Kelab Greenboc |
Ahmad Maslan Derhaka Kepada Sultan Johor, Perlu Tinggalkan Johor... Posted: 17 Sep 2015 01:18 AM PDT Johor tak terima golongan rasis, tangkap mereka, titah Sultan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegaskan hari ini, pihaknya tidak menerima sebarang amalan bersifat perkauman dan negeri Johor tidak memberi ruang kepada sebarang isu dan sikap perkauman. Malah, titah baginda, pihak berkuasa negeri itu digesa menangkap sesiapa sahaja yang terlibat menghasut rakyat Johor untuk bertindak sedemikian. "Mereka yang membenci dan mengamalkan perkauman tidak pernah saya terima di Johor Darul Ta'zim dan tidak mungkin saya menerima mereka. "Kepada pihak berkuasa, berkas mereka yang menghasut Bangsa Johor untuk membenci dan mempromosikan perkauman. "Jangan pilih kasih, cari jalan penyelesaiannya ke akar umbi," titah Sultan Johor itu di laman Facebook rasmi baginda. Malah, Sultan Ibrahim menerusi laman sosial itu turut menasihatkan individu yang mengamalkan sikap perkauman supaya keluar dari negeri itu serta-merta. "Ini kerana, Johor adalah rumah kepada Bangsa Johor yang terdiri dari Orang Melayu, kaum Cina dan kaum India. "Ini adalah satu perintah. Jangan amalkan sikap perkauman dan membenci, atau lebih baik tinggalkan Johor," titahnya. Jelas baginda, pihaknya bertungkus-lumus demi untuk kepentingan Bangsa Johor dan Negeri Johor, dan memastikan semua rakyat negeri itu hidup dalam harmoni serta negeri semakin maju. "Mereka yang menghasut Bangsa Johor untuk membenci dan mengamal sikap perkauman akan berhadapan dengan tindakan tegas." -TMI ULASAN GB Sebagai ahli parlimen Pontian Johor, Ahmad Maslan dilihat telah menderhakai titah Sultan Johor agar tidak mengamalkan sikap perkauman dengan menyertai himpunan baju merah semalam. Tetap sebagai pembodek Najib yang tegar, nampaknya Ahmad Maslan tidak memperdulikan titah Sultan Johor. Beliau dilihat sedang berkonvoi dengan motosikal bersama-sama dengan peserta himpunan merah. Sekumpulan peserta daripada perhimpunan itu dikatakan cuba merempuh kawasan perniagaan di Jalan Petaling sehingga pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan tembakan meriam air bagi menyuraikan mereka. Sebelum ini terdapat peserta membaling pasukan FRU dengan botol plastik selain membuat provokasi kepada polis, termasuk menggelar mereka "barua Cina". Tiga anggota polis tercedera semasa berlakunya kekecohan di hadapan pintu gerbang Jalan Petaling. Yang kelakar dan peliknya Najib berkata beliau tidak pernah melihat himpunan rakyat berlangsung dalam keadaan sangat aman seperti hari ini... tetapi beliau sendiri mengarahkan polis menyiasat insiden kekecohan yang berlaku itu. | |
[VIDEO & GAMBAR] Sejarah Terukir: Lahirnya Parti Amanah Negara... Posted: 16 Sep 2015 07:01 PM PDT Ribuan berwarna 'jingga' banjiri pelancaran parti Amanah pagi ini Ribuan individu berbaju berwarna jingga membanjiri pelancaran perdana Parti Amanah Negara (Amanah) di Shah Alam hari ini yang dimulakan dengan ucapan daripada setiausaha agungnya, Anuar Tahir. Anuar dalam ucapannya berkata, parti yang baharu berusia 16 hari ini kini berjaya menarik lebih 30,000 ahli. Katanya, Amanah yang sudah mempunyai 105 cawangan menyasarkan 100,000 ahli sehingga hujung tahun ini. "Negeri penyertaan tertinggi ialah Kelantan, diikuti Johor dan Selangor. "Dalam tempoh 15 hari secara kilat menubuhkan 105 kawasan di seluruh Malaysia. Parti ini hanya wujud di peringkat nasional tanpa cawangan. "Setakat semakan semalam, 30,018 ahli baharu. Atas arahan presiden kita menyasarkan 100,000 ahli pada 31 Disember ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Amanah merujuk kepada Mohamad Sabu. Turut hadir ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong dan Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan