Jumaat, 11 September 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


GANJARAN HIMPUNAN BAJU MERAH, SIAPA BAKAL JADI MENTERI SELEPAS INI?

Posted: 11 Sep 2015 08:01 AM PDT

shahbudindotcom

 
Apa pun hujah dan alasan yang cuba diberikan mengenai himpunan baju merah pada 16 September, ia tetap tidak dapat lari daripada agenda UMNO untuk mempertahankan kedudukan Perdana Menteri, Najib Razak.

Najib yang bermasalah berikutan isu 1MDB dan "onar"  menerima wang RM2,600 juta yang disifatkan "duit haram" oleh Tun Mahathir Mohamad, memilih himpunan merah ini untuk membuktikan beliau tidak terjejas apa-apa dengan dua isu besar itu.

Daripada kedua-dua masalah yang dihadapi Najib itu diletakkan sebagai beban UMNO memikulnya sebelum ini, ia kini cuba dialihkan kepada isu perpaduan Melayu, kebangkitan Melayu, maruah Melayu dan seumpamanya dengan matlamat agar seluruh orang Melayu turut sama menanggung perbuatan Najib itu.

Setelah mesyuarat perwakilan UMNO bahagian-bahagian yang baru berakhir menunjukkan adanya kocakan tidak bersetuju dengan Najib sehingga ada usul memintanya bercuti atau berehat buat sementara waktu sehingga siasatan mengenai 1MDB dan wang RM2,600 juta diselesaikan, satu-satunya cara untuk menunjukkan Perdana Menteri masih dikehendaki ialah melalui himpunan baju merah ini.

Lantaran itu, Najib akan melakukan apa saja, termasuk mengeluarkan belanja tak terhad bagi memastikan sokongan memihak kepadanya terserlah melalui himpunan baju merah.

Alasan himpunan Bersih 4 yang kebetulan lebih ramai bukan Melayu menghadirinya dan lebih bergema desakan meminta Najib berundur telah dijadikan alasan terbaik untuk menghimpunkan orang-orang Melayu untuk mempertahankan Najib pula.

Selain penglibatan beberapa watak yang rapat dengan UMNO di sebalik himpunan baju merah yang diletakkan atas nama gabungan NGO-NGO, maklumat mengenai kerahan kehadiran melibatkan beberapa pemimpin dan seluruh UMNO bahagian-bahagian juga bukanlah rahsia lagi.

Ada laporan mengatakan sebuah mesyuarat di ibu pejabat UMNO yang dihadiri oleh beberapa pemimpin tertinggi UMNO, antaranya Setiausaha Kerja, Abd Rauf Jusoh, ahli MT Annuar Musa dan beberapa yang lain telah diadakan untuk menyelaras kehadiran ahli UMNO seluruh negara ke program 16 September itu.

UMNO sebuah negeri pula dikesan telah mengedarkan surat arahan kepada bahagian-bahagian agar memastikan jumlah kehadiran yang memuaskan dengan segala kos pengangkutan, makan minum dan lain-lainnya akan ditanggung oleh Ketua Bahagian berkenaan.

Setelah Najib sendiri tidak menghalang kehadiran ahli-ahli UMNO dalam program tersebut, Khairy Jamaluddin pula menyambutnya dengan nada yang sama atas alasan kenyataan Najib itu sudah mewakili pendirian parti.

Maka, secara tersiratnya himpunan baju merah ini tidak lain adalah semata-mata agenda UMNO untuk mengheret semua orang Melayu bagi mempertahankan Najib.

Demi untuk mempertahankan kedudukan Najib, UMNO kini seolah-olah tidak peduli sebenarnya tarikh 16 September lebih wajar diingati sebagai detik tertubuhnya Malaysia yang mencantumkan kepelbagaian kaum dan agama antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Jika UMNO benar-benar bersifat inklusif dan menghargai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini, 16 September tidak seharusnya ditenggelamkan dengan pesta bercorak perkauman dan untuk menjulang tinggi kedudukan Najib yang kian dipertikaikan semata-mata.

16 September sewajarnya disambut dan diraikan untuk memperlihatkan keeratan hubungan dan saling harmoni antara semua kaum di negara ini.

Dengan tiada satu pun komponen BN menyokong dan menyambut baik himpunan baju merah ini, meneruskannya bukan saja mengundang perbalahan dan perbezaan antara kaum yang kian ketara, malah akan meletakkan UMNO dan para pemimpinnya semakin jauh di hati pengundi bukan Melayu.

Yang jelas, mereka yang menganjur dan mengaktifkan himpunan baju merah ini hanyalah mengutamakan bagaimana untuk menyanjung, mempertahan dan memperlihatkan seolah-olah Najib terus mendapat sokongan rakyat dan sanggup mengenepikan segala asas kemajmukan dalam negara.

Mereka sedar Najib kini dalam keadaan tersepit dan memerlukan segala ruang sokongan untuk mempertahankan kedudukannya.

Najib pula, dengan kedudukan yang dimilikinya sebagai Perdana  Menteri, terlihat sedia memberi apa saja ganjaran kepada sesiapa yang paling menonjol membelanya.

Beliau bukan saja sanggup membesarkan jumlah menteri kabinetnya kepada seramai 37 orang dan meletakkan sehingga 12 menteri di Jabatan Perdana Menteri, malah pemimpin seperti Salleh Said Keruak dan Azalina Othman Said pun dijadikan menteri semata-mata kerana kesanggupan tidak henti-henti membela Perdana Menteri, khususnya dalam isu 1MDB dan wang RM2,600 juta.

Di ketika blogger UMNO terkulai lesu dalam membela Najib dan membelasah Tun Mahathir, Salleh berjaya mengambil kesempatan hanya melalui penonjolan tulisan dalam blognya dengan tetap melihat Najib sebagai pemimpin suci murni dan akhirnya terus dilantik ke kerusi kanan dalam kabinet.

Begitu juga dengan Azalina,  tangannya menggeletar geram apabila digugurkan oleh Najib pada 2009 ketika berbual dengan seorang kenalannya, tetapi telah berjaya menganggotai kabinet semula melalui usaha tidak henti-hentinya bersuara mempertahan dan membela Najib.

Selepas himpunan baju merah 16 September ini, siapa pula bakal dilantik jadi menteri agaknya?

Jika sudah mencatat sejarah meletakkan 12 menteri di Jabatan Perdana Menteri dan melantik segala macam penasihat bertaraf menteri untuk sekian ramai yang sudi mengampu dan membodeknya, tentulah tiada masalah untuk Najib menambah seorang dua lagi atau menjadikan anggota kabinetnya lebih berganda.

Adakah  kali ini giliran Abd Rauf, Annuar Musa atau Jamal Mohd Yunus pula menerima habuannya? 

PKR harap Mat Taib gempur Felda, tarik ahli Umno

Posted: 11 Sep 2015 07:40 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


PKR akan menggunakan dua ayam tambatan barunya untuk menggempur penguasaan Umno di kawasan luar bandar, khususnya Felda, serta memantapkan rangkaian dengan NGO Islam.

Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail berkata demikian dalam kenyataannya sempena penyertaan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Taib dan anggota parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar ke parti itu.

Azizah berkata mereka mengharapkan pengalaman Muhammad sebagai menteri besar keselas Selangor dan bekas naib presiden Umno untuk menjelaskan pelbagai isu ke peringkat bawahan.

Ini, katanya termasuk isu sekitar kontroversi 1MDB dan pengaliran dana berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Setiap hari kita mendengar suara tokoh dan aktivis Umno sendiri yang hilang keyakinan mereka terhadap kepimpinan tertinggi mereka.

"Gejala ini pasti akan mendorong mereka mencari wahana yang boleh dipercayai untuk meneruskan perjuangan.

"Dalam konteks ini, penyertaan Muhammad tentunya tidak sendirian selain beliau boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya di desa dan luar bandar serta menarik penyertaan dan sokongan mereka terhadap PKR," kata Azizah.

Muhamad juga akan berperanan memperkasa biro penerangan dan komunikasi, khususnya untuk "mengangkat martabat masyarakat luar bandar" termasuk komuniti Felda.

"Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk meraih sokongan luar bandar selepas lebih sedekad PKR menjadikan bandar sebagai teras sokongan," katanya.

Sementara itu, Kamaruddin, sebelum ini wakil rakyat PAS, juga diberi tugas memperkukuh dan memberdaya pejabat ketua umum PKR.

"Beliau juga akan berperanan sebagai pengarah politik dan dasar bagi memberi input kepada presiden dan timbalan presiden," kata Azizah.

Azizah juga percaya Kamaruddin mampu memperkukuh rangkaian dengan NGO Islam berdasarkan pengalaman sebagai bekas setiausaha agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

PKR hari ini mengumumkan penyertaan Kamaruddin dan Muhammad.
Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib sebelum ini membuat keputusan mengejut dengan menyertai PAS.

Baru-baru ini, ketika pergolakan dalaman parti Islam itu, beliau dilihat rapat dengan kumpulan serpihan PAS Gerakan Harapan Baru (GHB), yang kemudiannya membentuk Parti Amanah Nasional (AMANAH).

Sementara Kamaruddin juga dikaitkan dengan AMANAH, sehingga menimbulkan kesangsian Pemuda PAS Kelantan yang semalam mendesak beliau menyatakan pendirian sebenar.

Penyertaan kedua-dua tokoh itu sukar difahami dalam perkembangan politik pembangkang ketika mereka cuba membentuk gabungan baru melibatkan PKR, DAP, PAS dan AMANAH.


Penganjur serah notis perhimpunan 16 Sept

Posted: 11 Sep 2015 07:29 AM PDT

MALAYSIAKINI





Penganjur 'Himpunan Rakyat Bersatu' diwakili Datuk Megat Zulkarnain Omardin hari ini, menyerahkan notis kepada polis bagi mengadakan perhimpunan pada 16 September ini di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata notis itu diserahkan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012, bagaimanapun penganjur masih perlu menunggu kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Kami telah berjumpa dengan penganjur kira-kira pukul 11 pagi tadi yang dihadiri Datuk Megat Zulkarnain selaku setiausaha agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia dan wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan Melayu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

"Pihak penganjur berjanji perhimpunan ini akan diadakan secara aman dan mereka akan meletakkan pasukan-pasukan untuk mengawal keselamatan peserta yang hadir," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya polis juga masih menunggu kelulusan DBKL mengikut Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 untuk tindakan selanjutnya.

Perhimpunan Rakyat Bersatu diketuai oleh Pesaka bersama 250 NGO lain diadakan sebagai membantah penganjuran himpunan BERSIH 4 baru-baru ini.- Bernama


'Baju Merah patut tuntut PM berundur'

Posted: 11 Sep 2015 07:22 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata perhimpunan baju merah yang akan berlangsung pada 16 September sepatutnya menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Zaid berkata, kumpulan itu sepatutnya menuntut sedemikian jika perhimpunan itu benar-benar dijalankan untuk mengembalikan maruah orang Melayu.

"Tuntutan mereka yang pertama mestilah agar Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan. Tiada apa yang boleh mengembalikan maruah orang Melayu selain meminta PM letak jawatan.

"Biarlah timbalannya (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) mengambil alih. Jika ini berlaku, rakyat Malaysia akan mengenang Baju Merah sebagai pejuang sebenar maruah dan integriti Melayu," kata Zaid.

Dalam tulisan di blog zaid.my itu, bekas menteri hal ehwal undang-undang itu berkata tindakan itu lebih bermakna berbanding seruan "keanak-anakan" yang muncul dari kumpulan itu setakat ini.

Menurut Zaid, perhimpunan yang mendapat sokongan Umno itu setakat ini dilihatnya hanya untuk menunjukkan kekuatan orang Melayu dan memberi amaran kepada golongan Cina dengan berkumpul dan bertempik di jalanan.

"Mereka nampaknya terguris dengan perhimpunan yang sebahagiannya disertai oleh orang Cina dalam BERSIH 4.

"Di mata penganjur perhimpunan misteri baju merah ini, seramai 200,000 atau lebih warga Malaysia yang berhimpun bawah slogan BERSIH 4 berbuat demikian untuk menyerang pemimpin Melayu...," katanya.

Beliau berpendapat, kumpulan itu berasa demikian kerana timbul pelbagai gesaan agar Najib meletak jawatan atas ekoran pelbagai skandal yang membelit perdana menteri itu.

"Maruah Melayu kononnya diserang kerana beberapa orang peserta BERSIH 4 – yang bodoh – memijak gambar perdana menteri.

"Kedua-dua alasan untuk menganjurkan perhimpunan tersebut adalah keanak-anakan dan kebudak-budakan dan hanya akan menjadi orang Melayu diketawakan oleh masyarakat," kata Zaid.

Tambahnya, kumpulan baju merah itu juga boleh mencontohi BERSIH dengan menyatakan tuntutan khusus.

Zaid seterusnya mencadangkan empat lagi tuntutan:
  • Batal sekatan keluar negara ke atas peminjam 500,000 peminjam PTPTN yang gagal lunas pinjaman.
  • Turunkan kadar GST kepada tiga peratus agar harga barangan dapat diturunkan demi membendung kos sara hidup.
  • Menjalankan persediaan menghadapi banjir di kawasan negeri orang Melayu.
  • Menyediakan perkhidmatan keretapi laju dari pantai timur ke pantai barat semenanjung.

Pas sah tak sertai Himpunan Rakyat Bersatu

Posted: 11 Sep 2015 07:19 AM PDT

Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan


SHAH ALAM - Pas hari ini mengesahkan pengecualian penyertaan mereka dalam Himpunan Rakyat Bersatu yang dikatakan akan berlangsung pada 16 September depan.

Ini kerana menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, pihaknya tidak dihubungi atau menerima sebarang jemputan rasmi mengenai himpunan tersebut.

"Kami tidak mengetahui, tidak dihubungi atau dijemput secara rasmi oleh penganjur himpunan yang dimaksudkan.

"Kami tidak mengetahui tujuan himpunan, penyertaan, aturcara dan agendanya untuk membolehkan kami menilai atau memberi komitmen terhadap himpunan terbabit," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Polis tak benar 'Perhimpunan Rakyat Bersatu']

Katanya lagi, faktor Kongres Rakyat yang pada masa itu baharu sahaja diadakan merupakan salah satu faktor bagi keengganan pihaknya menyertai himpunan terbabit.

"Kami (pada ketika itu) baharu sahaja selesai menganjurkan Kongres Rakyat di Shah Alam yang melibatkan kehadiran ahli dan seluruh penyokong dari seluruh negara.

"Bagi kami, adalah keterlaluan serta menjadi bebanan buat ahli Pas sekiranya mereka sekali lagi diminta turun ke ibu kota untuk tujuan menghampiri himpunan lain pada tarikh yang begitu hampir," ujarnya lagi.

Takiyuddin bagaimanapun berkata, pihaknya tetap memberikan sokongan teguh terhadap penganjuran himpunan terbabit.

Menurutnya, himpunan tersebut bebas diadakan selagi ia dibuat dengan aman dan selamat.

"Kami melihat penganjuran himpunan tersebut dari sudut yang sama. Himpunan tersebut diadakan sebagai hak demokratik rakyat untuk berhimpun secara aman.

"Ia sewajarnya diterima dan dirai semua pihak, termasuk pihak berkuasa," katanya.

Tinggal Pas bukan kerana kecewa

Posted: 11 Sep 2015 07:14 AM PDT

Tan Sri Muhammad Muhammad Taib
Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib
 
 
PETALING JAYA - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menafikan tindakannya meninggalkan Pas dan bersama PKR bukan kerana kecewa dengan parti Islam itu.

Sebaliknya, beliau mendakwa platform baharu itu mampu menjadi ruang untuknya berjuang lebih baik.

"Tidak ada (kecewa). Ramai yang tinggalkan (Pas). Cuma saya fikir, saya boleh 'perform better' di sini (PKR)," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui selepas sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Dalam sidang media tersebut, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan dua ahli Pas,Datuk Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat) dan Muhammad Taib sah menyertai PKR.

[ARTIKEL BERKAITAN: MP Tumpat, bekas MB S'gor sertai PKR]

Mengulas lanjut soal 'penghijrahannya' itu, Muhammad Taib berkata, semua parti pembangkang perlu bekerjasama dan kukuh untuk menentang BN.

"Kita semua kena kerjasama. Macam di Selangor, PKR punya...ramai yang bertanding, jadi PKR kena kukuh. Mengukuhkan PKR maknanya mengukuhkan PR.

"Tapi kita perlu kepada semua...PKR, Pas, Amanah, DAP kerana kita banyak hadapi...diganggu oleh BN. Jadi, kita kena kukuh," katanya.

Sementara itu, Wan Azizah turut mengumumkan Kamaruddin dilantik sebagai Pengarah Politik dan Dasar manakala Muhammad Taib akan berperanan dalam Biro Penerangan dan Komunikasi khususnya demi mengangkat martabat masyarakat luar bandar termasuk komuniti Felda.

Najib tak pernah kenal Altantuya, tegas PMO

Posted: 11 Sep 2015 07:10 AM PDT

Najib Tun Razak
Najib Tun Razak
 
 
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pejabat Perdana Menteri hari ini mengeluarkan kenyataan menafikan laporan yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantunya Shaaribuu.
 
Kenyataan itu dibuat susulan penyiaran dokumentari pembunuhan Altantunya oleh Al-Jazeera hari ini.
 
"Perdana Menteri tidak tahu, tidak pernah bertemu dan tidak pernah berhubung dan tidak mempunyai hubungan sama sekali dengan Altantunya," menurut kenyataan itu.
 
"Dua individu yang disabitkan bersalah bukan pengawal peribadi Perdana Menteri. Dakwaan ini tidak benar dan digunakan untuk mendukung teori konspirasi yang tidak berasas.
 
"Mereka anggota sebuah unit Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang memastikan keselamatan secara bergilir-gilir kepada pegawai kerajaan dan orang kenamaan yang datang melawat.
 
"Perdana menteri tidak tahu berhubung tindakan individu itu sehinggalah mereka ditangkap," menurut kenyataan yang dimuat naik ke laman web Al-Jazeera itu lagi.
 
Dilaporkan, wartawan Al-Jazeera, Mary Ann Jolley yang terbabit dalam pembikinan dokumentari khas itu telah diusir keluar dari negara ini.
 
101 East yang disiarkan Al-Jazeera memaparkan laporan terperinci mengenai pembunuhan Altantunya yang dibunuh dan dibom pada Oktober 2006.
 
Dalam jenayah yang menarik perhatian media tempatan dan antarabangsa, misteri pembunuhan Altantuya kekal misteri hampir sembilan tahun.
 
Kenyataan itu juga menyebut, proses undang-udang yang menyeluruh telah berlaku, termasuk siasatan polis, perbicaraan mahkamah termasuk di Mahkamah Tinggi Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dan pihak yang bersalah telah disabitkan kesalahan dan dihukum.
 
"Tanpa bukti pada mana-mana peringkat undang-undang yang menyabitkan Perdana Menteri walaupun secara tidak langsung.
 
"Oleh itu, ini adalah tuduhan yang berniat jahat dan juga penghinaan kepada badan kehakiman Malaysia.
 
"Musuh-musuh politik dan sekutu media mereka telah cuba untuk menyerang Perdana Menteri mengenai isu ini untuk beberapa tahun.
 
"Namun tiada bukti sebarang salah laku dan  tidak pernah ada dan dakwaan adalah palsu dan didorong oleh kepentingan politik. 
 
Dalam kenyataan itu juga, PMO turut menafikan Altantuya terlibat dalam pembeli kapal selam untuk Tentera Laut Diraja Malaysia seperti yang didakwa. 
 
"Pembelian itu telah dirunding secara langsung oleh kerajaan Malaysia dan Perancis. Perimekar adalah 40 peratus dimiliki oleh Malaysian Armed Forces Fund Board (LTAT), sebuah badan berkanun kerajaan.
 
"Perimekar telah dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk mengendalikan semua logistik, latihan dan penyelarasan bagi pihak Tentera Laut Diraja Malaysia. Latihan tersebut melibatkan apa yang perlu bagi kapal selam dan juruteknik untuk mengendalikan kapal selam.
 
"Tentera Laut tidak mempunyai tenaga kerja untuk mengendalikan perkara-perkara ini dalam tempoh lapan tahun pembinaan kapal selam dan penyelarasan logistik. Ini satu kontrak perkhidmatan bagi kerja yang dilakukan dan telus.
 
Tambah kenyataan itu lagi, siasatan Perancis dikatakan berkaitan dengan kemungkinan sebarang 'sogokan' yang mungkin telah dibayar oleh syarikat-syarikat Perancis kepada pegawai Malaysia untuk mendapatkan kontrak kapal selam. 
 
"Terdapat siasatan yang sama ke dalam kontrak pertahanan Perancis dengan Taiwan dan India. Perjanjian asal telah ditandatangani pada tahun 2002.
 
"Tidak pernah ada apa-apa komunikasi daripada hakim siasatan kepada Perdana Menteri.
 
PMO turut menafikan salah laku di pihak Perdana Menteri dalam pembelian kerajaan untuk kapal selam. Sama sekali tidak ada bayaran yang pernah mendapat manfaat kepadanya.
 
"Sekali lagi, ini tuduhan tidak berasas untuk kepentingan politik," menurut kenyataan itu lagi. 


'Saya minta bayaran tapi depa tak bagi pun'

Posted: 11 Sep 2015 07:08 AM PDT

'Saya minta bayaran tapi depa tak bagi pun'
Tun Dr Mahathir selepas menyaksikan tayangan perdana filem Kapsul, malam tadi. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI 
 
 
 
TIDAK pernah berlakon dan pada usia 90 tahun, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya muncul dalam filem pertamanya, Kapsul yang bakal ditayangkan di pawagam, 17 September ini.
 
Antara persoalan yang berlegar, sudah tentulah berapa bayaran yang diterima Dr Mahathir sebagai pelakon kameo dalam filem itu?
 
Namun pihak produksi mengesahkan bahawa lakonan Dr Mahathir dalam filem itu tidak dikenakan bayaran ataupun percuma.
 
Dr Mahathir sempat berseloroh bahawa beliau ada meminta bayaran namun tidak diberi.
 
Jawapannya itu mengundang tawa para penonton dan pihak media yang hadir pada sidang media selepas Tayangan Perdana Filem Kapsul, malam tadi.
 
"Saya minta (bayaran) tapi depa tak bagi apa pun," guraunya.
 
 
Menceritakan pengalamannya berlakon, Dr Mahathir 'mengadu' hanya diberi skrip beberapa minit sebelum penggambaran bermula.
 
"Pada hari penggambaran baru saya diberitahu apa yang saya patut cakap (dialog). Latihan itu hanya beberapa minit. Tak patut dia (produksi) buat macam ini. Saya ingat dua atau tiga kali 'take' juga," katanya yang sekali lagi menugundang tawa tetamu yang hadir.
 
Akui puas hati dengan hasil filem itu, namun Dr Mahathir seolah-olah membayangkan tidak akan terlibat dengan mana-mana produksi lagi selepas ini.
 
"Saya masih menggeletar…tak pernah jadi pelakon. Saya fikir cukuplah," katanya.
 
Kemudian beliau menambah, "saya dah boleh cerita kepada orang, saya biasa jadi pelakon."
 
Gurauannya itu sekali lagi mencetus sorakan tetamu. Menurut Dr Mahathir juga, beliau hanya bersetuju terlibat dengan filem itu tanpa memberikan sebarang idea.
 
Ketika ditanya tentang aktiviti menonton wayangnya bersama Tun Dr Siti Hasmah Ali, Dr Mahathir berkata, mereka berdua jarang menonton wayang namun mereka akan pergi menonton sekiranya ada filem seperti Avatar yang menggunakan teknologi canggih.
 
Kapsul merupakan filem cereka yang diilhamkan daripada kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam Dr Mahathir suatu ketika dahulu di mana isi kandungannya masih menjadi rahsia sehingga 1 Januari 2020 kelak.
 
Ia mengisahkan perjalanan Zohri Ibrahim lakonan Faizal Hussien secara tidak sengaja dibawa mengembara ke zaman silam dimana dia dapat menyelami sendiri perubahan zaman daripada sebelum merdeka. 
 
Idea filem ini adalah hasil interpretasi penulis tentang bentuk fizikal kapsul dan isi kandungan yang tercatat dalam kapsul tersebut mengenai amanat Dr Mahathir.

Zainal cabar KJ gantung FAM

Posted: 11 Sep 2015 06:53 AM PDT

Zainal Abidin Hassan
Zainal Abidin Hassan


"SAYA cabar beliau (KJ) untuk menggantung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu minggu ini.

Itu reaksi Timbalan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia, Zainal Abidin Hassan terhadap kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang ingin menggantung badan induk itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Amaran KJ kepada FAM: Berubah atau digantung]

Bekas pemain kebangsaan itu turut menyifatkan tindakan dan kenyataan menteri tersebut merimaskan dan dianggap kebudak-budakan selain memburukkan lagi keadaan.

"Kita tahu betapa sedihnya situasi bola sepak dan jika beliau benar-benar mempunyai kuasa dan mempunyai tujuan yang baik untuk bola sepak, gantung lah FAM dalam masa seminggu ini dan kita tengok apa kebaikannya dan kalau baik, saya dan rakan sejawat terima kalau digantung demi kebaikan bola sepak.

"Saya sebagai seorang yang dah lama dalam bola sepak ini sudah naik rimas dengan kenyataan beliau sebegitu di dalam surat khabar," katanya di Kuantan, hari ini.

Menurutnya, KJ selaku menteri tahu undang-undang dan syarat yang perlu diatasi dan bukan mengeluarkan kenyataan sebegitu.

"Kami inginkan seorang menteri sukan yang memperbaiki keadaan dan bukan hanya bola sepak tetapi untuk semua sukan dan bukan dengan cara pergi ke stadium, duduk bersama penyokong bersama-sama memalukan pasukan negara kerana ini satu dorongan yang tak baik selaku menteri.

"Kami nak menteri yang memberikan dorongan atau memperbaiki sukan bola sepak, beliau pun pernah memegang jawatan tertinggi di FAM, pernah merancang program Myteam, tetapi gagal," katanya lagi.

Zainal Abidin yang juga pengendali Pahang itu menegaskan sepatutnya KJ mencari sesuatu mekanisme yang lebih baik untuk bangkitkan bola sepak dan bukan dengan kenyataan sebegitu.

"Beliau pun rakyat Malaysia, saya pun rakyat Malaysia, saya rasa amat malu jika mendapat kenyataan daripada seorang menteri sebegini," katanya.


Pas tak curi ahli parti lain, kata Hadi

Posted: 11 Sep 2015 06:52 AM PDT

ABDUL HADI AWANG
 
 
PASIR PUTEH - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mendapatkan maklumat terperinci daripada Pas Kelantan berhubung tindakan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang mengumumkan menyertai PKR hari ini.
 
"Kita akan mendapatkan makulmat daripada Pas Kelantan terlebih dahulu mengenai perkara itu, yang pasti perjuangan Pas dalam menegakkan Islam tidak terjejas," katanya.
 
Menurutnya, wakil rakyat Pas yang yakin dengan bai'ah yang dibuat tidak akan bertindak sedemikian.
 
Pas katanya, tetap berpendirian untuk tidak 'mencuri' ahli parti lain melainkan ahli itu bertindak keluar dari partinya.
 
"Kita tak akan curi ahli, calon atau wakil rakyat dari parti lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat pada program Himpunan Anak Muda Istiqamah (Hamasah) 2015 di Padang Majlis Daerah Pasir Puteh di sini, hari ini.
 
Ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Pengerusi Parti Pekerja Malaysia Kelantan, Datuk Wan Rahim Abdullah mengenai kemungkinan beberapa wakil rakyat Pas menyertai parti itu, Abdul Hadi berkata, itu hanya dakwaan.
 
Sementara itu dalam amanatnya, Abdul Hadi menegaskan satu pemimpin 'dicuri' akan digantikan dengan banyak tunas baharu.
 
"Satu ranting patah, banyak tunas baharu akan tumbuh, Pas tidak mati dan cahaya perjuangan Islam tidak mudah untuk dipadamkan.
 
"Walaupun dihalang menegakkan Islam oleh lawan dan kawan, Pas tetap dengan pendirian tersebut, Pas mahu ke Putrajaya dengan membawa Islam," katanya.
 
 

Jamal persoal status Melayu Tun M

Posted: 11 Sep 2015 06:24 AM PDT

Dia mencabar Tun M turun bersama Kumpulan Baju Merah untuk membuktikan dirinya seorang Melayu.


jamal,mahathir


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar untuk turut menyertai perhimpunan Baju Merah pada 16 September ini bagi membuktikan beliau seorang Melayu sejati.

"Kalau Tun Mahathir cukup Melayu dia datanglah (perhimpunan rakyat bersatu)," kata penganjurnya, Datuk Jamal Md Yunos.

Ketika ditanya mengenai tindakan Dr Mahathir menyertai Bersih 4.0 yang mendesak Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berundur, Jamal berkata, negarawan itu tidak berhak mendesak Perdana Menteri letak jawatan.

"Tun Mahathir tidak layak meminta Perdana Menteri berundur, dia tidak ada kelayakan tersebut. Yang layak hanyalah rakyat dan ahli UMNO. Rakyat yang boleh menentukan," kata Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu.

Sebelum itu, Jamal serta beberapa penganjur pehimpunan yang lain dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi

Selepas dua jam memberi keterangan, dia muncul pada jam 1.15 petang bersama mereka yang lain sebelum bergegas ke Masjid Negara.

Ketika ditanya, ini jawapannya."Saya akan solat di Masjid Negara kerana di situ kita akan jual baju merah", katanya ringkas.

Gantung mayat bayi di pagar masjid

Posted: 11 Sep 2015 05:33 AM PDT

 
Mayat bayi perempuan yang cukup sifat ditemui orang awam yang melalui depan Masjid Jerantut Feri


bayi,tergantung


PETALING JAYA: Mayat seorang bayi perempuan ditemui tergantung dalam bungkusan plastik di pagar belakang Masjid Jerantut Feri dekat Kuantan awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt Azid Ismail berkata pihak polis menerima maklumat berkenaan perkara itu kira-kira jam 1.30 pagi.

"Orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu ternampak plastik tersebut, katanya yang dipetik daripada Bernama.

Beliau berkata bayi itu cukup sifat tetapi terdapat kesan lebam di tangan, punggung serta pahanya.

Anina saman Ku Nan, mohon batal pemecatan

Posted: 11 Sep 2015 05:31 AM PDT

 
Writ yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memohon perintah supaya dua surat pemecatan yang dikeluarkan Tengku Adnan diisytihar tidak sah dan terbatal.


Tengku-Adnan-mansor_anina-saaduddin_600


PETALING JAYA: Bekas ahli Wanita UMNO Cawangan Padang Mat Sirat, Anina Saadudin memfailkan saman terhadap Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung pemecatannya dari parti itu.
 
.unnamed-(2)
 
Dalam writnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat, ia memohon perintah supaya dua surat pemecatan yang dikeluarkan Tengku Adnan ke atasnya diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal.

Saman itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Haniff Khatri turut menamakan Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh sebagai defenden kedua.

Mengulas mengenai tindakannya, Anina menjelaskan ia dibuat untuk menyelamatkan UMNO.

"Saya bukan anai-anai yang hendak merosakkan parti. Saya hanya hendak mempertahankan Umno daripada dimusnahkan oleh 'KuMan Lapuk' seperti Ku Nan yang bersekongkol dengan Najib dalam membuat salah laku," kata Anina dalam satu kenyataan yang dikongsi dalam Facebooknya.

Terdahulu, Tengku Adnan mengeluarkan dua surat bertarikh 1 dan 2 September kepada Anina berhubung pemecatannya sebagai ahli UMNO kerana melanggar Perlembagaan parti itu.

Tindakan itu diambil selepas dia bertindak mengheret Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke mahkamah berhubung dana politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

TMJ tidak berminat dengan FAM

Posted: 11 Sep 2015 05:24 AM PDT

 
Baginda enggan duduk semeja dengan mereka yang tidak bekerjasama.


tmj,-fam


PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menegaskan Baginda tidak berminat untuk memegang jawatan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Baginda memberikan alasan enggan duduk semeja dengan mereka yang tidak boleh bekerjasama, dan mereka tidak boleh digugurkan kerana telah dipilih melalui undian.

Jelas TMJ lagi kebanyakan daripada mereka yang menjawat di dalam FAM mempunyai agenda tersendiri dan bukannya untuk memartabatkan bola sepak negara.

"Seluruh negara tahu saya selalu berterus terang. Saya lebih suka berterus terang daripada cuba untuk berdiplomasi. Saya lebih cenderung sekiranya orang yang menguruskan FAM itu adalah adil, neutral dan tidak pilih kasih kepada mana-mana pasukan tertentu, dan yang penting sekali, dia hendaklah bersih dan tidak korup.

"Kepada rakyat Johor dan Malaysia sekalian… Bukan seperti sesetengah orang, saya tidak sesuai menjadi Presiden FAM. Ianya adalah kerana satu sebab, dan satu sebab sahaja. Saya cintakan Johor, dan saya tentu sekali akan berat sebelah sekiranya terdapat sebarang isu berkaitan Johor. Oleh kerana konflik kepentingan sedemikian, saya bukanlah calon yang sesuai untuk menyandang jawatan tersebut," titah Baginda di Facebook Johor Southern Tigers.

Kenyataan berkenaan sebahagian daripada reaksi TMJ terhadap insiden kekecohan yang berlaku di Stadium Shah Alam ketika skuad negara bertemu Arab Saudi.

Katanya apa yang berlaku telah merosakkan reputasi FAM.

"Saya ingin menegaskan bahawa FAM yang telah mencemarkan imej negara selama 31 tahun, sejak di bawah pentadbiran presiden yang sebelumnya lagi. Walaupun saya tidak bersetuju dengan tindakan penyokong tetapi saya faham ketidakpuasan hati mereka kerana badan induk pentadbir bolasepak negara tidak serius dalam usaha meningkatkan mutu bolasepak Malaysia," titah Baginda.

Daging babi dalam tin di rak halal

Posted: 11 Sep 2015 05:19 AM PDT

 
Ia diletak bersebelahan dengan makanan dalam tin yang berlogo halal


Canned-pork,-halal-shelf-


PETALING JAYA: Sebuah pasaraya di Semenyih didakwa mencampur aduk barangan halal dengan makanan dalam tin berisi daging babi.

Kesal dengan apa yang berlaku seorang pengguna berkongsi gambar di laman Facebook sebagai bukti yang didakwanya dirakam Isnin lalu.

Bukan setakat itu, pihak pengurusan juga bertindak mencampur aduk bahan beracun di rak air minuman.

"Ini yang berlaku dan saya sendiri lalui.

"Betapa kita dipermainkan! Memang sentap aku!!! Bukan nak baikot tau. Aku sendiri beli brg kat situ. Tp jd mcm ni, apa korang rasa??? Sentap ke tak??? Sape2 nak viral pic ni, silakan. Sebab ni perkara sebenar.

Kawan2 sy pun ada sama," tulis Sharifah Norzainah Achopa.

Gambar yang dimuat naiknya kemudian dikongsi pengguna laman sosial yang lain.

Polis nasihat penganjur Perhimpunan Rakyat Bersatu pilih tempat sesuai

Posted: 10 Sep 2015 05:12 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
GEORGE TOWN: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan penganjur "Perhimpunan Rakyat Bersatu" yang dijadual berlangsung di ibu negara 16 September ini supaya memilih tempat yang bersesuaian demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
 
Beliau berkata polis tidak membenarkan perhimpunan itu di ibu negara atas faktor keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan penduduk warga kota.
 
"Ia akan mengganggu banyak pihak termasuk peniaga, pelancong dan pemandu teksi," katanya pada sidang media selepas istiadat penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara sempena ulang tahun ke-77 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.
 
Sebanyak 136 penerima yang berkhidmat ketika zaman darurat menerima pingat itu di Dewan Sri Pinang di George Town, semalam.
 
Media melaporkan "Himpunan Rakyat Bersatu" dijadual berlangsung pada 16 September dan 10 Oktober di Bukit Bintang dan Jalan Petaling di Kuala Lumpur.
 
Perhimpunan itu diadakan sebagai tindak balas dan protes terhadap perhimpunan Bersih 4 di sekitar Dataran Merdeka yang dikatakan mengganggu perniagaan di kawasan tumpuan orang Melayu di ibu kota pada 29 dan 30 Ogos lepas.

MV Sah Lian ditemui, semua anak kapal selamat

Posted: 10 Sep 2015 05:10 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUCHING: Kapal kargo, MV Sah Lian yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu berjaya dikesan kira-kira jam 11 pagi tadi pada jarak kedudukan 23 batu nautika dari pesisir pantai Bandaraya Miri.
 
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak turut mengesahkan kapten dan kesemua 13 krew kapal berkenaan selamat.
 
Berikutan perkembangan terbaru itu, kesemua aset APMM Wilayah Sarawak, termasuk kapal peronda dikerahkan ke lokasi kapal berkenaan untuk kerja-kerja menyelamat.
 
MV Sah Lian yang didaftarkan di Bintawa, Kuching dipercayai mengalami kerosakan menyebabkan hanyut dan gagal dihubungi oleh syarikat pemiliknya.
 
Kejadian berlaku kira-kira sehari selepas kapal berkenaan berlepas dari Kuching membawa muatan kargo membabitkan barangan am bernilai RM2.5 juta untuk dihantar ke Limbang.
 
Kehilangan MV Sah Lian hanya disedari syarikat pemiliknya apabila ia tidak tiba di Limbang pada 5 September lalu seperti dijadualkan.
 
 

Morais diculik, berdasarkan rakaman CCTV, kata polis

Posted: 10 Sep 2015 05:09 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR:  Polis mengklasifikasikan sebagai kes culik berhubung kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan dari Jabatan Peguam Negara  Anthony Kevin Morais berdasarkan imej dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lebuh raya.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata rakaman CCTV itu diperoleh di sepanjang jalan dipercayai laluan yang sering digunakan Morais, yang hilang pada Jumaat lepas.
 
"Sekarang ini polis membuat pemeriksaan CCTV termasuk CCTV milik persendirian dan siasat secara menyeluruh.
 
"Polis akan keluarkan 'footage' CCTV apabila tiba masanya dan biar kita teliti dulu rakaman CCTV itu," katanya.
 
Zainuddin berkata polis patut diberi ruang untuk menyiasat kes itu.
 
Ditanya sama ada keluarga atau kawan terdekat Morais ada menerima panggilan atau ugutan daripada penculik, Zainuddin berkata setakat ini tiada apa-apa panggilan telefon diterima mereka.
 
Morais dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya.
 
Beliau juga dilaporkan memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.
 
Pada Isnin lalu polis menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk menyiasat kes itu yang diketuai Zainuddin sendiri.

Nak keluar parti silakan, jangan beri alasan - Tuan Ibrahim

Posted: 10 Sep 2015 04:56 PM PDT

Oleh Azizul Osman

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ahli-ahli PAS tidak perlu berdolak-dalik dalam memberikan alasan jika mahu menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), demikian menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan ADUN Semantan, Syed Hamid Syed Mohamed yang mengumumkan keluar dari PAS untuk menyertai Amanah semalam.
 
"Kalau hendak keluar parti (sertai Amanah) tidak perlu bagi alasan. Kalau nak keluar, keluar saja tidak perlu salahkan parti, salahkan itu ini. Lebih baik kita (mereka yang keluar parti) keluar senyap sahaja.
 
"Tak perlu kata kita tidak setuju dengan PAS, kita keluar sajalah. Sebab alasan itu (yang diberikan), macam-macam boleh beri alasan. Realitinya jentera PAS yang memenangkan dan bagi saya, itu hak masing-masing untuk keluar parti," katanya kepada Antarapos.
 
Syed Hamid adalah ADUN keenam yang bertindak keluar parti dan menyertai Amanah.
 
Lima lagi adalah ADUN Datuk Seri Dr Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Zawawi (Pengkalan Kundor), Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharudin (Morib).
 
Sebelum ini, tujuh ahli PAS merangkumi Datuk Dr Mujahid Yusof (Parlimen Parit Buntar), Dr Siti Mariah Mahmud ( Parlimen Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Parlimen Kuala Krai), Khalid Samad ( Parlimen Shah Alam), Hanipa Maidin ( Parlimen Sepang), Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu) dan Kamaruddin Jaafar (Tumpat) terlebih dahulu meninggalkan parti itu.
 
Dalam perkembangan berkaitan, Tuan Ibrahim turut berkata semua Ahli Parlimen dan ADUN yang bertindak keluar parti seharusnya mengosongkan kerusi masing- masing biarpun telah membayar kafarah seperti yang dituntut dalam baiah.
 
"Bagi parti, kita minta sebagaimana yang dalam akujanji kalau dia (Syed Hamid) lompat parti dia kena kosongkan kerusi, dan beri mandat baru kepada pengundi kawasan dia, sebab dia menang atas tiket PAS".
 
"Itu baiah dia (yang dilafazkan pada Pilihnaraya Umum ke 13), ada dua perkara iaitu sumpah dan akujanji (baiah). Tentang sumpah itu, boleh bayar kafarah tapi yang kedua ialah baiah itu mesti ditunaikanlah," ujarnya.
 
Sebelum ini beberapa pemimpin PAS menunaikan kafarah masing-masing dalam bentuk memberi makan kepada golongan fakir miskin.
 
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata PAS tidak dapat menjangkakan tindakan ahlinya keluar parti kerana ia dilakukan oleh mereka pada saat-saat akhir.
 
 

Pas Pahang gesa Syed Hamid letak jawatan

Posted: 10 Sep 2015 04:53 PM PDT




Adun Kuala Semantan keluar Pas

Syed Hamid (kiri) menyerahkan borang keahlian menyertai Parti Pekerja Malaysia kepada Dr Hamzah.


TEMERLOH – Pas Pahang menggesa supaya Timbalan Pengerusi Parti Pekerja Malaysia negeri Pahang, Syed Hamid Syed Mohamed meletak jawatan sebagai Adun Kuala Semantan kerana beliau tidak lagi mewakili parti Pas selepas secara rasmi mengumumkan keluar parti, semalam.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, mana-mana wakil rakyat ahli Pas yang mahu keluar parti harus meletak jawatan kerana mereka bertanding atas kerusi Pas sebelum ini.

"Memang dari segi bai'aih Pas Pahang berbeza dengan negeri Kelantan tetapi dari segi moral beliau perlu letak jawatan yang disandang sekarang sebagai wakil rakyat Dun Kuala Semantan.

"Dia bertanding guna logo dan atas kerusi Pas, sekarang dia bukan lagi ahli Pas. Dari segi moral dia perlu letak jawatan yang disandang sebagai wakil rakyat," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, Pas Pahang seiring dengan Pas Pusat di mana penjawat jawatan terutama mereka yang menang pada pilihan raya lalu perlu menyerahkan kembali jawatan dengan cara meletak jawatan yang disandang sekarang.

Dalam pada itu, Syed Hamid ketika dihubungi menyatakan, beliau sedia meletakkan jawatan sekiranya boleh bertanding semula pada pilihan raya umum akan datang.

"Kalau boleh bertanding balik saya sedia letak jawatan esok, tapi peraturan tidak benarkan begitu.

"Tidak adil bagi saya untuk lepaskan jawatan kerana rakyat menaruh kepercayaan kepada saya untuk menjadi wakil rakyat," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Adun Kuala Semantan keluar Pas]

Beliau berkata, kemenangan selama dua penggal di Kuala Semantan atas tiket Pas dan menerima sokongan daripada pelbagai kaum khususnya Melayu dan Cina.

Semalam, Syed Hamid, secara rasmi mengumumkan keluar dari parti Pas untuk menyertai Parti Pekerja Malaysia selepas melihat hala tuju Pas semakin bercelaru.

Beliau berkata, keputusan dibuat selepas merasakan Pas kini bukan lagi sebuah parti yang kondusif dan eksklusif buat semua peringkat masyarakat seperti yang berlaku pada muktamar Pas lalu.

Menurutnya, hala tuju politik Pas dilihat semakin bercelaru dan banyak kenyataan dibuat seolah-olah tidak lagi mengutarakan kepentingan pemerintah di peringkat nasional.


Mahathir: RM2.6 bilion wang haram

Posted: 10 Sep 2015 04:40 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tun Mahathir Mohamad mendakwa tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuktikan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya didapati secara haram.

"Tindakan Najib menghalang siasatan ke atas wang 2.6 bilion ringgit yang ada dalam akaun peribadinya, membuktikan wang ini didapati secara haram.

"Jika didapati secara halal, Najib tidak perlu takut siasatan diteruskan," kata Mahathir.

Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir membangkitkan isu pembubaran pasukan petugas khas yang menyiasat isu berkaitan perkara itu.

"Sekarang wang ini telah dipindah entah ke mana. Apabila siasatan dibuat oleh badan kerajaan yang bertanggungjawab Najib bubar badan-badan ini," katanya.

Pasukan itu meliputi empat badan penting, iaitu Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Jabatan Peguam Negara.

Mahathir berkata majoriti rakyat kini "benci" dan menolak Najib sebagai perdana menteri kerana tidak dapat menerima penjelasan bahawa dana yang dimasukkan ke akaunnya itu derma orang Arab.


Amaran Dr M: Sayang Najib dan Umno akan berkecai

Posted: 10 Sep 2015 04:38 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Anggota Umno diminta untuk menolak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika sayangkan parti yang memperjuangkan bangsa Melayu itu.

Malah, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekiranya anggota parti itu sayang dan memilih untuk terus mengekalkan presiden mereka Umno akan hilang kuasa dan berkecai sama sekali.

"Jika sayang Umno tolak Najib sekarang.

"Jika sayang Najib, Umno akan hilang kuasa dan berkecai," kata Tun Mahathir dipetik dalam blognya hari ini.

Tun Mahathir juga mahu anggota parti menolak presiden Umno itu sebelum pilihan raya sekiranya mahu terus kekal berkuasa.

"Ahli-ahli Umno yang sayang dan ingin Umno kekal dan berkuasa perlu tolak Najib sebelum pilihan raya," tegasnya.

Menurut Mahathir, Umno tidak mempunyai masa yang banyak untuk memperbaiki parti itu sekali gus menambat kembali hati pengundi mereka.

"Jika penolakan ini dibuat terlalu lewat, masa untuk pemulihan Umno tidak mencukupi," katanya lagi.

Sebaliknya, tegas Mahathir lagi sekiranya Najib tidak lagi menjadi presiden Umno dan memimpin BN, besar kemungkinan parti komponan itu akan menang.

"Umno akan hancur kerana ramai dari ahli Umno tidak dapat terima Najib dan perbuatannya. Ramai dari mereka akan undi parti lawan atau tidak mengundi.

"Perasaan benci rakyat tidak tertumpu kepada Umno atau BN.

"Mereka tidak terima Najib dan kemarahan mereka hanyalah kepada Najib dan beberapa pemimpin Umno yang membodek kerana hendak jawatan atau lain-lain," tambah Mahathir.


'Lekir', 'Rambo' antara 14 yang diburu

Posted: 10 Sep 2015 04:34 PM PDT

SINAR HARIAN
 
 
'Lekir', 'Rambo' antara 14 yang diburu
Ketua Polis Shah Alam ACP Shafien Mamat memerintahkan agar individu yang terpampang di dalam gambar tersebut hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi membantu siasatan kes rusuhan semasa perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2019 antara Malaysia dengan Arab Saudi di Stadium Shah Alam semalam pada sidang akhbar di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini. Seramai 11 orang telah ditahan dan dihadapkan ke mahkamah berhubung kes rusuhan tersebut. - Foto Bernama
 
 
SHAH ALAM - Polis memburu 14 lagi penyokong termasuk empat perancang utama dipercayai terlibat dalam kekecohan sewaktu perlawanan pusingan kelayakan bola sepak Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi di Stadium Shah Alam, Selasa lepas.
 
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, dua perancang utama yang diburu dikenali sebagai 'Lekir' atau nama sebenarnya Mohd Ridzuan Ahmad, 36, yang beralamat di Seremban, Negeri Sembilan dan 'Rambo' atau Alfadli Awaludin, 33, yang beralamat di Seksyen 18, Shah Alam. 
 
Dua lagi perancang utama yang turut dicari dikenali sebagai 'Tok Anjang' dan 'Shap' yang merupakan pemimpin kumpulan penyokong Ultras Selangor. 
 
"Kesemua 14 orang ini diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini untuk diambil keterangan. Polis menerima maklumat keempat-empat individu terbabit ialah perancang utama insiden itu," katanya selepas mengedarkan 12 gambar suspek kepada media di IPD Shah Alam, di sini petang ini. 
 
 
Tindakan penyokong membaling suar dan bom asap ke padang mengakibatkan perlawanan dihentikan pada minit ke-88 ketika pelawat sedang mendahului 2-1. 
 
Semalam, 11 penyokong termasuk lima penuntut universiti awam dan swasta direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. 
 
Ditanya mengenai sekumpulan penyokong yang berjaya membolosi pintu masuk untuk orang kenamaan (VIP) tanpa pemeriksaan keselamatan ketika hari kejadian, Shafien mengakui perkara itu dan tidak menolak kemungkinan kumpulan kira-kira 50 orang itu yang membawa masuk bahan larangan tersebut ke dalam stadium. 
 
"Kita akan pastikan pada perlawanan akan datang pintu VIP tersebut yang sebelum ini dijaga anggota Rela akan dikawal polis bagi memastikan perkara itu tidak berulang," katanya. 
 
Mengulas mengenai perbincangan bersama wakil pengurusan Stadium Shah Alam dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini, beliau berkata polis memutuskan untuk memperketatkan pemeriksaan di pintu masuk, serta melarang penyokong membawa masuk sebarang peralatan yang boleh membahayakan orang lain.
 
"Contohnya, pemukul gendang boleh dijadikan senjata jika ada rusuhan dan ini boleh membahayakan orang lain. Jika ada yang bawa gendang mereka akan diminta letakkannya di luar dan ambil semula selepas perlawanan tamat. 
 
"Tidak payahlah bawa benda ini, saya seru penyokong bola datang dan tonton perlawanan bola dengan aman...cukuplah, jadikan insiden yang berlaku sebagai pengajaran," katanya sambil menambah penjual minuman juga selepas ini perlu melalui pemeriksaan keselamatan di pintu khas sebelum memasuki stadium. 
 
Sementara itu, pegawai Stadium Shah Alam, Mohd Nazrul Mohd Fauzi yang turut menghadiri perbincangan tersebut, berkata jumlah kerugian selepas insiden berkenaan dianggarkan RM51,200. 
 
"Ia meliputi kerosakan pada tempat duduk penonton, balapan dan pagar. 
 
Laporan kerugian ini akan diserahkan kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) secepat mungkin," katanya. - Bernama 
 
 

PKR tetap mahukan Pas dalam PR 2.0

Posted: 10 Sep 2015 04:32 PM PDT

SINAR HARIAN



Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN.


SHAH ALAM - PKR tetap dengan pendiriannya untuk terus bekerjasama dan menyokong penyertaan Pas dalam gabungan parti pembangkang yang baharu, kata Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali.
    
Beliau berkata, ia adalah pendirian rasmi PKR yang sentiasa terbuka untuk bekerjasama serta menerima mana-mana parti politik yang mahu melakukan perubahan di dalam negara dan bukannya pendirian peribadi beliau seperti yang disangka sesetengah pihak.
     
"Perkara ini telah dijelaskan oleh dua Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua hari ini bahawa ia adalah keputusan parti untuk terus kekal bekerjasama dengan Pas. PKR juga mahu Pas turut serta dalam pakatan pembangkang yang baharu.

[ARTIKEL BERKAITAN: PR 2.0: PKR buka pintu kepada sesiapa sahaja]
      
"Malah ada kenyataan daripada pemimpin Parti Amanah Negara (parti politik yang sedang dalam proses didaftar) seperti Salahuddin Ayub dan Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu bahawa parti itu terbuka untuk berbincang bersama Pas bagi membentuk pakatan berkenaan," kata Menteri Besar Selangor itu kepada pemberita di sini, hari ini.
     
Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan beberapa pemimpin DAP, antaranya setiausaha agungnya Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh yang mahu beliau membuat keputusan sama ada memilih untuk bersama Pas atau DAP.
 
DAP berpendirian untuk tidak bekerjasama dengan Pas serta tidak mahu parti Islam itu dalam pakatan pembangkang yang baharu.

[ARTIKEL BERKAITAN: DAP tidak akan berbaik dengan Pas]
      
DAP sebelum ini mengumumkan tidak lagi akan bekerjasama dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan keputusan parti itu untuk melaksanakan hudud di Kelantan.
      
Berikutan itu, Pas dalam muktamar tahunannya pada Jun lepas meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP sambil terus kekal dalam gabungan pembangkang, keputusan yang membawa kepada pembubaran Pakatan Rakyat. - Bernama


1MDB: Tempoh enam bulan yang tiada penghujung?

Posted: 10 Sep 2015 04:29 PM PDT

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim


SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mempersoalkan mengenai tempoh enam bulan yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan masalah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) melalui pelan rasionalisasinya.

Tuan Ibrahim berkata, sehingga kini pelan tersebut hanya ada dalam pemikiran Najib sebagai Menteri Kewangan sahaja.

"Ini bukan kali pertama, Najib berjanji akan menyelesaikan masalah 1MDB di depan Umno.

"Kali pertama Najib merayu diberikan masa 6 bulan ialah pada satu pertemuan tertutup di PWTC tiga bulan lalu iaitu 14 Jun 2015.

"Perkara ini didedahkan oleh Hasan Hamzah, bekas Ketua Bahagian Bagan Batoh kepada media seperti The Malaysian Insider dan The Rakyat Post. Kata Hasan, Najib berjanji masalah 1MDB akan diselesaikan akhir tahun 2015," katanya.

Tambah Tuan Ibrahim lagi, hampir dua bulan kemudian, pada 1 Ogos 2015 Najib sendiri mengumumkan kerajaan memang mempunyai rancangan untuk mengurangkan beban hutang yang ditanggung 1MDB.

"Sekali lagi, Najib menegaskan beliau memerlukan masa enam bulan untuk memulihkan syarikat itu," katanya dalam satu kenyataan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Hutang 1MDB: Beri saya 6 bulan]

Tuan Ibrahim turut mempersoalkan tempoh sebenar enam bulan yang disebutkan oleh perdana menteri itu.

"Jika dikira daripada rayuan pertama, Najib hanya mempunyai tiga bulan sahaja lagi. Apakah semalam Najib telah menekan butang 'reset' dan memulakan semula kiraan tempoh 6 bulan bermula 9 September pula?

Tuan Ibrahim turut meminta Najib menyatakan tarikh khusus untuk menyelesaikan masalah hutang 1MDB.

"... dan jika tidak, apakah beliau akan melepaskan sekurang-kurangnya jawatan Menteri Kewangan daripada portfolio beliau?, " ujarnya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, pihak pengurusan 1MDB juga perlu diberi tempoh, kerana setiap hari yang berlalu akan meningkatkan faedah pinjaman sekali gus menambahkan kerisauan rakyat.


Tiada ulasan: