Selasa, 29 September 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Berita Terkini MARA : Permohonan Pinjaman Loan Mara Untuk IPTS Masih Belum Buka? Mengapa?

Posted: 29 Sep 2015 03:24 AM PDT

BERITA SEMASA

Berita Terkini MARA : Permohonan Pinjaman Loan Mara Untuk IPTS Masih Belum Buka? Mengapa?

Ada menteri mengatakan kejatuhan memberikan rahmat kepada Malaysia. Rahmat kata mereka. Tetapi tahukah mereka anak bangsa kita sedang menghadapi masalah dan derita di luar negara dek kerana nilai ringgit Malaysia terus jatuh dan jatuh daripada hari ke sehari sehingga berlaku lambakan duit ringgit Malaysia kita di pasaran sekarang ini.

Tan sri Zeti kata jikalau mahu nilai ringgit Malaysia naik semula, antaranya selesaikan segera isu 1MDB, dan masalah ketidaktentuan politik di Malaysia.

Natijahnya, pelajar-pelajar kita yang belajar di luar negara perlu ikat perut untuk meneruskan usaha menampung kos perbelanjaan mereka di negara luar terutamanya yang bergantung harap dengan bantuan MARA apatah lagi yang menggunapakai 100% duit keluarga dan ibu bapa lagilah teruk.

berita terkini mara

Masalah tersebut tidak berlegar kepada pelajar luar negara sahaja. Tetapi sudah mula berjangkit kepada pelajar yang menimba ilmu IPTS di Malaysia. Berita Semasa dimaklumkan kewangan MARA dalam keadaan sesak atas sebab-sebab tertentu termasuk perlu menampung kos tambahan yang tinggi terutamatanya pelajar tajaan mereka di luar negara disebalik kejatuhan nilai ringgit Malaysia pada ketika ini.

Sebelum ini, Majlis Amanah Rakyat Malaysia telah melancarkan apa yang dipanggil dan dikenali sebagai Skim Bank Mara yang meliputi bantuan pinjaman pelajaran terbuka kepada mana-mana pelajar yang sambung pengajian bagi peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda Degree, Sarjana Master, Doktor Falsafah PHD hasil kerjasama dnegan pihak bank. Butiran ada Berita Semasa kongsikan melalui LINK di bawah ini :

KLIK SINI : Butiran Lengkap Skim Bank MARA Untuk Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Master, PHD?

Tetapi ianya telah ditutup sementara waktu. Apabila Berita Semasa dimaklumkan butian lengkap mengenai pinjaman MARA yang terbaru dan terkini akan dibuka semula sekitar bulan November atau Disember 2015. Mungkin. Mungkin, itu kata kakitangan MARA.

Kata kakitangan MARA memaklumkan :
  • Kewangan Majlis Amanah Rakyat Malaysia MARA agak sesak
  • Sudah ada kalangan IPTS yang sudah sedia maklum dengan perancangan perkembangan terkini sekarang, telah mula menjalinkan usahasama dengan bank-bank komersil untuk dijadikan menyediakan kemudahan pinjaman kepada para pelajar mereka kelak
  • Ada kemungkinan besar pelajar IPTS dikenakan kadar faedah untuk pinjaman MARA yang diberikan kepada pelajar. Walaubagaimanapun, butiran lengkap belum dipastikan lagi. Nantikan pengumuman rasmi dan berita terkini MARA kelak.
  • Apa maknanya apabila sudah ada kerjasama dengan pihak Bank? Komitmen dengan Bank. Ya…Komitmen.
Persoalannya sekarang ini, adakah dengan pinjaman MARA yang terbaru ini kelak akan menyebabkan :
  • Nama peminjam pendidikan MARA yang baru ini secara automatiknya tersenarai dalam rekod CCRIS? Sama seperti peminjam yang lain yang buat pinjaman peribadi?
  • Adakah mereka akan dikejar pembayaran semula sama seperti peminjam-peminjam pinjaman peribadi yang lain?

 

Berita Terkini MARA : Pinjaman Loan Mara Untuk IPTS. Tunggu Berapa Lama Lagi?

Dan akhir sekali, Berita Semasa berharap sangatlah kepada pihak Majlis Amanah Rakyat MARA jangan terlalu lama biarkan anak-anak bangsa kita terkapai-kapai di Institut Pengajian Tinggi Swasta IPTS tanpa sebarang kenyataan rasmi daripada anda. Berikanlah kenyataan tentang perkembangan terkini mengenai skim pinjaman MARA ini. Janganlah diam begitu sahaja. Hakikatnya :
  • Ada pelajar yang terpaksa keluar daripada IPTS dek kerana menunggu terlalu lama permohonan pinjaman MARA yang masih lagi tidak dibuka sedangkan bayaran yuran yang cukup tinggi terpaksa ditanggung mereka
  • Pelajar dalam keadaan sesak dalam meneruskan pengajian dan kehidupan seharian dek kerana kewangan yang tidak mencukupi
  • Bagi Berita Semasa, masa bagi kalangan pelajar adalah cukup emas dan kritikal untuk mereka mencari alternatif dengan sesegera mungkin bagi meneruskan survival mereka menimba ilmu di peringkat yang lebih tinggi
  • Jangan biarkan anak-anak bansga kita tertunggu
Di bawah ini, Berita Semasa kongsikan gambar-gambar sebahagian rintihan kalangan para pelajar IPTS yang masih tertunggu berita terkini MARA mengenai perkembangan pinjaman loan MARA mereka…

pinjaman mara loan mara

'Jika tidak korup, kenapa saya didapati bersalah?'

Posted: 29 Sep 2015 03:11 AM PDT

Khir Toyo


 


ULASAN Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas hukuman dijatuhkan.

Saya mohon maaf kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan-rakan dan penyokong yang mungkin terpalit malu kerana kes ini. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang masih memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan saya.

Saya tahu sebahagian orang di media sosial bertepuk tangan dan memaki hamun saya sebagai penerima rasuah. Adakah mereka faham bahawa rumah tersebut saya beli separuh siap, dengan pinjaman bank dan masih membayar ansuran bulanan sehingga sekarang? Saya maafkan mereka.

Saya juga tahu rumah saya menjadi kontroversi apabila seorang pemimpin Umno mengupah jurugambar mengambil gambar rumah saya menggunakan helikopter menunjukkan seolah-olah ia sebesar istana.

Hakikatnya, rumah saya bukanlah antara yang terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya.

Saya hanya ingin menyatakan bahawa sepanjang perbicaraan, pendakwa raya tidak pernah mengemukakan sebarang fakta yang menunjukkan berlaku unsur rasuah. Secara asasnya, unsur rasuah harus dalam keadaan saya mendapat habuan kerana meluluskan sesuatu kepada Shamsuddin (Haryoni, pengarah Ditamas Sdn Bhd).

Tidak pernah ada sebarang fakta dan bukti menunjukkan pembelian rumah saya dengan harga RM 3.5 juta yang dikatakan murah oleh pendakwa raya, dibalas dengan sebarang keistimewaan pemberian projek atau kelulusan tender oleh saya.

Yang ada hanyalah surat sokongan yang diberi kepada syarikat Shamsuddin seperti mana saya sokong puluhan malah mungkin ratusan syarikat lain.

Jika tidak korup mengapa saya didapati bersalah? Saya dituduh dan didapati bersalah di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan yang merupakan satu kesalahan teknikal dengan hukuman maksimum dua tahun penjara.

Dalam tuduhan ini pendakwa raya tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga (balasan) yang tidak mencukupi, daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam.

Demikianlah kesungguhan peguam negara terdahulu yang mahu memenjarakan saya. Saya tidak pasti rumah saya akan dirampas atau tidak. Mereka membicarakan saya di bawah Perkara 165 tetapi mereka menggunakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merampas rumah saya.

Adilkah, saya dituduh di bawah kesalahan yang memerlukan pembuktian ringan, tapi menggunakan akta yang memerlukan pembuktian berat untuk merampas rumah saya? Hanya Allah yang tahu niat sebenar beliau.
Semasa hendak membeli rumah separuh siap tersebut saya memaklumkan kepada pemegang jawatan penting ketika itu termasuk perdana menteri, setiausaha kerajaan negeri dan pihak SPRM sendiri.

Untuk rekod, saya juga membeli hartanah tersebut dengan pinjaman bank dan meminta penilaian hartanah dilakukan. Sehingga kini saya masih mempunyai baki hutang lebih dari RM2 juta. Adakah ini menunjukkan saya korup? (Baca: Fakta dan angka tidak boleh menipu).

Jika saya mahu mengambil rasuah saya hanya minta Shamsuddin beri percuma kepada saya dan namakan atas nama sesiapa sahaja sebagai proksi.

Saya redha dengan keputusan ini sungguhpun sehingga hari ini saya tidak tahu berapakah balasan yang mencukupi.

Mungkin kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa yang membolehkan penjawat awam membuat rujukan, bagi memenuhi ukuran balasan yang mencukupi, agar tidak ada lagi yang terperangkap seperti saya. [Lihat: Putus sudah harapan?]

Dilanyak akhbar The Sun

Minggu lalu ketika merayu agar dikurangkan hukuman saya menyatakan antara sumbangan yang dibuat ialah mencapai matlamat Selangor Maju 2005 seperti mana yang disasar oleh kerajaan sejak 1990-an.

The Sun tampil mempertikaikan kenyataan tersebut. Saya tidak lagi berniat mahu berhujah sejauh mana layak atau tidak Selangor diisytihar negeri maju. Ini kerana kerajaan yang disokong oleh The Sun juga sehingga hari ini mengekalkan status Selangor Negeri Maju.

Sehingga di saat akhir, ketika tiada kuasa dan jawatan, The Sun memilih untuk melanyak saya. Saya tidak pasti apakah punca kemarahan mereka sedemikian rupa.

Adakah kerana saya dilihat sebagai anti-kaum India kerana merobohkan beberapa kuil yang dibina secara haram? Atau adakah kerana saya tidak meluluskan pusat Lumba Kuda di Bukit Tagar, Selangor?

Saya tidak fikir ia sekadar soal "good governance", kerana sesiapa sahaja yang membaca The Sun dari dulu sehingga hari ini boleh membezakan tahap dan jenis kritikan akhbar atau pengarang akhbar tersebut kepada menteri besar selepas saya.

Malah ada ketika mereka mempertahankan menteri besar selepas saya biarpun kesilapan yang dibuat sangat nyata.

Kes roboh kuil

Saya juga ingin memohon maaf jika masyarakat beragama Hindu marah kepada saya akibat perobohan kuil Hindu di Rimba Jaya. Kes kuil Rimba Jaya telah dibawa ke Mahkamah sejak tahun 1998 lagi.

Ia dibina secara haram atas tanah persendirian. Kerajaan negeri telah membuat perbincangan dengan pentadbir kuil dan mereka bersetuju menerima pampasan sebanyak RM40 ribu dan juga diberi tapak baru.

Keputusan merobohkan kuil Rimba Jaya adalah keputusan Mahkamah bukannya keputusan saya mahu pun kerajaan negeri. Mahkamah memutuskan kuil dan setinggan disitu hendaklah dirobohkan. Mahkamah telah menolak rayuan 11 orang penduduk yang enggan berpindah.

Saya, selaku Menteri Besar ketika itu, kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam hanya melaksanakan keputusan Mahkamah. Namun saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya.

Jika masih ada yang berdendam, saya berharap mereka juga dapat mengingati saya sebagai menteri besar pertama yang memberi peruntukan kepada semua kuil Hindu dan rumah ibadat lain yang berdaftar.

Di bawah pentadbiran saya juga kerajaan negeri menubuhkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.

Isu anugerah penyapu

Sebahagian membenci saya bukan kerana kesalahan ini. Mereka marah kerana saya beri "Anugerah Penyapu" kepada penjawat awam dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Hulu Selangor. [Untuk huraian panjang sila lihat artikel lama: Padah penyapu atau padah sikap kita?]

Sungguhpun ia bukan idea saya, dan telah dipersetujui dalam mesyuarat bersama semua PBT ketika itu, saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya. Saya pohon maaf jika masih ada yang berkecil hati.

Baru-baru ini saya ada berjumpa dan bercakap dari hati ke hati dengan Tukiman Nail, bekas presiden Majlis Daerah Hulu Selangor, yang menerima anugerah penyapu tersebut dan isteri beliau. Saya anggap telah selesaikan dengan beliau sebagai sesama muslim.

Masalah setinggan

Ada yang masih berkecil hati dengan cara saya menyelesaikan isu setinggan. Saya tidak boleh memuaskan hati semua penghuni setinggan.

Apa yang boleh saya katakan, saya telah membuat yang terbaik dalam kemampuan saya dan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu setinggan:

(i) Memberi penempatan yang lebih baik
(ii) Menyelesaikan isu tuan tanah dan setinggan
(iii) Memberi subsidi RM7,000 untuk setiap setinggan membeli pangsapuri baru.

Akhirul kalam, saya mohon maaf jika ada salah dan silap kepada seluruh penduduk Selangor. Jika ada hayat dikandung badan, insha-Allah saya akan terus menulis selepas keluar penjara nanti. Wassalam.

Khir Toyo bekas MB Selangor. Tulisan ini diterbit dalam blog beliau, drkhir.com. Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman setahun penjara ke atasnya selepas menolak rayuannya berhubung sabitan kes rasuah ditolak pada minggu lalu.


Nazri akui kesilapan berurusan hal diplomatik

Posted: 29 Sep 2015 01:45 AM PDT

Kow Gah Chie


 


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengakui beliau membuat kesilapan sewaktu berurusan hal diplomatik di mana Duta China Huang Huikang dipanggil berhubung kenyataan yang dibuatnya di Jalan Petaling pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Nazri yang juga MP Padang Rengas menegaskan bahawa beliau tidak berniat untuk campur tangan dalam hal ehwal Kementerian Luar Negeri.

"Tidak ada niat untuk campur tangan," katanya dalam satu kiriman SMS sebagai maklum balas kepada pertanyaan Malaysiakini.

Menteri Umno itu berkata demikian ketika diminta mengulas rakan sejawatnya Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang meluahkan rasa kecewa bahawa beberapa menteri telah mencampuri perkara tersebut tanpa merujuk kepadanya terlebih dahulu.

Huang telah dipanggil untuk bertemu dengan bekas timbalan Anifah, dan kini Pemangku Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin semalam.

Bagaimanapun terdapat banyak kekeliruan mengenai mesyuarat itu, kerana ia pada mulanya dilaporkan bahawa ia telah dibatalkan.

Nazri berkata pertemuan itu dibatalkan kerana timbalan menteri luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merica melanggar protokol dengan memanggil Huang.

Nazri berkata hanya pemangku menteri luar yang boleh berbuat demikian sewaktu ketiadaan menteri luar.

Bagaimanapun Reezal menafikan dakwaan tersebit dan menyatakan tindakan memanggil Huang direstui Anifah.

Kes Bunuh Morais: Empat Tertuduh Berasal Dari Kulim

Posted: 29 Sep 2015 01:41 AM PDT


Oleh: FIRDAOUS FADZIL

KUALA LUMPUR: Empat daripada lapan tertuduh yang didakwa menculik dan membunuh Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais berasal dari daerah sama iaitu Kulim di Kedah.

Enam tertuduh didakwa membunuh manakala dua lagi bersubahat melakukan kesalahan tersebut.

Kesemua tertuduh menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Kelihatan dalam keadaan tidak terurus, Pakar Patologi, Kolonel Dr R Kunaseegaran, 52, didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana bersubahat melakukan kesalahan tersebut.

Pelajar kolej, S. Nimalan, 22, S. Ravi Chandaran, 44, G. Gunasekaran, 47, R. Dinishwaran, 23, M. Vishwanath, 25 dan A. Thinesh Kumar, 22, didakwa di atas pertuduhan membunuh di mahkamah yang sama.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 7 pagi dan 9 malam dari Jalan Dutamas Raya, Sentul ke No 1, Jalan USJ1/6D, Subang Jaya pada 4 September lalu.

Di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, seorang lagi tertuduh Murugan Arujalan, 44, yang bekerja sebagai mekanik turut didakwa atas pertuduhan bersubahat melakukan kesalahan yang sama.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di No 20, Desa Mentari dekat sini antara 9.30 pagi dan 8 malam pada hari yang sama.

Berdasarkan kertas pertuduhan, alamat terakhir pengawal keselamatan, Viswanath adala di Taman Desa Karangan, Sungai Karangan dekat Kulim manakala Dinishwaran pula di Batu Pekaka Estate dekat Kuala Ketil tidak jauh dari Kulim manakala Nimalan dan Thinesh juga berasal dari Kulim.

Sumber polis berkata walaupun keempat-empat tertutup bukan dari satu kumpulan tetapi mereka dari daerah yang sama.

Kesemua tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka.

Tiada pengakuan direkodkan.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Razak, Manoj Kurup dan Mohd Dusuki Mokhtar memohon kes tersebut disebut semula pada November selepas mempertimbangkan sedikit masa diperlukan untuk menyediakan laporan kimia dan hasil bedah siasat.
Hakim Siti Radziah Kamarudin menetapkan 30 November depan untuk sebutan kes.

Datuk N. Sivananthan dan Datuk Geethan Ram Vincent mewakili Dr Kunaseegaran manakala M. Manoharan mewakili Dinishwaran.
Tertuduh lain tidak diwakili peguam.

Morais dilaporkan hilang pada 4 September dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Mayat Morais, 55, ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini, pada 16 September lepas.

Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dikeluarkan mengesahkan mayat yang ditemukan di dalam tong dram bersimen itu adalah mendiang Morais.

LIHAT VIDEO DI SINI



Isu Murtad: Rahim Thamby Chik Mohon Maaf Kepada Istana Selangor

Posted: 29 Sep 2015 01:38 AM PDT





Paparan skrin permohonan maaf Rahim Thamby Chik dalam laman Facebooknya.

PETALING JAYA: Pengerusi Gabungan Badan Ekonomi Selangor (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik memohon maaf kepada Istana Selangor berhubung status yang mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah menganut agama Kristian (Katolik) dimuat naik menerusi laman Twitter dan Facebook miliknya.

Malah, beliau turut mengakui berita tersebut diambil daripada sebuah laman web tidak berasas.

"Merujuk kepada status saya di Twitter dan Facebook mengenai dakwaan Raja Muda Selangor memeluk agama Katolik, saya mengakui ia dari sebuah laman web tidak berasas.

"Saya memohon maaf di atas ketidakselesaan Raja Muda Selangor dan Istana Selangor disebabkan status tersebut," katanya menerusi laman Facebooknya, Rahim TambyChik.

Dakwaan tersebut bagaimanapun dinafikan Istana Selangor dan disifatkan sebagai tidak berasas, tidak benar dan berunsur fitnah.

Malah, pihak Istana turut membuat dua laporan polis di Balai Polis Seksyen 6 di Shah Alam berhubung berita palsu tersebut.

Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dan setiausaha sulit putera Sultan Selangor, Hanafisah Jais pada pukul 4 petang Isnin.

Menurut dua laporan berkenaan, kedua-dua pengadu berkata, mereka menjumpai status yang dikeluarkan oleh seorang pengguna menggunakan nama samaran "Rahim Tambychik", semasa menggunakan laman sosial itu Istana Mestika di Seksyen 7, Shah Alam pada kira-kira pukul 8 pagi Jumaat lalu.

AMK, Wanita PKR Desak Wakil PAS Letak Jawatan YDP MAIPP

Posted: 29 Sep 2015 01:35 AM PDT

MSTAR ONLINE




BUTTERWORTH: Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan Pulau Pinang pada Selasa mendesak Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mohd Salleh Man mengosongkan jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang disandangnya.

Ketua AMK Pulau Pinang Asrol Sani Abdul Razak berkata desakan itu wajar kerana PAS tidak lagi bersama dalam pentadbiran kerajaan negeri seperti diumumkan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata pengumuman ketua menteri itu jelas menunjukkan kerajaan negeri tidak mengiktiraf PAS dalam pentadbiran negeri dan Salleh yang merupakan wakil rakyat PAS harus mengosongkan jawatan YDP MAIPP.

"Kami mohon supaya kerajaan negeri mencadangkan wakil PKR untuk jawatan YDP MAIPP itu bagi mengantikan wakil PAS apabila penggalnya tamat akhir tahun ini," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata pelantikan setiap YDP MAIPP adalah untuk tempoh dua tahun dan tempoh untuk Salleh dijangka tamat akhir tahun ini.

Sementara itu, Ketua Wanita Keadilan negeri Nur Zarina Zakaria berkata jawatan YDP MAIPP wajar diberikan kepada PKR kerana parti itu adalah kedua terbesar di Pulau Pinang dengan 10 Anggota Dewan Undangan Negeri.

Pelantikan YDP MAIPP untuk tempoh dua tahun setiap penggal ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas cadangan calon dikemukakan kerajaan negeri.

Salleh sindir Kit Siang tidak tahu kelajuan internet di Malaysia

Posted: 29 Sep 2015 01:27 AM PDT

 
Majoriti pelanggan memilih pakej internet murah yang perlahan walaupun penyedia menyediakan perkhidmatan internet yang kelajuan tinggi. 


salleh-keruak_lim-kit-sing_600


PETALING JAYA: Pemimpin pembangkang veteran, Lim Kit Siang mungkin tidak sedar tentang pelbagai kelajuan Internet yang boleh dipilih rakyat Malaysia apabila beliau merungut tentang internet yang perlahan di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, pengguna di negara ini boleh memilih kadar 20 megabit sesaat (Mbps) jika mereka mahukan perkhidmatan Internet kelajuan lebih tinggi.

Beliau membuat penjelasan itu bagi menyangkal dakwaan Anggota Parlimen Gelang daripada DAP itu bahawa Salleh sebagai Menteri tidak prihatin dengan kelajuan Internet di Malaysia yang lemah.

"Sebenarnya terdapat pelbagai kadar kelajuan Internet yang boleh dipilih rakyat Malaysia namun begitu kira-kira 71 peratus daripada pengguna Internet Malaysia lebih menyukai pakej jalur lebar Streamyx yang lebih perlahan dengan menawarkan kelajuan antara 384 Kbps sehingga 1 Mbps," katanya dalam posting terkini di blog beliau, sskeruak.blogspot.my..

Bagaimanapun, Salleh berkata, meskipun kelajuan jalur lebar yang lebih tinggi boleh didapati, namun, majoriti pelanggan akan melanggan pakej lebih murah, justeru lebih perlahan.

Mengambil maklum bahawa beberapa negara termasuk Singapura dan Thailand mempunyai pelbagai kelajuan Internet sehingga 5Mbps, Salleh berkata, Malaysia juga boleh meningkatkan kelajuan internet ke tahap yang sama, sekali gus menjadikan rakyat Malaysia membeli pakej kelajuan lebih tinggi.

"Tetapi itu bermakna kos akan turut menjadi lebih tinggi dan penggunaan internet akan dinikmati hanya oleh mereka yang mampu membayarnya.

"Jadi kesudahannya ia berbalik kepada soal kemampuan dan Malaysia menawarkan Internet yang mampu dibayar oleh mereka yang mahu memanfaatkannya manakala, internet berkelajuan lebih tinggi pula kepada golongan yang pada mereka wang bukanlah satu masalah," katanya.

Sambil membidas Kit Siang kerana hanya bercakap tentang kelajuan, Salleh berkata tumpuan Malaysia adalah kelajuan, liputan dan kemampuan.

"Kami mahu memastikan bahawa pada tahun 2020 sekurang-kurangnya 95 peratus daripada rakyat Malaysia akan mempunyai akses kepada Internet. Kami juga mahu memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kawasan bandar dan 20 peratus daripada kawasan luar bandar mempunyai kelajuan jalur lebar 100 Mbps," katanya.

Kit Siang dilaporkan menyindir Salleh dan kecenderungan beliau menulis dalam blog untuk mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukan memberi tumpuan kepada infrastruktur Internet Malaysia.

Reezal bidas menteri ‘melompat’ yang tuduhnya tidak ikut protokol

Posted: 29 Sep 2015 01:25 AM PDT

 
Keputusan memanggil Duta China ke Wisma Putra dipersetujui Menteri Luar selepas berbincang dengan Perdana Menteri.


Reezal-Merican_Huang-Huikang_600


PETALING JAYA: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican membidas pihak yang mendakwa beliau tidak mengikut protokol apabila memanggil Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang ke Wisma Putra.

Tmbalan Menteri Luar itu berkata, tindakannya memanggil Duta Besar China adalah amalah biasa yang dibuat mengikut protokol selepas mendapat persetujuan Menteri dan Perdana Menteri.

Sebaliknya, beliau berkata, tindakan itu menjadi 'luar biasa' dan dianggap tidak 'berprotokol' apabila anggota pentadbiran kerajaan sendiri yang 'melompat' dan mula membuat tuduhan longgar terhadap tindakan yang diambil oleh Wisma Putra.

"Ingin saya tegaskan bahawa keputusan untuk memanggil Duta China dibuat oleh Wisma Putra setelah mendapat persetujuan daripada Menteri Luar selepas berbincang dengan Perdana Menteri.

"Semuanya dilakukan dengan penuh disiplin pentadbiran dan sejajar dengan amalan biasa Kementerian Luar Negeri.

"Adalah malang dan tidak benar sama sekali untuk membuat andaian bahawa saya sebagai Timbalan Menteri telah membuat keputusan sendiri tanpa mengikut prosedur dan protokol Wisma Putra," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Reezal Merican berkata, beliau kesal dengan tindakan pihak tertentu yang sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan yang tidak berasas sehingga merumitkan usaha Wisma Putra untuk menyelesaikan sesuatu isu secara baik.

"Tindakan meremehkan keputusan kolektif yang dibuat di Wisma Putra adalah satu tindakan yang lemah, cetek dan cuai," katanya.


Datuk Bandar KL nafi ‘double standard’ antara Bersih 4.0 dan Baju Merah

Posted: 29 Sep 2015 01:23 AM PDT

 
DBKL membenarkan mana-mana perhimpunan aman sekiranya ia diadakan di Padang Merbok.


Datuk-Mohd-Amin-Nordin-Abd-Aziz


KUALA LUMPUR : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengamalkan 'double standard' dalam isu himpunan Bersih 4.0 dan Baju Merah.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata, pihaknya tidak pernah menghalang mana-mana perhimpunan sekiranya ia diadakan di Padang Merbok.

"Macam mana ada 'double standard'? Tidak ada 'double standard'lah. Kita benarkan mana-mana perhimpunan di Padang Merbok.

"Peserta perhimpunan Bersih 4 tidak dibenarkan menggunakan Padang Merbok kerana ia digunakan untuk keperluan logistik Hari Merdeka. Tetapi pada perhimpunan Baju Merah, padang tersebut tidak digunakan maka ia dibenarkan. Itu sahaja," katanya kepada pemberita selepas Persidangan World Class Sustainable Cities Ketujuh di Hotel Royale Chulan pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau turut diminta mengulas mengenai kehadiran Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang ke Petaling Street baru-baru ini bertujuan untuk mengembalikan keyakinan pelancong China.

"Saya tak boleh komen itu. Bahaya," ulasnya ringkas.

Khir Toyo dihukum 12 bulan penjara

Posted: 29 Sep 2015 01:15 AM PDT

Hafiz Yatim  






Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman setahun penjara ke atas bekas menteri besar Selangor Dr Khir Toyo selepas menolak rayuannya berhubung sabitan kes rasuah minggu lalu.

Mahkamah itu juga menolak tawaran doktor gigi berusia 50 tahun itu untuk melakukan khidmat masyarakat dengan menawarkan rawatan pergigian percuma kepada orang miskin sebagai ganti kepada hukuman penjara.

"Dalam analisis akhir, hukuman itu sepatutnya mencerminkan keseriusan kesalahan itu," kata Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.

Hakim Zulkefli berkata peguam Khir Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah berhujah bahawa hukuman penjara perlu menjadi pilihan terakhir kerana anak guamnya merupakan pesalah kali pertama dan tiada keganasan terlibat.

Katanya, apa yang penting adalah kepentingan awam dan ia (hukuman itu) tidak boleh diubah jika ia tidak menyalahi undang-undang.

Hakim Zulkefli berkata khidmat masyarakat adalah tidak mencukupi kerana ia adalah untuk pesalah muda dan kesalahan ringan.

"Khidmat masyarakat tidak terpakai. Tindakannya (Khir) telah menyebabkan gangguan keyakinan terhadap penjawat awam," katanya. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Dr Mohamad Khir dihantar ke penjara Kajang.

Pada 22 September, panel itu menolak rayuan akhir Dr Mohamad Khir dan mengekalkan sabitan terhadap pertuduhan memperoleh untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.

Hartanah itu dibeli pada harga RM3.5 juta sedangkan Ditamas membayar RM6.5 juta untuk hartanah itu pada 23 Dis 2004.

Bekas ADUN Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Dr Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dr Mohamad Khir, 50, yang berada dalam keadaan berdiri dalam kandang tertuduh, kelihatan tenang semasa mahkamah menjatuhkan hukuman itu.

Mahkamah penuh sesak dengan anggota keluarga, orang ramai dan wakil media. Isteri beliau Zahrah, 50, turut hadir.

Hakim lain yang bersidang dalam panel itu ialah Hakim Tan Sri Ahmad Maarop, Hakim Tan Sri Hasan Lah, Hakim Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Hakim Datuk Ramly Ali.

Dr Mohamad Khir, bapa enam anak, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bersalah dan menjatuhi hukuman penjara 12 bulan atas pertuduhan menggunakan kuasanya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam pada 2007.

Mahkamah Persekutuan turut mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi supaya hartanah terbabit dilucuthak dan diserahkan kepada kerajaan.

Doktor gigi itu membawa kesnya ke Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya pada 30 Mei 2013.

Dr Mohamad Khir diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala Timbalan Pendakwa Raya Idham Abdul Ghani mewakili pihak pendakwa raya.


Pelakon Samzy Kekal Hukuman Penjara, Sebat

Posted: 29 Sep 2015 01:11 AM PDT

Oleh: SALWA SHA'ARI


Samzy Fuzette A. Samad didapati bersalah kerana memiliki syabu enam tahun lalu.
Samzy Fuzette A. Samad didapati bersalah kerana memiliki syabu enam tahun lalu. 
 
SHAH ALAM: Bekas pelakon, Samzy Fuzette A. Samad yang juga abang kepada pelakon, Zizie Ezette kekal menjalani hukuman penjara, selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, menolak rayuannya berhubung kesalahan memiliki syabu, enam tahun lalu.

Samzy pernah mencuba nasib dalam industri seni menerusi drama Cucu-Cucu Atuk dan Seri Istana.

Pada Selasa, Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 30 bulan dan tiga sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Ampang, dekat sini, terhadap Samzy dan memerintahkan agar hukuman tersebut bermula pada hari ini.

Sebaik sahaja Mohtarudin membacakan penghakiman beliau, Samzy yang memakai baju kemeja berwarna putih dan berseluar hitam dilihat menggelengkan-gelengkan kepala, manakala isterinya, Sarinah Mohammad, 32, yang berada di galeri awam mahkamah menangis teresak-esak.

Sarinah kemudiannya menghampiri Samzy yang sudah digari oleh anggota polis dan bekas pelakon yang kini menjalankan perniagaan sendiri itu memeluk wanita berkenaan bagi menenangkannya.

Samzy yang juga abang ipar kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin menerusi perkahwinan ahli politik itu dengan Zizie Ezette kemudiannya dibawa keluar oleh anggota polis untuk dihantar ke lokap mahkamah.

Pada penghakimannya, Mohtarudin berkata, beliau menolak hujahan yang dikemukakan oleh peguam Samzy, Muhammad Faiz Fadzil bahawa terdapat kemungkinan bahawa dadah syabu itu diletakkan oleh orang lain termasuklah oleh anggota polis yang membuat serbuan atas maklumat orang awam.

"Pada pendapat mahkamah, tidak ada sebab yang munasabah mengapa polis meletakkan dadah dalam beg perayu. Jika dadah bukan milik perayu ia perlu disoal-balas kepada pegawai tangkapan atau pegawai penyiasat

"Jika benar dadah bukan miliknya ia perlu diberitahu kepada pihak polis seawal mungkin," katanya.

Mohtarudin juga menyifatkan pembelaan Samzy yang disokong oleh rakan serumahnya, Salehuddin Zaharuddin, 37, sebagai pembelaan yang difikirkan semula.

Berhubung hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret Aida Mastura Mohamed Aman, Mohtarudin berkata hukuman tersebut adalah tidak terlalu tinggi dan bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan Samzy.

Hukuman tersebut dijatuhkan pada 30 November 2010 selepas Aida Mastura yang mendengar keterangan tujuh saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan mensabitkan Samzy bersalah atas pertuduhan yang dihadapi.

Samzy yang mempunyai tiga orang anak didakwa memiliki dadah itu pada pukul 3.30 petang, 11 April 2005 di rumah beralamat DG-W4, Kondominium Villa Ria, Taman Bukit Mulia, Jalan Mulia 1/5, Bukit Antarabangsa, dekat sini.

Dadah tersebut disimpan dalam 10 paket plastik lut sinar dan dijumpai dalam beg pinggang berwarna hitam dan di dalam beg tersebut terdapat dompet yang mengandungi kad pengenalan dan dokumen peribadi Samzy.

Semasa ditangkap, terdapat tujuh orang di dalam rumah tersebut dan Samzy didakwa sedang tidur di salah satu bilik bersama Nur Baizura Che Man, 29, yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan ketujuh.

Terdahulu, Muhammad Faiz menghujahkan bahawa terdapat kemungkinan bahawa dadah berkenaan adalah milik salah seorang daripada individu di dalam rumah memandangkan mereka mempunyai laluan ke dalam bilik Samzy yang tidak berkunci, selain mereka semua didapati positif syabu.

"Rakan serumah perayu, Salehuddin juga memberitahu bahawa mereka telah berkongsi wang untuk membeli dadah dan menghisapnya serta tidak lagi mempunyai bekalan dadah, lalu masuk tidur sehinggalah mereka ditangkap, " katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar membidas hujahan tersebut dengan berkata bahawa, tiada sebarang penafian dilakukan oleh Samzy berhubung pemilikan beg tersebut yang ditemui di atas katil bilik perayu.

"Tiada keterangan sekiranya bilik perayu boleh dimasuki oleh orang lain ataupun sekiranya terdapat orang lain di dalam bilik tersebut," katanya.

Terdahulu, sebaik sahaja kesnya dipanggil, Samzy meminta agar wartawan yang hadir membuat liputan agar mendoakannya.

"Tolong doakan saya ya..." katanya.

Baiki Pusara P.Ramlee, Saloma RM25,000 Haram - Mufti Selangor

Posted: 29 Sep 2015 01:05 AM PDT

 
 
 Beginilah keadaan pusara P.Ramlee yang roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu. Gambar: Utusan Malaysia
Beginilah keadaan pusara P.Ramlee yang roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu. Gambar: Utusan Malaysia
 

PETALING JAYA: Pusara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya Puan Seri Saloma yang bakal dibaik-pulih dengan kos mencecah RM25,000 adalah haram hukumnya di sisi agama Islam.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, Islam mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan apatah lagi pengubahsuaian itu dilakukan di atas sebuah tanah wakaf.

"Kos RM25,000 itu sangat tinggi untuk menghias sesebuah pusara dan saya percaya ia pasti menggunakan batu marmar yang mahal.

"Malah dalam Islam sendiri sudah jelas memberitahu haram jika pusara dihias secara berlebih-lebihan di tanah wakaf melainkan ia adalah tanah persendirian," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Pada 21 Ogos lalu sebuah akhbar melaporkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akan melakukan pengubahsuaian terhadap pusara P.Ramlee dan Saloma selepas ia roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu.

Ketua Pengarah agensi itu, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah dalam laporan berkenaan berkata, kerja-kerja pengubahsuaian tersebut mengambil sedikit masa memandangkan bahan binaan pusara berkenaan diimport dari luar negara yang turut mencecah RM25,000.

Pusara berkenaan terletak di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang dekat sini.

Dalam pada itu Mohd Tamyes berkata, setiap pusara di tanah wakaf hanya boleh dihias tidak melebihi setengah kaki selain dilarang sama sekali membina makam atau bangunan pusara berbentuk kekal kerana ia mungkin akan diguna semula pada masa akan datang jika tanah sudah penuh.

Tambah beliau, walaupun matlamat pihak yang mahu menghias sebuah pusara itu sebagai ingin mencantikkan tempat berkenaan tetapi biarlah hiasan pusara dapat memberi manfaat seperti menanam pokok-pokok renek yang akan mendoakan si mati agar mengurangkan dosa-dosa kecil mereka semasa di dunia.

"Senang cerita, kewajipan manusia pada jenazah hanya empat iaitu memandikan, mengapankan, sembahyangkan dan mengebumikannya. Ini yang wajib dan menghias bukanlah dalam perkara wajib," tegasnya yang turut menyifatkan kos pembinaan itu adalah satu pembaziran.

Sementara itu, pendakwah dan pembimbing jemaah Haji, Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar pula berkata pihak Finas perlu mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pihak berkuasa agama Islam sebelum meneruskan perancangan membaik pulih pusara berkenaan.

"Memanglah P.Ramlee milik masyarakat dan Allahyarham disayangi ramai.

"Tetapi untuk membaik pulih pusara dengan kos seperti itu, lebih baik mereka berbincang dahulu bagi mendapatkan nasihat yang sepatutnya oleh pihak berkuasa Agama Islam ataupun mufti-mufti," katanya.

Tambah beliau, jika pembinaan pusara itu dibuat secara keterlaluan, ditakuti wujudnya unsur-unsur syirik dengan aktiviti pemujaan untuk generasi akan datang sehingga menjadi tempat penyebaran ajaran sesat.

"Adalah lebih baik wang itu digunakan untuk membuka maahad tahfiz P.Ramlee kerana ia akan mendatangkan lebih manfaat kepada umat Islam dan juga si mati sendiri," katanya.

Ditanya siapakah yang berdosa jika projek berkenaan diteruskan Mohd Hasnil berkata, pihak yang terlibat membinanya akan menanggung dosa itu dan bukannya si mati.

Yayasan Afdlin Shauki Bantu Golongan Kurang Bernasib Baik

Posted: 29 Sep 2015 01:00 AM PDT

Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
 
 
Afdlin bakal menubuhkan yayasan bagi membantu golongan dalam kesusahan dan memerlukan.
 
 
PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah Afdlin Shauki bakal menubuhkan sebuah yayasan dalam usahanya membantu golongan kurang bernasib baik selain menyalurkan bantuan kepada pelarian Syria dan Palestin.

Afdlin, 45, berkata, tujuan utama penubuhan yayasan diberi nama Yayasan Afdlin Shauki itu dengan niat untuk berbakti kepada masyarakat selain ibadah kepada Allah.

"Sebelum ini saya dan beberapa rakan ada terlibat dalam beberapa aktiviti amal dan kebetulan sahabat baik saya mencadangkan idea untuk membuka yayasan tersebut.

"Alhamdulillah setakat ini proses menubuhkan Yayasan Afdlin Shauki berjalan lancar dan ini adalah satu ibadah dalam memberi manfaat kepada masyarakat," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Tambah Afdlin, dia juga berhasrat untuk menghulurkan bantuan kepada golongan selebriti terutamanya pelawak yang memerlukan pertolongan akibat sakit dan sebagainya.

Afdlin bersama sahabatnya ketika terlibat dalam misi menghantar bantuan kepada mangsa banjir 
di Kelantan tahun lalu.

"Menjadi hasrat saya juga untuk membantu rakan-rakan dalam industri terutamanya pelawak sekiranya mereka mengalami kesusahan namun yayasan ini tidak tertumpu kepada selebriti sahaja tetapi kepada mereka yang memerlukan," jelasnya.

Dalam pada itu, Afdlin bersyukur apabila niatnya untuk menubuhkan yayasan berkenaan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak yang ingin sama-sama menghulurkan bantuan terutama dari segi pengumpulan dana.

Malah kata Afdlin, beberapa projek kerjasama bersama yayasan lain dilaksanakan sebelum ini turut mendapat perhatian dan ia bukti masyarakat di negara ini prihatin untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

"Alhamdulillah... Allah permudahkan usaha kami semua dan masih ramai sebenarnya yang mengambil berat untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

"Saya juga terbuka sekiranya ada rakan artis, pengamal media atau pun orang awam ingin turut serta dalam projek amal kami," jelasnya.

Wisma Putra batal arahan panggil Duta China

Posted: 28 Sep 2015 04:56 PM PDT

 
Pembatalan itu dibuat oleh Wisma Putra menerusi sekeping surat yang dikeluarkan pada Isnin atas arahan Pemangku Menteri Luar.


wisma-putra-china


PETALING JAYA: Pemangku Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin telah membatalkan arahan memanggil Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang yang telah dibuat oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Sin Chew Online melaporkan, pembatalan itu dibuat menerusi sekeping surat yang dikeluarkan oleh pihak Wisma Putra.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Reezal Meracan Naina Merican memanggil Huang ke Wisma Putra selepas mengeluarkan kenyataan yang dianggap sebagai campurtangan daripada pihak asing ketika melakukan lawatan di Petaling street baru-baru ini.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, tindakan Reezal itu tidak mengikut protokol kerana hanya Menteri Luar boleh mengeluarkan arahan itu selepas berunding dengan Perdana Menteri.

Reezal dikatakan bertindak demikian dengan tujuan mahu menyoal siasat Duta berkenaan ekoran kenyataannya itu.

Bagaimanapun, Huang dalam kenyataan selepas itu membidas tuduhan Reezal dengan menyatakan bahawa kunjungannya itu sebagai satu lawatan muhibbah.

Huang juga menyatakan bahawa beliau tidak menerima sebarang panggilan daripada Wisma Putra walaupun Kementerian Luar menerusi kenyataan media pada Ahad mengesahkan memanggil Duta China ke Malaysia itu unttuk mendapatkan penjelasan.

Hamzah merupakan bekas Timbalan Menteri Luar dan dilantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan selepas rombakan 28 Julai lalu.

Reezal Merican pula pertama kali dilantik ke dalam Kabinet sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.

Khairuddin fail habeas corpus cabar penahanannya

Posted: 28 Sep 2015 04:53 PM PDT


Beliau mendakwa penahanan mengikut Sosma 2012 tidak sah kerana perbuatannya tidak mempunyai elemen keganasan.


khairuddin-hassan


PETALING JAYA: Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memfailkan permohonan Habeas Corpus (penahanan salah) bagi mencabar penahanannya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) atas cubaan mensabotaj dan menjejaskan negara.

Notis Permohonan habeas corpus itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi melalui peguamnya, Fahmi Abdul Moin.

Dalam notis itu, Khairuddin berkata, penahanannya dibuat secara salah kerana perbuatannya tidak ada unsur-unsur keganasan.

Sehubungan itu, dia memohon pembebasannya serta merta.

Beliau menamakan pegawai polis, Habibi Majinji, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah dan Ketua Polis Negara sebagai responden.

Khairuddin disiasat mengikut Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan kerana dakwaan cuba mensabotaj kerajaan.

Dia ditahan mengikut Sosma 2012 yang membenarkan polis menahannya selama 28 hari tanpa perlu mendapat perintah makkamah.

Portal berita pro-BN digodam

Posted: 28 Sep 2015 04:52 PM PDT

 
Gara-gara digodam BNBBC operasi portal BNBBC terpaksa dihentikan buat sementara waktu sehingga keadaan kembali pulih.


bnbbc-hacked


PETALING JAYA: Laman portal berita Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) terpaksa ditutup buat sementara selepas digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak tiga hari lalu.

Editor portal berkenaan, Roslan Bian ketika dihubungi FMT memberitahu, pihaknya menyedari perkara itu sejak Sabtu lepas dan sedang mengesan penggodamnya.

Menurut beliau, tambah mengejutkan apabila penggodam mengetahui kata laluan untuk masuk ke laman web portal itu dan mengubah maklumat yang disiarkan.

"Kita mengagak perkara ini dilakukan oleh pihak yang tidak berpuas hati. Tapi saya pasti ia bukan angkara kakitangan atau mereka yang pernah bekerja dengan portal ini," katanya.

Roslan berkata, setakat ini pihaknya belum lagi berhasrat untuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Portal berkenaan hari ini telah menyiarkan sebuah artikel dengan tajuk yang sangat memalukan apabila mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan satu hukuman yang tidak pernah dilakukan di negara ini.

Tajuk pada artikel itu ditulis `Najib Dijatuhkan Hukuman Potong Kxxx' yang telah mendapat pelbagai reaksi terutama dalam kalangan pengamal media.

Bagaimanapun, kandungan berita serta gambar yang disiarkan adalah berkaitan pendakwaan melibatkan suspek kes bunuh Timbalan Pendakwaraya, Anthony Kevin Morais yang didakwa di Mahkamah Majistret hari ini.

Pemimpin UMNO punca masalah perkauman – Orang Asal

Posted: 28 Sep 2015 04:46 PM PDT

 
Perbuatan pemimpin UMNO membiarkan Himpunan Baju Merah membuktikan mereka menyokong perkauman dan seolah-olah merestui orang Melayu membenci kaum lain khususnya orang Cina. 


orang-asli_umno_600


PETALING JAYA: Pemimpin UMNO patut dipersalahkan kerana menyebabkan ketegangan kaum di negara ini menjadi semakin memuncak.

Dakwaan itu dibuat oleh Naib Presiden Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Yusri Ahon.

Dia berkata, perbuatan pemimpin UMNO membiarkan Himpunan Baju Merah membuktikan mereka menyokong perkauman dan seolah-olah merestui orang Melayu membenci kaum lain khususnya orang Cina.

"Himpunan Baju Merah itu hanya akan menjejaskan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum kerana hanya disertai orang Melayu.

"Tidak seperti Himpunan Bersih 4.0 yang disertai dan disokong pelbagai kaum dan agama.

"Jadi bagi saya, jelas isu perkauman ini dibawa UMNO sendiri yang merupakan tulang belakang kepada Kerajaan pemerintah," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today (FMT).

Yusri yang juga Ahli Jawatankuasa Jaringan Kampung Orang Asli Pahang (JKOP) berkata, sekiranya pemimpin-pemimpin UMNO yang memperjuangkan perkauman dilantik ke jawatan penting dalam kerajaan, dia membayangkan akan wujud isu perkauman yang lebih dasyat pada masa akan datang.

"Selagi kerajaan tak ubah pendirian dan pendekatan, masalah perkauman akan terus menjadi bahaya. Ini terjadi kerana isu perkauman dibawa oleh pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri," katanya.

Sehubungan itu, Yusri mendesak kerajaan mengambil pendekatan berbeza untuk menyelesaikan masalah perkauman untuk mengelak ia menjadi semakin buruk sehingga membinasakan negara.

Ditanya adakah pembangkang sengaja memgambil kesempatan di atas isu perkauman, Yusri berkata, pembangkang tidak sepatutnya dipersalahkan kerana menjadi kelaziman pihak lawan untuk menggunakan kelemahan sebagai senjata.

Tindakan Reezal langgar protokol, boleh jejaskan hubungan Malaysia-China

Posted: 28 Sep 2015 04:40 PM PDT

 
Kerajaan Malaysia dijangka menyelesaikan isu Duta China secara baik tanpa melibatkan tindakan persona non grata.


malaysia-china


PETALING JAYA : Tindakan Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang melanggar protokol dengan memanggil Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang boleh menjejaskan hubungan antara dua negara.

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, Reezal telah melanggar prosedur dengan memanggil Duta China yang tidak setaraf dengannya.

Katanya, taraf seseorang duta adalah sama dengan jawatan menteri.

Oleh kerana itu, katanya, hanya Menteri Luar dan Pemangku Menteri sahaja yang layak memanggil Duta China jika mahu mendapatkan penjelasan.

"Kena ikut level (taraf). Kalau Reezal Merican nak panggil atas kapasiti dia (Timbalan Menteri), itu telah melanggar protokol. Jika kita salah prosedur, tak ikut protokol antara negara, ia boleh menjejaskan hubungan sebenarnya.

"Kalau level menteri atau pemangku (memanggi Duta China) itu sesuai kerana status menteri. Pangkat duta setaraf dengan menteri," katanya kepada Free Malaysia Today.

Tambah Aizuddin, sekiranya penjelasan yang dibuat oleh Huang tidak menyakinkan kerajaan Malaysia, tindakan Persona Non Grata (usir keluar daripada Malaysia) boleh dikenakan terhadapnya.

"Tapi kesannya agak besar. Kalau dikenakan Persona Non Grata ini kepada Duta China, ia secara automatik akan menjejaskan hubungan antara China-Malaysia. Itu satu risiko kalau Malaysia nak ambil.

"Tapi dalam konteks ini, saya fikir mereka (kerajaan) akan senyapkan.. mungkin bincang ambil jalan pemutus atau saya rasa mereka akan selesaikan begitu sahaja tak berlanjutan sampai tindakan Persona Non Grata diambil oleh pihak Malaysia," katanya.

Media melaporkan Reezal Merican memanggil Huang ke Wisma Putra selepas mengeluarkan kenyataan yang dianggap sebagai campurtangan negara asing ketika melakukan lawatan di Petaling street baru-baru ini.

Bagaimanapun, Pemangku Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin telah membatalkan arahan memanggil Huang yang telah dibuat oleh Reezal.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berada di New York kerana mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri mesyuarat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Duta: Pemangku menteri kata Wisma Putra tak panggil saya

Posted: 28 Sep 2015 04:36 PM PDT

MALAYSIAKINI





Pemangku Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin dilaporkan memberitahu Duta China ke Malaysia Huang Huikang bahawa Wisma Putra tidak pernah memanggilnya.

Beliau dilaporkan memberitahu demikian semasa pertemuan sembilan puluh minit dengan duta China itu di kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan, kata Huang memberitahu Sin Chew Daily.

Huang berkata laporan bahawa beliau telah dipanggil oleh Wisma Putra hanya spekulasi.

Ini walaupun Wisma Putra mengeluarkan kenyataan akhbar pada 26 September menyatakan ia memanggil duta itu berhubung kenyataannya di Petaling Street pada 25 September

Timbalan Menteri Luar, Reezal Merican berkata, langkah itu untuk memanggil diplomat itu direstui oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, yang kini berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Hamzah dan saya adalah kawan baik. Kami membincangkan perkara-perkara lain hari ini, tetapi saya bukan datang ke sini selepas dipanggil oleh Wisma Putra," kata Huang.

Huang dilaporkan memberitahu Hamzah bahawa beliau tidak menerima sebarang panggilan dalam bentuk surat, dan hanya mengetahui mengenainya melalui media.

China pertahan dutanya ke Malaysia

Posted: 28 Sep 2015 04:34 PM PDT

MALAYSIAKINI

 


China hari ini mempertahankan tindakan dutanya ke Malaysia selepas beliau dipanggil untuk menjelaskan kenyataannya mengkritik ekstremisme dan perkauman semasa melawat Jalan Petaling.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei berkata Huang bertemu dengan masyarakat Cina semasa Festival Mid-Autumn, satu percutian tradisional Cina yang jatuh pada hari Ahad, sambil menambah bahawa ia adalah satu aktiviti "biasa".

Beliau berkata China tidak campur tangan dalam politik dalaman negara-negara lain atau campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.

"China dan Malaysia adalah jiran yang mesra, kami berharap Malaysia boleh mengekalkan perpaduan, kestabilan dan keharmonian etnik," kata Hong dalam satu taklimat harian media.

Huang telah membuat komen itu ketika melawat Petaling Street.

Penganjur perhimpunan berkata pada malam jumaat bahawa mereka telah membatalkan protes yang dirancang atas nasihat pihak polis.

Kebanyakannya peserta 'baju merah' turun bersama dengan 30,000 peserta perhimpunan pada pertengahan bulan September untuk menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Pengkritik berkata protes anti-kerajaan bulan lalu, yang diketuai oleh kumpulan pro-demokrasi yang dikenali sebagai BERSIH, telah menghina pemimpin Melayu di negara ini.- Reuters


Khairuddin: Sosma disalah guna untuk tahan saya

Posted: 28 Sep 2015 04:32 PM PDT

Hafiz Yatim


 


Peguam yang mewakili bekas naib ketua bahagian Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Khairuddin, 53, menamakan Superintenden Habibi Majinji, ketua polis daerah Dang Wangi, ketua polis negara dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Anggota Umno itu, yang membuat aduan berhubung 1MDB di Switzerland, France, United Kingdom, Singapura dan Hong Kong, mahu dibebaskan serta merta daripada tahanan bawa seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Khairuddin berkata notis penahanan beliau bercanggah dengan peruntukan untuk menahan beliau bawah Sosma 2012.

"Penahanan saya menggunakan Sosma adalah penyalahgunaan undang-undang kerana saya tidak terlibat dalam aktiviti keganasan," katanya.

Beliau berkata perkara itu berniat jahat dan justifikasinya adalah yang difikirkan kemudian oleh responden.
Permohonan itu difailkan oleh firma guaman Rafique.

Khairuddin ketika itu diitahan selama 28 hari bawah Sosma kerana didakwa mensabotaj negara, kesalahan bawah 124K dan 124L Kanun Keseksaan.


Beliau pada mulanya ditangkap di bawah seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Muhyiddin tepis spekulasi bekerjasama dengan Dr M

Posted: 28 Sep 2015 04:30 PM PDT

Kow Gah Chie


 


Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menepis spekulasi bahawa beliau berkerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya pergi ke persidangan terbaru mengenai keamanan dunia di Bosnia (Herzegovina) untuk bercakap mengenai peranan Malaysia membantu Bosnia," katanya sewaktu tiba di Kuala Lumpur daripada Jeddah.

"Jadi ia adalah alasan saya pergi (ke Sarajevo)," katanya lagi.

Timbalan presiden Umno itu ditanya mengenai beliau dan Dr Mahathir muncul di khalayak di Saravejo pada 21 September yang mengundang spekulasi bahawa mereka bersama-sama menentang Najib.

Muhyiddin juga berkata beliau akan memberi komen berhubung penahanan bekas naib ketua bahagian Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dalam masa terdekat.

"Saya akan memberikan kenyataan lengkap pada masa yang sesuai," katanya kepada pemberita sebelum meninggalkan lapangan terbang bersama isterinya Noraini Abdul Rahman.

Beliau enggan mengulas ketika ditanya sama ada bimbang akan ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) seperti yang berlaku pada Khairuddin.

Anifah: Panggil duta China ke Wisma Putra amalan biasa

Posted: 28 Sep 2015 04:28 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Duta Besar China, Dr Huang Huikang dipanggil ke Wisma Putra bertujuan meminta beliau mengesahkan sama ada kenyataannya yang dikeluarkan semasa lawatan ke Jalan Petaling baru-baru ini, telah disalah tafsir, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Anifah yang kini berada di New York dalam satu kenyataan semalam berkata, perkara memanggil duta merupakan amalan biasa.

"Ini selaras dengan Artikel 41, Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961," katanya.

"Wisma Putra telah membuat perkara yang sama dengan Duta Amerika Syarikat, Duta Vatican dan Duta Singapura pada masa lalu," katanya.

Anifah menjelaskan, sebagai sebuah negara berdaulat Malaysia juga perlu menyampaikan pendiriannya kepada China dengan jelas.

"Dalam perkara ini setelah berbincang dengan perdana menteri, saya membuat keputusan untuk memanggil Duta China untuk hadir ke Wisma Putra bagi memberi penjelasan," katanya.

Tambahnya, beliau berpandangan isu tersebut tidak perlu dibawa ke peringkat menteri kerana sebagai amalan biasa ia ditangani di peringkat pegawai kanan Wisma Putra sahaja.

Pada masa yang sama, Anifah melahirkan rasa dukacita kerana beberapa menteri Kabinet mengambil beberapa tindakan dan membuat kenyataan akhbar tanpa merujuk kepada beliau terlebih dahulu.

"Untuk makluman, saya tidak pernah sekali pun membatalkan arahan saya memanggil Duta China ke Wisma Putra bagi memberi penjelasan beliau," katanya.

Jelas Anifah, perkara tersebut dapat diselesaikan dengan baik oleh Wisma Putra tanpa campur tangan menteri-menteri lain.

"Sebaliknya, campur tangan mereka (menteri-menteri lain) telah memberikan persepsi yang negatif di kaca mata orang ramai.

"Saya berharap perkara sebegini tidak akan berulang," tambah beliau.

Hari ini, Duta China itu mengadakan pertemuan dengan pemangku Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Putrajaya.- Bernama


Esok ( SELASA ) hari penentuan buat Khir Toyo

Posted: 28 Sep 2015 04:17 PM PDT

SINAR HARIAN


Khir Toyo
Mohamad Khir Toyo


PUTRAJAYA - Adakah bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo akan lepaskan dan diperintahkan supaya menjalani program khidmat masyarakat sebagai menggantikan hukuman penjara?

Persoalan ini akan terjawab esok apabila Mahkamah Persekutuan menjatuhi hukuman ke atas Dr Mohamad Khir, 50. Mahkamah dijangka membuat keputusan itu pada 1.30 tengah hari.

Pada 22 September, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mengekalkan sabitan  terhadap Dr Mohamad Khir tetapi menangguhkan keputusannya berkaitan hukuman kepada 29 September.‎

Dr Mohamad Khir, bapa enam anak, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bersalah dan menjatuhi hukuman penjara 12 bulan atas pertuduhan menggunakan kuasanya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam pada 2007.

Mahkamah Persekutuan turut mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi supaya hartanah terbabit dilucuthak dan diserahkan kepada kerajaan.

Doktor gigi itu membawa kesnya ke Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya pada 30 Mei 2013.

Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Dr Mohamad Khir bersalah kerana memperoleh untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.

Hartanah itu dibeli pada harga RM3.5 juta sedangkan Ditamas membayar RM6.5 juta untuk hartanah itu pada 23 Disember 2004.

Bekas Adun Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Dr Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan  hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selasa lepas, semasa merayu agar hukuman diringankan, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Dr Mohamad Khir, memohon mahkamah  supaya tidak menjatuhi hukuman penjara terhadap anak guamnya, sebaliknya mengenakan denda atau memerintahkannya supaya melaksanakan program khidmat  masyarakat.

Muhammad Shafee memperjelaskan bahawa anak guamnya memberi jaminan bahawa beliau bersedia untuk melaksanakan khidmat masyarakat bagi tempoh yang ditetapkan oleh mahkamah dengan memberi perkhidmatan pergigian percuma kepada penduduk miskin.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar pula berkata program khidmat masyarakat tidak sesuai bagi kesalahan seperti itu.

Ini kali pertama program khidmat masyarakat dicadangkan sebagai menggantikan hukuman penjara bagi kesalahan seperti itu. - Bernama


Tiada ulasan: