Khamis, 10 September 2015

dollah yankee

dollah yankee


Mad 'Boo' ...

Posted: 10 Sep 2015 07:47 AM PDT


Ketua Penerangan Umno Mad Maslan (3.85 pointer)  di'boo' lagi. Kali ini olih penyokong  Muhyiddin Yassin ketika berjalan keluar dari Menara Dato' Onn di PWTC, Kuala Lumpur petang kelmarin, selepas selesai menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti.

5 minit sebelum itu, Muhyiddin dilihat keluar dari pintu yang sama dan meninggalkan perkarangan bangunan itu dengan sorakan sokongan dan kata-kata semangat penyokongnya.

Sorakan 'boo' itu dipercayai  kerana mereka kecewa dengan Ahmad.

"Ini sorakan kecewa, menteri GST kenalah terima asam garam politik apabila disindir.

"Mereka yang bersorak memang nakal, tetapi kami hanya sindir maka terimalah," kata salah seorang yang telah menge'boo' Mad Maslan.

Mereka-mereka yang hadir disitu petang kelmarin percaya sorakan kecewa itu sangat memalukan.

"Kejadian yang memalukan, Ahmad Maslan di'boo' dan ada yang jerit 'menteri GST'," kata salah seorang saksi.

Untuk rekod ini bukan lah kali pertama Ahmad menerima sorakan 'boo'  sebegitu kerana Ogos lalu, beliau yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi telah di'boo' perwakilan kawasannya sendiri pada mesyuarat perwakilan Bahagian Pontian.

Ahmad yang juga timbalan ketua bahagian Pontian di'boo' hampir 3 kali setiap kali namanya disebut dalam mesyuarat yang dirasmikan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

Muhyiddin dalam ucapannya juga terpaksa menasihati perwakilan supaya tidak menghina wakil rakyat mereka, sebaliknya menegur secara baik.

dollah yankee -
Nampak sangat terang,orang dah terlalu meluat !

Tiada ulasan: