Undangan Negeri Kelantan v Nordin bin Salleh & Seorang lagi [1992], Mahkamah Agung memutuskan bahawa undang-undang anti lompat parti yang diluluskan oleh Kerajaan Kelantan sebagai tidak sah kerana ia melanggar hak kebebasan berpersatuan yang dijamin dalam Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Hak ini juga merujuk kepada hak untuk keluar dari persatuan. Mahkamah juga berpendapat bahawa undang-undang ini 'ultra vires' dengan Perlembagaan Persekutuan kerana Kerajaan Persekutuan sahaja berkuasa untuk menggubal undang-undang sebegini.

Seterusnya, Mahkamah Agung berpendapat bahawa undang-undang ini tidak boleh digubal menggunakan alasan moraliti kerana perkataan 'moraliti' dalam Artikel 10(2)(c) Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada moraliti seksual sahaja.

Justeru itu mereka yang mendesak supaya wakil rakyat PAS meletakkan jawatan ternyata mereka yang buta undang-undang dan tidak faham apakah yang dimaksudkan "moral" yang ditekankan oleh mereka selama ini.

Malah jika dari sudut moral sekalipun, wakil rakyat PAS yang menyertai Harapan Baru tidak perlu meletakkan jawatan kerana tindakan mereka menyertai Harapan Baru itu lebih tinggi moralnya dari wakil-wakil rakyat yang masih berada di dalam PAS.

Ini kerana rakyat mengundi mereka bukan kerana mereka PAS semata-mata tetapi adalah kerana pada pilihanraya rakyat mengundi di atas dasar Pakatan Rakyat, bukan semata-mata kerana mereka bertanding di atas PAS.


Tentang baiah ia telah telah kita elas sebelum ini. Baiah itu telah terbatal sebaik saja PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan rakan komponen Pakatan Rakyat. Ini kerana yang terpilih sebagai wakil rakyat itu adalah ketika mana PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat. Apabila "kondisi" itu sudah berubah, maka dengan sendirinya baiah itu sudah tidak dapat dikuatkuasakan. Langkah memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP adalah kesilapan PAS yang paling besar.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sebelum ini berkata, PKR, DAP dan Amanah akan meneruskan pembentukan Pakatan 2.0 tanpa PAS. Kecuali Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang begitu beriya-iya mahukan PAS berada di dalam Pakatan 2.0. Walau bagaimanapun, portal FreeMalaysiaToday melaporkan Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang menyatakan PKR dijangka mengambil pendirian berpisah dengan Pas bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0 (PR 2.0) bersama DAP dan Parti Amanah Negara.











IKLAN BERBAYAR






Tiada ulasan: