Rabu, 2 September 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Gara-Gara Nakhoda Pening

Posted: 02 Sep 2015 06:10 AM PDT


SEKARANG tahulah kita mengapa bahtera merdeka kita belayar tidak lancar, penumpang pening dan muntah-muntah, hala tuju entah ke mana, kelasi terpaksa disuap dan diekori sepanjang hari – takut mereka terjun tinggalkan pinisi.

Nakhoda Bugis kita tersilap cara. Dia kembangkan layar dan labuhkan sauh.

(He raised the sail and dropped the anchor).

Ini bukan cerita yang saya reka. Ini nakhoda yang kata. Bernama (ya, Bernama) melaporkannya dan Sinar Harian (SH) menyiarkannya. (Tak percaya sila baca).

Mohd Najib: Nakhoda tersilap cara - Gambar Bernama
Kata nakhoda: "Suka saya ulangi di sini, sekali layar sudah dikembangkan, apabila sauh sudah dilabuhkan, pantang nakhoda dan anak-anak kapalnya berbalik haluan."

Dalam bahasa Melayu labuh turut membawa erti menurunkan - seperti melabuhkan tirai atau kain. Jadi melabuhkan sauh ertinya menurunkan sauh. Daripada labuh terbitlah pelabuhan.

Kalau dah naikkan layar kenalah naikkan juga sauh. Kalau tidak, tersangkutlah kapal dan terkoyaklah layar. 

Silap-silap langsung karam.

Wallahuaklam.

Hapuskan GST untuk semua jenis ubat

Posted: 02 Sep 2015 06:03 AM PDT

sivakumar (1)

 Roketkini.com


BATU GAJAH: Kerajaan diminta menghapuskan cukai jualan dan perkhidmatan (GST) ke atas semua jenis ubat, dan bukan hanya memberi pengecualian kepada ubat-ubat terpilih sahaja.

Timbalan Pengerusi DAP Perak, V. Sivakumar, berkata banyak jenis ubat masih tertakluk kepada GST yang semakin membebankan pesakit.

"Pengecualian cukai hanya untuk ubat penting nasional tidak memadai. Oleh yang demikian, kerajaan harus mengkaji semula  pelaksanaan proses pengecualian bagi semua ubat yang digunakan untuk merawat para pesakit," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pada masa ini, senarai ubat penting nasional adalah merupakan sebahagian daripada 7,000 produk ubat terkawal dan 4,000 produk ubat bukan racun yang dikategorikan oleh Kementerian Kesihatan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Gajah menambah, ubat- ubat di bawah kategori ubat penting nasional yang bebas daripada GST adalah sebanyak 4,217 jenama yang digunakan untuk merawat 30 jenis penyakit seperti, sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, dan barah.

"Namun, masih terdapat lebih daripada 2,700 jenis ubat yang dikenakan GST. Kerajaan seharusnya lebih prihatin akan  kesihatan rakyat," katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu, kerajaan  bersikap adil dengan memastikan GST tidak dikenakan langsung untuk semua jenis ubat bagi memastikan tiada pesakit menjadi mangsa diskriminasi. – Roketkini.com


Kadar Inflasi Malaysia Naik 3.3% Pada Julai 2015. Pakar Ekonomi Jangka Kadar Faedah Naik Jika Inflasi Cecah 4.0%!

Posted: 02 Sep 2015 05:58 AM PDT



Kadar Inflasi Malaysia Naik 3.3% Pada Julai 2015. Pakar Ekonomi Jangka Kadar Faedah Naik Jika Inflasi Cecah 4.0%!

Kerajaan boleh katakan apa sahaja, menteri boleh cuba tampil menafikannya, tetapi realitinya pelaksanaan GST memberikan kesan dan beban besar kepada rakyat Malaysia.

kadar inflasi malaysia 

Yang untung siapa? Kantung kerajaan semakin kembung dengan terisi berbilion ringgit hasil daripada pendapatan cukai setiap perbelanjaan dan urusniaga yang dilakukan oleh rakyat Malaysia atas nama GST Malaysia. 

 Belum ditambah dengan dengan kejatuhan nilai ringgit Malaysia yang telah merosot 15% tahun 2015 ini sekaligus meningkat kos import kita semua.

Berdasarkan kajian yang dilakukan pakar ekonomi, jangkaan kadar inflasi Malaysia naik 2015 hanya akan berada pada kadar sekitar 2.9% sahaja. Manakala kajian Bank Negara berlegar 2%-3% sahaja.

Walaubagaimanapun, Nomura Global Markets Research menjangkakan inflasi Malaysia akan menjangkakan ia akan pergi sehingga 3.1%.

Pada semakan Berita Semasa kadar inflasi Malaysia naik 2015 pada Jun yang lalu menunjukkan ia berada pada paras 2.5%

 

Kadar Inflasi Malaysia Naik 2015 Antara April Hingga Ogos 2015?

  1. April : 1.8%
  2. Jun : 2.5%
  3. Julai : 3.3%
Pakar ekonomi hanya boleh membuat jangkaan tetapi reralitinya bulai Julai yang lalu ia sudah pun mencecah 3.3%. Pakar Ekonomi, Firdaos Rosli menjangkakan yang Bank Negara akan menaikkan kadar faedah (OPR) jikalau kadar inflasi Malaysia mencecah 4.0%!

Mari sama-sam asemak data yang diperolehi daripada Jabatan Statitik seperti di bawah ini…

Najib Dinasihatkan Tidak Hadir Persidangan Antirasuah Kerana 1MDB

Posted: 02 Sep 2015 05:54 AM PDT

 
 

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan untuk tidak hadir ke majlis perasmian Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) atas faktor keselamatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Senator Datuk Paul Low Seng Kuan berkata keputusan tersebut diambil selepas mengambil kira sebarang kemungkinan susulan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan beliau dan mendapat perhatian seluruh dunia.

"Beliau sepatutnya hadir sehingga keputusan untuk beliau tidak hadir dibuat semalam. Ia selepas mengambil kira apa jua kemungkinan termasuk situasi semasa negara dan beberapa isu mengaitkannya secara peribadi.

"Beliau hadir sebagai ketua negara dan kami perlu mengikut beberapa protokol. Berbeza dengan pertemuan lain, persidangan ini membabitkan aktivis yang berani. Jadi ia berkaitan penerimaan mereka terhadap beliau," katanya pada bengkel Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) di Pusat Konvensyen Antrabangsa Putrajaya di sini, Rabu.

Menurut Paul Low, beliau tidak menolak Najib pastinya akan menerima sambutan 'dingin' di kalangan peserta persidangan tersebut.

"Sebagai menteri, saya menasihatkan beliau untuk tidak hadir kerana faktor keselamatan dan situasi semasa. Jadi cara terbaik adalah saya menyampaikan ucapan pada perasmian persidangan ini, " katanya.
Malah, beliau berkata, teks ucapannya pada perasmian persidangan tersebut tidak dipengaruhi oleh Najib.

"Teks ucapan tersebut dibuat berdasarkan kapasiti beliau sebagai menteri. Saya tak perlu arahan daripada perdana menteri," katanya.

100,946 Peminjam Tekun Gagal Bayar Balik Pinjaman RM675 Juta

Posted: 02 Sep 2015 05:51 AM PDT

MSTAR ONLINE


 
 
KUALA LUMPUR: Seramai 100,946 peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) gagal membayar semula pinjaman mereka yang berjumlah RM675 juta.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional, Baharom Embi berkata peminjam perlu membayar semula pinjaman tersebut walaupun tidak dituntut agensi itu.

"Pelbagai langkah telah diambil, namun mereka masih enggan membayar balik pinjaman itu dan keadaan ini menjejaskan peluang usahawan lain untuk mendapatkan pinjaman.

"Terdapat peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik pinjaman walaupun perniagaan mereka berkembang maju," katanya dalam kenyataan, Rabu.

Baharom berkata, peminjam perlu hadir di pejabat cawangan Tekun Nasional yang berhampiran bagi memperbaiki prestasi pembayaran balik pinjaman mereka.

Tekun Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang bertujuan membantu golongan peniaga kecil memula dan mengembangkan perniagaan sedia ada.

Setakat ini, pembiayaan Tekun Nasional diberikan kepada semua jenis perniagaan berdasarkan keperluan perniagaan mereka.-- Bernama

Polis Soal Siasat Penganjur Bersih 4.0 Mengenai Derma

Posted: 02 Sep 2015 05:44 AM PDT

 
 

KUALA LUMPUR: Polis Bukit Aman menyoal siasat penganjur Bersih 4.0 mengenai derma yang diterima mereka dan hal berkaitan dengan perhimpunan.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, beliau bersama enam yang lain turut disoal siasat mengenai kandungan kenyataan media yang dibuat, pelancaran himpunan itu pada 14 Ogos lalu, ahli jawatankuasa, persediaan untuk perhimpunan dan bagaimana mereka bersurai.

"Mereka bertanya mengenai derma, berapa banyak kita ada dalam akaun, adakah kita mengiklankannya di media sosial (bagi mengumpulkan derma) dan bagaimana kita menggunakannya," kata Maria kepada pemberita di Bukit Aman pada Rabu.

Mereka yang lain turut disoal siasat ialah timbalan pengerusi, Sarajun Huda; bendahari, Masjaliza Hamzah; ahli jawatankuasa, Farhana Halim dan Fadiah Nadwa; ahli sekretariat, Mandeep Singh dan aktivis pelajar, Adam Adli.

Turut hadir ialah 10 peguam termasuk Datuk Ambiga Sreenevasan, Ramkarpal Singh dan Lateefa Koya.

Mereka disoal siasat dari pukul 10.30 pagi dan pertemuan bersama pihak polis berakhir pada kira-kira pukul 1 petang.

Maria berkata, mereka tidak menjawab kesemua soalan yang dikemukakan polis.

"Kami melaksanakan hak kami untuk tidak menjawab kebanyakan soalan termasuk mengenai derma," katanya.

Ketujuh-tujuh mereka datang ke Bukit Aman secara sukarela selepas difahamkan pihak polis meminta mereka tampil bagi membantu siasatan.

Penganjur Bersih Akan Saman Jika Dikenakan Kos Pembersihan RM65,000

Posted: 02 Sep 2015 05:41 AM PDT

Oleh: RASHVINJEET S. BEDI & NURBAITI HAMDAN
 
 
Pekerja membersihkan jalan selepas perhimpunan Bersih 4.0 diadakan dekat Dataran Merdeka.
 
 
PETALING JAYA: Penganjur perhimpunan Bersih 4.0 akan membawa Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan ke mahkamah sekiranya mereka dikenakan caj kos pembersihan sebanyak RM65,000.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, kenyataan kementerian itu amat mengecewakan kerana sukarelawan mereka terpaksa menunggu untuk membersihkan sampah selepas perhimpunan tersebut berakhir pada hujung minggu lalu.

"Jika dia ada di sana, dia akan tahu betapa gigihnya sukarelawan kami bekerja untuk membersihkan segala sampah sarap," katanya.

Menurut Abdul Rahman, Bersih bakal berdepan dengan bil pembersihan itu dan menggesa mereka untuk tidak membelanjakan kesemua RM1.5 juta yang mereka berjaya kumpulkan untuk perhimpunan tersebut.

Maria berkata, beliau akan mendapatkan khidmat nasihat guaman sekiranya pihak kementerian berhasrat mahu mengenakan caj sebanyak itu kepada mereka.

"Jika dia mahu buat, tiada apa yang saya boleh lakukan. Kita akan dapatkan khidmat nasihat guaman," katanya sambil menambah bahawa ia bermakna perkara berkenaan akan dibawa ke mahkamah.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Bersih 2.0, Sarajun Hoda Abdul Hassan menafikan jalan-jalan di Kuala Lumpur dikotori dengan sampah sarap selepas perhimpunan itu.

Beliau berkata, pihak mereka telah berusaha bagi memastikan jalan-jalan adalah bersih semasa dan selepas perhimpunan diadakan.

"Kami mempunyai gambar-gambar yang menunjukkan kami telah membersihkan kawasan itu dengan ribuan sukarelawan.

"Anda boleh tanya sesiapa yang menyertai perhimpunan itu bahawa kesemuanya memberikan kerjasama," katanya.

Sarajun berkata, ia bukan kali pertama Bersih dikenakan 'bil pembersihan'.

"Mereka pernah hantar bil kepada kami sebelum ini tetapi mereka tidak dapat mempertahankan penyerahan bil mereka. Bila peguam kami menulis kepada mereka, mereka senyap.

"Sebelum kami menamatkan perhimpunan, kami juga telah membuat pengumuman supaya peserta mengutip sampah.

"Saya tak tahu apakah tujuan bil tersebut hendak dikenakan ke atas kami," katanya lagi.

Tindakan pijak gambar tak boleh dimaafkan

Posted: 02 Sep 2015 05:33 AM PDT

Tindakan pijak gambar tak boleh dimaafkan
Ahmad Razif
 
 
KUALA TERENGGANU - Tindakan peserta Bersih 4.0 memijak gambar pemimpin ketika perhimpunan di Dataran Merdeka, baru-baru ini adalah perbuatan biadab yang boleh mendorong kepada lahirnya generasi kurang ajar, sekiranya ia tidak dibendung.
 
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, perbuatan itu amat mendukacitakan dan satu tindakan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa.
 
"Perhimpunan ini seolah-olah ada satu strategi. Pertama, mereka mahu pastikan seluruh dunia melihat, jadi mereka dah tahu kalau buat hari biasa tak ada siapa nak tengok sangat, jadi ia diadakan pada hari nak sambut kemerdekaan.
 
"Kita tahu, sudah semestinya ketika itu seluruh dunia memerhati apa yang sedang berlaku di negara kita. Jadi, secara tidak langsung mereka juga telah mempamerkan satu tingkah laku yang tidak baik, terutama kepada generasi baru," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Peletakan Batu Asas Night Market Kampung Ladang, di sini, semalam.
 
Ahmad Razif turut menyuarakan kebimbangan sekiranya perkara itu tidak dibendung serta tidak diambil tindakan tegas, ia akan mempengaruhi dan melahirkan generasi akan datang sebagai generasi kurang ajar.
 
"Kalau hari ini mereka pijak gambar pemimpin, esok siapa tahu mereka akan pijak mak ayah mereka pula," katanya.
 
 

SPRM akan jadi badan bebas, kata menteri

Posted: 02 Sep 2015 05:32 AM PDT

SPRM
SPRM


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bakal benar-benar menjadi badan bebas tanpa sebarang pertalian dengan cawangan eksekutif seperti yang didesak oleh beberapa pihak sebelum ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan, inisiatif itu diambil dalam rangka untuk memperkasakan institusi di negara ini bagi mencapai kejayaan dalam pelaksanaan integriti nasional.

"Untuk itu kita memerlukan institusi yang kukuh yang bebas dari cawangan eksekutif kerajaan, diberi perlindungan secukupnya daripada undang-undang dan mempunyai sumber yang cukup untuk menggaji kakitangan yang profesional dan berkaliber.

"Jika tidak, sistem yang memastikan pematuhan dan mendukung kedaulatan undang-undang akan hilang kredibilitinya dan rakyat akan tidak yakin kepada pentadbiran," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian di Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC), di sini, hari ini.

Menurutnya, 'pembebasan' SPRM itu bagi membenarkan suruhanjaya itu menaik taraf kualiti kakitangannya.

"SPRM akan diperkatakan dahulu dengan menjadikannya suruhanjaya perkhidmatan berasingan bagi membenarkan ia menambah baik dari segi kapasiti dan tahap profesionalisme stafnya dan mempunyai kawalan terhadap terma dan syarat perkhidmatan.

"Kemudian, pelantikan dan tempoh perkhidmatan ketua pesuruhjaya mesti lebih terjamin," katanya.

Namun ketika ditemui media selepas itu, beliau mengesahkan kerajaan masih belum memutuskan tempoh pelaksanaan perancangan itu.

"(Bila akan dilaksanakan?) Itulah cabarannya," katanya ringkas.

Sebelum ini beberapa parti politik telah menggesa kerajaan menyegerakan pelaksanaan ini bagi memperkasa dan memelihara integriti SPRM sebagai sebuah badan bebas yang bertanggungjawab terhadap siasatan kes rasuah.

Sementara itu, dalam ucapan sama, beliau turut menyebut bahawa Jabatan Ketua Audit Negara juga akan menyertai SPRM sebagai badan yang benar-benar bebas.

"Jabatan Ketua Audit Negara juga akan buat laporan kepada jawatankuasa khas yang bi-partisan di Parlimen dan kuasa serta skopnya akan diluaskan," katanya.


Peniaga sukar laksana arahan turun harga

Posted: 02 Sep 2015 05:23 AM PDT

SINAR HARIAN



Barang keperluan
Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Beberapa persatuan peniaga hari ini mengakui arahan supaya menurunkan harga barangan susulan penurunan harga minyak sukar untuk dilaksanakan terutama bagi yang mendapat bekalan dari luar negara.
 
Persatuan Peniaga Tekstil dan Barang Am India Malaysia (MITA) dan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim (Presma) berkata pengurangan harga bahan api itu tidak memberi kesan besar kepada perniagaan mereka.
 
Setiausaha MITA, R. Maheswary berkata sebaliknya kejatuhan nilai ringgit lebih mempengaruhi perniagaan mereka kerana kebanyakan bekalan diperoleh daripada pemborong di luar.
 
"Harga petrol naik atau turun, kami tidak boleh menurunkan lagi harga barangan kerana sudah menanggung penambahan kos modal kerana nilai mata wang dolar Amerika Syarikat semakin tinggi," katanya kepada Bernama.
 
Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hamzah Zainudin memberi amaran kepada peniaga supaya menurunkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak bagi bulan September.
  
Semalam, harga petrol RON95 dan RON97 turun 10 sen seliter masing-masing kepada RM1.95 dan RM2.35 sen, manakala diesel turun 15 sen seliter kepada RM1.80.
  
Menurut Hamzah tempoh seminggu diberikan kepada peniaga untuk menurunkan harga barang atau berdepan dengan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
 
Presiden Presma, Noorul Hassan Saul turut menegaskan bukan mudah untuk anggota persatuan menurunkan harga jualan walaupun terlibat dalam sektor penyediaan makanan.
 
"Misalnya kita banyak mengimport rempah-rempah dari luar negara bagi menjamin kualiti makanan yang disediakan dan menerima nasib yang sama akibat kejatuhan nilai ringgit, jadi bagaimana kami nak turunkan harga?," soalnya.
 
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata memang sukar untuk menggesa peniaga menurunkan harga barangan walaupun pelbagai seruan telah dibuat pihak kerajaan.
 
"Apa yang boleh dilakukan ialah pihak kerajaan perlu mengambil tindakan serta merta ke atas peniaga jika mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
  
"Jika akta berkenaan dikuatkuasakan dengan lebih tegas, golongan peniaga tidak akan ambil mudah lagi mengenai isu ini," katanya. - Bernama


IACC: Najib tak hadir atas faktor keselamatan

Posted: 02 Sep 2015 05:20 AM PDT

Paul Low Seng Kuan
Paul Low Seng Kuan
 
 
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan untuk tidak muncul pada Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Menteri  di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, Najib diminta untuk tidak hadir atas faktor keselamatan beliau sendiri.

"Sekiranya beliau muncul di sini pada hari ini, dia akan datang sebagai pemimpin dan ketua negara.  Persoalannya sekarang, bagaimana pula dengan penerimaan semua pihak terhadap kehadiran beliau?

"Mungkin akan ada yang bersikap dingin (terhadap Najib)… Saya percaya, semua yang ada di sini mempunyai adab dan budi pekerti masing-masing. Mungkin sangkaan saya ini betul dan mungkin tidak. Bagaimanapun kami tetap nasihatkan beliau untuk tidak hadir hari ini," katanya dalam sesi soal jawab selepas menceritakan pengalaman negara mendepani kerajaan dan menangani rasuah.

Najib disahkan tidak akan terlibat secara langsung dengan persidangan IACC yang akan berlangsung hari ini hingga Jumaat.

[ARTIKEL BERKAITAN:  PM tidak akan hadir Persidangan Antirasuah]

Mengesahkan perkara tersebut, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Mustafar Ali semalam.

Paul dalam pada itu turut menegaskan kehadirannya pada persidangan hari ini dibuat atas kapasiti beliau sebagai salah seorang pemimpin dan bukannya hanya mewakili Najib semata-mata.

"… sebab itu saya yang bagi ucapan pada hari ini. Untuk ucapan saya hari ini pun saya tidak dapat arahan dari perdana menteri.

"Saya hanya cakap berdasarkan apa yang saya rasa perlu sebagai seorang menteri di negara ini," katanya lagi.

RM2.6 bilion: Hanya Najib boleh jawab

Posted: 02 Sep 2015 05:07 AM PDT

José Ugaz.
José Ugaz.
 
 
PUTRAJAYA - Hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menjawab soalan berkaitan wang sejumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

Pengerusi Transparency International, Jose Ugaz berkata, segala usaha kerajaan untuk mengatasi masalah rasuah tidak akan berjaya sekiranya masih ada jawapan yang belum dijawab dalam isu wang RM2.6 bilion.

"Siapa yang bayar wang itu dan mengapa? Ke mana wang itu pergi?

"Seseorang boleh menjawab soalan-soalan itu. Jika ia tidak berlaku, maka hanya siasatan yang bebas dan tiada campur tangan politik boleh mendedahkan kebenaran," katanya dalam ucapan pembukaan di Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) di sini, hari ini.

Ucapan Jose turut mendapat tepukan gemuruh daripada lebih 1,000 delegasi daripada 135 negara yang menyertai persidangan tersebut.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar dan Pengerusi Majlis IACC, Akere Muna.

Menurut beliau, kerajaan Malaysia juga tidak mempunyai kredibiliti untuk memberi kenyataan berkaitan isu anti rasuah selagi Najib tidak memberi jawapan.

Dalam pada itu, Jose berkata, terdapat pelbagai tindakan oleh kerajaan yang dilihat tidak mencerminkan usaha untuk membanteras rasuah.

"Dalam beberapa minggu ini, kita lihat Peguam Negara ditukar secara tiba-tiba, pasukan petugas khas 1MDB dibubarkan, penyiasat SPRM ditahan dan dipindahkan, serta penggantungan surat khabar yang melaporkan isu ini.

"Ini bukannya tindakan oleh kerajaan yang mahu memerangi rasuah," katanya.


BERSIH minta pemijak gambar PM, Hadi tampil

Posted: 02 Sep 2015 01:24 AM PDT

Shakira Buang


 


BERSIH meminta peserta yang terlibat memijak gambar presiden PAS dan perdana menteri tampil memberi penjelasan kepada pihak polis berhubung tindakan kontroversi itu.

"Kita minta dua individu yang pijak gambar tersebut tampil ke balai polis dan biar polis yang siasat.

"Kalau dia berani buat mereka mesti berani bertanggungjawab," kata Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.

Gambar Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Najib Razak tersebar luas di Internet.

Ia memaparkan gambar ubah suai kedua-dua pemimpin parti Melayu itu berpelukan.

Najib memang sudah sedia maklum menjadi sasaran kemarahan dalam perhimpunan itu susukan pelbagai kontroversi dalam negara.

Hadi pula dilihat menjadi turut dikaitkan sama selepas PAS tidak mengerahkan anggotanya menyertai perhimpunan itu, walaupun parti Islam itu menyokong tuntutan BERSIH.

Selain itu, Hadi juga dipersalahkan banyak selepas PAS dituduh menjadi punca perpecahan Pakatan Rakyat.

Terlalu ramai, semangat berkobar

Sementara itu, Maria juga berkata mereka kesal dengan apa yang berlaku dan menegaskan ia tidak mendapat sokongan gabungan itu.

"Kita tak sokong tindakan ini dan tak perlu buat begitu.

"Bukan hanya kepada Abdul Hadi dan PM tetapi kepada sesiapa saja kerana tindakan ini kita tak boleh terima," katanya kepada pemberita selepas selesai memberi kenyataan di ibu pejabat polis Bukit Aman sebentar tadi.

Maria juga berkata pihaknya tidak dapat mengawal tingkah laku peserta kerana jumlah terlalu ramai.

"Kita kesal dengan perbuatan ini sebab ramai sangat yang hadir sampai 600,000 orang dengan semangat yang berkobar-kobar dan kita tak dapat kawal semua," katanya.

"Semua yang hadir dengan perasaan masing-masing dan kita kesal dengan perbuatan tersebut."


MAHATHIR MEMANG MAHU DITANGKAP POLIS....

Posted: 02 Sep 2015 01:14 AM PDT

shahbudindotcom


 
 
 
Kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sebanyak dua kali dalam Bersih 4 bukan saja mengundang perhatian ramai serta kecaman daripada para pemimpin UMNO, tetapi turut memancing tindakan pihak polis untuk menyiasatnya. 

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri itu akan disiasat mengenai kehadirannya dalam perhimpunan tersebut serta dakwaan yang dibuatnya berkaitan rasuah terhadap pemimpin tertentu dalam UMNO.

Katanya, pihak polis akan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dakwaan yang dibuat oleh Tun Mahathir itu.

Selain itu, terdapat juga pemimpin UMNO yang mahukan beliau diambil tindakan berikutan kehadiran dalam Bersih 4 yang disifatkan sebagai tindakan bersekongkol dengan gerakan parti-parti pembangkang untuk menumbangkan kerajaan BN.

Malah ada yang menyarankan agar dalam mesyuarat MT UMNO pada 9 September ini, bukan saja Muhyiddin Yassin yang banyak membangkitkan mengenai 1MDB dan  derma RM2,600 juta yang diterima Najib, diambil tindakan pemecatan keahliannya sebagai ahli parti, tetapi patut melibatkan Tun Mahathir juga.

Bagi kebanyakan pemimpin UMNO yang pro Najib, serangan dan kritikan Tun Mahathir jauh lebih serius berbanding apa yang dilakukan oleh Muhyiddin.

Berhadapan kemungkinan akan dipecat bersama-sama Muhyiddin pada 9 September ini, Tun Mahathir juga sebenarnya akan berhadapan penyiasatan oleh pihak polis kerana kehadirannya dalam perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini.

Apakah Tun Mahathir takut dengan semua tindakan itu dan beranikah Najib bertindak demikian?

Melihat kepada gerakan Tun Mahathir untuk menurunkan Najib daripada jawatannya sejak lebih setahun yang lalu, yang jelas beliau kini sudah sampai ke peringkat sanggup melakukan apa saja bagi mencapai matlamat dan tujuannya itu.

Menyerang melalui media, menulis di blog, memulaukan program melibatkan Najib, menjelajah ke beberapa negeri, mahu undi tidak percaya diusulkan di Parlimen dan akhirnya turun ke perhimpunan Bersih 4 adalah isyarat jelas mengenai kesediaannya melakukan apa saja untuk menjatuhkan Najib.

Selepas ini, percayalah,  lebih banyak tindakan mengejutkan bakal diambilnya demi meneruskan tekanan dan menghakis kepercayaan rakyat terhadap Najib.

Ketika di Bersih 4 baru-baru ini, antara serangan Tun Mahathir terhadap Najib ialah rosaknya sistem undang-undang yang ditunjukkan melalui pemecatan Peguam Negara, pembubaran pasukan petugas khas, gangguan terhadap Gabenor Bank Negara, ancaman terhadap siasatan SPRM dan menggagalkan peranan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC yang dilakukan semata-mata untuk menyelamatkan kedudukannya.

Dengan semua tindakan itu, kata-kata "tunggulah siasatan dahulu" atau "tunggulah laporan audit" sebelum meneruskan kecaman terhadap 1MDB dan Najib seolah-olah sudah tidak bermakna apa-apa lagi.

Dengan menghadiri Bersih 4, bahkan melakukannya sebanyak dua kali, Tun Mahathir kini bukan saja menunjukkan kebersamaannya untuk sehati dan sejiwa dengan rakyat, bahkan sedang cuba membuktikan kebenaran dakwaannya bahawa Najib sanggup melakukan apa saja melalui cengkaman undang-undang kepada sesiapa juga untuk terus kekal berkuasa.

Jika tangkapan dilakukan terhadap Tun Mahathir, bermakna benarlah semua semua dakwaannya selama ini.

Disiasat dan ditangkap polis serta dipecat daripada UMNO tidak lain adalah kemahuan Tun Mahathir sendiri untuk lebih menjadikan Najib kian ditolak rakyat. Jika ketika era Tun Abdullah dulu, beliau bertindak keluar UMNO sebagai klimaks meneruskan tekanan, pengorbanannya sekarang beralih agar dipecat dan ditangkap pula atas arahan Najib.

Tun Mahathir sekarang seperti sedang menari dan mengalunkan muzik agar Najib dan para pemimpin UMNO turut melangkah dan menggoyangkan mengikut irama yang diorkestrakan olehnya. 

Memecat dan menangkap Tun Mahathir bukan saja menyebabkan rakyat lebih memihak kepadanya, bahkan ahli dan penyokong UMNO di peringkat akar umbi juga akan lebih berpecah kerananya.

Kiranya Najib merasakan beliau mampu bertahan sehingga tarikh PRU 14 akan datang sebelum menyerahkan kepada rakyat membuat penentuan, memecat dan menangkap Tun Mahathir akan membuatkan "tarikh perginya" lebih awal daripada itu.

Membiarkan Tun Mahathir bebas lepas dan terus-terusan menyerang Najib tanpa diambil apa-apa tindakan pula, khususnya berkaitan 1MDB dan derma RM2,600 juta akan membuatkan Najib lebih sukar berhadapan rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Secara nyatanya, Najib sebenarnya semakin tidak mempunyai pilihan lagi dalam berhadapan dengan Tun Mahathir ini.

Bai'ah: Perkahwinan Dr Hatta terbubar?

Posted: 02 Sep 2015 01:05 AM PDT

Dr Hatta Ramli
Dr Hatta Ramli. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM


SHAH ALAM - Pas mendakwa perkahwinan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli dengan isterinya terbubar dengan talak tiga selepas melanggar bai'ah yang pernah dilafazkannya dengan menyertai parti lain tanpa meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

Memetik laporan Utusan Online, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, parti itu tetap berpegang teguh dengan pendirian tersebut memandangkan lafaz bai'ah setiap calon Pas yang bertanding di negeri Kelantan mengandungi lafaz tambahan iaitu cerai taklik talak tiga.

"Terserah pada dialah kalau rasa terikat atau tidak dengan bai'ah itu tetapi pendirian Pas ialah bai'ah itu mengikat, taklik itu pun mengikat.

"Bai'ah setiap negeri sama cuma di Kelantan terdapat tambahan lafaz taklik talak tiga.

"Jadi kepada sesiapa yang keluar parti (tanpa meletak jawatan sebagai wakil rakyat) dia kena tanggunglah akibat," katanya selepas menghadiri mesyuarat khas Pas Kelantan di JKR 10, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bekas wakil rakyat kena letak jawatan]

Keahlian tujuh ahli parlimen dan lima Adun Pas tergugur secara automatik selepas mereka secara rasmi menyertai Parti Pekerja Malaysia, parti tidak aktif yang digerakkan semula oleh Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru).

Kesemua dua belas wakil rakyat berkenaan adalah Datuk Dr Mujahid Yusof (Parlimen Parit Buntar), Dr Siti Mariah Mahmud (Parlimen Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Parlimen Kuala Krai), Khalid Samad (Parlimen Shah Alam), Hanipa Maidin (Parlimen Sepang), Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu) dan Kamaruddin Jaafar (Tumpat).

Lima lagi adalah Adun termasuk Datuk Seri Dr Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Zawawi (Pengkalan Kundor), Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharudin (Morib).

Sementara itu kata Mohd Amar lagi, bagi wakil PAS di negeri lain yang turut meninggalkan parti tanpa meletak jawatan pula perlu menyedari bahawa pelanggaran baiah mereka menyebabkan setiap elaun yang diterima adalah haram.

Dalam pada itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, wakil rakyat Pas negeri ini yang menyertai Parti Pekerja Malaysia dinasihatkan segera merujuk status perkahwinan di Mahkamah Syariah berikutan terdapat bai'ah cerai talak tiga yang dilafazkan mereka sebelum ini.

"Saya tidak dapat beri pandangan berhubung perkara ini kerana saya sendiri tidak mengetahui apa yang dilafazkan mereka. Cuma adalah lebih baik mereka merujuk Mahkamah Syariah secepat mungkin.

"Di mahkamah, hakim akan meneliti perkara ini secara mendalam, dia boleh tengok dan siasat kandungan bai'ah sebenar serta ambil kira pelbagai aspek sebelum buat keputusan," katanya.


Najib mahu beli kapal perang RM3 bilion ketika ekonomi merudum

Posted: 02 Sep 2015 12:31 AM PDT

Oleh: Nadia Hanafi


PETALING JAYA- KEADILAN meminta kerajaan membatalkan hasrat membeli kapal perang pengangkut helikopter daripada Perancis seperti dilapor majalah The International Business Times bertarikh 26 Ogos lalu.

Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, akhbar antarabangsa turut melaporkan Menteri pertahanan Perancis, Jean Yves zle Drian bakal mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussien dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Rafizi PKR"Berita-berita ini padan dengan desas-desus bahawa lawatan menteri pertahanan Perancis itu adalah untuk merundingkan penjualan sebuah kapal perang kelas mistral kepada kerajaan Malaysia.

"Kini, pentadbiran beliau dilaporkan ingin membeli sebuah kapal perang yang dibina untuk negara lain semasa ekonomi negara merudum," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini.

Menurutnya, kapal yang dinamakan Sevastopol dan Vladivostok itu sepatutnya diserahkan kepada kerajaan Rusia pada tahun 2014 dan 2016.

Namun, katanya, ia tergendala apabila kerajaan Perancis membatalkan kontrak penjualan itu ekoran rekod buruk hak asasi manusia kerajaan Rusia.

Rafizi juga berkata, kapal perang mistral itu dianggar berharga sekitar USD600 juta pada 2012 dan sekarang mencecah RM2.6 bilion dengan mengambil kira kadar harga dan matawang terkini.

"Mengambil kira kontrak penyenggaraan dan bantuan teknikal yang selalunya bernilai ratusan juta, saya menganggarkan pembelian ini boleh memakan RM3 bilion dana rakyat.

"Ini tidak termasuk pembelian helikopter yang diperlukan sebagai melengkapkan kapal perang mistral ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Beliau turut mempersoalkan mengapa kerajaan berniat membeli sebuah kapal perang yang direka untuk armada laut Rusia di mana strategi persenjataan begitu berlainan daripada Malaysia.

"Bukankah lebih baik sebarang tempahan kapal baru mesti mengikut strategi jangka panjang tentera Malaysia?," ujarnya.

Justeru itu, Rafizi menyeru Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan menjawab persoalan mengenai pembelian itu dalam sesi parlimen Oktober ini.

"Berapakah kos keseluruhan pembelian kapal ini termasuk pembelian helikopter dan kontrak-kontrak bantuan teknikal? Jumlah ini perlu dibentangkan kepada rakyat sebelum sebarang kuputusan dibuat," tegasnya.

Dua Ahli Parlimen Belia Malaysia sertai KEADILAN

Posted: 02 Sep 2015 12:30 AM PDT

Oleh: Nadia Hanafi


PETALING JAYA- KEADILAN mengumumkan dua Ahli Parlimen Belia Malaysia telah menyertai barisan kepimpinan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) selepas perhimpunan Bersih 4 yang diadakan hujung minggu lalu.

Dua anak muda tersebut ialah Ahli Parlimen Belia Selangor, Wan Abdullah Mujahid Hasanuddin dan Ahli Parlimen Belia Pahang, Mohd Mustaqim.

PC RafiziMenurut Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, penyertaan dua anak muda ini bagi menzahirkan perjuangan menuntut reformasi seperti yang digariskan oleh KEADILAN dan dituntut dalam himpunan Bersih 4 baru-baru ini.

"Penyertaan dan sokongan anak muda menggambarkan mereka memahami keperluan reformasi seperti yang dituntut BERSIH dan diperjuangkan KEADILAN selama ini.

"Kedua-dua mereka adalah barisan aktivis dan kepimpinan muda yang sebelum ini bergiat aktif dalam pertubuhan NGO IKRAM dan telah dipilih menjadi Ahli Parlimen Belia Malaysia," katanya yang juga Setiausaha Agung KEADILAN.

Menurut Rafizi, Mujahid akan diberikan tempat dalam EXCO AMK Malaysia dengan portfolio khusus menyemarakkan aktiviti pendemokrasian di kalangan generasi dengan dibantu Mustaqim.

"Saya yakin lebih ramai Ahli-Ahli Parlimen Belia Malaysia yang menyertai kepimpinan AMK KEADILAN dan menyertai KEADILAN dalam masa terdekat.

"Pendirian kritis beberapa ahli Parlimen Belia Malaysia yang mengkritik skandal melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini adalah isyarat jelas bahawa gelombang anak muda menolak Umno Barisan Nasional semakin deras," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN.

Mujahid yang berumur 27 tahun mempunyai ijazah undang-undang dan syariah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, diploma lanjutan bahasa arab dari Maahad Kiftaro dan kini melanjutkan pelajaran di peringkat MBA.

Beliau juga kerap menyertai persidangan pemuda gerakan Islam peringkat antarabangsa dari tahun 2006 dan mengikuti beberapa misi ke Gaza dan Lubnan.

Manakala Mustaqim pula seorang pendakwah berkelulusan Diploma Pengajian Islam serta aktif dalam seminar motivasi dan latihan belia di seluruh Pahang selain menyertai sukarelawan Aqsa Sharif Malaysia.

Bersih 4 tunjukkan Najib tiada sokongan rakyat

Posted: 02 Sep 2015 12:27 AM PDT

Oleh: Nadia Hanafi


PETALING JAYA- Perhimpunan Bersih yang dihadiri ratusan ribu rakyat hujung minggu lalu membuktikan Datuk Seri Najib Razak tidak mendapat sokongan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.

Beliau menyangkal reaksi perdana menteri dan media kawalan kerajaan yang menyatakan himpunan itu tidak mendapat sambutan, khususnya daripada kalangan masyarakat Melayu.

Rafizi PKR"Saya ada cuba tweet dengan mengatakan 'kalau anda tidak sokong Najib, tolong retweet'. Sampai sekarang tweet tersebut mencecah 7000 orang yang retweet.

"Untuk mencapai 7000 retweet itu telah menunjukkan orang ramai dalam sosial media menyokong Bersih.

Ini juga menunjukkan Najib tidak mendapat sokongan daripada majoriti sama ada mereka pergi Bersih atau tidak," katanya ketika ditemui.

Najib baru-baru memperlekeh himpunan itu dengan mengatakan peserta Bersih 4 sebagai "tidak matang" dan "berminda cetek", bahkan menuduh mereka cuba mengganggu ketenteraman awam.

Manakala media kawalan kerajaan seperti Utusan Malaysia pula memainkan sentimen bahawa himpunan itu didominasi kaum Cina dan DAP.

Rafizi dalam pada itu tidak menolak kemungkinan Umno BN akan terus menggunakan isu perkauman dalam kempen Pilihan Raya Umum akan datang.

Bagaimanapun, katanya, himpunan Bersih 4 membuktikan semangat muhibah di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum terus utuh dan bukan seperti digambarkan Umno.

"Mereka (Umno) boleh cuba apa sahaja tapi banyak gambar ratusan ribu rakyat Malaysia di atas jalan akan meneutralkan apa-apa propaganda yang Umno ingin lakukan.

"Ada gambar yang viral di sosial media di mana orang bukan Melayu menawarkan air untuk orang Islam mengambil wuduk. Gambar ini lebih kuasa dari propaganda Umno," katanya.

Perhimpunan Bersih 4 pada 29 hingga 30 Ogos lalu mendapat sambutan hebat apabila penganjur mendakwa ia dihadiri kira-kira 500,00 peserta.

Himpunan dengan empat tuntutan utama, termasuk pembersihan pilihan raya itu berlangsung selama 34 jam dan menyaksikan ibu negara dibanjiri lautan manusia berpakaian kuning.

Anak Zahid hanya mahu mahu raih populariti

Posted: 02 Sep 2015 12:25 AM PDT

Oleh: Nadia Hanafi


KUALA LUMPUR- Serikandi KEADILAN menyifatkan tindakan anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melabel peserta Bersih 4 sebagai kerja bodoh sekadar mahu meraih populariti.

Ketuanya, Siti Aisyah Shaik Ismail berkata, Nurul Hidayah sepatutnya mengkaji terlebih dahulu apakah yang mendorong rakyat Malaysia hadir ke himpunan itu dan bukan dengan membuat tuduhan melulu.
Nurul
"Kepada anak Zahid Hamidi jangan terlalu cepat menghukum dan melabel mana-mana pihak kerana kamu tidak tahu punca dan asas apa yang diperjuangkan oleh rakyat.

"Dia hanya mengeluarkan kenyataan untuk meraih populariti sahaja tetapi tidak memahami (rakyat)," katanya ketika dihubungi.

Nurul Hidayah pada 30 Ogos lalu menyifatkan peserta yang menyertai demonstrasi Bersih 4.0 sebagai kerja bodoh dan sia-sia dalam satu status di laman sosial Facebooknya.

Bagaimanapun, kenyataan itu mendapat reaksi dan kecaman daripada pengguna laman sosial di Facebook dan Twitter.

Dalam status yang dikongsinya, Nurulhidayah juga ada mendakwa satu ketika dahulu dia pernah melakukan tindakan serupa apabila menyertai demonstrasi untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Siti Aisyah berkata, Nurul Hidayah turun ke jalan raya ketika itu semata-mata kerana bapanya yang merupakan penyokong kuat Anwar Ibrahim sebelum bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat dan dipenjarakan.

Katanya, ia berbeza dengan peserta himpunan Bersih 4 yang mahukan hak mereka sebagai rakyat dikembalikan dengan menuntut perubahan kerajaan.

"Dia (Nurul Hidayah) bercakap seperti budak yang tidak tahu apa-apa dan tidak ada pengalaman. Dulu atau ketika ini dia tetap budak hingusan yang tidak tahu apa-apa.

"Saya sarankan balik dan belajar dulu. Tanya bapa dulu mengenai 1MDB dan masalah-masalah negara lain," kata Aisyah.

Tian Chua puji polis kendali Bersih 4.0

Posted: 02 Sep 2015 12:21 AM PDT


Ahli Parlimen Batu itu mendakwa polis memanggil tujuh Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0 kerana campur tangan pihak luar


tian-chua_bersih_polis_600


KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memuji tindakan polis yang berjaya mengawal peserta perhimpunan Bersih 4.0 dengan baik tanpa sebarang kekecohan sepanjang 34 jam ia berlangsung.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, cara yang digunakan pihak berkuasa turut menjadi penyumbang selain kerjasama peserta.

"Kami peserta dan pihak penganjur memuji pihak polis mempertingkatkan cara untuk menangani himpunan sebesar ini (Bersih 4.0).

"Ini kerana kedua-dua pihak iaitu polis dan penganjur serta peserta memberi kerjasama sepenuhnya untuk memastikan tidak ada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku," katanya.

Mengulas mengenai tujuh Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0 yang dipanggil polis termasuk Pengerusinya, Maria Chin Abdullah, Chua berkata ia dibuat hasil tekanan pihak luar.

Tambahnya, ketujuh-tujuh mereka, iaitu Maria, Sarajun Hoda Abdul Hassan, Masjaliza Hamzah, Farhana Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri, Mandeep Singh, dan aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman susulan menganjurkan perhimpunan Bersih 4.0 dijangka disiasat mengikut Seksyen 120, 124C dan 141 Kanun Keseksaan.

"Tekanan daripada pihak luar menyebabkan polis terpaksa bertindak memanggil dan menyiasat ahli jawatankuasa Bersih terbabit dibawah Akta 120 dan Seksyen 124," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

PKR tidak terjejas dengan PAN-Tian Chua

Posted: 02 Sep 2015 12:18 AM PDT

 
Ia tidak menjadi isu walaupun PKR dan PAN menawarkan keahlian pelbagai kaum.


Tian-Chua1_pkr_600


PETALING JAYA: Penubuhan Parti Amanah Negara (PAN) tidak akan menjejaskan Parti Keadilan Rakyat (PKR), walaupun ia menawarkan keahlian tanpa mengira agama dan kaum.

Bahkan, Naib Presiden PKR, Tian Chua menyifatkan ia sebagai perkembangan positif kepada parti pembangkang lain.

"Saya tidak nampak ianya satu persaingan tapi perkembangan positif," ujarnya.

Katanya, penubuhannya sama seperti PKR, 15 tahun lalu yang terbuka untuk menerima pelbagai kaum dalam sebuah parti.

"Politik kini lebih terbuka dan rakyat Malaysia lebih mesra dengan pergerakan politik yang lebih terbuka untuk penyertaan semua kaum," katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat PKR pada Rabu.

Sementara itu, mengulas mengenai perbuatan perserta Bersih 4.0 yang memijak gambar Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada himpunan pada hujung minggu lalu, Chua meluahkan rasa kesalnya dan menyifatkannya perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

"Kami menggesa sama ada peserta itu lelaki atau wanita untuk tampil ke hadapan untuk meminta maaf.
"Tidak sepatutnya menghina mana-mana kepimpinan," ujarnya.

Penganjur Bersih sedia heret Rahman Dahlan ke mahkamah

Posted: 02 Sep 2015 12:13 AM PDT


Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya mereka dikenakan bil pembersihan RM65,000


bersih-4,-Maria-Chin-Abdullah,-Rahman-Dahlan


PETALING JAYA: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan akan berdepan dengan tindakan undang-undang sekiranya mengenakan kos pembersihan kepada penganjur perhimpunan Bersih 4.0.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menjawab balik kenyataan itu dan menjelaskan sukarelawannya telah bersusah payah melakukan kerja-kerja pembersihan.

"Jika dia mahu buat, tiada apa yang saya boleh lakukan. Kita akan dapatkan khidmat nasihat guaman," katanya yang dipetik daripada portal Mstar Online.

Dalam kenyataan Rahman pada Selasa yang mahu mengeluarkan bil sebanyak RM65,000 sambil menyindir penganjur supaya tidak membelanjakan semua RM1.5 juta yang mereka dapat kumpulkan untuk perhimpunan hujung minggu lalu.

Mengulas perkara yang sama, Timbalan Pengerusi Bersih 2.0, Sarajun Hoda Abdul Hassan berkata ia bukan pertama kali pihaknya dikenakan bil.

"Mereka pernah hantar bil kepada kami sebelum ini tetapi mereka tidak dapat mempertahankan penyerahan bil mereka. Bila peguam kami menulis kepada mereka, mereka senyap," katanya.

Pergerakan Pemuda UMNO dakwa Bersih cetus ketegangan kaum

Posted: 02 Sep 2015 12:05 AM PDT

 
Laporan yang sama turut dibuat terhadap Alvin Tan kerana mengugut untuk merogol anak Zahid Hamidi


pemuda-umno


PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda UMMO membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat penganjur perhimpunan Bersih 4.0 kerana didakwa menganggu ketenteraman awam.

EXCO Pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah berkata, tindakan peserta perhimpunan memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh mendatangkan kemarahan rakyat.

Selain itu, tindak tanduk berkenaan juga dilihat boleh menyebabkan ketegangan kaum.

"Pemuda mahu tindakan tegas kerana mereka ini sudah menanamkan politik kebencian kepada rakyat.
"Mereka pijak gambar Perdana Menteri dan Datuk Seri Abdul Hadi, selepas ini mungkin gambar pemimpin lain yang perjuangkan agama bangsa dan tanah air yang mereka pijak," katanya yang dipetik daripada Harian Metro Online.

Dalam laporannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, dia yang juga Pengerusi Briged Kesatria Muda Pemuda UMNO turut membuat satu lagi laporan ke atas Alvin Tan kerana memuat naik status mahu merogol anak Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam status Facebooknya Selasa lalu, Alvin memuat naik ugutan terhadap Nurulhidayah Zahid dengan kata-kata kesat.

"Holy mother-f****** s***… My next goal in life is to f*** Zahid Hamidi's daughter, Nurulhidayah Ahmad Zahid. She's so f****** hot. Who gives a shit what she said about ‪#‎Bersih4? She's probably right anyway. Anyone wants to join me for a double-********** of this s***? (I'll take the **** okay, don't fight with me)," tulisnya

Nazri: Terima kasih, BERSIH

Posted: 01 Sep 2015 05:06 PM PDT

Zulaikha Zulkifli





Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz mengucapkan terima kasih kepada penganjur BERSIH 4 kerana mempromosikan Malaysia.

Kata Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, perhimpunan selama 34 jam itu mendapat liputan daripada media antarabangsa dan secara tidak langsung mengiklankan demokrasi sihat diamalkan di negara ini.

"Dari segi pelancongan dan pandangan luar negara, ia bagus juga sebab menunjukkan demokrasi sihat negara kita.

"Dah tayang di CNN, Aljazeera, BBC, satu dunia tahu tentang itu (perhimpunan BERSIH) jadi saya sedikit sebanyak mengucapkan terima kasih pada BERSIH kerana mereka iklankan demokrasi sihat di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Sehubungan itu, beliau secara sinis menyarankan supaya perhimpunan BERSIH diadakan setiap tahun.

Bagaimanapun, kata Nazri, sekiranya mahu diadakan setiap tahun, proses penganjurannya mesti dibuat dengan betul, seperti mengemukakan permohonan kepada Menteri Dalam Negeri.

"Tahun depan buat lagi benda ini. Buat tiap-tiap tahun. Tak adalah buat pada satu-satu waktu sahaja. Tahun depan buat lagi.

"Tapi mohonlah pada timbalan perdana menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri). Kita ada undang-undang," katanya.

Bukan semua orang KL 

Malah, Nazri berkata, kehadiran puluhan ribu peserta BERSIH ke ibu negara sempena perhimpunan berkenaan juga membantu meningkatkan jumlah pelancongan dalam negara.

"Peserta BERSIH dalam 80,000 dan bukan semua dari Kuala Lumpur. Mereka dari luar, maka itu pun membantu meningkatkan pelancong domestik.

"Kemudian dengan ada orang jual air tepi jalan semua, yang penting jangan kacau ketenteraman. Itu sahaja," katanya lagi.

Pada Sabtu dan Ahad lalu, BERSIH mendakwa ada kira-kira 500,000 orang menyertai perhimpunan berkenaan dan membanjiri jalan-jalan di sekitar Dataran Merdeka.

BERSIH mengemukakan tuntutan kepada kerajaan iaitu membersihkan pilihan raya, kerajaan yang bersih, hak membantah, pengukuhan demokrasi berparlimen dan tuntuan untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia.

Mereka turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.


Akta Pencegahan Keganasan 2015 berkuatkuasa 1 Sept

Posted: 01 Sep 2015 04:52 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) berkuat kuasa secara rasmi mulai 1 September 2015.


Beliau berkata penguatkuasaan POTA itu selaras dengan pembentangan Kertas Putih oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 November 2014 bertajuk 'Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Militan Islamic State' di Dewan Rakyat.

Ahmad Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata susulan daripada itu, kerajaan telah pun membentangkan Akta Pencegahan Keganasan 2015 [Akta 769] di Parlimen pada sesi Mac 2015 lalu, yang boleh digunakan pihak berkuasa bagi memastikan tiada individu yang terlepas daripada sebarang tindakan perundangan sekiranya melibatkan diri dalam perbuatan keganasan.

"Akta 769 tersebut telah pun diperkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 28 Mei 2015 dan berkuatkuasa secara rasmi pada 1 September 2015," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau berkata dalam penggubalan akta itu, terdapat satu undang-undang baru yang turut digubal di samping beberapa pindaan selari yang dibuat terhadap empat undang-undang sedia ada.

Ahmad Zahid berkata ia bertujuan untuk memastikan undang-undang tersebut benar-benar mantap dan komprehensif agar anasir-anasir ini tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.

Katanya Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 [Akta 770] (SMATA) iaitu undang-undang baru yang membenarkan Ketua Pengarah Imigresen menggantung atau membatalkan dokumen perjalanan yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia, yang terlibat dalam organisasi pengganas tersenarai di sesuatu negara asing atau di mana-mana bahagian sesuatu negara asing.

Beliau berkata menteri diberi kuasa untuk mengeluarkan suatu perintah menuntut penyerahan dokumen perjalanan asing milik seseorang bukan warganegara Malaysia, yang terlibat dengan pengganas di sesuatu negara asing, dan diserahkan kepada polis serta ditahan 14 hari untuk proses siasatan.

Katanya, empat pindaan selari tersebut adalah Kanun Keseksaan (Pindaan) 2015 (KK); Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Pindaan) 2015 (SOSMA); Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2015 (POCA); dan Akta Penjara (Pindaan) 2015.

"Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 (SMATA), Kanun Keseksaan (Pindaan) 2015 (KK) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Pindaan) 2015 (SOSMA) telah pun dikuatkuasakan pada 15 Jun 2015," katanya.

Beliau berkata Akta Pencegahan Keganasan 2015 ini dikuatkuasakan bersekali dengan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2015 dan Akta Penjara (Pindaan) (No.2) 2015 iaitu pada 1 September 2015.- Bernama


Tiada ulasan: