Khamis, 3 September 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Mengapa PAS Tidak Sesuai Berada Di Pakatan Rakyat 2.0

Posted: 03 Sep 2015 06:45 AM PDT

OLEH YB MOHD HANIPA MAIDIN



1. Saya dan rakan rakan dari Parti Amanah Negara sesungguhnya amat gembira dan terharu dengan sikap yang ditunjukkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim yang memberikan sokongan yang padu kepada wujudnya parti Islam baru atas nama Parti Amanah Negara sepertimana perutusan beliau dari penjara Sg Buluh bertarikh 1 hb September 2015.

2. Sudah tentu perutusan DSAI tersebut memberi suntikan baru kepada parti islam baru yang kami tubuhkan ini kerana semua tahu DSAI adalah satu figur dan nama besar dalam politik negara ini yang telah membawa satu reformasi politik yang menakjubkan kepada rakyat negara ini sekaligus berjaya mengubah lanskap politik negara ini.

3.Amat malang kerana politik balas dendam,kotor dan jijik Barisan Nasional rakyat dijauhkan secara fizikalnya dari DSAI bagi terus mengemudi kebangkitan rakyat menumbangkan BN. Namun jiwa, semangat dan ruh perjuangan beliau tidak mampu BN penjarakan dan ia terus menyalakan obor perjuangan bagi menentang kebobrokan dan salah guna kuasa BN.

4. Semasa kami berada dalam Pas dan semasa Pas masih berada dalam Pakatan Rakyat ,kami tidak pernah sangsi dan ragu dengan kepimpinan DSAI menerajui PR. Meskipun wujudnya elemen elemen tertentu dalam Pas dalam waktu waktu tertentu cuba menyemai keraguan terhadap kepimpinan beliau kami yakin keraguan itu tidak berasas sama sekali. Sejak Anwar diperlakukan secara kejam dan brutal oleh rejim BN saya sendiri telah menulis, berceramah, berforum ,berdemo dan melakukan banyak lagi perkara bagi mempertahankan DSAI. Saya pohon dari Allah dari sifat riya' namun sejarah boleh membuktikan di Parlimen banyak kali saya bersuara menentang kezaliman Umno/BN ke atas DSAI hingga saya dan kawan kawan digelar oleh parti sendiri sebagai Anwarinas dan pelbagai label lagi.

5. Saya dan kawan kawan juga sanggup dilabel ,difitnah dan dicerca oleh rakan rakan sejemaah atau parti sendiri kerana bersuara lantang mempertahankan Anwar, sahabat sahabat PKR dan Dap demi menjaga kelangsungan Pakatan Rakyat. Ianya berakhir dengan kami semua dinyahkan secara hina daripada saf kepimpinan Pas dalam Muktamar Pas yang lalu.

6.Pokoknya kami telah lakukan apa sahaja di dalam dan luar parti bagi mempertahankan PR. Namun gelombang dalam Pas yang mahukan elemen elemen dalan Pas yang pertahankan PR dinyahkan amat kuat dan malangnya disokong oleh mereka yang duduk di kepimpinan tertinggi Pas sendiri.

7. Apa yang boleh saya simpulkan bila kami mencetuskan Harapan Baru yang mencetuskan pula Parti Amanah Negara ianya dilakukan atas penuh kesedaran bahawa Pas, melalui pengalaman yang panjang dalam Pas, tidak benar benar menghayati tahaluf siyasi dengan Dap dan Pkr dalan wadah PR . Malahan Pas sebenarnya tidak begitu selesa kerana merasakan tidak dapat atau mampu mendominasi PR. Sedangkan bagi kami, isu pendominasian tidak seharusnya wujud dalam PR kerana "we are equal partners ( rakan kongsi yang setara )

8.Ini bermakna jika sekalipun Parti Amanah Rakyat tidak wujud dan andaikata PR masih wujud antara Pas, Pkr dan Dap, kewujudan PR itu bukan sahaja tidak akan memberi nilai tambah kepada PR dalam pilihanraya umum akan datang malahan saya berani katakan PR akan reput dengan gaya dan stail politik Pas dan kesannya rakyat bukan sahaja akan menghukum Pas ,malahan Dap dan PKR juga akan dihukum bersama.

9. Bertolak dari situ, kami percaya sekiranya PR baru atau Pakatan Rakyat 2.0 ingin diwujudkan semula , maka amat perlu parti parti yang membentuk komposisi PR tersebut menghayati prinsip prinsip dan pendirian pendirian bersama yang telah diputuskan secara konsensus. PR 2.0 mesti memfokuskan kehendak rakyat bukan kehendak parti parti yang menganggotai PR 2.0.Apa yang lebih penting segala keputusan yang diambil mestilah dibuat secara konsensus dan tiada mana mana parti yang cuba mendominasi PR tersebut.

10. DSAI atas kebesaran jiwanya dan sikap keterbukaanynya menyeru supaya permuafakatan politik yang baru hendaklah merangkumi PKR,DAP, Parti Aman

PAS Sepang sifatkan Hanipa gopoh

Posted: 03 Sep 2015 06:43 AM PDT

     

DETIK DAILY


PAS Sepang melihat kegopohan beberapa pimpinan GHB dalam mengeluarkan kenyataan y
ang tidak masuk akal, bersifat ego dan hipokrit amat merugikan pakatan pembangkang.

Kenyataan terbaru Ahli Parlimen Sepang yang menolak PAS dari bersama Pakatan Pembangkang sebagaimana yang disuarakan oleh DSAI ternyata pra matang dan nampak "lebih sudu dari kuah".

Mungkin sebenarnya beliau amat khuatir kerusi Ahli Parlimen Sepang yang disandangnya akan hilang, maka sebab itulah beliau berkokok seperti "seekor ayam yang ekornya bergelumang najis".

Bagi PAS Sepang, kami sentiasa berusaha mengukuhkan hubungan baik dan saling membantu menyelesaikan isu-isu rakyat. Kami beranggapan kemenangan PAS dan PR dalam PRU ke-13 yang lalu adalah kerana gabungan sokongan semua pengundi, bukan disebabkan populariti dan bakti Hanipa Maidin kepada warga Sepang.

Kami menghormati pendirian YB Hanipa Maidin yang ternyata amat bimbang akan hilang undi disebabkan berkawan dengan PAS dan orang Melayu. Atas kepercayaan ini, kami boleh merumuskan bahawa Hanipa Maidin memang tidak memerlukan ahli-ahli PAS mencampuri urusan beliau khususnya di Sepang.

Buat rakan-rakan politik Pas di Sepang, kami menyeru marilah kita teruskan bakti kepada masyarakat dan pengundi tanpa mengira kaum dan warna kulit. Kami yakin dengan kerjasama erat yang sedia terjalin, rakyat akan terus menyokong Pakatan Pembangkang untuk menerajui Negeri Selangor

Cukuplah kita menyalahkan orang Cina

Posted: 03 Sep 2015 06:39 AM PDT




Oleh Mohammad Agus Yusoff 


Tidak habis saya fikir, kenapa apabila berlaku kekecohan dalam politik Melayu, baik itu dalam UMNO atau PAS, maka DAP, LGBT, dan kaum Cina yang dipersalahkan?

Pada saya, cukuplah kita menyalahkan kaum lain dengan masalah yang kita hadapi. Takkanlah masalah politik UMNO dan PAS hari ini adalah disebabkan oleh DAP dan kaum Cina?

Sepatutnya, jika kita orang Melayu bergaduh, kita muhasabah diri dan bertanya—apa puncanya? Adakah itu kerana terlalu mengejar kuasa, menjaga kuasa, memburu kekayaan, terlalu berpuak, atau adakah kerana terlalu sombong dan angkuh?

Selepas itu, tanya lagi diri kita. Sudah cukupkah kita membantu orang Melayu? Sudah cukupkah tindakan yang kita buat untuk menyatukan politik Melayu?

Dalam kita mencari jawapan kepada pertanyaan di atas, elakkanlah dari terus bersikap denial syndrome dengan hanya menyalahkan kaum lain. Lihatlah pada integriti kita, komitmen kita dan perancangan kita dalam menyelesaikan masalah Melayu.

Yang perlu sekarang ialah kita memahami keresahan rakyat. Cukuplah kita melihat masalah politik orang Melayu sekarang dari aspek polarisasi kaum.

Yakinilah, masalah kita tidak akan selesai jika sikap dan pemikiran kita tidak berubah. Dan ini harus dimulakan oleh pemimpin kita!

Parti Pekerja tidak boleh dijenamakan sebagai Amanah, kata Nur Jazlan

Posted: 03 Sep 2015 06:36 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Parti Pekerja Malaysia tidak boleh dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara (Amanah) kerana ia bukan parti politik tetapi sebuah parti yang memperjuangkan hak pekerja.
 
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata oleh itu, Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak boleh menggunakan nama Amanah sebagai nama rasmi wadah politik mereka selagi perlembagaan parti pekerja itu tidak dipinda dan mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
 
"Sekarang ini mereka tiada rumah (parti). Ingin pakai rumah orang lain. Parti pekerja bukan parti politik. Kalau mereka ingin teruskan (jenamakan semula Parti Pekerja dan) pakai nama Amanah, mereka kena ubah (pinda) perlembagaan Parti Pekerja.
 
"Mereka juga kena ubah sistem pentadbiran Parti Pekerja dan tunjukkan terlebih dulu kerja pentadbiran untuk membuktikan mereka mewakili sebuah parti politik dan bukannya parti pekerja," katanya.
 
Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi GHB Mohamad Sabu pada Isnin lepas yang mengumumkan akan menukarkan nama Parti Pekerja-Pekerja Malaysia kepada Parti
Amanah Negara (Amanah) sebagai nama rasmi wadah politik gerakan itu.
 
Bekas timbalan presiden PAS yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu berkata GHB mengambil alih Parti Pekerja-pekerja Malaysia, dan butiran mengenai penjenamaan semula itu akan diserah kepada RoS secepat mungkin bagi mendapatkan kelulusan.
 
Nur Jazlan yang juga ahli Parlimen Pulai berkata Amanah juga perlu melalui proses lantikan dalaman seperti keahlian, pengisian jawatan, dan sekurang-kurangnya perlu mengadakan mesyuarat parti.
 
Beliau berkata setelah selesai proses tersebut, barulah Amanah boleh mendaftar diri ke RoS untuk kelulusan dan sebarang tindakan lanjut.
 
Sehingga kini, Nur Jazlan berkata RoS belum menerima permohonan pendaftaran parti Amanah tersebut.
 
Sebelum ini, GHB mengemukakan untuk mewujudkan parti politik baharu dengan menggunakan nama Parti Progresif Islam (PPI), bagaimanapun RoS menolak permohonan itu.
 
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga menteri dalam negeri, sebelum ini dilaporkan berkata permohonan itu ditolak kerana Islam hak untuk semua orang yang beragama Islam dan penggunaan nama Islam pada parti politik boleh menyebabkan kekeliruan. 


Hakim sahkan perkahwinan Hatta Ramli gugur talak tiga

Posted: 03 Sep 2015 04:20 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic


SHAH ALAM: Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad mengesahkan perkahwinan antara Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli dan isterinya, sah gugur talak tiga kerana melanggar baiah yang dilafazkan sebelum ini.

Daud berkata, perkahwinan itu tidak boleh dirujuk semula melainkan isteri kepada Dr. Hatta itu berkahwin dengan individu lain dan kemudian bercerai.

"Perkara itu berlaku berdasarkan kandungan baiah (yang dilafazkan). Memandangkan mereka bukan lagi pasangan suami isteri, mereka tidak boleh lagi tinggal bersama," katanya yang dipetik Berita Harian.

Mengulas lanjut, Daud meminta pasangan terbabit hadir ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan status mereka.

"Sehingga kini, Dr Hatta dan pasangannya belum mendaftar mengenai status perkahwinan mereka di Mahkamah Syariah," ujarnya.

Hatta antara 22 ahli PAS yang keluar parti dan menyertai Parti Pekerja Malaysia (PPM) yang dipengerusikan oleh bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Berikutan tindakan menyertai parti baru itu, lafaz talak tiga berkenaan terpakai kepada semua isteri wakil rakyat terbabit, termasuk yang memiliki dua atau tiga isteri.

Kelmarin, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, mengesahkan seramai 22 bekas pemimpinnya termasuk tujuh wakil rakyat bukan lagi ahli parti itu sebaik menyertai PPM.

Mahkamah arah Najib bela diri dakwaan belanja lebih PRU13

Posted: 03 Sep 2015 04:10 AM PDT

 
Tengku Adnan, syarikat 1MDB dan SPR juga diarah memfailkan pembelaan terhadap dakwaan itu yang difailkan oleh pembangkang pada 12 Ogos lalu.


najib_Tengku-Adnan_1mdb_spr_600


PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan pembelaan terhadap saman berbelanja lebih pada kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang difailkan pembangkang.

Selain Najib, tiga lagi yang diarahkan berbuat demikian ialah Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Peguam Najib, Choo Shi Jiu yang hadir bersama Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, anak guamnya perlu memfailkan pembelaan itu 1 Oktober.

Choo berkata, pengurusan kes selanjutkan akan dilakukan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Wahab pada 9 Oktober, lapor The Malaysian Insider.

Manakala, Tengku Adnan diberi tempoh sehingga 15 September, 1MDB sehingga 14 September, manakala SPR diberi tempoh sehingga 14 September untuk mengemukakan pembelaan mereka.

Pada 12 Ogos lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memfailkan saman itu kerana Najib menggunakan dana RM2.6 bilion melebihi had yang dibenarkan dalam PRU13.

Saman sivil itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menerusi peguam Tommy Thomas.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pengakuan Najib bahawa RM2.6 blion untuk dana pilihan raya ternyata melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya.

"Ternyata, RM2.6 bilion yang digunakan ini melebihi 26 kali ganda had yang dibenarkan seperti digariskan oleh undang-undang Malaysia," kata Nurul Izzah.

Muhyiddin mungkin tidak dipecat tapi digantung

Posted: 03 Sep 2015 04:07 AM PDT

 
UMNO bimbang tindakan memecat Muhyiddin dan beberapa pemimpin lain akan menambahkan lagi perpecahan dalam parti itu.


Muhyiddin-Yassin,-Hishammuddin-Hussein,-Umno


PETALING JAYA: Tan Sri Muhyddin Yassin dijangka tidak akan dipecat daripada UMNO sebaliknya beliau dikatakan digantung tugas sebagai Timbalan Presiden sehingga 2018.

Tugas beliau akan dipangku oleh dua Naib Presiden, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Sumber-sumber memaklumkan kepada FMT, Majlis Tertinggi UMNO (MT) yang akan bermesyuarat 9 September ini dijangka membuat keputusan itu kerana mahu mengelak perpecahan lebih teruk dalam UMNO.

MT juga dijangka akan mengekalkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Naib Presiden UMNO.

Sumber itu juga memberitahu, keahlian Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ahli UMNO terus kekal walaupun bekas Perdana Menteri menyertai Bersih 4.0 baru-baru ini.

Ketika ini, khabar angin tersebar yang mendakwa Muhyiddin bersama enam yang lain akan dipecat dalam mesyuarat MT pada 9 September ini.

Mereka ialah Shafie, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, bekas Exco Perak, Datuk Hamidah Osman dan Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris.

Sementara itu, Berita Harian Online melaporkan, Mukhriz menggangap khabar angin mengenai pemecatannya bersama enam pemimpin lain UMNO lain sebagai perkara yang tidak wujud.

Mukhriz turut mengesahkan tidak menerima sebarang makluman mengenai soal pemecatannya sebagai Menteri Besar Kedah daripada UMNO Pusat.

"List (senarai) ni macam-macam, …tetapi selagi benda itu tak jadi kenyataan, saya tak boleh la nak bagi respon.

"Saya sendiri ada tengok macam-macam dihantar melalui WhatsApp dan sebagainya, tetapi setakat ini belum ada apa-apa kenyataan daripada mana-mana pihak khususnya pimpinan UMNO Pusat.

"Jadi saya tak boleh nak terima lagi komen-komen kononnya maklumat dan berita itu telah disahkan," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-32 Pertubuhan Peladang Negeri Kedah (PPNK).

Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Mohamed Aziz menasihatkan MT supaya tidak menggugurkan Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal daripada jawatan mereka.

Beliau menyifatkan tindakan memecat atau menggantung dua tokoh itu sebagai langkah tidak bijak
"Tentunya keputusan tersebut akan menimbulkan perpecahan dalam kalangan ahli parti, seterusnya melemahkan parti," katanya yang dipetik daripada Astro Awani.

Pas kekal dalam kerajaan Negeri Selangor

Posted: 03 Sep 2015 04:05 AM PDT

 
Pas Selangor menafikan spekulasi bahawa parti Islam itu akan disingkirkan daripada kerajaan negeri apabila Pakatan Rakyat 2.0 ditubuhkan


Khairuddin-Othman_pas_selangor_600


PETALING JAYA: Pas Selangor yakin kedudukan parti itu dalam kerajaan negeri tidak akan terjejas walaupun dua Ahli Dewan Undangan Negerinya (ADUN) menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman menafikan spekulasi bahawa parti Islam itu akan disingkirkan daripada kerajaan negeri apabila Pakatan Rakyat 2.0 ditubuhkan.

"Kita masih dalam kerajaan dan berubahnya dua wakil rakyat kita itu (ADUN Hulu Kelang dan ADUN Morib) tidak menjejaskan pentadbiran parti.

"Malah penubuhan Pakatan Rakyat 2.0 hanyalah khabar angin dan belum berlaku lagi, kalau berlaku kita akan membuat pendirian pada waktu itu.

"Saya sangat yakin kedudukan Pas Selangor akan kekal dalam kerajaan dan semua EXCO (Ahli Majlis Kerajaan Negeri) kita masih bergerak seperti biasa," katanya ketika dihubungi FMT.

ADUN Paya Jaras itu menambah, tidak ada pihak yang boleh menendang ADUN Pas daripada EXCO kerajaan Selangor selain Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

"EXCO (Pas) tidak boleh diberhentikan kecuali Menteri Besar memberhentikan EXCO. DAP tidak boleh berhentikan EXCO kita, hanya Menteri Besar sahaja boleh keluarkan EXCO daripada kerajaan dengan perkenan daripada Tuanku Sultan Selangor," katanya.

Berpuluh PATI lemas di Sabak Bernam

Posted: 03 Sep 2015 04:03 AM PDT

 
Kejadian berlaku pada pagi Khamis disedari nelayan tempatan yang berada di kawasan berkenaan.


bot-karam_600


PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 20 mayat telah ditemui pasukan mencari dan menyelamat dalam kejadian bot karam di perairan Sabak Bernam, Selangor.

Ketua Operasi Penolong Penguasa Bomba Abd Nasir Jalil berkata, mayat yang ditemui telah dihantar ke Jeti Hutan Melintang.

Dalam kejadian pada pagi Khamis, sebuah bot yang dipercayai membawa kira-kira 100 orang dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) dilaporkan karam.

Musibah jam 10.30 pagi itu disedari nelayan yang melalui kawasan berkenaan.

Sumber Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), berkata sebuah kapal ronda APMM Daerah Maritim Klang sudah digerakkan ke lokasi kejadian.

Ketua hakim syarie Kelantan: Taklik tiada kifarat

Posted: 03 Sep 2015 03:51 AM PDT

Bernama


 


Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli perlu memberi penjelasan kepada Mahkamah Syariah negeri berhubung taklik cerai talak tiga yang dibaiahnya, kata Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohammad.

Daud berkata Dr Hatta tidak wajar membuat keputusan sendiri tanpa melalui proses perbicaraan dan berkemungkinan beliau keliru antara baiah mengosongkan kerusi sebagai anggota Parlimen dan lafaz taklik.

"Kalau dia langgar sumpah, dia boleh bayar kifarat. Tapi berbeza dengan taklik... kalau dia lafaz taklik macam tu (cerai talak tiga), maka kena ikutlah. Untuk kes taklik tak ada kifarat," katanya ketika dihubungi Bernama di Kota Baharu, Khamis.

Pada Rabu, PAS Kelantan mengesahkan taklik lafaz cerai talak tiga yang dikenakan parti itu ke atas wakil rakyatnya di negeri ini adalah bagi mengelak mereka melompat parti adalah sah di sisi perundangan Islam.

Daud berkata jika terdapat keraguan berhubung talak, perkara itu perlu ditentukan oleh mahkamah.

"Dia kena sahkan di mahkamah... sahkan dulu. Kalau dia kata tak jatuh, buat permohonan dan kemukakan alasan. Kemudian mahkamah akan buat keputusan.

"Kalau seseorang itu ragu-ragu tentang talak ini, dia kena tentukan di mahkamah untuk sahkan atau tidak. Undang-undang (Malaysia) kata begitu. Dia tak boleh kata begitu, bertaklik tapi tak jatuh (talak), tak selesai. Mungkin dia keliru dengan kifarat," katanya.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Parti Pekerja-pekerja Malaysia di Tanah Merah malam tadi, Dr Hatta mendakwa perkahwinannya tidak terbubar kerana telah membayar kifarat kepada baiah berkenaan.

Katanya beliau telah merujuk masalah berkenaan kepada beberapa ulama di dalam dan luar negara, antaranya penasihat Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) Ahmad Awang, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan ulama Mesir Sheikh Yusuf al-Qaradawi.

"Kita dinasihat oleh penasihat umum kita, Ustaz Ahmad Awang (berhubung lafaz cerai). Tak menjadi masalah, kehidupan diteruskan, perjuangan diteruskan. Kita bayar kifaratlah kepada baiah, beri makan 10 orang... itu dah memang tercatat. Ustaz-ustaz, ulama-ulama tahu benda itu.

"Saya mempunyai cukup alasan dan panduan untuk tidak mengambil pandangan sedemikian (jatuh talak) walaupun datang daripada seorang Menteri Besar, ataupun seorang Timbalan Menteri Besar... hatta mufti (Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad) sekalipun," katanya.

Ditanya mengenai anjuran Daud sebelum ini supaya beliau ke Mahkamah Syariah untuk mendaftarkan penceraiannya, Dr Hatta berkata: "Saya tak akan pergi.. tak ada kaitan."

PAS pada Selasa mengesahkan sebanyak 22 bekas pemimpinnya termasuk Dr Hatta bukan lagi anggota parti berkenaan sebaik sahaja mereka menyertai Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) yang diambil alih oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) dan akan dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara (Amanah).

Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata PAS memperkenalkan baiah atau sumpah kepada wakil rakyatnya di seluruh negara yang bertanding atas tiket parti itu sejak 2004 yang mesti mengosongkan kerusi mereka jika meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan sukarela.

Katanya bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menambah syarat bahawa wakil rakyat PAS di Kelantan perlu bertaklik dengan melafazkan cerai talak tiga terhadap isteri masing-masing.- Bernama


Dipecat dari Umno? Mukhriz kata tidak terima notis

Posted: 03 Sep 2015 03:43 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Satu mesej yang dikesan tersebar luas sejak semalam mendakwa mesyuarat majlis tertinggi Umno pada 9 September ini akan memutuskan pemecatan tujuh orang pemimpinnya.

Antara nama yang disebut dalam sebaran tersebut termasuk timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan MB Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mengulas perkara itu, Mukhriz Mahathir ketika ditemui pemberita hari ini berkata beliau tidak menerima apa-apa notis berhubung perkara itu.

Mukhriz berkata beliau tidak menganggapnya sebagai maklumat yang sah melainkan jika ia diterima dari Umno pusat.

"Senarai ini macam-macam... tetapi selagi benda itu tak jadi kenyataan, saya tidak boleh bagi respon.
"Saya sendiri ada tengok macam-macam dihantar melalui WhatsApp dan sebagainya, tetapi setakat ini belum ada apa-apa kenyataan daripada mana-mana pihak khususnya pimpinan Umno pusat.

"Jadi saya tak boleh nak terima lagi komen kononnya maklumat dan berita itu telah disahkan," katanya kepada pemberita di Kedah.

Sementara itu, naib presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dakwaan tersebut hanyalah satu khabar angin yang tidak berasas.

Katana beliau sendiri tidak tahu menahu jika mesyuarat tersebut sememangnya akan membincangkan perkara itu.

"Jika ada pihak tertentu yang mahu terus percaya khabar angin berkenaan, terpulanglah tapi saya sendiri pun masih tidak tahu apa agenda mesyuarat itu nanti," katanya seperti dipetik dalam laporan Berita Harian Online.

Turut disebut dalam sebaran di Whatsapp itu ialah naib presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan MP Kulim Bandar Baru MP Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Tiga lagi nama ialah bekas MB Terengganu Datuk Ahmad Said, bekas exco Perak Datuk Hamidah Osman dan MP Sepanggar Datuk Jumat Idris.

Muhyiddin dan Shafie digugurkan daripada barisan jemaah menteri pada bulan lalu ekoran kritikan mereka ke atas perdana menteri dan juga isu 1MDB.


PGSM: Rujuk mahkamah sebelum keluar PAS

Posted: 03 Sep 2015 03:38 AM PDT

Shakira Buang


 


Anggota PAS yang terikat dengan baiah parti dinasihat merujuk mahkamah syariah terlebih dahulu sebelum membuat keputusan berhijrah ke parti lain.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang berkata, hanya mahkamah itu dapat memutuskan jalan keluar, terutama bagi kes melibatkan taklik atau lafaz cerai bersyarat.

"Mana-mana pihak sekali pun sama ada mufti, timbalan pesuruhjaya PAS atau presidennya sendiri tidak boleh mengesahkan perkara tersebut.

"Mahkamah sahaja yang ada kuasa untuk sahkan perkara tersebut dan bukan pihak lain.

"Perkara ini semua tidak boleh diputuskan di khalayak begitu, maksudnya wakil rakyat yang ada baiah ini perlu membuat permohonan kepada mahkamah untuk mengesahkan sama ada jatuh atau tidak (talak)," kata Musa.

Musa juga berkata, sekiranya pihak suami enggan merujuk kepada mahkamah, isterinya boleh berbuat demikian bagi pihak pasangan.

"Sebab isteri dia juga akan menerima kesan daripada baiah ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Kesan pada banyak pihak Musa juga mengingatkan bahawa baiah taklik perlu dirujuk kepada mahkamah kerana ia memberi kesan kepada banyak pihak, termasuk anak-anak.

Isu baiah timbul selepas sekumpulan bekas pemimpin kanan PAS mengumumkan mengaktifkan dan menjenamakan semula Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) sebagai sebuah parti Islam dengan nama baru Parti Amanah Nasional (AMANAH).


PAS mewajibkan semua calon mewakili parti itu dalam pilihan raya mengucapkan ikrar taat setia.

Di sesetengah negeri ia melibatkan lafaz
cerai talak tiga, seperti kes melibatkan anggota parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli di Kelantan.

 Pertikaian kembali panas selepas menteri besar Kelantan yang juga timbalan mursyidul am PAS Datuk Ahmad Yaakob semalam berkata pernikahan Hatta secara automatik terbubar.
 
Sementara itu, di Selangor, dua wakil rakyat PAS Khalid Samad dan Dr Mariah Mahmud akan membayar kafarah (denda) dengan memberi makan seratus orang fakir miskin kerana melanggar baiah esok.

Cukup bayar kafarah?

Mengulas perkembangan itu, Musa berkata isu baiah ini tidak akan selesai dengan membayar kafarah sahaja.

"Baiah itu adalah sumpah. Maksudnya kalau wakil rakyat itu keluar daripada PAS, dia sudah melanggar sumpah dan dia perlu bayar kafarah.

"Tapi dalam masa yang sama dia juga telah melanggar taklik dan taklik ini berkait dengan isteri.

Dia (wakil rakyat yang berbaiah) kena selesaikan dua perkara, satu baiah di mana bila ia dilanggar mereka perlu bayar kafarah.

"Kedua taklik dan jika dilanggar ia akan memberi kesan kepada syarat yang dinyatakan di dalam sumpah tersebut," jelasnya.

Justeru, kata Musa, mahkamah syariah bertanggungjawab memutuskan perkara itu.

"Mungkin ada yang berbaiah tidak dikaitkan dengan talak dan membuat baiah sahaja.

"Mungkin ada wakil rakyat tidak masukkan elemen kedua itu dan hanya berbaiah dengan parti PAS sahaja," tambahnya.


Hisham: Pemecatan Muhyiddin, Shafie hanya khabar angin

Posted: 03 Sep 2015 03:28 AM PDT

SINAR HARIAN


 


Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata dakwaan bahawa Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dijadualkan bersidang pada 9 September ini akan memecat atau menggantung keanggotaan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hanyalah suatu khabar angin.

"Ini khabar angin, kalau tidak saya sebagai naib presiden akan tahu jika ia merupakan aganda tetap," katanya selepas menghadiri majlis bersama kepimpinan negara pada Minggu Haluan Siswa Pelajar Baharu di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di Batu Pahat hari ini.

Hishammuddin, yang juga menteri pertahanan berkata demikian ketika mengulas mengenai khabar angin bahawa MT akan mengambil tindakan memecat atau menggantung keanggotaan Muhyiddin dan Mohd Shafie dalam mesyuarat Rabu depan.

Beliau juga tidak pasti sama ada kedudukan Muhyiddin dan Mohd Shafie akan dibincangkan sebagai salah satu agenda dalam mesyuarat itu.

"Tidak semestinya perkara ini berbangkit pun. Ini perkara-perkara yang dihebohkan di sosial media dan sebagainya. Macam mana mereka (media sosial) nak tahu apa nak dibincangkan dalam MT. Saya sebagai ahli MT pun tidak tahu.

"Tidak mungkin kita nak layan benda-benda (khabar angin) macam ni, mungkin tidak berlaku pun," katanya.

Beliau berkata masih ada banyak perkara yang lebih penting untuk dibincangkan dalam mesyuarat itu terutama yang berkaitan dengan kepentingan negara.

"Saya nak wujudkan satu kesedaran bahawa kita tiada masa untuk berpecah sesama kita kerana agenda lebih besar adalah melihat kepada ekonomi negara. (Kita) hendak lihat kepada kestabilan, keselamatan dan pertahanan negara," kata menteri pertahanan itu.

Beliau turut berkata bagi menangani kesemua perkara itu, kesemua anggota Umno perlu bersatu dalam satu pasukan.- Bernama


'Siapa pun tak boleh diterima pijak gambar’

Posted: 03 Sep 2015 03:25 AM PDT


Maria Chin Abdullah
Maria Chin Abdullah


KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersih 4.0, Maria Chin Abdullah mengutuk sekerasnya dengan dakwaan insiden memijak gambar Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada perhimpunan itu minggu lalu.

Maria Chin berkata pihaknya tidak boleh bertolak ansur dengan tindakan tersebut kerana ia telah mencemarkan nama baik perhimpunan tersebut yang berlangsung dengan aman.

"Kita tidak boleh bertolak ansur dan saya rasa sangat mengecewakan apabila berlaku pada perhimpunan itu.

"Perhimpunan ini adalah kejayaan besar, dengan melakukannya tindakan itu, ia memusnahkan usaha yang kami telah capai sepanjang dua hari itu," katanya kepada pemberita di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.

Beliau mengulas tindakan peserta Bersih 4.0 yang menjadi viral di media sosial selepas didakwa memijak gambar Perdana Menteri dan Presiden Pas itu pada Ahad lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Gambar peserta Bersih 'pijak' Hadi viral]

Ketika ditanya tentang permohonan maaf secara terbuka oleh penganjur perhimpunan itu, beliau bagaimanapun hanya menjawab pihaknya sangat dengan perbuatan tersebut.

"Kita cuma cakap kita kecewa (dengan) perkara ini berlaku dalam program kami.

"Tak perlu buat macam ini, bukan hanya Hadi dan PM, tetapi kepada sesiapa pun, tindakan ini tidak boleh diterima," ujarnya.

Beliau juga berkata, tindakan tersebut di luar kawalan pihaknya susulan jumlah peserta yang luar biasa ramai sepanjang Sabtu dan Ahad lalu.

"Ramai sangat, semangat pun berkobar-kobar, kita pun tidak dapat kawal semua, jadi semua dengan perasaan masing-masing.

"Kita tak boleh kawal, tapi kita kesal perbuatan macam ini tidak patut dibuat, Bersih tidak setuju langsung dan tidak menyokong perbuatan macam ini," katanya lagi.


Anina pertikai cara Umno lakukan pemecatan

Posted: 03 Sep 2015 03:20 AM PDT

Anina Saaudin
Ainina ketika sidang media hari ini.
 
 
PETALING JAYA - Ahli Cawangan Umno Kampung Mat Sirat Langkawi,  Anina Saaudin  mempersoalkan cara pemecatannya yang disifatkan sebagai tidak berasas dan menyalahi Prinsip Keadilan Asasi (Natural Justice).
 
Menurut Anina, surat pemecatannya bertarikh 1 September dan 2 September yang ditandatangani Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang tersebar melalui media dan laman sosial ‎adalah satu bentuk salah laku kerana dia sehingga kini tidak menerima apa-apa surat rasmi dari Umno berhubung pemecatannya.
 
"Surat manakah yang menjadi asas kononnya memecat saya? Jika Yang Berhormat Datuk Seri (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor)  belum diserahkan dengan sebarang proses mahkamah, apakah asasnya Datuk Seri mengeluarkan surat-surat bertarikh 2 September dan 1 September 2015 itu dengan ejaan alamat saya yang tidak betul?" katanya pada satu sidang media ‎di Kota Damansara, hari ini.
 
[ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Umno fail saman kepada Najib]
 
Sebelum ini, Ainina dilaporkan digugurkan keahlian kerana mengambil tindakan mahkamah kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Dalam pada itu, Anina berkata, sebagai Setiausaha ‎Agung, beliau perlu menunjukkan teladan yang baik dengan memenuhi peraturan parti serta tertib dan adab orang Melayu dengan berkata benar bukan sahaja melalui surat menyurat malah dalam semua perkara.
 
Semalam, pemecatan Anina  telah disahkan oleh Setiausaha Agung Umn‎o itu sendiri melalui aplikasi WhatsApp yang disiarkan sebuah portal berita.

Negara luar minta PM jujur dalam soal 1MDB

Posted: 03 Sep 2015 03:13 AM PDT

1MDB
1Malaysia Development Berhad
 
 
PUTRAJAYA - "Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu jujur dalam isu membabitkan RM2.6 bilion dan juga 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," kata Pengasas bersama Transparency International (TI), Michael Hershman.

Ujar beliau, Najib sepatutnya bersikap lebih telus dalam berhadapan dengan isu tersebut selain berpendapat pemimpin negara itu sepatutnya meminta maaf sekiranya melakukan kesalahan atau melanggar mana-mana undang-undang dalam negara.

"Beliau (Najib) mempunyai tanggungjawab yang besar kepada masyarakat dalam negaranya, jika dia buat salah, dia perlu meminta maaf dan berdepan dengan akibatnya.

"Siasatan berkenaan 1MDB adalah siasatan yang kompleks. Siasatan dibuat untuk merungkai persoalan adakah berlaku salah laku,penyelewengan atau rasuah dalam badan tersebut. Ia satu isu yang rumit," katanya ketika menyampaikan ucapan sebagai panel dalam Melawan Rasuah oleh Penguatkuasa: Apa yang berhasil dan apa yang silap, di Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC), di sini, hari ini.

Isu 1MDB kian meruncing apabila portal antarabangsa The Wall Street Journal melaporkan pasukan penyiasat yang melakukan siasatan terhadap dana dan urus niaga 1MDB percaya bahawa pengaliran dana 1MDB berakhir ke dalam akaun Najib.

Portal antarabangsa itu dikatakan telah memuat naik dokumen berupa perincian bagaimana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib, sekali gus mengaitkan pemimpin negara ini dengan dana badan pelaburan tersebut.

Najib bagaimanapun tampil menafikan perkara tersebut dan mengatakan dana itu datang dari seorang penderma dari Arab.

Hershman bagaimanapun berkata, walaupun beliau sedikit kecewa dengan pengendalian Najib dalam isu 1MDB, beliau masih menghormati pemimpin negara itu dan masih akan mempercayai Najib sekiranya perdana menteri itu sanggup tampil berterus terang.

"Jangan kita lupa beliau (Najib) telah banyak membantu  SPRM dari segi penyaluran sumber dan fleksibiliti. SPRM adalah salah satu daripada agensi anti rasuah dan ia disebabkan oleh dasar-dasar yang dibuat oleh beliau.

"Saya masih menghormatinya dan saya masih akan percaya kepada setiap kata-kata Najib sekiranya beliau tampil ke hadapan dan bercakap benar," kata Hershman.

Hershman sebelum ini pernah memberikan khidmat nasihat ketika dalam lembaga penasihat antarabangsa bagi Program Transformasi Kerajaan pentadbiran Najib pada tahun 2010 hingga 2013.

"Jangan tutup atau melengahkan pendedahan tentang derma RM2.6 bilion kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan," katanya lagi.
 
 

Bekas peguam diraja ditahan semula selepas dijamin

Posted: 03 Sep 2015 03:11 AM PDT

Bekas peguam diraja ditahan semula selepas dijamin
Kamal Hisham (bertopi) ditahan semula selepas dibebaskan dengan ikat jamin RM300,000 di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.


JOHOR BAHRU – Bekas peguam diraja Johor ditahan semula sebaik sahaja dibebaskan dengan ikat jamin RM300,000 selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini semalam atas dua tuduhan pecah amanah.

Kamal Hisham Jaafar yang juga bekas pengarah syarikat Southern Ads Sdn Bhd ditahan kira-kira jam 3 petang, semalam selepas wang jaminan dibayar oleh ahli keluarganya.

Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad berkata, tertuduh ditahan bagi membantu siasatan membabitkan beberapa kes lain oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

[AKAN MENYUSUL: Bekas peguam kerabat diraja Johor didakwa]

Sebelum itu, Kamal Hisham didakwa melakukan pecah amanah jenayah menerusi dua perjanjian penyewaan ruang niaga berjumlah RM515,000 pada 22 Disember 2009 dan perjanjian penyewaan berjumlah RM18,000 pada 1 Oktober 2010 tanpa persetujuan lembaga pengarah syarikat.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM300,000 ke atas tertuduh dengan dua penjamin serta syarat tambahan passportnya ditahan dan tertuduh turut diarahkan melapor diri di balai polis berdekatan setiap dua minggu sekali.

Semalam, Kamal Hisham yang sebelum ini menetap di negara Timur Tengah dibawa ke IPK Johor kira-kira jam 6 petang semalam untuk siasatan berkaitan kes pecah amanah selepas ditahan di Singapura bagi menziarahi saudaranya yang dirawat di negara berkenaan.


Tiada ulasan: