Sabtu, 26 September 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Penganjur himpunan Baju Merah, Jamal Yunos dibebaskan

Posted: 26 Sep 2015 07:00 AM PDT

T K Letchumy Tamboo, Astro Awani
Penganjur himpunan Baju Merah, Jamal Yunos dibebaskan
Sejurus keluar dari balai polis, Jamal mula dikerumuni oleh penyokongnya dan mereka mula berdoa beramai-ramai. - Gambar Astro AWANI/TK LETCHUMY TAMBOO

KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos yang ditahan polis semalam berhubung kenyataannya tentang rusuhan di Jalan Petaling telah dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini, malam tadi.

Jamal yang memakai kemeja-T serta topi berwarna hitam dibebaskan pada kira-kira jam 8.30 malam, disambut oleh penyokong-penyokongnya yang sudah mula berkumpul di luar balai polis itu pada awal petang Sabtu.

Sejurus keluar dari balai polis, Jamal mula dikerumuni oleh penyokongnya dan mereka mula berdoa beramai-ramai.


MCA sedia gempur Lim Kit Siang di Gelang Patah

Posted: 26 Sep 2015 05:25 AM PDT

 
UMNO bersetuju untuk memulangkan kerusi berkenaan kepada MCA yang dipinjamkan pada PRU13.


liow-tiong-lai_lim-kit-siang_600


PETALING JAYA: MCA sedia 'menggempur' pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang di kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata keputusan itu dibuat selepas Penasihat DAP itu gagal menjaga rakyat di kawasan berkenaan.

"Apa yang terjadi (di Gelang Patah) sekarang Lim (Kit Siang) langsung tak layan penduduk di Gelang Patah, terus hilangkan diri sehingga penduduk cari beliau ke merata tempat bagi mengadu masalah mereka.

"UMNO setuju kembalikan kerusi itu kepada MCA pada PRU nanti, tetapi kita tunggu nanti adakah Lim berani bertanding balik di Gelang Patah kerana beliau susah nak duduk di satu tempat secara tetap, suka melompat kerana lama sangat duduk takut rahsia dia terbongkar," katanya yang dipetik daripada Bernama.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen MCA Negeri Johor di Segamat.

Liow berkata selain Gelang Patah, UMNO juga menyatakan persetujuan untuk memberikan semula kerusi Parlimen Wangsa Maju kepada MCA pada PRU akan datang.

"Pada PRU yang lepas MCA pinjamkan tiga kerusi Parlimen kepada UMNO iaitu Gelang Patah, Wangsa Maju dan Kuantan. Hari ini kita umum Gelang Patah dan Wangsa Maju (dipulangkan kepada MCA)," katanya.

‘Sudah sudahlah, saya tak mahu lagi ada demonstrasi’

Posted: 26 Sep 2015 05:21 AM PDT

BERNAMA

 

zahid2
Ahmad Zahid (tengah) menegaskan, demonstrasi jalanan bukanlah budaya Malaysia dan ia tidak seharusnya diamalkan di negara ini. - Foto Bernama

SERIAN,  Rakyat diminta tidak lagi menggunakan demonstrasi jalanan untuk menyuarakan pandangan, sebaliknya mereka digesa menggunakan pelbagai forum lain.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, demonstrasi jalanan bukanlah budaya Malaysia dan ia tidak seharusnya diamalkan di negara ini.

"Sudah sudahlah, saya tidak mahu lagi ada demonstrasi baju kuning atau baju merah lagi selepas ini…banyak forum lain untuk pihak yang tidak puas hati meluahkan pandangan, selain daripada  keluar ke jalanan unuk mengadakan demonstrasi.

"Malaysia ialah sebuah negara demokratik dan kita ada pilihan raya untuk memilih kerajaan dan pemimpin, bukannya dengan cara berdemonstrasi di jalanan," katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat, di Kampung Terbat Teban, Tebakang, hari ini.

Sambil menegaskan beliau amat tidak bersetuju dengan tindakan mana-mana pihak mengadakan demonstrasi jalanan, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, rakyat perlu menghormati undang-undang di negara ini.

Beliau berkata, pemimpin negara datang dan pergi, tetapi rakyat perlu menghormati sistem demokrasi Malaysia dan pemimpin yang dipilih menerusi proses itu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, pemimpin yang dipilih perlu turun padang membantu rakyat, bukannya hanya muncul apabila menjelang pilihan raya.

Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) sememangnya serius dalam usahanya membangunkan rakyat, terutama mereka di luar bandar.

"Saya berasal dari kampung dan saya amat memahami masalah dan keperluan penduduk di luar bandar, terutama keperluan kesihatan dan pendidikan mereka," katanya.

Beliau turut mengingatkan rakyat supaya berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan fitnah parti pembangkang yang disiarkan di laman media sosial.

Menurutnya, permainan politik pembangkang hanyalah untuk memecahbelahkan rakyat dan jika ia berlaku, rakyat perlu membayar 'harga' terlalu mahal untuk mengatasinya.

Sementara itu, Ahmad Zahid meminta rakyat mengetepikan perbezaan kaum, budaya dan agama demi memelihara keamanan negara dan keharmonian kaum.

"Kita harus bersama-sama menganggap tanah Malaysia ini sebagai negara kita bersama. Rakyat Sabah, Sarawak dan  Semenanjung Malaysia wajar bersatu hati, walaupun berbeza kaum dan agama…kita harus ada semangat untuk bersama-sama membangunkan negara kita," katanya.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid mengumumkan peruntukan RM300,000 untuk kawasan Parlimen Serian, termasuk kos membaik pulih Balai Raya Kampung Terbat Leban.

Tiada jemaah Malaysia terbabit kebakaran khemah di Mina

Posted: 26 Sep 2015 05:15 AM PDT

BERNAMA

 

khemah
Pemandangan di kawasan perkhemahan di Mina, berhampiran Makkah. - Foto arkib Reuters


MAKKAH,  Satu kebakaran yang dilaporkan berlaku semaalm, di khemah penempatan jemaah haji, di Mina, tidak membabitkan jemaah Malaysia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kejadian pada petang Jumaat itu berlaku di perkhemahan jemaah haji dari Mesir dan dipercayai berpunca daripada sebuah dapur berdekatan perkhemahan itu.

"Tiada jemaah haji Malaysia terlibat. Semua anggota keluarga jemaah haji di tanah air tidak perlu risau, kerana mereka semua berada dalam keadaan baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut berita yang disiarkan di laman web Mesir, Al-Youm al-Sabea, sebuah khemah milik jemaah haji Mesir terbakar, semasa mengerjakan ibadah haji pada Jumaat.

Laporan itu menyebut, lapan jentera bomba dan penyelamat segera dikerahkan ke tempat kejadian, dan anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran itu tidak lama kemudian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

PAS Perak taruh calon bukan Islam lawan DAP

Posted: 26 Sep 2015 03:08 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



PAS Perak berkemungkinan besar mempertaruhkan calon bukan Islam di kawasan yang ditandinginya pada pilihan raya umum akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 September, 2015.PAS Perak berkemungkinan besar mempertaruhkan calon bukan Islam di kawasan yang ditandinginya pada pilihan raya umum akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
PAS Perak berkemungkinan besar mempertaruhkan calon bukan Islam di kawasan yang ditandinginya pada pilihan raya umum akan datang (PRU14), lapor Sinar Harian hari ini.

Memetik pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria, akhbar itu melaporkan, keputusan itu bagaimanapun hanya akan dibuat sekiranya PAS menemui calon berkredibiliti dan boleh diterima pengundi, khususnya bukan Melayu.

"Kita berkemungkinan akan meletakkan calon bukan Islam terdiri dari kalangan ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) negeri.

"Namun kriteria bergantung kepada kredibiliti serta sejauh mana penerimaan orang Melayu terhadap calon tersebut," katanya. 
 
Beliau berkata, khabar angin yang bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Sum Cheok Leong mungkin diletakkan selaku calon PAS itu adalah tidak benar.

"Pada ketika ini, yang menjadi fokus kita adalah membantu mereka yang boleh berkhidmat dan membawa agenda rakyat," Razman dipetik berkata akhbar itu.

Selain itu, beliau berkata keputusan PAS untuk bertanding semua kerusi DUN dan Parlimen di Perak pada PRU14 bergantung kepada kerjasama politik dengan PKR
 
 

PAS tak mampu tumbangkan BN tanpa Pakatan Harapan, kata DAP Perak

Posted: 26 Sep 2015 03:05 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Pengerusinya DAP Perak Nga Kor Ming berkata tiada jalan lain menumbangkan Barisan Nasional selain kerjasama antara parti pembangkang termasuk PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 September, 2015.Pengerusinya DAP Perak Nga Kor Ming berkata tiada jalan lain menumbangkan Barisan Nasional selain kerjasama antara parti pembangkang termasuk PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider
 
 
 
DAP Perak yakin PAS tidak mampu memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sekiranya ia masih bertegas mahu bersendirian dan tidak menyertai Pakatan Harapan (PH), lapor Sinar Harian hari ini. 
 
Pengerusinya Nga Kor Ming berkata, adalah penting satu gabungan bersama barisan pembangkang dibentuk bagi merealisasikan hasrat menumbangkan Barisan Nasional (BN), sekaligus menawan Putrajaya.
 
"Pakatan Harapan banyak kali mempelawa PAS untuk menyertainya, (tetapi) ditolak secara terbuka pimpinan PAS.

"Walaupun ditolak, DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR akan sedaya upaya berbincang dengan PAS bagi mengelak pertandingan tiga penjuru, terutamanya di Perak," katanya. 
 
Nga percaya, kekuatan PAS tidak akan ke mana, malah tidak mampu mengulangi kecemerlangan PRU13, jika terus berdegil menolak kerjasama pembangkang yang lain.

"Tanpa kekuatan gabungan bersama, PAS tidak mungkin menang PRU14, malah niat untuk menggantikan BN juga akan terkubur," beliau dipetik berkata.

Sinar turut memetik Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty yang optimis PAS akan menyertai PH dalam masa terdekat.

"Saya positif tentang perkara ini dan yakin kepimpinan Pakatan Harapan akan berjaya memujuk PAS untuk bersama dalam gabungan," katanya.

Beliau berkata, tiada jalan lain menumbangkan BN selain penyatuan dan kerjasama jitu antara parti pembangkang terdiri daripada PKR, PAS, Amanah dan DAP.


Kenapa takut kalau dokumen 1MDB Khairuddin palsu, soal wartawan veteran

Posted: 26 Sep 2015 03:02 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Datuk A. Kadir Jasin berkata perdana menteri perlu percaya dengan sistem perundangan Amerika Syarikat dan membuktikan dokumen salah laku 1MDB adalah palsu seperti didakwa. – Gambar The Malaysian Insider, 26 September, 2015.Datuk A. Kadir Jasin berkata perdana menteri perlu percaya dengan sistem perundangan Amerika Syarikat dan membuktikan dokumen salah laku 1MDB adalah palsu seperti didakwa. – Gambar The Malaysian Insider.
 
 
 
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan harus dibenar mengemukakan dokumen beliau mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kononnya "palsu dan dipalsukan" itu kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), kata Datuk A. Kadir Jasin. 
 
 Menulis dalam blognya, bekas ketua pengarang New Straits Times Group itu berkata, tidak ada sebab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak takut akan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu jika benar beliau berbohong.

Sebaliknya, Najib harus yakin dengan sistem keadilan Amerika Syarikat (AS) untuk bertindak terhadap Khairuddin jika dokumen 1MDB yang dibawa beliau adalah palsu.

"Jika Khairuddin menipu dokumen di tangannya palsu atau dipalsukan, mengapa perdana menteri perlu takut kepadanya? 
 
 "Sebagai kawan baik AS, beliau harus menaruh kepercayaan kepada sistem keadilan AS dan membenarkan Khairuddin mengemukakan dokumen palsu dan dipalsukan itu kepada FBI.

"Biar AS tangkap dan dakwanya kerana berbohong. Berbohong kepada sebuah agensi kerajaan AS ialah satu pelanggaran undang-undang jenayah."

Kadir juga berkata, tangkapan Khairuddin serta seorang lagi ahli Umno yang dipecat, Anina Saadudin, menunjukkan ugutan kini menjadi strategi Najib.

Anina dipecat selepas memfailkan saman terhadap Najib meminta beliau bertanggungjawab terhadap sumbangan politik RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

Sebagai salah seorang pengkritik tegar syarikat milik Kementerian Kewangan yang dibebani hutang itu, Khairuddin pertama kali ditahan polis di rumahnya di Mont Kiara pada 18 September lalu.

Terdahulu hari yang sama, beliau dan peguamnya Matthias Chang dihalang daripada meninggalkan negara oleh pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Khairuddin ditahan kerana tindakannya menggunakan agensi penguatkuasaan asing bagi memberikan tekanan kepada Malaysia berhubung isu 1MDB boleh dianggap sebagai sabotaj terhadap negara ini.

Khairuddin pertama kali membuat laporan polis terhadap 1MDB, yang mempunyai hutang sebanyak RM42 bilion, pada Disember tahun lepas, dan akhirnya dipecat daripada Umno selepas diisytiharkan muflis.

Beliau baru-baru ini membuat laporan kepada pihak berkuasa di Hong Kong, Switzerland, Perancis dan United Kingdom terhadap firma yang bermasalah itu, yang mana Najib juga merupakan pengerusi lembaga penasihatnya.

Beliau dilaporkan sedang dalam perjalanan untuk bertemu dengan pegawai FBI di AS apabila ditahan di lapangan terbang itu.

Beliau ditahan reman selama 6 hari selepas ditangkap pada hari itu dan pada Rabu minggu lepas, selepas dibebaskan majistret, beliau ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 ketika berjalan keluar dari bilik mahkamah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Di bawah Sosma, suspek boleh ditahan tanpa perbicaraan sehingga 29 hari.


Tanpa PAS, Pakatan Harapan masih boleh pikat Melayu, kata DAP

Posted: 26 Sep 2015 02:55 AM PDT



Pemimpin Pakatan Harapan selepas mesyuarat mereka minggu lepas. Seorang pemimpin DAP menganggap ketiadaan PAS dalam gabungan itu bukan masalah dalam menarik undi Melayu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 September, 2015.Pemimpin Pakatan Harapan selepas mesyuarat mereka minggu lepas. Seorang pemimpin DAP menganggap ketiadaan PAS dalam gabungan itu bukan masalah dalam menarik undi Melayu. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Pakatan Harapan masih mampu menarik sokongan pengundi Melayu walaupun tidak disertai PAS, kata seorang wakil rakyat DAP, mengulas kebimbangan yang gabungan parti pembangkang baharu itu mungkin lemah tanpa parti Islam itu.

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berkata pandangan itu satu anggapan yang salah kerana PAS tidak berupaya menarik minat orang Melayu bandar dan pengundi bukan Melayu jika tidak kerana puak progresifnya.

Puak itu kini meninggalkan PAS dan membentuk Parti Amanah Negara (Amanah), yang merupakan sebahagian daripada Pakatan Harapan.

Liew berkata dengan mengandaikan "angin" politik akan memihak kepada pembangkang, pilihan raya akan datang bakal ditentukan sama ada pembangkang boleh mengalahkan Umno dalam 35 hingga 40 kerusi marginal di Semenanjung. 
 
 "Umno mempunyai 73 kerusi di Semenanjung," kata pengarah pendidikan politik DAP itu dalam satu kenyataan hari ini, merujuk kepada musuh ketat PAS dan parti tunjang Melayu dalam Barisan Nasional (BN).

"Kekalahan dalam 40 kerusi marginal itu akan membawa kepada berakhirnya Umno sebagai kerajaan. Kerusi tersebut kebanyakannya separa bandar di pantai barat Semenanjung dan bercampur-campur dari segi komposisi etniknya.

"Ini kerusi yang PAS, di bawah kepimpinan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ini, tanpa puak progresif, akan mendapatinya sukar untuk dimenangi," kata Liew (gambar, kiri).

Masyarakat Melayu membentuk kira-kira 50% daripada 30 juta penduduk Malaysia dan merupakan pemegang undi penting untuk kedua-dua BN dan Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan, terdiri daripada parti pembangkang PKR, DAP dan kumpulan serpihan PAS – Amanah – dilancarkan awal minggu ini menggantikan Pakatan Rakyat (PR) yang kini tidak lagi berfungsi.

PAS enggan menyertai gabungan pembangkang baharu itu, menyatakan ia tidak boleh bekerjasama dengan DAP dan "pengkhianat", merujuk kepada bekas anggota dan pemimpinnya yang membentuk Amanah.

Dengan penubuhan Pakatan Harapan, Liew berkata, pembangkang kini harus membina sokongan dan keyakinan orang ramai bagi mengubah kerajaan.

Lebih penting lagi, mereka perlu meyakinkan pengundi Melayu di kawasan separa bandar yang kerajaan baharu akan menjadi lebih baik berbanding Umno.

"Jika pembangkang baharu boleh membina kepercayaan dan perpaduan, terutamanya di kalangan anak muda Melayu di kawasan pinggir bandar, mungkin akan ada gelombang anti-kerajaan atau tsunami yang akan menyapu bersih Umno untuk selama-lamanya," katanya.

Pakar strategi DAP itu juga meramalkan, gelombang rakyat seterusnya akan berdasarkan keadaan ekonomi semasa.

Menjawab kritikan yang Pakatan Harapan ditubuhkan dengan tergesa-gesa, Liew berkata, lebih baik gabungan itu direalisasikan segera sekarang daripada terlalu lewat di kemudian hari.


Jerebu: Indonesia anggap tak perlu minta maaf

Posted: 26 Sep 2015 02:23 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla berkata, Indonesia tidak perlu meminta maaf berhubung asap daripada kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan yang menyebabkan pencemaran udara di beberapa negara.

Jusuf berkata, apa yang perlu dilakukan oleh republik itu ialah mengatasi masalah kebakaran hutan supaya masalah pencemaran udara akibat asap kebakaran itu tidak berulang lagi, lapor Kompas.

"Berapa lama mereka (negara jiran) nikmati udara segar daripada kawasan hijau dan hutan-hutan kita semasa ia tidak terbakar? Berbulan-bulan. Adakah mereka berterima kasih?

"Tetapi, semasa terjadinya kebakaran hutan paling lama sebulan, asap-asap itu cemari wilayah mereka. Jadi, mengapa mesti meminta maaf," katanya.

Selain itu, Jusuf juga berkata, salah satu penyebab kebakaran hutan susulan wujud permintaan beberapa syarikat milik negara-negara yang mengalami jerebu.

Menurutnya, syarikat dari negara-negara itu juga menebang dan membakar hutan dengan menggunakan khidmat warga tempatan untuk mengosongkan tanah bagi tujuan perladangan atau perniagaan.

Menurut Kompas, Jusuf pernah mengatakan perkara sama pada tahun 2005 dan 2007 ketika menjadi naib presiden kepada Presiden Indonesia keenam, Susilo Bambang Yudhoyono.

Malah pada 18 September lalu, Jusuf turut memberi kenyataan sama ketika bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di pejabatnya.

Jusuf turut berkata, punca kebakaran dan kerosakan hutan juga disebabkan oleh kemasukan orang-orang asing yang memerlukan tanah pada tahun 1960-an dan 1970-an yang kemudian bekerjasama dengan syarikat Indonesia.

"Mereka yang mengajar kita supaya memusnahkan hutan. Akibatnya, dengan menggunakan alasan pembangunan, hutan-hutan kita ditebang.

"Tanah-tanah gambut kita dibuka. Tanah gambut yang basah dan banyak mengandungi air menjadi kering sehingga mudah terbakar," kata Jusuh sambil menamakan beberapa syarikat asing tersebut.

Sehubungan itu, beliau berkata, selain mencegah daripada berlakunya kebakaran hutan, kerajaan juga akan mengeluarkan larangan pembalakan dan moratorium (penggantungan) terhadap penggunaan tanah termasuk pembukaan tanah-tanah bagi ladang baru.


Ali Tinju dicari, Jamal dibebaskan petang ini

Posted: 26 Sep 2015 02:15 AM PDT

SM AMIN

 

AtvPWFn-Ig8mqFS0ot-BsDgJvXIbxkaO61As7LdWVG6Z
Menurut sumber, polis kini dipercayai sedang mencari Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju (tengah) untuk membantu siasatan. — Gambar fail TRP


KUALA LUMPUR,  Selepas Pengerusi Gabungan NGO Melayu Islam, Datuk Jamal Md Yunus ditahan polis pada Jumat malam, polis kini dipercayai sedang mencari Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom untuk membantu siasatan.


Menurut sumber, Ali atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju itu sebelum ini berkeras akan meneruskan himpunan di Petaling Street bagi menuntut hak sama rata kepada peniaga pelbagai kaum di kawasan itu.

"Jamal ditahan bawah Akta Hasutan, Ali di bawah Sosma (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012). Polis sedang mengesan dia (Ali) sekarang ini," katanya kepada The Rakyat Post.

Ali sebelum ini mengatakan 99 peratus perhimpunan akan diadakan dan yang akan datang adalah pahlawan-pahlawan Melayu dan pihaknya tidak akan tunduk desakkan daripada mana-mana pihak.

Ali Tinju juga dilaporkan telah memberi amaran kepada polis sebelum perhimpunan pada 16 September lalu, bahawa orang-orangnya akan berwaspada terhadap sebarang provokasi yang dilakukan orang Cina.

Sementara itu, Setiausaha Jamal, Duranny Izam ketika dihubungi berkata Jamal akan dibebaskan polis petang ini.

"Kalau tidak ada apa-apa berlaku di Petaling Street, Datuk akan dibebaskan jam 6 petang ini," katanya.
Jamal ditahan pada jam 8.50 malam tadi, ketika beliau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya berkaitan perhimpunan yang dikatakan akan diadakan di Petaling Street pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad yang memberitahu, Jamal ditahan di bawah Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah, yang memberi kuasa kepada polis untuk menahan seseorang individu itu, supaya tidak menjejaskan ketenteraman awam.

‘Usah sebar dakwaan Makkah ada rumah pelacuran’

Posted: 26 Sep 2015 02:06 AM PDT

AHMED SYAHRIL ZULKEPLY

 

FLY_2517
Asyraf Wajdi berkata, kalau betul ada aktiviti pelacuran di Makkah, orang Mukmin tidak akan rela menyebar, menyiar dan membuka keaiban saudara seIslam dengan cara sebegini. - Foto arkib TRP/ Adib Hakim


KUALA LUMPUR, "Nasihat saya kepada mereka yang membaca status Facebook seorang jurugambar dan blogger yang mendakwa banyak rumah pelacuran di sekitar Makkah, usah kongsi di Facebook masing-masing," kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

 

Jelasnya, nasihat itu bertujuan mengelakkan tindakan merendah-rendahkan Tanah Haram di mata umat Islam.

"Kalau pun benar di Makkah ada aktiviti pelacuran, orang Mukmin tidak akan rela menyebar, menyiar dan membuka keaiban saudara seIslam dengan cara sebegini.

"Apatah lagi ia adalah dakwaan, fitnah dan tuduhan yang didengar entah dari siapa.

"Sesungguhnya membuka dan menyebar keaiban saudara seIslam adalah sifat munafik. Apatah lagi keaiban yang direka cipta dengan tujuan memburuk-burukkan dan merendah-rendahkan dua Tanah Haram pada mata orang Islam sendiri," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik ke laman Facebook miliknya.

Bagaimana Khairuddin mudaratkan keselamatan awam?

Posted: 26 Sep 2015 01:20 AM PDT

Ambiga Sreenevasan


 


Pada 24 September lalu bekas pemimpin Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan telah ditangkap dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Khairuddin ditangkap dipercayai disebabkan oleh laporan-laporan yang dibuatnya dengan penyiasat-penyiasat di luar negara terhadap 1MDB.

Beliau ditangkap dan direman dahulu pada 18 September bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana didakwa terlibat dalam aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Selepas dilepaskan beliau ditangkap semula bawah Sosma.

Khairuddin kini menghadapi tuduhan bawah Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan, dipercayai untuk kesalahan-kesalahan "sabotaj" atau "percubaan untuk sabotaj negara".

HAKAM mengambil pendirian yang sama dengan Majlis Peguam dan banyak lagi NGO lain, juga semua warga Malaysia yang berfikiran munasabah dalam mengkritik dan mengecam tindakan-tindakan ini sebagai menindas dan bertentangan dengan kedaulatan undang-undang.

Sosma merupakan satu akta yang bersifat autoritarian dan menindas dan ia kini digunakan pula untuk melindungi perdana menteri (yang sepatutnya bertanggungjawab kepada rakyat) daripada penelitian.

Dalam perbandingan yang begitu ketara, individu yang mengugut untuk mengadakan rusuhan di Jalan Petaling pula dipandang ringan dan tidak berdepan dengan tindakan polis.

Ini menyerlahkan lagi penyalahgunaan kuasa dan tindakan-tindakan penguatkuasaan ini yang mempunyai agenda politik.

SOSMA bertujuan menangani kesalahan-kesalahan sekuriti yang "memudaratkan keselamatan awam di dalam, atau sekuriti persekutuan atau mana-mana bahagian persekutuan".

Persoalannya, bagaimana tindakan Khairuddin, dengan memfailkan laporan-laporan di luar negara berkenaan 1MDB, memudaratkan keselamatan awam negara?

Laporan-laporan tersebut mungkin menyebabkan sesetengah pihak berasa tidak selesa tetapi itu tidak boleh menjadi asas bagi satu penangkapan.

Tambahan pula, Khairuddin akan dikecualikan bawah Seksyen 4(3) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang menyatakan "Tiada seorang pun boleh ditangkap atau ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya".

Kepercayaan politik atau aktiviti politik pula didefinisikan di bawah Seksyen 4(12) perenggan (b) dan (c) masing-masing sebagai "pernyataan pendapat yang ditujukan terhadap mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan" dan "pengambilan tindakan yang ditujukan terhadap mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan".

Pada pandangan kami, penangkapan ini adalah tidak sah di sisi undang-undang khususnya Sosma.

Agensi-agensi penguatkuasaan harus menetapkan pendirian mereka sama ada peranan mereka untuk melindungi rakyat atau melindungi pemimpin-pemimpin daripada dipertanggungjawabkan untuk tindakan-tindakan mereka sama ada betul atau salah.

Pilihan tersebut sepatutnya jelas tanpa sebarang keraguan.

Khairuddin patut dibebaskan dengan segera dan sikap pihak berkuasa yang giat mencabul hak asasi manusia dengan sewenang-wenangnya mestilah dihentikan.

Biar sedikit kewarasan, keadilan dan pendekatan yang menghormati kedaulatan undang-undang kembali diamalkan dengan segera dalam pentadbiran negara ini.

Insiden ini salah satu daripada tindakan bersiri yang bersifat menindas dan dilakukan secara sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa untuk melindungi perdana menteri daripada memberi jawapan kepada rakyat.


DATUK AMBIGA SREENEVASAN presiden Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam).

'Peniaga Jln Petaling rugi hingga 40%'

Posted: 26 Sep 2015 01:10 AM PDT

Koh Jun Lin


Peniga di Jalan Petaling rugi antara 30 hingga 40 peratus sejak Himpunan Rakyat Bersatu Minggu lepas, dakwa ketua biro aduan dan perhimpunan awam Gerakan Wilson Lau.

Kenyataan dan tindakan dibuat telah menakutkan orang awam daripada berkunjung ke tempat itu, katanya kepada pemberita dalam sidang media di kawasan pelancongan itu hari ini.

Lau berkata mendapat angka itu daripada seorang anggota jawatankuasa persatuan peniaga dan penjaja Kuala Lumpur.

Beliau juga menyambut baik perkembangan menyaksikan ketua Umno Sungai Besar Datuk Md Yunos yang ditahan polis menjelang ura-ura perhimpunan di jalan itu hari ini.

Beliau bagaimana berkata perkara buruk telah pun berlaku.

Awal pagi ini, Lau dan beberapa anggota Gerakan turun padang di jalan itu bagi menyatakan sokongan pada peniaga-peniaga di situ.

Pakatan Harapan turut mengadakan program turun padang mereka dalam di tempat sama hari ini.

'Moga angin tiup jerebu dari Senai'

Posted: 26 Sep 2015 01:08 AM PDT

BERNAMA





Pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai hari ini menegaskan operasi di lapangan terbang itu masih berjalan seperti biasa dan semua penerbangan hari ini mengikut jadual.

Ketua Pegawai Operasinya Noor Safura Suib berkata, setakat ini semua operasi di lapangan terbang itu berjalan lancar.

"Kita berdoa agar tiupan angin berpihak kepada kita dan membawa semua jerebu ini keluar dari Senai," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Kekeliruan berlaku apabila Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLPP) membuat kenyataan perlawanan Piala Malaysia antara Kedah Johor Darul Tak'zim II yang dijadualkan di Johor Baharu malam ini ditunda kerana jerebu yang semakin buruk mengakibatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ditutup semalam.

Difahamkan penerbangan skuad Kedah dari Pulau Pinang petang semalam dibatalkan berikutan keadaan jerebu di Senai.

Keadaan jerebu tebal itu memaksa empat syarikat membatalkan 21 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai awal pagi semalam.

Noor Safura berkata, Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Rani Hisham Samsudin telah memperjelaskan keadaan sebenar kepada media, semalam.

"Lapangan Terbang Antarabangsa Senai tidak ditutup dan beroperasi seperti biasa dan kesemua penerbangan dibatalkan adalah kerana keadaan jerebu," kata Mohd Rani.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara yang dicatat di kawasan Larkin Lama setakat 9 pagi tadi ialah 92 manakala Pasir Gudang (88).- Bernama


Menanti 'oksigen' untuk ringgit

Posted: 26 Sep 2015 01:04 AM PDT

Mahfuz Omar


 


Saya menyokong gesaan oleh Tan Seri Zeti Akhtar Aziz, gabenor Bank Negara yang menggesa penyelesaian segera kes 1MDB bagi memulihkan kembali nilai mata wang ringgit Malaysia.

Keadaan nilai mata wang ringgit Malaysia berada dalam keadaan nazak sehingga hotel di negara China tidak menerima tukaran wang Ringgit Malaysia.

Saya sendiri alaminya di Hotel Shangrila, milik jutawan Malaysia di Changchon City Wilayah Jillin pada 30 Ogos hingga 2 September lalu.

Apabila saya bertanya mengapa ringgit tidak terima, pihak hotel memberi tahu bank di sana tidak lagi menerima tukaran wang Malaysia.

Gesaan Zeti menunjukkan nilai matawang Malaysia pada tahap yang nazak perlu diselamatkan dan diberi "oksigen".

Keberanian Zeti meletakkan 1MDB antara punca masalah, menunjukkan hasil siasatan Bank Negara bahawa 1MDB mempunyai kes yang perlu menyeret pihak tertentu ke mahkamah.

Laporan siasatan Bank Negara berkaitan kes 1MDB telah diserahkan kepada Peguam Negara sebulan yang lalu tetapi masih tiada apa- apa tindakan yang diambil.

Apa yang berlaku ialah tindakan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui pihak polis menahan Datuk Khairudin Abu Hassan di Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.

Langkah ini tidak membantu memulih nilai Ringgit sebaliknya menambahkan lagi ketidakpercayaan masyarakat antarabangsa kepada Malaysia.

Krisis keyakinan

Kejatuhan nilai ringgit berpunca daripada krisis keyakinan masyarakat dalam dan luar negara terhadap pengurusan dan kes penyalahgunaan kuasa bagi melindungi skandal kewangan negara 1MDB yang melibatkan Najib dan kini dilindungi SOSMA.

Gesaan Zeti perlu dipandang serius oleh semua pihak.

Pendakwaan segera mereka yang terlibat dalam Skandal 1MDB seperti yang dicadangkan dalam Kertas Laporan Siasatan oleh Bank Negara akan mengembalikan keyakinan masyarakat antarabangsa khususnya pelabur terhadap Malaysia.

Ini sekali gus akan dapat membantu memulihkan ekonomi dan meningkatkan nilai ringgit. Peguam Negara jangan dilihat menjadi macai politik Najib.

Gesaan Zeti yang tidak dipedulikan oleh kerajaan menunjukkan Gabenor Bank Negara dan Bank Negara sendiri telah diketepikan peranannya untuk bertanggungjawab terhadap kawalan, pertumbuhan nilai matawang dan ekonomi Malaysia.

Institusi ini sudah tidak mendapat kepercayaan Najib dan kerajaan Malaysia.

Sekali lagi saya menegaskan Majlis Raja-Raja Melayu perlu bertindak segera terhadap Najib dan bertindak untuk pastikan Najib segera berundur serta pemilihan perdana menteri baru.

Begitu juga pembentukan kerajaan peralihan daripada pelbagai pihak perlu segera untuk memperbaiki sistem dan institusi yang menjaga kepentingan awam perlu bebas daripada cengkaman kuasa politik parti pemerintah.


DATUK MAHFUZ OMAR ahli Parlimen Pokok Sena.

Ambil tindakan ke atas Chow Hui

Posted: 26 Sep 2015 12:55 AM PDT

SINAR HARIAN



Hishammuddin Tun Hussein.
Hishammuddin Tun Hussein. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM


KLUANG - Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) diminta mengambil tindakan terhadap Pemuda MCA Pasir Gudang yang bertindak memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Himpunan Rakyat Bersatu.

Mengulas perkara itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kenyataan Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang, Chia Chow Hui memutuskan hubungan dengan Presiden Umno yang juga Pengerusi BN, adalah tidak wajar dan harus dinilai semula.

"Saya nak ingatkan kepada mereka krisis kepimpinan MCA banyak berlaku sebelum ini dan kita dalam BN, khususnya Umno tidak pernah menidakkan kepimpinan MCA apabila mereka berdepan kemelut yang dihadapi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Korban Perdana Parlimen Sembrong di Dataran Taman Desa Sejahtera, di sini hari ini.
Hishammuddin yang juga Ketua Umno Bahagian Sembrong berkata, Pemuda MCA Pasir Gudang perlu kembali kepada ketetapan MCA itu sendiri dan menyokong BN dan kepimpinan Pengerusinya.

Beliau juga bersetuju dengan pandangan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Pengerusi BN Johor, supaya Pemuda MCA Bahagian itu memperbetulkan haluan politiknya. - Bernama

Peluk Islam: Danish tidak pernah rasa berseorangan

Posted: 26 Sep 2015 12:53 AM PDT

Kecewa doa belum dimakbulkan?
gambar hiasan


SELEPAS tertarik dengan Islam sejak berusia 15 tahun lagi, namun apabila umurnya berganjak ke 21 tahun barulah Muhammad Danish Danial Chandran melafazkan syahadah pada 1 Ramadan lalu.

Mula membelek dan membaca sirah-sirah Nabi Muhammad SAW sejak tingkatan tiga, pemuda berbangsa India ini akui tertarik dengan perjalanan hidup junjungan besar umat Islam itu.

Oleh sebab minatnya lebih cenderung kepada sains, maka pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi di Selangor ini sering melakukan penyelidikannya sendiri antara sains dengan al-Quran.

"Ayah saya meninggal pada 2008 dan sejak itu saya mula hilang bimbingan seorang ayah. Dari situ saya mula membaca kisah-kisah Nabi dan saya sangat tertarik.

"Ketika sekolah, saya sertai kelas agama malah saya meluangkan masa berjumpa ustazah untuk bertanya tentang agama Islam," katanya kepada Sinar Online.

Menurutnya, perjalanan berharga pada awal tahun ini ketika mengikut NGO Islam ke Kelantan bagi membantu mangsa banjir sekali lagi menguatkan hatinya untuk kembali kepada fitrah.

"Saya ke Kelantan sehari selepas Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia. Saya ada menziarahi pusara Allahyarham dan di situ saya lihat bagaimana seorang yang hebat seperti beliau tapi pusaranya biasa sahaja. Sangat bersederhana.

"Ada juga yang berdakwah dengan saya sepanjang saya di Kelantan dan ketika itu saya tahu saya akan memilih Islam cuma saya tidak tahu bila," katanya.

Ceritanya, awal Jun lalu, rasa sebak tidak terkata menghimpit perasaannya sehingga dia menangis seorang diri.

"Ketika itu saya fikir kan ayah saya, tentang diri saya dan masa itu saya memang takut mati.

"Saya teringat tentang salah satu kata-kata dari sebuah buku Islamik yang saya baca sebelum ini iaitu 'taubat tidak menunggu ajal' dan saya terus maklumkan kepada rakan baik saya yang saya nak masuk Islam," katanya.

Setelah hampir empat bulan bergelar Muslim, Danish akui hatinya sangat tenang dan tidak pernah lagi merasa keseorangan.

"Masuk saja Islam, saya terus dengan solat sunat tarawih, puasa penuh selama sebulan dan saya menyambut hari raya di rumah rakan. Selama itu, saya merasa 'belong's here'. Sebelum ini saya bimbang kerana mualaf-mualaf dimomok-momokkan dengan dipulaukan orang sekeliling.

"ALLAH permudahkan semuanya. Rezeki pun tak putus-putus malah pelajaran saya juga semakin baik," katanya.

Meskipun masih belum menyampaikan berita penghijrahannya itu kepada keluarga tercinta, Danish yakin ibu dan adik beradiknya akan menerima keputusannya itu nanti.

"Itulah cabaran terbesar saya. Hati mak kena jaga juga. Saya rancang untuk berterus terang dengan keluarga selepas saya tamat pengajian.

"Tapi tak tahulah jika ALLAH berkehendak lain, mungkin mak dapat tahu lebih awal. Saya reda sahaja," katanya.

Kimma sokong sekolah satu aliran

Posted: 26 Sep 2015 12:47 AM PDT

SINAR HARIAN



Syed Ibrahim Kader
Syed Ibrahim Kader


SEREMBAN - Kongres Indian Muslim Malaysia (Kimma)‎ menyokong cadangan mewujudkan sistem sekolah satu aliran di negara ini kerana yakin ia memberi kesan positif.
  
Presiden Kimma, Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader berkata, antara kesan positif itu ialah ia dapat menyemai dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.
 
"Ini seterusnya dapat mencapai perpaduan nasional dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini melalui sistem pendidikan satu aliran yang sistematik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Korban Perdana anjuran Badan Perhubungan Kimma Negeri Sembilan dan Masjid India Muslim Seremban di sini, hari ini.
  
Beliau mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid semalam bahawa pemimpin semua kaum perlu berbincang sama ada perlu atau tidak mewujudkan sistem sekolah satu aliran di negara ini.
  
Mahdzir berkata, isu sistem sekolah satu aliran dan kepentingannya terhadap perpaduan nasional perlu difikirkan secara bersama oleh semua kaum negara ini.

Syed Ibrahim berkata, sekolah adalah antara acuan yang penting untuk membina generasi muda yang memahami dan saling menghormati antara satu sama tanpa mengira bangsa dan agama.
  
Sementara itu, beliau berkata Kimma akan menganjurkan konvoi bermotosikal ke seluruh negara untuk membawa mesej menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
"Kimma akan berdiri teguh di belakang pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam apa jua situasi. Kami (Kimma) akan terus bersatu hati, bersepadu tenaga untuk pastikan kerajaan yang ada sekarang (BN) terus kekal untuk pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat," katanya.
 
Katanya program itu dijangka diadakan bulan depan dan Kimma sedang berusaha untuk mengumpulkan 500 buah motosikal untuk tujuan itu.
  
Dalam pada itu, Syed Ibrahim berkata Kimma mengagihkan sebanyak 27 ekor lembu untuk Majlis Korban Perdana di seluruh negara termasuk lima ekor untuk Masjid India Muslim Seremban.
  
"Penganjuran Majlis Korban Perdana ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli KIMMA dan masyarakat setempat," katanya.  - Bernama


Jalan Petaling aman, tiada rusuhan

Posted: 26 Sep 2015 12:40 AM PDT

SINAR HARIAN



pdrm


KUALA LUMPUR – Jalan Petaling hari ini aman tanpa sebarang rusuhan atau kehadiran elemen kumpulan baju merah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pemantauan di kawasan Bukit Bintang juga mendapati tiada elemen kehadiran kumpulan baju merah di lokasi berkenaan.

"Polis, bagaimanapun akan terus mengadakan rondaan dan pemerhatian.

"Penugasan anggota polis untuk memantau kawasan berkenaan setakat ini mencukupi," katanya.

Dalam pada itu, Zainol berkata, sehingga jam 1 petang tadi, kegiatan perniagaan di sekitar kawasan Petaling Street beroperasi seperti biasa.

"Perniagaan pada sebelah pagi tertumpu kepada pusat makanan  manakala gerai-gerai lain dilihat mula dibuka secara berperingkat.

"Manakala pemantauan di kawasan Bukit Bintang khasnya di Plaza Low Yat mendapati perniagaan berjalan seperti biasa," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Petaling Street 'meriah' dengan pengunjung]

Sebelum ini, timbul desas-desus mengatakan akan berlakunya rusuhan di Jalan Petaling.

Rusuhan tersebut dikatakan akan diteruskan sekiranya tuntutan yang dibuat oleh beberapa badan bukan kerajaan(NGO) sewaktu himpunan baju merah 16 September lalu tidak diendahkan.

Antara tuntutan kumpulan itu adalah supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bertindak terhadap dakwaan penjualan barangan tiruan di Jalan Petaling.


Seronoknya jadi wakil rakyat di Malaysia

Posted: 25 Sep 2015 10:38 PM PDT

Oleh  Nik Aziz Afiq Abdul

Itulah yang terjadi.Rakyat entah bila akan sedar tugas Wakil Rakyat itu adalah sebagai ahli legislatif (legislator) yakni penggubal undang-undang peringkat tinggi.

Ketajaman perbahasan, kemampuan mematahkan hujah pihak lawan, sokongan data yang kemas, debat yang bermutu bukan indikator.

Pergi tanya "orang kuat politik" yang anda kenali. Tanya dia apa tokoh kesayangan dia bahas buat kali terakhir (yang paling terbaru) di dewan?

Pergi tanya "orang kuat politik" yang anda kenali. Tanya dia apa tokoh kesayangan dia bahas buat kali terakhir (yang paling terbaru) di dewan?

Rata-rata tak ikuti pun. Ramai yang lebih hadam apa yang Wakil Rakyat tersebut ucap dalam sidang media, ceramah, himpunan, segala perkara yang lain tapi bukan dalam dewan.

Wakil Rakyat dimata Malaysia adalah mereka yang turun depan mata, kacau gulai sama-sama walau api tak hidup, sembelih lembu walau itulah aktiviti sepanjang hayat, hadir majlis kematian, hadir majlis bersunat, majlis perkahwinan, tahnik, doa selamat.

Itulah "seronoknya" jadi Wakil Rakyat di Malaysia. Semua tempat dia pergi rakyat semakin sayang, hubungan makin erat dan paling penting sentiasa dijamu makan.

Ponteng parlimen tak ada masalah. Hujah taraf kanak-kanak tak jadi masalah. Fakta tepi longkang juga tak apa. Debat macam orang tak sekolah pun tetap disayang yang penting turun kenduri.

Elaun Wakil Rakyat ambil. Bila diusul naik gaji cepat-cepat sokong. Tiba waktu ceramah kononnya empati pada rakyat yang miskin dan dilanda cukai tinggi.

Apa yang lebih utama?

Jadilah legislator dahulu. Selesaikan peranan yang kamu minta melalui mandat rakyat terlebih dahulu. Kemudian jika turun makan kenduri, masak sama-sama (walau api tak hidup) sembelih binatang korban (walau itu rutin puluhan tahun samada jadi wakil rakyat atau tidak) dan segala aktiviti makan-makan yang lain itu bonus buat rakyat.

Kamu dihantar kesana untuk bekerja sebagai wakil kami bukan untuk menikmati segala kemudahan yang diperuntukkan semata-mata.

Kami anak muda sedang memerhati. 


Ali Tinju tarik diri

Posted: 25 Sep 2015 10:26 PM PDT

 
Menurut Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, jika berlaku juga sebarang bantahan di Jalan Petaling pada Sabtu, ia tidak membabitkannya


ali-tinju


PETALING JAYA: Perhimpunan Baju Merah kedua yang dirancang di Jalan Petaling telah dibatalkan di atas nasihat pihak berkuasa.

Pengesahan itu dibuat Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju, yang juga salah seorang penganjurnya.

Menurut laporan yang dipetik daripada Mstar Online, dia berkata, pembatalan itu bagi membolehkan pihak berkuasa bertindak balas terhadap tuntutan supaya lebih ramai peniaga Melayu dibenarkan menjalankan perniagaan di Jalan Petaling.

Jelasnya, jika berlaku juga sebarang bantahan pada Sabtu, ia tidak membabitkannya.

Kenyataan itu menyusul selepas polis menahan penganjur perhimpunan Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos.

Gerakan sambut baik penangkapan Jamal

Posted: 25 Sep 2015 10:22 PM PDT

 
Naib Presiden Parti Gerakan berkata, tindak tanduknya satu ancaman kepada perpaduan kaum di negara ini


jamal


KUALA LUMPUR : Penangkapan yang dibuat polis ke atas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos dianggap tindakan wajar.

Naib Presiden Parti Gerakan, Datuk Dr Asharuddin Ahmad berkata tindak tanduknya satu ancaman kepada perpaduan kaum di negara ini.

"Dia merupakan satu ancaman kaum kepada keharmonian kaum kepada negara ini.

"Siapa yang mengancam keharmonian kaum di negara ini harus diambil tindakan undang-undang," tegasnya.

Jelas Asharuddin lagi, Himpunan Gerakan Merah yang dirancang untuk diadakan di Jalan Petaling sebenarnya cuba mencetuskan isu perkauman di negara ini dan niat itu telah dihalang pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu sendiri.

"Itu pasal kita tengok hari ini, tidak ada orang yang hadir pun. Saya percaya kebanyakan orang Melayu, India dan Cina kita inginkan keharmonian," katanya pada sidang media di Jalan Petaling pada Sabtu selepas meninjau kawasan berkenaan.

‘Parti pembangkang masih kalut, dalam keadaan BN semakin lemah’

Posted: 25 Sep 2015 10:19 PM PDT

AHMED SYAHRIL ZULKEPLY

 

prof Agus
Mohammad Agus berkata, untuk melenyapkan PAS dalam arus politik negara adalah mustahil, kerana PAS adalah parti yang mempunyai asas ideologi perjuangan kukuh. PAS juga mempunyai cukup pengalaman dalam arus politik negara, sejak 1951 lagi. - Foto Facebook Mohammad Agus Yusoff


KUALA LUMPUR,  "PAS tanpa Pakatan, bagaimana politik negara ke depan? Itulah debat utama perbincangan bagi mereka yang prihatin dengan politik negara," kata Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff.


Menurutnya, ada yang berpendapat, PAS akan bertambah kuat, kerana boleh terus memperjuangkan agendanya tanpa halangan daripada rakan di Pakatan Harapan, tidak kurang pula yang berpandangan, PAS akan kalah teruk pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Tetapi bagi saya, untuk melenyapkan PAS dalam arus politik negara adalah mustahil, kerana PAS adalah parti yang mempunyai asas ideologi perjuangan kukuh. PAS juga mempunyai cukup pengalaman dalam arus politik negara, sejak 1951 lagi.

"Cumanya, bolehkah PAS menang sebanyak mana kerusi yang dimenanginya dalam PRU lalu tanpa Pakatan? Jawapan saya, susah untuk PAS mengekalkan kemenangannya, kerana komposisi pengundi negara memerlukan PAS turut mendapat sokongan pengundi bukan Melayu, sesuatu yang sukar untuk PAS memperolehinya tanpa Pakatan," katanya yang dipetik daripada laman Facebook miliknya.

Dalam pada itu, Mohammad Agus menjangkakan, Pakatan Harapan akan kehilangan sokongan pengundi Melayu konservatif.

"Parti Amanah Negara (Amanah), parti baru yang ditubuhkan tetap boleh mendapat sokongan pengundi Melayu progresif, tetapi tidak banyak sekiranya Amanah kekal dalam PAS.

"Apatah lagi, jika PAS bekerjasama dengan Umno, maka Pakatan akan kehilangan sokongan pengundi Melayu yang banyak," katanya.

Beliau juga berpendapat, Pakatan Harapan terlalu tergesa-gesa membentuk gabungan baru.

"Sepatutnya Pakatan Harapan lebih berjiwa besar, dengan merundingi terlebih dahulu kemasukan gabungan parti-parti baru dari Sabah dan Sarawak serta juga tidak meninggalkan PSM (Parti Sosialis Malaysia). Bagaimana pula politik kita ke depan?

"Saya mengharapkan parti-parti politik melupakan perbezaan masing-masing dan bekerja ke arah mewujudkan satu kerjasama yang holistik.

"Fungsi pembangkang bukan sekadar untuk menentang kerajaan semata-mata, tetapi untuk menggubal satu dasar bersama, demi kebaikan negara. Inilah yang mahu dilihat oleh rakyat Malaysia untuk kebaikan dan masa depan negara.

"Persoalannya, bolehkah Pakatan memberikan harapan itu tanpa parti-parti dari Sabah dan Sarawak dan PSM? Nampaknya, parti pembangkang juga masih kalut dalam keadaan Barisan Nasional (BN) juga sudah semakin lemah," katanya.

Polis mula kawal Jalan Petaling

Posted: 25 Sep 2015 10:16 PM PDT

IKHWAN HAZWAN

 

20150925192222
Puluhan anggota polis kelihatan mengawal kawasan sekitar Jalan Petaling pagi ini. Foto TRP/ Ikhwan Hazwan


KUALA LUMPUR,  Pasukan polis dilihat mula mengawal kawasan sekitar Jalan Petaling sekalipun perhimpunan aman yang dikatakan akan diadakan pada hari ini dibatalkan.


Sekitar jam 10 pagi, beberapa buah kenderaan pacuan empat roda polis ditempatkan di pintu masuk kawasan berkenaan.

Puluhan anggota polis kemudiannya mula mengawal di pintu masuk ke Jalan Petaling berdekatan Pasar Seni.

Namun begitu, kelibat peserta perhimpunan tidak kelihatan pada waktu ini.

Aktiviti perniagaan di sini juga berjalan seperti biasa dan para peniaga mula membuka premis masing-masing.

Semalam, Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos telah ditahan pihak polis di bawah Akta Hasutan berikutan kenyataannya sebelum ini yang mengatakan demonstrasi di Jalan Petaling hari ini.

Pemimpin politik, NGO turun ke Jalan Petaling demi memelihara perpaduan kaum

Posted: 25 Sep 2015 10:12 PM PDT

MICHAEL MURTY

 

20150925204201
Pemimpin DAP dan Gerakan 'bertembung' ketika membuat lawatan mengenai situasi di Jalan Petaling di sini hari ini. Kesemua pemimpin yang hadir tidak menyokong perhimpunan yang dikatakan akan berlaku dan menyatakan sokongan mereka terhadap perpaduan kaum di Malaysia. Foto TRP/ Ikhwan Hazwan


KUALA LUMPUR,  Berikutan kemungkinan akan berlakunya perhimpunan hari ini, beberapa orang pemimpin pembangkang, berserta parti Gerakan dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bertindak turun ke Jalan Petaling sebagai tanda menyokong keharmonian antara kaum di Malaysia.


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata kehadirannya di Jalan Petaling hari ini adalah untuk menyokong perpaduan di antara semua kaum.

"Perpaduan bukan hanya untuk mereka yang berniaga di sini, tetapi juga untuk semua yang selalu datang ke sini. Tempat ini adalah kepunyaan semua rakyat Malaysia," katanya pada satu sidang media di Jalan Petaling pagi tadi.

Nurul Izzah mendakwa tindakan rasis yang dipamerkan oleh kumpulan baju merah adalah dari 'zaman batu'.

Sebagai seorang Muslim, Nurul Izzah berkata ianya menjadi tanggungjawab bersama untuk membanteras sebarang tindakan yang boleh memecah-belahkan rakyat Malaysia dengan menggunakan rhetorik mengecewakan.

"Saya rasa kesemua pemimpin yang hadir hari ini adalah penting untuk kita berkata dengan lantang bahawa kita menentang sebarang percubaan untuk memecah belahkan kaum-kaum di Malaysia, dan kita akan berjuang untuk perpaduan.

Nurul Izzah seterusnya mendakwa bahawa 'tindakan rasis' itu mendapat restu dari Kabinet dan kerajaan.
Justeru, katanya, suara mereka yang hadir ini harus lebih lantang untuk melawan rhetorik yang dibawa.

Dalam perkembangan tersebut, Nurul IZzah mempelawa pemimpin-pemimpin Umno untuk membela maruah Melayu dengan menolak rasuah dan segala skandal.

"Marilah kita ambil masa dua minggu akan datang ini untuk membawa perubahan," katanya.

Sementara itu, pemimpin DAP Lim Kit Siang mendakwa himpunan baju merah dianjurkan semata-mata untuk memastikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kekal berkuasa.

"Mereka menggunakan ancaman perkauman untuk mengekalkan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri. Merekan menggunakan alasan kaum untuk itu. Sebab itulah mereka memutarbelitkan perhimpunan Bersih sebagai tanda kuasa orang Cina terhadap kuasa politik orang Melayu. Itu sahaja," kata Lim pada sidang media yang sama.

Lim turut mempelawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk memberi komitmen sepenuhnya dalam membuktikan bahawa Umno tidak akan menggunakan alasan perkauman untuk menyelesaikan masalah-masalah negara.

"Saya ingin bertanya padanya (Ahmad Zahid), adakah beliau mahu berbincang dengan kita demi negara," kata Lim lagi, menyatakan bahawa pihak pembangkang sudi berbincang bersama Ahmad Zahid.

Ahli Parlimen Wangsa Maju Datuk Dr Tan Kee Kwong pula berkata beliau berasa malu apabila duta China ke Malaysia Dr Huang Huikang terpaksa turun ke Jalan Petaling semalam untuk bercakap menentang keganasan perkauman.

"Dia terpaksa turun ke Jalan Petaling untuk memberi nasihat kepada kita. Ini sangat teruk dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Sebagai rakyat Malaysia, saya malu apabila duta China ke Malaysia terpaksa memberitahu kita bagaimana kita harus tangani masalah ini.

"Saya tidak tahu mana hendak letak muka," katanya lagi.

Semalam, Huang bertindak turun ke Jalan Petaling dan memberi amaran supaya tidak menggunakan keganasan untuk mengancam keselamatan masyarakat.

Naib Presiden Parti Gerakan, Datuk Dr Asharuddin Ahmad yang turut turun berkata NGO Melayu juga tidak bersetuju dengan penganjuran himpunan seumpama itu.

Menurutnya, perkara tersebut dibuktikan apabila tidak ada pun mereka yang dikatakan ingin berhimpun hadir ke Jalan Petaling.

"Perkara ini tidak bagus untuk perpaduan masyarakat di negara ini kerana kebanyakan orang Melayu, India dan Cina mahu hidup dalam suasana harmoni. Jadi tidak perlu ada ancaman perkauman seperti ini sebaliknya perlu membantu kerajaan dalam usaha menyatupadukan rakyat Malaysia," katanya.

Semalam, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom menyatakan bahawa himpunan berkenaan dibatalkan selepas pihak berkuasa menyarankan berbuat demikian.

Malah, Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos turut ditahan polis semalam di bawah Akta Hasutan berikutan kenyataannya berkenaan kemungkinan akan berlaku perhimpunan hari ini.

Tiada ulasan: