Selasa, 8 September 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Ahli Parlimen BN hipokrit kerana hanya berani di laman sosial

Posted: 08 Sep 2015 04:15 AM PDT

 
Mereka hanya berani mengkritik Najib Tun Razak di laman sosial tetap tidak berani membuat usul dan menyokong undi tidak percaya di Parlimen.


mazfuz,najib


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bersikap hipokrit kerana tidak berani membuat usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar turut menyelar tindakan segelintir Ahli Parlimen BN yang hanya berani mengkritik di laman sosial tetapi tidak berani bersuara dalam Parlimen.

"Saya tak percaya kepada Ahli Parlimen BN kerana mereka tidak bersungguh untuk mengusulkan undi tak percaya itu.

"Saya nampak Ahli-ahli Parlimen BN memilih untuk 'redha' Najib terus jadi Perdana Menteri dan melihat keadaan negara terus berada dalam krisis," katanya kepada pemberita di Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-36.

Bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu berkata, usul undi tidak percaya juga tidak dapat diteruskan sekiranya tidak mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen BN.

"Untuk apa kita nak usul undi tak percaya sekiranya tidak mencukupi,

"Usul itu hanya boleh diambil apabila mempunyai bilangan mencukupi untuk usul itu menang dan menolak Najib daripada menjadi Perdana Menteri," kata bekas Ketua Penerangan Pas itu.

Mahfuz berkata, Ahli Parlimen BN yang tidak menyokong Najib sepatutnya memberi kenyataan yang jelas sekiranya mahu usul undi tak percaya terhadap Najib diteruskan.

Sah kereta terbakar milik Kevin Morais!

Posted: 08 Sep 2015 04:12 AM PDT

 
Polis belum dapat membuat pengesahan secara rasmi kerana kesukaran memperolehi nombor casis pada enjin kereta itu yang telah hilang.


zainuddin,morais


PETALING JAYA: Polis mengesahkan hampir 99 peratus siasatan yang dilakukan terhadap kereta yang terbakar adalah milik Kevin Anthony Morais yang masih lagi hilang.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad ketika dihubungi FMT.

Zainuddin bagaimanapun berkata, pihaknya belum boleh mengesahkan secara rasmi kerana ada maklumat belum lengkap terutama nombor casis pada enjin yang telah terbakar.

"Kita tak boleh dedahkan maklumat siasatan yang sedang dibuat kepada orang awam kerana keseluruhan siasatan ini masih memerlukan perkara-perkara tertentu yang boleh mengesahkannya dengan tepat," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Zainuddin melahirkan rasa kesal dengan tuduhan pihak-pihak tertentu yang mengatakan polis sengaja melambat-lambatkan siasatan terhadap kes itu.

Katanya, mereka tidak tahu kesukaran yang sedang dihadapi pihak polis bagi mendapatkan bukti untuk mencari kebenaran dalam merungkai kes yang boleh dianggap misteri itu.

Kevin dilaporkan hilang pada pagi Jumaat lalu ketika meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta.

Dia sebelum ini dipinjamkan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan sebelum dipulangkan semula ke ke Jabatan Peguam Negara sebagai Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan pada 15 Julai lalu.

Dakwaan Justo pembohongan yang cuba disensasikan – Nurul Izzah

Posted: 08 Sep 2015 04:07 AM PDT

 
Dia telah mengarahkan peguamnya meneliti laporan akhbar NST dan Berita Harian untuk tindakan undang-undang.


nurul-izzah_justo_1mdb_600


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menafikan dakwaan bekas kakitangan Petrosaudi International, Xavier Andre Justo bahawa dia berminat membeli data 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menerusi kenyataan pada Selasa, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, dia tidak pernah bertemu dengan individu bernama Justo.

Dia terkejut dengan laporan akhbar terbitan Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) apabila menyebut dirinya didakwa berminat untuk membeli data maklumat 1MDB.

"Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah menawarkan US$2 juta kepada Justo dalam bentuk kontrak kerajaan sekiranya parti pembangkang memegang kuasa. Saya tidak pernah berjumpa dengan Justo.

"Ini merupakan satu lagi usaha terdesak oleh media BN yang dikawal untuk memesongkan isu utama 1MDB membabitkan skandal dengan PM, Najib Razak," katanya.

Nurul Izzah mendakwa, laporan muka hadapan akhbar NST dan Berita Harian itu merupakan pembohongan yang cuba disensasikan.

Katanya, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar tersebut kerana melaporkan perkara yang tidak benar.

Dalam pada itu mengulas mengenai perkara berkaitan, Nurul Izzah berkata, persoalan utama yang harus diberikan tumpuan berkaitan 1MDB bukannya dokumen yang dicuri oleh Justo.

Sebaliknya, beliau berkata, perkara penting yang harus dilakukan siasatan termasuk laporan-laporan oleh Wall Street Journal, Sarawak Report dan The Edge berkenaan rasuah besar, pengubahan wang haram, penyelewengan dan dakwaan rasuah pilihan raya yang dikaitkan dengan 1MDB.

Nurul Izzah turut memberikan tiga persoalan utama yang sehingga kini gagal dijawab oleh Perdana Menteri.
  1. 1MDB telah membuat pinjaman sebanyak RM42 billion yang dijamin oleh kerajaan Malaysia. Apakah yang telah dilakukan oleh 1MDB menggunakan wang ini?
  2. Bagaimanakah lebih daripada US$1 billion kepunyaan usahasama PetroSaudi-1MDB berakhir dalam akaun yang dikawal oleh syarikat kepunyaan Jho Low?
  3. RM2.6 billion ringgit telah didepositkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri. Adakah ianya benar-benar dari penderma Timur Tengah, ataupun ia merupakan wang 1MDB?
"Ini merupakan persoalan dan isu sebenar yang patut dijawab oleh Perdana Menteri. Beliau patut menghentikan penggunaan media kawalan BN dan kenyataan Xavier Justo untuk mengalihkan tumpuan daripada salahlaku beliau sendiri," katanya.

Bajet 2016 Malaysia : Ketua Ekonomi Alliance Bank Mahukan Projek Baru dan Baru Lonjak Ekonomi Malaysia!

Posted: 08 Sep 2015 03:54 AM PDT


Bajet 2016 Malaysia 



Bajet 2016 Malaysia : Ketua Ekonomi Alliance Bank Mahukan Projek Baru dan Baru Lonjak Ekonomi Malaysia!

Pembentangan Bajet 2016 akan dibentangan tidak lama sahaja lagi. Satu demi satu permintaan dan keperluan perlu disaring dalam pada masa sekarang ini bagi memberikan satu lonjakan kepada ekonomi Malaysia untuk 12 bulan yang akan datang.

Dan Ketua Ekonomi dari Alliance Bank, Manokaran Mottain telah tampil berkongsi beberapa kajian dan pemerhatianyang boleh dimuatkan dalam pembentangan Bajet 2016 Malaysia.

 

Bajet 2016 Malaysia Perlu Tangani Masalah Ini!

  1. Belanja rakyat Malaysia sangat lemah selepas GST
  2. Pertumbuhan eksport lemah pada ketika ini termasuklah harga petroleum yang rendah dan juga harga komoditi juga lemah
  3. Permintaan yang lemah daripada negara luar memberikan kesan kepada eksport Malaysia pada ketika ini

Dan Manokaran Mottain merasakan hanya pembentangan Bajet 2016 Malaysia yang boleh membantu sedikit sebanyak melonjakkan semula pertumbuhan ekonomi Malaysia selepas ini yang mana beliau amat berharap akan ada pengumuman projek mega baru yang disertakan dengan penerangan yang lebih jelas dan terperinci di mana termasuklah dalam Rancangan Malaysia ke 11 sekarang ini.

P/S : Hakikatnya BNM telah menggunakan sekitar 30 bilion untuk selamatkan duit ringgit Malaysia daripada terus jatuh, hakikatnya kejatuhan nilai ringgit Malaysia semakin kejam apabila mencatatkan pagi ini apabila ia berada pada paras RM4.34 untuk setiap satu dolar Amerika. Ermmmm…..Pray4Malaysia!


MT ESOK - TAK PECAT, NAJIB SENGSARA...PECAT PULA, LIMA NEGERI BAHAYA!!

Posted: 08 Sep 2015 03:48 AM PDT

shahbudindotcom

 

 
 
 
Semua perhatian kini tertumpu kepada mesyuarat MT UMNO esok, 9 September untuk mengetahui sama ada Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpinnya yang lain yang agak kritikal terhadap Najib Razak akan dikenakan tindakan atau sebaliknya.

Mereka yang lain yang mungkin berdepan hukuman selain Muhyiddin, ialah Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal, Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Mukhriz Mahathir,  Ahli MT Aziz Sheikh Fadzir, bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said, bekas Exco Perak, Hamidah Osman dan Ahli Parlimen Sepanggar, Jumat Idris.

Mereka ini diketahui kerap mengkritik Najib, terutama berkaitan isu 1MDB dan wang RM2,600 juta yang mengalir masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Banyak pihak meramalkan ketujuh-tujuh mereka ini bakal berdepan hukuman pecat, gantung keahlian atau diberikan amaran keras.

Bagaimanapun, Muhyiddin dan Shafie paling mungkin sekali menerima hukuman sama ada pecat atau gantung keahlian berikutan kelantangan mereka mengkritik Najib. Kedua-duanya juga sudah digugurkan daripada kabinet pada 28 Julai lalu.

Mukhriz pula, selain berdepan salah satu hukuman tersebut, kedudukannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah  dan Menteri Besar juga diramalkan akan digugurkan, bukan saja sebagai hukuman kerana kelantangannya mengkritik Najib, tetapi juga sebagai pantulan daripada tindakan bapanya, Tun Mahathir Mohamad yang tidak henti-henti mengasak Perdana Menteri hingga ke dinding.

Begitu pun dengan Aziz, Ahmad Said dan Hamidah,  hukuman yang menanti ialah sama ada pecat, digantung jawatan atau sekadar diberikan amaran keras saja.

Jumat pula sudah pun digantung kedudukannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Sabah beberapa bulan yang lalu dan dikhabarkan akan dipecat terus kali ini.

Bagaimanapun, beberapa jam sebelum mesyuarat MT yang dijangka berlangsung pada pukul 2.30 petang di PWTC, Tun Mahathir pula dijadualkan kembali daripada lawatannya ke luar negara pada jam 12.30 tengahari di Lapangan Terbang di Subang.

Sejak beberapa hari lalu, hebahan mengenai kepulangan bekas Perdana Menteri itu telah disebarkan secara meluas melalui SMS, Whatsapp, FB, Email dan sebagainya bagi tujuan menarik seramai mungkin orangramai menyambutnya.

Berdasarkan respon dan maklumat rambang daripada pelbagai pihak, dijangka ribuan orangramai daripada pelbagai latarbelakang ideologi politik akan menyambut kepulangan Tun Mahathir esok  berikutan suhu panas politik semasa dan kepulangannya pula hanya beberapa jam sebelum mesyuarat MT berlangsung.

Tidak memeranjatkan jika Tun Mahathir menggunakan peluang terakhir sebelum mesyuarat MT ini untuk terus melakulan "tembakan dan serangan"  bagi meningkatkan tekanannya terhadap Najib, setelah memeranjatkan banyak pihak dengan sedia turun ke himpunan Bersih 4 sebanyak dua kali baru-baru ini.

Apakah Najib tetap dengan pendirian untuk memecat dan menyingkirkan mereka yang tidak sehaluan dengannya jika ada peluru baru ditujukan kepadanya oleh Tun Mahathir esok?

Mampukah Tun Mahathir melalui serangan akhirnya nanti menghalang Najib dan MT daripada bertindak kepada Muhyiddin dan enam pemimpin lain itu?

Di sebalik hujan dan jerebu, tetap ada yang akan terasa kepanasan menjelang esok.
 
 
 
 
Bagaimanapun, rata-rata dalam UMNO bimbang sekiranya keputusan MT esok membawa akibat dan kesan lebih buruk kepada parti pada masa hadapan.

Ramai yang sedar, jika tiada sebarang tindakan diambil kepada Muhyiddin dan yang lainnya,  ia akan menyebabkan kesengsaraan kepada Najib dalam memperkukuhkan parti kerana Timbalan Presiden UMNO dan rakan-rakannya itu tentu saja akan terus melontarkan suara yang berbeza dalam pelbagai isu selepas ini.

Dengan bantuan Tun Mahathir yang melakukan serangan dari luar, Najib bukan saja akan bertambah tidak selesa, malah mungkin menyebabkan hasratnya untuk bertahan lebih lama di Seri Perdana tidak kesampaian.

Bagaimanapun, jika pemecatan atau penggantungan Muhyiddin atau yang lain-lain pula diambil, ia memang memberi keselesaan kepada Najib, tetapi kesan buruknya kepada UMNO dan BN dalam pilihanraya umuk akan datang mungkin lebih teruk lagi.

Selain Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dijangka akan terus kekal dikuasai pembangkang, sebarang pemecatan atau penggantungan pada esok juga dijangka mengundang lebih bahaya kepada kekuasaan UMNO di Johor, Negeri Sembilan, Terengganu, Perak dan Kedah.

Di kelima-lima negeri ini, UMNO dan BN bukan saja menang dengan majoriti undi yang kecil, bahkan ketika ini perbezaan jumlah kerusi dengan pembangkang juga hanya boleh dibilang dengan jari sahaja. Dengan perpecahan yang kecil saja sudah cukup menguntungkan pihak pembangkang.

Jika sudah banyak negeri terlepas pegangan ke tangan pembangkang, tentulah boleh dijangka di mana kedudukan UMNO dan BN di peringkat pusat nanti.
 
 
 
Simpati rakyat dan ahli UMNO terhadap Muhyiddin dan Shafie sekarang ini ialah kerana mereka dianggap tidak bersalah dari segi jenayah atau moral sehingga dipecat daripada kerajaan, sebaliknya hanya kerana bertanya soalan, menegur dan mahukan jawapan berkaitan 1MDB dan derma peribadi yang menimbulkan keraguan ramai.

Sehubungan itu, suatu majlis sembahyang hajat turut diadakan di Johor malam ini untuk memohon perlindungan Tuhan terhadap perjuangan Muhyiddin demi agama, bangsa dan negara.

Apakah pilihan Najib esok agaknya? Meleraikan kesengsaraan dalam dirinya atau menambahkan bahaya kepada UMNO?

Apa Salahnya Kumpulan 'Baju Merah' Berhimpun ?

Posted: 08 Sep 2015 03:41 AM PDT




Oleh Abu Hassan Adam 


Tidak salah rasanya sekiranya Kumpulan 'Baju Merah' mahu mengadakan perhimpunan sepertimana yang dilakukan oleh Kumpulan Bersih 4 baru-baru ini. Setiap negara yang mengamalkan demokrasi dan kebebasan bersuara tidak menghalang rakyatnya menyuarakan sesuatu pandangan dan pendapat malah adalah digalakan rakyat mengadakan 'percambahan fikiran' demi untuk menyuburkan demokrasi di negara itu sendiri.

Malangnya di negara ini perhimpunan sedemikian tidak medapat kebenaran dan kelulusan dari pihak berkuasa. Semacam pemerintah di negara ini amat takut dan bimbang dengan sebarang perhimpunan dan tunjuk perasaan yang dijalankan. Lihat sajalah apa yang berlaku di pusat-pusat pengajian tinggi awam di negara ini.

Para pelajar yang sepatutnya terdedah dengan berbagai pendedahan telah tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang 'percambahan fikiran' atau perdebatan yang mempersoalkan hal-hal berkaitan dengan negara. Lantas para pelajar terus menerus 'tertutup' fikiran mereka dan 'terciptalah' pemimpin-pemim masa depan kita sebagai pemimpin 'yes-man'.

Kumpulan Bersih 4 telah berhimpun pada 29 dan 30 Ogos yang lalu. Tidak mendapat kebenaran polis. Lebih kurang 500,000 hadir. Berani buat berani tanggung. Dan Kumpulan 'Baju Merah' pula akan mengadakan perhimpunan 'besar-besaran' pada 16 September 2015 nanti.

Dan difahamkan mereka juga tidak mendapat kebenaran pihak polis. Dan kononnya mereka juga akan meneruskan program yang telah sedia dirancang walaupun tidak 'berketua' dan tidak tahu siapa yang menjadi ketuanya. Yang dapat diketahui bahawa seorang Menteri dari Pahang telah menggalakkan ahli UMNO dari kawasannya supaya hadir pada perhimpunan berkenaan. Apakah beliau yang merupakan ketua dan perancangnya? Entahlah.

Inilah perbezaan yang jelas antara 'Bersih' dan 'Baju Merah'. Kumpulan 'Bersih' dilihat agak tersusun dan bertanggungjawab tentang apa yang hendak dilakukan. Jelas matlamatnya. Mungkin dengan sebab itulah ramai yang hadir 'menunjukkan muka' diperhimpunan demikian dengan tidak sedikit pun memikirkan samada perhimpunan Bersih itu dianjurkan oleh Cina atau oleh Melayu atau oleh India. Tidak ada perasaan sedemikian. Yang penting matlamat dan tujuannya jelas. Sesuai dengan tuntutan keadaan semasa.

Hanya segelintir masyarakat di negara ini yang menuduh mengatakan bahawa Perhimpunan Bersih 4 adalah anjuran masyarakat Cina untuk 'menghina' masyarakat Melayu. Bagi aku satu fitnah yang amat serious. Mungkin jugalah 'puak' yang menuduh itu tidak hadir pada perhimpunan Bersih demikian dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana bersatunya rakyat Malaysia menentang kezaliman dan penyelewengan yang sedang berlaku di Malaysia kini.

Ada 'episode' di perhimpunan berkenaan yang amat 'menyentuh' perasaan sesiapa yang melihat tentang keintiman ikatan bangsa Malaysia. Mengapa ada pihak yang memutarbelitkan hubungan kaum yang begitu murni itu? Apakah untungnya pihak yang cuba melaga-lagakan antara kaum itu sedangkan tidak wujud walau sedikit pun ketegangan antara kaum itu. Mengapa?

Bagi pihak yang membuat tuduhan, apakah mereka mempunyai statistik yang konkrit menyatakan bahawa majoriti yang hadir itu adalah kaum Cina dan terlalu kurang kaum Melayu. Mungkin betul terdapat perbezaan kecil tentang kehadiran antara kaum Melayu dan bukan Melayu? Mungkin. Apakah tidak dirasionalkan mengapa terdapat perbezaan sedemikian? Sekiranya pelajar-pelajar dari pusat pengajian tinggi awam dibenarkan hadir maka besar kemungkinannya Kuala Lumpur akan 'banjir' dengan anak-anak muda dari semua kaum yang bakal menentukan masa depan kehidupan mereka di negara yang tercinta ini. Malangnya golongan ini dihalang dan disekat. Itupun masih ramai yang berjaya 'melepaskan' diri untuk hadir.

Hadirnya peserta ke Perhimpunan Bersih 4 adalah jelas tujuan dan matlamatnya. Dan telah terbukti bahawa Bersih 4 telah berjaya mengukuhkan pembentukan sebuah bangsa Malaysia yang harmoni dimana semua kaum dapat wujud seiringan dan bekerjasama dalam menuntut keadilan di negara ini. Dan tentulah terfikir bahawa apakah Kumpulan 'Baju Merah' juga mempunyai matlamat dan tujuan sebagaimana yang dilakukan oleh Bersih 4.

Suatu hal yang amat ketara yang kelihatan amat tidak sesuai tentang kewujudannya ialah tentang peserta yang akan hadir yang terdiri semata-mata dari kaum Melayu sahaja. Mungkin orang Melayu ahli UMNO. Dan semacam ada usaha untuk menandingi kumpulan Bersih 4. Dengan jelas juga menampakkan bahawa tidak ada matlamat yang jelas mengapa diadakan perhimpunan 'Baju Merah' itu. Larangan yang dikenakan oleh pihak polis itu terhadap perhimpunan itu ada asasnya.

Namun sekiranya pihak Kumpulan 'Baju Merah' yang dirasakan ramai antara pesertanya terdiri dari ahli
UMNO Melayu dapat menjemput ahli-ahli MCA (Cina) dan MIC (India) untuk bersama-sama memperjuangkan sesuatu, maka tentulah tidak ada sebab mengapa pihak polis tidak memberikan kebenaran kepada mereka untuk mengadakan perhimpunan demikian. Kumpulan 'Baju Merah' harus dengan segera menyatakan tujuan dan matlamatnya mengadakan perhimpunan sedemikian dan dinyatakan dengan jelas organisasi yang menganjurkan perhimpunan demikian.

Aku merasakan bahawa tidak ada sebab mengapa Kumpulan 'Baju Merah' tidak sepatutnya mengadakan perhimpunan pada 16 September yang akan datang. Aku merasakan amat meriah keadaan sedemikian, apatah lagi pada hari menyambut kemerdekaan dalam Malaysia. Yang penting perhimpunan itu bukan sahaja dihadiri oleh orang Melayu (UMNO) tetapi juga mesti disertai bersama oleh kaum Cina (MCA) dan India (MIC). Dan tidak salah sekiranya rakyat Malaysia lain juga menyertai bersama.

Yang penting ialah dijelaskan matlamat dan tujuan perhimpunan berkenaan. Untuk apa dan ke mana arah tujunya. Selamat berhimpun……
 
abuhassanadam http://abuhassanadam.blogspot.my/

GST memang menipu rakyat

Posted: 08 Sep 2015 03:38 AM PDT



Oleh RAYUSA 


ADAKAH kerajaan yang baik itu memberi atau meminta daripada rakyat yang diperintahnya? Sudah tentulah sewajarnya ia memberi, bukan meminta, apatah lagi jika kerap dan banyak. Justeru, wajarkah kerajaan yang banyak meminta daripada rakyatnya dijatuhkan?

Siapa yang berani atau sanggup mendakwa/mengatakan kerajaan Umno-BN sekarang adalah kerajaan yang baik? Saya fikir, sesiapa yang mengatakannya baik, sudah tentu dia akan dianggap tidak siuman!

Dengan segala kerosakan yang telah berlaku – banyak rakyat sedia maklum – kerajaan Umno-BN jelas tidak layak lagi mentadbir negara ini. Namun demikian, bagaimana mahu menumbangkannya sekarang kerana Pilihan Raya Umum ke-14 masih jauh? Menerusi peti undi, kelihatan seperti tiada harapan. Kalau menerusi revolusi pula, akan dianggap melanggar demokrasi dan melakukan keganasan – keganasan bukan budaya kita (baca: konon).
Walau bagaimanapun, apa pilihan yang rakyat ada? Sama ada lambat atau cepat, sekarang atau kemudian, kerajaan Umno- BN perlu ditumbangkan. Di bawah pimpinan Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak merangkap perdana menteri, regim tua itu terus berbohong di samping menyamun wang rakyat.

Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan pada 1 April lalu adalah antara contoh ketara pembohongan kerajaan Umno- BN dan Najib. Selain penipuan mengatakan kejatuhan Ringgit
Malaysia hanya bersifat sementara, padahal ia berterusan merudum hingga kini paling rendah dalam sejarah, rakyat dikatakan akan beruntung kerana hanya membayar cukai sekali sahaja menerusi GST, dan tidak membayar lebih.

Memang aneh. Kalau rakyat dikatakan lebih berjimat dengan GST, mengapa hasil kutipan cukai itu digunakan untuk membantu kewangan Malaysia ketika berhadapan dengan kejatuhan harga minyak?

Najib sendiri mengesahkan perkara itu. Kata beliau, negara bernasib baik kerana ada GST yang telah mengelakkan tekanan kewangan. Jelas beliau, kewangan negara tertekan kerana apabila harga minyak merudum, dividen Petronas berkurangan, dan royalti juga begitu. Katanya, dari mana lagi kerajaan dapat menampung perbelanjaan besar negara?

Najib berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian berkelompok persidangan perwakilan Umno Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020, di Kangar, baru-baru ini.

Itu bererti hasil daripada GST adalah tinggi. Tinggi itu bermakna rakyat bukan kurang membayar, tetapi lebih - tidak seperti yang difikirkan atau ditegaskan selalu. Bukankah itu satu pembohongan? Terpaksa membayar lebih walau satu sen pun, tetap membayar lebih – bukannya kurang satu sen.

Kata Najib, pelaksanaan GST bukan untuk menyusahkan rakyat dan beliau berpegang pada prinsip "daripada rakyat, kita akan kembalikan kepada rakyat."

Jelas Najib, beliau telah berjanji kepada rakyat bahawa (hasil) tambahan daripada GST akan dipaparkan dalam Bajet 2016 – iaitu ke mana ia (telah dan akan) dibelanjakan.

Kata Najib lagi, masalah berkaitan dengan GST timbul apabila ada peniaga yang tidak jujur dan memanipulasi keadaan. Jelas beliau, ia seperti yang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri
Shahidan Kassim nyatakan bahawa peniaga menambah GST, tetapi tidak memansuhkan SST (cukai jualan dan perkhidmatan).

Soalnya, kenapa GST dilaksanakan juga padahal telah ditentang hebat oleh majoriti rakyat? Mengapa sibuk mahu memansuhkan SST jika sebelum ini ia tidak membebankan dan mencetuskan rungutan rakyat?

Apakah benar para peniaga tidak memansuhkan SST?

Jelas Najib, GST kini dilaksanakan di 160 negara. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai memilih peniaga yang jujur dan tidak mengambil kesempatan. Katanya, pilihlah tempat dan peniaga yang menjual barang dengan harga yang berpatutan.

Banyak negara mengamalkan GST tidak bermakna cukai itu baik. Sekarang telah jelas bahawa ia hanya menjadi punca pendapatan kepada kerajaan.

Dalam kata lain, kerajaan mangambil wang daripada rakyat dengan banyak "secara terhormat."

Jadi, jelas juga bahawa kerajaan Umno-BN tidak akan melaksanakan sesuatu cukai jika ia memberi laba kepada rakyat.

Najib telah pun mengesahkan hakikat tersebut!

Mengharapkan para peniaga bersikap jujur adalah satu utopia pada zaman sekarang. Dengan pelbagai tekanan, bukan setakat GST sendiri, kenaikan harga minyak menjadi punca utama harga barang dan perkhidmatan dinaikkan.

Mustahil harga barang dan/atau perkhidmatan tidak dinaikkan jika modal terpaksa bertambah. Peniaga sejujur mana pun akan menaikkan harga walaupun mungkin dengan berat hati, inikan pula yang memang suka "kaya cepat." Lagipun, sukar untuk mengetahui peniaga mana yang jujur atau sebaliknya.

Sebelum mengharapkan peniaga jujur, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, serta para pengikut dan penyokong mereka perlu jujur terlebih dahulu. Namun demikian, mengharapkan kejujuran daripada pemimpin Umno-BN sama "seperti pungguk merindukan bulan" atau "jauh panggang dari api."

Umno Bahagian Permatang Pauh Tidak Patut Sertai Himpunan 'Baju Merah' - MCA

Posted: 08 Sep 2015 03:32 AM PDT

Oleh: TAN YI LIANG
 
 
Chew Mei Fun.
 

PETALING JAYA: Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata kumpulan 'Baju Merah' harus membatalkan rancangan mereka untuk mengadakan "Himpunan Maruah Melayu" pada 16 September ini.

Jelasnya, MCA menentang sekeras-kerasnya gesaan Umno Bahagian Permatang Pauh yang meminta orang Melayu supaya mengambil bahagian dalam konvoi motosikal dari Permatang Pauh ke Bukit Bintang.

"Walaupun kami faham niat ahlu Umno untuk menunjukkan solidariti mereka di belakang Perdana Menteri, perhimpunan seperti ini perlu dilakukan dengan cara yang sah, positif dan aman tanpa bersifat perkauman," kata Chew.

Beliau berkata sebagai sebuah parti pemerintah, Umno perlu menjadi pemimpin contoh dan tidak menghina Akta Perhimpunan Aman yang digubal dan diluluskan di Parlimen.

"Tanggapan mengenai perhimpunan dan perarakan kumpulan baju merah pada kali ini mencetuskan kebimbangan banyak pihak terutamanya apabila rusuhan baharu sahaja berlaku di Plaza Low Yat," katanya.

Chew yang juga Pengerusi Badan Perhubungan MCA Pulau Pinang berkata, perhimpunan tersebut hanya akan mencetuskan sensitiviti perkauman dan konflik.

"Sebagai seorang yang menyokong 1Malaysia dalam pentadbirannya, saya percaya Perdana Menteri juga tidak akan bersetuju dengan tindakan seperti itu yang akan menyebabkan perpecahan kaum," kata Chew.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) sentiasa berpandu kepada keharmonian kaum dalam visi dan wawasannya.

"Kami percaya kepimpinan Umno sebagai tulang belakang dalam BN tidak akan memusnahkan keharmonian kaum yang dibina Umno bersama dengan parti komponennya sejak 58 tahun lalu," katanya.

Perhimpunan "baju merah" dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

Ia akan diadakan pada 16 September di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sebagai reaksi balas kepada perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Kekalkah Kedudukan Muhyiddin Dalam Umno?

Posted: 08 Sep 2015 03:26 AM PDT

Oleh: JOCELINE TAN
 
 
Tan Sri Muhyiddin Yassin
 
 
MESYUARAT Majlis Tertinggi Umno pada Rabu menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu selepas khabar angin bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa yang lain akan dipecat daripada Umno bertiup kencang.

Perhatian media terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah lenyap sejak beliau digugurkan daripada Kabinet.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang mendarat di KLIA selepas pulang daripada bercuti bermain golf di Australia minggu lalu turut menjadi tajuk berita.

Beliau disambut oleh penyokong-penyokongnya yang memakai baju-T hitam dengan wajahnya dicetak di bahagian depan bersama tulisan 'I Am Not A Yes Man' di bahagian belakang.

Beliau begitu 'sporting' memegang baju-T itu tetapi ketika ditemui pemberita, beliau hanya tersenyum dan melambai.

Situasi pastinya lebih panas esok apabila Majlis Tertinggi Umno bersidang buat kali pertama sejak Muhyiddin hilang jawatan dalam Kabinet.

Khabar angin telah bertiup kencang dan kuat kononnya Muhyiddin, bekas menteri dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal serta beberapa yang lain akan dipecat daripada Umno dan ramai membayangkan ia akan berlaku pada mesyuarat Majlis Tertinggi.

Sebenarnya khabar angin ini bermula sehari selepas rombakan Kabinet pada Julai lalu. SMS yang didakwa sebagai 'Berita Panas dari bilik kebal Umno' telah tersebar.

Selain Muhyiddin, nama lain yang termasuk dalam senarai yang akan dipecat adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Menteri Besar Kedah), Datuk Seri Aziz Sheikh Fadzir (MP Kulim Bandar Baru), Datuk Seri Ahmad Said (bekas Menteri Besar Terengganu), Datuk Jumat Idris (MP Sepanggar) dan ahli politik Perak Datuk Hamidah Osman.

Khabar angin ini enggan 'dimatikan' kerana pemecatan Muhyiddin dan Shafie daripada Kabinet juga telah didahului oleh khabar angin.

Ketika itu, tidak ramai menyangka bahawa Najib mempunyai keberanian untuk menggunakan kuasanya tetapi beliau telah melakukannya dan sebab itulah khabar angin ini tetap dianggap sebagai sesuatu yang lebih serius.

Walau bagaimanapun, tidak ada siapa yang dapat menjelaskan mengapa pemimpin-pemimpin ini akan dipecat.

Ya, Muhyiddin dan Najib tidak lagi berada dalam gelanggang yang sama dan beliau telah dipecat daripada Kabinet. Tetapi adakah beliau akan dipecat dari parti kerana suara yang bertentangan? Ia tidak masuk akal.

Ahmad pula telah muncul di atas pentas yang sama seperti Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi adakah ianya alasan untuk pemecatan?

Alasan yang lebih kukuh untuk pemecatan adalah percubaan tidak senonoh Ahmad untuk menjatuhkan kerajaan Terengganu tahun lepas.

"Tidak ada kebijaksanaan jika Muhyiddin atau Shafie dipecat. Anda tidak boleh menghukum seseorang sebanyak dua kali," kata Timbalan Ketua Umno Ketereh, Datuk Alwi Che Ahmad.

Terdapat suara-suara kritikal terhadap Muhyiddin tetapi hanya dua Umno bahagian secara rasmi telah meluluskan resolusi menentangnya.

Umno Bahagian Penampang di Sabah meminta agar beliau diheret ke jawatankuasa disiplin manakala Umno Bahagian Sungai Besar, Selangor mahukan beliau meletakkan jawatan sebagai timbalan presiden.

Majlis Tertinggi amat dikuasai oleh Najib tetapi sangat sedikit daripada mereka akan bersetuju untuk memecat sama ada Muhyiddin atau Shafie yang dipilih parti.

"Selagi tidak terbukti bahawa mereka telah membawa kemudaratan kepada parti, saya akan membantah sebarang langkah untuk memecat mereka. Najib tidak pernah meminta mana-mana di kalangan kami untuk menyerang Muhyiddin.

"Muhyiddin juga tidak berkelakuan seperti Datuk Seri Anwar, beliau terus setia bersama dengan Umno," kata ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Reezal Merican.

Beberapa pemimpin Umno secara terbuka menolak khabar angin pemecatan tersebut.

Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia tidak ada dalam agenda mesyuarat dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Rahman Dahlan berkata, 'hati kecil saya tahu bahawa ia tidak akan berlaku'.

Pemecatan Muhyiddin akan menyebabkan berlakunya riak politik yang lebih dalam Umno JOhor. Najib tidak memerlukan krisis lain dalam pentadbirannya.

Dalam keadaan normal, jawatankuasa pengurusan Umno, yang diketuai oleh Muhyiddin akan bertemu sebelum setiap mesyuarat Majlis Tertinggi.

Sebaliknya pada Isnin, Biro Politik yang dipengerusikan oleh Najib bertemu, menguatkan lagi khabar angin pemecatan.

Majlis Tertinggi adalah badan pembuat keputusan tertinggi dalam Umno dan biro politik hanya berada satu tahap di bawahnya.

Semua pimpinan utama, termasuk Muhyiddin dan Shafie, hadir dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menulis di Twitter tentang 'suasana positif' mesyuarat.

Tetapi itu tidak akan menghentikan khabar angin yang akan terus bertiup sekurang-kurangnya sehingga esok.
 
 

1MDB Bidas Nazir Razak

Posted: 08 Sep 2015 03:24 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) membidas  Datuk Seri Nazir Razak atas pendapat berbentuk spekulatif beliau terhadap kenyataan tertentu yang dibuat oleh bekas penasihat 1MDB Tan Sri Datuk Dr Abdul Samad Alias pada Isnin.

"Kami kesal kerana hari ini pihak ketiga seperti Nazir, yang tidak mempunyai pengetahuan langsung mengenai fakta sebenar, memberikan pendapat berbentuk spekulatif," kata syarikat itu.

1MDB dalam satu kenyataan di sini, mengesahkan bahawa Presiden/Pengarah Eksekutif Kumpulan Arul Kanda menemui Abdul Samad pada Januari dan Mac bagi membincangkan hal ehwal syarikat berkenaan.

"Arul berkongsi maklumat mengenai kajian semula strategik dan pelan pembaharuan 1MDB dengan Abdul Samad.

"Ini termasuk pembentangan slaid yang menunjukkan tahap obligasi hutang dan faedah syarikat, serta perbincangan mengenai cadangan untuk menangani isu-isu utama yang dihadapi 1MDB," katanya.

Sementara itu, 1MDB berkata syarikat berkenaan tidak menerima sebarang 'permintaan berulang' untuk memperoleh maklumat seperti yang didakwa oleh Abdul Samad.

Ia berkata penyata kewangan 1MDB yang telah diaudit merupakan dokumen yang boleh diakses oleh orang awam, dan syarikat sudah pasti dapat berkongsi dokumen ini dengan Abdul Samad jika permintaan dibuat atau dibuat beberapa kali seperti didakwa oleh Abdul Samad.

Abdul Samad juga mempunyai maklumat mengenai anggota lembaga pengarah 1MDB, termasuk nombor telefon mudah alih Arul, kata syarikat pelaburan strategik itu.

"Bagaimanapun, 1MDB akan menangani kebimbangan yang dibangkitkan oleh Abdul Samad.

"Lembaga Pengarah 1MDB hari ini menghantar surat kepada Abdul Samad untuk mengadakan pertemuan dengan beliau bagi berbincang dan menjelaskan sebarang kebimbangan yang dibangkitkan beliau," katanya IMDB.

PAS Tolak Sertai Perhimpunan 'Baju Merah'

Posted: 08 Sep 2015 03:21 AM PDT

 
 
 
PETALING JAYA: PAS tidak akan menyertai perhimpunan 'baju merah' yang dijadual diadakan di ibu negara pada 16 September ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan bagaimanapun berkata, parti itu berpandangan program Himpunan Rakyat Bersatu berkenaan adalah hak demokratik rakyat untuk berhimpun secara aman yang sewajarnya diterima oleh semua pihak.

"Namun PAS memutuskan untuk tidak menyertai atau mengerahkan ahli dan penyokongnya menyertai perhimpunan tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Jelas Ahli Parlimen Kota Baru itu, adalah keterlaluan bagi PAS untuk sekali lagi mengerahkan ahli dan penyokongnya hadir ke ibu negara pada tarikh berkenaan kerana parti itu akan mengadakan Kongres Rakyat di Shah Alam pada 12 September ini.

"PAS juga tidak mengetahui, dihubungi atau dijemput secara rasmi oleh penganjur perhimpunan yang dimaksudkan. Justeru kami tidak mengetahui secara sah akan tujuan himpunan, penyertaannya, aturcara dan agenda untuk membolehkan kami menilai mahupun memberi apa-apa komitmen terhadapnya.

"Kami juga berpandangan pemilihan tarikh keramat 16 September juga bersifat eksklusif kelompok itu adalah sangat tidak sesuai, malah berlawanan dengan semangat Malaysia yang sudah sedia sinonim dengan tarikh tersebut," katanya.

Pada Isnin Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata polis tidak akan membenarkan penganjuran perhimpunan 'baju merah' pada 16 September ini atas implikasi keselamatan.

Noor Rashid berkata setakat ini pihak penganjur masih belum membuat sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan berkenaan yang dirancang diadakan sempena sambutan Hari Malaysia.

Media melaporkan Himpunan Rakyat Bersatu dijadual berlangsung pada 16 September dan 10 Oktober di Bukit Bintang dan Jalan Petaling.

Perhimpunan itu diadakan sebagai tindak balas dan protes terhadap perhimpunan Bersih 4 yang dikatakan mengganggu perniagaan di kawasan tumpuan orang Melayu di ibu kota.

Kosong-10: Sindrom Bapa Borek

Posted: 07 Sep 2015 11:39 PM PDT


MALAYSIA kosong. Emiriah Arab Bersatu 10. Bagi yang tak faham bola, Malaysia tak skor satu gol pun manakala UAE sumbat 10. Malaysia kalahlah!

LIHAT VIDEO DI SINI 

Ini cerita bapa borek, anak rintik.  Bila bapa borek, anak lazimnya rintik, melainkanlah bapa jenis pak sanggup atau ibu main kayu tiga. Nauzubillah.

Bagi orang Islam, masa hidup dia anak bapanya. Dia bin atau binti. Tapi bila dia mati, dia masuk kubur sebagai anak ibunya.

Jangan silap sangka, saya tak hina sesiapa, tapi daripada aspek biologi, kita hanya boleh pastikan ibu kita. Yang mengandung dan melahirkan kita itulah ibu kita. Dia ibu biologi kita (biological mother).

Kemudian ada ibu susuan. Dia menjadi ibu kerana menyusukan seseorang sejak bayi. Dia bukan ibu biologi. 

Bapa, kita tak boleh pastikan 100%. Sebab itulah dalam zaman sains dan teknologi canggih ini, bila hubungan darah sebelah bapa (paternity) dipertikai, ujian DNA dilakukan untuk memastikan sama ada betul atau tidak seorang lelaki itu benar-benar bapa kepada seseorang anak.

Perdana Menteri Sebagai Bapa


Dalam sistem demokrasi ala Westminster macam kita, Perdana Menteri bolehlah kita ibaratkan sebagai bapa – bapa pemerintahan.

Sebab itulah bila kita bagi gelaran mutakhir (ultimate) kepada Perdana Menteri, kita guna istilah bapa – Bapa Kemerdekaan (Tunku Abdul Rahman), Bapa Pembangunan (Tun Abdul Razak), Bapa Perpaduan (Tun Hussein Onn), Bapa Pemodenan (Tun Dr Mahathir) dan Bapa Modal Insan (Tun Abdullah Ahmad Badawi). 

Sekarang bapa pemerintahan kita adalah (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak. Silap-silap dia pun dapat gelaran "Bapa" juga macam Perdana Menteri yang lalu. Agaknya apa gelaran "Bapa" paling cocok untuknya?

Saya yakin majoriti daripada kita sudah tahu siapa Mohd Najib sebenarnya. Jadi kalau warna dia borek, warna anak-anaknya sepatutnya rintiklah. Kalau dia baik, logiknya baik jugalah anak-anaknya. Kalau dia tak baik, maka tidaklah memeranjatkan kalau anak-anaknya juga tidak baik.

Jadi dalam hubungan itulah saya lihat kemerosotan negara kita dalam berbagai-bagai bidang. Akibat wabak masalah yang menjangkiti Perdana Menteri kita sekarang, rakyat jelata hilang pedoman, hilang keyakinan, hilang jati diri, hilang motivasi dan hilang patriotisme.

Apatah lagi apabila dia sendiri terlibat menggunakan pelbagai tipu helah dan tindak-tanduk yang meruntuhkan kewibawaan jentera kerajaan, merosakkan motivasi kakitangan awam dan melunturkan patriotisme rakyat jelata. Hatta pada hari ulang tahun kemerdekaan pun tidak banyak orang mengibarkan bendera negara.

Harimau Tak Bertaring

Mohd Najib mungkin tidak bertanggungjawab terus ke atas sukan negara. Itu tugas Khairy Jamaluddin. Tapi sebagai Perdana Menteri dialah yang lantik Khairy dan sebagai Menteri Kewangan dialah yang bagi peruntukan untuk kegiatan sukan.

Jadi sikit sebanyak dia terlibat dengan prestasi sukan negara. Sebagai bapa, dia sepatutnya menjadi asas motivasi dan aspirasi.

Justeru itu, apabila pasukan bola kita yang dibagi gelaran hebat "Harimau Malaya" kena gasak 10-0 oleh UAE dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 pada 3 September lalu sekali lagi cerita bapa borek anak rintik ini terbit dalam fikiran kita.

Bagi sebuah pasukan yang diuar-uarkan sebagai peneroka pemulihan bola sepak negara dan mewakili negara dengan hampir 30 juta penduduk (termasuk pendatang), kalah 10-0 kepada UAE dengan penduduk tak sampai 10 juta sangat hina dan mengaibkan.

Kita pun tidak boleh marah apabila rakyat jelata membuat pelbagai jenaka dan satira sebagai respons kepada kehambaran pasukan negara itu.

Salah satu yang sangat kreatif dan lucu ialah kita sengaja kalah kepada UAE kerana membalas budi penderma Arab yang menyedekahkan RM2.6 bilion kepada Mohd Najib.

Satira "Dermawan" Arab Yang "Sedekah" Kepada Mohd Najib

Sampai hari ini Mohd Najib tidak menafikan wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi dia di bank AmIslamic.

Memang pun lawak. Harimau Malaya kalah 10-0 kepada UAE. Gugurkan saja jenama yang hebat itu. Apa guna nama hebat kalau standard lebih teruk daripada harimau tua sarkas. Buat malu pak belang dan negara saja.

Saya rasa aspek motivasi, patriotisme dan kecemerlangan merudum begitu teruk sehingga boleh kalah seburuk itu, bukan saja kepada UAE tetapi kepada banyak negara serantau sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kita pernah cemerlang dalam bola sepak, sepak takraw, badminton, hoki malah olahraga. Ahli sukan kita penuh motivasi, komited dan patriotik.

Ambil contoh Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur. Kita menang paling banyak pingat emas walaupun ibu negara dilanda tunjuk perasaan reformasi.

Tapi bukan sukan saja jatuh, merudum dan runtuh pada era Pahlawan Bugis ini. Kapal terbang jatuh, Gunung Kinabalu runtuh, nilai ringgit merudum, rizab asing Bank Negara jatuh ke bawah paras AS$100 bilion, keyakinan pelabur dalam dan luar negara runtuh, penarafan negara merudum dan Malaysia kini jadi bahan jenaka dunia. Tak peliklah bila nak buka persidangan anti-rasuah pun Perdana Menteri tak berani.

Kalau sukan penting sebagai asas perpaduan kaum dan penyemarakan patriotisme, saya cadangkan kepada Khairy agar tumpukan lebih banyak masa memperbaiki mutu sukan negara daripada terus berdolak-dalik bagi pihak bosnya. KJ muda lagi. Takkan dia hendak karam bersama pinisi Bugis.

Wallahuaklam. 

Abdul Samad letak jawatan dalam 1MDB tarik perhatian adik Najib

Posted: 07 Sep 2015 11:28 PM PDT

 
Tindakan Abdul Samad letak jawatan kerana tidak mendapat akses maklumat merupakan mesej yang jelas kepada agensi kerajaan yang lain.


nazir,samad


PETALING JAYA: Tindakan Tan Sri Dr Abdul Samad meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menarik perhatian adik Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Tun Razak

Menerusi akaun Instagram, Pengerusi CIMB Group itu berkata, tindakan tersebut jelas memberi mesej kepada agensi kerajaan yang lain.

"Seorang yang dihormati, jujur, profesional yang dilantik oleh Kerajaan dan dialu-alukan kehadirannya oleh Pengerusi.

"…Tetapi dinafikan akses maklumat oleh pihak pengurusan. Jika ini adalah benar dan ditoleransi, apakah mesej yang dihantar kepada agensi/GLC lain?, tulisnya.

Abdul Samad menjelaskan peletakan jawatan beliau sebagai Ahli Lembaga Penasihat anak syarikat milik kerajaan yang sarat dengan hutang, 1MDB selepas enam bulan berkhidmat.

Katanya tindakan meletak jawatan itu susulan permintaan berulang kali sepanjang memegang jawatan tersebut untuk mendengar sesi taklimat mengenai hal ehwal 1MDB tidak pernah dilayan.

"Saya tunggu enam bulan. Walaupun berulang kali minta, saya tidak dapat apa-apa," katanya.

Penumpang pertikai tahap keselamatan MAS

Posted: 07 Sep 2015 11:26 PM PDT

Chin Xin Ci terkejut apabila MAS mengeluarkan pas masuk kepada orang lain yang menggunakan namanya untuk penerbangan dari Langkawi ke Kuala Lumpur baru-baru ini.


MAS


PETALING JAYA: Seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) mempertikaikan tahap keselamatan syarikat penerbangan kebangsaan yang didakwanya tidak cekap.

Chin Xin Ci, berkata dia kesal dengan MAS selepas mengalami kejadian apabila tempat duduknya di dalam pesawat MH1433 dari Langkawi ke Kuala Lumpur baru-baru ini diambil oleh orang lain yang tidak dikenali.

Menulis di laman Facebook, Xin Ci berkata, dia berasa hairan bagaimana pihak MAS boleh mengeluarkan pas masuk ke dalam pesawat kepada individu yang menyamar sebagai dirinya.

"Saya lihat ada orang duduk di tempat duduk saya semasa di dalam pesawat. Saya memberitahu yang tempat duduk itu adalah tempat saya tetapi bayangkan betapa terkejutnya saya apabila dia mengeluarkan pas berlepas yang tertulis nama saya dan nombor penerbangan yang sama," katanya.

Xin Ci mendakwa, kerana sebab tertentu, kakitangan MAS di terminal telah mencetak pas pelepasan atas namanya untuk orang lain.

Memburukkan lagi keadaan apabila kakitangan MAS enggan mengusir penumpang terbabit sebaliknya meminta Xin Ci duduk di tempat lain iaitu selang tiga baris di belakang tempat sepatutnya, katanya.

Dia meluahkan rasa kecewanya atas kesilapan itu dan kegagalan sepenuhnya pemeriksaan keselamatan di pintu masuk.

"Ini ialah perkara besar. Bayangkan risiko keselamatan sekiranya orang boleh memasuki pesawat dengan pas pelepasan orang lain.

"Apa jadi sekiranya orang itu adalah penjenayah dan berjaya menggunakan identiti saya untuk menaiki penerbangan itu. Tidakkah kita belajar apa-apa daripada MH370?" katanya.

Menerusi ruangan komen pada status Xin Ci, pihak pengurusan MAS membalas dakwaan itu dan berjanji akan menyiasat kejadian berkenaan.

Isyarat tidak baik menanti Muhyiddin – Shahbudin

Posted: 07 Sep 2015 11:18 PM PDT

Kemungkinan Muhyiddin Yassin dipecat atau digantung keahlian hampir pasti berlaku bagi menjaga kedudukan Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO.


muhyiddin-najib


PETALING JAYA: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memanggil mesyuarat Biro Politik UMNO sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu pada Rabu merupakan perkara yang pelik dan luar biasa.

Bekas Naib Ketua UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, kebiasaannya hanya Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin yang dipengerusi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermesyuarat sebelum bermulanya MT.

Katanya, dengan tindakan Najib mengambil alih peranan biasa yang dilakukan Timbalan Presiden UMNO itu adalah isyarat tidak baik menanti Muhyiddin.

"Kebarangkalian untuk beliau dan pemimpin UMNO yang lain seperti Shafie Apdal, Mukhriz Mahathir serta beberapa lagi untuk terlepas daripada sebarang hukuman berat adalah amat tipis sekali.

"Bagi Muhyiddin, kemungkinan paling besar ialah sama ada dipecat atau pun digantung keahlian yang menyebabkannya hilang kedudukan sebagai Timbalan Presiden UMNO," tulisnya

Menulis menerusi shahudindotcom.blogspot, dia berkata ada khabar agin mengatakan hanya amaran keras sahaja atau tunjuk sebab akan dikenakan kepada Muhyiddin dan pemimpin UMNO yang lain pada 9 September ini.

Katanya, tindakan memberi amaran dan tunjuk sebab kepada Muhyiddin sukar dilakukan Presiden UMNO kerana ia akan membawa kesan buruk kepada kedudukan Najib.

"Tindakan memberi amaran, tunjuk sebab atau dilepaskan begitu saja kepada Muhyiddin hampir mustahil pula daripada berlaku memandangkan ia akan lebih menyusahkan kedudukan Najib sendiri," katanya.

Nurul Izzah turut berminat beli data 1MDB, dakwa Justo

Posted: 07 Sep 2015 11:16 PM PDT

BERITA HARIAN

 

MOKH0895 L
Menurut pengakuan warga Switzerland itu, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR bukanlah pembeli berpotensi yang dimahukannya 


KUALA LUMPUR, Bekas kakitangan Petrosaudi International, Xavier Andre Justo, 49 dalam pengakuannya mendedahkan Nurul Izzah Anwar turut berminat membeli data berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Namun menurut pengakuan warga Switzerland itu, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR bukanlah pembeli berpotensi yang dimahukannya dan mengakui sifat tamak menguasai dirinya dengan meletakkan bayaran tunai AS$2 juta (RM8.62 juta).

Dalam pengakuan itu juga menyebut, Nurul Izzah menawarkan bayaran dalam bentuk kontrak sekiranya pembangkang mengambil alih Putrajaya daripada pentadbiran Najib, namun Justo menolak.

Malah dalam pengakuan itu juga mendakwa Clare Rewcastle Brown yang merupakan Editor Sarawak Report bertanggungjawab menjadi orang tengah atau broker yang membawa Nurul Izzah ke dalam urusan itu.

"Sekitar September 2014, Clare menghubungi saya dan menjemput saya ke Bangkok dan berkata anak perempuan Anwar Ibrahim berminat dengan data itu, namun saya menolak apabila Nurul hanya mahu membayar AS$2 juta dalam bentuk kontrak kerajaan apabila mereka berkuasa dan saya menolak," katanya memetik laporan Berita Harian.

Justo juga mendakwa Rewcastle Brown cuba mendekati beberapa pembeli lain, namun ia gagal. Pada Februari, Justo dihubungi Rewcastle Brown dan mendakwa dia bersama Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua telah mengatur penjualan kepada pemilik Kumpulan Media The Edge, Tong Kooi Ong dan pertemuan itu diatur dalam masa terdekat.

Justo dalam pengakuannya turut mendakwa Kooi Ong dan Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif 
Kumpulannya, Ho Kay Tat dimungkiri. Justo bagaimanapun ditahan oleh pihak berkuasa Thailand ketika menunggu bayaran itu.

Justo ditahan oleh Polis Thailand pada 22 Jun lepas setelah PetroSaudi International membuat laporan yang mendakwa dia telah memeras ugut syarikat itu yang menjadi rakan usahasama 1MDB.

Dalam pada itu, pengakuan Justo turut mendedahkan dakwaan bahawa Rewcastle Brown menolak bayaran daripada Justo kerana menjadi brokernya.

Penolakan itu menurut pengakuan terbabit adalah kerana Rewcastle Brown hanya mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan ia katanya "bayaran itu lebih daripada mencukupi".

Dalam pada itu, Kumpulan Media The Edge menafikan terbabit dalam konspirasi yang mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Penafian itu dibuat oleh Kay Tat dan Kooi Ong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam dan mendakwa kepentingan itu dipertahankan hanya untuk mendedahkan keadaan dalam 1MDB serta urusan kewangan dan perniagaannya.

Polis dipercayai semak semula kes pembunuhan Najadi dalam siasatan kehilangan Morais

Posted: 07 Sep 2015 11:13 PM PDT

THE RAKYAT POST

 

Kevin-Morais-L
Sejak kehilangannya timbul pelbagai spekulasi bahawa Morais sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan SPRM terbabit dalam siasatan pelbagai kes berprofil tinggi. 


KUALA LUMPUR, Terdapat perkaitan dalam kes kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dan pembunuhan Pengasas Ambank Hussain Ahmad Najadi.


Ketika pasukan penyiasat meneruskan siasatan terhadap laporan kehilangan Morais yang dibuat Sabtu lalu oleh adiknya, Datuk Richard Morais, perkaitan ini mungkin menjadi fokus pasukan penyiasat.

Kevin sebelum ini telah dipinjamkan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini kembali kepada Jabatan Peguam Negara.

Sejak kehilangannya timbul pelbagai spekulasi bahawa Morais sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan SPRM terbabit dalam siasatan pelbagai kes berprofil tinggi.

Namun SPRM dan Jabatan Peguam Negara menafikan pembabitan Morais dalam siasatan berkenaan dan menggesa masyarakat untuk menghentikan spekulasi serta memberi laluan kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun menolak kemungkinan kaitan antara pembunuhan Najadi dan 1MDB dan kini dengan kehilangan Morais, polis menyemak semula kes pembunuhan berkenaan yang berlaku pada 29 Julai 2013.

Pada hari kejadian, Najadi dan isterinya, Chong Mei Kuen meninggalkan kuil Guan Yin ketika diserang oleh seorang lelaki di tempat letak kereta Lorong Ceylon.

Memakai topi dan bercermin mata hitam, suspek melepaskan beberapa das tembakan sebelum melarikan diri menaiki teksi.

Najadi dan Mei Kuan dikatakan meninggalkan kuil berkenaan selepas mengadakan perbincangan mengenai urusan pembelian tanah membabitkan jutaan ringgit dengan seorang lagi individu sebelum insiden itu.

Kini, The Rakyat Post difahamkan, Morais berkemungkinan mengetahui berkenaan pertemuan itu dan sama ada maklumat ini disampaikan kepada polis, hanya penyiasat yang mengetahuinya.

Persoalannya kini adalah adalah Najadi sememangnya menjadi sasaran lelaki bersenjata itu, atau adakah individu yang mengadakan pertemuan dengan Najadi.

Polis yang telah mengenal pasti identiti individu terbabit, yang dipercayai bergelar 'datuk', dan akan memanggilnya untuk membantu siasatan berhubung kes pembunuhan dan kehilangan Morais.

Selain itu, polis turut menyemak semula fail kes yang dikendalikan Morais untuk melihat pendakwaannya, serta kes yang masih tertunggak.

Berita kehilangan Morais itu nyata mengejutkan rakan sekerjanya di Jabatan Peguam Negara dan bidang perundangan.

Berusia pertengahan 50-an, Morais disifatkan sebagai seorang yang profesional dan berdedikasi dalam menjalankan tugasnya.
 
Morais kali terakhir dilihat di kediamannya di apartmen Menara Duta pada pagi Jumaat ketika keluar dengan memandu kereta milik kerajaan bernombor pendaftaran WA6264Q.

Apabila panggilan yang dibuat oleh rakan dan saudaranya tidak dijawab, Richard kemudiannya diberitahu tentang kehilangan itu dan membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang sebelum jam 6 petang hari berikutnya.

Penemuan sebuah kereta yang dibakar di Hutan Melintang, Perak, menimbulkan kebimbangan ahli keluarga Morais serta rakan-rakannya.

Sementara itu, berikutan pembunuhan Najadi, seorang pemandu teksi yang terbabit dengan pembunuhan itu dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh Najadi dan cubaan menbunuh isterinya.

Seorang ahli perniagaan juga yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan itu masih bebas kerana didakwa merupakan individu yang mengupah lelaki bersenjata itu.

SKMM digesa lebih tegas cari jalan banteras judi online

Posted: 07 Sep 2015 11:06 PM PDT

Astro Awani

  judi online-M


SKMM sebelum ini menjelaskan pihaknya hanya boleh membantu dari aspek teknikal seperti menyekat akses manakala tindakan selebihnya berada di bawah bidang kuasa polis, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan KPDNKK.


KUALA LUMPUR, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa bertindak lebih tegas dan tidak bekerja secara sambil lewa dalam menangani isu berkaitan laman web perjudian haram di negara ini.

Pihak berkenaan juga perlu mencari jalan dalam membanteras aktiviti judi dalam talian yang semakin berkembang hingga menyebabkan peningkatan masalah sosial dalam masyarakat.

Gesaan itu datang daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), hari ini.

"Ia kini seolah-olah tidak boleh dikawal lagi. Semakin ramai ahli masyarakat kita yang terlibat dalam isu judi ini.

"Kami cadang SKMM buat syarat baharu terhadap kawalan bukti transaksi yang ingin dibuat. Apakah ia melibatkan judi dalam talian atau perkara lain yang lebih berfaedah," kata Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media berhubung judi dalam talian di pejabat PPIM di Bukit Keramat, di ibu negara pagi tadi, lapor portal berita Astro AWANI.

PPIM membuat gesaan berkenaan berikutan isu peningkatan jumlah laman web perjudian haram terutama melalui aplikasi sosial seperti WeChat dan BeeTalk.

SKMM sebelum ini dilaporkan sudah melaksanakan sekatan ke atas 301 buah laman web perjudian haram bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Sekatan itu dibuat mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.

Tindakan itu adalah sebahagian daripada 940 permohonan untuk menyekat akses perjudian dalam talian yang dikemukakan pelbagai agensi pihak berkuasa seperti polis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pada 27 Julai lalu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, SKMM juga telah menyekat 325 akses laman web yang menawarkan aktiviti perjudian daripada 538 permohonan yang dibuat Polis, KPDNKK dan JAKIM tahun lepas.

Jailani turut menjelaskan bahawa SKMM hanya boleh membantu dari aspek teknikal seperti menyekat akses manakala tindakan selebihnya berada di bawah bidang kuasa polis dan KPDNKK.

DEIG belum beroperasi, nak audit apa? – MB Selangor

Posted: 07 Sep 2015 11:04 PM PDT

QURNISHA HAMKA

 

DEIG_b

 

RAWANG, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali bersedia untuk diaudit oleh Jabatan Audit Negara melibatkan syarikat pelaburan milik kerajaan negeri Selangor, Darul Ehsan Investment Group (DEIG).


Azmin mengulangi kesediaan tersebut sebagai maklum balas terhadap kenyataan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang yang bersedia melakukan proses audit terhadap syarikat tersebut.

"Itulah pendirian saya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Saya dah nyatakan sebelum ini di mana DEIG sedia untuk diaudit oleh Jabatan Audit Negara, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor, saya dah nyatakan komitmen ini dalam Dewan.

"Jadi kalau sekarang disambut baik oleh Ambrin, sangat baik dan bagus. Masuk..tapi masuk, (DEIG) belum beroperasi nak buat apa?," katanya di dalam sidang media pelancaran Rumah Selangorku Idaman PKNS di sini, hari ini.

Pada Isnin, Ambrin berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk menjalankan pengauditan terhadap penubuhan DEIG, jika ia berada di bawah bidang kuasanya.

Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming turut menggesa Azmin untuk membuktikan ketelusan yang bakal diamalkan di dalam DEIG dengan melakukan semakan firma terhadap Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).

Ini kerana menurut beliau, MBI tidak disemak selama lima tahun sejak zaman pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku menteri besar negeri itu.

Mesyuarat MT esok positif – Ahmad Maslan

Posted: 07 Sep 2015 11:01 PM PDT

A AZIM IDRIS

 

ahmad maslan
Umno tidak boleh dihancurkan dari luar, Umno boleh dihancurkan dari dalam. Oleh itu, kita mesti mengukuhkan dalaman Umno itu sendiri dengan memberikan penjelasan yang tepat terhadap isu utama - Ahmad Maslan 


KUALA LUMPUR, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata dia yakin mesyuarat Majlis Tertinggi esok akan menghasilkan perkara yang positif.


Katanya, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dijangka hadir meskipun digugurkan daripada Kabinet baru-baru ini.

"Tidak menjadi masalah, mereka masih Timbalan Presiden Umno, mereka masih Naib Presiden Umno.

"Begitu juga Datuk Hasan Malek (bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) yang telah digugurkan daripada Kabinet.

"Saya yakin mereka akan hadir esok.

"Kami sebagai satu keluarga Umno, kami tahulah bagaimana hendak menyelesaikan masalah kami dan saya yakin perkara yang baik saja akan berlaku esok, Insya'Allah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman mengenai Program Pemimpin Dasar Ekonomi di Malaysia yang membabitkan Temasek Foundation (TF) dan Singapore Enterprise (SCE).

Ahmad turut ditanya samada perasaan tidak puas hati di dalam parti dalam keadaan terkawal.

Beliau berkata, majoriti ahli Umno tidak kisah tidak seperti sebilangan kecil pemimpin yang perlu bertemu sendiri mereka secara peribadi untuk memberikan penjelasan mengenai isu semasa yang melanda parti.

Ahmad berkata, penjelasan diberikan kepada beberapa bahagian mengenai perkembangan terkini parti dan negara masih diteruskan oleh kepimpinan parti, sambil menambah dia sudah membuat penerangan kepada 17 bahagian di tujuh negara lebih seminggu lalu.

Katanya, tindakan itu turut dilakukan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

"Dalam mesyuarat Bahagian, kebanyakan mereka mempersoalkan isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad), selain (bekas Perdana Menteri) Tun Mahathir Mohamad, kejatuhan nilai Ringgit, harga komoditi dan prospek ekonomi pada masa hadapan.

"Mereka turut bertanya mengenai Muhyiddin dan soalan lain yang kami terima secara terbukan dalam siri mesyuarat tertutup," katanya, sambil menegaskan penjelasan penting bagi membolehkan ahli parti menyebarkan maklumat sebenar dalam media sosial.

Dalam nasihatnya kepada ahli bahagian, Ahmad berkata, mereka diminta setia, bersatu dan teguh dalam membantu parti.

"Ini penting kerana Umno tidak boleh dihancurkan dari luar, Umno boleh dihancurkan dari dalam. Oleh itu, kita mesti mengukuhkan dalaman Umno itu sendiri dengan memberikan penjelasan yang tepat terhadap isu utama," katanya

Bekas bos SB cabar Rosmah jawab sendiri tuduhan

Posted: 07 Sep 2015 10:45 PM PDT

Anne Muhammad





Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas (SB) polis Datuk Abdul Hamid Bador menggesa isteri perdana menteri Rosmah Mansor tampil menjawab sendiri dakwaan terhadapnya dan tidak menggunakan orang tengah.

Hamid perkata Rosmah tidak perlu menggunakan pembantunya Datuk Rizal Mansor untuk bercakap bagi pihaknya.

"Sanggupkah Rosmah sendiri tampil buat penafian? Dia tak boleh bercakap sendiri ke?

"Sudah tentu, dia (perlu) jawablah," katanya kepada Malaysiakini.

Isnin lalu, Hamid membangkitkan persoalan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sama ada pertukarannya ke Jabatan Perdana Menteri dibuat dalam "mesyuarat tergempar" dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan turut dihadiri Rosmah.

Bagaimanapun semalam Rizal dengan keras menafikan dakwaan Rosmah menghadiri mesyuarat tergempar seperti yang didakwa.

Sementara itu, Hamid juga membangkitkan isu berkaitan amalan membeli-belah Rosmah yang didakwanya menyusahkan pegawai dan pengiringnya.

"Selama ini dia banyak menyusahkan pegawai saya. Suka membazir waktu 'bershopping' sakan. Berjam-jam lamanya pegawai polis kena iring.

"Aktiviti dia (Rosmah) itu memaksa kerajaan tanggung kos lebih untuk bayar elaun pegawai-pegawai untuk iring," dakwanya.

Rizal: Tunggu berita siar dulu

Menjawab soalan, Hamid berkata beliau tidak bimbang dikenakan sebarang tindakan atas kenyataan pedasnya itu.

"Saya tidak takut mati pun. Sudah saya buktikan waktu Ops Daulat (dalam kes pencerobohan Lahad Datu). Lagipun saya tidak percaya ilmu-ilmu ghaib, bomoh, hantu puaka. Kuasa Allah mengatasi segalanya.

"Kalau saya perlu pergi ke mahkamah, lagi bagus. Senang untuk saya dedahkan semuanya," katanya.

Sementara itu, Rizal ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas lanjut sebaliknya menunggu berita ini disiarkan terlebih dahulu.

"Nanti saya jawab. Siarkan dahulu berita Datuk Abdul Hamid (gambar) ini dulu," katanya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Rizal lagi hari ini.


Terkejut bank tidak terima tukaran wang

Posted: 07 Sep 2015 10:39 PM PDT

Wang
Gambar hiasan.
 
 
"TADI pergi bank, bank cakap mereka tidak terima tukar dekat cawangan sini," demikian luahan seorang pelajar Doktor Falsafah sebuah universiti di United Kingdom ketika menukar wang di sebuah bank di Johor.
 
Nurayuni Daud, 28,  (bukan nama sebenar), kejadian berlaku ketika dia hendak menukar mata wang Ringgit Malaysia ke Pound Sterling di sebuah bank pagi semalam.
 
Ujarnya, dia sangat terkejut dengan tindakan tersebut kerana selama ini, dia tidak mempunyai masalah untuk membuat pertukaran wang Ringgit Malaysia ke Pound Sterling.
 
"Saya hendak tukar, bank tidak mahu ambil, rugi katanya, jadi saya hendak tukar di mana....sedih Malaysia macam ini," katanya kepada Sinar Online.
 
Bercerita lanjut, Nurayuni berkata, duit yang hendak ditukarnya tidaklah sebesar mana hanya RM1,500.
 
"Setakat 200 Pound Sterling dalam duit Malaysia RM1,500," katanya.
 
Dalam pada itu, Nurayuni berkata, dek kerana pertukaran wangnya tidak diterima di bank tersebut, dia lantas ke tempat pusat pertukaran wang yang lain.
 
"Pergi 'money changer' pun mereka tidak berani ambil....hari ini (semalam) paling teruk duit Malaysia jatuh 1 Pound Sterling bersamaan RM6.54," keluhnya.
 
Ketika ditanya bagaimana dia kehidupannya di United Kingdom nanti dengan keadaan sekarang, Nurayuni berkata Insya-ALLAH semuanya akan 'baik-baik sahaja'.
 
"Hidup dekat UK ok sahaja nak 'survive', sana galakkan bekerja...banyak kerja 'part time' lagi, bayaran pun OK, sebab kos kehidupan rendah. Sejam dapat 8 Pound Sterling sejam pun dah banyak, sebab 8 Pound itu sudah besar, boleh beli macam-macam," katanya.
 
 

Pas Terengganu sedia bergerak sendirian

Posted: 07 Sep 2015 10:35 PM PDT

Tidak tolak tanding semua kerusi
Satiful Bahri (tengah) ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Pas Terengganu di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Terengganu, Kuala Ibai.
 
 
KUALA TERENGGANU - Pas Terengganu tidak menolak untuk bertanding di semua kerusi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, jika terdapat usaha mengetepikan Pas khususnya dalam pakatan yang wujud ketika ini.
 
Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat menggambarkan, pihaknya seolah-olah bersedia menghadapi kemungkinan itu bersendirian, apatah lagi melalui desas-desus penubuhan PR 2.0 yang dikatakan akan meminggirkan penyertaan Pas.
 
PR 2.0 yang akan menggantikan PR dikatakan dianggotai PKR, DAP dan Parti Pekerja Malaysia.
 
"Pas Terengganu tanpa ada rasa ragu-ragu, jika ada keputusan selain daripada itu (memutuskan hubungan dengan Pas), Pas Terengganu bersedia bila-bila masa untuk bertanding di lapan kawasan dan 32 Dun.
 
"Sebelum itu, Pas pernah bersendirian dan mempunyai kekuatan di Terengganu sebagai antara negeri kuat Pas yang pernah dua kali diberi kepercayaan memerintah. Kita bila-bila masa boleh menawarkan calon berkaliber yang berkemampuan untuk menjadi alternatif kepada Umno dan BN," katanya.
 
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Pas Terengganu di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Terengganu, Kuala Ibai, di sini.
 
Bagaimanapun, kata Satiful Bahri, buat masa ini, hubungan kerjasama politik dengan PKR masih berjalan sebagaimana biasa.
 
Mengulas mengenai PKR yang seolah-olah memberi sokongan kepada Parti Pekerja Malaysia melalui kehadiran sepentas bersama pemimpin dari parti tersebut, beliau berkata, pihaknya tidak akan masuk campur dalam hal itu.
 
Katanya, selagi hubungan sedia ada masih kekal, kedua-dua pihak saling hormati antara satu sama lain.
 
Menurutnya, apa yang penting, Pas tidak pernah mempunyai apa-apa kaitan dengan Umno dan BN, termasuk isu kerajaan perpaduan yang masih dikaitkan dengan parti itu.
 
"Pas tetap terus menjadi alternatif dan sebagai pengganti kepada Umno BN dalam PRU akan datang," katanya.
 
 

Maria Chin, antara sembilan didakwa

Posted: 07 Sep 2015 10:33 PM PDT

Maria Chin
 
 
KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersih 4.0, Maria Chin Abdullah; Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin;  Sekreteriat Bersih, Mandeep Singh Karpal dan Pengerusi Jingga 13, Mohd Fariz Musa Abd Talib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sebentar tadi terhadap pertuduhan menyertai protes jalanan #kitalawan di hadapan Kompleks Sogo, Mac lalu.
 
Mereka sebagai orang yang disaman didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012.
 
Majistret Mohamad Faizal Ismail membenarkan keempat-empat mereka diikat jamin RM500 masing-masing dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Oktober depan untuk sebutan semula kes.
 
Sementara itu di mahkamah yang sama, bekas Bendahari Dewan Pemuda Pas Fakhrulrazi Mohd Mokhtar mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebut perkataan menghasut di hadapan Kompleks Sogo Jalan Tunku Abdul Rahman pada 21 Februari lalu.
 
Bagi kesalahan itu pula pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama. 
 
Fakhrulrazi yang juga penceramah bebas dibenarkan diikatjamin RM1000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan untuk sebutan pada 11 Disember lalu.
 
Dalam pada itu di mahkamah berasingan, aktivis Adam Adli Abd Halim dan Mohd Fariz mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyertai protes jalanan di hadaoan Kompleks beli-belah Sogo pada 28 Februari.
 
 

Portal tak diundang ke sidang media berkaitan Muhyiddin

Posted: 07 Sep 2015 10:30 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Umno Kelana Jaya menjelaskan pihaknya memang tidak menjemput portal berita termasuk Malaysiakini menghadiri sidang medianya berkaitan isu politik semasa semalam.

Ketuanya Datuk Yusoff Haniff berkata langkah itu diambil kerana tidak mahu timbul permasalahan lain selain mendakwa portal berita sering memutar belit kenyataan, lapor BNBBC News.

Portal Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional itu juga melaporkan Yusoff sebagai berkata hanya beberapa agensi media diundang ke sidang media itu.

"Untuk apa kita nak bagi Malaysiakini masuk ke program kita kalau mereka akan sentiasa 'spin' laporan berita kita dan tak akan laporkan berita yang telus?

"Sejak bila media-media itu berlari untuk kejar berita Umno ini, mereka beriya datang ke program kita, mungkin juga mereka ada agenda yang kita tak tahu?" soalnya ketika dihubungi BNBBC News.

BNBBC News melaporkan bahawa sidang media itu berkaitan permintaan bahagian supaya Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal tidak dipecat daripada parti seperti diuar-uarkan.

Diminta tunggu dulu

Malaysiakini semalam melaporkan Umno bahagian itu menghalang wartawan portal berita untuk menghadiri sidang medianya semalam.

Alasan diberikan hanya Utusan Malaysia, Kosmo! dan Sinar Harian diundang selain seorang petugas di pejabat Umno berkenaan mempersoalkan bagaimana portal berita tahu tentang acara itu.

Bagaimanapun, sebelum itu, petugas media diarah menunggu sehingga mereka selesai bermesyuarat terlebih dahulu sebelum dipanggil ke sidang media.

Wartawan portal berita hanya dimaklumkan perkara berkenaan setelah berada di tempat sidang media tersebut.

Petugas di pejabat berkenaan memaklumkan bahawa satu sidang media bersama portal berita akan diadakan pada masa akan datang sekiranya sebuah portal mesra Umno, Mysuara turut hadir.

Antara wartawan portal berita yang hadir pada sidang media tersebut adalah Malaysiakini, Malaysia Gazette dan Free Malaysia Today.


Tiada ulasan: