Selasa, 15 September 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Wartawan al-Jazeera tak patut dihalau

Posted: 15 Sep 2015 05:34 AM PDT



Oleh Subky latif 


STESYEN TV al-Jazeera telah menyiarkan video tentang pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan di dalamnya mengandungi kejadian wartawannya Mary Ann yang melakukan penyiasatan itu ditahan lima jam di airport dan kemudian dihalau ke luar. Dia ke Australia bertemu pula dengan Sirul Azhar Umar yang lari daripada hukuman bunuh atas kes itu.

Berikutnya Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan Perdana Menteri yang dikaitkan dengan pembunuhan itu mengulangi dia tidak terlibat.

Tetapi PM Najib dan JPM tidak sekadar berdalih tidak terlibat. Sepatutnya ia mengambil langkah berkesan bagi menyelesaikan kes itu terutama yang membabitkannya supaya dapat meyakinkan dan menenang sekalian yang mengikutinya.

Apa perlunya wartawan itu disekat dan dihalau sedang dia datang bagi melakukan penyiasatan bagi membantu menyelesaikan kes itu. Jika Najib tidak ada apa-apa, dia sepatutnya membantu wartawan itu mencari apa sebenarnya yang berlaku.

Kes itu sudah dibicarakan. Ada orang yang dihukum. Tetapi ternyata keputusan mahkamah tidak dapat menyelesaikan kes itu. Isu itu terus berbangkit dan Perdana Menteri yan tidak disentuh langsung oleh mahkamah, dan berkali-kali menafikan dia terlibat, tetap bebas daripada tohmah yang mengaitkannya.

Tambahan pula Najib, polis dan kerajaan tidak dapat menjawab reaksi Sirul atas hukum bunuh terhadapnya tentang ada orang lain menyuruhnya bunuh.

Maka tidaklah PM, polis dan kerajaan secara senang menutup fail atas kes itu semata-mata kerana mahkamah yang membicarakan dan membuat keputusan.

Membiarkan tohmah itu tidak berjawab, menjadikan ia satu fitnah dan fitnah yang tidak dipadam segera akan merebak luas. Apabila terus diperkata orang, orang akan mempercayainya.

Memang sekarang orang yang tidak tergolong sebagai penyokong tegar Najib percaya dengan tohmah itu. Yang tidak percaya penyokong tegas saja. Dan penyokong tegar itu berkurangan setiap hari disebabkan oleh kerenah Najib yang bersambung dari satu perkara kepada satu perkara lain.

Jika usaha memaksa Najib berundur berjaya dalam waktu yang terdekat ini, maka tidak ada lagi yang percaya dia tidak terlibat seperti yang selalu dinyatakannya.

Jika Najib sudah tidak menjadi Perdana Menteri, maka tidak banyak lagi yang dapat dibuatnya untuk memadam semua fitnah itu. Setakat dia ada kuasa, tidak banyak yang orang dalam negeri dapat dedahkan apa yang sebenar.

Terlalu banyak perkara itu yang belum diketahui. Semua cabang kekuasaan dipercayai dan dikatakan melindunginya. Tetapi apabila tidak berkuasa, tiada lagi perisai yang ada untuk melindunginya.

Wartawan al-Jazeera datang kerana dia mendengar banyak cerita. Dia mahu memastikan apa yang didengarnya betul atau palsu.

Tiba-tiba dia tidak dibenarkan masuk. Tindakan itu telah menyebabkan semua bertanya mengapa dia tidak dibenakan masuk jika tempua tidak bersarang rendah. Dia tidak berpeluang mendapatkan pejelasan daripada Najib dan orang Najib tentang benar dia tidak terlibat. Orang-orang Najib tidak dapat membekalkan apa yang dia mahu.

Ke mana-mana dia pergi, orang mengatakan Najib terlibat.

Jika Najib jumpa dia dan orangnya sendiri beri penjelasan yang meyakinkan, mungkin betul dia tidak terlibat.

Kerana kelemahan orang Najib tidak berani berdepan dan memberi penjelasan, maka al-Jazeera telah menyiarkan skandal itu. Diikuti oleh seluruh dunia. Dibimbangi yang percaya lebih ramai daripada yang tidak percaya.

Perhimpunan baju merah: tuan rumah ke hantu rumah?

Posted: 15 Sep 2015 05:29 AM PDT



Oleh Farouk A. Peru


Kadang-kadang, saya tertanya juga kalau-kalau Melayu rasis yang menunjukkan belang mereka benar-benar percaya dengan royanan mereka itu.Sekarang ini, mereka sedang menyiapkan diri untuk perhimpunan "Redshirts" yang kononnya mahu mempertahankan maruah Melayu. Daripada ancaman siapa pulak tu? Ancaman Cina DAP kononnya.

Yang hairannya, angkara Umno yang merugikan negara berbilion-bilion ringgit tidak pula mengancam maruah Melayu. Perhimpunan Bersih 4 yang tidak pun menyebut kalimah 'DAP' tetapi menuntut pilihan raya yang adil dan saksama pula menjadi sasaran mereka.


Adakah maruah Melayu memerlukan pilihan raya yang berat sebelah dan zalim sebelum boleh memberi kejayaan kepada Melayu rasis ini?

Jadi mereka hanya boleh jadi pemenang jika peraturan diubah mengikut haluan mereka. Alangkah malunya!

Dalam huru-hara ini timbul pula meme Facebook daripada seorang yang menamakan dirinya "Jogho Kelate" (Juara Kelantan).

Orang yang tidak berani memberi namanya yang sebenar mengatakan dalam Facebook: "Kita bukannya nak halau orang yang tumpang rumah kita. Kita hanya nak ajar penumpang supaya kenal tuan rumah. Jom sertai perhimpunan Melayu bersatu pada 16 September 2015.

Saya yang sudah masak dengan retorik angkatan Melayu rasis ini memang tidak terkejut langsung dengan kata-kata mereka. Yang saya tertarik ialah mentaliti mereka-mereka yang tidak tahu malu ini.

"Jogho Kelate" ini sanggup menamakan dirinya sebagai "tuan rumah". Adakah dia benar-benar tuan rumah atau kelibat yang mengganggu ketenteraman negara, iaitu hantu rumah?

Mari kita fikirkan penyataan "Jogho Kelate" ini.  Dia menamakan orang bukan Melayu sebagai "penumpang". Bagaimana kita boleh tahu maksud ini? Kerana yang dipanggilnya untuk berhimpun ialah orang Melayu sendiri. Jadi orang Melayu bukan penumpang walhal kaum-kaum lain hanyalah penumpang.

Adakah analogi ini sahih dan boleh dipakai? Jika kita memanggil orang 'penumpang' maka mereka tiada hak ke atas pentadbiran dan ketuanpunyaan negara. Jadi mereka bukannya rakyat yang sah.

Jika penggunaan kalimah "penumpang" ini benar,  "Johgo Kelate" patut didakwa kerana menolak perjanjian yang dimeterai sebelum Merdeka.  Bukan sahaja itu dia menolak Rukun Negara yang memelihara keluhuran perlembagaan.

Kita juga patut bertanya, mengapa kaum-kaum lain adalah penumpang apabila mereka secara keseluruhan membayar cukai yang lebih daripada kaum Melayu sendiri? Adakah ini "perniagaan" yang adil?

Mereka menghabiskan seluruh hidup mereka di negara di mana mereka hanya dianggap penumpang. Jika kita membeli perabot, perkakas rumah, kereta atau rumah pun, satu hari kita akan habis pembayaran dan akan menjadi tuan punya harta itu.

Tapi tidak di Malaysia versi "Johgo Kelate" ini jika kita bukan Melayu.  Inilah adalah mentaliti yang zalim yang patut dibuang daripada negara moden dan berdemokrasi. Jika kita menganggap kaum-kaum lain hanya sebagai penumpang, mengapa kita mengharapkan mereka juga menyumbang kepada kemajuan negara?

"Johgo Kelate" juga melabel orang Melayu sebagai 'tuan rumah'.  Apakah yang melayakkan orang Melayu menjadi tuan rumah pula? Kita pun menjadi pendatang ke semenanjung ini suatu masa dahulu. Yang membezakan antara kita dan kaum-kaum lain ialah masa kedatangan kita ke tanah ini, itu saja.

Sebenarnya, kita juga sudah menjual negara ini suatu masa dahulu kepada penjajah. Itulah sebabnya kita terpaksa berjuang untuk mendapatkan kembali tanah jajahan British. Adakah "Johgo Kelate" melupai yang semasa perjuangan ini, kaum-kaum lain juga menyertai kita? Adakah adil yang selepas kita telah berjaya mendapatkan kemerdekaan, kita menjadi "tuan rumah" walhal mereka menjadi penumpang? Memang tiada keadilan dalam penilaian "Johgo Kelate".

"Johgo Kelate" juga ingin "mengajar" kepada "penumpang". Apa yang ingin diajarnya? Sopan-santun? Budi bahasa? Sikap toleransi dan kejiranan? Sama sekali tidak! Dia ingin mengajar kepada kaum-kaum lain yang dia sebenarnya tuan rumah dan mereka sebagai penumpang harus menikus dan berdiam diri.

Di mana "Johgo Kelate" mendapat prinsip ini, yang mengatakan jika kita dizalimi, kita patut menikus sahaja? Sememangnya bukan daripada agama Islam yang mengajar umatnya menyuarakan pendapat apabila dizalimi pemerintah. Jadi adakah "Johgo Kelate" menolak prinsip Islam ini?

Sebenarnya mentaliti yang dipamerkan Melayu baju merah rasis adalah mentaliti yang paling jijik.  Jijik kepada budaya Melayu, jijik kepada agama Islam dan juga jijik kepada silaturahim antara insan. Mereka ini hanya berpegang kepada ide yang orang Melayu itu tuan punya negara kita.

Itulah tahap daya falsafah mereka. Tiada pemikiran yang diperlukan. Mereka tidak bertanya untuk menyoal, bagaimana mereka boleh menjadi tuan punya negara kita? Mereka tidak menyoal, adakah kaum-kaum lain tiada sumbangan kepada negara kita?

Mereka tidak bertanya, apakah adil untuk mendapat hak semata-mata kerana mereka itu dilahirkan dalam sesuatu bangsa. Beranikah mereka bertanya, bagaimana pula sesetengah pendatang selepas merdeka boleh diiktiraf sebagai bumiputera walhal kaum-kaum lain tidak boleh?

Daya pemikiran cetek inilah yang mengakibatkan mereka mudah menjadi alat yang dimanipulasi kaum elit yang sudah terdesak untuk memegang kuasa yang kian lama, kian terlepas daripada tangan mereka.

Saya menyeru kepada bangsa Melayu, usahlah terpedaya dengan langkah silat politik "tuan rumah" ini.

Mereka ni bukanlah tuan rumah tapi sebenarnya hantu rumah. Rumah yang aman tenteram diganggu oleh hantu-hantu ini kerana mereka ingin makan percuma, itu sahaja.

Mereka mengharapkan kerajaan terus memberi mereka layanan ini semata-mata kerana mereka "tuan rumah". Harapan ini tidak realistik langsung. Al-Quran sendiri menyatakan yang insan itu tidak akan dapat selain daripada apa yang diusahakan dengan gigih (Surah An-Najm, Ayat 39).

Jadi apakah gunanya kita lantang tentang identiti Islam jika perkara mudah sebegini pun kita gagal?

Tinggalkanlah mentaliti rasis ini dan jadilah rakyat Malaysia yang sama dengan kaum-kaum lain.

Saham FGV: Bukti Umno BN gagal bela peneroka Felda

Posted: 15 Sep 2015 05:21 AM PDT



Oleh DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI


SEMALAM, nilai semasa saham Felda Global Ventures (FGV) ialah RM1.64 seunit. Pun begitu, harga dagangan terakhir saham itu setakat sehingga 25 Ogos 2015 lalu ialah RM1.21 iaitu merosot sebanyak 73.4% berbanding RM4.55 seunit saham semasa ia mula disenaraikan pada 28 Jun 2012.

Sekalipun nilainya pernah mencecah sehingga RM5.39 pada hari pertama ia diniagakan di Bursa Malaysia dan pernah melonjak ke RM5.45 lima minit selepas ia didagangkan, hakikatnya sehingga minggu pertama September 2015 ia terus mengalami trend penurunan.

Berikutan itu, Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) telah dikeluarkan daripada senarai 30 syarikat utama Bursa Malaysia akibat kejatuhan nilai sahamnya dan keuntungan yang berkurang.

Paling terkesan dengan kejatuhan nilai saham FGV ini ialah 112,635 orang peneroka di seluruh negara.

Jika setiap peneroka membeli 800 unit saham dan membayar sebanyak RM3,560 untuk jumlah itu, kini setiap peneroka terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM2,592 atau berjumlah RM291,949,920 (RM291.9 juta) secara keseluruhannya.

Justeru, sasaran untuk meraih RM10.5 bilion daripada penyenaraian tersebut kelihatan semakin tidak berkesampaian dan durian runtuh untuk peneroka pun tidak lagi didendangkan kini.
Tidak dinafikan bahawa naik turun saham adalah bermusim.

Namun, tiada siapa yang dapat mengunjurkannya secara pasti dalam keadaan kejatuhan berterusan harga minyak sawit mentah di pasaran global ditambah pula dengan peningkatan kos pengurusan dan hasil tuaian yang tidak bertambah kerana kebanyakan pokok kelapa sawit sudah berusia serta faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada ketidaktentuan ini.

Inilah bahana yang terpaksa ditanggung oleh para peneroka akibat tindakan Umno BN yang mentadbir kerajaan.

Setelah berbuat licik mahu menyenaraikan Felda Holdings Berhad (FHB) di zaman Mahathir pada 2004, walaupun gagal Umno BN sekali lagi menggunakan jalan belakang dengan cara menyenaraikan FGVHB yang memiliki 49% saham dalam FHB pada 2012.

Akibatnya, para peneroka yang memiliki pegangan saham sebanyak 51% dalam FHB melalui Koperasi Permodalan Felda (KPF) terpaksa turut menanggung kerugian akibat penyenaraian tersebut.

Tanah milik para peneroka kini terdedah kepada ancaman dimiliki oleh pelabur-pelabur asing dan golongan kapitalis yang tamakkan keuntungan.

Sewajarnya para peneroka mula dan bersungguh membuat perubahan agar 54 parlimen dan 92 Dun di Felda tidak lagi terus menjadi mangsa Umno BN tanpa pembelaan yang sewajarnya.

Sementara pendekatan 'top-down' belum berjaya mengubah kerajaan dalam mengenakan polisi yang bermanfaat terhadap warga Felda, pendekatan 'bottom-up' juga seharusnya digerakkan secara konsisten dan konstruktif bagi membolehkan suatu anjakan berlaku dalam kalangan warga peneroka menjelang PRU14 akan datang.

Umno BN ternyata telah gagal membela nasib para peneroka dan tidak harus lagi kegagalan ini dibiarkan berterusan pada masa hadapan. -

(*)  Penulis adalah Ahli Majlis Syura Ulamak, AJK PAS Pusat dan Ahli Parlimen Kuala Nerus. Penulisan beliau berkenaan pelbagai isu boleh dibaca di blog (http://drtakiri.blogspot.com/) atau facebook (https://www.facebook.com/drtakiri) beliau.

Bina kerjasama DAP-Amanah-PKR di negeri lain, jangan ganggu kerusi PAS Selangor

Posted: 15 Sep 2015 05:07 AM PDT

 Oleh Azizul Osman 

 
Post Pic



KUALA LUMPUR: Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman menggesa agar DAP dan Parti Amanah supaya tidak mengganggu kerusi PAS di Selangor dengan membuat pakatan lain bagi kedua-dua parti berkenaan di negeri-negeri lain.

"Syarat tidak berlaku tiga penjuru mudah sahaja, jangan bertanding di kerusi PAS. Tidak bertanding maka tidak akan berlaku. Kita ada 13 negeri dalam Malaysia, 222 parlimen, negeri yang Pakatan Rakyat menang ini baru tiga negeri.

"Kenapa hendak tumpu kepada yang ini (Selangor, Kelantan, Pulau Pinang) pergilah ke Johor, bentuk kerajaan GHB (Amanah) di Johor yang terdiri daripada GHB, DAP, PKR, silakan. Bentuk kerajaan GHB-DAP-PKR di Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak. Kenapa hendak tumpu di Selangor?" katanya di Program Bicara Harakah anjuran MyBazaar Harakah di sini sebentar tadi.

Katanya, niat Amanah untuk bertanding di negeri Selangor jelas menunjukkan bahawa Amanah cuba untuk menghancurkan PAS dengan menarik ahli-ahli parti berkenaan menyertai Amanah dan bukannya ahli Umno-BN yang menjadi musuh tradisional pembangkang.

"Kalau matlamat dia (Amanah) adalah untuk menumbangkan Umno-BN maka secara terbuka jangan bertanding di Selangor. Itu sahaja. Kita kena terus terang. Kerusi kita (Selangor) baru 56 kerusi, PAS bertanding baru 20 kerusi, kenapa nak tumpu yang 20 kerusi itu, tidak ambik kerusi lain," ujar Khairuddin.

"Sudah ada kata-kata bahawa (parti ini ditubuhkan) untuk menghancurkan PAS. Hendak kerjasama di Selangor kita hendak kerjasama menentang Umno tapi dalam masa yang sama berkata kita akan bertanding di kerusi PAS, ini logik apa?" 

Sebelum ini, Khairuddin yang juga ADUN Paya Jaras memberi amaran kepada Amanah supaya tidak lagi mempengaruhi ahli mereka untuk diserap ke dalam Amanah biarpun parti itu mengamalkan konsep demokrasi dan terbuka.

Sehingga kini tiga Ahli Parlimen dan dua ADUN di Selangor sah keluar parti bagi menyertai Amanah, iaitu Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad; Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud; Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin; ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharudin.

Sementara itu mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pula mengumumkan menyertai PKR, Jumaat lalu.

DAP perlu telan realiti kehadiran PAS dalam pakatan pembangkang, kata Iskandar

Posted: 15 Sep 2015 05:02 AM PDT

 Oleh Azizul Osman 

 
Post Pic


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata pendirian PKR yang mahu PAS berada dalam gabungan baru parti pembangkang adalah satu realiti yang harus ditelan oleh DAP.

Katanya, tindakan Azmin Ali selaku Timbalan Presiden PKR menyuarakan pendirian partinya itu memperlihatkan beliau sebagai orang yang celik politik serta memahami realiti kehendak politik kini.

"Saya melihat bahawa menteri besar (Azmin Ali) memang berpijak di bumi yang nyata. Kita lihat apa yang terjadi kepada Bersih 4.0 yang telah diuar-uarkan tetapi apabila berjalan tidak lebih daripada 10 peratus adalah orang Melayu. 

"Ini berlaku kerana PAS tidak mengiktiraf Bersih 4.0. Memang kita tidak halang orang untuk sertai tapi kita kata bahawa tidak ada kerahan tenaga untuk Bersih 4.0. Ini bermakna bahawa pengaruh PAS di kalangan orang Melayu (tinggi)," katanya ketika menjadi ahli panel dalam Program Bicara Harakah di ibu negara. 

Katanya, PAS tidak boleh dipinggirkan dalam gabungan baru parti pembangkang itu kerana pengaruhnya lebih besar daripada komponen pembangkang lain.

"Berdasarkan Bersih 4.0, setiap pakatan politik mesti ada PAS kalau tidak ia tidak akan mendapat sokongan daripada orang Melayu. Saya melihat bahawa orang yang duduk dalam politik terutama untuk membentuk kerajaan.

"Kita perlu fahami realiti politik sekarang bahawa pengaruh PAS di kalangan orang Melayu adalah besar dan tidak wajar untuk diketepikan. Kalau hendak ketepikan boleh tetapi kita tidak akan mencapai matlamat untuk memenangi lebih banyak kerusi atau pergi ke Putrajaya," ujar Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

Azmin sebelum ini menyatakan bahawa penerimaan terhadap PAS untuk menyertai Pakatan Rakyat 2.0 adalah keputusan yang diambil oleh pucuk pimpinan parti berkenaan yang turut disuarakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah Azmin turut berkata PKR tegas menolak cadangan DAP yang mahu menyisihkan PAS daripada pakatan pembangkang baru yang dijangka dibentuk tidak lama lagi.

Mengulas kenyataan Ketua Dewan Pemuda, Nik Abduh Nik Aziz yang berkata ada peluang cerah untuk menyertai Pakatan Rakyat 2.0, Iskandar berkata sememangnya ia tidak dinafikan oleh PAS Selangor yang kini masih menjalinkan hubungan dengan DAP-PKR dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Semalam Nik Abdul berkata peluang PAS untuk menyertai Pakatan Rakyat 2.0 masih cerah sekiranya ada pertemuan dan perbincangan bersama DAP.

Menurut Nik Abduh, DAP tidak mustahil mengubah keputusan tidak mahu penyertaan PAS dalam pakatan pembangkang itu jika terdapat pertemuan yang membolehkan kedua-duanya bersemuka bagi menangani kemelut yang dihadapi.

"Tidak ada benda yang mustahil (untuk PAS bertemu DAP) di dalam politik jadi bermakna mungkin pandangan dia (Nik Abduh Nik Aziz) boleh menyelesaikan kita tengoklah sama ada ianya boleh menjadi realiti atau tidak. Tetapi kita (PAS Selangor) sebenarnya memang ada hubungan dengan DAP, sentiasa bertemu dari konteks pengurusan kerajaan.

"Jadi mungkin kita hendak teruskan ke satu proses yang lebih tinggi. Sekarang ini hubungan politik bagaimana sebab apabila berlaku 'Kuala Selangor Move' pada muktamar memang kita di Selangor ini tertanya-tanya adakah kerajaan ini akan tumbang tetapi kita telah buat keputusan kita bersama-sama di negeri Selangor," katanya.

Malah, PAS Selangor masih menunggu kata putus daripada PAS Pusat mengenai hasil pertemuan pimpinan PAS dan PKR yang diadakan semalam.

"Pihak kepimpinan belum keluarkan apa-apa kenyataan berhubung dengan pertemuan tersebut. Saya rasa kita kena ambil satu langkah demi satu langkah mengenai perbincangan tentang hubungan antara Tahaluf Siyasi dengan PKR, mungkin selepas itu kita akan bincang tentang Pakatan Rakyat 2.0. Tidak semestinya segalanya dibincangkan secara serentak sebab dalam perbincangan itu ada banyak perbincangan antara satu sama lain. 

Pertemuan antara pimpinan PAS dan PKR di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya semalam hanya membincangkan mengenai hubungan kerjasama antara kedua-dua parti berkenaan tanpa menyentuh penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0.

PAS tak layan tuduhan 'orang luar parti' - Khairuddin Aman Razali

Posted: 15 Sep 2015 05:00 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic

 
KUALA LUMPUR: PAS tidak akan terkesan dengan sebarang tuduhan negatif dilemparkan oleh bekas pemimpin dan ahlinya yang keluar parti, tegas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali.

Katanya, golongan seperti mereka akan mencari apa sahaja hujah untuk mewajarkan tindakan mereka keluar dari parti Islam itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad bahawa tujuan penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai menolak pendekatan politik PAS yang semakin terpinggir.

"Saya tidak perlu ulas tuduhan Khalid Samad sebab beliau sudah berada di luar parti. Orang yang keluar parti akan mencari pelbagai alasan untuk mewajarkan beliau keluar parti. 

"Itu hak beliau (untuk buat kenyataan). Kita tidak perlu respon semua tohmahan dan tuduhan. Beliau lebih tahu apa di dalam PAS sebab beliau asalnya orang PAS. 

"Itu hanya alasan yang cuba direka mereka yang keluar dari parti. Teruskan pendirian mereka. Dan kami di dalam PAS akan teruskan perjuangan di dalam parti," katanya yang ditemui pemberita selepas sidang media pelancaran Program Himpunan 60 Ribu di Ibu Pejabat PAS, petang tadi.

Khalid Samad sebelum ini mendakwa sikap kepimpinan PAS yang mahu menjadi dominan dalam kerjasama Pakatan Rakyat (PR) menjadi punca perpecahan di dalam parti itu sendiri dan juga kerjasama pembangkang.

Menafikan dakwaan penubuhan Amanah oleh bekas pemimpin progresif PAS kerana tamak dan inginkan kuasa, Ahli Parlimen Shah Alam itu juga mendakwa parti Islam berkenaan seolah-olah menuju ke arah politik terpinggir yang pernah dilalui sebelum ini.

Khairuddin yang ditemui tadi juga enggan mengulas dakwaan Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir bahawa penghijrahan beramai-ramai ahli PAS kepada Amanah akan melumpuhkan kekuatan parti Islam itu.

"Tidak perlu melayan pandangan Amanah yang belum lagi wujud. Saya tidak akan ulas pandangan mereka yang keluar parti terhadap PAS," tegasnya.

Amanah merupakan parti politik pembangkang baru yang ditubuhkan bekas pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti Jun lalu.

Mereka juga merupakan golongan pemimpin yang tidak sebulu dengan kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Amanah kini sedang berunding dengan PKR dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat 2.0.

MP MIC 'terperangkap' selepas taja baju merah

Posted: 15 Sep 2015 04:56 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Anggota parlimen MIC P Kamalanathan menjadi perhatian selepas terdedah maklumat pusat khidmat wakil rakyatnya menaja 220 kemeja-T untuk perhimpunan esok.

Wakil rakyat Hulu Selangor itu diminta menjelaskan isu itu selepas seorang peserta himpunan esok berterima kasih padanya di Facebook susulan sumbangan itu dan meminta pihak lain mengambil kemeja-T itu di pejabatnya.

Kamalanathan menjelaskan bahawa pegawainya memberi bantuan berkaitan kemeja-T itu dan ruang pejabat dengan niat baik membantu NGO tanpa mengetahui ia acara apa.
"Kami akan lebih berhati-hati pada masa akan datang supaya insiden seperti ini tidak berlaku.

"Saya hendak tegaskan saya tidak menyokong perhimpunan yang mempunyai cenderung menyentuh mana-mana kaum atau bertentangan dengan undang-undang," kata Kamalanathan.

Timbalan menteri pendidikan itu berkata sebagai anggota parlimen beliau menerima pelbagai permohonan sumbangan, termasuk penajaan daripada pemimpin-pemimpin masyarakat dan NGO di Hulu Selangor.

Presiden MIC Dr S Subramaniam berkata terdapat risiko perhimpunan itu membawa ke arah insiden tidak diingini dan menjejaskan kestabilan politik, ekonomi dan keharmonian kaum.

Parti-parti komponen BN tidak sependapat dalam isu perhimpunan Rabu ini tetapi bersetuju untuk tidak bersetuju dalam isu itu, kata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak.

Perhimpunan: Jangan sentuh sensitiviti kaum

Posted: 15 Sep 2015 04:50 AM PDT

SINAR HARIAN



Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto Bernama


PUTRAJAYA - Polis akan mengambil tindakan terhadap peserta 'Himpunan Rakyat Bersatu' esok sebagaimana yang dilakukan terhadap perhimpunan Bersih jika mereka mengingkari arahan dan menyentuh sensitiviti perkauman, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata polis akan memantau aktiviti perhimpunan baju merah anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) di Padang Merbok, Kuala Lumpur itu.
  
"Walaupun perhimpunan itu mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), polis telah menentukan beberapa syarat terutamanya perarakan dari lima tempat untuk ke Padang Merobok mesti tidak dicemari dengan kain rentang, poster atau kata-kata kesat yang menyentuh soal-soal sensitiviti perkauman dan perkara-perkara dalam Akta Hasutan.

"Polis akan merampas kain rentang dan poster (menyentuh isu perkauman). Kita akan mengambil tindakan sebagaimana yang kita ambil dalam perhimpunan Bersih," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan peserta konvoi Asean Ride di sini hari ini.
   
Kira-kira 30,000 peserta daripada 250 badan bukan kerajaan (NGO) dijangka menghadiri Himpunan Rakyat Bersatu itu. 
  
Semalam, DBKL membenarkan penganjur untuk mengadakan perhimpunan aman itu di Padang Merbok.
  
Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa Himpunan Rakyat Bersatu bukan program UMNO sebaliknya dianjurkan gabungan pelbagai NGO yang menyokong perhimpunan itu bagi memperlihatkan maruah seorang individu tidak seharusnya dipermainkan apa lagi dijatuhkan.

"Saya berharap mesej ini difahami semua. Sebagai sebuah negara pelbagai kaum, budaya dan agama, kita harus menghormati antara satu sama lain," katanya.
  
Ahmad Zahid memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau tidak akan berada di lokasi perhimpunan kerana berada di Sabah untuk menghadiri sambutan Hari Malaysia.
  
"Saya berharap perhimpunan (Rakyat Bersatu) tidak dikonotasikan sebagai melawan arus gelombang kuning dengan gelombang merah.
  
"Ini sekadar manifestasi bagaimana jauh di sudut hati mereka yang dicabar maruahnya, disuarakan untuk memperlihatkan bahawa tidak perlu adanya provokasi dilakukan oleh mana-mana individu atau pemimpin organisasi sama ada berdaftar atau tidak.
  
"Tentunya apabila empat kali perhimpunan baju kuning diadakan, saya fikir tidak perlu risau baju merah yang hanya berkumpul sekali," katanya.

Semalam, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) selepas menilai pelbagai pendapat daripada komponen parti BN berkata perhimpunan aman itu boleh diteruskan namun ia perlu mematuhi undang undang.
  
Najib turut mengingatkan perhimpunan itu seharusnya mengelak pergeseran dan perbalahan yang boleh menggugat keamanan berikutan hari itu merupakan hari bersejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. - Bernama


Al Jazeera pertahan laporan kes bunuh Altantuya

Posted: 15 Sep 2015 04:28 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Al Jazeera mempertahankan laporan wartawannya Mary Ann Jolley mengenai kes pembunuhan Altantiya Shaariibuu yang menimbulkan rasa tidak senang Putrajaya.

Jurucakap ibu pejabatnya di Doha, Qatar juga menafikan mereka mempunyai agenda tertentu dengan penyiaran dokumentari 30 minit berjudul "Murder in Malaysia" (Pembunuhan di Malaysia) itu.

"Murder In Malaysia memperincikan dan menelusuri laporan kes pembunuhan misteri yang terus mengundang persoalan tidak terjawab.

"Filem itu berdasarkan fakta-fakta di samping membangkitkan persoalan baru, terutamanya berhubung Sirul Umat Azhar, yang kini berada dalam tahanan rumah di Australia," kata jurucapanya dalam e-mel kepada Malaysiakini.

Sirul salah seorang daripada dua bekas polis elit yang disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati.

Jurucakap Al Jazeera berkata mereka mengambil berat kebebasan sidang redaksi organisasi itu dan mempertahankan hasil kerja wartawan yang menunjukkan teladan dengan laporan adil pada setiap masa.

"Semua usaha sentiasa diambil bagi memastikan hak menjawab diberikan kepada semua pihak yang disebut dalam laporan itu.

"Kami ingin tegaskan bahawa kami sebuah badan berita bebas antarabangsa yang tiada agenda apa pun dalam semua laporan yang kami hasilkan," katanya.

Al Jazeera bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia yang menyiasat laporan itu.

Jolley pada Jumaat diusir pulang ketika sedang membuat dokumentari mengenai kematian wanita Mongolia itu.

Kementerian Dalam Negeri didakwa menganggap aktiviti beliau sebagai mempunyai "kesan negatif terhadap imej Malaysia" .

Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed berkata menjadi prerogatif kerajaan mengusir sesiapa sahaja dari negara ini jika ia patut.

Beliau bertegas bahawa isu ditimbulkan adalah berita lama kerana ia berlaku Jun, tiga bulan yang lalu.
Sementara polis pula berkata dokumentari mengenai kematian itu pada 2006 berdasarkan dakwaan tidak benar.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan atas kenyataan yang dikhuatiri mendatangkan khianat awam.

PAS pula umum himpunan baju hijau bulan depan

Posted: 15 Sep 2015 04:14 AM PDT

Shakira Buang

   


Selepas diheret dengan pelbagai konflik dalaman baik dengan rakan gabungan Pakatan Rakyat mahu pun kepimpinan parti itu sendiri, PAS hari ini melancarkan "Himpunan 60 Ribu" (H60K)

Himpunan yang akan berlangsung pada 17 Oktober itu nanti sebagai langkah menguatkan kembali sokongan akar umbi kepada parti Islam itu, kata pengarahnya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

"Matlamat berkait rapat dengan krisis politik Malaysia, sama ada dalam negara, parti PAS dan Pakatan Rakyat.

"Semua itu perlu sokongan serta dukungan kefahaman ahli supaya yakin dengan perjuangan," katanya pada sidang media khas Pelancaran Program "Himpunan 60 Ribu" (H60K) di Galeri Media Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Menurut anggota Parlimen Pasir Mas itu lagi, himpunan tersebut juga ekoran desakan akar umbi supaya parti itu memberi penjelasan serta mengambil tindakan susulan selepas kemelut melanda.

"Ahli tuntut sesuatu dari kepimpinan. Ia datang dari suara semangat akar umbi untuk kukuhkan Pas dan tunjuk istiqamah pada parti PAS," katanya.

Kata Nik Abduh lagi, pada perhimpunan tersebut PAS juga akan menjemput semua parti untuk menyertai perhimpunan tersebut, termasuklah PKR, DAP dan BN

"Kita jemput semua parti politik, DAP, PKR, serta NGO," katanya.

Strategi sebelum PRU

Bagaimanapun, Nik Abduh turut menafikan perhimpunan tersebut sebagai respon kepada perhimpunan BERSIH 4 atau pun Baju Merah.

Perhimpunan 50 PAS itu akan berlangsung di Stadium Sultan Muhamad ke IV, Kota Bharu, dan menggunakan warna hijau sebagai warna rasmi.

Pada himpunan tersebut juga PAS turut mengundang penceramah popular Azhar Idrus sebagai penyeri majlis.

Perhimpunan itu dilihat penting bagi menjana kembali kekuatan mereka di Kelantan bagi berdepan pilihan raya umum akan datang.

Lebih-lebih lagi, PAS kini berdepan situasi berbeza apabila akan berdepan pencabar dalam keadaan ikon penting mereka Datuk Nik Aziz Nik Mat.

PAS juga sedang berdepan krisis besar selepas sekumpulan bekas pemimpin kanannya yang tewas dalam pemilihan lalu kini membentuk sebuah parti Islam baru.


Bakar patung, polis sudah kenal pasti suspek

Posted: 15 Sep 2015 04:08 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Polis telah mengenal pasti mereka yang disyaki terlibat dalam pembakaran patung mirip Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang, pada hari Ahad di Kelantan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, polis kini sedang mengesan suspeknya.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

"Kami akan menyoal mereka yang terlibat," katanya, sambil menambah ia termasuk Ketua Umno Bahagian Kota Bharu Datuk Fatmi Che Salleh.

"Mereka yang terlibat perlu tampil bagi membantu siasatan polis," ujar beliau.

Tinjauan: 53% tak sokong himpunan esok

Posted: 15 Sep 2015 04:05 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Hasil tinjauan Merdeka Center mendapati, sebanyak 53 peratus responden tidak menyokong perhimpunan Himpunan Rakyat Bangkit yang akan diadakan esok.

Tinjauan yang dilakukan melalui telefon itu juga mendapati, sebanyak 38 peratus berkata mereka sangat tidak menyokong himpunan itu manakala 15 peratus pula mengatakan tidak menyokong.

Selain itu, sebanyak 24 peratus responden pula menyokong perhimpunan pada 16 September itu.

Daripada jumlah itu, sebanyak lapan peratus menyatakan sokongan padu manakala 16 peratus responden pula hanya menyokong.

Sebanyak 21 peratus pula menjawab tidak pasti tentang perhimpunan itu manakala satu peratus lagi enggan untuk memberi maklum balas.

Kajian itu dijalankan antara 10 September dan 15 September yang melibatkan 516 pengundi Melayu di semua negeri di Semenanjung Malaysia.

Perhimpunan esok diadakan sebagai reaksi terhadap BERSIH pada penghujung bulan lalu yang dikaitkan dengan dominasi Cina dan DAP.

Himpunan anjuran sebuah persatuan silat itu pada mulanya dicanangkan sebagai himpunan Melayu sebelum penganjur menegaskan ia untuk semua kaum.

Rafizi: Hanya Najib boleh pulihkan ekonomi negara

Posted: 15 Sep 2015 03:59 AM PDT

Najib
Najib Tun Razak - Foto Bernama
 
 
PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak boleh terus menjadi Perdana Menteri tetapi beliau perlu segera berhenti menjadi Menteri Kewangan bagi memulihkan ekonomi negara ketika ini,  kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.
 
Beliau berkata, dengan cara itu sahaja dapat mengembalikan keyakinan pelabur-pelabur asing untuk kembali melabur ke negara ini.
 
"Keadaan ekonomi hari ini adalah kesan daripada ketiadaan keyakinan pelabur luar terhadap pentadbiran negara.
 
"Untuk panggil mereka (pelabur) masuk semula, Datuk Seri Najib perlu berhenti jadi Menteri Kewangan. Dengan tindakan itu sahaja barulah Bursa Kuala Lumpur ada harapan untuk pulih," katanya kepada pemberita, hari ini.
 
Katanya,  walaupun nadanya agak berbeza dengan sebelum ini untuk mendesak Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri,  adalah kerana beliau tidak yakin perkara itu akan terjadi.
 
"Saya rasa hampir mustahil untuk perkara itu jadi realiti. Begitu juga dengan undi tidak percaya di Parlimen kerana kalau pembangkang sahaja setuju perkara itu tidak akan terjadi.
 
"Kita perlukan sekurang - kurangnya 30 Ahli Parlimen daripada BN, dan saya tidak nampak perkara itu akan berlaku dalam tempoh terdekat ini," katanya.
 
Susulan gesaan itu, beliau telah memfailkan satu Rang Undang - Undang Persendirian bagi memisahkan jawatan Menteri Kewangan dari Perdana Menteri.
 
Menurut beliau, bukan sahaja Najib tetapi sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri selepas ini tidak sepatutnya memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.
 
 

PR 2.0: Pas tak mahu gopoh

Posted: 15 Sep 2015 03:58 AM PDT

Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan
 
 
KUALA LUMPUR - Pas enggan terburu-buru membuat keputusan sama ada mahu menyertai gabungan parti pembangkang baharu atau tidak.
 
Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, sebaliknya parti itu akan meneliti situasi politik semasa terlebih dahulu.
 
Menurut beliau, tindakan Pas itu juga adalah sebahagian strategi dan pendekatan parti untuk menghadapi PRU-14.
 
"Ini berkait soal pendekatan dan strategi politik. Sehingga kini, Pas belum membuat sebarang keputusan kerana perlu melalui proses perbincangan dan kajian di peringkat parti.
 
"Kita tak perlu terburu-buru dan gopoh untuk ambil tindakan. Perlu untuk kita banyak membaca perkembangan semasa dan untung rugi menghadapi politik," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
 
 
Katanya, keputusan rasmi parti mengenai perkara itu juga hanya akan dibuat oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.
 
"Jadi kita akan tunggu mungkin dalam beberapa ketika selepas Pas buat pendirian rasmi," katanya.
 
Semalam, media melaporkan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, satu gabungan parti pembangkang baharu akan diketahui dalam tempoh sebulan.
 
Rafizi turut berkata, beliau yakin rundingan antara PKR dan Pas akan membuahkan hasil.
 
Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai keputusan Parti Pekerja Malaysia yang mahu bertanding di kerusi dimenangi Pas, Nasrudin berkata, ia terserah kepada mereka.
 
"Mereka nak bertanding di mana, itu hak mereka. Bagi Pas, kita bersedia menghadapi PRU-14 dengan keputusan yang akan kita buat nanti.
 
"Kita juga bersedia berdepan apa juga cabaran dan keadaan sebagai sebuah parti yang berpengalaman," katanya.
 
 

Himpunan Baju Merah tindakan ‘hodoh’ dan rosakkan UMNO

Posted: 14 Sep 2015 11:39 PM PDT

 
Rakyat menunggu berapakah jumlah bil pembersihan yang akan dihantar oleh Abdul Rahman Dahlan kepada penganjur himpunan pada 16 September.


Tuan-Ibrahim-Tuan-Man,-Red-Shirts


PETALING JAYA: Himpunan Baju Merah oleh UMNO bagi membalas perhimpunan Bersih 4.0 bukan saja tindakan hodoh malah merosakkan imej parti itu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindak balas penyokong UMNO itu membuktikan Pas dan UMNO dua parti yang jauh berbeza dari segi tindakan dan hemah politik.

"Di Bersih 4.0 ada usaha pihak tertentu membuat provokasi meletakkan gambar Perdana Menteri dan Presiden Pas untuk dipijak sebagai simbolik kerjasama antara Pas dan UMNO. Tapi, hakikatnya usaha provokasi ini gagal.

"Bagi Presiden Pas, tindakan itu dianggap sebagai tindakan mereka yang tidak faham dengan keadaan semasa. Lebih mengharukan apabila Presiden Pas memaafkan tindakan mereka. Pas cuma menegur, satu reaksi biasa daripada organisasi yang sihat, apabila melihat pemimpinnya dijadikan bahan provokasi oleh golongan yang tidak bermoral.

"Lihatlah bagaimana ahli UMNO bertindak balas dengan upacara membakar patung pemimpin pembangkang sebelum perhimpunan baju merah yang bakal diadakan esok.

"Tindakan ini bukan sahaja hodoh malah merosakkan imej UMNO sendiri. Ini jelas menunjukkan bahawa Pas berbeza daripada UMNO dari segi tindakan dan hemah politiknya," katanya dalam kenyataan media.

Tuan Ibrahim berkata, rakyat menunggu reaksi Datuk Abdul Rahman Dahlan yang sebelum ini beriya-iya menghantar bil pembersihan RM65,000 kepada penganjur Bersih 4.0.

"Apakah pula nilai bil membersihkan Kuala Lumpur yang akan diterima penganjur selepas perhimpunan nanti? Apakah pihak berkuasa boleh bertindak secara konsisten dan adil? Semua ini akan dinilai rakyat," katanya.

Himpunan 16 September 2015 Baju Merah Lulus! Orang Melayu dan Rakyat Malaysia Berminat Turun?

Posted: 14 Sep 2015 11:27 PM PDT

BERITA SEMASA


Himpunan 16 September 2015 Baju Merah Lulus! Orang Melayu dan Rakyat Malaysia Berminat Turun?

Pada 16 September 2015 selain daripada rakyat Malaysia akan meraikan hari Malaysia, Malaysia juga akan menghadapi satu himpunan besar yang dipanggil dengan nama Himpunan 16 September Baju Merah sebagai balasan kepada Himpunan Baju Kuning Bersih 4 tempoh hari.

Macam-macam cerita dan berita kita dengar melibatkan Himpunan 16 September Baju Merah ini. Masing-masing nak tahu siapa penganjurnya, siapa dibelakang perhimpunan tersebut, apa niat mereka mengadakan himpunan ini yang masih lagi samar-samar dan tidak jelas dan adakah mereka akan buat kacau-bilau pada 16 September 2015 ini?


himpunan 16 september

Bagi Berita Semasa siapa sahaja boleh buat perhimpunan. Berita Semasa bersangka baik dengan perhimpunan ini walaupun ada cakap-cakap dan cerita negataif mengenai himpunan ini. Diharap sangkaan Berita Semasa benar belaka. Biasalah…
  • Yang penyokong baju kuning akan kritik penyokong baju merah
  • Begitulah sebaliknya
  • Asalkan jangan penyokong baju kuning dengan penyokong baju merah bergaduh dan bertempur seperti mana yang tragedi yang berlaku di Bangkok Thailand, itu sudah baik. Mohon dijauhkan…
Walauapapun, Berita Semasa persetujuan telah diperolehi dengan mudah dan teratur daripada DBKL. Tiada kedengaran ya cakap-cakap berbentuk amaran dan tegahan sepanjang cadangan Himpunan 16 September Baju Merah. Contohnya?

 

Himpunan 16 September : Baju Merah VS Baju Kuning?

  • Baju merah diharamkan pakai
  • Himpunan 16 September Baju Merah haram diadakan kerana menyalahi undang-undang negara
  • Himpunan Baju Merah akan menyebabkan kesesakan teruk di bandar Kuala Lumpur
  • Himpunan Baju Merah akan menyebabkan ketakutan kepada rakyat Malaysia, dan akan beri kesan besar kepada kedatangan pelancong
  • Peniaga akan kerugian besar dengan himpunan besar
  • Himpunan Baju Merah mesti adakan di stadium untuk memudahkan pihak berkuada mengawasi pergerakan peserta perhimpunan
  • Laman web, blog yang promosi Bersih 4 akan kena sekat
  • Ada lagi yang anda mahu tambah, mungkin ada yang tertinggal?
Semua ini tiada kedengaran. Hebat…..hebat…

P/S : Akhirnya Berita Semasa menemui jawapannya, jikalau himpunan anda menyebelahi kerajaan Malaysia, perjalanan anada akan dipermudahkan. Begitulah sebaliknya…

 

Flashback Respon Terhadap Himpunan Bersih 4.0

Throwback respon-respon disebalik cadangan Himpunan Bersih 4.0 dan di hari perhimpunan tersebut seperti di bawah ini…Masih ingat lagi?

himpunan baju merah

Fatwa Dosa dan Pahala dari Tok Qadhi.

Posted: 14 Sep 2015 11:21 PM PDT

sakmongkol.blogspot



Dunia berlegar dikeliling matahari UMNO.
Saya sedih tengok pemimpin parti UMNO bersikap macam dunia ini berlegar di kelilling mereka. Anggapan mereka, dunia ini bergantung keberadaan/existence kepada mereka.

Kalau Umno tidak ada, maka dunia berhenti berputar.

UMNO tidak ada moral compass.
UMNO dibawah pimpinan Najib tidak ada lagi moral compass. Tidak tahu membezakan dosa pahala, halal dan haram. Ini terjadi kerana Najib sendiri tidak ada moral compass. 

Dunia berputar keliling UMNO.
Tidak ada dusta yang lebih dahsyat dari ini. Bahkan ada pemimpin UMNO kata berdosa kalau kita tidak sokong Najib. 
Najib sudah didewakan sebagai nabi? 

Sehingga mengkritik Najib kerana korapsi nya, kerana salah guna kuasa, membohongi rakyat, masuk dalam bab dosa dan pahala? Kalau begitu, sokong Najib dapat pahala?Ini dari kitab kuning yang mana? 

Betullah  kata Nabi Muhammad saw(bukan Muhammad subhanahu wataala ya) - kita akan tiba pada satu zaman dimana pencuri kita jadikan pemimpin.

Kita sekarang sokong Najib keturunan lanun jadi pemimpin bangsa Malaysia. 

Yang lebih berdosa.
Lebih berdosa kalau kita beri sokongan kepada seorang yang pecah amanah ambil USD700 juta masuk kedalam akaun kroni cina nya. Berdosa kita kalau merelakan pemimpin yang sama, balun lagi USD330 juta masuk dalam akaun cina yang sama. berdosa kita memuliakan pemimpin yang beli hartabenda 1MDB dengan harga palsu. Berdosa kita memuliakan perbuatan mencedok hasil pembelian syarikat.  

Seruan saya ialah kalau orang UMNO, bangsanya Melayu, agamanya Islam merelakan dan mensucikan perbuatan ini, maka kita biarkan lah mereka berselaput dengan nilai keji.

Orang Melayu yang lain- tolak 3 juta ahli UMNO , kita jangan membodohkan diri, mengabdikan minda kita mengikut apa orang Melayu UMO buat.

Dengan merelakan dan menyetujui dan menyangupi apa Najib lakukan atas nama bangsa Melayu, orang UMNO memuliakan nilai2 keji.

Pendukung nilai keji, kita tidak boleh benarkan memimpin kita.

Berdosa kita. 

Pemerintah dari bangsa kita yang menganiayai kita.
Yang selama ini memerintah negara ini ialah orang Melayu dari UMNO. Cina dan India yang ada dalam perikatan dan kemudian BN- hanya budak suruhan dan hiasan tingkap.

Jika yang perintah selama ini ialah Melayu- macam mana bila malapetaka dan musibah melanda bangsa Melayu selama ini, dipersalahkan kepada bangsa lain? 

Kepimpinan orang Melayu lah yang salah. Orang Melayu mempusakai perangai buruk yang ditempa dari zaman dahulu lagi. Penempaan ini dilakukan oleh pemerintah dari bangsa mereka sendiri.

Orang Melayu gagal belajar dari sejarah. kegagalan ini menghukum kita. Yang menempa minda anak2 Melayu ialah pemerintahan bangsa sendiri. 

Seperti kata Zaaba dalam tahun 1927- orang Melayu jadi pewaris kepada tabiat yang keji dari zaman nenek motang dahulu kala lagi- yakni orang Melayu beratus tahun kena perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas di tangan pemerintah pemerintah nya yang pada zaman dahulu itu- iaitu  pemerintah2 daripada bangsa mereka sendiri.

Tidak ada perubahan yang berlaku. Yang memerintah kia orang Melayu. Yang memusnahkan kita ialah pemerintah bangsa kita. 

Selagi Najib tidak dapat terangkan darimana datangnya RM2.6 billion yang masuk pula dalam akaun nya, tidak ada perbuatan yang sah dan bersih boleh terbit dari wang tersebut. 

RM2.6 billion itu besar kemungkinan datang dari pengonglapan wang 1MDB. Jika wang itu diperolehi secara haram, sanggupkah orang Melayu dalam UMNO membiayai kehidupan parti yang mahu membela nasib bangsa Melayu dengan wang haram? 

Najib tak tahu jawab.
Cara Najib jawab asal usul duit puaka RM2.6 billion ini menampakkan itu wang hasul pencurian. Ini derma. lebih elok kata sedekah. 
Derma dari pak arab. Kerana memperakui Najiblah pembela ahli Sunnah wal jamaah. Derma dari pak arab untuk melawan ISIS sedangkan bila wang itu masuk dalam akaun Najib, ISIS belum ujud lagi. 
Kemudian wang itu derma dari pak arab untuk menentang permuafakatan Yahudi dunia dengan DAP.  Derma itu digunakan untuk kebajikan ahli UMNO, duit itu semua digunakan untuk UMNO.
Pengalaman dan sejarah mengajar kita- jika punca nya penipuan, maka kita akan terus menipu untuk menghalalkan dosa.  

Kepada ahli UMNO, sila mohon pemeriksa kira2 parti dari cawangan, bahagian dan induk, sayap pemuda, wanita dan puteri- bentangkan penyata kewangan masing2. 

Ada sumbangan dari persiden parti yang luar biasa? 

Mana yang berdosa? - berdiam diri membiarkan perkara mungkar dilakukan atau berdosa kita merelakan dan memuliakan nilai2 mungkar dan keji? 




Tragedi Makkah: Keluarga Mangsa Terkorban Terima Sumbangan RM40,000

Posted: 14 Sep 2015 11:19 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
 
 
PASIR PUTEH: Setiap keluarga jemaah haji Malaysia yang terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada Jumaat lepas, akan menerima sebanyak RM40,000 dalam tempoh terdekat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata sebanyak RM20,000 disumbangkan oleh Tabung Haji (TH) dan RM20,000 lagi sumbangan insurans hayat Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

"Sumbangan itu akan disampaikan dalam tempoh terdekat kepada semua waris (mangsa) oleh pegawai TH di rumah mangsa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan RM40,000 kepada keluarga jemaah haji yang terkorban Munah Jusoh, 74, di Kampung Bukit Kecik, Cherang Ruku di sini, Isnin.

Sumbangan itu diterima oleh anak Munah, Che Will Che Muda, 41, bagi pihak keluarganya yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.

Asyraf Wajdi berkata, TH yang beroperasi di Makkah sedang mengesan dua lagi jemaah yang dilaporkan hilang iaitu Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah dan Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah.

Beliau berharap anggota keluarga jemaah yang terkorban bersabar dan bersyukur kerana mangsa meninggal di kawasan yang paling suci bagi Islam dan akan dikebumikan di kawasan perkuburan para syuhadah.

Empat lagi yang disahkan terkorban ialah Rusiah Suar, 56, yang berasal dari Sungkai, Perak; Rohana Ismail, 54, (Kuala Krai, Kelantan); Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, (Tanah Merah, Kelantan) dan Zainun Taha, 69, dari Ampang Selangor.

Sementara itu, Che Will ketika ditemui pada majlis itu berkata, beliau akan menyerahkan wang sumbangan kepada bapanya Che Muda Che Tahir, 76, sekembalinya ke tanah air selepas menunaikan ibadah haji.

Beliau berkata, mulai malam ini pihaknya akan mengadakan majlis tahlil selama seminggu bagi kesejahteraan roh ibunya Munah.

Dokumentari Al Jazeera: Komen Dr M Sama Seperti Hina Mahkamah

Posted: 14 Sep 2015 11:13 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Dr Salleh Said Keruak.
 
 
KUALA LUMPUR: Komen bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai filem dokumentari terbitan Al Jazeera berhubung  pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, adalah sama seperti menghina mahkamah, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

"Mula-mula sekali mahkamah telah pun membicarakan kes ini dan telah membuat keputusan.

"Adakah Dr Mahathir menyatakan bahawa mahkamah di Malaysia tidak boleh dipercayai dan bahawa hakim-Hakim di Malaysia tidak jujur?

"Jika tidak mengapa Dr Mahathir mempersoalkan mahkamah dan membuat sindiran bahawa mahkamah tidak jujur, sebenarnya sama seperti menghina mahkamah," katanya menerusi catatan dalam blognya sskeruak.blogspot.my pada Isnin.

Salleh berkata Dr Mahathir harus ingat bahawa pada 1998 apabila beliau menjadi Perdana Menteri, dakwaan yang sama dibuat terhadapnya berhubung perbicaraan kes liwat bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

".... Dan Dr Mahathir menjawab bahawa beliau menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada Anwar bersalah atau tidak. Malah seorang peguam yang mempersoalkan hakim telah didakwa kerana menghina mahkamah," kata beliau.

Selain itu, Salleh berkata ia bukan terserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuktikan dirinya tidak bersalah seperti dicadangkan oleh Dr Mahathir.

"Ia adalah bagi mahkamah untuk membuktikan kebersalahan. Dan mahkamah telah pun membebaskan Abdul Razak Baginda.

"Jadi dengan apa cara lain Dr Mahathir mencadangkan supaya Najib membersihkan namanya? Adakah terdapat cara lain selain daripada melalui mahkamah?," katanya

Sekolah Diarah Tutup Di S'gor, KL, Putrajaya, N.Sembilan & Melaka Pada Selasa

Posted: 14 Sep 2015 11:11 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 

PETALING JAYA: Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka diarahkan tutup pada Selasa oleh Kementerian Pelajaran ekoran masalah jerebu yang semakin teruk.
Makluman mengenai bilakah ia akan dibuka semula akan diumumkan kemudian.

"IPU (Indeks Pencemaran Udara) menghampiri 200. Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup esok 15.9.2015,"  demikian menurut kenyataan Kementerian Pelajaran pada lewat Isnin malam.

Sementara itu Timbalan Menteri, P. Kamalanathan mengesahkan yang menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid telah memaklumkan berhubung keputusan penutupan sekolah-sekolah di kawasan yang terlibat kepadanya pada malam Isnin.

"Kita akan kemaskinikan makluman terbaru berhubung perkara ini kepada pihak pentadbiran sekolah esok (Selasa)," katanya ketika ditanya apakah murid-murid perlu kembali semula ke sekolah pada Khamis.

Rabu adalah hari cuti umum sempena perayaan Hari Malaysia manakala cuti sekolah pendek selama seminggu akan bermula pada Sabtu dan sehari lebih awal di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Sebelum ini pada satu majlis di Sintok, Kedah petang tadi, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sekolah hanya akan ditutup apabila IPU mencecah 200 dan Kementerian Pendidikan tidak bercadang menurunkannya kepada tahap IPU 150 sebagaimana diminta oleh beberapa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Katanya penetapan tahap IPU pada 200 sebelum sekolah-sekolah ditutup itu merupakan prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan serta Jabatan Alam Sekitar.

Jawatan Ketua Pemuda Umno Rasah Gugur Jika Sah Muflis

Posted: 14 Sep 2015 11:10 PM PDT

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
 
Hassan Yop
 
 
PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Bahagian Rasah, Hassan Yop besar kemungkinannya akan digugurkan daripada jawatan disandangnya itu sekiranya disahkan muflis.

Menurut sumber, perkara tersebut adalah satu daripada dua pandangan pihak pengurusan dalaman ibu pejabat Umno  berhubung status Hassan berdasarkan Perlembagaan parti.

"Perbincangan yang diadakan berhubung isu sama membuat kesimpulan bahawa mesyuarat perwakilan Umno bahagian Rasah adalah sah, manakala Hassan akan digugurkan jawatannya sebagai Ketua Pemuda Umno bahagian itu jika memang benar beliau muflis.

"Bagaimanapun surat berhubung pengguguran jawatan Hassan masih belum dikeluarkan. Itu sekadar pandangan di Umno Pusat," kata sumber parti kepada mStar Online.

Pada Sabtu lalu, mStar Online melaporkan wakil Pemuda Umno Bahagian Rasah hadir ke ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), Putrajaya Jumaat lalu bagi memohon penjelasan berhubung status ketua sayap bahagian itu yang didakwa muflis.

Surat berkenaan turut dihantar kepada Umno bahagian, negeri dan pusat antara lain menuntut penjelasan mengenai status mesyuarat perwakilan Pemuda dan bahagian Umno Rasah yang dihadirinya, masing-masing pada 3 dan 8 Ogos lalu.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata, beliau telah menerima surat berhubung tuntutan penjelasan berkenaan daripada wakil Pemuda Umno Rasah.

"Saya ada terima surat itu minggu lepas. Tetapi kita perlu buat semakan terlebih dahulu. Bahagian perundangan parti sedang buat semakan dengan Jabatan Insolvensi," katanya.

Ditanya bila pengesahan akan dibuat, Ab Rauf berkata: "Tak pasti, tak tahu. Kena tunggu, belum ada maklum balas."

Selain itu, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi bagaimanapun menolak sebarang spekulasi mengenai pengguguran Hassan daripada jawatannya dalam parti.

Hasim yang juga Ketua Umno Bahagian Rasah berkata, pengguguran Hassan bergantung kepada keputusan Umno Pusat berdasarkan pengesahan status kebankrapannya.

"Tetapi kalaulah Hassan digugurkan sekalipun, ia tidak akan menjejaskan Umno Rasah kerana jawatan Hassan masih boleh dipangku oleh naib ketua.

"Bagaimanapun kita tunggu pengesahan rasmi dan keputusan daripada Umno Pusat terlebih dahulu. Kita tak pasti dia muflis atau tidak dan mungkin dia ada menyelesaikan masalah berkaitan di mahkamah," katanya.

Perhimpunan "Baju Merah" Tidak Perjuangkan Orang Melayu - Dr M

Posted: 14 Sep 2015 11:02 PM PDT

Oleh: ZUHRIN AZAM AHMAD
 
 
Dr Mahathir Mohamad.
 
 
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa penganjur perhimpunan "baju merah" supaya membatalkan acara tersebut kerana mereka tidak berjuang untuk orang Melayu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pihak penganjur memberi gambaran bahawa perhimpunan Bersih baru-baru ini sebagai bersifat perkauman untuk mewajarkan perhimpunan mereka.

"Mereka mengadakan perhimpunan tersebut kerana mereka kata perhimpunan Bersih bersifat perkauman. Tetapi perhimpunan Bersih tidak bersifat perkauman kerana setiap bangsa berhimpun di sana bersama-sama.

"Oleh itu, mereka menyifatkan Bersih bersifat perkauman untuk menunjukkan mereka memperjuangkan orang Melayu," katanya selepas menyampaikan ucaptama pada Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Selasa.

Dr Mahathir berkata penganjur perhimpunan "baju merah" tidak berjuang untuk orang Melayu.

"Tiada ada keperluan untuk perhimpunan tersebut," katanya.

NUS Antara 15 Universiti Terbaik Dunia, UM Di Tangga Ke-146

Posted: 14 Sep 2015 11:00 PM PDT

Oleh: KAREN CHAPMAN
 
 
UM menduduki ranking ke-146 universiti terbaik dunia.
 
 
PETALING JAYA: Dua universiti di Singapura disenaraikan dalam kelompok 15 universiti terbaik dunia.
Senarai terbaharu itu dikeluarkan QS World University Ranking bagi tahun 2015/16.

National University of Singapore (NUS) disahkan sebagai institusi Asia terkemuka yang menduduki ranking ke-12 manakala Nanyang Technological University ke-13.

Sebagai perbandingan, institusi pengajian tinggi terkemuka negara menduduki tangga ke-150 dalam kalangan universiti terbaik dunia.

Namun, dalam bidang kejuruteraan dan teknologi, kedudukan Universiti Malaysia (UM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meningkat dalam kelompok 100 buah universiti terbaik dunia.

Ketua Penyelidikan QS, Ben Sowter berkata, UM menunjukkan peningkatan apabila menduduki ranking ke-146 sekali gus kekal sebagai institusi No.1 di Malaysia.

USM pula meningkat sebanyak 20 kedudukan iaitu daripada tangga ke-309 pada tahun lalu kepada tangga ke-289 tahun ini.

Sementara itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) naik 45 anak tangga daripada tangga ke-376 (2014) ke kedudukan 331 (2015).

Universiti Utara Malaysia (UUM) pula adalah kemasukan terbaharu dengan berada di kedudukan ke-701.
Di Malaysia, Sowter berkata terdapat trend peningkatan dan penurunan tetapi secara keseluruhannya, Malaysia menunjukkan prestasi memberangsangkan.

Katanya, kekuatan IPTA di Malaysia adalah dalam bidang sains teknikal dan sains sosial.

"Walaupun terdapat beberapa kejayaan, perlu ada ruang untuk penambahbaikan dalam semua indikator yang kita pertimbangkan," katanya.

QS World University Ranking merupakan kedudukan universiti terbaik dunia yang dikeluarkan secara tahunan dengan melibatkan 891 universiti pada tahun ini.

Sowter berkata kedudukan tersebut dibuat berdasarkan empat tonggak utama iaitu penyelidikan, pengajaran, pengantarabangsaan dan metodologi yang terdiri daripada enam indikator: reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah pelajar fakulti, pelajar antarabangsa dan fakulti antarabangsa.

Kementerian Pengajian Tinggi berkata secara keseluruhan, lima buah universiti penyelidikan di negara ini masih berada dalam kelompok 1% universiti terbaik dunia.

Menurut kementerian itu, ia akan meneruskan usaha untuk meningkatkan kualiti akademik universiti tempatan melalui beberapa langkah seperti meningkatkan nisbah pelajar dan pensyarah, meningkatkan bilangan pensyarah antarabangsa dan meningkatkan kualiti penyelidikan dan penerbitan supaya menjadi rujukan antarabangsa.


M’sia lengahkan pembedahan Anwar, Nurul Izzah ke AS dapatkan sokongan

Posted: 14 Sep 2015 10:55 PM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Kelewatan Kerajaan Malaysia untuk membenarkan Anwar Ibrahim melakukan pembedahan kerana kecederaan bahu menyebabkan puteri sulungnya, Nurul Izzah terpaksa terbang ke Amerika Syarikat (AS) semalam untuk mendapatkan sokongan bagi tujuan itu.

Jelas Naib Presiden KEADILAN itu, tindakan tersebut diambil berikutan saranan panel doktor yang merawat Anwar supaya pembedahan segera dilakukan tetapi kerajaan seperti melambat-lambatkannya.

Nurul Izzah"Saya akan berjumpa dengan pegawai Jabatan Negara Amerika Syarikat, ahli politik, pemimpin badan bukan kerajaan dan peguam antarabangsa untuk menjelaskan tentang keadaan Anwar," kata Nurul Izzah.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, beliau akan dibantu Peguam Hak Asasi Manusia, Jared Genser yang sebelum ini bertindak memfailkan permohonan rasmi kepada Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai pemenjaraan Anwar.

Bagaimanapun menurut Nurul Izzah, lawatan ke AS kali ini memfokuskan untuk mendapatkan bantuan berhubung kesihatan bapanya.

"Anwar perlukan pembedahan dengan segera dan ini dicadangkan sendiri panel doktor yang dipilih Kementerian Kesihatan," katanya.

Menurut beliau, panel doktor mencadangkan, Anwar perlu diberikan pembedahan mikro atau pemindahan bahu (shoulder replacement) tetapi kerajaan dilihat melambat-lambatkannya.

Ekoran itu, beliau berharap sokongan antarabangsa dapat membantu Anwar mendapatkan rawatan segera.

"Saya bukan nak merayu kepada Amerika, (PM) Najib (Razak) pun mempunyai hubungan baik dengan Presiden Barrack Obama," katanya merujuk kepada hubungan rapat Najib dan Obama, seperti dilapor The Malaysian Insider.

Nurul Izzah dalam pada itu berkata, beliau juga akan memberikan penjelasan tentang skandal menyelubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, termasuk derma RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadinya dan isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, beliau juga akan membawa isu hak asasi manusia yang lebih besar di Malaysia seperti penggunaan Akta Hasutan terhadap ahli politik dan orang awam serta kes penindasan hak asasi manusia lain.

Minggu lalu, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bersama Nurul Izzah dan seorang lagi anaknya, Nurul Nuha.

Mereka sekali lagi diberi jaminan bahawa kesihatan Anwar akan diambil perhatian serius tetapi proses itu didapati sangat perlahan.


Apa Motif Himpunan Merah 16 hb September?.

Posted: 14 Sep 2015 09:54 PM PDT



Oleh Ustaz Hj Idris Hj Ahmad


Kalau Himpunan Bersih 1, 2, 3, 4 motifnya untuk menuntut pilihanraya yang adil dan demokrasi yang telus. Himpunan membantah PPSMI supaya kerajaan membatalkan matapelajaran Metematik dan Sains diajar di dalam Bahasa Inggeris.

Himpunan supaya memansuhkan ISA. Himpunan membantah penyenaraian Felda Global Venture. Himpunan membantah GST. Semua himpunan ini jelas dari segi matlamat dan tujuan. Persoalannya himpunan merah 16 September ini, apa pula tujuannya?. 

Apakah himpunan ini sebagai reaksi himpunan Bersih 4 baru-baru ini. Atau hanya untuk menutup dan mengalih isu yang melanda di negara ini terutama 1MDB dan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak. Yang paling kita bimbang himpunan ini kalau bertujuan untuk meniupkan semangat perkauman.

Sebenarnya himpunan merah tidak perlu dibuat kalau hanya hendak mengeluh kegagalan orang-orang Melayu yang ketinggalan dalam segala sudut. Kerana sebahagian besar pengajur ialah mereka yang menyokong parti yang terpalit dengan isu 1MDB. Mereka boleh belasah perkara ini di dalam Persidangan Umno, kenapa orang Melayu tertinggal sebab pemimpin Umno gagal melaksanakan amanah rakyat.

Jangan salahkan kaum lain dan orang lain. Tidak perlu menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan yang berpunca daripada dari sendiri. Dunia akan ketawa, kenapa perlu merungut, sedangkan kamu perlu bertindak dan mengarahkan kerana mempunyai kuasa.

Himpunan ini tidak perlu kalau hendak tunjuk kekuatan orang Melayu sehingga menimbul keresahan orang lain. Lebih-lebih lagi di dalam keadaan ekonomi yang mengucup dan nilai ringgit yang menjunam. Kita bimbang tanggapan buruk di kalangan pelabur semakin buruk, maka impaknya kepada semua rakyat. Di dalam dunia masa kini, politik yang menanamkan sentimen kaum sudah tidak relevan. Pas sudah membuat ketetapan tidak terlibat di dalam himpunan merah 16 September 2015.

Tiada ulasan: