Sabtu, 5 September 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Muhyiddin persiap diri depani MT

Posted: 05 Sep 2015 03:59 AM PDT

Hafiz Yatim


 


Sumber dalaman berpendapat tiada alasan kukuh untuk memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno apabila majlis tertinggi parti itu bermesyuarat 9 September ini.

Difahamkan Muhyiddin yang pulang dari Australia beberapa hari lalu mengadakan mesyuarat dengan penyokongnya bagi membincangkan kemungkinan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Rabu ini.

Ia adalah mesyuarat pertama badan tertinggi Umno itu sejak presiden mereka melakukan rombakan kabinet menyaksikan Muhyiddin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal disingkirkan kerana lantang menyoal cara perdana menteri menguruskan skandal 1MDB.

Sumber yang rapat dengan Muhyiddin berkata, mereka melihat pelbagai kemungkinan dan enggan mengambil mudah perkembangan yang berlaku, termasuk kemungkinan bekas timbalan perdana menteri itu dipecat kerana ucapannya yang boleh dianggap bertentangan dengan presiden.

"Tiada dimaklumkan sebarang agenda mengenai itu (memecat Muhyiddin). Bagaimanapun, kami tidak mahu memandang ringan sebarang kemungkinan," katanya.

Sudah ada krisis keyakinan

Muhyiddin dan Mohd Shafie - Naib Presiden Umno - dipecat daripada jawatan kabinet pada 29 Julai lalu.
Awal minggu ini tersebar khabar di media sosial kononnya Muhyiddin dan Mohd Shafie akan disingkirkan daripada Umno.

Turut tersenarai dalam 'khabar' itu ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Aziz Sheikh Fadzir, bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan bekas Exco Perak, Datuk Hamidah Osman.

Timbalan Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Mohamed Aziz yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor turut menyatakan kebimbangannya terhadap mesyuarat MT Umno Rabu ini.

Bagaimanapun, seorang ahli akademik di sebuah universiti awam berpedapat, tiada tindakan akan dikenakan terhadap Muhyiddin dan Mohd Shafie kerana ketika ini sudah ada banyak rasa kurang senang di kalangan ahli Umno.

"Parti itu sendiri menghadapi krisis keyakinan dan tidak selesa dengan presidennya. Memecat dua pemimpin tinggi Umno akan menambah kebencian lagi, terutama selepas BERSIH 4," katanya yang enggan didedahkan identitinya.

Bercakap kepada Malaysiakini, ahli akademik itu berkata penyingkiran Muhyiddin tidak diterima baik oleh Umno Johor.

"Tambahan pula Tun Dr Mahathir Mohamad masih popular dalam Umno dan beliau sendiri menyeru Najib berundur," katanya.


Tengku Adnan: Nak saman, samanlah...

Posted: 05 Sep 2015 03:49 AM PDT

Shakira Buang


 


Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini tidak menolak kemungkinan bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin adalah penjahanam parti berkenaan.

Bercakap kepada media di Putrajaya hari ini Setiausaha Agung Umno itu berkata parti berkenaan dianggotai tiga kumpulan ahli.

Pertama, katanya, adalah kalangan yang berjuang dengan ikhlas dan mengikut perlembagaan.

Kedua pula, kata Tengku Adnan, berjuang dalam Umno demi kepentingan diri.

"Kategori ketiga paling kita takut, sebab (mereka) hendak menjahanamkan Umno," katanya.

Sebelum itu Tengku Adnan diminta mengulas tindakan Anina mengancam mahu menyaman beliau selepas melucutkan keahlian wanita terbabit daripada Umno.

Kata Tengku Adnan, beliau tidak pasti Ainina mewakili kumpulan mana dalam Umno.

"Barangkali mahu menjahanamkan Umno seperti anai-anai atau gunting dalam lipatan dan ini yang sedang berlaku," katanya.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata beliau juga bersedia untuk disaman Anina kerana yakin beliau tidak bersalah.

Katanya, tindakan diambil terhadap Anina dibuat mengikut peraturan dan perlembagaan Umno.
"Dia (Ainina) nak saman saya samanlah, saya terima," kata Tengku Adnan.


Pecat Muhyiddin, Shafie: Umno sudah cukup masalah

Posted: 05 Sep 2015 03:46 AM PDT

N Faizal Ghazali 





Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan menjangkakan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib P‎residen Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak akan dipecat.

Ditanya kemungkinan keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 9 September ini, beliau menyifatkan tindakan memecat timbalan dan presiden parti itu sebagai kurang bijak.

"Jauh dalam hati saya, saya tak fikir begitu (berlaku pemecatan). Saya tidak dipanggil berunding.

"Secara peribadi saya tidak fikir ia tindakan yang bijak untuk diambil. Bukan pada masa sekarang, kita sudah cukup dengan kesukaran sedia ada," katanya pada sidang media selepas melawat Pangsapuri PPR Wangsa Sari‎, Wangsa Maju hari ini.

‎Muhyiddin dan Shafie sebelum ini dikhabarkan kononnya akan disingkir daripada Umno kerana tidak bersetuju dengan cara Datuk Seri Najib Razak mengendalikan isu 1MDB serta dana dermawan Arab bernilai RM2.6 bilion.

Turut tersenarai dalam 'khabar' itu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Aziz Sheikh Fadzir, bekas Menteri Besar Terengganu‎ Datuk Seri Ahmad Said dan bekas Exco Perak Datuk Hamidah Osman.

Abdul Rahman yang juga MT Umno berkata, beliau sendiri tidak akan hadir pada mesyuarat MT Rabu nanti kerana berada di luar negara.

"Saya tidak tahu, saya tiada di sini. Patut ke saya balik," katanya ditanya kemungkinan pemecatan itu.


FAM: Kim Swee dipilih ganti Dollah

Posted: 05 Sep 2015 03:23 AM PDT

Ong Kim Swee
Ong Kim Swee
 
 
PERSATUAN  Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan jurulatih skuad B-23, Datuk Ong Kim Swee dilantik menjadi pengendali sementara skuad kebangsaan bagi menggantikan Dollah Salleh, yang letak jawatan semalam.

FAM dalam satu kenyataan menerusi Twitter rasminya berkata, "Rasmi: Datuk Ong Kim Swee dilantik pengendali sementara skuad kebangsaan selepas Dollah Salleh letak jawatan, semalam."
Dollah

[ARTIKEL BERKAITAN: Dollah Salleh letak jawatan ketua jurulatih]

Semalam, sebaik tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur, Dollah mengumumkan peletakkan jawatannya selaku Ketua Jurulatih skuad kebangsaan berikutan kekalahan memalukan pasukan negara pada perlawanan ketiga Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.

Beliau membuat keputusan untuk melepaskan jawatan yang disandangnya itu sejak 28 Jun 2014, kerana berasa bertanggungjawab di atas kekalahan mengaibkan skuad negara tumpas 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Mohammed Bin Zayed, UAE, semalam.

Dollah berkata beliau sudah memaklumkan keputusannya itu kepada Setiausaha‎ Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin melalui perbualan telefon pagi tadi.

"(Keputusan meletak jawatan itu) muktamad. Saya sudah berbincang perkara ini‎ dengan Datuk Hamidin dan semuanya berjalan lancar," kata Dollah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, malam tadi.

Dollah mengakui beliau terkilan kerana menamatkan karier selaku pengendali skuad kebangsaan dengan keputusan perlawanan yang teruk.

Kekalahan 10-0 skuad negara itu adalah yang terbesar dalam mana-mana perlawanan antarabangsa.

Sambil itu, Dollah tidak menyangka UAE mampu melakar jaringan besar ke atas skuad Harimau Malaya pada perlawanan berkenaan walaupun pemain negara telah berusaha menyerap asakan bertali arus pasukan kendalian Mahdi Ali itu.

Jalan kaki 2,000km untuk cuci 130 masjid

Posted: 05 Sep 2015 03:21 AM PDT

Jalan kaki 2,000km untuk cuci 130 masjid
Perasaan sayu menyelubungi ketiga-tiga beranak itu apabila kali pertama bertemu selepas terpisah hampir sembilan bulan


SABAK BERNAM - "Sembilan bulan tak jumpa mereka saya anggap seperti kelahiran baru. Ibaratnya mengandung sembilan bulan menanti kelahiran anak," demikian kata Asiah Rafiee, 56, ibu kepada dua beradik 'geng cuci masjid'.

Asiah berkata, naluri keibuannya tersentuh sebaik melihat wajah dua anaknya itu di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Pekan Sabak Bernam, 29 Ogos lalu, setelah hampir sembilan bulan tidak bersua muka.

"Sebaik nampak mereka dalam masjid, perasaan rindu bergelojak dalam hati. Tapi perasaan itu terpaksa saya pendamkan sementara kerana terlalu ramai yang mengerumuni mereka pada waktu itu.

"Selepas keadaan terkawal, saya hampiri mereka, perlahan-lahan saya panggil nama Aiman, dan mereka kemudiannya terus menghampiri saya dan kami berpelukan antara satu sama lain," katanya.

Annas Aiman Jaffry, 27 dan adiknya, Muhammad Aidil, 24, serta seorang rakan mereka, Muhammad Hizammudin Alidin, 25, menyertai ekspedisi kembara berjalan kaki seluruh semenanjung membersihkan masjid sejak 24 Januari lalu.

Sehingga kelmarin, ketiga-tiga mereka telah berjalan sejauh 2,199 kilometer (km) di seluruh semenanjung dan berjaya mengunjungi dan membersihkan 130 masjid.

Asiah memberitahu, pertemuan itu sungguh bererti kepada dirinya, apatah lagi selama ini dia hanya mengetahui perkembangan dua anaknya itu menerusi panggilan telefon dan menerusi aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook.

Mengakui pada mulanya berasa berat untuk melepaskan dua anaknya itu, Asiah akhirnya akur selepas mengetahui tujuan sebenar tiga geng cuci masjid itu berjalan kaki untuk membersihkan masjid.

"Mereka yakinkan sayatentang hasrat mereka. Saya tak nak mereka buat kerja separuh jalan dan cepat putus asa. Saya ingatkan, kalau dah tekad, kena buat betul-betul.

"Setiap hari, saya bertahajud dan berdoa serta merestui perjalanan mereka kerana semua ini kerja ALLAH. Saya fikir, niat mereka suci untuk berbakti dan menambah ilmu dengan mengembara. Ini pengorbanan saya dan anak-anak untuk kami sama-sama sucikan hati dan
kita nak rasa pahit getir bagaimana orang-orang dulu merantau.

Sementara itu, Annas Aiman berkata, ekspedisi kembara berjalan kaki membersihkan masjid sejak kelmarin itu memasuki tempoh 223 hari dan dijangka akan tamat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sebelum ketibaan perayaan sambutan Aidiladha.

"Kami menyasarkan perjalanan ini akan singgah lebih 132 masjid dan Masjid Makmuriah Sungai Besar adalah masjid ke-130 yang kami kunjungi pada hari ini (kelmarin)," ujarnya.

Ditanya tentang misi utama kumpulan itu, Annas Aiman berkata, tujuan utama mereka berjalan kaki membersihkan masjid adalah bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa masjid adalah milik komuniti.

"Kita tahu masjid adalah tempat paling suci. Jadi kita kena jaga tentang kebersihannya, pengimarahan dan memeriahkan majlis-majlis yang diadakan masjid kerana ia adalah tanggungjawab komuniti.

"Tugas ini bukan terletak hanya pada imam, bilal, siak dan pengurusan masjid semata-mata.Anak-anak muda yang datang ke masjid boleh maklumkan kepada pihak masjid minta kebenaran bersihkan tandas dan halaman dan kami rasa itu satu permulaan sosial yang baik untuk anak-anak muda, mendekatkan mereka ke arah masjid.

"Kami juga nak mengajak anak-anak muda keluar dari zon selesa sebab kembara ini menyeronokkan. Setiap hari, adalah hari yang baru, setiap hari adalah nafas yang baru dan setiap hari adalah masyarakat yang baru," ujarnya. 

Ditanya tentang penerimaan masjid yang mereka singgah, Annas Aiman memberitahu, sambutan kedatangan mereka sungguh menggalakkan selepas berita kembara perjalanan mereka mendapat liputan media.

"Pada awalnya ada masjid takut tengok gaya kami sebab mungkin mentaliti orang yang datang ke masjid terdiri daripada mereka yang berjubah, berjanggut, kami datang dengan gaya anak muda," katanya.

Walaupun tanpa sebarang penajaan tetap oleh pihak tertentu, tetapi Annas Aiman mengakui itu bukanlah sebagai satu halangan untuk berkhidmat kepada masjid dan masyarakat.  

"Apapun, sebarang sumbangan kewangan kami terima dengan rasa syukur. Sesiapa yang ingin beri sumbangan boleh masukkan ke dalam akaun bank CIMB (12051419414523)," katanya


Luahan Rasa Anak YB Dr Hatta : The Incredible Family

Posted: 05 Sep 2015 03:15 AM PDT




Oleh Atikah Mohd Hatta

Sudah lebih 30 tahun mak dan ayah membina sebuah baitul muslim dengan baik. We grow together as a strong family unit, and until now we are still strong. 2015 has been a hard year for us, especially to Ayah. But never once, Mak who has been the strongest supporter of Ayah ever doubt of his fights. Dengan kasih sayang dan doa, Mak dan Ayah tidak pernah goyah.

Apabila Mak diuji dengan penyakit, Ayah lah yang menjadi peneman setia di hospital, walaupun ketika itu disibukkan dengan pilihanraya dan sebagainya. I never imagine anyone else could do the same as they done it for each other.

Jadi apa yang berlaku akhir2 ini, bukan sahaja mengganggu hal peribadi mak dan ayah, tetapi dalam diam, emosi anak-anak. Namun Alhamdulillah, kami 7 beradik, 4 menantu memilih untuk terus memberi sokongan moral dan kasih sayang yang terbaik untuk Mak dan Ayah.

Maka saya memohon, pihak yang langsung tiada kaitan dengan kehidupan keluarga kami agar menghentikan sebarang spekulasi dan tohmahan dengan SERTA MERTA. Berhenti mengganggu dengan kenyataan-kenyataan yang negatif khususnya untuk menimbulkan spekulasi dan pandangan buruk kepada keluarga kami terhadap isu ini.

Hentikan sebarang kenyataan kerana keputusan bukan terletak kepada anda. Hentikan dari menjadi pemutus kata dan pengatur hidup kami. Jangan ada lagi kenyataan terutama media massa yang memburukkan keadaan dan persepsi masyarakat. Berlaku adil lah kepada kami.

Islam pastinya memiliki jalan keluar yang terbaik berkenaan isu ini, pasti ada selain jalan yang dibenci Allah, sebaliknya bukannya bersungguh-sungguh mahukan jalan yang Allah benci tanpa mengkaji sebarang jalan penyelesaian terbaik. Bukankah sunnahnya mencari yang mendamaikan dan manfaat lebih baik?

Saya percaya ada jalan yang terbaik, kami menanti jalan penyelesaian berkenaan teknikaliti tentang perkara ini. Oleh itu, orang luar dan media,hentikan menspekulasikan perkara ini demi kepentingan anda. Pergilah mencari amal yang lebih memberi manfaat kepada akhirat anda. Biar yang berkait sahaja
menyelesaikannya,jangan menjadi ahli hukum dunia sewenang-wenangnya, kerana itu bukan tugas kalian.

Mohon hentikan, usah diganggu lagi isu ini, fokus kepada isu negara dan rakyat yang lebih besar. Saya yakin juga fokus ayah saya dalam perjuangannya untuk rakyat tidak pernah beralih.

Hentikan, sebaliknya doakan yang baik2 sahaja. Itulah tugas seorang saudara muslim kepada muslimnya yang sepatutnya, bukan bersungguh-sungguh mengharapkan kehancuran. Periksalah iman kalian jika ada terdetik mengharapkan keluarga kami musnah.

Terima kasih kepada sahabat2 perjuangan keluarga kami, ahli keluarga yang tidak putus mendoakan demi kebaikan dan sokongan yang padu. Ini ujian kita semua, insyaAllah hanya kepadaNya kita memohon bantuan dan hidayah... itulah pesan Mak.

As for my family, keep our head high and stay calm. Kita tetap utuh dibawah lindungan-Nya. Semoga kita semua dapat berkumpul di dalam syurgaNya. Fi amanillah!

Selamat menghabiskan Al-Kahfi hari ni.
Jumuah Mubarakah!
Jumaat, 4 Sept 2015
Johor Bahru, Johor.
Atikah Mohd Hatta

Pecat sekarang memang bukan tindakan bijak

Posted: 05 Sep 2015 03:00 AM PDT

Pecat sekarang memang bukan tindakan bijak
Datuk Abdul Rahman Dahlan pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wangsa Sari, Wangsa Maju, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN.


KUALA LUMPUR - Pendekatan Umno untuk memecat beberapa pimpinannya menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu bukan satu tindakan yang bijak pada masa ini.

Ahli MT Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, parti itu sudah cukup berdepan dengan pelbagai kesukaran dan beliau sendiri tidak dimaklum tentang perkara tersebut.

"Saya tiada di sini, saya akan pergi ke luar negara, patutkah saya balik? Saya tak tahu. Jauh dalam hati saya, saya tak fikir (berlaku pemecatan), saya tidak dipanggil berunding pun.

"Secara peribadi saya tidak fikir ia tindakan yang bijak untuk dilakukan, bukan pada masa ini, kita sudah cukup dengan kesukaran sedia ada," katanya pada sidang media selepas lawatan ke PPR Wangsa Sari, Wangsa Maju, di sini, hari ini.

Awal minggu ini, tersebar khabar di media sosial kononnya Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan disingkirkan daripada Umno yang bakal diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, Rabu depan.

Turut tersenarai dalam pemecatan itu ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan bekas Exco Perak, Datuk Hamidah Osman.


Bai'ah Pas: Majlis Fatwa kena bersidang

Posted: 05 Sep 2015 02:58 AM PDT

Bai'ah Pas: Majlis Fatwa kena bersidang
Dr Siti Mariah Mahmud
 
 
KOTA BHARU - Ketua Wanita, Parti Pekerja Malaysia, Dr Siti Mariah Mahmud mencadangkan satu perbincangan dilakukan Majlis Fatwa berkenaan tindakan Pas Kelantan yang memasukkan ungkapan taklik talak tiga dalam lafaz bai'ah parti itu.

Menurutnya, perkara tersebut perlu dilakukan bagi menjaga hak-hak keistimewaan agama Islam daripada dipermainkan dan pelaksanaan sebelum ini juga didakwa tidak pernah dipersetujui di peringkat pusat.

"Dalam kes Dr. Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai) sekarang sudah jadi polemik, kita berasa sedih juga kerana tidak ada kesepakatan dari segi pendapat alim ulama.

"Sepatutnya kita buat satu perbincangan dan tengok apa pendapat ulama terbanyak, bukan ulama Pas sahaja. Majlis Fatwa patut bersidang dan ambil tindakan kerana ini mungkin bercanggah dengan amalan mazhab Imam Shafie," katanya kepada media selepas menghadiri Sesi Dialog dan Penerangan Wanita Harapan Baru, di sini, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN:  Dr Hatta perlu rujuk Mahkamah Syariah]

[ARTIKEL BERKAITAN:  Bai'ah: Jangan berpegang satu pandangan]

[ARTIKEL BERKAITAN: Bai'ah: Perkahwinan Dr Hatta terbubar?]

Menurutnya, beliau mengakui terpaksa 'mungkir janji' dan langgar bai'ah yang pernah dilafazkan sebelum ini kerana yakin parti baru itu menjanjikan perjuangan yang lebih baik berbanding Pas.

Walaupun berat untuk berhijrah, namun berlandaskan hadis dalam Kitab Sahih Muslim yang menyebut, "barang siapa bersumpah tetapi bertemu perkara lebih baik maka hendaklah dia melakukan hal itu dan membayar kafarah", beliau nekad membuat keputusan meninggalkan Pas.

"Maknanya dalam Islam, ada jalan keluar apabila kita mungkir janji. Dalam bab dosa, itu antara kita dengan ALLAH SWT. Kita istighfar, bertaubat. ALLAH sahaja yang tahu hati kita," katanya lagi.

Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Kota Raja itu turut mendedahkan Pas kini didakwa bagaikan merancang misi Ops Pagar bagi menghalang muslimatnya menghadiri mana-mana majlis anjuran parti terbabit.

Beliau berkata, Pas didakwa bertindak demikian kemungkinan disebabkan melihat kepada sambutan yang diterima parti yang bakal menggunakan nama Parti Amanah Negara itu, namun tindakan tersebut menyerupai Umno.

"Saya tidak jangkakan sambutan baik daripada golongan wanita di sini termasuk juga muslimat Pas. Apa yang hendak dikatakan, kami yakin dengan perjuangan dan hujah yang dibawa boleh mengegarkan Pas.

"Hasil  maklumat, kita dapat tahu sesiapa yang hadir sekiranya tergolong sebagai memegang jawatan dalam politik atau kerja dengan kerajaan boleh dipecat. Ini adalah sama dengan apa yang dibuat oleh Umno sebelum ini,"katanya

Amaran KJ kepada FAM: Berubah atau digantung

Posted: 05 Sep 2015 02:56 AM PDT

SINAR HARIAN


Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin. - Foto Bernama


"LAKUKAN perubahan segera kepada skuad negara atau hadapi kemungkinan digantung."

Itu amaran Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas bosan dengan aksi longlai skuad Harimau Malaya yang mencapai kemuncaknya dengan kekalahan 0-10 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) di pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019, Khamis lepas.
  
"Kita ada banyak tindakan yang boleh diambil. Walaupun saya tak nak tapi di bawah Akta Pembangunan Sukan, menteri mempunyai kuasa untuk ambil langkah drastik seperti di Indonesia iaitu menggantung FAM," katanya.

Bagaimanapun, beliau berharap FAM mempunyai rancangan dan mengambil langkah segera mengubah nasib bola sepak negara, tanpa memaksanya melaksanakan penggantungan itu.
  
"Saya tak nak sampai terpaksa ambil tindakan seperti itu kerana penggantungan akan menyebabkan FAM dan juga Malaysia dikenakan tindakan di peringkat antarabangsa.

"Tetapi sekiranya FAM tak ada apa-apa perancangan dan masih lagi buat-buat tak tahu, saya harus pertimbangkan langkah lebih drastik ini," katanya.
  
Sehubungan itu, Khairy berkata, kementeriannya akan mengadakan pertemuan dan berbincang dengan FAM mengenai rancangan perubahan itu dalam masa terdekat.
  
Katanya, penggantungan berkenaan menjadi jalan terakhir kerana jika itu berlaku ia boleh menjejaskan penyertaan skuad negara di peringkat antarabangsa, lebih-lebih lagi Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017.
  
Ditanya sama ada kesemua pimpinan FAM perlu meletak jawatan sekiranya skuad kebangsaan terus mengalami kekalahan memalukan dalam perlawanan menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam pada Selasa depan, Khairy menegaskan ia terserah kepada pengurusan FAM untuk bermuhasabah diri.
  
"Tapi, bagi saya apabila dah diberi masa yang cukup lama dan masih lagi tak ada apa-apa perubahan, saya pohon Presiden FAM untuk muhasabah diri dan buat sesuatu terutama kepada pegawai di sekelilingnya sebab saya lihat tak ada sinar di hujung terowong untuk FAM," katanya.

Beliau berkata demikian kepada kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Fit Malaysia 2015 di Dataran Batu Buruk di sini, hari ini.
  
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Rozi Mamat dan Ketua Pemuda Umno Terengganu, Johari Abu Bakar yang menyaksikan lebih 20,000 orang menyertai program itu. - Bernama


Khabar angin mula bertiup menjelang mesyuarat MT Umno

Posted: 05 Sep 2015 02:49 AM PDT



Oleh Alyaa Alhadjri


Ada pepatah Melayu berbunyi, "Kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang." Dan mutakhir ini memang banyak khabar angin seputar mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 9 September ini.

Mesyuarat itu dijangka panas, memandangkan ia kali pertama ahlinya bermesyuarat selepas Perdana Menteri Najib Razak memecat timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin dan naib presiden Shafie Apdal daripada Kabinet.

Bagi Najib, mesyuarat ini boleh menjadi peluang untuk menghentikan penentangan dalaman berikutan seruan agar beliau berundur ekoran skandal "derma" RM2.6 bilion yang berkaitan dengan salah laku dalam 1MDB.

Pada 3 September lalu, pesanan WhatsApp yang mendakwa Muhyiddin, Shafie dan lima lagi pemimpin Umno akan dipecar ketika mesyuarat itu mula tersebar.

Lima pemimpin itu adalah Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir, MP Kulim Aziz Sheikh Fadzir, bekas Menteri Besar Terengganu Ahmad Said, MP Sepanggar Jumat Idris dan Adun Sungai Rapat Hamidah Osman.

Beberapa bulan ini, mereka secara terbuka mengkritik usaha Najib untuk "menutup" skandal yang telah menyebabkan beliau dikecam di peringkat antarabangsa.

Menteri Pertahanan Hishamuddin Hussein menafikan dakwaan tersebut dan berkata lebih banyak isu penting yang perlu dibincangkan.

"Mesyuarat majlis tertinggi adalah acara tertutup dan perkara yang dibawa dalam mesyuarat tidak patut dibincangkan di forum terbuka," kata naib presiden Umno itu seperti dipetik akhbar The Star

Namun begitu, ahli jawatankuasa disiplin Umno Megat Najmuddin Megat Khas ketika dihubungi berkata, majlis tertinggi mempunyai kuasa untuk memecat mana-mana ahli atas dakwaan kesalahan mengikut perlembagaannya.

"Majlis tertinggi ada prerogatif untuk menentukan apa-apa tindakan terhadap ahlinya.

"Kuasa kami (jawatankuasa disiplin) adalah untuk menasihati majis tertinggi, dan mereka juga boleh memilih untuk memintas kami dalam memutuskan apa-apa tindakan," katanya kepada Semut Harian.

Timbalan Pengerusi Tetap Umno Mohamad Aziz pula berkata, perlembagaan parti memberikan kuasa membuat keputusan tertinggi kepada perwakilan dalam mesyuarat agung tahunan.

Megat NajmudinMegat Najmudin
Dengan tiadanya perhimpunan, kuasa diberikan kepada ahli majlis tertinggi.

Mohamad Aziz berkata, apa-apa langkah oleh majlis tertinggi untuk memecat ahli akan diputuskan melalui proses undian.

"Benar mereka boleh mengundi untuk memecat ahli. Tetapi mengapa perlu buat demikian?

"Khabar angin ini tidak seharusnya berlaku. Saya bimbang ia akan lemahkan Umno. Kekuatan kita bergantung kepada perpaduan kita (ahli)," katanya yang juga speaker DUN Johor dan sudah menjadi ahli Umno selama 55 tahun.

"Apabila mereka yang di atas (pemimpin Umno) berpecah, tahulah apa yang akan berlaku di akar umbi," katanya lagi.

Di kalangan ahli majlis tertinggi, Mohamad adalah antara yang paling awal mempertahankan Muhyiddin daripada apa-apa kemungkinan tindakan parti ke atasnya.

Kini pastinya saat-saat sukar buat Najib dan Umno, namun seperti yang dinyatakan wartawan veteran A Kadir Jasin, "biarkan (khabar) angin itu berlalu sepoi-sepoi bahasa. Kita nikmati kedinginan atau kehangatannya." 

Dari jauh, khabar angin ini mungkin seperti hanya bertiup lembut.

Namun jika Najib selaku nakhoda Umno gagal membaca arah pergerakan angin itu, jelas kapalnya pasti akan dilambung ombak dan karam akhirnya.

Maka bergantung kepada anak kapal untuk menentukan sama ada mereka mahu karam bersama nakhoda, atau bersama-sama memulakan pemberontakan, sementara masa masih ada.

 Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di alyaa@hckmedia.com


"Najib PM Yang memalukan Malaysia"

Posted: 05 Sep 2015 02:42 AM PDT




Oleh Dato' Mahfuz Omar


Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC).Pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah sepatutnya disambut dengan rasa bangga oleh semua pihak apatah lagi bagi kerajaan. Ini kerana kita sering melaungkan seperti mana PM Dato' Seri Najib menyebut kerajaan tidak bertolak ansur dalam usaha memerangi rasuah. Rasuah adalah musuh negara.

2. Sepatutnya persidangan sehebat ini mesti dihadiri oleh PM untuk merasmi dan menyampaikan ucaptama untuk memberi tahu 1,000 perwakilan dari 130 buah negara tentang agenda dan usaha kerajaan Malaysia membanteras dan memerangi Rasuah yang menjadi Musuh utama negara. Salah satu dari enam bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diperkenalkan Najib ialah membanteras dan memerangi rasuah.

3. Suatu yang mengejutkan dunia ialah Najib selaku Perdana Menteri Malaysia yang menjadi tuan rumah gagal hadir sehingga tamat persidangan pada 4 Sept 2015 untuk menyampaikan ucaptama dengan hanya memberi alasan keselamatan. Kegagalan Najib memalukan Malaysia.Sepatutnya beliau perlu berani berhadapan dengan perwakilan 130 negara untuk perjelas dan membersih namanya dan negara dari segala tanggapan buruk selama ini ekoran dari isu 1MDB.

4. Malangnya Persidangan IACC berakhir tanpa apa apa penjelasan yang meyakinkan tentang krisis penyelewengan dan salah guna kuasa yang membabitkan Najib. Hanya diberikan alasan tidak hadirnya Najib atas faktor keselamatan, risau penerimaan delegasi yang hadir terhadap Najib, bakal berdepan dengan aktivis yang garang dan bimbang dengan persekitaran persidangan yang ganas. Ini adalah kali kedua alasan keselamatan untuk mewajarkan Najib tidak hadir selepas program nathing to hide. Alasan ini sebenarnya menunjukan Najib hilang keyakinan diri berdepan dengan cabaran dan hakikat sebenar Najib tiada jawapan dan penjelasan yang boleh diberikan.

5. Jemput kenduri besar.Tiba hari kenduri tuan rumah berada di wad hospital kerana sakit. Sama lah apa yang berlaku di IACC tuan rumah Najib diserang mengejut penyakit "risau" dan takut tak selamat ada di rumah.Kegagalan Najib untuk hadir ke persidangan IACC tidak membantu Negara keluar dari krisis ekonomi dan skandal kewangan 1MDB serta kejatuhan nilai matawang ringgit Malaysia yang sedang melanda negara, sebaliknya akan menjadikan krisis ini akan lebih parah. Apa boleh buat nasib malang rakyat Malaysia memiliki PM dihinggapi penyakit risau dan takut berpegang dengan pepatah melayu "Berani kerana benar takut kerana salah".

"SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA"

(*)  Dato' Mahfuz Omar,Ahli Parlimen Pokok Sena

Pendebat terbaik Asia 'sekolahkan' anak TPM

Posted: 04 Sep 2015 05:17 PM PDT

Zulaikha Zulkifli   





Kenyataan anak Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung hak bersuaranya mengkritik peserta perhimpunan BERSIH 4 "ditegur" seorang pendebat terbaik Asia.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 23, pelajar jurusan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengambil kesempatan 'menyekolahkan' Nurulhidayah berkaitan hak bersuara.

Syed Saddiq berkata, beliau menghormati hak kebebasan untuk bersuara yang dinyatakan Nurulhidayah.
Namun, beliau berpendapat hak itu sepatutnya diberi sama rata kepada semua tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

"Saya lihat hanya sesetengah pihak sahaja yang boleh bersuara terutamanya hanya golongan atasan, elit di Malaysia diberi hak bersuara tetapi rakyat tidak diberi hak.

"Saya nak jelaskan, walaupun kita ada pandangan yang berlainan tetapi pada akhirnya kita memperjuangkan perkara yang sama iaitu kebebasan hak untuk bersuara," katanya dihubungi Malaysiakini.

Selain itu, beliau yang juga pensyarah sambilan dalam subjek pengucapan awam dan debat di UIA berpandangan, semua pihak termasuk setiap parti politik juga perlu diberi hak sama rata untuk bersuara.

"Saya cakap ini bukan untuk berpolitik, tetapi kita perlu adil. Hanya sesetengah pihak boleh suarakan pendapat. Contohnya di UIA, hanya kerajaan saja boleh (masuk dan berucap) tetapi pembangkang tak boleh.

"Kita kena adil, berucap bukan perkara yang eksklusif tetapi perlu inklusif," katanya yang baru dilantik sebagai salah seorang Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) bagi mewakili pemimpin belia.

Syed Saddiq, anak kedua dari empat beradik, itu mendapat anugerah pendebat terbaik Asia semasa mewakili UIA dalam Kejohanan Debat Bersatu Asia (UADC) di Bali, Mei lalu.

Malah, pasukan debatnya juga menempatkan universiti Islam itu di tempat ke-10 daripada 440 pasukan semasa Kejohanan Debat Universiti Dunia (WUDC) ke-35.
Tulisan jadi viral

Nama Syed Saddiq menjadi viral selepas beliau menulis status di Facebooknya yang dilihat mengkritik kembali kenyataan anak perempuan naib presiden Umno itu.

Antara yang ditulis Syed Saddiq ialah:

"Saya menghormati hak anda (Nurulhidayah) untuk bebas bersuara. Saya harap anda akan hormati hak kami juga. 500,000 rakyat Malaysia yang menghadiri BERSIH juga mempunyai hak mereka untuk bersuara, tetapi perhimpunan aman itu diisytiharkan sebagai haram.

"(Seramai) 1.3 juta penjawat awam Malaysia juga mempunyai hak untuk bersuara, tetapi mereka diancam dengan tindakan tatatertib. Pekerja Malaysia di Sarawak Report dan The Edge juga mempunyai hak untuk bebas bersuara tetapi suara mereka ditindas dengan larangan yang dikenakan kerajaan.

"(Pemimpin pembangkang) Tony Pua dan Rafizi Ramli juga mempunyai hak untuk bebas bersuara tetapi mereka "ditampar" dengan larangan untuk ke luar negara sewenang-wenangnya.

"Tun Mahathir (Mohamad), bekas perdana menteri kita yang terkenal juga berhak dengan kebebasan bersuara, tetapi beliau di panggil untuk disiasat kerana bercakap bagi pihak rakyat," kata Syed Saddiq.

Sehubungan itu, Syed Saddiq berkata, sebagai warganegara Malaysia beliau bertanggungjawab untuk melindungi dan mempertahankan hak rakyat untuk terus bebas melahirkan pandangan.

"Hak bebas bersuara adalah sesuatu yang suci yang merupakan jelmaan sesebuah masyarakat yang bebas dan demokrasi. Perbezaan pendapat saya dengan kenyataan anda tidak menghalang anda daripada mengakses "hak" anda.

"Sebagai rakyat Malaysia, saya bertanggungjawab untuk melindungi dan mempertahankan hak anda untuk bersuara. Ia hak anda, dan hak kami. Ia hak rakyat Malaysia selama-lamanya. Mari kita mempertahankannya bersama-sama," tulisnya lagi.

BERSIH 4 kerja bodoh, kata Nurulhidayah

Sebelum ini, Nurulhidayah dikecam oleh orang ramai di laman sosial berikutan kenyataannya yang menyifatkan perhimpunan BERSIH 4 sebagai 'kerja bodoh'.

Ekoran itu, melalui akaun Instagramnya, anak perempuan timbalan perdana menteri itu mempertahankan dirinya dengan berkata, beliau bukan wakil rakyat tetapi hanya seorang warganegara Malaysia yang mempunyai hak untuk bersuara.

"Saya bukan ahli Parlimen di kawasan anda ataupun wakil rakyat anda. Saya warganegara Malaysia yang juga ada hak bersuara.

"Saya tidak menyentuh perkauman atau bangsa. Saya cuma pertikaikan kewarasan segelintir anda yang tidur di jalanan kononnya untuk menyatakan kebenaran," tulis Nurulhidayah.


Tuhan ada, jangan bimbang, kata menteri pada IACC

Posted: 04 Sep 2015 05:13 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Datuk Seri Wahid Omar memberitahu peserta Persidangan Antirasuah Antarabangsa ke (IACC) ke-16 hari ini bahawa pesalah akan tetap dihukum.

Mengakui Malaysia berdepan beberapa isu sukar, beliau berkata kebenaran akan terserlah juga akhirnya.

"Jika semua kita memainkan peranan masing-masing, jangan bimbang. Jika jenayah dilakukan, ia akan diketahui," katanya.

Bercakap dalam acara itu di Putrajaya, beliau juga menegaskan bahawa "tuhan ada dalam dunia ini dan kebenaran akan terungkap" juga akhirnya.

Abdul Wahid berkata demikian selepas Naib Presiden badan antirasuah global Transparency International Elena Panfilova (gambar) berucap menyebut perdana menteri mesti berterus terang berhubung isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaunnya.

Sepanjang tiga hari persidangan itu, pelbagai pihak tampil bersuara lantang terhadap kerajaan dan perdana menteri dalam isu-isu berkaitan rasuah.

Menteri S'pura: Untungnya bukan rakyat M'sia

Posted: 04 Sep 2015 05:11 PM PDT

MALAYSIAKINI

 


Menteri Sumber Manusia Singapura Lim Swee Say mencetuskan kontroversi selepas berucap bahawa beliau berasa beruntung menjadi rakyat republik itu.

Dalam ucapan kempennya semalam, wakil Parti Tindakan Rakyat (PAM) untuk Kawasan Perwakilan Berkumpulan (GRC) Pantai Timur berkata beliau "beruntung tidak menjadi warga China atau Malaysia".

Beliau juga mengenang kembali kedatangannya bapanya ke Singapura daripada tanah besar China.

"Kemudian bapa saya kenal emak saya, mereka berkahwin dan dapat enam anak.

"Jadi tahun ini kita sambut SG50 (ulang tahun ke-50 Singapura) dan saya fikir, jika bapa saya tidak naik bot ke Singapura, saya mungkin sekarang rakyat negara China," tambahnya.

Lim juga percaya bahawa pemisahan Singapura dan Malaysia pada 1965 memberi keuntungan.
Jika tidak, katanya, rakyat negara itu sudah tentu sekarang sebahagian rakyat Malaysia.

"Kemudian pada 1965 Singapura dan Malaysia berpisah, kerana (perdana menteri pertama) Encik Lee Kuan Yew mahukan sebuah bangsa tidak mengira bahasa atau kau – semuanya sama," katanya.

Beliau juga berkata tidak boleh tinggal di Malaysia kerana ia "milik orang Melayu".

"Jadi kita tiada pilihan, kita hanya boleh berpisah.

"Jadi saya fikir jika kita tidak berpisah pada 1965, hari ini kamu dan saya akan jadi rakyat Malaysia, heng (beruntung) ah," katanya.

Ucapan itu dimuat naik dalam Facebook saluran 8 televisyen MediaCorp negara itu.

Pihak yang tidak selesa dengan tindakan itu menuntut beliau meminta maaf.

Soalan NGO antirasuah: RM2.6 derma atau rasuah?

Posted: 04 Sep 2015 05:00 PM PDT

MALAYSIAKINI

 


Kritikan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 terus dilontarkan.

Terbaru setiausaha agung NGO pemantau rasuah global Transparency International Salil Shetty meminta Najib menjejaskan sama ada dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya "rasuah besar".

Pembela Najib sebelum ini menegaskan bahawa wang itu hasil "sumbangan politik" daripada Timur Tengah.

"Kita ada akhbar ditutup, laman web ditutup, peguam negara dipecat, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara digantung, siasatan agensi-agensi diganggu.

"Sekarang RM2.6 bilion lesap – AS$700 juta.

"Perdana menteri harus berterus terang, beritahu kita sama ada ini rasuah besar," katanya kepada peserta IACC di Putrajaya hari ini.

Salil bercakap dalam sesi berjudul "Grand corruption: How to stop the corrupt stealing from you and me".

Beliau kemudian mengulangi persoalan sama yang dilontarkan beberapa pihak sebelum ini dalam persidangan sama sejak permbukaan Rabu lalu.

"Dari mana wang itu datang dan ke mana ia pergi?" soalnya.

Kelmarin, Presiden Transparency International Jose Ugaz dalam sesi pembukaan IACC berkata Malaysia berdepan krisis rasuah dan beliau meminta Najib menjejaskannya.

Semalam, anggota majlis IACC pula memberitahu perdana menteri bahawa skandal tidak dapat ditutup.

IACC berakhir hari ini setelah tiga hari bersidang.

Ketua konvensyen antirasuah PBB minta PM undur

Posted: 04 Sep 2015 04:57 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Konvensyen Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pencegahan Rasuah (UNCAC) mahu perdana menteri meletakkan jawatan supaya tiada campur tangan dalam siasatan berkaitan kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaunnya.

Pengerusi UNCAC Manzoor Hasan berkata perkara itu langkah terbaik bagi memastikan sebuah siasatan yang adil.

"Dalam dunia yang ideal, kamu mahu lihat perdana menteri kekal, dan siasatan juga berlangsung.
"Tetapi saya fikir realitinya jika mereka tidak letak jawatan, proses siasatan boleh dipengaruhi dan menjejaskan keseluruhan proses.

"Jika kamu gunakan prinsip biasa, prinsip undang-undang, apabila seseorang disiasat, biasanya orang itu akan letak jawatan supaya siasatan bebas boleh berlangsung," Manzoor dipetik sebagai berkata oleh The Malaysian Insider hari ini.

Bercakap dalam Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 di Putrajaya, Manzoor berkata keengganan Najib berundur tidak pelik, tetapi bukan perkara baru.

Akhbar antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini mengejutkan politik Malaysia dengan laporan mendakwa wang RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata wang itu hasil sumbangan derma, sekali gus menimbulkan perbahasan awam sama ada ia berunsur rasuah atau tidak serta persoalan melibatkan isu integriti.

Dollah Salleh sah letak jawatan

Posted: 04 Sep 2015 04:55 PM PDT

N Faizal Ghazali

 


Mengambil tanggungjawab atas kegagalan pasukan Harimau Malaya menyinar, ketua jurulatihnya, Dollah Salleh membuat keputusan melepaskan jawatan serta-merta.

"Hari ini saya bincang dengan FAM dan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.

"Saya lepaskan jawatan saya, muktamad. FAM terima apa yang saya luahkan. Sebagai jurulatih sudah tentu saya terkilan, tapi benda dah jadi," katanya ketika ditemui media sebaik tiba di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kira-kira jam 11 malam tadi.

Tiga akta dipinda selesaikan konflik mahkamah Syariah dengan Sivil

Posted: 04 Sep 2015 04:51 PM PDT

ANTARAPOS,COM


Post Pic

 
 
KUCHING: Jabatan Peguam Negara akan meminda tiga akta bagi menyelesaikan konflik bidang kuasa antara Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.
 
"Isu yang berbangkit daripada konflik bidang kuasa antara Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil apabila seorang daripada pasangan menukar agamanya, dijangka dapat diselesaikan apabila pindaan secara pakej dilakukan kepada tiga akta.
 
"Sebagai contoh usaha kerajaan menangani isu-isu sensitif termasuk penukaran agama yang dalam hal ini cadangan pindaan secara pakej kepada tiga akta iaitu Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164], Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505] dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] sedang dipertimbangkan," katanya.
 
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Seminar Kelestarian Keselamatan Negara dengan tema 'Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama', di sini hari ini.
 
Seramai 350 penjawat awam persekutuan dan negeri hadir pada seminar anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) secara kolaboratif bersama Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
 
Nancy berkata kerajaan sentiasa menambah baik dan memperkenalkan undang-undang baharu di negara ini agar kestabilan dan perpaduan dalam kalangan rakyat terus dipelihara.
 
"Dalam cadangan pindaan tersebut, sekiranya pasangan bukan Islam memeluk agama Islam, dia hendaklah menyelesaikan segala obligasi dan liabilitinya di bawah undang-undang yang mengawal perkahwinan sivilnya dahulu, iaitu Akta 164, iaitu seperti pembubaran perkahwinan, pemberian nafkah kepada bekas isteri dan anak, hak jagaan anak dan pembahagian aset perkahwinan," katanya.
 
 

Nik Zawawi tempelak Hanipa: Apa kaitan baiah dengan hudud?

Posted: 04 Sep 2015 04:39 PM PDT

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic


SHAH ALAM: Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh 'hairan' dengan tindakan pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), Hanipa Maidin yang mengaitkan kontroversi baiah dengan pelaksanaan hudud di Kelantan.

"Yang pertamanya, beliau bukan seorang ahli agama dan tidak mendapat pendidikan secara formal dalam bidang syariah Islam.

"Keduanya, apakah kaitannya baiah dengan pelaksanaan hudud? Saya tidak faham apakah maksud yang ingin disampaikannya," katanya kepada Antarapos, hari ini.

Terdahulu Hanipa menyifatkan desakan PAS terhadap bekas pemimpin-pemimpin parti itu yang melanggar baiah sehingga jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing mencerminkan petanda tidak baik terhadap agenda PAS Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Islam itu.

Ahli Parlimen Sepang itu menyelar sikap PAS itu kerana menyebabkan ramai pihak berpandangan PAS lebih gemar menghukum berbanding menegakkan keadilan.

Menegaskan kontroversi baiah tersasar jauh dari isu hudud yang cuba diketengahkan Amanah, Nik Zawawi kemudiannya menggesa ahli-ahli parti politik baru berkenaan melihat kembali niat mereka ketika melafazkan taat setia itu.

"Mereka kena teliti dengan baik. Jawab dengan jujur dan ikhlas kerana Allah SWT mengetahui apakah yang sebenarnya di dalam baiah mereka. Saya tahu di dalam hati kecil mereka terasa bahawa baiah mereka adalah satu perkara besar. Namun kerana sikap ego menyebabkan mereka mencari seribu satu alasan untuk membatalkan baiah," tegasnya.

Nik Zawawi dalam pada itu meluahkan rasa kesalnya terhadap reaksinya Pengerusi Amanah, Mohamad Sabu yang meminta ahli-ahlinya berpegang kepada pandangan ulama yang ringan.

"Semua yang bercakap ini bukan orang agama. Mana ada satu mazhab di dalam Ahli Sunnah Jamaah yang mengatakan baiah longgar dan boleh dibatalkan. Saya rasa beliau terkeliru dengan al-yamin (sumpah).

"Tidak ada ulama muktabar membenarkan langgar baiah," tegasnya.

Mohamad sebelum ini meminta ahli-ahli Amanah yang terkesan dengan sumpah baiah tidak hanya berpegang kepada pandangan dan mazhab tertentu sahaja, sebaliknya perlu merujuk pandangan banyak pihak, seperti ulama dunia Dr Yusof Al-Qaradhawi, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Mufti Pulau Pinang Wan Salim Mohd Noor.

"Sekali lagi saya menyeru kepada mereka yang terlibat dalam hal ini agar meletakkan kesabaran paling tinggi dan bertawakal kepada Allah.

 "Dan pada masa yang sama, berpeganglah kepada pandangan yang paling ringan di antara pandangan-pandangan ulama yang boleh diterima pakai," demikian memetik kenyataan Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Ulama PAS minta Khalid, Dr Siti Mariah bertaubat dan kembali ke ajaran Islam

Posted: 04 Sep 2015 04:33 PM PDT

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic


SHAH ALAM: Hanya beberapa jam sebelum Khalid Samad dan Dr Siti Mariah Mahmud membayar kafarah kerana tebus baiah dengan menjamu fakir miskin briyani kambing, seorang ulama PAS menggesa mereka bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

"Mereka kena bertaubat dan kembali ke jalan Islam yang sebenarnya. Mudah sahaja. Minta maaf kepada umum dan kembali semula kepada PAS. Sebabnya mereka telah berbaiah untuk setia dengan PAS," kata Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

"Kita tidak pernah paksa (untuk berbaiah). Tetapi (kita kata) sesiapa yang hendak bertanding atas tiket PAS, kena berbaiah. Jika tidak mahu, dari awal lagi patut bertanding atas tiket lain.

"Mereka juga tidak belajar bidang syariah Islam, di mana baiah tidak boleh dibayar kafarah. Baiah berbeza dengan sumpah. Sumpah hanya antara seseorang individu dengan Allah SWT," tegasnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Khalid dan Dr. Siti Mariah, masing-masing Ahli Parlimen Shah Alam dan Kota Raja akan membayar kafarah dengan menjamu 100 fakir miskin briyani kambing dalam satu majlis, malam ini.

Ia berikutan tindakan mereka menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), sekali gus bertentangan dengan baiah yang pernah dilafazkan semasa di dalam PAS ketika menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Khalid sebelum ini mendakwa tiada keperluan untuk wakil rakyat PAS meletak jawatan semata-mata menyertai Amanah.

Umum mengetahui baiah kini menjadi pertikaian di kalangan pemimpin dan bekas pemimpin PAS kerana ia membabitkan ikrar lafaz setia terhadap parti.

Keadaan lebih rumit apabila PAS Kelantan turut menambah lafaz cerai talak tiga bagi wakil rakyatnya.
Semalam Mahkamah Syariah Kelantan mengesahkan perkahwinan antara Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli dan isterinya, sah gugur talak tiga kerana melanggar baiah yang dilafazkan sebelum ini.


40 warga Indonesia masih hilang di laut

Posted: 04 Sep 2015 04:25 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
PELABUHAN KLANG: Lebih daripada 40 orang masih hilang selepas sebuah bot yang membawa pendatang tanpa izin dan dalam perjalanan pulang ke Indonesia dari sini karam di perairan Sabak Bernam.
 
Mayat 15 penumpang ditemui di laut kira-kira sembilan batu nautika dari barat daya Tanjung Sauh, lokasi di mana kejadian itu berlaku.
 
Beberapa nelayan menyelamatkan 19 penumpang dari 'bot pom-pom', sebuah bot kayu berukuran kira-kira 40 hingga 50 kaki panjang, yang membawa kira-kira 70 hingga 80 penumpang apabila ia karam awal pagi Khamis.
 
Laksamana Pertama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Mohd Aliyas Hamdan berkata bot yang berdaftar di Indonesia itu mungkin membawa lebih muatan dan kebanyakan penumpangnya disyaki pendatang tanpa izin.
 
Beliau berkata penumpang-penumpang itu dalam perjalanan pulang ke rumah untuk sambutan Hari Raya Haji.
 
Bot itu meninggalkan Kuala Sungai Bernam pada awal pagi dan menuju ke Tanjung Balai, Indonesia.
 
Antara yang maut adalah 13 wanita dan dua lelaki, katanya.
 
Mohd Aliyas berkata mayat pertama ditemui pada pukul 10.37 pagi dan selebihnya sehingga 9.15 malam. Mayat dan mangsa telah dihantar ke Hospital Teluk Intan, Perak.
 
Tidak ada maklumat mengenai anak-anak kapal dalam bot tersebut.
 
Pasukan mencari dan menyelamat masih mencari penumpang yang hilang, kata Mohd Aliyas kepada pemberita di pangkalan APMM di Tanjung Harapan.
 
Beliau berkata APMM masih cuba untuk mendapatkan maklumat tepat tentang jumlah mereka yang berada di atas bot.
 
Pangkalan operasi telah ditubuhkan di jeti Sungai Sumun di Hutan Melintang, Perak, katanya.
 
Di Petaling Jaya,Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Datuk Ahmad Puzi Ab. Kahar 
berkata, empat kapal Tentera Laut Diraja Malaysia, tiga buah bot, dua pesawat agensi dan sebuah pesawat TUDM C-130 terlibat dalam pencarian.
 
Ahmad Puzi berkata Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) telah membantu untuk mencari lebih banyak mangsa.
 
Timbalan Duta Besar Indonesia ke Malaysia Hermono berkata kedutaan akan membantu dalam mengenal pasti mangsa dan membawa pulang manga yang terselamat.
 
Pada Jun tahun lepas, sebuah bot kayu dengan 97 penumpang karam kira-kira dua batu nautika dari Sungai Air Hitam di Banting, menjelang tengah malam.
 
14 daripada mereka lemas, termasuk 12 wanita dan seorang kanak-kanak berusia lima tahun. 61 berjaya diselamatkan.
 
Bot itu meninggalkan sebuah jeti di Sungai Judah di Pulau Carey dan turut menuju ke Tanjung Balai.
 
 

Tidak mustahil bentuk kerajaan baru di Sabah pada PRU14

Posted: 04 Sep 2015 04:17 PM PDT

IMG_1976

Roketkini.com


"Ayuh lakarkan perubahan kerajaan di Sabah". Demikian seru Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan Tan Kok Wai dalam ucapannya meminta rakyat Sabah memberi mandat kepada DAP dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 300 orang penduduk sekitar Keningau dalam majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Sabah ke-52 dan pelancaran replika Batu Sumpah di pekan Keningau disusuli pelancaran Program "Land For The Landless".

Menurut Kok Wai, tiada yang mustahil untuk menukar kerajaan UMNO-BN di Sabah memandangkan parti pemerintah itu semakin tidak popular di Sabah akibat pelbagai isu yang melanda termasuk isu hak Orang Asal.

"Pada Pilihan Raya Umum 2008, BN mendapat 61 peratus undi majoriti. Tetapi pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu, BN hanya dapat 55 peratus," ujar beliau.

Ahli Parlimen Cheras itu menegaskan, rakyat Sabah harus berani melakukan perubahan memandangkan kerajaan sedia ada semakin menindas dan bersikap tidak adil terutamanya terhadap masyarakat Orang Asal.

"Segala jaminan kerajaan Malaysia di Batu Sumpah mesti dipatuhi. Tetapi adakah kerajaan laksanakan dan pelihara apa yang mereka jaminkan kepada anda semua?" soalnya.

Di kesempatan itu beliau membidas sikap kerajaan BN yang gagal mengurus pentadbiran dan ekonomi negara dengan baik sehingga wujud banyak masalah akibat gejala rasuah, kronisma dan penyelewengan dana awam.

"Jadi pada hari kemerdekaan Sabah yang ke-52 ini, kita harus sehati sejiwa bersatu jayakan Sabah dan jayakan Malaysia.

"Kita harus sehati sejiwa tumbangkan BN!" kata beliau disambut tepukan gemuruh hadirin.

Majlis ini merupakan inisiatif DAP Sabah melalui Majlis Perundingan Orang Asal Anak Negeri DAP Sabah yang diketuai Dr. Edwin Bosi yang juga ADUN Kapayan. 

Dalam ucapannya Dr Edwin mempersoalkan kemampuan kerajaan untuk mempertahankan hak adat Orang Asal di Sabah.

"Bagaimana kita nak pertahankan hak adat kalau kerajaan tidak prihatin?" soalnya.

Kata beliau, program dan kempen yang dilancarkan ini merupakan satu komitmen parti untuk memperjuangkan hak Orang Asal yang telah lama didak dipedulikan.

"Kami berjanji bila DAP membentuk kerajaan kita akan hormati segala jaminan yang telah diberikan kerajaan sebelum ini," ujar beliau yang juga Setiausaha DAP Sabah.

Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong Sze Phin pula menegaskan komitmen parti untuk memperjuangkan kepentingan autonomi Sabah.

"Saya ingin tekankan Sabah asalnya bukan merupakan negeri. Tetapi Sabah adalah rakan kongsi Malaya yang membentuk Malaysia. DAP berjuang supaya autonomi Sabah dikembalikan," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu itu berkata, selain memperjuangkan autonomi Sabah, DAP bukanlah sebuah parti perkauman seperti yang digembar-gemburkan media arus perdana.

"Saya ingin tegaskan bahawa DAP perjuangkan kebebasan beragama dan berbudaya di Sabah seperti termaktub di Batu Sumpah. DAP percaya, rakyat Malaysia khususnya di Sabah boleh hidup aman damai walaupun berbeza budaya dan agama," ujar beliau. – Roketkini.


Tiada ulasan: