Ahad, 27 September 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Jerebu: UiTM di Selangor tangguh kuliah esok

Posted: 27 Sep 2015 07:38 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Universiti Teknologi Mara (UiTM) menangguhkan jadual kuliah di semua cawangannya di Selangor esok berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan pada tahap sangat tidak sihat hari ini.

Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata penangguhan kuliah pada hari-hari berikutnya pula akan diumumkan sehari sebelum tarikh penangguhan berdasarkan pemantauan IPU dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun, katanya penangguhan itu hanya melibatkan jadual kuliah penuntut sahaja dan warga kerja UiTM dikehendaki hadir bertugas seperti biasa.

"Bagi kampus-kampus di negeri lain pula, makluman mengenai penangguhan kuliah adalah berdasarkan bacaan IPU, namun ia tertakluk kepada keputusan Rektor Kampus masing-masing," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar hari ini, setakat 2 petang tadi, tiga kawasan merekodkan IPU sangat tidak sihat berbanding lima pada 11 pagi tadi.

Shah Alam mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 239 diikuti Batu Muda, Kuala Lumpur (228), dan Pelabuhan Klang (215).

Sementara itu, Univesiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) juga menangguhkan semua kuliahnya di kampus bandar raya ini esok berikutan jerebu.

Kumpulan Pengurusan UTMKL dalam catatan di laman Facebook hari ini berkata keputusan itu dibuat kerana bacaan IPU di Wilayah Persekutuan mencatatkan bacaan melebihi 200 iaitu tahap udara sangat tidak sihat.

Kuliah-kuliah berkenaan akan disambung semula pada Selasa (29 Sept).

Semua kakitangan dan penuntut UTMKL juga diminta mengikuti maklumat semasa berhubung jerebu yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar.- Bernama


Sekolah di Pahang, Tjg Malim pula ditutup esok

Posted: 27 Sep 2015 07:36 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Semua sekolah di Pahang dan Tanjung Malim, Perak diarah ditutup esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat berdasarkan pemantauan sehingga pukul 4 petang tadi mendapati terdapat beberapa kawasan atau daerah lagi yang menunjukkan bacaan IPU tidak Sihat.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar, setakat pukul 4 petang, Jerantut, Pahang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat 119, manakala Tanjung Malim, Perak pada paras 150.

Terdahulu, pada sebelah pagi KPM mengumumkan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sri Aman, Kuching dan Samarahan di Sarawak diarah ditutup esok.

Menurutnya, ia berikutan negeri dan bahagian terbabit mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat (201-300) dan tidak sihat (101-200) pada hari ini.

Sehubungan itu, pihak jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah bagi negeri dan bahagian terlibat hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing mengenai penutupan itu dengan kadar segera.-Bernama


Keadaan Negara Kita Hari ini- Siri 2

Posted: 27 Sep 2015 07:20 AM PDT

sakmongkol.blogspot

 

Ada pembaca2 menulis mengatakan penulisan ini biasdan tidak akan menyiarkan komen. Elok pembaca ketahui komen jenis mana yang TIDAK akan disiarkan.
Komen sebaris tidak akan saya layan kerana tidak ada pemikiran serius dalam ayat sebaris. Orang yang komen untuk meluahkan marah dan kebencian dalam bentuk ayat sebaris, tidak akan dimuliakan dengan penyiaran komen jenis tersebut. Hanya dengan berkata tulisan ini bias tanpa menunjukkan dimana bias nya, tentulah tidak akan disiarkan. Saya minta maaf- ini bukan tulisan karangan tingkatan 3.
Komen yang maki hamun dan menolak kesemua hujjah dalam artikel ini kerana tersangat anti DAP dan berfikiran tidak rasional, dalam bentuk cacian peribadi tidak akan disiarkan. Jadi elok jangan buang masa.
Komen yang tidak bersetuju tapi memberi penalaran/reasoning dan penhujjahan, walaupun pedas kepada saya, saya tidak ada masaaalh untuk menyiarkan. Berapa banyak komen dari tukang komen yang tidak setuju dengan saya, telah saya siarakan kerana saya menghormati hujjah yang rasional dan menampakkan proses penalaran.
Musibah melanda negara akibat angkara durjana Najib Tun Razak.
Negara ini mengalami musibah dan malapetaka kerana suatu orang. Nama dia Najib Tun Razak. Bahkan isteri nya yang tidak dipilih oleh orang ramai secara demokrasi turut sama menyibukkan diri dalam memerintah negara.
Kesan kepimpinan yang buruk.

Kepimpinan yang buruk mengakibatkan pentadbiran dan pengurusan yang buruk. Kalau dia tidak amanah dan jujur, apa nasihat yang dia beri akan di perlekehkan orang. Ucapan dia akan hanya diterima dengan sinis dan ketawa.
Pecah amanah diperingkat tertinggi akan hanya mengukuhkan amalan pecah amanah diperingkat bawahan. Belian dengan harga yang dipalsukan, hanya menjadi amalan itu suatu kebiasaan. Penglibatan pemimpin tertinggi dalam aktiviti mendobi wang menunjukkan bahawa system kewangan dalam negara huru hara. Jika pemimpin boleh langgar undang dan memunggah wang sana sini, ia akan menggalakkan penyeludupan wang haram.

Wang hasil dari rasuah, komisyen, pemalsuan invoice, akan terus berleluasa.  Antara tahun 20003-2012, Malaysian hilang USD395 billion atau secara purata USD39.5 billion setahun. 

Macam mana perompak dan penyamun yang memunggah wang keluar secara haram hendak takut, kalau pemimpin negara melakukan perkara yang serupa? 

Kredibiliti Bank Negara Malaysia sebagai institusi yang mengawal dan memelihara integriti sistem kewangan akan musnah.
Api tidak boleh dibungkus dengan kertas.

Semua usaha mempertahankan Najib akan dilayan dengan telinga pekak. Rakyat sudah percaya bahawa Dato Najib ialah PM yang terburuk kita ada. Segelintir pemimpin UMNO yang mempertahankan Najib, melakukan demikian kerana mahu kekal releven. 

Orang2 seperti Salleh Said keruak, Ahmad Maslan, Syed Ali Al Habshee, Anuar Musa, Ali Rustam, Noh Omar melakukan apa yang mereka lakukan untuk kekal releven  dalam pandangan Najib.

Dr Mahathir di perjahatkan/Dr Mahathir is vilified.

Tokoh yang paling dikecam hari ini ialah Dr Mahathir. Saya mendapati ianya melucukan kerana terkadang kala terpaksa mempertahankan Dr Mahathir; sepatutya tugas ini dilakukan oleh orang UMNO yang berhati-budi/yang ada conscience. 

Adakah budaya orang UMNO melupakan orang yang paling berjasa sekali kepada UMNO dan bangsa Melayu?
Sumbangan Dr Mahatir berbanding dengan sumbangan Najib, ibarat langit dan bumi. Namun, penyokong Najib memperlakukan Dr Mahathir sekian kurang ajar, orang Melayu mahu berdiam diri?
Sebagai seorang yang telah mentadbir Malaysia selama 22 tahun, tentulah Dr Mahathir mempunyai maklumat terperinci untuk mendedahkan salah laku Najib.
Cuba tanya soalan ini- kenapa perlu Dr Mahathir memilih jalan susah untuk mengkritik Najib kecuali Najib benar2 melakukan kesalahan. Pada umur 90 tahun, mengapa perlu Dr Mahathr ambil risiko dan mengundang kebarangkalian hilang semua? Nama baik, penghormatan masyarakat, di dipulau?
Kenapa perlu Dr Mahathir menyusahkan diri dan mendedahkan diri nya kepada kemungkinan dicerca dan dihina orang, KECUALI  jika apa yang dicakapkan oleh beliau benar2 belaku? Dr Mahathir mesti bersuara.
Bukanlah lebih seronok jika dr Mahathir pencen, berjalan sana sini dan menikmati masa dengan anak cucu dan sahabat handai? Kecuali Najib benar2 melakukan kesalahan, maka itu mendorong Dr Mahathir bersuara. Dia bersuara untuk menyelamatkan orang Melayu dari musibah yang dbawa oleh Najib.
Jika hari ini, diadakan pungutan suara dikalangan orang Melayu menanyakan siapa antara Mahathir dan Najib yang mereka percaya, orang lebih meyakini Mahathir.
Komplot menggulingkan Najib cara tidak demokratik?
Dalam suatu himpunan silat, Najib berkata kerajaan yang dipilih secara demokratik tidak boleh ditumbangkan. Ini kenyataan sudah terang lagi bersuluh. Semua orang tahu ini. Tidak ada sesiapa mahu menggulingkan kerajaan dengan cara bukan demokratik.
Depan orang yang menyokongnya, tentulah dia boleh keluarkan kenyataan ini tanpa bantahan.
Maka, biar kita jawab Najib. Sebelum kelentong nya diterima sebagai kebenaran.
Tidak ada komplot menggulingkan Najib secara tidak demokratik. Jika seorang PM didapati bersalah membunuh orang misalnya, dia akan di hukum. Jika seorang PM didapati mengamal salah laku dia boleh di impeached secara demokrasi melalui parlimen.
Jika UMNO menyingkirkan Najib, maka Najib akan dikeluarkan sebagai PM. Ianya sama seperti apa yang berlaku di Australia. Dia boleh berdepan dengan undi tidak percaya- suatu cara yang dibenarkan oleh parlimen. Jika kalah, Najib kena berhenti. Dia juga akan berhenti jika mana2 bil yang dibentangkan dalam parlimen tidak dipersetujui. Jika bil mengenai bajet 2016 dikalahkan, maka kerajaan Najib gugur.
Jika tiba2 BN tidak cukup ahli parlimen, maka kerajaan Najib akan diberhentikan.
Maka tidak benar Najib kata kerajaan yang dipilih secara demokratik tidak boleh disingkir. Ianya boleh melalui cara yang dibenarkan oleh parlimen.
Jika 57 ahli parlimen Malaysia Timur memilih untuk keluar BN, kerajaan UMNO akan tumbang. Jika hanya 30 orang MP dari BN menyebelahi 88 orang MP bukan BN,maka BN sudah hilang sokongan majority dan akan tumbang.
Negara kita dilanda musibah politik.
Kita sekarang tidak ada 1 Malaysia. Itu konsep omongan kosong Najib sebab pengistiharan tidak disusuli dengan perbuatan. Najib hanya berlagak mahukan sebuah negara yang bersatu tapi pada masa yang sama menjalankan dasar pecah belah. Dia melakukan ini kerana mahu menutup salah laku yang dia jalankan semasa dalam jawatan.
Bila masa maruah najib dimalukan atau dirobek dan dicalar oleh Cina sedangkan dia berrekreasi dan berbuat bisness dengan orang Cina? Pemilik Gerge Kent yang diberi Najib kontrak RM11.5 billion ialah seorang Cina. George Kent ada masaalah dengan Ampang LRT extension project tapi walaupun dengan masaalah ini, Geroge Kent dan MRCB terus diberi lagi kontract LRT3 dari bandar Utama ke Kelang. Dan Cina ini telah melantik si tin kosong dan bising mulut, Ibrahim Ali sebagai pengarah syarikat. Jho Low adalah sahabat karib Najib yang bertukar whatsapp ribuan kali. Dia juga budak Cina.
Kita hendak rakyat beritahu Najib supaya berhenti berlari dengan binatang buruan sambil memburu bersama anjiing.
Fakta yang menyedihkan ialah: Kita ada Malaysia untuk Melayu. Malaysia untuk Cina. Malaysia untk setiap suku kaum dalam negara kita. 

PM yang ada sekarang meruncingkan pembahagian ikut kaum dengan menyebelahi himpunan merah dan mengeluarkan kenyataan membakar api di himpunan silat.
Sedangkan kita semua tahu Najib menggunakan itu semua untuk menenggelamkan isiu rasuah nya, salah guna kuasa, songlap duit, memperkudakan1MDB sebagai skim cepat aya, menyalurkan wang kedalam akaun peribadi nya, gagal menjelaskan kemana wang dan dana 1MDB di aplikasi.
Setiap kali ditanya, orang 1MDB akan mengkakaktuakan jawapan, nilai asset kita lebih besar dari tangunagan. Jadi mengapa tidak mampu membayar faedah setiap tahun?
Semua orang tahu dalam keadaan terdesak, asset akan djual pada harga fire sale KECUALI Najib memaksa GLC membeli pada harga yang 1MDB mahu. Itu sama dengan pembelian dengan harga yan dipalsukan.
Sila ambil perhatian. Jika pun penjualan asset akan dapat cover nilai hutang dan tanggungan, kesalahan tetap kesalahan dan tidak dihapuskan. Songlap wang, pemalsuan harga, masuk duit dalam akaun sendiri semua nya tetap kesalahan walapun sudah di cover.
Apabila di cover, wang yang disonglap dari 1MDB wajib dipulangkan. 

Penerbangan Di Beberapa Lapangan Terbang Terjejas Akibat Jerebu

Posted: 27 Sep 2015 07:16 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Penumpang yang terkandas ekoran kelewatan penerbangan akibat jerebu di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ahad. Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR: Aliran trafik udara di beberapa lapangan terbang di negeri-negeri terjejas akibat jerebu yang menyelubungi ruang udara negara pada Ahad.

Lapangan terbang terbabit ialah Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di Ipoh dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di Sarawak.

Meskipun jarak ketampakan rendah akibat jerebu, operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang berjalan seperti biasa.

Menurut Jabatan Komunikasi Korporat, Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), bahagian operasi terminal melaporkan LTSAAS di Subang beroperasi seperti biasa dengan jarak ketampakan 800 meter pada pukul 1.00 tengah hari.

Bagaimanapun, MAHB menerusi laman Twitternya, menasihatkan para penumpang di LTSAAS menghubungi syarikat penerbangan masing-masing untuk mendapatkan maklumat jadual penerbangan terkini.

"Walaupun lapangan terbang dibuka, semua penumpang yang tiba dan berlepas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, dinasihat menghubungi syarikat penerbangan masing-masing mengenai jadual penerbangan oleh kerana ada sesetengah penerbangan terlewat," kata MAHB.

Di IPOH, enam penerbangan, masing-masing tiga pelepasan dan tiga ketibaan mengalami kelewatan akibat jerebu di LTSAS.

Pegawai Operasi Malaysia Airports Sdn Bhd Tengku Mahmud Tengku Zainal berkata, jarak ketampakan di lapangan terbang berkenaan adalah 600 meter.

Beliau berkata, kelewatan melibatkan pelepasan penerbangan Ipoh-Singapura dan Ipoh-Johor Baharu serta ketibaan Singapura-Ipoh dan Johor-Ipoh.

Tengku Mahmud berkata, kesan jerebu turut mengakibatkan penerbangan TR2482 Singapura-Ipoh, yang dijadualkan tiba pukul 3.05 petang, dilencongkan ke klia2.

Beliau berkata, syarikat penerbangan terbabit ialah Tiger Air, Firefly dan Malindo Air.

Di KUCHING, lapan penerbangan syarikat Malaysia Airlines Berhad dibatalkan serta sembilan lagi mengalami kelewatan dan satu lencongan akibat jerebu yang melanda Kuching dengan jarak ketampakan 1500 meter setakat 5 petang Ahad.

Pengurus Kanan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAB), Malaysia Airports Sdn Bhd, Mohd Nadzim Hashim berkata, lapan penerbangan terpaksa dibatalkan sehingga diberitahu kelak, iaitu empat penerbangan dari Kuching dan empat ketibaan di LTAK.

Sembilan lagi penerbangan mengalami kelewatan, melibatkan lima pelepasan dan empat ketibaan di LTAK serta satu penerbangan pesawat MH2542 dari Kuala Lumpur telah dilencongkan ke Lapangan Terbang Sibu berbanding hanya empat penerbangan mengalami kelewatan pagi Ahad.

Empat penerbangan masing-masing dari Kuala Lumpur dan Sibu yang dijadualkan tiba di Kuching juga mengalami kelewatan berikutan jerebu di Kuching dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara tidak sihat 126 setakat 5.00 petang ini berbanding IPU 116 tengah hari Ahad.

Mohd Nadzim menasihatkan semua penumpang yang menggunakan penerbangan melalui LTAK menyemak jadual penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing sebelum ke lapangan terbang.

Menurutnya dua penerbangan, satu ketibaan dan satu pelepasan melibatkan sektor Kuching-Pontianak dan Pontianak-Kuching dibatalkan sejak lima hari lepas.

"Sektor ini dibatalkan sehingga diberitahu kelak.

"Tiada penumpang terlibat kerana semua penumpang telah dimaklumkan lebih awal," katanya.

Tesco Ambil Tindakan Segera Selepas Insiden Travelator

Posted: 27 Sep 2015 07:13 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
PETALING JAYA: Tesco Malaysia mengarahkan semua cawangannya mempercepatkan kekerapan penyelenggaraan lif, travelators dan eskalator berikutan insiden di Rawang baru-baru ini.

"Berikutan itu kami telah menjalankan penyelenggaraan pencegahan kepada semua lif, eskalator dan travelators di cawangan-cawangan kami.

"Kami juga telah meningkatkan jadual penyelenggaraan berjadual daripada sebulan sekali kepada setiap minggu," kata Pengarah Perhubungan Kerajaan dan Hal Ehwal Korporat, Datuk Azlam Shah Alias.

Azlam berkata demikian sebagai mengulas kejadian di mana seorang pelanggan terjatuh dengan troli membeli-belah akibat pallet travelator yang dinaikinya runtuh secara tiba-tiba pada Rabu lalu.

Beliau berkata Nur Zalina, 50, yang diberikan rawatan perubatan selepas insiden itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kami telah menawarkan bantuan kepada beliau (Zalina) tetapi dia masih belum menerimanya," Azlam kepada The Star melalui e-mel.

Hishammuddin Sakit Akibat Jerebu

Posted: 27 Sep 2015 07:11 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
PETALING JAYA: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengalami masalah kesihatan akibat jerebu yang semakin teruk.

"Jerebu masih teruk  - i have already lost my voice n my nose is blocked (saya kehilangan suara dan hidung saya tersekat)," tulis Hishammuddin di Twitter pada Ahad.

Beliau juga menjawab beberapa twit berhubung situasi jerebu dan menggesa orang ramai supaya berada di dalam rumah.

"Saya juga menghidap asma -  pastikan dia berada dalam rumah," nasihat Hishammuddin kepada seorang pengguna Twitter @keantee yang anaknya menghidap asma.

Hishammuddin juga bersetuju bahawa masalah jerebu perlu dibincangkan di peringkat serantau kerana ia merupakan kejadian berulang setiap tahun.

Jerebu: Malaysia tak ikut standard global ukur pencemaran

Posted: 27 Sep 2015 06:59 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia menggunakan  bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang jauh lebih rendah berbanding negara jiran seperti Singapura dan Indonesia, kata Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.

Katanya, kebanyakan negara, termasuk Singapura dan Indonesia menggunakan bacaan kualiti udara berdasarkan standard 2.5 mikron partikel (PM2.5) dan bukan PM10 seperti digunapakai Jabatan Alam Sekitar (JAS).

putrajayaBagaimanapun, katanya, Malaysia terus menggunakan standard PM10, yang menyebabkan  ukuran pencemaran udara yang lebih rendah berbanding negara lain.

"Amalan ini menyebabkan ukuran indeks di Malaysia jauh lebih rendah. Ia hanya memberi gambaran positif tetapi sekadar ilusi tentang keadaan sebenar kualiti udara negara kita," ujarnya pada kenyataan media.

Katanya, kerajaan BN gagal mengambil kira bahaya kesihatan yang lebih besar akibat zarah jerebu yang lebih halus dan boleh menjejaskan kesihatan termasuk kerosakan paru-paru.

Selain itu, beliau juga kecewa apabila JAS pada 2012 menyatakan bahawa standard berkenaan hanya akan digunapakai di Malaysia pada tahun 2016.

Justeru Wong Chen menggesa kerajaan pusat mengikut standard antarabangsa dalam menyediakan bacaan berdasarkan PM2.5 seperti digunakan di kebanyakan negara lain.

Beliau turut meminta kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang dan Selangor menggunakan standard yang sama dengan negara lain dan mengeluarkan laporan setiap jam sebagai alternatif kepada bacaan IPU oleh JAS.

Exco jangka peruntukan hal ehwal Islam, pembangunan desa bertambah

Posted: 27 Sep 2015 06:42 AM PDT

Oleh: NAZLI IBRAHIM


BANTING: Peruntukan bagi pembangunan hal ehwal Islam, pembangunan desa dan kampung tradisi dijangka meningkat dalam Belanjawan 2016 yang bakal dibentangkan, pada 30 Oktober ini.

Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu & Warisan dan Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata pertambahan itu sejajar dengan kemampuan dan keperluan semasa masyarakat negeri itu.

mark short yb ahmad yunus"Kita mempunyai kemampuan kerana peningkatan pendapatan yang diperoleh.

"Disebabkan itu, saya jangka peruntukan bagi portfolio Hal Ehwal Islam & Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi juga akan ditambah berdasar keperluan semasa," katanya pada program Sijangkang Fun Run 1st Edition di Kampung Sawah, Sijangkang di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara isu yang mendapat perhatian Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali adalah langkah memodenkan pusat pengajian Maahad Tahfiz dan membina surau dengan reka bentuk baru yang standard di seluruh Selangor.

Katanya, Kerajaan Negeri turut mengambil kira ciri keselamatan bagi mengelakkan kejadian bumbung terbang dan kebakaran berulang selain mengambil kira kemampuan kapasiti bangunan.

IMG_20150927_075756Sementara itu, dalam program Sijangkang Fun Run 1st Edition di Kampung Sawah yang berlangsung hari ini, Dr Ahmad Yunus, berkata acara itu diteruskan atas permintaan peserta yang tidak mahu larian itu ditunda.

"Sebenarnya acara larian ini dijadualkan sempena Hari Malaysia, pada 16 September lalu. Kita tunda kerana jerebu tetapi bila saya lihat pada pagi itu, cuaca jadi cerah pula.

"Bila kita tunda ke hari ini, pagi ini berjerebu kembali tetapi kena teruskan kerana peserta sendiri tak mahu tangguh tetapi minta diteruskan.

"Bagaimanapun, kita tak menyangka walaupun jerebu tetapi sambutan dianggarkan lebih 200 peserta. Kalau tak jerebu mungkin ramai lagi," katanya.-NFN-


Najib

Posted: 27 Sep 2015 03:39 AM PDT

Oleh Dr Mahathir Mohamad


1. Saya bekerja keras untuk menjadikan Najib Perdana Menteri Malaysia.

2. Tetapi sekarang saya mahu dia disingkirkan, meletak jawatan daripada menjadi perdana menteri.

3. Ia bukan hal peribadi.


4. Ia adalah kerana dia telah gagal teruk sebagai perdana menteri.

5. Daripada awal lagi saya perhatikan perkara-perkara salah yang dia lakukan.

6. Kita telah merdeka semenjak 1957. Kita sepatutnya dapat mentadbir negara kita sendiri. Sesungguhnya kita telah pun berbuat demikian selama beberapa dekad sebelum Datuk Seri Najib Razak, dan kita telah melakukannya dengan cemerlang.

7. Tetapi Najib melantik beberapa pegawai British sebagai penasihatnya.

8. Najib melantik ramai perunding asing untuk menasihatinya bagaimana mentadbir negara.

9. Orang-orang ini melibatkan kos berbilion-bilion ringgit tetapi nasihat mereka secara amnya tidak baik untuk negara ini. Mereka tidak tahu apa-apa tentang politik, ekonomi dan sensitiviti Malaysia. Akibatnya pembangunan Malaysia lembab dan bangsa-bangsa berada dalam keadaan menentang satu sama lain.

10. Kerajaan di bawah pimpinan Najib menjadi sangat tidak popular. Walaupun memberi banyak wang kepada rakyat, mereka menolak beliau dalam Pilihan Raya 2013. Prestasi beliau lebih buruk daripada Abdullah, yang juga ditolak oleh rakyat. Orang Cina menolaknya sama sekali walaupun beliau mengisytiharkan dirinya sebagai saudara mereka.

11. Dia menimbulkan kemarahan kakitangan awam dengan menubuhkan Pemandu untuk mengambil alih tugas EPU. Kakitangan Pemandu yang bukannya pegawai kerajaan dibayar gaji yang tinggi, jauh lebih tinggi mengatasi Skim Gaji Kerajaan. Begitu marah, sebilangan pejawat awam sebaik sahaja bersara mereka menyertai parti pembangkang dan bertanding sebagai calon pembangkang, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

12. Pertumbuhan ekonomi jatuh di bawah paras pertumbuhan ekonomi Filipina dan Indonesia.

13. Mata wang susut dan harga saham susut dengan teruk mengakibatkan masalah untuk perniagaan, pengimport dan pengeksport. Kos sara hidup meningkat terutama selepas GST.

14. Kemudian datangnya pula skandal 1MDB. Suatu dana yang sama sekali tidak perlu diwujudkan yang akan dibiayai oleh pinjaman yang besar. Kerajaan memberi RM1 juta sebagai modal tetapi 1MDB (1Malaysia Development Berhad) meminjam RM42 bilion daripada pasaran. Ia membayar faedah yang tinggi sebanyak 5.9% dan memberikan komisen 10% kepada Goldman Sachs. Kerajaan tidak pernah meminjam begitu banyak atau membayar kadar yang begitu tinggi itu.

15. 1MDB membeli loji kuasa elektrik pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran. Ia juga membeli/mengambilalih hutang piutang syarikat-syarikat janakuasa. Jumlah kos adalah RM18 bilion. 1MDB kehilangan begitu banyak wang sehingga ia tidak boleh membayar faedah ke atas pinjaman.

16. 1MDB membeli tanah Kerajaan pada RM60 kaki persegi sedangkan harga sebenarnya adalah lebih daripada RM3,000 kaki persegi. Dengan menilai semula tanah itu sebanyak 50 kali ganda, ia mendakwa asetnya adalah lebih besar daripada hutangnya. Ini adalah seperti menjual permit import yang didapati secara percuma daripada Kerajaan.

17. Kemudian 1MDB menyertai perniagaan yang mencurigakan dengan PetroSaudi sebagai rakan usaha sama. Ia membayar AS$1 bilion bagi saham 40% miliknya itu. Enam bulan kemudian usaha sama ini dibubarkan. Akan tetapi AS$1 bilion itu bersama dengan AS$700 juta yang lain ditukar menjadi pinjaman kepada PetroSaudi. Wang ini kini lesap.

18. Satu-satunya aset yang dipunyai oleh 1MDB sekarang adalah loji kuasa dan tanah di Kuala Lumpur. Lebih daripada RM20 Bilion daripada RM42 bilion itu tidak dapat dikesan atau dihitung.

19. Kemudian tiba-tiba The Wall Street Journal melaporkan Najib mempunyai AS$700 juta dalam akaun peribadinya di Bank Arab Malaysian (bersamaan RM2.6 bilion pada masa itu).

20. Tidak ada PM Malaysia atau Presiden Umno yang boleh mempunyai wang sebanyak itu. Semua sumbangan kepada Umno biasanya diterima dan dibankkan oleh Bendahari Umno. Semua aset diletakkan di bawah nama tiga pemegang amanah.

21. Tidak pernah dalam sejarah Umno terdapat lebih daripada RM250 juta secara tunai. Semua aset lain adalah dalam bentuk saham, tanah dan bangunan. Presiden adalah bertanggungjawab untuk menyerahkan semua sumbangan kepada Bendahari untuk perbankan. Presiden tidak pernah menyimpan wang Umno atau wang didermakan kepada Umno, untuk pilihan raya misalnya, di dalam akaun peribadinya. Tiada peruntukan untuk akaun Umno dikendalikan oleh Presiden.

22. Najib dan isterinya terkenal dengan gaya hidup yang mewah. Jelas sekali jutaan dibelanjakan untuk pertunangan dan pelbagai majlis perkahwinan di Malaysia dan Kazakhstan. Anak tiri Najib membelanjakan ratusan juta dolar membeli hartanah di London, New York dan California. Beliau juga membiayai pembikinan filem Hollywood, "The Wolf of Wall Street" dengan perbelanjaan melebihi AS$100 juta.

23. Dengan gaji Najib sebagai perdana menteri, adalah mustahil baginya untuk membelanjakan jutaan ringgit bagi semua ini. Ada satu kenyataan oleh PMO yang mendakwa bahawa wang bagi harta-harta luar negara dan filem itu diwarisi. Adalah mustahil bagi Tun Razak, atau Haji Noah atau bapa Datin Seri Rosmah Mansor memiliki dan mewariskan ratusan juta ringgit. Malah mereka tidak dikenali sebagai jutawan pun. Adik beradik Najib menafikan dakwaan itu.

24. Jadi dari mana datangnya wang itu? Najib mendakwa RM2.6 bilion itu didermakan kepadanya oleh seorang Arab. Ini tidak masuk akal. Tiada siapa yang pernah memberikan wang sebanyak itu kepada sesiapa. Dan Najib tidak dapat membuktikan bahawa orang Arab itu memberinya wang.

25. Dan dengan itu sebuah pasukan petugas khas yang terdiri daripada Peguam Negara, Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah, Gabenor Bank Negara dan Ketua Polis Negara ditubuhkan untuk menyiasat punca RM2.6 bilion berada dalam akaun peribadi Najib di Bank Arab-Malaysia.

26. Jawatankuasa Kira-Kira Dewan Rakyat juga sedang menyiasat apa yang berlaku kepada RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB. Begitu juga Ketua Audit Negara.

27. Tiba-tiba Najib memecat Peguam Negara dengan mendakwa dia sakit. Peguam Negara menafikan beliau sakit. Tidak ada sijil oleh doktor membuktikan dia sakit. Najib tidak mempunyai hak untuk mendakwa bahawa Peguam Negara sedang sakit.

28. Pada masa yang sama, ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dikatakan pergi bercuti. Gabenor Bank Negara membisu. Kemudian dia menyatakan dia takut ditangkap.

29. Dua daripada ahli-ahli Kerajaan PAC dilantik Timbalan Menteri dan dua lagi diberi pekerjaan lain. Mereka tidak dapat meneruskan kerja-kerja mereka sebagai ahli PAC. PAC adalah tanpa seorang Pengerusi dan siasatan 1MDB berhenti.

30. Dua anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ditangkap, dibebaskan dan dipindahkan ke Pejabat Perdana Menteri. Selepas komplen dibuat mereka dipindahkan semula ke Suruhanjaya.

31. Penolong Ketua Cawangan Khas dipindahkan keluar. Beliau kemudian membuat kenyataan yang keras terhadap pemindahannya.

32. Orang yang bercakap mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun Najib, atau melaporkan mengenainya ditangkap, pasport mereka dirampas dan diancam oleh polis dengan soal siasat. Ianya seolah-olah sebarang soalan mengenai 1MDB dan Najib 2.6 bilion merupakan tindakan untuk melemahkan demokrasi dan menjatuhkan Kerajaan yang dipilih dengan betul. Orang boleh ditahan sehingga 28 hari tanpa perbicaraan di bawah undang-undang baru yang bertujuan untuk mencegah tindakan keganasan. Bercakap tentang 1MDB dan RM2.6 bilion kepunyaan Najib seolah-olah merupakan tindakan keganasan. Najib lupa bahawa beliau sendiri terlibat dalam penyingkiran pemimpin terdahulu yang juga dipilih secara demokrasi.

33. Kemudian datangnya sesuatu yang menggemparkan. Al Jazeera menayangkan kisah pembunuhan gadis Mongolia Altantuya. Adalah jelas daripada kisah itu bahawa Najib mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu.

34. Ramai rakyat Malaysia tidak mahu mempercayainya. Tetapi orang di seluruh dunia mempercayai cerita itu. Ia menjadi satu skandal antarabangsa. Ia memalukan Malaysia. Di mana-mana sahaja sesiapa pergi, ada yang bertanya, "Apa yang berlaku kepada Malaysia".

35. Di antara 1MDB, RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib dan pembunuhan Altantuya, nama baik Malaysia benar-benar rosak. Tidak pernah sebelum ini, Malaysia menjadi begitu hina oleh merdana menterinya sendiri. Tidak pernah orang memandang rendah negara ini. Tidak pernah sebelum ini rakyat Malaysia begitu malu dengan negara mereka.

36. Najib membayar orang untuk menunjuk perasaan di jalan-jalan untuk menyokong beliau. Dengan sewenangnya beliau juga mengharamkan usaha orang-orang tunjuk perasaan bagi memecatnya.

37. Untuk mata wang dan ekonomi pulih, Najib mesti berhenti menjadi perdana menteri Malaysia. Rakyat Malaysia mesti menuntut penyingkiran Najib. Ianya sesuatu yang amat demokratik untuk menuntut penyingkiran beliau. Tindakan yang diambil beliau untuk menahan seseorang untuk mengadakan perhimpunan untuk menuntut penyingkiran beliau adalah apa yang tidak demokratik dan bercanggah dengan undang-undang negara ini.

38. Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk menuntut Najib membenarkan siasatan terhadapnya yang akan dijalankan oleh orang-orang bebas yang tidak dilantik olehnya. Najib mesti membenarkan proses undang-undang berjalan. Jika didapati bahawa dia melakukan kesalahan dia perlu didesak untuk
meletakkan jawatan.

39. Hanya dengan pengundurannya sebagai perdana menteri Malaysia barulah ekonomi akan pulih, nilai ringgit akan meningkat, dan kos sara hidup akan turun. Hanya selepas penyingkirannya rakyat Malaysia akan mampu berdiri semula.

* Tun Dr Mahathir Mohamad ialah perdana menteri Malaysia sehingga 2003.

Khairuddin Abu Hassan - pengkhianat negara atau pembela demokrasi?

Posted: 27 Sep 2015 03:34 AM PDT



Oleh Wong Chin Huat


Kalau untuk menjatuhkan seseorang perdana menteri perlukan tindakan daripada sistem pengadilan negara asing, kerana sistem pengadilan negara sendiri tidak boleh dipercayai, apakah itu pengkhianatan kepada negara?

Soalan inilah yang kita harus tanya bila ingin memutuskan sama ada penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan) oleh polis itu munasabah.

Beliau pada mulanya ditahan pada 18 September mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan (cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen).

Sebaik saja beliau melangkah keluar Mahkamah Majistret yang membebaskannya, beliau ditahan semula oleh polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana kesalahan Seksyen 124K (sabotaj) dan 124L Kanun Keseksaan (cubaan melakukan sabotaj).
Sosma membenarkan penahanan tanpa bicara selama 28 hari.

Apakah Khairuddin lakukan yang "memudaratkan demokrasi berparlimen" dan boleh diklasifikasikan sebagai "sabotaj" dan "cubaan untuk melakukan sabotaj"?

Jawapan diberi Ketua Polis Negara Tan Sri Tan Sri Khalid Abu Bakar:"Khairuddin seharusnya memberi ruang dan peluang kepada agensi penguatkuasa tempatan untuk menjalankan siasatan terhadap syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB)."

"Namun, beliau tetap memilih untuk menggunakan saluran perundangan asing khususnya Britain, Hong Kong, Perancis dan Amerika Syarikat dengan tujuan mengenakan tekanan antarabangsa ke atas Malaysia."

Sememangnya Khairuddin ditahan sebelum berlepas ke Amerika Syarikat untuk bertemu dengan agen Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Tiada undang-undang di Malaysia yang mengharamkan atau menghukum rakyat Malaysia menggunakan sistem penguatkuasaan negara asing, sama ada untuk kes sivil atau kes jenayah.

Kalau kita dirompak di New York, takkan kita nak lapor kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan bukan New York Police Department (NYPD)?

Tak kan PDRM nak rasa cemburu pada NYPD kerana rakyat Malaysia itu seolah-olah tidak percayakan PDRM. Sebaliknya, kalau seorang pelancong dari New York dirompak di Bukit Bintang, sudah tentu beliau membuat laporan kepada PDRM dan bukan NYPD.

NYPD juga tidak akan cemburu pada PDRM kerana pelancong New York itu membuat laporan di Kuala Lumpur.

Ini cara dunia moden beroperasi. Badan-badan penguatkuasa tidak berlagak macam kekasih yang suka-suka naik cemburu.

Bagaimana penyalahgunaan praktis ini dapat dielakkan?

Jawapannya mudah sekali: kerelevanan, atau, dalam cakap orang biasa "kena ada kes".

Kalau dirompak di New York, buat laporan di Los Angeles Police Department (LAPD) pun tidak akan terima kerana jenayah itu tidak jatuh dalam lingkungan kuasa LAPD.

Sebaliknya, jika sesuatu kes itu melibatkan 2 sistem pengadilan, maka kedua-duanya mempunyai kuasa untuk mengadili kes itu. Satu contoh yang lazim ialah kes perebutan hak penjagaan anak apabila suami isteri yang berlainan kewarganegaraannya berpisah.

Maka, Khairuddin tidak dapat "menyalahgunakan" - jika ada pihak yang ingin membuat tuduhan sebegitu - sistem penguatkuasaan negara asing jika "tiada kes".

Maka, jika Khairuddin memang ada kes yang boleh menarik kepedulian sistem penguatkuasaan negara asing, apakah salahnya?

Daripada kenyataan ketua polis negara, nampaknya kesalahan pertama Khariuddin adalah kerana ia tidak mempercayakan agensi penguatkuasa tempatan.

Kalau begitu, agaknya berapa orang Malaysia yang turut bersalah kerana tidak percayakan Jabatan Peguam Negara yang ketuanya boleh dipecat tiba-tiba, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang pegawai kanannya boleh dipindah tiba-tiba ke agensi di bawah orang disiasat yakni Jabatan Perdana Menteri, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen yang boleh dilumpuhkan dengan pelantikan ahlinya sebagai menteri dan timbalan menteri, dan polis yang tidak seganbsilu menunjukkan dwi-piawaian dalam penguatkuasaan?

Apa sudah terjadi kepada negara kita kalau rakyat terpaksa dihukum untuk mengelakkan ketidakpercayaannya terhadap badan penguatkuasa kita ditunjukkan?

Kepercayaan adalah kata kekunci di sini.

Demokrasi berparlimen yang pihak pemerintah sentiasa sebutkan berdasarkan kepercayaan.
Di bawah demokrasi berparlimen, ketua pemerintah iaitu perdana menteri tidak mempunyai jaminan kerja dan boleh "dipecat" oleh Parlimen pada bila-bila masa jika kepercayaan Parlimen terhadap perdana menteri berjaya digoncangkan.

Kerana itu, demokrasi berparlimen tidak dapat berfungsi jika rakyat tidak bebas mempersoalkan kebolehpercayaan perdana menteri dan Parlimen tidak bebas menentukan sama ada kepercayaan kepada perdana menteri harus ditarik balik.

Malangnya, itu yang berlaku di Malaysia sejak 27 dan 28 Julai, bermula dengan pemecatan tergempar peguam negara dan rombakan Kabinet.

Najib yang tidak segan silu gelar dirinya "wira Bugis" takut sekali untuk menyahut cabaran yang dibuat Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah pada 19 Ogos iaitu mengemukakan usul undi percaya di Parlimen.

Jika Najib berjaya memenangi undi percaya di Parlimen, maka beliau berhak terus berkuasa.

Najib bukan saja larikan diri daripada cabaran Maria, malah beliau sekarang gunakan Sosma - yang dijanjkan hanya untuk pengganas - untuk menahan Khairuddin tanpa bicara.

Apakah Khairuddin ini pengganas? Adakah beliau pengkhianat negara?

Tidak, beliau cuba sedaya upaya mempersoalkan kebolehpercayaan Najib sebagai perdana menteri. Kerana beliau tidak percaya badan penguatkuasaan kita, maka beliau ingin membawa bukti kepada badan penguatkuasaan negara asing.

Sesiapapun boleh tidak setuju dengan dakwaan Khairuddin, Najib melakukan jenayah dalam skandal 1MDB. Muktamadnya, selagi Najib tidak diheret ke penjara negara asing, Parlimen boleh menyatakan kepercayaan kepada Najib.

Sama ada ingin percaya pada Najib adalah hak Parlimen. Sama ada ingin buktikan kesalahan Najib adalah hak Khairuddin.

Sesiapa yang cuba menyekat hak Parlimen untuk mengambil ketetapan untuk sama ada percaya atau tidak percaya kepada perdana menteri, merekalah yang melakukan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen dan melakukan sabotaj kepada negara.

Bukan Khairuddin.

Sesiapa yang cuba menyekat hak Khairuddin atau mana-mana warga negara untuk membuktikan atau menidakkan kebolehpercayaan perdana menteri, merekalah yang melakukan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen dan melakukan sabotaj kepada negara.

Bukan Khairuddin.

Khairuddin membantu demokrasi berparlimen di Malaysia berfungsi dengan mengemukakan soalan terpenting kepada mana-mana pemerintah di bawah demokrasi berparlimen: Bolehkah Parlimen percaya kepada perdana menteri?

Tak kira apa niatnya dan agendanya, Khairuddin pembela demokrasi.

Bebas! Bebas! Bebas Khairuddin!

Jenuh beratur demi Pirate Coffee ‘abang sado’

Posted: 27 Sep 2015 03:26 AM PDT

 AHMED SYAHRIL ZULKEPLY

 

pirate coffee4
Dua 'abang sado' sedang membancuh kopi untuk pelanggan. - Foto Facebook Pirate Coffee Batu Pahat & Kluang


KUALA LUMPUR,  Baru seminggu berniaga, Pirate Coffee 'abang sado' mendapat sambutan di luar jangkaan daripada penduduk di Batu Pahat dan Kluang, Johor.


Malah, ada yang sanggup beratur panjang, semata-mata mahu menikmati segelas kopi sejuk sambil melihat jejaka bertubuh sasa yang baru sahaja menjinakkan diri dalam bidang perniagaan.

Jika sebelum ini, keistimewaan Coffee King di Ipoh menjadi viral sehingga orang ramai beratur panjang, Pirate Coffee tidak jauh beza dari segi kelazatannya, menyebabkan penduduk setempat berpusu-pusu mendapatkan minuman tersebut.

Seorang pelanggan Pirate Coffee Tiq Suraji menulis di laman Facebooknya, "Akhirnya! Dapat juga rasa air tangan abang sado Pirate Coffee ini. Jenuh beratur sabar tunggu giliran."

Muhamad Azree pula kagum dengan keberanian anak-anak muda itu menceburi bidang perniagaan dan menghasilkan produk bermutu.

"Saya kagum dengan mereka. Kemungkinan besar mereka akan kekalkan produk ini kerana berbaloi. Saya tidak perlu membandingkan minuman ini dengan Starbuck kerana lebih utama, minuman ini mempunyai rasa mereka yang tersendiri dan cukup unik," katanya.

Pemuda BN akan putuskan hubungan dengan Pemuda MCA Pasir Gudang

Posted: 27 Sep 2015 03:21 AM PDT

IKHWAN HAZWAN

 

worldheartday
Khairy (tiga dari kiri) merasmikan Proram 14th World Heart Day Walk-A-Mile Run 2015 di Taman Botani Perdana di sini hari ini. Foto ihsan Kementerian Belia dan Sukan.


KUALA LUMPUR,  Pemuda Barisan Nasional (BN) terpaksa memutuskan hubungan dengan Pemuda MCA Pasir Gudang sekiranya berkeras dengan keputusan mereka untuk memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata tindakan berkenaan akan dilakukan sekiranya mereka tidak menarik balik keputusan yang dibuat sebelum ini.

Menurut Khairy, pendirian MCA Pasir Gudang itu tidak wajar kerana sekalipun boleh ada pandangan yang berbeza, namun tidak boleh untuk putuskan hubungan dengan Pengerusi BN.

"Saya melihat tindakan mereka keterlaluan dan tidak matang dan Pemuda BN tidak ada kuasa disiplin ke atas parti komponen, sebab itu bukan dalam peraturan di peringkat hubungan antara parti.

"Namun demikian, sekiranya tetap berkeras dengan keputusan mereka, Pemuda BN terpaksa putus hubungan dengan Pemuda MCA Pasir Gudang berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Proram 14th World Heart Day Walk-A-Mile Run 2015 di Taman Botani Perdana di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden Yayasan Jantung Malaysia,Tun Ahmad Sarji dan Pengarah Urusan Nestlé Malaysia Berhad, Alois Hofbauer.

Sebelum ini, Pemuda MCA Bahagian Pasir Gudang telah mengumumkan untuk memutuskan hubungan dengan Najib.

Keputusan itu adalah berikutan sokongan yang dinyatakan Najib terhadap Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan pada 16 September lalu.

Tindakan ke atas Jamal Yunos? Selesaikan siasatan polis dulu – KJ

Posted: 27 Sep 2015 03:19 AM PDT

IKHWAN HAZWAN

 

KJ650X360
Khairy mengakui cadangan mengambil tindakan terhadap Jamal masih belum dibangkitkan di peringkat pimpinan tertinggi Umno. Foto fail TRP/Mokhsin Zamani 


KUALA LUMPUR,  Tindakan disiplin ke atas Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos hanya akan ditentukan sehingga siasatan polis selesai sepenuhnya.


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata buat masa ini perkara tersebut masih belum dibangkitkan di peringkat pimpinan tertinggi Umno.

"Apa pun kita perlu menunggu sehingga siasatan polis selesai terlebih dahulu.

"Kalau ada kes jenayah, sudah tentu pihak Lembaga Disiplin Umno akan ambil tindakan sewajarnya," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Kelmarin, Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu itu ditahan selepas beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk memberi keterangan, pada jam 8.50 malam.

Beliau ditahan di bawah Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah, yang memberi kuasa kepada polis untuk menahan seseorang individu itu, supaya tidak menjejaskan ketenteraman awam.

Jamal kemudiannya dibebaskan di IPD Dang Wangi pada jam 8.30 malam semalam.

Empat pelajar cedera, bas terjunam dalam parit

Posted: 27 Sep 2015 03:14 AM PDT

BEN TAN

 

bas650X360
Bas yang dinaiki 23 pelajar hilang kawalan dan terjunam di Jalan Seelong di Senai, awal pagi tadi. Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat


KULAI,  Empat orang pelajar sekolah menengah cedera apabila bas sekolah yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terjunam ke dalam parit di Jalan Seelong, Senai di sini.


Mangsa terdiri daripada dua orang pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan yang mana salah seorang daripada mereka patah di bahagian bahu, dalam insiden yang berlaku pada jam 6.45 pagi itu.

Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kulai bergegas ke lokasi kejadian dan mengambil masa selama 20 minit untuk menyelamatkan pelajar berkenaan.

Pelajar yang cedera tersebut dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim untuk mendapatkan rawatan.

Baki 19 orang pelajar lagi bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden tersebut.
Keadaan bas yang terjunam di Jalan Seelong di Senai. Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat
Keadaan bas yang terjunam di Jalan Seelong di Senai. Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat
Terdahulu, bas berkenaan yang membawa 23 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senai itu terbabas selepas cuba untuk mengelak daripada merempuh sebuah lori yang berada di laluan bertentangan.

Timbalan Ketua Polis Pulai, Deputy Superintendent Mohad Idris Samsuri berkata pemandu bas berusia 35 tahun itu kemudiannya gagal mengawal kenderaan tersebut dan menyebabkan terbabas ke bahagian kiri jalan sebelum berpusing dan terjunam ke dalam parit.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu secara cuai," katanya.

Aliran trafik di lebuh raya utama semakin perlahan

Posted: 27 Sep 2015 03:10 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan perlahan setakat 11 pagi ini berikutan orang ramai mulai pulang daripada cuti bersempena sambutan Aidiladha.
 
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Expressways Sdn Bhd berkata, trafik sibuk di Lebuhraya Utara-Selatan dari arah utara mulai Permatang Pauh menuju Prai, Changkat Jering ke Bukit Berapi, Kuala Kangsar ke Terowong Menora, Ipoh ke Gopeng dan Tapah ke Sungkai.
 
"Namun bagi arah selatan pula, aliran trafik menuju ke ibu negara masih lagi lancar dan tiada kemalangan dilaporkan," katanya dipetik Bernama.
 
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata pertambahan kenderaan menyebabkan aliran trafik perlahan sebelum dan selepas Plaza Tol Kuala Terengganu di Lebuhraya Pantai Timur 2 serta dari Plaza Tol Bentong menuju ke Bukit Tinggi. 
 
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
 
 

Wan Azizah: Pembangkang tiada RM2.6b singkir Najib

Posted: 27 Sep 2015 03:07 AM PDT

Susan Loone


  


Pembangkang tidak mempunyai RM2.6 bilion 'wang derma' untuk mendapatkan MP BN menyeberang dengan menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berseloroh di Seberang Jaya dan berkata "pihaknya juga tidak mempunyai niat untuk membeli mereka".

"Jika kita mempunyai kuasa terhadap RM2.6 bilion, ia mungkin membantu kita, sebab itulah cara ia (berfungsi)," katanya sambil senyum sinis kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat tahunan PKR cabang Permatang Pauh pagi ini.

Azizah berkata demikian ekoran Najib yang kini berdepan tekanan besar mengenai isu sumbangan RM2.6 bilion yang didakwa diterima dari penderma negara Arab tanpa dinyatakan namanya.

Wang tersebut dilaporkan disimpan dalam akaun beberapa bank peribadinya sebelum pilihan raya umum 2013 dan Najib menegaskan wang itu tidak digunakan untuk kepentingan peribadi.

Najib turut berdepan dengan kritikan antarabangsa dalam menguruskan firma pelaburan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Wan Azizah ditanya bila pembangkang akan membentangkan undi tidak percaya bagi menyingkirkan Najib kerana kebanyakan MP pembangkang menyatakan sokongan terhadap langkah itu.

Dr Wan Azizah yang juga ADUN Kajang berkata pembangkang sedang berbincang cara terbaik untuk melakukannya, termasuk "melakukannya di luar Parlimen".

Jerebu:4 penerbangan lewat, 1 dilencongkan di Sarawak

Posted: 27 Sep 2015 03:01 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Empat penerbangan mengalami kelewatan akibat jerebu di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Kuching pagi ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 September, 2015.Empat penerbangan mengalami kelewatan akibat jerebu di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Kuching pagi ini. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Empat penerbangan, masing-masing 2 pelepasan dan 2 ketibaan mengalami kelewatan akibat jerebu di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Kuching pagi ini.

Menurut Pengurus Kanan LTAB Kuching, Mohd Nadzim Hashim, ia berikutan jarak ketampakan rendah di lapangan terbang itu pagi ini iaitu 800 meter saja.

Beliau berkata kelewatan itu melibatkan sektor pelepasan Kuching-Kuala Lumpur dan Kuching-Sibu serta sektor ketibaan Kuala Lumpur-Kuching dan Sibu-Kuching.

"Kelewatan ini melibatkan 333 penumpang iaitu 144 bagi ketibaan dan 189 untuk pelepasan," katanya. Nadzim berkata kesan jerebu turut mengakibatkan penerbangan MH2542 Kuala Lumpur-Kuching dengan 65 penumpang dilencongkan ke Sibu.

Sementara itu, Nadzim berkata dua penerbangan, satu ketibaan dan satu pelepasan melibatkan sektor Kuching-Pontianak dan Pontianak-Kuching dibatalkan sejak 5 hari lepas.

"Sektor ini dibatalkan sehingga diberitahu kelak. Tiada penumpang terlibat kerana semua penumpang dimaklumkan lebih awal," katanya.

Setakat 10 pagi tadi laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuching mencatatkan bacaan tidak sihat pada 141.

IPU pada tahap antara 0-50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 300). – Bernama


Jerebu: 533 sekolah di Sarawak ditutup esok

Posted: 27 Sep 2015 02:58 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Sejumlah 533 sekolah rendah dan menengah di 3 bahagian di Sarawak akan ditutup esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin buruk. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 September, 2015.Sejumlah 533 sekolah rendah dan menengah di 3 bahagian di Sarawak akan ditutup esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin buruk. – Gambar fail The Malaysian Insider

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sejumlah 533 sekolah rendah dan menengah di 3 bahagian di Sarawak akan ditutup esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin buruk.

Jabatan Pendidikan Sarawak dalam satu kenyataan berkata penutupan sekolah di Bahagian Kuching, Samarahan dan Sri Aman itu akan membabitkan 113,755 murid sekolah rendah dan 86,623 pelajar sekolah menengah.

"Sejumlah 265 sekolah rendah dan menengah di 4 daerah dalam Bahagian Kuching iaitu Kuching, Bau, Lundu dan Padawan akan ditutup. Penutupan ini melibatkan 129,832 murid.

"Manakala 198 sekolah rendah dan menengah di 3 daerah dalam Bahagian Samarahan iaitu Samarahan, Serian dan Simunjan membabitkan 54,976 murid akan ditutup esok," kata kenyataan itu. Bagi Bahagian Sri Aman, sejumlah 70 sekolah di Daerah Sri Aman dan Lubok Antu akan ditutup, penutupan melibatkan 14,359 pelajar, katanya.

Setakat 12 tengah hari tadi, IPU di Sri Aman mencatatkan bacaan 190, Samarahan (145) dan Kuching (137), iaitu tahap tidak sihat.

IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). – Bernama,


Bersedia awal hadapi musim banjir - Ahmad Shabery

Posted: 27 Sep 2015 12:14 AM PDT

Bernama
Bersedia awal hadapi musim banjir - Ahmad Shabery
AHMAD SHABERY: Meminta semua petani dan penternak di seluruh negara supaya meningkatkan hasil masing-masing sebelum berlakunya banjir bagi memastikan barangan makanan mencukupi.
 

KEMAMAN: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengarahkan setiap jabatan dan agensinya supaya membuat persiapan awal bagi memastikan bekalan makanan mencukupi untuk dihantar ke kawasan terbabit jika berlakunya banjir menjelang November ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata dalam pada itu, kementerian akan bekerjasama dengan beberapa kementerian berkaitan bagi memastikan bekalan itu dapat dihantar ke semua pusat perpindahan.

"Barangan makanan harian akan dihantar lebih awal ke setiap pangkalan hadapan untuk diagihkan ke semua pusat perpindahan banjir," katanya kepada pemberita semasa menghadiri program pertandingan memikat Burung Ketitir di Felda Nerang Satu di sini, Sabtu.

Selain itu, kementerian akan memastikan bekalan makanan yang dihantar ke pusat-pusat perpindahan adalah mencukupi bagi tempoh beberapa hari sebelum bekalan tambahan dihantar.

Ahmad Shabery juga meminta semua petani dan penternak di seluruh negara supaya meningkatkan hasil masing-masing sebelum berlakunya banjir bagi memastikan barangan makanan mencukupi.

Khutbah Aidiladha: JAIP tidak mohon maaf, tuduh DAP campurtangan hal Islam

Posted: 26 Sep 2015 11:55 PM PDT

Oleh Shuhaniza Said

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tidak akan tunduk kepada tuntutan DAP yang mahu badan itu memohon maaf dan menarik balik teks khutbah Aidiladha yang didakwa sebagai memfitnah parti itu.  
 
Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan, kandungan teks khutbah berkenaan tidak langsung berbaur fitnah, sebaliknya adalah nasihat kepada umat Islam agar bersatu.
  
"Kita tak akan minta maaf kerana kita bercakap hal agama. Hal agama ini (pihak luar) tak boleh campur tangan, apatah lagi dalam khutbah," tegas beliau. 
 
"Kita tak akan tarik balik khutbah (ini).  Kita ada hak untuk menyatakan tentang kebenaran Islam," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Abdul Rahman membidas DAP kerana memberikan kata dua kepada JAIP tanpa menghayati kandungan khutbah Aidiladha itu.
 
Malah, tegas beliau, DAP sepatutnya memohon maaf terlebih dahulu kerana campurtangan dalam hal ehwal Islam seperti pelaksanaan hudud di Kelantan. 
 
"Khutbah ini merupakan nasihat, nasihat daripada orang Islam supaya semua orang Islam bersatu atas nama Islam, bukan bersatu dengan pihak yang mana mencabar tentang Islam, misalnya hudud. Hudud sebahagian daripada Islam.
 
"Sepatutnya mereka (DAP) minta maaf dulu kerana mereka menyentuh hal-hal agama Islam. Sepatutnya mereka sudah lama minta maaf," katanya.
 
Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata pihaknya akan menyaman JAIP jika ia enggan memohon maaf dalam tempoh lima hari di atas kandungan  khutbah Aidiladaha itu.  
 
Menurut teks khutbah Jabatan Mufti Pahang itu, umat Islam di negara ini berpecah kerana ideologi politik berbeza.
 
"Perpecahan ini ialah kerana orang Islam lebih mengutamakan parti politik seperti Umno, PAS, PKR dan juga Gerakan Harapan Baru, lebih daripada Islam.
 
"Malahan terdapat segelintir umat Islam yang menyertai DAP, yang jelas bertentangan dengan Islam," menurut teks khutbah itu.
 
Dalam mempertahankan teks khutbah itu, Abdul Rahman membayangkan bahawa ahli beragama Islam di dalam DAP yang mempertahankan campurtangan parti itu dalam hal kepentingan Islam boleh dianggap sebagai syirik.
 
"Bila duduk dalam sebuah parti bukan Islam, mereka akan mempertahankan apa saja walaupun telah dinasihatkan yang baik. Kita nasihatkan orang Islam supaya bersatu. Apakah itu salah?," ujarnya.
 
Ditanya mengenai kemungkinan DAP mengambil tindakan mahkamah terhadap JAIP, Abdul Rahman berkata pihaknya tidak gusar dengan ugutan Tengku Zulpuri itu.
 
"Kita ada satu peraturan (iaitu) apa-apa fatwa yang dikeluarkan mufti tidak boleh dibawa untuk tindakan undang-undang," kata beliau.
 
"Kalau sesuatu perkara itu menepati syarak, tak ada sebab (diambil tindakan) dan kita bersedia untuk menerima apa-apa tindakan," tambah Abdul Rahman.
 
"Terpulanglah kalau mereka (ahli DAP beragama Islam) nak cuba cabar agama Islam sendiri, institusi agama Islam sendiri," kata beliau lagi.
 
 

PKR masih berharap PAS turut sertai Pakatan Harapan

Posted: 26 Sep 2015 11:53 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
PERMATANG PAUH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih mengharapkan PAS akan dapat berkerjasama dalam Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan parti yang dalam proses didaftarkan, Parti Amanah Negara.
 
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata perbezaan pendapat antara DAP dan PAS bukan satu perkara baharu, malah berlaku sebelum penubuhan Pakatan Rakyat.
 
Katanya, PKR akan berfungsi sebagai jambatan kepada DAP dan PAS untuk menyelesaikan perbezaan pendapat mereka dan berharap mereka akan dapat berkerjasama dalam satu pasukan.
 
"Kita berharap PAS akan menyertai pakatan baharu (Pakatan Harapan) bersama-sama dengan DAP atas dasar bersama yang dipersetujui sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas majlis kenduri korban Wanita PKR Cabang Permatang Pauh di Dataran Guar Perahu di sini hari ini.
 
Dr Wan Azizah yang juga ketua pembangkang turut menolak dakwaan penubuhan Parti Amanah Negara oleh bekas anggota PAS akan mengeruhkan hubungan antara DAP dan PAS.
 
Isnin lepas Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sekali lagi mengulangi pendirian parti itu tidak akan menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara dan DAP dalam pakatan pembangkang baharu itu.
 
 

Insiden rempuhan Mina: Angka kematian meningkat kepada 769

Posted: 26 Sep 2015 11:52 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
MINA: Angka kematian akibat insiden rempuhan di Mina dilaporkan kepada 769 pada Sabtu, demikian menurut Menteri Kesihatan Arab Saudi.
 
Sebelum ini, angka kematian dicatatkan seramai 717 orang setakat Jumaat. 
 
Menurut Khaled al-Falih, jumlah jemaah haji yang cedera turut meningkat kepada 934 berbanding 805 sebelum ini.
 
Kejadian itu berlaku di Jalan 204 di pusat perkhemahan Mina, beberapa kilometer ke timur Makkah, di mana jemaah lazimnya menginap beberapa hari sebelum cara kemuncak musim haji bermula. 
 
Insiden rempuhan di Mina pada Khamis merupakan kali kedua berlaku sejak 2006, yang menyaksikan 346 jemaah haji terkorban ketika menunaikan ibadah melontar.
 
Ketika ini kira-kira dua juta orang sedang mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi.
 
 

Jamal dibebaskan polis, mahu ambil tindakan terhadap media

Posted: 26 Sep 2015 11:51 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos yang ditahan pada Jumaat, dibebaskan polis pada pukul 8.30 malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan perkara itu. 
 
Jamal ketika ditemui pemberita selepas dibebaskan berkata polis memberi layanan baik kepadanya sepanjang ditahan selama 24 jam. 
 
Beliau bagaimanapun menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa media yang didakwa memutar belit kenyataannya, sehingga membawa kepada penahanan tersebut.
 
Ujarnya, penahanan tersebut merupakan satu penganiayaan terhadap dirinya akibat laporan yang tidak tepat.
 
"Barisan peguam yang dilantik sedang meneliti laporan-laporan berita oleh media berkenaan yang sengaja mensensasikan kenyataan saya sehingga membawa kepada penahanan saya semalam. 
 
"Saya harap rakan media lain akan lebih bertanggungjawab dalam membuat laporan pada masa akan datang," katanya selepas dibebaskan. 
 
Pada Jumaat, beliau ditahan polis mengikut Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah berhubung kenyataannya tentang rusuhan akan berlaku pada perhimpunan di Jalan Petaling.
 
 

Tanpa PAS, Pakatan Harapan hilang undi Melayu - Agus

Posted: 26 Sep 2015 11:50 PM PDT

 Oleh Azizul Osman

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pakatan Harapan dijangka akan hilang pengundi Melayu khususnya Melayu konservatif sekiranya PAS masih enggan menyertai gabungan pembangkang baru itu.
 
Menurut penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof, ada beberapa faktor yang pada padangan beliau akan memburukkan gabungan berkenaan sekiranya tiada penglibatan PAS.
 
"Pakatan akan kehilangan sokongan pengundi Melayu konservatif. Parti Amanah Negara (Amanah), parti baru yang ditubuhkan tetap boleh mendapat sokongan pengundi Melayu progresif, tetapi tidak sebanyak sekiranya Amanah kekal dalam PAS. Apatah lagi, jika PAS bekerjasama dengan UMNO, maka Pakatan akan kehilangan sokongan pengundi Melayu yang banyak."
 
"Kedua, saya melihat Pakatan Harapan terlalu tergesa-gesa menubuhkan gabungan baru dan ia terlalu eksklusif. Sepatutnya Pakatan Harapan lebih berjiwa besar dengan merundingi terlebih dahulu kemasukan gabungan parti-parti baru dari Sabah dan Sarawak serta juga tidak meninggalkan PSM", katanya dalam Facebook rasmi beliau.
 
Malah usaha beberapa pihak untuk tidak menerima PAS dalam Pakatan Harapan juga tidak meninggalkan kesan terhadap parti berkenaan yang mempunyai pengundi setia, katanya.
 
"Bagi saya, untuk melenyapkan PAS dalam arus politik negara adalah mustahil kerana PAS adalah parti yang mempunyai asas ideologi perjuangan yang kukuh. PAS juga mempunyai cukup pengalaman dalam arus politik negara sejak tahun 1951 lagi," ujar pensyarah kanan UKM itu.
 
Justeru, katanya tindakan PAS untuk bergerak sendiri harus ditimbal balik oleh kepimpinan tertinggi parti itu kerana disifatkan terburu-buru. 
 
"Bolehkah PAS menang sebanyak kerusi yang dimenanginya dalam PRU lalu tanpa Pakatan? Jawapan saya, susah untuk PAS mengekalkan kemenangannya kerana komposisi pengundi negara memerlukan PAS juga mendapat sokongan pengundi bukan Melayu—sesuatu yang sukar untuk PAS memperolehinya tanpa Pakatan (Harapan)", ujar beliau.
 
PAS pada Selasa menegaskan tidak akan menyertai Pakatan Harapan yang baru dilancarkan hari ini dan dalam masa sama tidak sesekali akan bekerjasama dengan DAP.
 
Kenyataan itu dibuat Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
 
Keputusan untuk tidak menyertai Pakatan Harapan dibuat menerusi mesyuarat Dewan Harian PAS yang dipengerusikan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 
 
PAS juga tidak memerlukan kerjasama dengan DAP memandangkan hubungan dengan parti itu sudah putus, kata Takiyuddin.
 
Pakatan Harapan ditubuhkan pada 22 September lalu hasil persidangan meja bulat anjuran PKR yang dipengerusikan Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
 
Gabungan bru pembangkang itu disertai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) tanpa PAS.
 
 

Jerebu: Sekolah di tiga negeri, dua WP ditutup esok

Posted: 26 Sep 2015 11:42 PM PDT

MALAYSIAKINI.


 


Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sri Aman, Kuching dan Samarahan di Sarawak diarahkan ditutup esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin buruk.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini berkata pemantauan berterusan di seluruh negara mendapati beberapa negeri dan bahagian hari ini mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat (201-300) dan tidak sihat (101-200).

Menurutnya pihak jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah bagi negeri dan bahagian terlibat hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing mengenai penutupan itu dengan kadar segera.

Setakat pukul 11 pagi tadi, lima kawasan mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat dengan Shah Alam mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 281; Batu Muda, Kuala Lumpur (256); Pelabuhan Klang (252), Petaling Jaya (232) dan Putrajaya (206).

Beberapa kawasan lain di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Sarawak mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Banting (190), Sri Aman (188), Cheras (183), Kuala Selangor (168), Seremban (152), Samarahan (145), Nilai (144), Kuching (139) dan Port Dickson (131). -Bernama


2 ulasan:

Equity Capital Loans berkata...

* PERLU PINJAMAN SEGERA?
* Selamat dan selamat.
* Kelulusan Cepat
* Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
* Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
* Tunai dalam Kurang daripada 24 jam
* Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
   Sila mengisi dan menghantar kembali ini borang permohonan pinjaman kepada
   Email-homeofequity@gmail.com
               PERMOHONAN PINJAMAN
  Nama: ...................
  Alamat : .................
  Negara: ...................
  Umur: ..........................
  Seks: ....................
  Nombor telefon : ..............
  Status: .................
  Pekerjaan: ...............
  kedudukan: .................
  pendapatan bulanan : ..............
  Jumlah Pinjaman: .................
  Tujuan Pinjaman: ...............
  jangka masa: ....................
  Pernahkah anda memohon pinjaman sebelum: ............
  awak faham Inggeris : .................
  Sapukan dengan kami hari ini Email-homeofequity@gmail.com
  Yang ikhlas ,
  Nicolas Payne
  C.E.OEquity Capital

Unknown berkata...

Salam sejahtera!
Nama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.

Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh Ibu Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada ibu Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com

Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.

Nota: Tiada yuran insurans, yuran pendaftaran atau yuran pemindahan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan Ibu Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Puan Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan