Jumaat, 4 September 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Punca dan Sebab Najib Razak Tidak Hadir Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC)? Faktor Keselamatan?

Posted: 04 Sep 2015 08:32 AM PDT



Punca dan Sebab Najib Razak Tidak Hadir Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC)? Faktor Keselamatan?

Nah….sekarang ini, 130 buh negara telah menghantar wakil masing-masing di bumi bertuah kita, Kuala Lumpur, mereka berkampung dan berkhemah serta berdiskusi mengenai gejala dan isu rasuah atas nama Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC).

Biasanya acara besar sebegini akan dirasmikan oleh Ketua kerajaan dan kali ini ini giliran Perdana Menteri Malaysia datang merasmikannya.

Najib Razak 

Malangnya, kelibat Perdana Menteri Malaysia Najib Razak tidak akan kelihatan untuk merasmikan dan menyampaikan ucaptama di Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC). Tidak sama sekali.

Eh…kenapa pula? Apa yang sudah berlaku? Kenapa Najib Razak tidak datang dan berdepan dengan hadir dalam Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) ini?

Seperti biasa, akan ada alasan yang dikemukan punca dan faktor Najib Razak tidak datang, dan ini diterangkan sendiri oleh Paul Liow Menteri yang akan mewakili Najib Razak dalam Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) kali ini dan menyampaikan ucaptamanya. Katanya :

 

Alasan Paul Liow : Najib Tidak hadir Persidangan Transparency International di KL?

  1. Paul Liow risau dengan penerimaan delegasi yang hadir terhadap Najib Razak termasuk mungkin bersikap dingin
  2. Faktor keselamatan
  3. Bakal berdepan aktivis yang "garang"
  4. Juga bakal berdepan persekitaran persidangan yang "ganas"
Ermmm….tidak sudah-sudah dengan faktor keselamatan. Nampaknya ada 2 acara sekarang ini yang cukup bahaya kepada Najib Razak :
  • Forum Nothing to Hide: Tidak hadir. Faktor: Isu keselamatan
  • Persidangan anti-rasuah sedunia: Tidak hadir. Faktor: Isu keselamatan
Ya….Memang tidak boleh dinafikan 2-2 event itu amatlah merbahaya kepada Najib Razak. Harap maklum.

Hakikatnya, selepas mendengar ucapan daripada Presiden Transparency International, José Ugaz barulah Berita Semasa apa sebab sebenarnya Najib Razak tidak hadir. Ya….memang betul, ucaptama tersebut memang membawa kepada isu keselamatan Najib Razak, tetapi keselamatan "telinga Najib Razak". Dan ucapan tersenyum menjadi bahan gelak ketawa kepada 1,000 delegasi delegasi yang hadir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Dan kata-kata dan ucapan pedasnya terhadap Malaysia terutamanya berkisar mengenai skandal RM2.6 bilion ini boleh anda semak seperti gambar-gambar yang Berita Semasa kongsikan di bawah ini :

 

Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) : Ucapan Jose Ugaz Mengenai Malaysia

P/S : Ada peribahasa Melayu mengatakan. "Berani kerana benar takut kerana salah"

PP/S : Kenapa apabila bercakap dengan dengan "anak-anak buah anda" dan orang kampung isu mengenai RM2.6 bilion, begitu bersemangat dan bersorak-sorak, tetapi mengapa takut menikus berdepan dengan masyarakat antarabangsa terutamanya delegasi anti rasuah? Bukankah tempoh hari dilaungkan mempunyai semangat kepahlawanan bugis? Bukanlah lebih gunakan peluang dan pentas ini untuk menyatakan pendirian anda.

PPP/S : Sekali lagi Najib Razak menjadi beban kepada Malaysia sehingga sekali lagi Malaysia menjadi bahan berita di portal berita di seluruh dunia mengenai isu dan skandal RM2.6 bilion ini. Persoalannya sampai bila?

PPPP/S : Fakta yang paling nyata that USD700 million equal to RM2.6 billion sudah masuk dalam private account, orang itu. Dan satu lagi fakta yang paling nyata ialah apabila pasukan yang menyiasat kes 2.6 billion itu dibubar, disiasat, direman, dipecat, ditukarkan dan diberhentikan.

PPPPP/S : RM2.6 bilion derma? Bak kata Mahathir, cakap dengan kambing bolehlah.


Akaun Bank 1MDB di Switzerland Kena Beku Sebab Dakwaan Penggubahan Wang Haram dan Rasuah?

Posted: 04 Sep 2015 08:25 AM PDT



Akaun Bank 1MDB di Switzerland Kena Beku Sebab Dakwaan Penggubahan Wang Haram dan Rasuah?
Nampaknya bahagian PR 1MDB sekarang terpaksa bekerja keras untuk menangkis pelbagai dakwaan yang dilemparkan terhadap 1MDB. Terbaru laporan berita Reuters mengatakan yang mana akaun bank 1MDB di Switzerland kena beku.

Seperti biasa, kebanyakan dakwaan terhadap 1MDB semuanya dinafikan. Jikalau disemak laporan berita Astro Awani dan The Rakyat Post seperti yang Berita Semasa kongsikan di bawah ini :
  • kejap nafi akaun kena beku
  • kejap kata tidak tahu ada yang akaun di Switzerland itu sudah kena beku
  • Ermmmm…..
akaun bank 1mdb 

Kebanyakan yang simpan di Switzerland kerana kelebihan yang ada di bank di Switzerland iaitu apa yang dipanggil "privacy protection".

Nampaknya negara luar yang perlu mengambil tugas-tugas yang sepatutnya boleh diselesaikan pihak-pihak yang berkuasa di Malaysia. Ermmmm…

Dan dakwaan terhadap 1MDB ini cukup berat atas sebab pembekuan akaun bank mereka:
  1. penggubahan wang haram
  2. juga rasuah.
P/S : Berita Reuters fitnah…..berita WSJ fitnah….Sarawak Report fitnah….persepsi apa semualah. Carilah jawapan yang bijak sikit. Dah ada pasukan penyiasatan 1MDB dibubarkan. Ada peluang untuk bela diri di hadapan delegasi, tidak mengambil kesempatan yang ada untuk memeprtahankan diri. Grow up please…

PP/S : Sebelum ini berminat juga mendengar kenyataan daripada Arul Kanda. Tetapi selepas beliau pernah mengatakan dahulu yang mana dana dalam bentuk tunai yang akhirnya terbongkar yang kononnya duit dalam bank tiada terus tukar kepada unit. Unit apa Berita Semasa tidak tahu. Tetapi yang pastinya selepas daripada itu, Berita Semasa sudah mula berkira-kira untuk menelan bulat-bulat apa yang diperkatakannya.

 

Isu Akaun Bank 1MDB di Switzerland :Lagi Butiran Dakwaan Terhadap 1MDB

Butirannya ada pada gambar-gambar di bawah ini yang disahkan Jabatan Peguam Negara Switzerland….

Ejen hartanah maut jatuh bangunan

Posted: 04 Sep 2015 08:18 AM PDT

NORAIZURA AHMAD

 

jatuh
Mayat mangsa ditemui orang awam di bahagian belakang koridor kondominium dalam keadaan terlentang kira-kira jam 9.51 pagi.


KUALA LUMPUR, Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium di Jalan Sentul Indah, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata, mayat mangsa ditemui orang awam di bahagian belakang koridor kondominium dalam keadaan terlentang kira-kira jam 9.51 pagi.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa berusia 24 tahun bekerja sebagai ejen hartanah separuh masa dan tinggal bersama keluarganya.

"Mangsa mati akibat kecederaan parah di muka dan kaki susulan jatuh dari tempat tinggi.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan dipercayai mangsa mengalami tekanan hidup.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pemilik laman sesawang animasi muslimah berunsur lucah diberkas

Posted: 04 Sep 2015 08:16 AM PDT

BERNAMA

 

MCMC-11
Suspek disyaki melukis sendiri animasi berunsur lucah untuk dijual kepada pembeli terutama pelajar sekolah dengan harga serendah RM2.


KUALA LUMPUR, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menahan pemilik laman sesawang yang menjual animasi muslimah berunsur lucah di Subang Jaya, awal pagi semalam.


Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin berkata hasil siasatan dengan kerjasama polis mendapati suspek disyaki melukis sendiri animasi berunsur lucah untuk dijual kepada pembeli terutama pelajar sekolah dengan harga serendah RM2.

"Beberapa kelengkapan komunikasi milik suspek turut disita dan dirampas termasuk telefon bimbit serta kad sim, 'pen drive', cakera keras, komputer riba, komputer meja dan modem," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata rakaman percakapan suspek turut diambil bagi membantu siasatan.

Zulkarnain menjelaskan serbuan dijalankan berdasarkan aduan awam tentang penggunaan aplikasi Internet untuk pemberian kandungan lucah bagi tujuan komersial.

Beliau berkata lukisan animasi muslimah yang berunsur lucah itu adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam serta nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

Katanya, SKMM memandang serius penyalahgunaan perkhidmatan aplikasi dan akan mengambil tindakan sewajarnya di bawah seksyen 233(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

"Tindakan juga boleh diambil di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang mana hukuman yang diperuntukkan ialah penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Zulkarnain menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kawal selia kendiri ketika menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet secara bijak dan tidak menjalankan aktiviti negatif.

Polis tawar ganjaran kesan individu pijak gambar Hadi, PM

Posted: 04 Sep 2015 08:13 AM PDT

NORAIZURA AHMAD

 

police_L511
Sebelum ini individu yang terbabit diberi peluang untuk tampil bagi membantu siasatan, namun sehingga kini mereka gagal berbuat demikian.


KUALA LUMPUR, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan ganjaran wang kepada orang ramai yang membantu menyalurkan maklumat berhubung insiden memijak gambar pemimpin pada himpunan Bersih 4.0, hujung minggu lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, sebelum ini individu yang terbabit diberi peluang untuk tampil bagi membantu siasatan, namun sehingga kini mereka gagal berbuat demikian.

"Polis memandang berat perbuatan ini kerana telah mewujudkan suasana tegang sehingga menggugat ketenteraman awam di kalangan masyarakat.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu terbabit boleh tampil membantu siasatan.

"Polis menawarkan ganjaran kewangan kepada mereka maklumat sehingga tertangkapnya individu terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ganjaran tersebut bergantung kepada tahap maklumat positif yang diterima.

Menurutnya, polis harus mengambil tindakan mengikut undang-undang bagi memastikan perkara ini tidak mencetuskan tindak balas yang akan menjejaskan keselamatan awam.

Baru-baru ini tersebar gambar dan video yang menunjukkan beberapa individu memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tindakan dua wanita itu dianggap biadap dan orang ramai mahu mereka ditahan untuk siasatan.

Tiada usul undi tak percaya terhadap Najib Oktober ini, kata menteri

Posted: 04 Sep 2015 08:03 AM PDT



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman (kanan) bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Salleh Said Keruak (kiri) dan timbalannya Datuk Jailani Johari (tengah) menghadiri majlis pelancaran Ekspo Filem Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 September, 2015.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman (kanan) bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Salleh Said Keruak (kiri) dan timbalannya Datuk Jailani Johari (tengah) menghadiri majlis pelancaran Ekspo Filem Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli. 
 
 
Tidak ada usul undi tidak percaya akan dibawa ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana beliau masih memiliki majoriti dalam Dewan Rakyat, kata Datuk Seri Azalina Othman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Parlimen itu berkata, usul sedemikian tidak boleh dibawa dalam sistem negara sewenang-wenangnya.

"Mana ada, kita tidak mengikut proses sedemikian. Malaysia tidak boleh membawa undi seperti itu," katanya semasa ditemui pemberita di Ekspo Filem Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Menjelaskan mengenai usul sedemikian mustahil diluluskan, Azalina berkata mereka yang berhasrat membawa usul tersebut memerlukan majoriti dalam Dewan Rakyat di mana majoritinya bersama dengan perdana menteri ketika ini. "Kamu perlu dapatkan majoriti untuk menyokongnya. Ketika ini majoriti adalah bersama dengan ketua dalam Dewan iaitu perdana menteri," katanya.

Parti pembangkang sudah menyatakan hasrat untuk membawa usul undi tidak percaya pada Oktober ini sebaik sidang Dewan Rakyat dibuka terhadap Najib yang ketika ini berdepan skandal dan kemelut dalam partinya sendiri.

PKR sebelum ini berkata pihak pembangkang cuma memerlukan 25 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang sanggup menyokong usul undi tidak percaya terhadap Najib sekali gus menyingkirkan perdana menteri itu.

DAP juga menyatakan sokongan terhadap langkah tersebut.

Najib terpalit dengan skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dan terbaru membabitkan wang derma RM2.6 bilion seperti didedah akhbar Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini.


Persepsi antarabangsa rasuah di Malaysia serius

Posted: 04 Sep 2015 07:56 AM PDT

Michael Hershman
Michael Hershman


PUTRAJAYA - Pengasas bersama Transparency International (TI), Michael Hershman mendakwa objektif kerajaan untuk membaiki standard negara dalam rasuah yang digariskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan semalam, tidak akan berjaya.

Menurutnya, persepsi dunia terhadap negara ini akibat skandal semasa yang melanda tidak memungkinkan perkara itu.

"Semalam, Paul Low bercakap tentang objektif untuk Malaysia. Contohnya, salah satu yang dia nak lakukan adalah memperbaiki standard persepsi Malaysia dalam rasuah.

"Tuan-tuan dan puan-puan, ia tidak akan berlaku. Jangan lupa persepsi. Sebab apa (skandal) yang berlaku di Malaysia...persepsi komuniti perniagaan, masyarakat umum juga persepsi masyarakat dunia bahawa Malaysia mempunyai masalah rasuah yang serius," katanya ketika menjadi panel dalam Melawan Rasuah oleh Penguatkuasa: Apa yang Berhasil dan Apa yang Silap, di Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC), di sini, hari ini.

Najib dikritik di IACC memalukan, kata Rafidah

Posted: 04 Sep 2015 07:50 AM PDT

Rafidah Aziz
Rafidah Aziz
 
 
SHAH ALAM – Kritikan yang ditujukan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) sejak kelmarin di Putrajaya memalukan.
 
Bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, kini Malaysia menjadi buah mulut negara luar dan suasana itu menyakitkan namun kita tidak boleh menyingkirkan semua komen tersebut.
 
"Sekarang di persidangan antarabangsa (IACC) pemimpin kita dipersoalkan berhubung isu semasa yang kita sendiri sebagai rakyat masih menuntut jawapan.
 
"Keadaan ini memalukan apabila orang asing mula menayang kesilapan kita. Sudah tentu ia menyakitkan seperti mencurah garam dan cuka pada luka. Namun kita tidak boleh hapuskan semua komen itu kerana ia memang sahih," katanya melalui status yang dimuat naik di laman Facebook, hari ini.
 
Najib terus menjadi sasaran sebahagian pemimpin dan delegasi luar negara yang hadir ke IACC di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melanda pemimpin nombor satu negara itu.
 
 
Sementara itu, Rafidah yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu turut menyarankan agar isu yang terus dibangkitkan itu diselesaikan segera untuk menebus kembali nama baik negara ini.
 
"Dunia memerhatikan kita dan menunggu bagaimana isu yang besar ini ditangani. Mereka akan ketawa melihat dua atau tiga pegawai ditukarkan ke sana dan sini...ia tidak selesaikan apa-apa.
 
"Kawal isu-isu itu. Tiada yang terlalu sukar ditangani jika objektifnya untuk dapatkan jawapan. Kita mesti lakukan semua usaha untuk tebus balik nama baik negara Malaysia," katanya.
 
Menurutnya lagi, jangan lagi membazir masa dan usaha dengan mempersoalkan tentang demonstrasi yang berlaku.
 
"Fokus untuk memahami kenapa rakyat berdemonstrasi...contohnya alasan mereka turun ke jalan.
 
"Fokus untuk mengetahui setiap isu di peringkat akar umbi dan selesaikan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan...'please walk the talk'," katanya.
 
 

Najib perlu letak jawatan, kata gabungan anti rasuah PBB

Posted: 04 Sep 2015 07:47 AM PDT



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berundur bagi memastikan penyiasatan lebih adil dapat dilakukan terhadap tuduhan wang RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun bank peribadinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 September 2015. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berundur bagi memastikan penyiasatan lebih adil dapat dilakukan terhadap tuduhan wang RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun bank peribadinya. – Gambar fail The Malaysian Insider,
 
 
Datuk Seri Najib Razak perlu berundur dan membenarkan siasatan AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang dipindahkan ke dalam akaun beliau ditneruskan tanpa pengaruh tidak sepatutnya, kata gabungan Konvensyen Anti Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCAC).

Pengerusi gabungan UNCAC Manzoor Hasan berkata, membiarkan Najib terus berkuasa boleh menjejaskan siasatan, walaupun penyokong perdana menteri menegaskan pengkritik hanya perlu menunggu hingga siasatan selesai.
 
"Dalam dunia yang ideal, kita mahu melihat perdana menteri terus kekal, dan siasatan berlaku. Tetapi saya fikir realitinya adalah jika mereka tidak meletak jawatan, proses penyelidikan boleh dipengaruhi dan boleh menjejaskan keseluruhan proses.

"Jika anda mengikut proses undang-undang biasa, apabila seseorang itu sedang disiasat, biasany dia tidak perlu meletakkan jawatan supaya siasatan bebas yang bersih boleh berlaku," kata Manzoor kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di luar Persidangan Antarabangsa Pencegahan Rasuah ke-16 (IACC) di Putrajaya. 
 
Apabila ditanya sama ada Najib perlu meletak jawatan, beliau berkata, "Ya, saya pasti akan berkata demikian bagi kepentingan siasatan yang adil."
 
Manzoor menyifatkan keputusan Najib untuk terus berkuasa sebagai "pelik", tetapi menambah ia bukan perkara baharu dan biasa bagi pemimpin dunia untuk berbuat demikian.
 
"Saya rasa ini adalah di mana masyarakat awam dan media boleh memainkan peranan penting dan memberikan tekanan kepada kerajaan untuk mengubah semua prinsip dan kaedah yang dipakai," katanya.
 
Manzoor berkata tindakan yang diambil terhadap pegawai-pegawai penyiasat di Malaysia bertentangan dengan semangat UNCAC – terikat undang-undang anti-rasuah antarabangsa yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung PBB bulan Oktober 2013.
 
Malaysia menandatangani dokumen itu pada 9 Disember 2003, dan mengesahkannya pada 24 September 2008.
 
"Jika anda melaksanakan konvensyen antarabangsa dan nasional, kebebasan suruhanjaya, seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), adalah sangat kritikal.
 
"Jika tiada kebebasan, keseluruhan siasatan boleh terjejas, seperti dalam kes Malaysia – dengan pegawai penyiasat dipindahkan, pepimpin ditangkap."
 
Beliau berkata agensi seperti SPRM hanya dilabelkan sebagai bebas, "tetapi, semangatnya dikawal golongan politik elit yang sama mentadbir negara dan yang juga terlibat dalam rasuah besar".
 
Gabungan UNCAC yang dipengerusikan Manzoor, adalah satu rangkaian global terdiri 350 badan bukan kerajaan di lebih 100 negara yang komited menggalakkan ratifikasi, pelaksanaan dan pemantauan UNCAC.
 
Semalam, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, pengerusi lembaga penasihat anti-rasuah Malaysia, berkata SPRM masih menyiasat kes itu dan semua pihak perlu menunggu suruhanjaya itu melengkapkan siasatan.
Beliau berkata SPRM "bebas sebagaimana yang anda kehendaki". 
 
 

PKR mohon pendedahan maklumat akaun bank Najib dalam saman sivil

Posted: 04 Sep 2015 07:43 AM PDT



Datuk Seri Najib Razak dan 5 lain terbabit mempunyai 14 hari bertindak balas kepada permohonan mendedahkan maklumat berkaitan dengan saman PKR. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 September, 2015. Datuk Seri Najib Razak dan 5 lain terbabit mempunyai 14 hari bertindak balas kepada permohonan mendedahkan maklumat berkaitan dengan saman PKR. – Gambar fail The Malaysian Insider,
 
 
Datuk Seri Najib Razak dan 5 lain termasuk AmIslamic Bank akan diminta mendedahkan maklumat berkaitan dengan saman PKR terhadap perdana menteri kerana melakukan kesalahan pilihan raya berhubung RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun bank peribadinya.

Peguam Michelle Sunita Kumar yang mewakili 6 plaintif berkata, permohonan mendapatkan dokumen akan disampaikan kepada defendan sebagai susulan kepada saman sivil PKR bertujuan membatalkan keputusan pilihan raya di kerusi yang dimenangi Umno-Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei 2013.
 
Permohonan penemuan juga disampaikan kepada AmIslamic Bank Bhd, Affin Islamic Bank Bhd dan Goldman Sachs (Malaysia) Sdn Bhd, yang bukan pihak dalam saman itu.

Pihak-pihak terbabit mempunyai 14 hari bertindak balas kepada permohonan penemuan itu – prosedur yang membolehkan satu pihak mendapatkan pendedahan wajib dokumen dan maklumat lain yang berkaitan dalam prosiding sivil daripada pihak lain, atau bukan daripada pihak berkenaan. 
 
 Antara penemuan dokumen yang diminta daripada Najib adalah resit RM2.6 bilion daripada Tanore Finance Corp ke dalam akaun peribadinya, resit RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd ke dalam akaun peribadinya dan penyata bank bulanan dari April 2009 bagi 3 akaun yang disimpan AmPrivate Bank.
 
Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Najib memfailkan pembelaan kepada saman utama sebelum Oktober 1. 


PECAT MUHYIDDIN TANDA BERANI, GANTUNG JAWATAN TANDA "PONDAN"

Posted: 04 Sep 2015 02:14 AM PDT

shahbudindotcom


Mesyuarat MT UMNO pada 9 September ini sepatutnya mengambil tindakan memecat keahlian Muhyiddin Yassin yang seterusnya menyebabkan jawatan timbalan presidennya gugur secara automatik.

Tindakan itu diambil kerana selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri, beliau terus mengecam Najib Razak berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta dalam beberapa mesyuarat perwakilan UMNO bahagian yang dirasmikannya.

Dengan itu, Muhyiddin dianggap telah mencemarkan parti dan nama baik Presiden UMNO secara terbuka.

Walaupun beberapa nama lain turut disebut akan dipecat sama, tetapi kemungkinan ianya tidak berlaku bagi mengelakkan kemudaratan serta perpecahan dalam parti itu. Ini bermakna hanya Muhyiddin seorang yang akan dikenakan tindakan itu, manakala yang lain kemungkinan hanya diberikan amaran atau langsung tidak diambil apa-apa tindakan.

Blog ini dalam postingnya pada 25 Ogos lalu telah menulis mengenai pemecatan Muhyiddin itu yang dinamakan "operasi kedua" bagi menghilangkan gangguan kepada Najib dalam mengurus parti bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

Namun demikian, berikutan reaksi negatif berhubung pemecatan Muhyiddin itu di mana sudah kedengaran ramai pemimpin UMNO sendiri tidak setuju mengenainya, MT UMNO pada 9 September ini dikatakan akan menukar keputusannya daripada pemecatan kepada hukuman penggantungan saja.

Muhyiddin sama ada akan digantung tugasnya sebagai timbalan presiden UMNO atau pun digantung sebagai ahli parti sehingga pemilihan seterusnya iaitu tahun 2018.

Jika dipecat bermakna dibuang terus daripada parti, tetapi penggantungan tugas atau keahlian pula bermakna Muhyiddin masih lagi sebagai ahli UMNO, cuma tidak boleh menjalankan tugasnya sebagai pemimpin nombor dua dalam tempoh tersebut.

Juga bermakna, beliau tidak boleh menghadiri mesyuarat bulanan MT,  tidak lagi mempengerusikan Jawatankuasa Disiplin dan Pengurusan UMNO serta hilang hak merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri setiap tahun.

Meskipun hukuman penggantungan itu kelihatan lebih lunak berbanding pemecatan, kesan sebenarnya adalah sama saja iaitu kedua-duanya menyebabkan Muhyiddin hilang peranan sebagai pemimpin nombor dua sehingga pilihanraya umum dan pemilihan UMNO yang akan datang.

Ia bukan saja bermakna Muhyiddin dipasung daripada segala kegiatan parti, malah tidak mungkin dipilih lagi bertanding sebagai calon BN di Pagoh dalam pilihanraya nanti serta kehilangan pengaruh untuk terus mengekalkan jawatannya dalam UMNO.

Dalam erti kata lain, Najib dan UMNO ketika ini amat menyedari parti bukan saja sedang berpecah, tetapi juga mengalami defisit sokongan daripada rakyat. Tindakan yang berlebih-lebihan kepada Muhyiddin dan mereka yang berani membuat teguran, terutama berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta,  pasti akan memburukkan lagi keadaan.

Bagaimanapun, kiranya tiada tindakan diambil, ia akan berterusan memberi gangguan dan ketidakselesaan kepada Najib dalam memperkuatkan dirinya. Muhyiddin tentu saja akan terus bercakap dan mengeluarkan kenyataan yang berbeza dengan Najib dan ini menyebabkan rakyat serta ahli UMNO tertarik untuk membuat perbandingan antara kedua mereka.

Oleh itu, menyingkirkan Muhyiddin memang tidak dapat dielakkan bagi memberi keselesaan kepada Najib. Dalam hal ini, Najib juga dikatakan mendapat sokongan penuh daripada Zahid Hamidi yang baru dilantik sebagai timbalan perdana menteri untuk tindakan penggantungan terhadap Muhyiddin itu diteruskan.

Sokongan Zahid kepada penggantungan Muhyiddin tidak saja demi keselesaan kepada Najib menguruskan parti, tetapi juga untuk kemudahan kepadanya melonjakkan diri jika ditakdirkan Perdana Menteri terpaksa meletakkan jawatan dan mengalah kepada tekanan rakyat yang pasti akan terus meningkat berikutan Tun Mahathir kian menunjukkan isyarat untuk lebih agresif memberi asakan.

Selain dapat memperkukuh kesetiaan kepada Najib, Zahid dalam hal ini turut sedang menahan lukah untuk kepentingannya sendiri.

Sama ada pecat atau gantung, selain kesannya sama kepada Muhyiddin, ia juga tetap merupakan kejayaan bagi Najib dalam mengenepikan musuhnya itu setelah memecatnya sebagai timbalan perdana menteri sebelum ini.

Yang berbeza, pemecatan menunjukkan Najib seorang yang berani dan sedia berdepan dengan sebarang kemungkinan di masa hadapan, sesuai dengan madah Bugis yang selalu dilafazkannya, manakala penggantungan pula umpama tindakan "pondan" kerana masih cuba berselindung dan berlagak baik serta toleransi sedangkan kesannya tidak berbeza sama sekali.

Cumanya, janganlah sampai Najib terlebih ghairah sehingga mengambil tindakan pemecatan dan penggantungan secara serentak kepada Muhyiddin pada 9 September nanti...maklumlah hanya Pahlawan Bugis dalam dunia ini yang pernah mengembangkan layar dan melabuhkan sauh kapal dalam masa yang sama.

Hehehe..

UMNO ‘tanggung rugi’ jika terus desak dedah RM2.6 bilion

Posted: 04 Sep 2015 02:11 AM PDT

 
UMNO boleh hilang kerusi jika perbelanjaan PRU13 melebihi jumlah yang dibenarkan mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya.


ISMAIL-SABRI


KUALA LUMPUR : Perbuatan ahli dan pemimpin UMNO yang terus mendesak Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan dana RM2.6 bilion akan mengakibatkan UMNO 'menanggung rugi'.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerusi yang dimenangi UMNO
pada Pilihan Raya Umum (PRU13) yang lalu boleh terbatal jika perbelanjaan melebihi jumlah yang ditetapkan.

"Ini korek lagi, korek lagi, salah korek kita yang terima. Sebab di bawah Akta Pilihanraya, setiap calon Parlimen tak boleh berbelanja lebih RM200,000.

"Calon Dewan Undangan Negeri tak boleh belanja RM100,000.

"Sebab kalau kita belanja lebih pada pilihan raya, sama ada kerusi DUN atau Parlimen kemenangan akan diisytiharkan tidak sah.

" Nurul Izzah kemukakan saman kepada mahkamah untuk mengisytiharkan kemenangan UMNO batal sebab kita duk kecoh duit RM2.6 bilion itu.

"Dia kira sendiri walaupun tidak ada bukti," katanya selepas merasmikan Seminar Pemaju Masyarakat Risda 2015 di Hotel Kuala Lumpur International pada Jumaat.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, pihak pembangkang hanya menunggu masa untuk UMNO mendedahkan perbelanjaan PRU13.

Beliau menegaskan menjadi tradisi dalam UMNO tidak ambil peduli mengenai wang yang disalurkan ketika pilihan raya.

Katanya, tradisi itu telah diamalkan oleh beberapa Presiden UMNO sebelum Najib.

"Yang penting duit kita dapat waktu pilihan raya untuk menang pilihan raya. Duit dari pusat hantar ke negeri, negeri hantar ke bahagian.

"Mana pernah Ketua Bahagian isytihar duit yang kita terima banyak ini..tak pernah. Itu cara kita dalam UMNO. Cara kita daripada dahulu. Daripada beberapa Perdana Menteri," katanya.

TMJ: FAM henti bodoh sombong, pecat Dollah Salleh

Posted: 04 Sep 2015 01:57 AM PDT

 
Baginda sedia membantu mendapatkan peruntukan untuk pasukan Malaysia menggunakan khidmat jurulatih luar.



TMJ-FAM


PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dinasihatkan supaya berhenti berperangai bodoh sombong setelah pasukan Malaysia dibelasah 10-0 oleh pasukan Emeriah Arab Bersatu (UAE), Khamis lalu.

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Johor, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Brigadier Jeneral Tuanku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bertitah sudah masanya pasukan Malaysia menggunakan jurulatih luar.

Katanya, Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) juga sedia membantu mendapatkan bajet untuk mendapatkan khidmat jurulatih luar yang lebih berkelayakan untuk membimbing pasukan Malaysia.
"Tolong sampaikan kepada Presiden FAM. Cukup-cukuplah kita berperangai bodoh sombong.

"Pecat Dollah secepat mungkin dan cuba memperbaiki apa yang kita mampu sebelum imej bolasepak tanah air semakin hancur," katanya di laman Facebook Johor Southern Tigers.

Tunku Ismail turut menyarankan ahli jawatankusa dalam FAM yang tidak mempunyai fungsi terhadap pembangunan bola sepak Malaysia supaya bercuti panjang.

"Mana-mana ahli jawatankuasa dalam FAM yang telah lama tetapi tidak berfungsi, lebih baik bercuti panjang sahajalah.

"Jikalau kepala tak betul, ekor pun tak betul," katanya

Dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2019 itu UAE telah berpesta gol apabila menewaskan Malaysia 10-0.

Abdul Aziz: Beri kuasa SPR audit akaun parti politik

Posted: 04 Sep 2015 01:49 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY
 
SPR hanya dipertanggunjawabkan untuk terima laporan perbelanjaan selepas selesai pilihan raya dan bukannya mengaudit


Tan-Sri-Abdul-Aziz-Mohd-Yusof


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar diberi kuasa untuk melakukan audit terhadap akaun parti politik dan perbelanjaan calon yang bertanding semasa pilihan raya, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata, ketika ini SPR hanya dipertanggungjawabkan untuk menerima laporan perbelanjaan selepas sesuatu pilihan raya selesai.

"SPR buat masa ini tiada kuasa audit kita cuma terima laporan sahaja itupun hanya perbelanjaan sepanjang tempoh rasmi kempen.

"Laporan itu pula hanya dalam bentuk mengemukakan resit, bil menunjukkan calon berbelanja mengikut yang ditetapkan iaitu RM200,000 untuk Parlimen dan RM100,000 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan hari ulang tahun ke-58 penubuhan SPR di Putrajaya pada Jumaat.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata, walaupun SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengaudit, namun terdapat pihak lain bertanggungjawab berbuat demikian antaranya Jabatan Audit Negara.

Beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga bertanggungjawab untuk menyiasat sekiranya terdapat unsur rasuah dalam pertandingan.

Ketika ditanya mengenai pembentukan Jawatankuasa Konsultatif Nasional mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP), Abdul Aziz berkata SPR sedia untuk menyertai jawatankuasa itu sekiranya dipelawa menjadi sebahagian daripada anggota.

"Jika dipelawa, kami akan menyertainya, tapi kalau tak, ia bukanlah kemestian untuk turut serta, mereka (jawatankuasa) boleh hubungi kita kalau ada keperluan," katanya.

Menurut Abdul Aziz pembentukan jawatankuasa khas itu juga satu tindakan baik kerana ia dapat mengelak mana mana parti politik daripada sebarang tohmahan tidak berasas.

Penubuhan JKNMPP diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 14 Ogos bagi merangka pelan tindakan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif untuk dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

Pengerusi SPR itu juga berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan pihak Bersih selagi ia mematuhi undang-undang.

"Dia demonstrasi ada apa? Kami tidak mahu pemerhati tidak bebas. Fikirkan, kenyataan mereka, tindakan mereka, adakah mereka bebas?" soal Abdul Aziz.-BERNAMA

Anina: Wanita UMNO kecewa dengan Shahrizat bukan Tun M

Posted: 04 Sep 2015 01:47 AM PDT

 
Anina menegaskan Shahrizat tidak sama sekali mewakili suara seluruh wanita UMNO kerana tidak membawa suara akar umbi sebaliknya hanya menjadi tali barut Presiden parti.

 
anina-sharizat


PETALING JAYA: Ahli Wanita UMNO Langkawi yang dipecat, Anina Saadudin mengkritik Ketua Pergerakan Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Katanya, ahli Wanita UMNO lebih kecewa dengan Shahrizat yang gagal berfungsi berbanding kekecewaan ahli parti terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyertai perhimpunan Bersih 4.0.

Dia menegaskan, Shahrizat yang tidak sama sekali mewakili suara seluruh wanita UMNO kerana tidak lagi membawa suara akar umbi ke peringkat tertinggi.

"Tugas Shahrizat sebenarnya adalah untuk menjaga kepentingan ahli akar umbi dan UMNO, bukannya melindungi Presiden.

"Sekiranya beliau melindungi Presiden parti yang telah menutup segala ruang keadilan untuk melindungi dirinya, ini bermakna Shahrizat telah mengkhianati perjuangan wanita akar umbi," katanya dalam satu pesanan Whatsapp kepada FMT.

Justeru, Anina mencabar Shahrizat supaya menjalankan pungutan suara ke atas semua ahli wanita UMNO seluruh Malaysia sama ada benar ahli wanita parti itu menyokong kenyataannya bahawa kesemua wanita kecewa dengan tindakan Dr Mahathir turut serta bersama rakyat berbilang kaum mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak segera berundur.

"Bukalah ruang informasi untuk keseluruhan Wanita UMNO mendengar suara Dr Mahathir berkenaan isu semasa sebelum beliau hendak merasa kecewa. Saya bimbang beratus ribu Wanita UMNO akar umbi sebenarnya kecewa dengan Shahrizat," tegasnya.

Anina berkata, Shahrizat sepatutnya menjadi ibu yang melindungi wanita dan UMNO, bukannya menjadi tali barut melindungi Presiden yang dihantui kemelut kepimpinan.

Khairuddin nasihat Shahrizat jelaskan skandal NFC sebelum kritik Tun M

Posted: 04 Sep 2015 01:43 AM PDT

 
Khairuddin 'menyerang' Shahrizat Jalil dan Tajuddin Abdul Rahman kerana mengkritik Tun M yang menyertai perhimpunan Bersih 4.0.


khairuddin-shahrizat


PETALING JAYA: Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memberi pesanan kepada Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang lantang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, apa yang Shahrizat jalil perlu buat ialah menjelajah ke seluruh negara untuk beri pencerahan mengenai kes skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Katanya, ia bagi memudahkan rakyat agar faham secara jelas mengenai isu projek lembu itu yang telah menggegarkan negara satu masa dahulu.

"Buat yang itu cukuplah. Yang lain Shahrizat tak perlu kalut kerana imej dia pun bukan elok sangat," katanya dalam kenyataannya di Facebook.

Shahrizat baru-baru ini ini berkata, ahli Wanita UMNO kecewa dengan Dr Mahathir kerana menyertai Bersih 4.0.

Khairuddin berkata, Shahrizat dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman patut diam dan cermin diri masing-masing sebelum mengkritik Dr Mahathir.

"Perjuangan Dr Mahathir amat mementingkan kesejahteraan bangsa, agama serta tanahair. Di dalam jiwa beliau kepentingan rakyat dan negara mengatasi kepentingan peribadi. Bukan seperti ramai dari kalangan pemimpin-pemimpin UMNO masa kini.

"Tajuddin Rahman dan Shahrizat jangan kalut sangat. Jagalah diri mereka sendiri baik-baik agar jangan terjebak dengan unsur-unsur rasuah dan sebagainya. Mengenai pendirian Dr Mahathir tak perlulah mereka gusar serta risau kerana beliau bukan bangang macam mereka," tegasnya.

Katanya, Dr Mahathir menghadiri perhimpunan secara aman dan bercakap secara professional berteraskan fakta mematuhi undang-undang negara.

"Dr Mahathir terlalu berpegang kuat pada prinsip perjuangan berteraskan kebenaran. Beliau hadir ke perhimpunan BERSIH 4 untuk bertanya khabar pada rakyat jelata dan bukan menganjurkan huru-hara pun.

"Kalau sesuatu perkara salah, beliau akan kata salah tanpa peduli siapa yang mekakukan kesalahan tersebut. Itu sifat semulajadi serta prinsip beliau . Tapi puak kaki-kaki bodek dalam UMNO tak berapa berkenan pada sesiapa yang dok hentam kemungkaran mereka," katanya.

Kehadiran Tun M Pada Bersih 4 Bukti Rasuah Semakin Dibimbangi

Posted: 04 Sep 2015 01:38 AM PDT

Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
 
 
 
 
PUTRAJAYA: Kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan Bersih 4 membuktikan isu rasuah menjadi satu "fenomena" yang dibimbangi rakyat dan bekas pemimpin kerajaan pada hari ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata kehadiran Dr Mahathir sebanyak dua kali pada 29 dan 30 Ogos lalu merupakan suatu tindakan yang luar biasa.

"Saya boleh katakan ramai terkejut dengan kehadirannya. Beliau menentang sekeras-kerasnya sebarang perhimpunan semasa menjadi perdana menteri.

"Beliau berkata kehadirannya bukan menyokong Bersih tetapi menuntut perdana menteri untuk meletak jawatan. Ini menunjukkan wujud kebimbangan rakyat dan juga bekas pemimpin kerajaan mengenai isu rasuah, " katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab selepas bengkel bertajuk "Masa Depan Perjuangan: Memacu Tindakan Belia & Pergerakan Sosial Untuk Membanteras Rasuah" dalam Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Khamis.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata kehadiran pergerakan anak muda Islam pada perhimpunan tersebut menunjukkan perjuangan menentang rasuah mampu memecahkan tembok politik berasaskan bangsa.

"Kini ia sudah diamalkan di Malaysia dan anda perlu lakukannya," kata Nurul Izzah.

Sementara itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, panel dari Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) mengakui perjuangan membanteras rasuah mampu menyatukan semua pihak tanpa mengira perbezaan latar belakang dan ideologi politik.

"Saya percaya itu satu perkara unik mengenai rasuah. Kehadiran Dr Mahathir menunjukkan walaupun beliau mempunyai ideologi yang berbeza dengan penyokong Bersih, usaha menghentikan amalan rasuah adalah satu perjuangan.

"Ia juga menyatukan semua pihak tanpa mengira  latar belakang dan ideologi politik. Itu yang unik, ia menyatukan semua  dibawah satu payung," katanya.

SPRM Tidak Jawab Bila Najib Akan Diambil Keterangan

Posted: 04 Sep 2015 01:36 AM PDT

 

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak 'kunci mulut' ketika ditanya bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pencegahan), Datuk Mustafar Ali sekadar mengesahkan siasatan mengenai kemelut itu masih diteruskan.

"Tak perlulah saya komen mengenai perkara itu. Status siasatan sekarang adalah ianya masih dijalankan, itu sahaja yang saya boleh katakan tanpa mengatakan apa, siapa, bila dan segala yang berkaitan.

"Namun sudah pastinya SPRM adalah sebuah badan bebas, telus dan profesional yang menjalankan siasatan tanpa rasa takut dan  berat sebelah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan salah seorang peserta dalam bengkel di Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) di sini, Khamis.

Pada 5 Ogos lalu, SPRM memaklumkan bahawa Najib akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Najib Masih Bertahan Dalam Kemelut Politik Umno

Posted: 04 Sep 2015 01:33 AM PDT

Datuk Seri Najib Tun Razak
 
MSTAR ONLINE
 
 
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak masih bertahan dan berjaya mengawal kemelut politik dalam Umno yang dapat dilihat dalam mesyuarat Umno bahagian yang akan berakhir hujung minggu ini.

Walaupun terdapat 'kawasan panas' dan 'letusan' berlaku di beberapa bahagian sejak sebulan lalu, sebahagian besar daripada 188 bahagian telah meluluskan resolusi menyokong Najib dan juga Naib Presiden serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Seperti yang diketahui, hanya di Gelang Patah Johor secara rasmi meluluskan resolusi meminta Presiden Umno dan Perdana Menteri untuk 'bercuti panjang'.

Bahagian Gelang Patah telah menjadi lubuk rasa tidak puas hati sejak pilihan raya umum lalu yang menyaksikan kerusi jatuh ke tangan calon DAP Lim Kit Siang.

Bahagian ini diketuai oleh Mohamad Khairi Malik yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor.

Terdapat kekeliruan pada mesyuarat Umno bahagian Langkawi apabila seorang perwakilan, Anina Saadudin melancarkan serangan ke atas Najib, meluluskan resolusi menyokong dua pemimpin tertinggi atau sama ada resolusi dipinda meminta Najib untuk berehat.

Beberapa bahagian turut meluluskan resolusi berkaitan isu 1MDB.

Naib Presiden dan Ketua Umno Bahagian Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal menafikan bahawa bahagiannya telah meluluskan satu resolusi mengecam Najib.

Shafie, yang digugurkan daripada Kabinet berkata bahagian itu tidak bersetuju dengan penangguhan pemilihan Umno dan meluluskan resolusi meminta pilihan raya parti diadakan seperti yang dijadualkan.

Bahagian ini juga mahu siasatan menyeluruh terhadap urusan kewangan 1MDB.

Beliau berkata alasan Umno Bahagian Semporna membatalkan jemputan terhadap Najib bukan kerana beliau marah dengan presiden tetapi kerana mahu mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku dalam mesyuarat perwakilan.

"Kira-kira 70 peratus daripada ahli di Semporna adalah saudara-mara saya. Mereka sangat kecewa dan saya bimbang mereka akan menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap presiden," kata Shafie.

Resolusi utama di Pagoh, yang diketuai oleh Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah untuk menyatakan rasa kesal apabila Muhyiddin telah disingkirkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan. Beberapa resolusi lain yang berkaitan dengan isu 1MDB juga telah diluluskan.

Ketua Umno Bahagian Kampar, Datuk Radzi Manan mengakui bahawa ahli Umno sangat mengambil berat tentang isu-isu yang memberi kesan kepada parti.

Tiga mesyuarat Umno bahagian yang terakhir akan dijalankan di Pasir Salak pada Sabtu dan Pekan serta Masjid Tanah, pada Ahad.

Pasir Salak diketuai oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Rahman, Pekan diketuai Najib dan Masjid Tanah diketuai oleh pengikut setia Najib Datuk Rauf Yusoh.

Shafie juga mengesahkan bahawa beliau akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno minggu depan.

Katanya beliau tidak terpengaruh dengan mesej melalui SMS yang mendakwa beberapa pemimpin Umno termasuk beliau, Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan dipecat daripada parti.

Turut termasuk dalam 'senarai hitam' itu ialah bekas Menteri Besar Terengganu Besar Datuk Seri Ahmad Said, Ketua Umno Bahagian Kulim Bandar Baru, Datuk Seri Aziz Sheikh Fadzir dan bekas Adun di Perak, Datuk Hamidah Osman.
 
 

Pendakwaraya Perancis Sahkan Sayap Ditemui Di Pulau Reunion Milik MH370

Posted: 04 Sep 2015 01:31 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Pendakwaraya Perancis mengesahkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion adalah milik pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370.

Menurut laporan Reuters, pendakwaraya Perancis berkata seorang juruteknik dari Airbus Defense and Space (ADS-SAU) di Sepanyol yang membuat alatan untuk Boeing, mengesahkan satu daripada tiga nombor yang ditemui di serpihan sayap itu adalah nombor siri bagi MH370 Boeing 777.

"Jadi, ia boleh memberikan pengesahan bahawa serpihan yang ditemui di Pulau Reunion pada 29 Julai 2015 sepadan dengan milik MH370," kata pendakwaraya itu dalam satu kenyataan.

Serpihan sayap berkenaan ditemui di pantai pulau jajahan Perancis itu pada 29 Julai lepas.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang dari radar pada 8 Mac 2014, bersama 239 penumpang dan anak kapal.


Pada 6 Ogos lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan serpihan sayap yang ditemui itu adalah milik MH370.

Lelaki mati ditembak anggota polis yang cuba pertahankan diri

Posted: 04 Sep 2015 01:16 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
JOHOR BAHARU: Seorang anggota polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah seorang suspek lelaki untuk mempertahankan diri selepas lelaki itu mengeluarkan pisau, menyebabkan suspek rebah dan maut dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Taman Universiti, di sini Jumaat.
 
Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, tiga anggota polis sedang melakukan rondaan di hadapan bank berkenaan sebelum ternampak sepasang kekasih duduk di atas sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan.
 
Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara, Supt Beh Eng Lai berkata apabila didekati, suspek lelaki bertindak mencampak motosikalnya dan melarikan diri ke sebuah lorong belakang di bank itu.
 
Dia kemudian dikejar dua anggota polis dan berlaku pergelutan antara mereka.
 
Sewaktu berjaya menerkam seorang daripada anggota polis itu, suspek mengeluarkan sebilah pisau untuk menikam anggota itu, menyebabkan anggota tersebut terpaksa melepaskan satu das tembakan yang mengenai bahagian pinggang suspek.
 
Tembakan itu menyebabkan suspek rebah dan mati di tempat kejadian, kata Beh Eng dalam kenyataan di sini Jumaat.
 
"Si mati dikenali sebagai Muhammad Aznil Abd Puad, 22, dan didapati mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah," katanya.
 
Beh Eng berkata, teman wanita suspek berusia 26 tahun yang turut didapati positif syabu dan heroin, berjaya ditahan seorang lagi anggota polis lain di hadapan bank berkenaan.
 
Polis turut merampas sejumlah barangan termaasuk beberapa bungkus dadah dipercayai syabu dan erimen 5 (ekstasi) daripada kedua-dua suspek.
 
Mayat suspek dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat.
 
 

Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan meninggal dunia

Posted: 04 Sep 2015 01:13 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
TUMPAT: Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ariffin Said meninggal dunia akibat kanser pankreas tahap empat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini pukul 3.45 pagi Jumaat.
 
Beliau berusia 76 tahun.
 
Menantunya, Mohd Zamri Hassan, 53, berkata Allahyarham dimasukkan ke hospital itu kira-kira dua minggu lalu selepas mengadu sakit perut.
 
Beliau berkata Allahyarham hanya dikesan menghidap kanser berkenaan apabila mendapatkan rawatan di hospital itu kerana sakit perut kira-kira dua minggu selepas Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
 
"Bagaimanapun, kira-kira dua minggu lepas, Allahyarham kembali mengadu sakit perut dan anggota keluarga bawa beliau ke hospital sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir pagi tadi," katanya ketika ditemui di kediaman Allahyarham di Kampung Wakaf Baharu di sini.
 
Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Yong Arisa Abdullah, 54, dua anak lelaki dan tiga anak perempuan.
 
Solat jenazah diadakan di Masjid al-Ismaili, Wakaf Baharu di sini selepas solat Jumaat dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lata.
 
Anak kelahiran Kampung Dewan Beta, Kota Baharu, itu menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan selama empat tahun dari 6 Mei 1982 hingga 11 Ogos 1986 selepas menang Pilihan Raya Umum ke-6 pada 1982 sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional bagi Manek Urai.
 
Walaupun memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Paloh pada Pilihan Raya ke-7, beliau tidak dilantik semula sebagai Timbalan Menteri Besar apabila BN dan PAS bergabung menubuhkan kerajaan Kelantan.
 
Beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) pada 1988, Yang Dipertua Majlis Daerah Gua Musang pada 1991 dan Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) pada 1991.
 
 

Mahfuz tolak sertai Amanah, kekal dalam PAS

Posted: 04 Sep 2015 01:11 AM PDT

MALAYSIAKINI


Post Pic

 
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tidak akan mengikut jejak langkah sepuluh wakil rakyat PAS keluar secara beramai-ramai dari parti itu untuk menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).
 
"Saya tetap bersama PAS," katanya di sini, Khamis.
 
Selain itu menerusi kenyataan medianya, bekas ketua penerangan PAS itu juga mahu kemunculan Amanah tidak dianggap sebagai ancaman kepada parti politik sedia ada khususnya PAS.
 
"Kemunculan Amanah hendaklah diterima baik sebagai persaingan yang sihat daripada sudut politik dalam proses pemurnian demokrasi di Malaysia yang akhirnya akan memberikan keuntungan pada negara dan rakyat.
 
"Kepada yang terus kekal dalam PAS usah gusar dengan perkembangan, usah risau apa di hadapan, cabaran pasti mendatang. Tidak cukup kita hanya sekadar berslogan 'Istiqamah Hingga Kemenangan' tetapi rakyat sekali lagi  terlepas daripada kemenangan untuk perubahan yang diharapkan," katanya.
 
Mahfuz merupakan antara pemimpin progresif dalam PAS yang ditolak ahli parti itu melalui muktamar tahunannya Jun lepas.
 
Isnin lalu, sepuluh wakil rakyat PAS terdiri daripada lima ahli parlimen dan lima ahli dewan undangan negeri (Adun) gugur keahlian secara automatik selepas mengumumkan menyertai Amanah.
 
Sepuluh yang gugur keahlian PAS secara automatik itu ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).
 
Sementara lima Adun yang meninggalkan PAS pula ialah Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).
 
Kesemua wakil rakyat ini mempunyai jawatan di dalam Parti Amanah Negara.
 
Dua lagi Ahli Parlimen PAS iaitu Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Kuala Terengganu) dijangka akan meninggalkan PAS dalam masa terdekat menjelang pelancaran rasmi Parti Amanah Negara pada 16 September depan.
 
Selain itu Mahfuz mengingatkan semua parti pembangkang supaya sentiasa mengadakan rundingan bagi mencapai kata sepakat dalam pelbagai isu.
 
"Kepada pemimpin parti pembangkang ingatan jujur saya jangan sampai rakyat muak dan meluat kepada anda semua hanya kerana keegoan dan kedegilan anda.
 
"Jika ini yang berlaku rakyat akan hilang kepercayaan kepada kepimpinan politik," katanya.
 
 

'Macam kena pelempang 10 kali'

Posted: 03 Sep 2015 06:00 PM PDT

N Faizal Ghazali


 


"Kalau kepala tak betul, ekor pun tak betul," kata Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas skuad Harimau Malaya.

Ketika itu skuad kebangsaan 'cuma' dibelasah 0 - 7 Emeriah Arab Bersatu (UAE) pada separuh masa pertama perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019, malam tadi.

Ketinggalan begitu jauh, Tunku Ismail menulis: ‎"7-0 untuk separuh masa pertama. Ianya merupakan satu peluang pemilihan (pilihan) untuk mengubah kedudukan bola sepak Malaysia, tetapi ianya sudah terlambat".

Biar apa pun hujah dikemukakan, tewas dengan malu yang besar di Abu Dhabi memang teramat sukar diterima sesiapa pun.

Justeru media sosial awal pagi ini 'meriah' dengan komen kemarahan peminat bola sepak.

"Bersih 5 patut ada untuk gulingkan FAM," kata Khalil Zaini pada akaun Facebooknya kira-kira jam 1 pagi.

Bekas wartawan sukan, Saipul Adli Mohamad pula mengeluh: "10-0...kegilaan apakah ini...walaupun aku tak minat bola...tapi aku tau 10 gol tu ba banyak. Macam kena pelempang 10 kali la lebih kurang."

Dihubungi Malaysiakini, Saipul Adli berkata kekalahan itu bukan saja bagaikan tamparan pedih untuk negara, malah ia adalah "sepuluh pelempang tanpa balas".

"Nasib baik sepuluh, cukup lagi jari tangan (untuk tunjukkan jumlah gol)," katanya.

 Kekalahan terhadap UAE memang bukan mengejutkan tetapi tewas dengan jumlah gol sebegitu besar sebenarnya amat memalukan.

Semalam jurulatih negara Dollah Salleh sudah membayangkan nasib Harimau Malaya tidaklah begitu cerah di Stadium Muhammed bin Zayed di Abu Dhabi.

Kata Dollah, skuad yang ada adalah "tak sempurna".

Sebelum ini Harimau Malaya sudah tumpas 0 - 6 kepada skuad negara yang hampir tidak pernah aman - Palestin.

Pemilik akaun Twitter Pipiyapong pula kekal dengan nada menyindirnya mengulas prestasi skuad negara.
"Aku target Malaysia kena 11 bijik atau 13 bijik atau 15 bijik," katanya.

Ketua hakim syarie Kelantan: Taklik tiada kifarat

Posted: 03 Sep 2015 05:49 PM PDT

Bernama 





Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli perlu memberi penjelasan kepada Mahkamah Syariah negeri berhubung taklik cerai talak tiga yang dibaiahnya, kata Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohammad.

Daud berkata Dr Hatta tidak wajar membuat keputusan sendiri tanpa melalui proses perbicaraan dan berkemungkinan beliau keliru antara baiah mengosongkan kerusi sebagai anggota Parlimen dan lafaz taklik.

"Kalau dia langgar sumpah, dia boleh bayar kifarat. Tapi berbeza dengan taklik... kalau dia lafaz taklik macam tu (cerai talak tiga), maka kena ikutlah. Untuk kes taklik tak ada kifarat," katanya ketika dihubungi Bernama di Kota Baharu, Khamis.

Pada Rabu, PAS Kelantan mengesahkan taklik lafaz cerai talak tiga yang dikenakan parti itu ke atas wakil rakyatnya di negeri ini adalah bagi mengelak mereka melompat parti adalah sah di sisi perundangan Islam.

Daud berkata jika terdapat keraguan berhubung talak, perkara itu perlu ditentukan oleh mahkamah.

"Dia kena sahkan di mahkamah... sahkan dulu. Kalau dia kata tak jatuh, buat permohonan dan kemukakan alasan. Kemudian mahkamah akan buat keputusan.

"Kalau seseorang itu ragu-ragu tentang talak ini, dia kena tentukan di mahkamah untuk sahkan atau tidak. Undang-undang (Malaysia) kata begitu. Dia tak boleh kata begitu, bertaklik tapi tak jatuh (talak), tak selesai. Mungkin dia keliru dengan kifarat," katanya.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Parti Pekerja-pekerja Malaysia di Tanah Merah malam tadi, Dr Hatta mendakwa perkahwinannya tidak terbubar kerana telah membayar kifarat kepada baiah berkenaan.

Katanya beliau telah merujuk masalah berkenaan kepada beberapa ulama di dalam dan luar negara, antaranya penasihat Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) Ahmad Awang, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan ulama Mesir Sheikh Yusuf al-Qaradawi.

"Kita dinasihat oleh penasihat umum kita, Ustaz Ahmad Awang (berhubung lafaz cerai). Tak menjadi masalah, kehidupan diteruskan, perjuangan diteruskan. Kita bayar kifaratlah kepada baiah, beri makan 10 orang... itu dah memang tercatat. Ustaz-ustaz, ulama-ulama tahu benda itu.

"Saya mempunyai cukup alasan dan panduan untuk tidak mengambil pandangan sedemikian (jatuh talak) walaupun datang daripada seorang Menteri Besar, ataupun seorang Timbalan Menteri Besar... hatta mufti (Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad) sekalipun," katanya.

Ditanya mengenai anjuran Daud sebelum ini supaya beliau ke Mahkamah Syariah untuk mendaftarkan penceraiannya, Dr Hatta berkata: "Saya tak akan pergi.. tak ada kaitan."

PAS pada Selasa mengesahkan sebanyak 22 bekas pemimpinnya termasuk Dr Hatta bukan lagi anggota parti berkenaan sebaik sahaja mereka menyertai Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) yang diambil alih oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) dan akan dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara (Amanah).

Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata PAS memperkenalkan baiah atau sumpah kepada wakil rakyatnya di seluruh negara yang bertanding atas tiket parti itu sejak 2004 yang mesti mengosongkan kerusi mereka jika meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan sukarela.

Katanya bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menambah syarat bahawa wakil rakyat PAS di Kelantan perlu bertaklik dengan melafazkan cerai talak tiga terhadap isteri masing-masing.- Bernama


Tiada ulasan: