Khamis, 24 September 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Konspirasi politik sisihkan PAS dari Pakatan Harapan?

Posted: 24 Sep 2015 05:33 AM PDT

Oleh Abdul Rahman Malik

 
Post Pic
 
 
[ULASAN] Kini semakin jelas bahawa PKR cuma 'ajak-ajak ayam' apabila mempelawa PAS menyertai rundingan meja bulat untuk menubuhkan suatu gagasan pembangkang baru dalam menghadapi pilihanraya umum ke-14 kelak. 
 
Lakonan politik PKR dilakukan dengan agak dramatik agar ia kelihatan sesuatu yang jujur dan dapat menghindar persepsi bahawa ia sebenarnya tidak mahu PAS akan 'menjejaskan' Pakatan Harapan yang diumumkan penubuhannya pada Selasa, 22 September 2015. 
 
Drama ini bermula dengan saranan dari penjara Sungai Buloh apabila Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan tentang harapannya supaya PAS turut dijemput menyertai rundingan Pakatan 2.0.
 
Berikutan itu, pemimpin-pemimpin PKR mula melakonkan watak masing-masing sehingga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kelihatan seolah-olah 'bertegang urat leher' dengan pemimpin DAP yang tidak mahu PAS turut serta.
 
Ada juga kemungkinan bahawa DAP turut berlakon dalam drama politik ini dengan menyuarakan pendirian tegas tidak mahu PAS ada bersama demi terus mendapat 'restu' ahli-ahlinya yang memang alergik terhadap PAS.
 
Sementara Parti Amanah Negara yang masih belum sah pendaftarannya tiba-tiba turut melunakkan pendiriannya dengan 'menerima kehadiran PAS' dengan syarat ia harus 'belajar menghormati konsensus Pakatan'.
 
Natijah yang PKR dan DAP harapkan ialah agar PAS atas nama prinsip dan maruah, benar-benar enggan menyertai pakatan baru itu. Sebab itu, alasan yang diberikan oleh PAS harus ditimbangkan secara saksama. 
 
"Persidangan yang dibuat sedikit tergesa-gesa, kita (PAS) perlu berbincang terlebih dahulu kerana wakil-wakil kita perlu membuat mandat parti.
 
"Kita sendiri belum melakukan perbincangan secara terperinci mengenai beberapa perkara termasuklah pendirian parti," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
 
Menurut Takiyuddin, tempoh masa notis pemberitahuan mengenai perbincangan berkenaan juga terlalu pendek.
 
"Kita perlukan masa. Semasa pertemuan dengan PKR tempoh hari, kita tidak dimaklumkan secara spesifik tentang perkara ini.
 
"Sekiranya tidak ada perbincangan terperinci, PAS bimbang tidak dapat mengambil bahagian dengan baik dalam perbincangan itu," katanya.
 
Sebelum itu, PKR telah mengadakan perbincangan dengan pimpinan PAS bagi memeta pelan baru untuk menghidupkan kerjasama pembangkang menghadapi pilihanraya umum ke-14.
 
Malangnya, menurut Takiyuddin, tajuk perbincangan meja bulat berkenaan juga tidak dimaklumkan kepada PAS.
 
PKR mungkin berharap rakyat tidak menyalahkannya kerana tidak membuat tawaran pada PAS. Sekaligus ini akan menyorokkan sifirnya yang sebenar untuk membawa masuk Amanah tanpa banyak soal tentang kemampuan parti itu menjadi pengganti PAS dalam Pakatan Harapan.
 
Plot sempurna sisihkan PAS
 
Kenyataan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menyerlahkan kemungkinan ini apabila beliau menganggap pendirian PAS yang enggan bekerjasama dengan DAP dan partinya itu akan memudahkan lagi parti pembangkang membentuk sebuah pakatan baru.
 
Salahuddin berkata, oleh kerana PAS keberatan bekerjasama, Amanah, PKR dan DAP bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-pembangkang akan mempercepatkan lagi penubuhan muafakat baru itu tanpa PAS.
 
"Amanah mengulangi pendirian dan komitmen bahawa kami akan bersama dengan tuntutan rakyat untuk bersama dalam pakatan baru pembangkang bagi membawa perubahan politik," katanya.
  
Menurut Salahuddin, Amanah telah beberapa kali menyatakan kesediaan untuk bersama semua pihak termasuk PAS bagi menyertai perbincangan ke arah menubuhkan muafakat politik baru.
 
Beliau dalam pada itu menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri pendiran PAS yang menolak untuk berada dalam kerjasama politik baru parti pembangkang sebaliknya hanya mahu bekerjasama dengan PKR.
 
Perihal PAS telah memutuskan hubungan kerjasama politik dengan DAP bukan satu rahsia lagi. Soal PAS tidak mahu bekerjasama dengan 'pengkhianat parti' yang kini menerajui Amanah juga bukanlah suatu misteri. 
 
Bagaimanapun yang menjadi persoalan mengapa PKR berlagak seolah-olah ia bersungguh mahu PAS kembali ke pangkuan Pakatan Rakyat walaupun tahu bahawa PAS tidak akan mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah?
 
PAS konsisten mengatakan ia masih bertahaluf dengan PKR. Namun mengambil kira reaksi PAS pada isu menteri besar Selangor tahun lalu dan drama politik kali ini, timbul persoalan adakah PKR juga mahu meleraikan tahalufnya dengan PAS?
 
Kini dengan pengumuman penubuhan Pakatan Harapan, sempurnalah plot politik yang disusun untuk menyisihkan PAS daripada pemuafakatan pembangkang.
 
 

Hampir 360,000 jemaah tanpa permit gagal tunai haji

Posted: 24 Sep 2015 05:30 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
MINA: Tindakan menunaikan haji tanpa permit mengakibatkan 358,756 jemaah dihalang memasuki Tanah Suci untuk melaksanakan ibadah itu musim ini.
 
Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan, pihak berkuasa Arab Saudi bertindak sedemikian ketika menjalankan sekatan jalan memasuki bandar ini.
 
Komander bahagian media di Jabatan Keselamatan Awam Kolonel Sami Al-Shuwairekh, berkata, jumlah kenderaan yang dirampas atau diarah berpatah balik kerana membawa jemaah tanpa permit haji mencecah 132,767.
 
Bercakap pada sidang akhbar bersama ketua pasukan keselamatan yang mengambil bahagian dalam operasi haji di Mina, Sami berkata, pihak berkuasa juga memulakan tindakan undang-undang terhadap 70 pegawai palsu yang menipu jemaah.
 
Beliau menambah, sebanyak 1,636 kenderaan ditahan kerana membawa jemaah tanpa permit.
 
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Mejar Jeneral Mansour Al-Turki berkata, setakat ini tidak ada kejadian berkait dengan keganasan atau tindakan subversif diterima.
 
 

[KEMASKINI] Lantik Anwar jadi PM: Kena ikut undang-undang, kata Khalid Ibrahim

Posted: 24 Sep 2015 05:14 AM PDT

Oleh Azizul Osman

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Cadangan Pakatan Harapan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi pilihanraya umum akan datang perlu merujuk kepada undang-undang, demikian kata bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
 
"Itu kena ambil kira tentang undang-undang maknanya yang telah ada sekarang samada praktikal atau tidak", katanya kepada Antarapos selepas selesai menemani Sultan Selangor Sultan Sarafuddin Idris Shah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Rahiman.
 
Dalam Persidangan Meja Bulat yang diadakan pada Rabu, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selaku tuan rumah sidang berkenaan mengumumkan pembangkang masih menamakan bekas Ketua Pembangkang itu selaku Perdana Menteri sekiranya berjaya mentadbir negara.
 
Wan Azizah dalam pada itu juga berkata, pembangkang percaya Anwar merupakan pemimpin yang sesuai untuk menangani pelbagai isu nasional.
 
Anwar dijatuhi hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu setelah rayuannya untuk mengenepikan perintah Mahkamah Rayuan ditolak selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
 
Anwar sepatutnya tidak boleh bertanding pilihanraya untuk tempoh lima tahun selepas keluar penjara.
 
Lembaga Pengampunan pada April lalu menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat.
 
Perkara itu dinyatakan Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh.
 
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah menolak permohonan Anwar dalam mesyuarat lembaga itu pada 16 Mac lalu.
 
Oleh yang demikian, Anwar hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen berdasarkan Perkara 48(4)(c) Perlembagaan Persekutuan.
 
PAS semalam menyifatkan tujuan untuk melantik Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri tidak realistik dan tidak boleh dianggap sebagai keputusan konklusif kerana masih menjalani hukuman penjara.
 
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
 
Dalam perkembangan berkaitan, Khalid berkata penubuhan Pakatan Harapan oleh gabungan pembangkang ada tujuan tertentu yang masih belum diperlihatkan.
 
"Itu hal usaha politik mereka (Pakatan Harapan) tentu mereka ada sebab yang penting ataupun usaha tertentu jadi tidak payahlah kita (ambil tahu), jadi politik ini memang sentiasa dalam pergolakan jadi apa yang rakyat hendak habis pergolakan itu, tumpuannya ialah kepada usaha pembangunan", katanya.
 
"Ini semua ialah usaha kumpulan yang tersendiri, saya berharap politik bukan akhirnya iaitu pembangunan rakyat yang paling penting. Apapun kita buat kita mesti fikirkan mengenai usaha kita ini menghasilkan pembangunan rakyat".
 
Khalid sebelum ini berkata gabungan pembangkang perlu ada garis panduan yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan perselisihan faham antara ahli gabungan.
 
Malah hal dalaman parti gabungan juga katanya tidak perlu dicampuri parti lain demi menjaga kestabilan hubungan antara pembangkang.
 
 

Polis akan siasat Jamal, berkawal di Jalan Petaling

Posted: 24 Sep 2015 05:10 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR:  Polis akan memanggil Datuk Jamal Md Yunos untuk disiasat berkenaan gertakannya yang mahu menggembleng 5,000 orang ke kawasan perniagaan Jalan Petaling yang didominasi Cina, Sabtu ini.
 
Memetik laporan The Star Online, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim memberi jaminan polis "pasti" akan bertindak terhadap ketua Umno bahagian Sungai Besar itu termasuklah menahannya jika beliau didapati sengaja mencetuskan huru-hara.
 
"Jika Jamal benar-benar mengeluarkan kenyataan mengugut, jika beliau didapati sengaja mencetuskan huru-hara, kita akan bertindak. Kita akan panggil dia tak lama lagi," katanya.
 
Menurutnya, Jamal akan disiasat mengikut Kanun Keseksaan – yang berkaitan dengan penyertaan perhimpunan haram – dan polis juga tidak akan teragak-agak menahan ahli perniagaan itu di bawah Kanun Acara Jenayah.
 
Kata Rashid, polis juga akan menempatkan anggotanya di Jalan Petaling sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi kemungkinan rusuhan Sabtu ini.
 
"Kami akan melakukan semua persiapan yang perlu bagi memastukan tiada gangguan dan Petaling Street selamat dikunjungi."
 
Jamal semalam menggertak akan mengetuai sendiri kumpulan 5,000 orang berhimpun di Jalan Petaling jika penguasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak turun menjalankan operasi di situ hari ini. 


Kawasan catat IPU tidak sihat terus meningkat

Posted: 24 Sep 2015 05:07 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat terus meningkat menjadi empat berbanding tiga pada jam 12 tengah hari tadi.
 
Laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan bacaan IPU tidak sihat di Kota Tinggi (103), Larkin Lama (118), Pasir Gudang (127) dan Balok Baru, Kuantan (103).
 
IPU di lapan kawasan dalam keadaan baik manakala 40 kawasan masih berada dalam tahap sederhana. 
 
IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas berbahaya.
 
Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
 
 

PAS akan terus mendokong bai'ah, kata Nik Zawawi

Posted: 24 Sep 2015 05:02 AM PDT

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan M. Azhar

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Tidak ada keperluan untuk PAS menyemak semula penggunan bai'ah yang dipertikaikan oleh kalangan mereka yang melanggarnya dan sanggup menjadi "sampah masyarakat," kata Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh.
 
"Bai'ah adalah salah satu ajaran Islam. PAS akan meneruskan sistem bai'ah. Selagi PAS wujud dan perjuangan Islam yang dibawa PAS wujud, selama itu kita akan pertahankannya. 
 
"Setakat ini mereka yang patuh dengan bai'ah tetap akur. Yang langgar pula kita serahkan kepada Allah SWT. Di zaman sahabat pun ada orang langgar bai'ah namun tidak ada yang terselamat," tegasnya ketika diwawancara bersama Antarapos, baru-baru ini.
 
Bai'ah adalah perjanjian Islam di antara dua pihak untuk mengelak berlakunya penyelewengan khususnya salah guna kuasa. 
 
Perjanjian bai'ah dalam PAS umumnya memerlukan wakil rakyat di dalam parti untuk mengosongkan kerus jika lompat menyertai parti lain. 
 
Namun semua 13 Ahli Parlimen dan ADUN PAS yang menyertai Parti Amanah Negara dan PKR enggan berbuat demikian baru-baru ini, sekali gus memaksa PAS melabel mereka sebagai pengkhianat.  
 
PAS menggangap mereka sebagai mungkir janji bukan sahaja kepada parti tetapi juga  terhadap Allah SWT.
 
Nik Zawawi berkata, lambat-laun mereka yang melanggar baiah akan menerima natijahnya. 
 
"Laknat daripada Allah mungkin di dunia dan pastinya di akhirat. Terpulang kepada mereka yang melanggar bai'ah. Jika mereka sanggup buat dan kemudian mengkhianati Allah SWT, kita tidak boleh kata apa. 
 
"Akhirnya mereka akan menjadi sampah masyarakat dan tidak akan dihormati," tegasnya lagi.
 
 

Skandal 1MDB: DAPSY bantah penahanan Khairuddin tanpa bicara

Posted: 24 Sep 2015 04:55 AM PDT

Khairuddin-1024x696-1024x696

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Sosialis Muda DAP (DAPSY) hari ini membantah keras penangkapan dan penahanan semula Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan semata-mata kerana pimpinan kerajaan mahu menutup mulut seorang pemberi maklumat berhubung skandal 1MDB yang memalukan negara.

Khairuddin yang juga bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan telah ditahan selama 28 hari tanpa bicara di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), iaitu undang-undang yang sepatutnya digunakan untuk melawan pengganas dan keganasan (terrorism).

Ketua Biro Undang-undang DAPSY Kebangsaan, Damian Yeo Shen Li, berkata kerajaan Barisan Nasional tidak patut menjadikan SOSMA sebagai alat pihak berkuasa, kerana Khairuddin hanya membangkitkan isu mengenai skandal 1MDB.

Katanya,  skandal 1MDB serta isu "derma politik" berjumlah RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, serta siasatan dan penahanan pegawai-pegawai penguatkuasa yang terlibat dalam siasatan skandal tersebut, telah menimbulkan keraguan dan ketidakpercayaan di kalangan rakyat.

"Kami ingin mengetahui apa yang telah terjadi dan berlaku kepada siasatan terhadap keseluruhan kes 1MDB yang melibatkan berbilion wang ringgit di mana sehingga kini masih tiada sebarang jawapan ke atas isu lanjutan ini.

"Oleh yang demikian pihak DAPSY menyeru agar pihak berkuasa dan polis agar membuat siasatan yang rapi tanpa takut atau memihak secepat mungkin supaya keyakinan rakyat kepada pihak berkuasa dan polis dapat dipulihkan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Ketua DAPSY Melaka berkata, penyalahgunaan undang-undang yang sepatutnya menjamin keselamatan rakyat adalah bertentangan dengan janji dan jaminan kerajaan BN sendiri.

Merujuk kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri di Parlimen sebelum ini, katanya, menteri telah memberi jaminan bahawa SOSMA dan juga Akta Pencegahan Keganasan (POTA) tidak digunakan sebagai senjata politik, manakala timbalan menterinya pula pernah memberi jaminan bahawa SOSMA bukan menghidupkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menurutnya, Datuk Zahid Hamidi yang menjadi Timbalan Perdana Menteri pernah berkata bahawa 'Tiada satu perkataan di dalam akta yang dicadangkan ini membenarkan ia digunakan ke atas mana-mana individu atau kumpulan yang berbeza ideologi politiknya'. – Roketkini.com


Mesyuarat dua hala Malaysia-Indonesia ditunda akibat jerebu

Posted: 24 Sep 2015 04:52 AM PDT

DENNIS WONG

 

d1bfa7d1735a4ac35fc287ee0cb42b9f
Sarawak merekodkan tahap kualiti udara sederhana di seluruh negeri dengan jarak penglihatan kurang 2,500 meter. Foto TRP/ Dennis Wong 


KUCHING,  Keadaan jerebu di Indonesia memaksa mesyuarat dua hala yang dijadualkan esok ditunda pada tarikh lain.


Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu kenyataan berkata, beberapa daerah di Indonesia telah diisytiharkan darurat dan rakan setugasnya di negara itu terbabit dalam operasi jerebu.

"Kami telah bersertuju untuk mengadakan pertemuan pada tarikh lain sehingga keadaan pulih di Indonesia," kata Wan Junaidi.

Lebih 427 titik panas dikesan di Kalimantan semalam dan kualiti udara di daerah Tengah Kalimantan mencecah lima kali ganda tahap bahaya daripada 350 kepada 1995 pada Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Malaysia dijadualkan untuk mengadakan perbincangan berkenaan penggunaan api sifar untuk perladangan di tanah gambut dengan pihak Indonesia serta isu lain berkenaan jerebu.

Antara isu yang akan dibincangkan termasuklah penguatkuasaan undang-undang, sistem amaran awal api, pengurusan tanah gambut dan kerjasama antara negara Asean termasuk Singapura, Brunei dan Thailand.
Perjanjian dua hala jerebu rentas sempadan pernah dibuat dua tahun lalu.

Sementara itu, Sarawak merekodkan tahap kualiti udara sederhana di seluruh negeri dengan jarak penglihatan kurang 2,500 meter.

Peguam Negara diminta ambil tindakan terhadap Jamal dan Ali Tinju

Posted: 24 Sep 2015 04:47 AM PDT

RAJINA DHILLON

 

Liow-Tiong-Lai1
Liow tidak bersetuju perhimpunan pada 16 September lalu adalah perhimpunan aman dan peserta bertindak mengikut undang-undang, kerana wujud elemen-elemen keganasan. - Foto arkib TRP


KUALA LUMPUR, MCA menggesa penganjuran sebarang perhimpunan dihentikan pada masa depan, susulan ancaman-ancaman yang dibuat ketika dan selepas Perhimpunan Rakyat Bersatu, pada minggu lalu.


Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan perkara itu, kerana menganggap perhimpunan itu boleh "mengancam dan memecahbelahkan negara".

Beliau bukan sahaja merujuk perhimpunan baju merah pada 16 September lalu, tetapi juga perhimpunan Bersih 4 yang menurutnya juga menampakkan "elemen-elemen tidak diingini", iaitu perbuatan memijak gambar pemimpin.

"Ini jelas bertentangan dengan nilai-nilai rakyat Malaysia yang baik.

"Perhimpunan besar-besaran akhirnya membawa kepada konfrontasi ganas, kerana peserta dari kedua-dua pihak akan cuba mencabar satu sama lain.

"Semua ini bukan sahaja akan menjejaskan perpaduan dan nama baik negara di peringkat antarabangsa," katanya pada sidang media di ibu pejabat MCA, hari ini.

Bercakap mengenai perhimpunan pada 16 September lalu, Liow tidak bersetuju dengan kenyataan-kenyataan yang mendakwa ia adalah perhimpunan aman dan peserta bertindak mengikut undang-undang, kerana wujud elemen-elemen keganasan.

"Ia adalah jelas peserta perhimpunan itu mahu mencetuskan ketakutan dan ketegangan kaum. Kata-kata dan tindakan mereka bertujuan menakut-nakutkan dan sama seperti ugutan jenayah ke atas peniaga-peniaga di Petaling Street secara umumnya dan masyarakat Cina secara khususnya.

"Kata-kata seperti 'Cina Babi' dan 'Hapuskan SJKC' tidak boleh dimaafkan," katanya.

Liow juga mahu Peguam Negara mengambil tindakan terhadap Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju dan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos. 

"Saya ingin menegaskan sekali lagi mengenai isu Jamal dan juga Ali Tinju, MCA memandang serius perkara ini . 

"Apabila individu terbabit melanggar undang-undang, melanggar Akta Hasutan, dan seperti yang kita tahu, kedua-duanya telah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, Peguam Negara harus bertindak," katanya.

Ali Tinju telah memberi amaran kepada polis sebelum perhimpunan pada 16 September lalu, bahawa orang-orangnya akan berwaspada terhadap sebarang provokasi yang dilakukan orang Cina.

Susulan perhimpunan Bersih 4 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos lalu, sekumpulan orang Melayu mendakwa mereka dihina dan maruah tercabar.

Ia susulan tindakan memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada perhimpunan Bersih 4 lalu.

Perhimpunan baju merah yang diketuai Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) bersama 250 NGO lain, diadakan bagi membantah penganjuran himpunan Bersih 4, hujung bulan lalu.

Semalam, Jamal memberi amaran mungkin berlaku rusuhan di Petaling Street Sabtu ini, disebabkan tidak ada sebarang tindakan dari kerajaan ke atas peniaga-peniaga di Petaling Street yang menjual barangan tiruan.

Sistem pendidikan satu aliran gagal kerana pemimpin lemah

Posted: 24 Sep 2015 04:43 AM PDT

 
Zam mengkagumi dasar Lee Kuan Yew yang mengetepikan sentimen bangsa sendiri dan kaum lain untuk merealisasi sistem pendidikan kebangsaan satu aliran


zam_Lee-Kuan-Yew_600


PETALING JAYA: Malaysia perlu mempunyai pemimpin yang berwibawa tinggi seperti bekas Presiden Singapura, Lee Kuan Yew jika ingin melaksanakan sekolah satu aliran.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, negarawan negara seberang tambak itu sanggup mengetepikan sentimen bangsa sendiri dan kaum lain demi merealisasi sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan bahasa Inggeris.

Usaha itu bukan mudah, kerana beliau telah ditentang hebat golongan cauvanis Cina khususnya Dewan Perniagaan Cina yang mahukan bahasa ibunda mereka dinaik taraf selepas berpisah daripada Malaysia.

"Untuk menyekat mereka dari meneruskan usaha mengangkat taraf Bahasa Cina,LKY telah menemui jawatankuasa semua dewan Cina di bawah pancaran kaca TV dan memberikan amaran kepada mereka bahawa beliau tidak akan membenarkan sesiapapun mengexploitasikan Bahasa Cina sebagai isu politik.

"Berikutan dengan itu beberapa orang cauvanis Cina berasal dari Malaysia telah lari balik ke Malaysia.

"Kejayaan Singapura meinggeriskan rakyatnya sehingga keperingkat LKY sendiri bimbang dengan deracination and de-culcuralisation yang akan menyebabkan tiap kaum di Singapura melupakan akar umbi mereka.Maka itu dilancarkan pula kempen re-ethnicisation, " tulisnya di zamkata.blogspot.com

Katanya lagi, langkah yang telah dibuat mendiang menyebabkan sentimen perkauman di kalangan generasi baru di pulau itu tidak menjadi isu kerana mereka telah pun disatukan oleh Bahasa Inggeris yang membangunkan perasaan "Singaporean Singapore"

Mengulas lanjut mengenai perbandingan di negara ini, Zainuddin atau nama penanya Zam berkata, usaha itu tidak berjaya kerana kepimpinan negara tidak ada keberanian dan kemahuan politik yang kuat untuk melakukannya.

Meskipun kerajaan telah cuba memperbaiki kelemahan yang berlaku tetapi tiada ketegasan.

Beliau memberi contoh penggunaan Bahasa Inggeris untuk pengajaran sains dan matematik yang telahpun ditentang oleh fanatik bahasa Melayu dan cauvanis Cina.

"Ahli-ahli Pelajaran Cina memberitahu saya inilah yang paling di takuti oleh mereka kerana akan memberikan nilai ekonomi kepada aliran kebangsaan dan akan memberi kesan buruk kepada sekolah-sekolah Cina kerana orang Cina yang pragmatik dan practical minded pasti akan menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan kerana tidak mahu membuang masa persekolahan dan menjamin masa depan.

"Jika ini berlaku maka sekolah Cina akan mati dengan sendirinya dan inilah sebabnya mereka bersama dengan gulongan fanatik Bahasa Melayu menentang rancangan untuk melaksanakan pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris.

"Jika dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan maka mereka akan ketinggalan.Fanatik Bahasa Melayu tidak nampak kesan positifnya, komen Zam dalam tulisnya.

Menyentuh mengenai sekolah aliran Tamil, beliau berkata ia tidak mendatangkan isu kerana kelemahan kewangannya.

Lebih 300 jemaah terkorban dalam rempuhan di Mina

Posted: 24 Sep 2015 04:19 AM PDT

 
Kejadian berlaku ketika ribuan sedang berkumpul untuk melontar jamrah.

 
 
haji_injured_600


PETALING JAYA: Lebih 300 jemaah haji terkorban manakala lebih 450 yang lain dilaporkan cedera ketika jemaah haji sedang melakukan ibadat wukuf di Mina

Menurut laporan agensi berita Al Arabiya, kejadian berlaku berhampiran khemah yang menempatkan jemaah haji.

Ketika itu ribuan sedang berkumpul untuk melontar jamrah.

Menurut laporan berkenaan, kerja-kerja menyelamat mangsa sedang diteruskan.

Nasib jemaah haji dari negara ini tidak diketahui dan Tabung Haji (TH) dilaporkan sedang mengumpul maklumat berhubung kejadian berkenaan.

LIHAT VIDEO DI SINI DAN JUGA DI SINI


Sidang meja bulat : Kesangsian Pas berasas

Posted: 24 Sep 2015 04:15 AM PDT

 
Tuan Ibrahim dakwa pengumuman Pakatan Harapan merupakan tindakan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh pihak tertentu.


Tuan-Ibrahim_cmt_600


PETALING JAYA: PAS mencurigai wujud agenda tersembunyai di sebalik jemputan sidang meja bulat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membangkitkan perkara itu kerana pihaknya tidak dimaklumkan mengenainya sedangkan mereka mengadakan pertemuan di Ibu Pejabat PKR pada 15 September lalu.

Katanya, apa yang berlaku ketika itu adalah hanya persidangan untuk membincangkan isu melibatkan kepentingan rakyat bukannya penubuhan Pakatan Harapan.

"Perjumpaan antara Pas dengan PKR di Pejabat PKR pada September 15 yang lalu, langsung tidak dimaklumkan tentang adanya persidangan meja bulat pembangkang.

"Persidangan meja bulat pembangkang dimaklumkan kemudian, dan pada awalnya ia diberi gambaran bahawa persidangan itu sekadar sebagai perbincangan isu melibatkan kepentingan rakyat. Namun apa yang berlaku tenyata persidangan itu mempunyai agenda lain," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tuan Ibrahim berkata, daripada maklumat yang diperlehinya, terdapat pihak tertentu yang tergesa-gesa mengumumkan kelahiran gabungan baru iaitu Pakatan Harapan.

Malah dakwaan itu lebih terserlah dan seolah-olah dibenarkan melalui pengisytiharan serta-merta kerajaan Pulau Pinang sebagai kerajaan Pakatan Harapan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Tindakan sepantas kilat itu telah menambat persepsi di minda rakyat mengenai siapa sebenarnya perancang utama di dalam pakatan baharu ini," soalnya.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim yakin keputusan Pas untuk tidak menyertai persidangan meja buat adalah tepat dan parti itu terus mara ke hadapan untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

"Pada waktu ini, Pas sebagai parti pembangkang terbesar, tidak akan terlibat dalam Pakatan Harapan kerana Pas tidak mempunyai hubungan politik dengan DAP dan juga Parti Pekerja @ Amanah," katanya.

FACABOOK Dato' Tuan Ibrahim

Tindakan terhadap individu niat cetus huru-hara di Petaling Street

Posted: 24 Sep 2015 04:07 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang berniat mencetuskan huru-hara di Petaling Street, Sabtu ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata ini termasuklah individu yang mengeluarkan kata-kata berbentuk ancaman seperti di tempat awam atau di media sosial.

"Jika kami merasakan ia menimbulkan ancaman kepada awam dan boleh mencetuskan rusuhan, polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas solat Hari Raya Aidiladha dan majlis korban di Masjid Bukit Aman hari ini.

Beliau berkata kesalahan ini melibatkan Seksyen 143 Kanun Keseksaan danSeksyen 105 Kanun Keseksaan yang memberi kuasa kepada polis untuk menahan sesiapa sahaja untuk mencegah sebarang kesalahan termasuklah rusuhan.

"Saya juga akan panggil pihak penganjur perhimpunan untuk diambil keterangan," katanya.

Noor Rashid menasihatkan orang awam agar tidak menyertai perhimpunan itu atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan pihak tertentu untuk mengadakan perhimpunan di Petaling Street, Sabtu ini.

Antara lain perhimpunan itu diadakan ialah sebagai membantah kehadiran warga asing yang menjalankan perniagaan termasuklah menjual barangan terlarang dan tiruan di lokasi itu.

Sementara itu dalam perkembangan lain, berhubung kes pembunuhan Anthony Kevin Morais, Noor Rashid berkata setakat ini tiada tangkapan terbaharu dibuat oleh pihaknya dan siasatan masih diteruskan.

Mayat Morais, 55, yang juga merupakan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini Rabu lepas.

Mendiang dilaporkan hilang pada 4 September dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana nombor pendaftaran WA6264Q.- Bernama


MP dan ahli DAP buat laporan polis terhadap Jamal

Posted: 24 Sep 2015 04:05 AM PDT

MALAYSIAKINI

 


Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dan beberapa ahli DAP lain telah membuat laporan polis terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berkaitan kenyataan beliau mengenai kemungkinan rusuhan di Petaling Street pada hari Sabtu.

Merujuk kepada laporan berita mengenai kenyataan Jamal semalam, mereka menggesa polis menyiasat perkara itu dan membuat tangkapan.

"Kami minta polis menyiasat kata-kata provokatif dan ancaman yang dinyatakan oleh Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos dalam artikel itu.

"Kami juga mendesak polis mengambil tindakan tangkapan dengan segera," demikian menurut laporan polis yang dilihat Malaysiakini.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi ini.

Sementara itu, The Star memetik Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim sebagai berkata Jamal akan dipanggil oleh pihak polis dalam masa terdekat.

Beliau dilaporkan berkata jika benar Jamal melahirkan kata-katan ancaman itu dan dia didapati menghasut rusuhan, maka polis akan mengambil tindakan.

Noor Rashid juga dilaporkan berkata bahawa pihak polis akan memanggil Jamal dalam masa terdekat.

Beliau dilaporkan memberitahu pemberita bahawa Jamal kini disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan berkaitan rusuhan, tetapi pihak polis juga mempunyai kuasa di bawah Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah untuk membuat tangkapan bagi mengelak sebarang jenayah.

Selain itu, beliau berkata, polis akan menggerakkan anggotanya di Petaling Street sebagai langkah berjaga-jaga.

Tiada jemaah Malaysia terlibat insiden rempuhan

Posted: 24 Sep 2015 03:56 AM PDT

Kematian meningkat rempuhan manusia di Mina
Kematian dijangka meningkat. -Foto‎ Jabatan Pertahanan Awam Saudi


MINA - ‎ARAB SAUDI . Sehingga kini tiada jemaah haji Malaysia yang terlibat, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Beliau berkata, pihaknya kini sedang membuat kiraan jemaah haji yang berada di tanah suci.

"Kejadian berlaku bukan di kawasan kita. Kita tidak melalui kawasan kejadian, kerana terdapat laluan yang telah dikhaskan.

"Setakat ini tiada jemaah Malaysia yang terlibat, kita sedang mengira jumlah jemaah termasuk dari jemaah pakej," katanya dalam satu sidang media khas, hari ini.

Beliau turut menggesa orang ramai agar tidak mempercayai laporan di media sosial kerana terdapat maklumat yang tidak sahih.

'Jangan percaya khabar angin di media sosial," ‎katanya.

Katanya, maklumat dari masa ke semasa akan diberitahu kepada media tempatan termasuk pemberitahuan terbaharu jika ada jemaah Malaysia yang terlibat‎.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kematian meningkat rempuhan manusia di Mina]

 

Kematian meningkat rempuhan manusia di Mina

Posted: 24 Sep 2015 03:51 AM PDT

Kematian meningkat rempuhan manusia di Mina
Kematian dijangka meningkat. -Foto‎ Jabatan Pertahanan Awam Saudi
 

MINA - ARAB SAUDI . Angka kematian dalam insiden rempuhan manusia ketika mengerjakan haji tahun ini telah meningkat kepada 220 orang.

Manakala, jumlah umat Islam yang cedera di  Mina adalah 450 orang.

Buat masa ini, belum ada maklumat rasmi jika ada warga Malaysia yang terlibat dalam rempuhan tersebut.

Jabatan Pertahanan Awam Saudi berkata, lebih 4000 anggota keselamatan diarahkan ke lokasi kejadian bagi membantu jemaah haji yang terbabit dalam rempuhan itu.

Kejadian itu berlaku di Street 204 di pusat perkhemahan Mina, beberapa kilometer ke timur Makkah, di mana jemaah lazimnya menginap beberapa hari sebelum cara kemuncak musim haji bermula.

Lebih kurang dua juta orang kini mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi.


Berita New York Times, Wall Street Journal WSJ Popularkan Malaysia, Najib Razak Melibatkan Dakwaan Rasuah Antarabangsa

Posted: 24 Sep 2015 01:03 AM PDT


BERITA SEMASA


Berita New York Times, Wall Street Journal WSJ Popular Malaysia di Pentas Dunia Melibatkan Dakwaan Rasuah Antarabangsa

Di muka nampak tenang dan bersahaja tetapi di dalam lubuk hatinya sendiri tiada siapa yang tahu apa yang sedang dirasakannya.

Masakan tidak, tidak henti-henti dunia terus berminat dengan figura politik yang bernama Najib Razak yang juga Perdana Menteri Malaysia serta tidak lupa juga Syarikat yang dinaunginya merangkap sebagai Pengerusi 1MDB.

Berita New York Times

Laporan berita New York Times yang mendapat capaian pengunjung dan pembaca setiap hari tidak boleh diambil ringan, merangkap salah sebuah portal berita yang berpengaruh di dunia setiap laporannya akan mendapat perhatian dan bakal viral di seluruh dunia.

 

Berita New York Times dan wall Street Journal WSJ Viral Di Seluruh Dunia

Termasuklah juga laporan terkini berita New York Times apabila menyentuh siasatan FBI terhadap Najib Razak dan kalangan yang berkaitan terhadap dakwaan rasuah antarabangsa telah pun dimulakan. Dan akhirnya berita termasuk menjadi viral termasuklah portal berita dan akhberita berita perniagaan berengaruh di dunia wall Street Journal WSJ apabila turut memaparkan siasatan terhadap Najib Razak dan juga anak tiri (anak Rosmah mansor dan suami lamanya) di muka hadapan mereka. Sekali lagi muka hadapan! Ermmm….


Dan akhirnya telah menjadi viral termasuklah portal berita dan berita berita perniagaan berpengaruh di dunia iaitu wall Street Journal WSJ apabila memaparkan skandal 1MDB Malaysia dan siasatan terhadap Najib Razak dan juga anak tiri (anak Rosmah mansor dan suami lamanya) di muka hadapan mereka. Sekali lagi muka hadapan! Ermmm….

Portal berita lain juga tidak ketinggalan menggangkat nama Malaysia untuk dimuatkan dalam laman berita mereka mengenai perkembangan terkini siasatan FBI terhadap perkaitan 1MDB, Najib Razak dan juga anak tirinya Riza Aziz yang boleh anda semak gambar-gambar di bawah ini….

Jikalau mengikut tafsiran laporan berita media arus perdana dan pemimpin politik di Malaysia, berita seperti ini mungkin terdapat agenda yang tidak baik contohnya :
  • Agenda mahu menjatuhkan dan gulingkan kerajaan Malaysia
  • Negara luar mahu masuk campur urusan kerajaan
  • Agenda Yahudi
  • Agenda Zionis
  • Agenda kafir
  • Agenda cina DAP
  • Agenda pembangkang
  • Agenda Komunis? Mungkin
  • Bla…bla…..bla…..
  • Ada lagi yang anda mahu tambah?
Ok. berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap laporan berita New York Times kali ini, BS ada "highlightkan" beberapa point yang sangat penting dan bagi kami agak mengejutkan melihatkan "network" yang berlegar menjadi semakin jelas. Anda boleh semaknya seperti gambar di bawah ini……

P/S : Selain laporan Berita New York Times, berita Wall Street Journal WSJ yang membuat liputan mengenai skandal ini, berita Bulgaria, negara jiran kita Singapura, Australia, Thailand, Vietnam, Sepanyol, China, Korea Selatan, Rusia, Jepun, India juga tidak ketinggalan mempopularkan nama Najib Razak dan Malaysia.

PP/S : Satu dunia sedang memerhatikan Malaysia, gelodak yang berlaku di Malaysia. Berita Semasa tidak mahu Malaysia popular dengan cara yang sebegini rupa. Rakyat Malaysia juga tidak mahu Malaysia terus menjadi bahan ketawa negara-negara dunia yang lain. Persoalannya sampai bila?


New York Times New York Times Wall Street Journal WSJ

Sekarang Annuar Musa kata tiada perkauman dalam Islam

Posted: 23 Sep 2015 10:55 PM PDT



Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Annuar Musa mendakwa tidak pernah mengakui amalan perkauman wujud di dalam Islam, sebaliknya katanya, Nabi Muhammad juga mengecam perbuatan sebegitu yang dipanggil 'asabiyah'. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 23 September, 2015.Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Annuar Musa mendakwa tidak pernah mengakui amalan perkauman wujud di dalam Islam, sebaliknya katanya, Nabi Muhammad juga mengecam perbuatan sebegitu yang dipanggil 'asabiyah'. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim.
 
 
 
Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Annuar Musa, yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi kerana dilaporkan berkata beliau bersikap rasis seperti yang dibenarkan Islam, hari ini mendakwa kenyataan beliau disalah petik. 
 
 Beliau mendakwa tidak pernah mengakui amalan perkauman wujud di dalam Islam, sebaliknya katanya, Nabi Muhammad juga mengecam perbuatan sebegitu yang dipanggil "asabiyah."

Annuar berkata, beliau hanya mengaku bersifat perkauman jika ia ditakrifkan sebagai cintakan kaum sendiri.

"Mencintai kaum anda sendiri tidak salah, itu bukan assabiyah. Tetapi jika anda menindas kaum lain, itu asabiyah," Annuar kepada pemberita di ibu pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Kuala Lumpur. 
 
"Saya kata, jika orang mahu mengatakan saya rasis kerana saya mempunyai semangat kemelayuan yang tinggi, maka ya, saya rasis jika itu tafsiran yang anda mahu gunakan."

Katanya, tabiat semulajadi manusia menyayangi kaumnya sendiri, dan mereka yang menafikannya adalah hipokrit.

Annuar juga enggan dikaitkan dengan kenyataan perkauman dibuat peserta perhimpunan baju merah, mengatakan beliau tidak bersetuju dengan tindakan itu dan beliau sendiri pernah mengingatkan pemimpin agar tidak melanggar undang-undang.

Beliau menyeru mereka yang menjadi mangsa mana-mana peserta perhimpunan agar membuat laporan polis mengenainya.

"Mereka itu tertakluk kepada undang-undang, dan tindakan mesti diambil. Tangkap saja mereka, senang. Tiada siapa pun sepatutnya mengatasi undang-undang," kata Annuar.

Annuar berkata, perhimpunan tersebut bukan idea Umno dan parti itu sebenarnya membantah sebarang demonstrasi berbaur perkauman di kawasan perniagaan didominasi orang Cina.

Tetapi, apabila cakap-cakap mengenai orang Melayu memprotes terhadap Bersih 4 di kawasan Segitiga Emas Kuala Lumpur itu mula membina momentum, beliau masuk campur memainkan peranan sebagai penasihat supaya semuanya dalam keadaan terkawal.

"Saya fikir kalau kami tak masuk campur dan ia terjadi, ia akan mengakibatkan pertumpahan darah dan kita akan menyaksikan peristiwa 13 Mei berulang lagi," katanya.

Kerana itu, katanya, beliau mengusahakan supaya perhimpunan dipindahkan ke Padang Merbok dan menamakannya semula sebagai "Himpunan Rakyat Bersatu".

"Kalau anda lihat 14 resolusi yang dibaca pada penghujung perhimpunan itu, tiada langsung disebut mengenai menghapuskan sekolah Cina atau berjuang hanya untuk orang Melayu."


Peguam bimbang Sosma digunakan terhadap pengkritik 1MDB

Posted: 23 Sep 2015 10:52 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Peguam Syahredzan Johan berkata Sosma sepatutnya digunakan untuk kesalahan berkaitan keselamatan negara dan bukan pengkritik 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 September, 2015.Peguam Syahredzan Johan berkata Sosma sepatutnya digunakan untuk kesalahan berkaitan keselamatan negara dan bukan pengkritik 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider,.
 
 
Peguam Syahredzan Johan hari ini menyatakan kebimbangannya berhubung penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) terhadap kes bukan keganasan seperti terhadap pengkritik 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dan menjangkakan ia bukan kali terakhir digunakan.

Bercakap di laman Twitter, Syahredzan mengulas penahanan pemimpin Umno dipecat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditangkap semula di bawah Sosma selepas dibebaskan daripada tahanan reman kerana disiasat di atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan.

Beliau berkata, Sosma diwujudkan untuk menangani kesalahan berkaitan keselamatan seperti keganasan dan bukan kes seperti Khairuddin yang membuat laporan antarabangsa berhubung 1MDB.

"Ini pertama kali Sosma digunakan terhadap ahli politik. "Kali pertama Sosma digunakan untuk kes berkaitan 1MDB. Saya takut ini bukan penggunaan yang satu-satunya", kata Syahredzan melalui akaun Twitter @syahredzan.


Ku Nan kata Pakatan Harapan akan bungkus

Posted: 23 Sep 2015 10:50 PM PDT



Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Pakatan Harapan bakal berpecah akibat krisis dalaman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 September, 2015.Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Pakatan Harapan bakal berpecah akibat krisis dalaman. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
 
Datuk Seri Tengku Adnan Tangku Mansor yakin penubuhan Pakatan Harapan bakal menerima nasib yang sama seperti Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini yang berpecah kerana krisis dalaman antara parti komponen. Dalam reaksi spontannya itu setiausaha agung Umno itu berkata seperti PR, gabungan parti baharu ini tidak akan bertahan lama.

"Saya rasa mereka akan bungkus, tidak ada pakatan. Mereka cuba untuk ikut Barisan Nasional (BN).

"Hanya BN sahaja parti yang berbilang kaum, mereka cuba tiru BN dan tengoklah apa jadi dengan mereka sekarang, Pakatan Harapan akan bungkus," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.


PSM berang Pakatan dakwa mereka tolak hak istimewa Melayu

Posted: 23 Sep 2015 10:48 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Bekas setiausaha agung PSM, S Arutchelvan menafikan parti itu menolak hak istimewa Melayu yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, selepas PSM tidak dijemput menyertai Pakatan Harapan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 September, 2015.Bekas setiausaha agung PSM, S Arutchelvan menafikan parti itu menolak hak istimewa Melayu yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, selepas PSM tidak dijemput menyertai Pakatan Harapan. – Gambar fail The Malaysian Insider

 
Parti Sosialis Malaysia (PSM) berang dengan dua ahli Parlimen Pakatan Harapan yang didakwa sebagai berbohong berkenaan alasan parti itu tidak dijemput menyertai gabungan baharu pembangkang.

Bekas setiausaha agung PSM, S Arutchelvan menafikan parti itu menolak perkara tersebut yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Arutchelvan, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming dalam laporan Malaysiakini mendakwa PSM kekal tidak dijemput sejak pembentukan Pakatan Rakyat lagi kerana mereka tidak bersetuju dengan Perkara 153 yang diangkat dalam Dasar Bersama dahulu.

"Kami cabar dan tuntut penjelasan berkenaan kenyataan ini kerana ia tidak benar, bohong dan berniat jahat. 
 
 "Bila dan di manakah perbincangan ini berlaku? Siapa yang hadir dan di manakah buktinya? Cuma ada 3 perbincangan di antara PSM dan PKR. Dalam semua perbincangan, tidak pernah Perkara 153 dibincangkan," kata Arutchelvan dalam kenyataan hari ini.

Dalam laporan yang disebut Arutchelvan, Khalid yang kini bersama Parti Amanah Negara mendakwa dasar sosialis PSM menyebabkan parti itu menolak hak istimewa Melayu.

Menurut Arutchelvan, perkara itu tidak benar sama sekali malahan PSM dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 secara terang-terangan mengangkat manifesto Pakatan Rakyat dan Buku Jingga PKR. – 24 September, 2015.


Persepsi memalukan terhadap Malaysia

Posted: 23 Sep 2015 10:44 PM PDT

FREE MALAYSIA TODAY
 
 
Isu 1MDB dan siasatan yang dijalankan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) seperti dilaporkan oleh New York Times dan dipetik oleh beberapa pemberitaan di merata dunia telah memberi persepsi negatif terhadap Malaysia.
 
 
 
ashamed
Oleh Yunus Tasim


Kita bangga

Rakyat Malaysia yang menaikkan nama Malaysia di persada dunia sentiasa dialu-alukan. Samada di bidang sukan, di bidang seni, atau di peringkat kenegaraan. Rakyat Malaysia akan turut bangga dengan pencapaian Bangsa Malaysia.

Yang terus menaikkan nama Malaysia di mata dunia pasti akan disanjung. Malah jasa mereka itu akan menerima habuan. Wang ringgit, hadiah dan ada kalanya gelaran. Sedangkan pelakon antarabangsa Shahrukh Khan dan Jackie Chan, serta penyanyi Rossa dari Indonesia dapat gelaran Datuk, walaupun ramai rakyat masih tertanya-tanya apakah jasa mereka itu dalam menaikkan nama Malaysia.

Balik China, balik India

Begitulah pula sebaliknya. Mereka yang dianggap 'memburukkan' nama Malaysia dikecam. Kecaman itu terkadang bersifat melampau dan tidak berasas. Malah ada segelintir orang Malaysia yang menuntut supaya ditarik kerakyatan mereka. Tak kurang pula yang menyuruh orang Cina kembali ke negeri China, dan orang India dihantar ke negeri India. Ini semua lantaran anggapan mereka kononnya orang yang berkenaan itu telah merosakkan imej Malaysia. Ada yang lantaran berdemonstrasi di luar negara. Tapi kini pasti tidak lagi kerana demonstrasi jalanan telah menjadi halal dengan adanya Perhimpunan Maruah Melayu berbaju merah.

Kini bangsa dan negara Malaysia sedang menghadapi situasi yang amat memalukan. Jatuh imej dan maruah Malaysia. Kita bukan sahaja malu di rantau Asean, tapi telah menjangkau di Amerika dan Eropah.
Sungguh mengaibkan! Kalau dulu, rakyat Malaysia begitu bangga untuk menyatakan kita ini Bangsa Malaysia. Tapi kini, kalau boleh kita nak jadi seperti burung ostrich, sorokkan kepala ke dalam tanah.

Berita 1MDB menjangkau seluruh dunia

Isu 1MDB yang dilaporkan oleh New York Times sedang disiasat oleh Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika atau FBI telah menjadi tajuk berita di seluruh dunia. New York Times (NYT) melaporkan inkuiri yang dibuat oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat bukan hanya menyiasat Najib tetapi juga Riza Aziz, anak tiri Najib dan ahli perniagaan Jho Low yang dilaporkan mempunyai hubungan dengan Najib, Rosmah dan 1MDB.

Bulgaria News memaparkan imej Najib dengan memetik berita WSJ yang Najib sedang disiasat FBI. Berita Thailand memetik media US akan perkara yang sama. Begitu juga pemberitaan di Vietnam, Spanyol, Korea dan WSJ edisi Jepun memetik laporan tentang penyiasatan FBI terhadap 1MDB. Chinese News membawa tajuk FBI Menyiasat Najib yang mengujudkan dana 1MDB.

Pemberitaan di Russia membawa laporan FBI sedang menyiasat penggubahan wang haram melalui 1MDB. Russian LOL menyelitkan berita Najib dan 1MDB di bawah tajuk 'Switzerland cannot decide what to do with the money of dictators'. Pemberitaan yang kebanyakan diambil dari laporan New York Times itu telah menjadi berita di 10 buah Negara di dunia. Ini belum lagi kesan dari internet dan media elektronik yang menjangkau ke seluruh dunia.

Kesan negatif pemberitaan 1MDB

Pastinya imej Najib akan makin popular di persada dunia. Dan persepsi terhadap Malaysia pasti turut sama melonjak naik. Tapi sayang bukan atas perkara yang baik, tetapi atas sebab dan perkara yang memalukan dan menjatuhkan maruah. Kita takut laporan-laporan itu akan menyebabkan Malaysia akan dikenali sebagai negara di mana kononnya rasuah berleluasa, dari peringkat bawah sampai peringkat tertinggi.

Walaupun belum sabit kesalahannya, tetapi kita tidak dapat elak persepsi orang terhadap kita. Sayang sekali, perkara yang masih dalam penyiasatan telah menjadi sensasi yang negatif terhadap Malaysia. Tentu rakyat Malaysia tidak ingin nama Malaysia yang harum mewangi sejak 30 tahun yang lalu tercemar. Buruk imej Malaysia akan memburukkan lagi prestasi ekonomi kita. Pelabur luar negara akan hilang keyakinan untuk melabur dan ini akan mengurangkan FDI masuk ke negara kita. Juga pasti akan memberi kesan negatif kepada peniaga luar negara yang ingin berurusan dengan rakyat Malaysia. Dan tentunya banyak lagi kesan sampingan terhadap negara dan kehidupan rakyatnya.

Kembalikan imej Malaysia yang positif

Bangsa Malaysia yang cintakan Malaysia mestilah berganding bahu membersihkan kekotoran ini dan mengembalikan imej Malaysia yang positif. Kita mahu pihak berwajib bertindak segera. Jika dulu ada segelintir rakyat Malaysia menuntut supaya yang didakwa memburukkan nama Malaysia di tarik kerakyatan atau di hantar pulang ke 'negara asal' mereka, apakah tuntutan yang sama dilakukan dalam kes yang tenat dan memalukan ini?

Tepuk dada tanya iman dan hati nurani anda!

(*)  Yunus Tasim adalah pembaca FMT

DBKL tidak akan beri kelulusan perhimpunan Sabtu ini

Posted: 23 Sep 2015 10:34 PM PDT

THE RAKYAT POST

 

SSR_4195
Mohd Amin Nordin berkata, terpulang kepada pihak polis untuk bertindak, jika berlaku rusuhan. - Foto arkib TRP/ Syahirah Roslan


KUALA LUMPUR, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan memberi kelulusan untuk sebarang perhimpunan yang mungkin diadakan di Petaling Street, pada Sabtu ini.


Ia susulan kenyataan Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos yang tidak menolak kemungkinan berlaku rusuhan di Petaling Street, Sabtu ini.

"Tiada kelulusan untuk sebarang perhimpunan atau aktiviti. Tetapi, terpulang kepada pihak polis untuk bertindak, jika berlaku rusuhan," kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz, pada Rabu.

Berhubung gesaan Jamal supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk bertindak terhadap penjualan barangan tiruan di Petaling Street, Mohd Amin Nordin berkata, jika ada operasi dijalankan kementerian itu, pegawai DBKL akan hadir.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Isa berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyertai atau mencetuskan rusuhan.

"Polis akan mengambil tindakan untuk memastikan keamanan dikekalkan," katanya yang dipetik The Malay Mail Online.

Menurut Jamal, rusuhan boleh berlaku, jika pihak berkuasa tidak bertindak ke atas peniaga-peniaga di Petaling Street yang menjual barangan tiruan.

"Kalau pihak berkuasa tidak mengambil tindakan, saya yakin 99 peratus akan ada perhimpunan dan mungkin juga akan berlaku rusuhan di sana, Sabtu ini.

"Kalau mereka tidak ambil tindakan sehingga Jumaat ini, kalau berlaku apa-apa kekecohan di sana, saya tidak bertanggungjawab," katanya yang menjangkakan sekitar 5,000 orang akan hadir pada perhimpunan itu, jika ia berlaku.

Pencemaran air di Malaysia semakin serius – WWF

Posted: 23 Sep 2015 10:32 PM PDT

RAJINA DHILLON

 

sungai
Rakyat Malaysia digesa memikirkan kepentingan untuk memulihara sungai-sungai di negara ini. - Foto arkib TRP/ Syahirah Roslan


KUALA LUMPUR, Menjelang sambutan Hari Sungai Sedunia, Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia menyeru rakyat negara ini memberi perhatian terhadap isu pencemaran air yang kian meruncing.


Ketua Pegawai Eksekutif WWF Malaysia, Datuk Dr Dionysius Sharma berkata, isu itu telah menjadi masalah serius di Malaysia yang membawa kesan negatif terhadap kelestarian sumber air negara.

Di Klang dan Kuala Langat khususnya, kualiti air di perairan terbabit semakin merosot, disebabkan pembuangan sisa domestik ke dalam sungai, terutamanya dari kawasan perumahan dan perindustrian, juga pelepasan sisa pembangunan tanah dan pertanian.

Pertumbuhan ekonomi yang pesat dan pertambahan populasi menyebabkan permintaan untuk bekalan air bertambah yang seterusnya menyumbang kepada peningkatan pelepasan air sisa.

"Air sisa dari kawasan perumahan, komersial dan perindustrian menyebabkan bau busuk, khasnya dengan kehadiran sampah yang menjejaskan kualiti air hujan dan mencemarkan ekologi sungai," kata Sharma dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jelasnya, sungai tercemar turut mendatangkan kesan negatif ke atas tumbuh-tumbuhan serta organisma dan secara tidak langsung menjejaskan ekonomi negara, kerana kos merawat air tercemar adalah tinggi.

Menurut laporan kualiti alam sekitar yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar, tahap pencemaran untuk 5.3 peratus daripada 473 sungai adalah 36.6 peratus, pada 2013.

"Walaupun peratusan sungai tercemar berkurangan sebanyak 1.7 peratus berbanding 2012, peratusan sungai yang sedikit tercemar meningkat sebanyak 2.6 peratus.

"Masalah pencemaran air kini semakin serius, dengan laporan menunjukkan trend menurun," tegasnya.

Sempena sambutan Hari Sungai Sedunia pada Ahad ini, rakyat Malaysia digesa memikirkan kepentingan untuk memulihara sungai-sungai di negara ini.

Jamal perlu dikenakan tindakan – Wee Ka Siong

Posted: 23 Sep 2015 10:30 PM PDT

The Star

 

kasiong
Wee Ka Siong menyifatkan tindakan Jamal sebagai melampaui batas kerana cuba bertindak seolah-olah mengambil undang-undang sendiri. 


KUALA LUMPUR, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong menyifatkan tindakan Ketua Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos sebagai tidak bertanggungjawab dan perlu diambil tindakan.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Jamal berhubung satu lagi perhimpunan yang boleh membawa kepada rusuhan akan berlaku pada Sabtu ini di Petaling Street.

"Beliau melampaui batas dan seolah-oleh menggunakan undang-undang sendiri. Bagaimana beliau boleh mengancam negara ini dengan satu rusuhan?" tegas Wee memetik laporan The Star Online.

Semalam, Jamal mendakwa akan berlaku satu lagi perhimpunan di Jalan Petaling pada Sabtu ini yang boleh membawa kepada rusuhan.

Beliau turut mendakwa perhimpunan itu dibuat bagi mendesak pihak berkuasa agar mengambil tindakan terhadap peniaga di Jalan Petaling yang menjual barangan tiruan.

Dalam masa yang sama, Jamal turut meminta agar ruang perniagaan di Jalan Petaling diberikan secara adil kepada semua kaum di Malaysia dan tidak hanya dimonopoli oleh peniaga Cina.

Sementara itu, Wee menegaskan agar Jamal menggunakan saluran yang betul dalam mengajukan aduan dan tindakan memberi kata dua kepada kerajaan untuk mencetuskan rusuhan adalah satu kesalahan.

Tiada ulasan: