Isnin, 28 September 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


MUHYIDDIN, SHAFIE JANGAN DUDUK DIAM SAJA!!

Posted: 28 Sep 2015 05:29 AM PDT

shahbudindotcom

 

 
 
 
Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin akan tiba di KLIA daripada lawatannya ke Bosnia dan Sarajevo, petang ini pada kira-kira jam 4.30 petang.

Mesej kepada rakan-rakan, sahabat dan penyokongnya agar dapat bersama-sama menyambut kepulangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sudah mula diedarkan sejak semalam lagi.

Di Bosnia minggu lalu, Muhyiddin telah bersama-sama dengan Tun Mahathir diberi penghormatan meraikan ulangtahun ke 20 keamanan Bosnia di mana rakyat negara itu begitu menyanjung tinggi dan terhutang budi dengan peranan yang dimainkan oleh bekas Perdana Menteri terhadap mereka selama ini.

Mengikut laporan media, ramai rakyat Bosnia yang menangis ketika Tun Mahathir mahu pulang kerana mengenangkan begitu banyak sumbangan dan peranan yang dimainkannya sejak negara itu bergolak.

Walaupun sudah dipecat daripada jawatan kerajaan bersama dengan Najb Presiden UMNO, Shafie Apdal, realitinya Muhyiddin belum ditinggalkan sepenuhnya, terutama oleh penyokong setia  ataupun daripada golongan pencinta kebenaran, walaupun tiada lagi "gula ditubuhnya" sebagaimana ketika berjawatan menteri sebelum ini.

Tetapi harapan ramai ialah agar Muhyiddin dan Shafie tidak sekadar berdiam diri saja dengan pelbagai isu yang melanda negara. 

Memang Muhyiddin dan Shafie dilihat kerap memberi kenyataan media berkaitan isu-isu tertentu, tetapi peranan mereka sebenarnya diperlukan lebih daripada itu.

Kedua-dua mereka perlu lebih agresif turun padang menghadiri pelbagai program, menerima jemputan NGO-NGO dan menemui seramai mungkin kelompok masyarakat bagi menyuarakan pandangan mengenai permasalahan dalam negara.

Sekarang ini terlihat hanya Tun Mahathir seorang yang begitu aktif, bukan saja menyuarakan pandangan dan kritikan melalui blognya, bahkan tidak henti-henti menghadiri pelbagai program dalam usahanya menyingkirkan Najib Razak atas kepercayaannya untuk menyelamatkan negara ini.

Dalam hal ini, Muhyiddin dan Shafie harus sama aktif dengan Tun Mahathir jika mereka benar-benar yakin keadaan negara sedang bermasalah ketika ini dan perlu dipulihkan dengan segera.

Berdiam diri hanya akan menyebabkan mereka semakin dilupakan, tidak dipedulikan dan akhirnya "mati kering" begitu saja.

Turun naik dan kehilangan jawatan adalah perkara biasa bagi mana-mana pejuang, malah kebanyakan pemimpin terbilang biasanya pernah mengalami pengalaman terbuang sebelum nama mereka dijulang

Zeti gesa tangani persepsi buruk selepas penarafan ‘status sampah’ pelabur

Posted: 28 Sep 2015 05:23 AM PDT



Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz semasa berucap di majlis pelancaran muzium dan galeri seni Bank Negara di Sasana Kijang, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau yakin, para pelabur berupaya menilai sendiri kekuatan negara tanpa bergantung kepada persepsi buruk yang dibuat sesetengah pihak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 28 September, 2015.Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz semasa berucap di majlis pelancaran muzium dan galeri seni Bank Negara di Sasana Kijang, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau yakin, para pelabur berupaya menilai sendiri kekuatan negara tanpa bergantung kepada persepsi buruk yang dibuat sesetengah pihak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli.
 
 
Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini menggesa pihak bertanggungjawab supaya menangani persepsi buruk yang diterima negara selepas penarafan "status sampah" (junk status) oleh pelabur yang menyamakan Malaysia setaraf Brazil. Katanya, langkah yang sama seperti ketika negara berdepan krisis kewangan Asia pada 1998 perlu dilakukan apabila menjelaskan mengenai keadaan sebenar negara kepada pelabur.

"Ia bukan dilakukan agensi penarafan. Ia bergantung kepada kita untuk menyampaikan cerita kita kepada pasaran. Sama seperti apa yang kita lakukan sebelum ini.

"Semasa krisis kewangan Asia, banyak perkara diperkatakan tentang Malaysia, tapi pada 1999, kurang setahun selepas krisis itu, kita beritahu kepada dunia cerita kita," kata Zeti kepada media di Sasana Kijang hari ini. Menurut Zeti, dengan mengambil langkah tersebut, para pelabur akan berupaya menilai sendiri kekuatan negara ini.

"Oleh itu, ini yang kita mesti lakukan. Jadi, pelabur akan lihat bagaimana kita menilai situasi kita dan seterusnya membuat penilaian mereka sendiri," katanya.

Minggu lepas, agensi berita Bloomberg melaporkan, berdasarkan data daripada agensi penarafan Moody's Corp, pelabur melihat 6 negara membangun termasuk Malaysia layak diturunkan penarafan kepada "status sampah" (junk status), sama seperti Brazil.

Moody juga pada minggu lepas meletakkan Malaysia pada gred A3, tapi pelabur melihat ia sepatutnya lebih rendah 6 tahap pada Ba3, sedikit lebih buruk daripada Peru menurut pandangan pelabur yang memberikan negara itu gred Ba2.

Pelabur melihat Malaysia lebih baik satu anak tangga berbanding Afrika Selatan pada gred peminjam B1 dan sedikit lebih baik daripada Bahrain, Turki dan Kazakhstan pada gred B2.

Data Moody menjelaskan gred Ba1 hingga B3 sebagai kategori sampah (junk).

Putrajaya ketika ini berdepan krisis kepercayaan dan keyakinan, khususnya membabitkan isu syarikat pelaburan bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Khairuddin cabar tahanan Sosma

Posted: 28 Sep 2015 05:17 AM PDT



Bekas ahli Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menamakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kerajaan sebagai responden dalam permohonan habeas corpus beliau. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 September, 2015. Bekas ahli Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menamakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kerajaan sebagai responden dalam permohonan habeas corpus beliau. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Bekas ahli Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memfailkan permohonan habeas corpus, susulan penahanannya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 yang didakwanya tidak mengikut undang-undang 
 
Peguamnya, Mohamed Hanif Khatri Abdulla memberitahu The Malaysian Insider, dokumen mahkamah difailkan di Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi.

Khairuddin menamakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kerajaan sebagai responden dalam permohonannya.
 


Jerebu: Semua sekolah di Melaka, Johor ditutup esok

Posted: 28 Sep 2015 05:14 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Penutupan sekolah esok, melibatkan sejumlah 1,178 buah sekolah dan 618,326 orang pelajar di Johor serta 314 buah sekolah dan 156,635 orang pelajar di Melaka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 September, 2015.Penutupan sekolah esok, melibatkan sejumlah 1,178 buah sekolah dan 618,326 orang pelajar di Johor serta 314 buah sekolah dan 156,635 orang pelajar di Melaka. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Semua sekolah di Melaka dan Johor diarah ditutup esok susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat berdasarkan pemantauan IPU di seluruh negara sehingga pukul 4 petang hari ini menunjukkan Johor dan Melaka mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 101-200 dan sangat tidak sihat iaitu 201-300.

Menurut kementerian itu, penutupan akan melibatkan sejumlah 1,178 buah sekolah dan 618,326 orang pelajar di Johor serta 314 buah sekolah dan 156,635 orang pelajar di Melaka.

Sehubungan itu, katanya, pihak jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah bagi negeri dan bahagian terlibat hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing mengenai penutupan itu dengan kadar segera.


Mahkamah tangguh dengar RUU Persendirian pada 5 Oktober

Posted: 28 Sep 2015 04:13 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan 5 Oktober depan bagi mendengar keputusan mahkamah terhadap bantahan awal oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Speker Dewan Negara Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
 
Perbicaran kes saman ke atas Abdul Hadi ekoran tindakan PAS membawa Rang Undang-undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah 1965 untuk membolehkan sebahagian Enakmen Kanun Jenayah Syariah II dapat dilaksanakan di Kelantan. 
 
Jun lalu, empat individu memfailkan permohonan untuk mencabar rang undang-undang persendirian, bagi membuka laluan kepada pelaksanaan hudud dibentangkan di parlimen.
 
Individu itu ialah Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin, memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu yang berhujah bahawa langkah tersebut bercanggah dengan Perlembagaan.
 
Mereka juga memohon injunksi bagi menghalang Dewan Rakyat membahaskan rang undang-undang tersebut.
 
Terdahulu, mahkamah mendengar bantahan peguam yang mewakil Abdul Hadi, Datuk Sulaiman Abdullah yang berhujah mengenai saman yang dibuat plaintif tidak mengikut prosedur.
 
"Jika bantahan itu diterima nanti, maka kes saman ini akan tertolak. Jika bantahan ini tidak diterima, maka kes saman ini akan diteruskan," demikian lapor laman Facebook rasmi PAS.
 
Abdul Hadi pada Mac lalu mengemukakan notis bagi membawa rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965.
 
Rang Undang-undang itu tidak dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat sebelum ini kerana kesuntukan masa dan terdapat urusan-urusan kerajaan lain perlu didahulukan.
 
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lepas.
 
 

DAP yang harus minta maaf isu khutbah Pahang

Posted: 28 Sep 2015 03:59 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketika DAP menuntut Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memohon maaf susulan khutbah mendakwa mereka anti-Islam, PERKASA berpandangan sebaliknya.

"PERKASA ingin menegaskan bahawa khutbah adalah wahana terbaik untuk menyampaikan mesej Islam yang hakiki kepada seluruh umat Islam.

"Oleh yang demikian, DAP tiada hak untuk memberikan kata dua atau amaran kepada JAIP tanpa menghayati kandungan khutbah Aidiladha tersebut.

"PERKASA menggesa agar DAP memohon maaf kepada JAIP kerana mencampuri urusan hal ehwal Islam dan JAIP," kata Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam PERKASA DR Amini Amir Abdullah.

Amini berkata DAP telah dua kali mencampuri urusan kandungan khutbah di Malaysia.

DAP pada 26 September menggesa JAIP memohon maaf berhubung teks khutbah sempena Aidiladha mendakwa mereka menentang Islam.

Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puri (gambar) memberi masa lima hari bermula hari itu untuk JAIP memohon maaf secara terbuka dan menarik balik khutbah itu atau berdepan tindakan undang-undang.

Tempoh itu akan tamat pada Rabu ini.

Dakwa ada perangkap politik

Dalam kenyataannya hari ini, Amini menyokong pandangan bahawa kandungan teks khutbah berkenaan hanya nasihat kepada umat Islam supaya bersatu.

"Sementelahan pula, khutbah tersebut merupakan nasihat dan peringatan kepada umat Islam agar bersatu padu atas satu ideologi iaitu ideologi Islam yang tulen dan bukannya ideologi politik chauvinisme," katanya.

Mengulas strategi politik DAP untuk mendapatkan sokongan Melayu, beliau berkata orang Melayu mesti berhati-hati dengan "perangkap politik" parti itu.

"Kita mesti memahami kandungan khutbah tersebut adalah teguran yang berani dan berterus terang kepada umat Islam mengenai strategi politik DAP yang boleh memecah-belahkan umat Melayu-Islam dalam negara ini.

"Oleh itu, umat Islam wajib bersatu untuk mendaulatkan Islam, memperkasa ummah dan mempertahankan negara ini daripada ancaman musuh pada sebarang masa," katanya.

Dewan Ulama PAS Perak hari ini turut mempertahankan khutbah itu dan menyokong langkah JAIP yang dilapor enggan memohon maaf susulan ugutan saman oleh DAP.

Ketuanya Sidek Mohd Noor berkata pihaknya bersetuju kandungan teks tersebut "tidak berbentuk fitnah tetapi nasihat".

Ibu bapa kecewa sekolah tak patuhi arahan tutup

Posted: 28 Sep 2015 03:54 AM PDT

N Faizal Ghazali


 


Ibu bapa pelajar Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (SAKURA) di Kuching, Sarawak tidak berpuas hati apabila pihak sekolah tidak mengikut arahan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya menutup sekolah kerana jerebu yang melanda di kawasan tersebut.

Mereka mendakwa pihak pengurusan SAKURA - sebuah sekolah berasrama penuh - mengambil risiko dengan mengarahkan semua pelajar kembali ke sekolah pada hari ini, walaupun KPM mengarahkan sebaliknya semalam.

Seorang bapa pelajar yang tidak mahu disebut namanya berkata, tindakan pihak sekolah itu bukan sahaja mengingkari arahan kementerian tetapi turut mendatangkan risiko kepada pelajar.

"Bagi anak saya yang ada sejarah penyakit lelah (Asma) sudah tentu keadaan jerebu yang berlaku ini membimbangkan. Walaupun pihak sekolah memberi jaminan, tetapi sebagai ibu bapa kami tetap khuatir.

"Alangkah baiknya jika pelajar dibenar berada di rumah masing-masing sehinggalah keadaan kembali pulih untuk mereka kembali ke asrama," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Beliau turut mempersoalkan apakah kewajaran pihak sekolah bertindak demikian, sedangkan sekolah lain mematuhi arahan penutupan tersebut.

KPM semalam memaklumkan penutupan semua sekolah di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Bahagian Sri Aman, Kuching dan Samarahan di Sarawak hari ini.

Seorang lagi ibu bapa pelajar di SAKURA bagaimanapun berkata, pihak sekolah memberi jaminan tiada aktiviti luar di kawasan terbuka hari ini.

"Pada saya, tindakan pihak sekolah menyebabkan rasa kurang puas hati di kalangan ibu bapa. Saya tak kisah sebab kesihatan anak saya baik, tetapi bagi pelajar yang mempunyai penyakit seperti asma pastinya risau risiko terhadap anak mereka," kata ibu kepada pelajar tingkat dua itu.

Sementara itu, Malaysiakini cuba mendapatkan respon daripada salah seorang guru kanan sekolah tersebut, bagaimanapun beliau enggan mengulas mengenainya.

Semalam, SAKURA membuat pengumuman melalui Facebook dengan membenarkan pelajar mereka kembali ke asrama seperti biasa pada hari ini. Ibu bapa juga turut diminta menyediakan topeng muka dengan kuantiti mencukupi untuk kegunaan anak mereka.

Jurucakap Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat dan mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

"Sepatutnya pihak sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh jabatan dan patuh arahan yang dikeluarkan KPM.

"Kita akan mendapatkan mengesahan sama ada dakwaan ini benar-benar berlaku atau mungkin pihak sekolah mempunyai program tersendiri melibatkan sesetengah pelajar," katanya.

Ditanya kemungkinan tindakan jika perkara itu benar, pegawai tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut.


Paras terendah baru ringgit 4.41 sedolar

Posted: 28 Sep 2015 03:52 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ringgit, yang nilainya kini rendah dalam 17 tahun, hari ini mencapai paras terendah baru 4.4110 untuk sedolar Amerika Syarikat.

Ringgit menjalani trend penurunan tengah hari ini sejak dibuka pada 4.3877 untuk sedolar pagi tadi.

Matawang Malaysia bagaimanapun naik sedikit pada 1.30 petang pada 4.4038 sedolar.

Ringgit telah susut nilai 30 peratus pada tahun lepas.

Pengumuman perdana menteri untuk menguatkan ekonomi negara pada 14 September hanya memberikan kelegaan sementara sebelum nilainya terus jatuh.


'Menteri restu, saya tak langgar protokol'

Posted: 28 Sep 2015 03:13 AM PDT

Kow Gah Chie


 


Timbalan Menteri Luar Negara, Datuk Seri Reezal Merican Naina menafikan dakwaan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz bahawa beliau melanggar protokol dengan memanggil Duta China ke Malaysia Huang Huikang.

Menurut Reezal, keputusan memanggil Huang, yang membuat kenyataan dipertikaikan di Jalan Petaling, Kuala Lumpur, berdasarkan kebenaran yang Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman.

Anifah kini berada di New York, Amerika Syarikat untuk Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu.

"Oleh itu, adalah tidak tepat untuk melaporkan bahawa saya yang membuat keputusan untuk bertemu dengan Duta China.

"Saya tidak menandatangani sebarang surat, malah saya tidak melanggar mana-mana protokol seperti yang didakwa. Dan saya peka sepenuhnya tentang prosedur operasi standard Wisma Putra.

"Saya mempunyai keyakinan yang penuh terhadap pegawai-pegawai Wisma Putra dalam mengendalikan keadaan seperti itu," katanya kepada Malaysiakini.

Nazri berpendapat Reezal melanggar protokol dengan memanggil duta besar China itu.

Nazri memberitahu Malaysiakini, tindakan itu dikatakan melanggar protokol kerana hanya menteri luar negara sahaja yang boleh memanggil duta tersebut dan bukan timbalan menteri.

Nazri juga mendakwa bahawa arahan supaya duta tersebut bertemu timbalan menteri luar negara dibatalkan.

Bagaimanapun, Huang kemudian bertemu dengan pemangku menteri luar negara Datuk Hamzah Zainuddin berhubung perkara itu hari ini.

Hamzah sebelum ini merupakan timbalan menteri luar sebelum rombakan kabinet dibuat pada Julai lalu. Beliau kini dilantik sebagai menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan.

Huang Jumaat lalu melawat Jalan Petaling. Lawatan itu dibuat sehari sebelum perhimpunan yang diuar-uarkan di kawasan itu. Perhimpunan itu bagaimanapun tidak berlaku.

DAP mahu kemuka usul kutuk demo 16 Sept

Posted: 28 Sep 2015 03:09 AM PDT

Susan Loone

 



MP DAP Tanjong Ng Wei Aik mahu mengemukakan usul di Parlimen, mengutuk perhimpunan Baju Merah pada 16 September lalu yang disifatkannya sebagai "perkauman dan menghasut ketegangan kaum".

Ng akan menulis surat kepada Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Rosme Hamzah untuk memohon supaya usul itu akan dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang, yang bakal diadakan dari Oktober hingga Disember.

"Perhimpunan ini adalah bersifat perkauman dan menghasut ketegangan kaum kerana ia menuntut untuk sekolah bahasa Cina ditutup, menuduh polis menjadi orang suruhan Cina dan juga mempersoalkan kewujudan Little India," katanya dalam sidang akhbar di pusat khidmat di George Town hari ini.

Ng berkata usul tersebut dibentangkan bawah seksyen 27(2) dan 58(2) Perintah Tetap Dewan.

Katanya, tujuan beliau sebagai langkah menggalak pihak lain turut serta, sambil menambah jika parti komponen BN membentangkan usul mengutuk perhimpunan tersebut, ia akan memberi lebih perhatian.

"Jika Kabinet tidak bersetuju, anggota parlimen MCA boleh melakukannya dengan diri mereka sendiri.

"Jika mereka tidak boleh membuat ia pada masa (21 hari kepada Parlimen), mereka masih boleh membangkitkan isu ini di Senat yang akan mengadakan sebanyak 7 Dis selepas Dewan Rakyat bermesyuarat dari 19 Okt hingga 3 Dis," katanya .

"Jika tidak, semuanya hanya sekadar bercakap sahaja."

PKR sedia sertai Himpunan Hijau

Posted: 28 Sep 2015 03:08 AM PDT

PKR


KOTA BHARU - PKR Kelantan bersedia untuk menyertai Himpunan Fastaqim (H60K) atau baju hijau jika matlamat penganjurannya membawa kebaikan kepada semua.

Pengerusinya, Ab Aziz Ab Kadir berkata, setakat ini pihaknya masih belum mendapat jemputan secara rasmi daripada penganjur perhimpunan.

"Jika tujuan himpunan untuk kebaikan kepada agama dan negara. Insya-ALLAH kita akan menyertainya," katanya semalam.

Dalam masa sama, Ab Aziz percaya himpunan yang bertemakan hijau itu akan berlangsung  dalam suasana aman dan penuh disiplin.

"Amat tidak patut kiranya ada kumpulan yang akan mengambil kesempatan  untuk menimbulkan provokasi," katanya.

Ringgit pulih jika selesai dua isu

Posted: 28 Sep 2015 03:02 AM PDT

Wang
Gambar hiasan.


SHAH ALAM - Nilai ringgit akan kembali pulih sekiranya isu kejatuhan harga minyak dan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dapat diselesaikan serentak.

Ahli Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, jika salah satunya selesai, ia belum dapat menyelesaikan masalah kejatuhan ringgit.

"Walaupun 1MDB dapat diselesaikan, itu belum bermakna ringgit akan pulih kerana ia turut bergantung kepada situasi kejatuhan minyak dunia.

"Begitu juga sebaliknya. Saya berpendapat kedua-duanya perlu diselesaikan serentak," katanya, semalam.
Menurutnya, isu 1MDB hanya mempengaruhi keyakinan pelabur asing yang ingin datang melabur di negara ini walaupun harga minyak kembali meningkat.

Beliau mengulas kenyataan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang yakin ringgit akan naik semula sekiranya isu 1MDB dapat diselesaikan.

Kata Abdul Rahim, harga minyak akan kembali naik apabila keadaan ekonomi di negara besar seperti China, Amerika Syarikat dan Eropah kembali pulih.

"Saya tidak fikir harga minyak akan kembali meningkat pada tahun ini melihatkan kepada ekonomi China yang belum ada perubahan drastik.

"Mungkin dalam enam bulan akan datang, keadaan akan berubah sedikit tetapi bergantung kepada ketiga-tiga negara besar itu (China, Amerika dan negara-negara Eropah)," katanya.

Gesa sebarkan dasar perjuangan Pas

Posted: 28 Sep 2015 02:52 AM PDT

Pas


TUMPAT – Pendokong Pas perlu menjadi seperti 'televisyen Pas' di kedai kopi bagi menerangkan dasar perjuangan parti itu.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, mereka adalah jentera penerangan yang bercakap di tempat tumpuan ramai untuk memberitahu kepada masyarakat mengenai dasar perjuangan Pas yang tidak pernah berubah.

Menurutnya, Pas yang memberi kesejahteraan kepada semua kaum, sama sekali menolak politik perkauman dan keadaan yang boleh menimbulkan huru-hara kerana Islam tidak mengizinkan menindas serta bertindak zalim walaupun kepada bukan Islam.

"Sebab itu Pas dengan tegas mengatakan tidak terlibat dalam perhimpunan baju merah pada 16 September lalu. Walaupun pimpinan Umno ajak Pas menyertainya, tetapi kita kata tidak kerana ajaran Islam bukan macam itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ceramah sempena Perasmian Bangunan Wisma Purnama di Kampung Belukar, Wakaf Bharu, malam kelmarin. Turut berceramah, Timbalan Ketua Pemuda Pas Malaysia, Khalil Hadi.

Hadir sama, Adun Wakaf Bharu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Dalam pada itu, Idris berkata, sejak 1990, semua kaum di negeri ini termasuk Cina, India mahupun Siam terus memberi sokongan kepada Pas.

Menurutnya, tidak timbul mereka menentang Islam dan perlaksanaan hudud kerana mereka faham pemerintahan di bawah Pas.

Empat individu nafi merusuh di Stadium Shah Alam

Posted: 28 Sep 2015 02:50 AM PDT

harimau malaya
Asap suar memenuhi ruang padang dipercayai dibaling dari satu kelompok penonton yang dipenuhi kumpulan Ultras Malaya. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM


SHAH ALAM - Empat individu termasuk seorang penuntut universiti swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam sebentar tadi terhadap tuduhan melakukan rusuhan semasa perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Arab Saudi yang berlangsung di Stadium Shah Alam, bulan lalu.

Norazman Noraziz, 24, Mohd Shahrul Azlan Mohd, 32,  dan Hazim Kamarulzaman, 35, serta Shamsul Nirwan Halidi, 37, didakwa bersama dua orang yang telah dituduh dan beberapa orang yang masih bebas.

Mereka didakwa sebagai anggota perhimpunan menyalahi undang- undang dalam  melaksanakan tujuan bersama iaitu merusuh dengan membakar suar, bom asap, mercun roket dan dibaling ke arah balapan stadium dengan seorang atau lebih daripada mereka melakukan kekerasan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kawasan Kuadron C, Stadium Shah Alam pada jam 10.50 malam, 8 September lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Syak peniaga seludup bahan terlarang ke stadium]

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, N Parimalaah mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Majistret, Norshakinah Ahmad Kamarudin membenarkan jaminan RM3,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Oktober untuk sebutan semula.

Sebelum ini, pada perlawanan itu, beberapa penyokong Ultras Malaya mencetuskan provokasi dengan melempar suar, bunga api dan mercun roket ke tengah padang sehingga perlawanan terpaksa dihentikan pada mini ke-88 ketika Malaysia ketinggalan 1-2.


Pemindahan hati Dalili, bapa berjaya

Posted: 28 Sep 2015 02:45 AM PDT

Berlepas ke China: Doakan rawatan Dalili
Dalili bergambar bersama keluarganya sebelum berlepas ke China, 3 September 2015.


SHAH ALAM - Nur Syafiqah Dalili, 2, yang menghidap biliary atresia (kegagalan fungsi hati) selamat menjalani pembedahan pemindahan hati bersama bapanya yang juga penderma, Mohd Razali Shamsuddin, 39.

Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Johor, Marsila Yuhaini Baharuddin, 46, berkata, keadaan dua beranak tersebut disahkan stabil oleh pihak hospital selepas pembedahan selesai jam tujuh pagi semalam.

"Alhamdulillah, pembedahan berjaya dilakukan dengan selamat dan doktor bertanggungjawab mengesahkan Dalili dan bapanya berada dalam keadaan stabil," katanya kepada Sinar Harian melalui telefon.

Katanya, pembedahan yang dimulakan dengan Razali dan disusuli Dalili itu mengambil masa sekitar 12 jam.

"Razali selesai menjalani pembedahan sekitar jam empat pagi manakala Dalili pula selesai menjalani pembedahan sekitar jam tujuh pagi tadi.

"Razali dah sedar, tapi keadaannya masih lemah dan dia memerlukan sekurang-kurangnya tiga atau empat hari untuk pulih kembali," katanya.

Menurutnya, Dalili masih belum lagi sedar dan dia kini ditempatkan dalam unit rawatan rapi (ICU) Hospital Renji.

"Tak ada apa yang berlaku, cuma prosedur biasa hospital selepas pembedahan bagi mengelakkan daripada berlakunya kemungkinan yang melibatkan komplikasi atau jangkitan kuman," katanya.  

Tambahnya, pihak hospital mengesahkan akan menahan Dalili selama tujuh hari bagi memantau perkembangan kesihatannya.

"Tidak ada sesiapa pun dibenarkan melawat Dalili dan bapanya buat masa ini sehinggalah mereka pulih sepenuhnya," katanya.


PRU14 dan pembangkang

Posted: 28 Sep 2015 02:39 AM PDT



Oleh Timmy Say


Semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), zaman di mana DAP masih bekerjasama dengan PAS, pembangkang mendapat 52% undi popular.

Namun 52% undi popular yang diperolehi pembangkang tidak dapat menewaskan Umno-BN, malah pembangkang tewas 89-133 (perbezaan 44 kerusi) di peringkat Parlimen.

Kini pembangkang berpecah, dan tertubuhnya Pakatan Harapan antara PKR, DAP dan Amanah. Manakala Pakatan Rakyat pula tinggal dua parti antara PKR dan PAS. Melihat senario perbalahan politik hari ini, boleh kita simpulkan secara ringkas:
a. Majoriti Orang Cina tidak menyokong PAS dan Umno b. Penyokong PAS tidak akan menyokong DAP dan Amanah
c. Penyokong Umno tidak akan menyokong DAP dan Amanah
d. PAS dan Umno tetap bertembung di kerusi majoriti Melayu
e. Kemungkinan besar berlaku pertandingan tiga penjuru
Ada beberapa senario pertandingan tiga penjuru:

Senario 1:
PAS lawan Umno, Amanah masuk di tengah-tengah. Pertandingan ini hanya menguntungkan Umno-BN.

Senario 2:
DAP lawan MCA/Gerakan, PAS masuk di tengah-tengah dengan seorang calon Melayu.

Pertandingan ini akan menjadi menarik sekiranya peratusan undi orang Melayu di kawasan ini melebihi 60% kerana DAP sedang bermusuh dengan PAS dan juga Umno, dua parti yang masih mengawal majoriti undi Melayu.

Senario 3:
Tiga penjuru seperti Kota Damansara dan Semenyih jika perbincangan kerusi gagal diselesaikan. Perlawanan tiga penjuru ini terbukti memihak kepada Umno, meskipun di kawasan campuran berinternet tinggi dan ketika pembangkang dalam keadaan bekerjasama.

Senario 4:
Akan berlaku satu senario yang menarik, di mana Umno merampas kerusi-kerusi MCA dan Gerakan yang mempunyai lebih 50% pengundi Melayu. Umno akan bertanding melawan DAP sendiri berdasarkan sentimen orang Melayu terhadap DAP.

Strategi ini akan terpakai sekali lagi di PRU14 kerana pada hari ini, MCA dan Gerakan sudah dikira lumpuh ekoran kontroversi perhimpunan baju merah. Jika sentimen kaum masih tinggi, pertandingan sengit dijangkakan akan berlaku.

Senario 5:
Jika DAP menurunkan calon Melayu, situasi Teluk Intan bakal berulang, malah dengan lebih teruk.

Pembangkang esklusif tanpa PAS

Bagaimana pula dengan undi popular di setiap negeri dan peringkat nasional bagi Pakatan Harapan tanpa penglibatan PAS bersama?

Analisa berikut melihat peratus undi popular bagi Pakatan Harapan di setiap negeri untuk 3 senario peratusan sokongan Melayu iaitu pada tahap 20%, 27% dan 33% manakala peratusan undi Cina berada pada 90%, undi lain-lain pada 65% untuk Semenanjung, 45% untuk Sarawak dan 55% untuk Sabah.

Analisa dibuat berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPRM) pada PRU13 dan peratusan keluar mengundi 85% bagi Semenanjung dan 80% bagi Sabah dan Sarawak.

Carta analisa: Prediksi kasar bagi Pakatan Harapan peratusan undi popular

Berdasarkan analisa di atas, boleh dilihat kawasan selamat (peratusan undi popular melebihi 50%) bagi Pakatan Harapan hanyalah Pulau Pinang dan juga Wilayah, iaitu kawasan yang mempunyai lebih 50% pengundi Cina, meskipun peratusan sokongan undi Melayu hanya 20%.

Jika undi Melayu berkisar pada 33%, Pakatan Harapan mempunyai peluang untuk memenangi undi popular di Johor, Perak dan Selangor.

Namun undi popular tidak mewakili jumlah kerusi dan segalanya boleh berubah jika pertandingan tiga penjuru berlaku.

Di peringkat nasional, harapan Pakatan Harapan untuk menguasai Putrajaya sangat malap di mana undi popular hanyalah bergelar sekitar 38%-45% untuk peratusan  sokongan Melayu antara 20%-33%.

Ini cuma anggaran kasar. Namun, ia tetap memberi gambaran mengapa PAS adalah komponen penting di kalangan pembangkang. Inilah sebab utama PKR masih berharapkan PAS ke dalam Pakatan Harapan, namun kehadiran Amanah menyulitkan perkara ini.

Jika ada salah seorang pekerja anda, berhenti bekerja dan menubuh syarikat baru sambil mengambil pelanggan anda bersama, sebagai pengurus syarikat, apakah anda akan mengiktiraf syarikat baru tersebut dengan berurusan dengan syarikat baru tersebut?

Jika anda mengiktiraf, bukankah anda sedang memberikan galakan kepada pekerja-pekerja lain untuk turut melakukan perkara yang sama pada masa hadapan?

Oleh itu, tiada syarikat akan melakukannya, sebab ia satu tindakan membunuh diri. Begitu juga dengan parti politik – sehinggalah satu waktu di masa depan.

Itulah senario kasar di PRU14 pada hari ini.

Namun, ada 4 faktor besar yang boleh menidakkan segalanya iaitu – perasaan rakyat pada perkauman, nilai ringgit, keadaan ekonomi dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, jika beliau terus menerajui BN ketika PRU14 diadakan.

Ternakan lokan bakal jadi produk pelancongan di Melaka

Posted: 28 Sep 2015 02:37 AM PDT

Bernama
Ternakan lokan bakal jadi produk pelancongan di Melaka
Kerajaan turut berhasrat untuk mewujudkan pusat penyelidikan lokan.
 

ALOR GAJAH: Ternakan lokan di Sungai Linggi, Alor Gajah di sini akan dijadikan tarikan baharu di kawasan tersebut bagi meningkatkan lagi kedatangan pelancong ke negeri ini.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata pihaknya bersama kerajaan negeri akan membantu pengusaha ternakan lokan di kawasan tersebut dengan meneroka potensi dan peluang dalam perusahaan tersebut.

"Produk lokan ini sudah sedia diusahakan namun ia perlu dibantu untuk dikomersial serta disokong dengan kemudahan sepatutnya daripada pihak-pihak berkaitan supaya hasilnya dapat ditingkatkan dan dipelbagaikan seterusnya memberi pulangan ekonomi kepada pengusahanya.

"Kerajaan turut berhasrat untuk mewujudkan pusat penyelidikan lokan bagi menjalankan kajian dan pembangunan mengenai hidupan berkenaan agar potensinya dapat dikembangkan lagi ke peringkat lebih tinggi dalam tempoh dua tahun dari sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Sambutan Aidiladha Amanah Ikhtiar Malaysia di Masjid At-Taqwa, Kampung Paya Lebar, Masjid Tanah di sini hari ini.

Mas Ermieyati yang juga Anggota Parlimen Masjid Tanah berkata pihaknya merancang untuk memperbanyakkan lagi kawasan pelancongan di kawasan Masjid Tanah dalam tempoh lima tahun lagi di samping mengkomersialkan segala produk pelancongan sedia ada di kawasan tersebut.

"Masjid Tanah mempunyai banyak aset pelancongan termasuklah Sungai Linggi yang mana ia perlu dipelihara sebaiknya kerana mampu menjadi sumber ekonomi kepada penduduk setempat selain dapat menarik kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara," katanya.

Azwan Ali salah faham lagi, maki peminat di media sosial

Posted: 28 Sep 2015 02:35 AM PDT

Astro Awani
Azwan Ali salah faham lagi, maki peminat di media sosial
Azwan Ali sekali lagi menarik perhatian orang ramai dengan tindakannya memaki seorang peminatnya di media sosial gara-gara tidak memahami pertanyaan wanita tersebut.
KUALA LUMPUR: Personaliti televisyen popular, Azwan Ali sekali lagi menarik perhatian orang ramai dengan tindakannya memaki seorang peminatnya di media sosial gara-gara salah faham pertanyaan wanita tersebut.

Di laman Instagramnya, seorang pengikut bernama "sitijuha" bertanya adakah Azwan ada membuat khidmat penghantaran untuk rendang jualannya ke Johor Bahru.

"jb takde ke?" tulis sitijuha.

Namun, soalan tersebut nampaknya disalah faham oleh Azwan berikutan penggunaan singkatan 'jb' untuk Johor Bahru oleh sitijuha.

Azwan atau Diva AA terus memaki mengandaikan peminat itu mempersendanya dengan mengatakan, "Job takde ke?".

Diva AA itu memaki pengikutnya dengan menggunakan kata-kata yang kurang sopan seperti 'anjing' dan 'bangsat'.
ss
Gambar Instagram Azwan Ali

Bagaimanapun, pengikut Instagram itu kemudian menjelaskan bahawa komennya telah disalah sangka.

Jerebu: Sekolah ditutup hari ini dibuka seperti biasa esok - KPM

Posted: 28 Sep 2015 02:28 AM PDT

Bernama
Jerebu: Sekolah ditutup hari ini dibuka seperti biasa esok - KPM
Sehingga pukul 3 petang tadi, bacaan IPU di kawasan terbabit telah menurun ke tahap sederhana (51-100) kecuali di Kuching dan Samarahan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat 116 dan 120. - Gambar Fail
 
 
KUALA LUMPUR: Sekolah di beberapa negeri dan kawasan yang ditutup hari ini akibat jerebu akan dibuka seperti biasa esok susulan kualiti udara bertambah baik dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menurun.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini bagaimanapun mengingatkan semua jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah di seluruh negara agar terus memantau maklumat bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Menurutnya, jika bacaan IPU berubah kepada keadaan tidak sihat pada paras bacaan 101-200 atau sangat tidak sihat pada bacaan 201-300, pihak tersebut boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing.

Tindakan boleh dibuat berdasarkan langkah-langkah yang dikeluarkan KPM bagi menjamin kesihatan dan keselamatan pelajar di sekolah yang berada dalam kawasan berjerebu yang dianggap kritikal.

Semalam KPM mengumumkan sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Pahang serta di Sri Aman, Kuching, Betong dan Samarahan di Sarawak dan Tanjung Malim di Perak, ditutup hari ini ekoran jerebu.
Sehingga pukul 3 petang tadi, bacaan IPU di kawasan terbabit telah menurun ke tahap sederhana (51-100) kecuali di Kuching dan Samarahan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat 116 dan 120. 
 
 

Tragedi Mina: Syahid Atau Persoalan Sikap?

Posted: 28 Sep 2015 02:23 AM PDT



Oleh: Nabieh Rahmat


Saya membayangkan jika ratusan ribu jemaah yang sedang melontar jamrah itu adalah bangsa Jepun. Adakah akan terjadi tragedi? Ataukah semuanya akan beratur dengan baik sambil menunggu giliran masing-masing untuk melaksanakan rukun haji tersebut?

Sudah ribuan orang meninggal dunia di Mina sejak 20 tahun yang lalu, kebanyakannya kerana berasak-asakan, tolak-menolak, dan bergaduh ketika sedang beribadah, termasuk kali ini yang telah menyebabkan kehilangan nyawa sedikitnya 700 orang.

Mari kita lihat tragedi-tragedi yang serupa dalam beberapa tahun terakhir :

Tahun 2006 - Lebih dari 360 jemaah meninggal akibat dipijak-pijak ketika sedang menjalankan ritual melontar jamrah di Mina, yang terletak sekitar lima kilometer dari Makkah.

Tahun 2004 - Sebanyak 244 jamaah meninggal dunia ketika para jemaah berasak-asak di Mina. Ratusan orang lainnya cedera dalam insiden di hari terakhir rukun haji tersebut.

Tahun 2001 - Akibat tolak-menolak di Mina menyebabkan 35 jemaah haji meninggal setelah terjatuh dan terpijak-pijak. Insiden tersebut terjadi di hari terakhir musim haji tahun itu.

Tahun 1994 - Sebanyak 270 orang meninggal dunia akibat terpijak-pijak ketika ritual melontar jamrah di Mina.

Julai 1990 - Sebanyak 1 426 orang jemaah haji terkorban dalam tragedi terowong Mina. Jemaah berebut-rebut, terjatuh dan terpijak-pijak ketika berada dalam terowong yang menghubungkan Makkah ke Mina dan Arafah.

Setelah sekian banyak tragedi yang terjadi, masihkah kita akan 'mengejar keutamaan meninggal dunia di Mekah', walaupun sebenarnya banyak yang berpunca daripada tidak disiplin dan menzalimi para jemaah yang lain? Ataukah kita masih ingin mengejar keutamaan waktu-waktu tertentu walaupun 'perlu' menyakiti para jemaah yang lain seperti tolak-menolak demi mencium Hajarul Aswad?

Bukankah Nabi SAW melarang bahkan untuk sekadar melangkah bahu jemaah yang datang lebih awal ketika solat Jumaat?

Lalu syahidkah mereka yang terkorban itu? Ia adalah urusan Allah SWT semata-mata, kerana Dia lah Sang Pemilik nyawa insan. Tetapi tidak berdisiplin dan tidak bersabar bahkan ketika sedang beribadah adalah sesuatu yang perlu direnungkan dan dijadikan muhasabah.

Tahniah kepada pihak Tabung Haji kerana menjaga dan mengawal para jemaah dari Malaysia dengan sangat baik.

Tabung Haji laksana 11 badal haji untuk jemaah Malaysia

Posted: 27 Sep 2015 04:51 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Badal haji merupakan perkhidmatan tambahan Tabung Haji untuk mereka yang sudah meninggal dunia atau menghidapi penyakit yang tidak mungkin sembuh, dan sebanyak 11 jemaah Malaysia yang terkorban di Mekah akan dibantu dengan perkhidmatan tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 September, 2015. Badal haji merupakan perkhidmatan tambahan Tabung Haji untuk mereka yang sudah meninggal dunia atau menghidapi penyakit yang tidak mungkin sembuh, dan sebanyak 11 jemaah Malaysia yang terkorban di Mekah akan dibantu dengan perkhidmatan tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
 
Tabung Haji (TH) melaksanakan 11 badal haji bagi musim haji 1436H untuk jemaah Malaysia yang meninggal dunia sebelum hari wukuf pada 23 September lepas. Daripada 11 badal haji itu, 7 untuk jemaah yang terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidilharam pada 11 September lepas.


Tujuh jemaah berkenaan ialah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak; Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai; dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Kelantan; Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor; Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, dan Abdul Habib Lahman, 68, dari Sik, Kedah.

Pengurus Operasi Bimbingan TH Tengku Aziz Raja Abdullah berkata 4 lagi badal haji melibatkan jemaah Malaysia yang meninggal dunia sebelum hari wukuf.

"Sebanyak 16 kematian melibatkan jemaah haji Malaysia untuk musim haji ini dengan 11 daripadanya kita laksanakan badal haji sementara 4 lagi akan dilaksanakan untuk musim haji depan. Seorang lagi jemaah pernah menunaikan haji (badal haji tidak perlu dilakukan untuk jemaah yang pernah menunaikan haji)," katanya kepada pemberita hari ini.

Badal haji merupakan perkhidmatan tambahan TH untuk mereka yang sudah meninggal dunia atau menghidapi penyakit yang tidak mungkin sembuh. TH melakukan badal haji tahun ini untuk empat jemaah yang meninggal dunia pada hari wukuf dan belum menyelesaikan beberapa rukun dan wajib haji seperti melontar, tawaf dan saie.

Empat jemaah lagi, yang badal hajinya akan dilakukan TH pada musim haji depan, meninggal dunia akibat sakit jantung atau sesak nafas, sebelum menjelangnya hari wukuf.

Tengku Aziz juga berkata hari ini, lebih 22,000 jemaah haji Malaysia  selesai melaksanakan ibadat haji masing-masing selepas menyempurnakan semua rukun dan wajib haji. – Bernama,


Ujian sekolah rendah agama Wilayah Persekutuan ditangguh ke Khamis

Posted: 27 Sep 2015 04:40 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Timbalan Pengarah Operasi Jawi, Yaakob Abdul Rahim berkata semua sekolah agama yang diselia jabatan itu akan dibuka semula pada Selasa dan tertakluk kepada tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan arahan keselamatan dari semasa ke semasa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 September, 2015. Timbalan Pengarah Operasi Jawi, Yaakob Abdul Rahim berkata semua sekolah agama yang diselia jabatan itu akan dibuka semula pada Selasa dan tertakluk kepada tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan arahan keselamatan dari semasa ke semasa. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
 
Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) dan Ujian Penilaian Kelas  KAFA (UPKK) yang dijadualkan bermula esok di sekolah-sekolah rendah agama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, ditangguhkan ke Khamis ini berikutan semua sekolah berkenaan ditutup esok akibat jerebu.
 
 Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Yaakob Abdul Rahim berkata, semua sekolah berkenaan yang diselia jabatan itu, akan dibuka semula pada Selasa dan tertakluk kepada tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan arahan keselamatan dari semasa ke semasa.
 
"Penutupan sekolah itu adalah selaras dengan keputusan Kementerian Pelajaran dan kebertanggungjwaban pentadbiran kerajaan di Wilayah Persekutuan terhadap keselamatan dan kesihatan pelajar, pendidik dan pengurus sekolah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan mengenai penutupan semua  sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Pahang serta Tanjung Malim di Perak, Sri Aman, Kuching dan Samarahan di Sarawak  esok berikutan bacaan IPU sangat tidak sihat (201-300) dan tidak sihat (101-200). – Bernama,


Doktor antara tujuh bakal didakwa

Posted: 27 Sep 2015 04:33 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic


KUALA LUMPUR: Seorang patologis tentera adalah antara tujuh suspek dijangka dituduh membunuh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Kevin Morais di mahkamah Kuala Lumpur esok.

Memetik sumber-sumber, portal berita The Malaysian Insider melaporkan lima daripada suspek didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunun manakala dua lain termasuk doktor berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana membantu melakukan pembunuhan.

Morais sedang terbabit dalam mendakwa satu kes rasuah yang dipercayai membabitkan doktor tentera itu.

Rabu lalu, mayat Kevin, 55, yang juga timbalan ketua bahagian rayuan dan perbicaraan Pejabat Peguam Negara, dijumpai dalam tong dipenuhi simen di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya.

Beliau dilaporkan hilang pada 4 September dan kali terakhir dilihat meninggalkan kondominium di Menara Duta di sini untuk ke pejabatnya di Putrajaya dalam sebuah Proton Perdana bernombor plat WA6264Q.
Setakat ini, 11 suspek sudah ditahan dalam kes ini.

Mayat Morais yang kini disimpan di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak dituntut oleh anggota keluarganya kerana menunggu punca kematian beliau.

Kes Morais: Lapan suspek didakwa esok

Posted: 27 Sep 2015 04:31 PM PDT

SINAR HARIAN


Morais


KUALA LUMPUR - Lapan suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan Anthony Kevin Morais akan didakwa masing-masing di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan Mahkamah Majistret Jalan Duta esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata,‎ seorang daripada suspek dalam kes pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Bicara  dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara itu akan didakwa di Petaling Jaya manakala selebihnya di Jalan Duta.

Mayat Morais, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini 16 September lepas.

Mendiang dilaporkan hilang pada 4 September dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana nombor pendaftaran WA6264Q.

Pihak Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur sehingga kini belum dapat mengenal pasti punca kematian mangsa. - Bernama


Jemaah Malaysia terkorban dalam rempuhan

Posted: 27 Sep 2015 04:26 PM PDT

Zulkifly Samad
Zulkifly Samad


SHAH ALAM - Lembaga Tabung Haji (TH) semalam mengesahkan seorang jemaah Malaysia, Zulkifly Samad, 50, terkorban dalam tragedi rempuhan di Mina, Khamis lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberitahu, mangsa tersebut yang berasal dari Johor dikenal pasti berdasarkan semakan TH.

Katanya, pasukan perubatan TH membuat tinjauan di rumah mayat Moaissim semalam menemui satu jenazah yang disahkan rakyat Malaysia dalam keadaan sempurna.

Menurutnya, pasukan perubatan TH mengesahkan jenazah melalui identifikasi yang ada pada jenazah berkenaan.

"Di sini pihak Tabung Haji mengesahkan jenazah itu adalah Zulkifly Samad," katanya dalam kenyataan dikeluarkan dari Makkah, malam tadi.

Sebelum ini, TH pada makluman awal mengesahkan tiada jemaah haji yang terbabit dalam rempuhan itu.

Makluman awal ini berdasarkan pengesahan daripada waris dan maklumat awal dari penempatan jemaah haji.‎

Bagaimanapun, Asyraf Wajdi berkata, pihak TH menerima laporan daripada isteri mangsa, Suriahanim Abd Hamid, 40, bahawa suaminya tidak pulang ke khemah.

Selepas menerima laporan itu, Asyraf Wajdi berkata, petugas haji memulakan usaha mencari jemaah terbabit di sekitar Kompleks Jamarat dan hospital berdekatan di Mina yang dikategorikan tersasar.

Katanya, dalam laporannya, Suriahanim mengakui suaminya tidak bersama jemaah TH dari Muzdalifah kerana bercadang untuk berjalan kaki mengikut Sunnah Rasulullah SAW ke Mina.


Tiada ulasan: