Sabtu, 19 September 2015

dollah yankee

dollah yankee


Benih-benih rusuhan perkauman ...

Posted: 19 Sep 2015 06:47 AM PDT



Jangan cuba men'carik-carik' maruah melayu ...  Najib telah memuji-muji perhimpunan baju merah.

Soalanya "apa kah Najib nampak atau tak nampak atau buat-buat tak nampak betapa merbahayanya perhimpunan yang melibatkan perkauman ...?

Gurkah-gurkah politik di'port' pula kata " Najib Nampak, bukan tak nampak, tetapi bila apa-apa jadi dia dan konco-konco akan cabut lari keluar dari Malaysia !". Yang tinggal kita semua (dalam negara yang dah porak peranda).

Senjata perkauman ada lah yang paling ampuh untuk umno berkuasa. Para pemimpin yang ada tidak lah rasis sebenarnya (tak kan lah orang macam Rosmah dan Najib nak rasis dengan Jho Low?), kerana kebanyakan mereka banyak yang berniaga dan menjadi rakan kongsi towkey-towkey cina, tetapi mereka adalah oprtunis yang mengunakan rasisma sebagai senjata untuk terus kekal berkuasa dan memerintah.

Pakcik-makcik dari felda, pakcik-pakcik yang kerja sebagai guard yang jaga kondo-kondo, dan orang-orang melayu lain yang setaraf ini lah yang telah dikerah untuk menjadi rasis.

Yang berhimpun ramai-ramai pada 16 haribulan haritu langsung tak ada sikit pun rasa diri mereka telah dipergunakan Najib untuk menjadi rasis dan memperjuangkan dirinya yang telah dikepung dengan skandal 1MDB dan lain-lain kes.

"BAPA mertua saya juga ditipu, dikatakan ada rombongan ke Putrajaya, tapi sampai di Kuala Lumpur, disuruh pakai baju merah dan ikut perarakan dari Masjid Negara," kata Qystina dipetik laporan OhBulan.

dollah yankee -
Najib telah menjadi liabiliti dan beban negara ...

Tiada ulasan: