Selasa, 1 September 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


BERSIH

Posted: 01 Sep 2015 04:34 AM PDT



Oleh Tun Mahathir


1. Saya hadir dalam tunjuk perasaan anjuran Bersih pada 29-30 Ogos. Ramai yang tertanya-tanya apakah saya sudah jadi penyokong Bersih. Apakah saya sokong parti lawan DAP dan Kit Siang. Ada juga yang bertanya saya sudah memihak kepada orang Cina.

2. Saya pernah menyatakan demonstrasi jalanan tidak harus diguna untuk tekanan politik kerana ia menjejaskan perniagaan terutama perniagaan kecil dan ekonomi Negara. Apakah sekarang perbuatan saya tidak menunjuk sifat berdolak-dalik dalam politik.

3. Saya tidak setuju dengan tunjuk perasaan kerana ada saluran lain yang boleh digunakan untuk menekan Kerajaan apabila menyalahguna kuasa.
4. Kita boleh buat laporan polis, dengan harapan polis dan Pendakwa Raya akan ambil tindakan, menghadapkan pihak yang dituduh ke mahkamah.

5. Tetapi sekarang Najib sudah bubar dan musnahkan institusi-institusi Kerajaan yang ditugas untuk melindungi hak rakyat.

6. Apabila dituduh telah lesapkan duit Kerajaan melalui 1MDB, Najib serah siasatan kepada Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC – Public Accounts Committee) Dewan Rakyat. Rakyat disuruh tunggu sehingga siasatan oleh badan-badan ini selesai.

7. Apabila wang sebanyak RM2.6 bilion terdapat dalam akaun peribadi Najib, dan dia tak dapat menafi duit ini ada dalam akaunnya, dan ramai bertanya daripada mana duit ini datang, dan penjelasan yang munasabah tidak dapat diberi oleh Najib, maka satu pasukan bertugas (task force) dibentuk untuk secara rasmi menyelidik wang ini.

8. Pasukan ini terdiri daripada Pendakwa Raya, Ketua Polis Negara, Ketua Badan Pencegah Rasuah dan Gabenor Bank.

9. Rakyat menunggu hasil siasatan ini. Tiba-tiba Pendakwa Raya disingkir oleh Najib, Ketua Badan Pencegah Rasuah diarah bercuti, dan Gabenor Bank diugut kononnya kerana Bank Negara bocor maklumat. Dan terhentilah siasatan oleh badan ini.

10. Di masa yang sama Pengerusi PAC dan tiga lagi ahli diberi jawatan dalam Kerajaan dan siasatan berkenaan wang 1MDB oleh PAC pun dihentikan.

11. Beberapa pegawai polis dan lain-lain pegawai dipindah ke jawatan lain supaya tidak lagi dapat meneruskan siasatan.

12. Yang ditinggal dan yang baru dilantik adalah orang yang tidak tunjuk minat untuk membuat siasatan, bahkan sengaja menghalang apa-apa siasatan terhadap 1MDB dan duit RM2.6 bilion dalam akaun Najib.

13. Semua saluran untuk menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun Najib sudah tidak lagi ada.

14. Sebaliknya Najib dan konco-konconya sering mendakwa duit RM2.6 bilion adalah derma. Tidak pula diperkenalkan penderma, punca kekayaannya, bentuk wang yang diberi, bank yang terlibat dan lain-lain butiran. Sebenarnya dakwaan ini tidak boleh diterima akal.

15. Kepada pemimpin UMNO Najib mendakwa bahawa RM2.6 bilion ini adalah untuk pilihanraya ke-14. Jika untuk parti belanja membeli nasi lemak atau minuman atau sewa kereta seperti dahulu, jumlah ini beratus kali ganda wang yang diperlukan.

16. Tetapi untuk sogok pemimpin dan ahli Dewan Rakyat dengan berjuta tiap seorang, untuk sogok pegawai supaya menipu, besar kemungkinan wang sebanyak RM2.6 bilion diperlukan.

17. Jika Najib menang kerana sogok wang, dia akan perlu lebih banyak wang lagi untuk mengekalkan dirinya sebagai PM dan untuk PRU 15. Dari mana akan datang berbilion lagi jika tidak secara haram. Malaysia akan diperintah oleh seorang Perdana Menteri yang bergantung kepada rasuah. Najib sendiri berkata "Cash is King" "Wang Tunai adalah Raja". Raja inilah yang disembah oleh Najib.

18. Najib akan nafi tetapi keadaan Negara sekarang amat buruk. Hubungan kaum tegang. Nilai Ringgit dan saham jatuh dengan teruknya jauh lebih teruk dari Thailand, Singapura dan lain-lain Negara. Kos sara hidup melambung naik kerana GST dan lain-lain. Hutang Negara bertimbun dan lain-lain.

19. Inilah masa depan Malaysia jika Najib kekal. Segala cara menukar Perdana Menteri yang mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara sudah ditutup oleh Najib. Hanya dengan suara keramat rakyat dibantu dengan undi tidak percaya Dewan Rakyat sahaja yang boleh menjatuhkan Najib dan menyelamatkan Negara daripada perasuah.

20. Oleh itu saya terpaksa menyertai demonstrasi jalanan anjuran Bersih yang bertema singkirkan Najib kerana rasuah, dan saya rayu kepada ahli Dewan Rakyat UMNO dan BN supaya menyokong undi tidak percaya kepada Najib. BN tidak akan jatuh setelah Najib disingkir. BN masih parti majoriti.

21. Selagi Najib berkuasa selama itulah ekonomi merosot, nilai Ringgit jatuh, saham jatuh, kos sara hidup meningkat kerana GST, hutang Negara bertimbun dan tidak dapat dibayar, pengangguran bertambah, berbilion duit rakyat disalahgunakan.

22. Inilah nasib yang menunggu Malaysia kerana Najib.

Bersih 4.0 Rally : Mesej Untuk Najib Razak & Menteri Jikalau Sayangkan Kuasa dan Jawatan!

Posted: 01 Sep 2015 04:19 AM PDT

Bersih 4.0 Rally : Mesej Untuk Najib Razak & Menteri Jikalau Sayangkan Kuasa dan Jawatan!

Pembangkang akan mengatakan yang mereka berjaya menarik ramai rakyat Malaysia turun kepada ke Bersih 4.0 rally kali ini. Manakala pastinya pihak penganjur Bersih 4.0 akan mendabik dada mengatakan yang penganjuran mereka berjaya, sehingga katanya hampir 500,000 orang turun ke himpunan tersebut. 

Katanya….


bersih 4.0 rally 

Semua orang boleh mengatakan berapa jumlah yang hadir dalam perhimpunan tersebut kerana angkanya begitu subjektif untuk diterjemahkan dan dihebahkan umum.

Tetapi walauapapun, kerajaan Najib Razak tidak boleh berpeluk tubuh melihatnya sahaja daripada kaca televisyen atau meninjau daripada "tingkap pejabatnya di Putrajaya" gelagat anak muda dan rakyat Malaysia berkampung bukan sahaja di sekitar Kuala Lumpur malahan seluruh dunia yang mengangkat atas slogan Bersih, jikalau Najib Razak dan rakan-rakan seperjuangannya serta pengikutnya sayangkan kuasa dan jawatannya.

 

Najib dan Kerajaan Usah Perlekehkan Mesej Bersih 4.0 Rally!

Nasihat Berita Semasa dengarlah suara mereka sekarang, bertindaklah! Dalam politik :
  • Perdana Menteri hanyalah seorang CEO syarikat yang bernama Malaysia
    Menteri dan ahli politik hanyalah pekerja-pekerja semata
    Rakyat Malaysia dan pengundi adalah ahli lembaga syarikat yang memantau daripada jauh prestasi anda
  • Dan setiap 5 tahun sekali ahli lembaga inilah yang akan menentukan nasib anda-anda semua
  • Pada masa itu sudah terlambat, kerana penentuan undi ahli lembaga adalah kepada sentimen lebih sayangkan syarikat bernama Malaysia berbanding daripada CEO dan kakitangan yang tidak mahu dengar respon dan aduan daripada para shareholders selama ini
Mereka-mereka ini bukan orang lain rakyat Malaysia juga termasuk yang terlibat dan menyokong Bersih 4.0 rally kali ini. Orang-rang inilah yang anda akan puja, yang anda akan berdamping dan sembah serta merintih undi mereka menjelang Pilihanraya Umum ke 14 kelak.

P/S : Ingatlah jumlah pengundi muda di Malaysia, serta kalangan profesional menjelang Pilihanraya Umum ke 14 kelak, semakin bertambah. Mereka tidak ini sama sekali tidak lupa sejarah, cintakan negara tetapi mereka ini memikirkan survival mereka, anak cucu mereka di masa akan datang. Fikirkanlah! Renungkanlah! Masih belum terlambat!




Siapa sebenarnya yang membawa risiko besar kepada negara?... Bukankah Najib sendiri?

Posted: 01 Sep 2015 02:43 AM PDT


Rali Bersih 4 tamat tengah malam tadi dan peserta rali beransur-ansur berundur setelah melaungkan perkataan keramat 'merdeka' tepat 12 tengah malam tadi. Ada yang menafsirkan sejumlah empat ratus ribu telah menyertai rali tersebut tetapi saya lebih cenderung untuk menganggarkan seramai 350,000 sahaja. Jumlah itu sudah cukup meyakinkan kita yang kehendak ramai untuk Najib berhenti dan bersara begitu jelas dan susah hendak dinafikan.

Apa pun yang dikatakan oleh pihak yang memerintah, Bersih 4 telah berjaya mengumpulkan begitu ramai penyokong yang datang dari jauh dan dekat, pendeknya Bersih 4 itu berjaya dan niat serta hajat untuk membuktikan yang Najib sedang menghadapi krisis keyakinan itu amat ketara. Katalah kehendak hati yang tidak bersetuju dengan rali ini, ia merupakan organisasi yang amat sempurna secara relatifnya.

Keadaan terkawal dan dari awal lagi mereka yang menyusun rali ini telah memberikan jaminan yang rali itu adalah perhimpunan yang bertujuan yang aman semata-mata. Mereka hanya hendak menunjukkan sikap mereka terhadap kepimpinan Najib dan rakan-rakannya dalam kabinet negara itu. Mereka mahu menunjukkan dengan jelas kepada Najib yang beliau perlu memujuk semua anggota kabinetnya untuk berhenti bersama-sama beliau dari menguasai kerajaan Persekutuan.

Rakyat bertambah risau kerana jika matlamat mereka ialah untuk hidup dalam keadaan yang aman dan damai dan menuntut Najib untuk bersara bagi mendapatkan kedamaian yang diidamkan oleh rakyat itu. Tetapi mereka bertambah runsing dan risau apabila kelihatan Najib akan menurunkan dan mewariskan kepimpinan negara kepada Ahmad Zahid Hamidi dan inilah yang digerunkan oleh rakyat biasa negara ini.

Jika Zahid yang mewarisi kepimpinan lemah Najib ini, Zahid akan menjadikan negara lebih celaru dengan sikap dan sifatnya yang 'bodoh sombong' dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menakut-nakutkan rakyat. Kenyataan-kenyataan beliau tanpa 'decorum' nyata jelas kenyataan kerasnya itu adalah semata-mata untuk menutupi kekurangan yang ada kepada diri beliau sendiri.

Dalam ucapan hari kemerdekaannya Najib telah menzahirkan kerunsingan beliau jika BN dan UMNO khususnya akan kalah dalam pilihanraya yang akan datang dan terus menyalahkan rakyat yang berjiwa memberontak itu. Tetapi tidak nampak dalam diri beliaulah yang masalah dan risiko kekalahan BN dalam pilihanraya itu adalah hasil dari kelemahan dan kekurangan kepada kepimpinan beliau.

Beliau tidak mahu menerima yang satu-satunya jalan yang tinggal bagi mempastikan kemenangan UMNO dan BN itu ialah dengan mengajak semua barisan kepimpinan beliau di dalam kabinet itu berhenti dan bersara dari memegang jawatan dan tanggungjawab yang mereka tidak mampu untuk melaksanakannya itu.

Sesungguhnya beliaulah yang bertanggungjawab menjadikan kerajaan menghadapi risiko ditumbangkan oleh rakyat didalam pilihanraya yang akan datang. Najib tidak boleh membiarkan negara terumbang ambing kerana diri beliau dan kabinet beliau yang beliau lantik itu.

Perhimpunan Bersih yang begitu besar sambutannya memberikan implikasi yang besar terhadap kepimpinan Najib ini dan beliau sepatutnya mendengar desakan rakyat dari menyalahkan rakyat diatas kecelaruan yang kita hadapi ini.

Lain orang lain caranya untuk memberikan bakti kepada negara. Jika Tunku Abdul Rahman memberikan jasa kepada negara dengan mengetuai usaha dan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan, Najib pula hanya boleh menaburkan bakti kepada negara dengan berhenti sahaja dari terus mentadbir negara yang sedang kehausan kepimpinan ini.

Yang penting bagi seseorang pemimpin ialah dia meninggalkan jasa kepada negara. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan jasa. Najib sepatutnya menunjukan jiwa besar beliau dengan mengumumkan kepada rakyat yang beliau bersama kabinetnya berhenti semata-mata untuk menstabilkan politik dan kepimpinan negara. Mengakui kelemahan sendiri dan berundur merupakan satu tindakan yang sangat dihargai oleh rakyat dan ia akan dikenang buat selama-lamanya oleh rakyat dan penulis sejarah negara kita.

Malahan tindakan Najib untuk berundur secara terhormat itu boleh dijadikan contoh oleh kepimpinan yang akan datang yang mengakui kelemahan dan kesalahan itu akan menjadi isu yang positif bagi seseorang yang berjiwa besar dengan mengakui kelemahan sendiri itu.

Hentikanlah sikap menjadikan jawatan dan pengaruh dalam kuasa kerajaan sebagai modal perniagaan itu. Ia adalah terlalu hina dan jauh sekali untuk memperolehi keberkatan dari Tuhan semesta alam itu. Najib sepatutnya bertanya kepada dirinya sendiri samada beliau mampu untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara ini misalnya. Jika jawapannya 'tidak mampu' maka beliau sepatutnya menyerahkan jawatan itu kepada pemimpin yang lebih berkemampuan dari beliau dan kabinetnya.

Beliau sendiri tahu yang beliau tidak mampu untuk penyelesaian itu.

PKR dakwa kerajaan rancang beli kapal perang RM3 bilion

Posted: 01 Sep 2015 02:27 AM PDT




Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mempertikaikan kesesuaian masa pembelian kapal perang Rusia yang dibuat sewaktu ekonomi Malaysia sedang merudum. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 September, 2015.Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mempertikaikan kesesuaian masa pembelian kapal perang Rusia yang dibuat sewaktu ekonomi Malaysia sedang merudum. – Gambar fail The Malaysian Insider, 
 
 
PKR hari ini menggesa kerajaan menjelaskan hasratnya membeli sebuah kapal perang bernilai RM3 bilion, seperti didakwa majalah The International Business Times pada 26 Ogos lalu. 
 
Setiausaha agungnya Rafizi Ramli pada satu sidang media hari ini mempertikaikan masa pembelian itu ingin dibuat serta pemilihan kapal perang dari Rusia itu yang mempunyai perincian berbeza dengan strategi persenjataan Malaysia.
 
"Bukankah lebih baik sebarang tempahan kapal baharu mesti mengikut strategi jangka panjang tentera Malaysia?

"Berapakah kos keseluruhan pembelian kapal ini termasuk pembelian helikopter dan kontrak-kontrak bantuan teknikal. "Jumlah ini perlu dibentangkan kepada rakyat sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya di ibu pejabat parti itu pagi ini.

Menurut Rafizi, kapal perang kelas Mistral tersebut yang diberi nama Sevastopol dan Vladivostok, pada asalnya dibina kerajaan Perancis untuk dijual kepada Rusia.

Bagaimanapun, Perancis membatalkan jualan itu kerana rekod buruk hak asasi Rusia dan ia kini dilaporkan akan dijual kepada Malaysia.

"Semakan menunjukkan sebuah kapal perang ini berjumlah sekitar AS$600 juta dalam tahun 2012.

"Ini bermakna kos pembelian kapal perang kelas Mistral ini boleh mencecah RM2.6 bilion," katanya.

Mengambil kira kontrak penyenggaraan dan bantuan teknikal yang menurut Rafizi kebiasaannya bernilai ratusan juta ringgit, beliau menganggarkan kos pembelian tersebut mungkin mencecah RM3 bilion duit rakyat.

"Itu tidak termasuk pembelian helikoper yang diperlukan sebagai melengkapkan kapal perang kelas Mistral ini," katanya.

Menurut Rafizi, laporan akhbar itu dikuatkan lagi dengan ketibaan Menteri Pertahanan Perancis, Jean Yves Le Drian di negara ini semalam untuk lawatan dua hari, dan dijadualkan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.


Wakil rakyat kena letak jawatan kerana terikat dengan baiah - Takiyuddin

Posted: 01 Sep 2015 02:15 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menggesa wakil partinya yang menang dalam pilihan raya umum lalu agar meletakkan jawatan selepas mereka secara rasminya mengumumkan menyertai Parti Amanah Negara. 
 
Beliau berkata, perkara ini perlu dilakukan berdasarkan baiah yang ditandatangani oleh bekas ahli parti itu.
 
"Mana-mana ahli PAS yang memenangi kerusi Dewan Negeri dan Dewan Rakyat atas tiket PAS tetapi menyertai parti lain, mereka perlu meletakkan jawatan sebagai berdasarkan baiah yang ditandatangani oleh mereka.
 
"Baiah ialah satu dokumen 'Akujanji' oleh ahli yang bakal menjadi calon wakil rakyat mewakili PAS supaya setia dengan parti," katanya dipetik Sinar Harian.
 
Ujar Takiyuddin, walaupun dari segi undang-undang mereka masih sah menjadi wakil rakyat di kawasan masing-masing namun menurut beliau, mereka perlu meletakkan jawatan kerana telah menandatangani baiah tersebut.
 
"Mereka masih lagi sah menjadi wakil rakyat. Tetapi, sekiranya mereka bermoral, mereka perlu meletakkan jawatan.
 
"Sekiranya tidak meletakkan jawatan, mereka mengakui bahawa elaun yang mereka ambil ini adalah haram. Itu adalah dari segi agama dan mereka perlu mempertimbangkan perkara tersebut," katanya sambil menambah, tiada tindakan tatatertib akan diambil kepada mana-mana ahli parti yang keluar daripada parti untuk menyertai parti Islam baharu itu.
 
Beliau berkata, ia berdasarkan Fasal 15 Perlembagaan PAS iaitu keberhentian ahli adalah disebabkan oleh tiga perkara iaitu atas permintaan sendiri, dipecat dan mengisytiharkan diri keluar PAS atau menyertai parti politik lain.
 
"Jadi, sekiranya mana-mana ahli parti yang menyertai Parti Pekerja Malaysia (Parti Amanah Negara), maka secara automatik, mereka bukan lagi ahli PAS," katanya.
 
Keahlian tujuh Ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS tergugur secara automatik selepas mereka secara rasmi diisytiharkan sebagai pimpinan Parti Amanah Negara, parti baru yang ditubuhkan oleh Gerakan Harapan Baru (GHB), semalam. 
 
Kesemua dua belas wakil rakyat berkenaan adalah Datuk Dr Mujahid Yusof (Parlimen Parit Buntar), Dr Siti Mariah Mahmud ( Parlimen Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Parlimen Kuala Krai), Khalid Samad ( Parlimen Shah Alam), Hanipa Maidin ( Parlimen Sepang), Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu) dan Kamaruddin Jaafar (Tumpat).
 
Lima lagi adalah ADUN termasuk Datuk Seri Dr Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Zawawi (Pengkalan Kundor), Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharudin (Morib)

Kos dapatkan lesen motosikal RM299 mulai 15 September

Posted: 01 Sep 2015 02:14 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Mulai 15 September ini, orang ramai boleh memiliki lesen motosikal pada kos lebih rendah iaitu RM299 berbanding harga semasa RM350 melalui program MyLesen, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
 
Beliau berkata program MyLesen diperkenalkan bagi menggalakkan orang muda yang tidak memiliki lesen motosikal, mendapatkan lesen masing-masing.
 
"Ramai pemuda-pemudi yang menunggang motosikal tanpa lesen. Ini amat bahaya. Daripada 10 penunggang motosikal, kami mendapati tiga (tanpa lesen).
 
"Menunggang motosikal tanpa lesen tidak boleh diterima. Jadi kita seru mereka cepat-cepat ambil lesen dan program MyLesen bertujuan membantu mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis Kembara Kasih Merdeka 2015 anjuran Skuad Muda 1JPJ semalam.
 
Liow berkata program MyLesen akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama sekolah memandu yang mengambil bahagian dalam program berkenaan.
 
Mengulas mengenai langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, beliau berkata Kementerian Pengangkutan, JPJ, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang dalam proses mengkaji semula Sistem Kesalahan Jalan Raya (Kejara), Sistem Penalti Mata dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
 
Berdasarkan kajian yang sedang dijalankan ke atas ketiga-tiga sistem berkenaan berkemungkinan dapat dilaksanakan secara teratur awal tahun depan, kata Liow.
 
Namun bagi AES, beliau berkata kajian perlu dibuat secara terperinci supaya rakyat dapat mengetahui faedahnya.
 
 

PAS akan terus 'ikat' ahli dengan bai'ah, elak khianati parti - Nasrudin

Posted: 01 Sep 2015 02:12 AM PDT

 Oleh Syed Muaz Syed Putra

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: PAS akan terus 'mengikat' ahli parti yang dipilih menjadi ahli Parlimen ataupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melalui bai'ah bagi memastikan ahlinya tidak mengkhianati perjuangan parti Islam itu selain memastikan kelangsungan parti tersebut.
 
"Ya (ikat calon), itu antara tujuan dan objektif kepada bai'ah itu adalah supaya calon-calon atau mereka yang menang nanti tidak melakukan perkara yang merugikan parti," kata Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan.
 
Jelas beliau, lafaz bai'ah atau ikrar taat setia perlu dikekalkan bagi memastikan ahlinya terus istiqamah dalam perjuangan.
 
"Ini adalah merupakan ikrar ataupun janji yang telah diamalkan sejak awal tahun 1980 dulu memang sudah ada bai'ah.
 
"Bai'ah itu dengan maksud sumpah setia supaya tidak berlaku pengkhianatan, penyelewengan dengan tujuan nak menunjukkan mahalnya harga sebuah perjuangan dan tingginya nilai amanah yang diberikan oleh rakyat kepada seorang pemimpin," katanya dalam temubual ekslusif bersama Antarapos.
 
Nasrudin mengulas isu sumpah bai'ah berikutan beberapa wakil rakyat PAS yang bertanding dan menang pada pilihan raya lalu akan meninggalkan parti untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).
 
Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob dilaporkan berkata lafaz bai'ah telah lama diamalkan di Kelantan iaitu sejak 2004, terhadap mana-mana wakil rakyat negeri itu yang mahu meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan sukarela.
 
Antara kandungan bai'ah tersebut termasuklah perlu melafazkan cerai talak tiga terhadap isteri masing-masing.
 
Lafaz bai'ah telah lama diamalkan PAS terhadap mana-mana wakil rakyat negeri itu yang mahu meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan sukarela.
 
Perlanggaran terhadap lafaz bai'ah perkara yang terkutuk dan tercela
 
Menurut Nasrudin lagi, mana-mana wakil rakyat PAS yang menyokong perjuangan parti lain atau menyertai parti lain telah melanggar sumpah bai'ah yang dilafazkan kerana kerusi yang dimenangi adalah berdasarkan tiket parti itu.
 
"Jadi tak boleh nak berikan amanah dan tangggunjawab itu hanya dengan sekeping kertas yang kita panggil sebagai watikah melainkan ia mestilah menunjukkan satu sumpah taat setianya.
 
"...dan saya percaya kalau kita lihat amalan biasa kakitangan kerajaan pun mereka akan mengisi apa yang disebut aku janji untuk tidak mengkhianti atau merosakkan reputasi sendiri sebagai kakitangan kerajaan," katanya.
 
Ini kerana katanya, semua wakil rakyat dan calon yang dipilih bertanding dalam pilihan raya sudah berikrar untuk setia dalam perjuangan dan tidak khianat kepada parti.
 
"Begitu juga dengan calon-calon dalam pilihan raya sebab ini amanah besar selain daripada pemimpin parti, dia juga adalah kepada rakyat yang memberikan amanah kepada mereka," katanya.
 
Justeru Ahli Parlimen Temerloh ini yakin isu sumpah bai'ah tidak akan menjadi polemik yang berpanjangan namun menegaskan pelanggaran terhadap perkara itu merupakan perkara yang terkutuk.
 
"Jadi oleh kerana itu saya yakin soal bai'ah tidak akan terus berbangkit dan kita akan terus kekalkan.
 
"Sebarang perlanggaran terhadap bai'ah itu sesuatu yang sangat terkutuk atau tercela sebab ia mengkhianti sebuah amanah yang besar," katanya.
 
 

Bersih 4 isyarat pembangkang lebih perlukan PAS bukan GHB?

Posted: 01 Sep 2015 02:09 AM PDT

 Oleh Abdul Rahman Malik

 
Post Pic
 

[ULASAN] Yang terkilan tentu Mohamad Sabu. Beliau sebagai pengerusi pertama gerakan Bersih tentu diimbau kenangan bagaimana ramainya penyokong PAS keluar berarak menuntut pilihanraya umum bersih dan adil diadakan pada 2007 lalu.

Namun lapan tahun kemudian, bekas timbalan presiden PAS itu tentu berasa sayu betapa beliau tidak mampu menggembleng sokongan ahli-ahli PAS untuk turut mengukuhkan perhimpunan siri keempat Sabtu dan Ahad lalu.

Jika beliau masih dalam PAS sudah tentu Mat Sabu boleh "menyelam sambil minum air". Beliau tentu boleh "mengerahkan ahli PAS" berdemonstrasi dan pada yang sama 'mengukur penerimaan kepimpinannya' dalam PAS.

Sementara yang cemas sepanjang dan sesudah Bersih 4 tamat tengah malam Hari Kebangsaan lalu, pastinya PKR. Ia perlu mengakui tidak mempunyai daya dan pengaruh untuk menggerakkan orang Melayu menyertai Bersih 4.

Akibatnya, penyertaan penyokong Bersih dari kalangan rakyat keturunan Melayu cukup hambar hingga ada yang menganggarkan kehadiran mereka tidak sampai 20 peratus daripada kira-kira 30,000 yang keluar berdemonstrasi.

Bagaimanapun yang mungkin puas dengan Bersih 4 tentulah DAP. Ia boleh mendabik dada berjaya menyuntik keberanian di kalangan bukan Melayu untuk tampil mendesak perubahan dan perbaikan sistem pilihanraya dan kerajaan.

Adalah nyata bahawa hampir 80 peratus yang keluar berdemonstrasi selama 34 jam acara Bersih 4 hujung minggu lepas adalah bukan Melayu.

Tentu DAP bangga dapat memecahkan mitos bahawa orang bukan Melayu hanya mementingkan keuntungan ekonomi tetapi kurang peduli soal mewujudkan sistem pemerintahan kerajaaan yang telus.


Pada masa sama Bersih 4 juga mungkin menjentik kerisauan pada DAP. Ia perlu akur bahawasanya hanya PAS yang berpengaruh dan berdaya menggembleng azam rakyat untuk berdemonstrasi.

Jika DAP masih berharap PKR dan Mat Sabu serta GHBnya untuk menggerakkan kuasa dan pengaruh politik mereka ke atas orang Melayu, kini terbukti bahawa itu adalah sesuatu yang "bak jauh panggang dari api".

Iktibarnya, jika masih tidak terdetik di hati pemimpin DAP betapa "keangkuhan" mereka mencerca PAS dan pemimpinnya dan dengan lancang mengumumkan berkuburnya Pakatan Rakyat, memang DAP masih belum "sedar diri".

Yang mungkin tersenyum dalam hati akan natijah Bersih 4 ialah pemimpin-pemimpin PAS. Corak penyertaan Bersih 4 tentu menggambarkan betapa pada umumnya ahli-ahlinya masih taat pada pimpinan.

Mereka tidak keluar berdemonstrasi walaupun "dipujuk" oleh Mat Sabu dan rakan-rakannya yang kelihatan amat bangga dan yakin mengasaskan Gerakan Harapan Baru (GHB) kerana "mual" dengan halatuju perjuangan PAS kini.

Sekaligus ia mengisyaratkan bahawa "sergahan-sergahan" kumpulan serpihan PAS ini yang bercita-cita membentuk sebuah parti Islam yang mempunyai kekuatan menyaingi dan menyingkir PAS hanya "olok-olok politik" sahaja.

PAS nampaknya dapat membaca bahawa golongan yang mendakwa progresif Islam yang kecewa kerana tidak dipilih sebagai pemimpin oleh ahli akar umbinya pasti lebur wibawa mereka tanpa PAS.

Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang memberikan empat hujah mengapa penghijrahan kumpulan yang mengaku progresif dari PAS ke gagasan GHB tidak akan meninggalkan kudis pada PAS.

"Tentang Bersih ni kita tak ikut berarak. Pasal apa? Kita tak jadi kepala. Kalau kita jadi kepala tak apa. Kalau orang jadi kepala kita ikut ajelah. Dia masuk lubang biawak kita masuk lubang biawak," katanya.

Beliau tetap menegaskan bahawa matlamat Bersih itu baik dan PAS tetap menyokongnya. Bagaimanapun beliau berkata, dalam gerakan itu biarlah PAS jadi pemimpinnya.

PAS cuma mendapat jemputan daripada penganjur Bersih 4 pada saat-saat akhir kerana dipercayai DAP yang "mengambil alih" urusan penganjuran Bersih 4 masih kurang selesa dengan kehadiran PAS.

"Kalau orang (lain) jadi kepala dia buat tak munasabah. Antaranya dia pilih 30 haribulan (Ogos).  Orang sibuk sambut merdeka.  Semua kaum sambut merdeka. Kita pun nak merdeka juga. Orang Umno pun nak merdeka juga.

"Biar kita pakat sama nak sambut merdeka belaka. Tok sah sibuk nak Bersih-Bersih. Nak Bersih ni buat hari lain. Ni dia pilih kat hari tu juga. Ni tak sesuai," katanya.

Menurut Hadi, hujah kedua mengapa PAS tidak turut dalam Bersih 4 adalah kerana soal kawalan akhlak.


"Majlis yang dia dok buat dulu banyak benda yang tak sesuai dengan kita. Tak sesuai dengan akhlak-akhlak  Islam. Bila tak sesuai dengan akhlak Islam kalau benda itu berdosa kita pikul sama.

"Terlajak. Ada benda yang terlajak. Arahan-arahan yang terlajak kita tak mahu. Yang sedapnya ramainya orang kita. Orang dia tak ramai. Bila kerah orang PAS suruh berarak, turun selalu," katanya.

Hadi berkata, hakikat ini adalah iktibar yang harus ditimba daripada pengalaman pergerakan Islam di seluruh dunia di mana pejuang Islam sering "terpedaya dengan pihak yang tidak menyenangi Islam".

"Inilah yang berlaku di Mesir; di Indonesia dan di mana-mana. Kita kena sedar. Bila lawan komunis di Indonesia, puak-puak pondok Islam turun habis berarak. Bila komunis 'mampus' orang lain naik. Puak-puak Islam jadi anak tangga aje.

"Di Mesir pun begitu juga. Puak-puak Ikhwan keluar berarak. Jatuh Mubarak naik al Sisi. Tak boleh buat apa-apa. Orang lain naik. Kita jadi anak tangga. Kita tak mahu PAS mengulangi jadi anak tangga. Tidak boleh," kata Hadi.

Hujah ketiga, kata Hadi ialah, Bersih akan menimbulkan dilema PAS mungkin  mengadu-dombakan golongan rakyat yang miskin dan menghadapi masalah ekonomi yang berat.

"Kita berlawan dengan kaum, bangsa umat dan rakyat sendiri yang jahil dan tak tahu kala. Kita bertempur dengan siapa? Bertempur dengan polis; bukan dengan Umno bukan atau pemimpin-pemimpin yang buat tak jeruh tu.

"Orang kampung (menghadapi) harga barang naik (kerana) GSTlah dan macam macam harga barang naik. Orang kampung hidup susah sebab itu berarak sebab susah.

"Lepas tu berlawan dengan polis. Polis pula gaji murah. Hidup susah juga.  Jadi orang susah berlawan sesama sendiri. Kita orang kampung yang susah berlawan dengan polis," kata presiden PAS itu.

Dalam hujah keempatnya Haji Hadi menegaskan bahawa ahli-ahli PAS seharusnya bertindak cerdik, bijak dan pandai.

"Yang akhirnya, kita jangan bimbang. Kita jangan takut. Orang sokong Pas kerana perjuangan Islam. Kalau(pun) seseorang tu jadi pemimpin besar manapun lari dari perjuangan Islam, tinggal dia aje. Orang tak ikut dia," tingkah Hadi.

Bersih 4 sudah datang dan pergi. Namun wibawanya di mata orang Melayu agak hambar. Namun pendirian dan alasan yang diberi Hadi tidak menyokong gerakan itu agak mencabar minda, terutama muhajirin GHB.

Benar atau tidak bukan persoalan lagi. GHB gagal memujuk dan merangsang ahli dan orang Melayu lain untuk menyertai Bersih 4. Mampukah GHB mendapat tempat di sisi DAP yang jelas memonopoli kempen politik Bersih 4?

Pada masa yang sama, apakah PKR sebenarnya ada pengaruh dan kekuatan untuk merangsang orang Melayu untuk semakin merapati DAP?

Dalam pada itu, memadaikah bagi PAS hanya bergantung kepada suratan takdir dan keyakinan bahawa perjuangan Islam mesti menang tanpa menilai dan menyelesaikan realiti perpecahan dalam umat Melayu-Islam?

Hakim tarik diri daripada kes Anwar

Posted: 01 Sep 2015 01:45 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi  Asmabi Mohamad menarik diri daripada mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk semakan semula keputusan Lembaga Pengampunan untuk menolak petisyen beliau terhadap hukuman penjaranya di atas kesalahan sodomi. 
 
Hakim Asmabi membuat keputusan itu bersandarkan kedudukan beliau sebagai Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili kerajaan dalam kes saman yang dikemukakan oleh Anwar terhadap kerajaan dan Perdana Menteri. 
 
Peguam Anwar Latheefa Koya memberitahu pemberita bahawa Asmabi tidak membuat sebarang keputusan mengenai kos pendengaran hari ini. 


Gempa lemah 3.3 magnitud di Ranau tengah hari tadi

Posted: 01 Sep 2015 01:44 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KOTA KINABALU: Satu gempa bumi lemah 3.3 magnitud direkodkan di Ranau pada jam 1.25 tengah hari tadi dengan kesan gegarannya dapat dirasai di sekitar daerah itu.
 
Berdasarkan maklumat dikeluarkan Jabatan Meteorologi, gempa bumi itu dikesan kira-kira 11 kilometer di barat pekan Ranau dengan kedalaman 10 kilometer.
 
Ia adalah gegaran susulan terbaharu direkodkan dalam tempoh sebulan selepas gempa bumi 5.9 magnitud di Ranau pada 5 Jun lalu.
 
Setakat ini sudah lebih 100 gegaran susulan direkodkan di kawasan terbabit.
 
 

Letaklah jawatan wakil rakyat PAS secara bermaruah jika nekad bersama GHB - Nasrudin

Posted: 01 Sep 2015 01:43 AM PDT

 Oleh Syed Muaz Syed Putra

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: PAS tetap mahu wakil rakyatnya yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) meletakkan jawatan tersebut yang dimenangi mereka atas tiket parti Islam itu secara bermaruah.
 
Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan, polemik yang tercetus selepas kekalahan besar kumpulan progresif pada pemilihan Jun lalu sewajarnya dinilai dari aspek ketaatan kepada parti.
 
"Ia ada dua keadaan, yang pertama sekiranya mereka rasmi menubuhkan parti baru dan menyertai parti baru secara automatik mereka gugur keahlian (dalam PAS)," katanya dalam temubual ekslusif bersama Antarapos.
 
Justeru beliau menegaskan kesemua wakil rakyat PAS yang menyertai seharusnya melepaskan jawatan berkenaan yang dimenangi atas tiket parti itu yang turut mendapat kelulusan Majlis Syura Ulama untuk diletakkan sebagai calon pada pilihan raya umum.
 
"Jadi apabila mereka gugur keahlian parti maka secara bermaruah, sewajar dan selayaknya mereka kena meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.
 
"Sebab mereka menang kerusi itu adalah atas tiket PAS dan mereka lulus menjadi calon pun mewakili PAS yang dipersetujui oleh ahli jawatankuasa kerja PAS dan diluluskan Majlis Syura Ulama," katanya.
 
Beliau mengulas mengenai kedudukan 12 wakil rakyat PAS yang menyertai GHB berikutan gesaan sebelum ini agar mereka meletakkan jawatan berkenaan kerana melanggar bai'ah dan mengkhianati parti.
 
Bagaimanapun beberapa wakil rakyat yang berkenaan membidas kembali dengan mempersoalkan gesaan sedemikian kerana bagi mereka baiah adalah kepada  Pakatan Rakyat (Pakatan) dan bukan kepada PAS saja.
 
Bagaimanapun keahlian tujuh Ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS tergugur secara automatik selepas mereka secara rasmi diisytiharkan  sebagai pimpinan Parti Amanah Negara, parti baru yang ditubuhkan melalui GHB.
 
Mereka terdiri daripada Datuk Dr Mujahid Yusof (Parlimen Parit Buntar), Dr Siti Mariah Mahmud ( Parlimen Kota Raja), Dr Mohd Hatta Ramli (Parlimen  Kuala Krai), Khalid Samad ( Parlimen Shah Alam), Mohamad Hanipa Maidin (Parlimen Sepang), Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu) dan Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat).
 
Sementara lima ADUN berkenaan adalah Datuk Seri Dr Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Zawawi (Pengkalan Kundor), Saari  Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharudin (Morib).
 
Pimpinan dan ahli yang menyokong GHB bakal dihadapkan kepada Jawatankuasa Disiplin PAS 
 
Tegas Nasrudin  yang juga Ahli Parlimen Temerloh, tiada alasan untuk mereka terus memegang jawatan wakil rakyat kerana telah mengkhianati bai'ah serta prinsip perjuangan parti itu.
 
"Jadi mereka bertanding atas tiket PAS dan apabila mereka menyertai parti baru maka sudah wajarlah mereka kena meletakkan jawatan.
 
"Itu kalau masih ada sedikit maruah pada mereka," katanya.
 
Mengulas lanjut, Nasrudin berkata sekiranya pemimpin serta anggota PAS hanya menyokong GHB namun tidak keluar parti maka mereka akan dihadapkan kepada Jawatankuasa Disiplin.
 
"Tapi kalau sekiranya mereka hanya menyokong dan tidak keluar daripada PAS sikap mereka telah menumpahkan taat setia atau ketaatannya kepada parti lain.
 
"Maka mereka ini akan dihadapkan kepada Jawatankuasa Disiplin parti untuk parti fikirkan apakah tindakan paling wajar dikenakan ke atas mereka sebab kedudukan mereka pada ketika itu sangat merugikan parti dan meletakkan parti dalam keadaan lemah kalau tidak diambil tindakan," katanya.
 
Untuk rekod Pengerusi GHB Mohamad Sabu semalam mengumumkan Parti Amanah Negara atau 'Amanah' digunakan sebagai nama rasmi wadah politik gerakan berkenaan yang membariskan bekas pimpinan utama PAS.
 
Bekas timbalan presiden PAS itu berkata GHB telah mengambil alih dan akan menjenamakan semula sebuah parti politik sedia ada iaitu Parti Pekerja-pekerja Malaysia sebagai Amanah dan butirannya akan diserah kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) secepat mungkin bagi mendapatkan kelulusan. 


Zahid rayu pemberita bantu kembalikan pengundi Cina, India kepada BN

Posted: 31 Aug 2015 05:15 PM PDT



Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Puchong di Serdang, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 31 Ogos, 2015.Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Puchong di Serdang, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin,
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sehari selepas himpunan Bersih 4 berlangsung, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merayu pertolongan pemberita agar mengembalikan sokongan pengundi Cina dan India kepada Barisan Nasional (BN). 
 
Bercakap sewaktu merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Puchong, Zahid berkata beliau yakin pengundi komuniti itu tidak menyisihkan BN secara mutlak kerana media yang diikuti kaum India dan Cina masih memberikan liputan kepada majlis Umno dan gabungan pemerintah itu.
 
"Sekarang ni mereka tak yakin dengan kita. Mereka bukannya benci sangat dengan kita.

"Cuba tanya pemberita, (mereka) tak benci kita pun. Kalau benci mereka tak akan datang sini pun, betul tak?" kata Zahid. 
 
 Beliau kemudian memalingkan badannya ke arah kumpulan pemberita yang bertugas dan menyampaikan pesanan berikut:"Tolong ubah minda orang Cina dan India supaya mengundi BN dalam pilihan raya umum akan datang. Tolong tulis itu," katanya.

Himpunan Bersih 4 yang berlangsung selama 34 jam pada 29 dan 30 Ogos berjaya mengumpulkan puluhan ribu peserta yang berkampung semalaman di kawasan sekitar Dataran Merdeka.

Penganjur mendakwa berjaya mengumpul 500,000 orang sepanjang perhimpunan selama 34 jam itu. 
 
 

GHB belum muktamad nama parti poitik

Posted: 31 Aug 2015 04:57 PM PDT

 
Buat sementara ia menggunakan nama Parti Pekerja Malaysia sebelum ia ditukar kepada Parti Amanah Negara, 16 September depan.


harapan_mat-sabu_600


KUALA LUMPUR: Gerakan Harapan Baru (GHB) memutuskan menubuhkan Parti Pekerja Malaysia selepas cadangan untuk menggunakan nama Parti Prograsif Islam tidak mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Bagaimanapun ia hanya sementara sebelum ia ditukar kepada 'Parti Amanah Negara' yang akan dilancar 16 September ini.

"Pelancaran parti ini akan dibuat pada tanggal keramat 16 September ini," katanya pada sidang media pada Isnin.

Katanya, pindaan nama serta perlembagaan parti akan kita kemukakan kepada RoS selepas ia diputuskan bersama.

Jelas Mohamad lagi, dengan adanya wadah baru ini, ia akan menampilkan sebuah lagi parti politik Islam di negara ini.

Bahkan, ia juga akan meneruskan legasi perjuangan politik Islam yang diteruskan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan beberapa lagi tokoh pemimpin PAS yang terdahulu.

"Kami akan usahakan bersama momentum perubahan politik atas dasar tahaluf yang jujur dan komited dalam perkara yang disepakati bersama rakan-rakan parti politik DAP, dan PKR serta penubuhan kembali Pakatan Rakyat 2.0," katanya.

Permohonan Maaf Dari Ketua Pengiring Mat Sabu

Posted: 31 Aug 2015 04:55 PM PDT



Oleh Aris Awang


Saya selaku Ketua Pengiring kepada Hj Mohammad bin Sabu sepanjang Himpunan BERSIH 4.0 memohon berbanyak kemaafan kepada Hj Mohammad Sabu, keluarga, sanak saudara dan kenalan Islamnya kerana tidak berjaya mengawal serbuan rakyat Malaysia dalam Himpunan Bersih 4.0 dari berbagai kaum untuk mengambil gambar, berselfie, bersalaman dan menandatangan di baju, topi, ikat kepala dan seumpamanya.

Kejadian diluar kawalan dan kelalaian saya telah menyebab berlakukan insiden yang dirasakan kurang sopan oleh masyarakat Islam.

Insyaa Allah selepas ini saya dan team pengiring ARIF (kali.pertama bertugas) akan berusaha memastikan insiden serbuan sehingga diluar kawalan akan dapat di atasi pada masa hadapan.

Sebagai sedikit gambaran sebenar terhadap photo yang sedang diviralkan, kejadian berlaku ketika Hj Mohammad Sabu bergerak dari pentas ke pentas di tengah kesesakan puluhan ribu peserta, saya sendiri telah memberi arahan.agar kawalan tidak dilakukan terlalu ketat dan mesti mesra rakyat tanpa menjangkakan serbuan yang amat menakjubkan telah berlaku apabila mengetahui kehadiran Hj Mohammad Sabu sehingga ada yang seperti histeria untuk bergambar, berselfie dan sebagainya.

Sekali saya memohon berbanyak kemaafan di atas insiden yang telah menyinggung perasaan keluarga serta sahabat seIslam akibat kelemahan.kawalan kami terhadap Pengerusi Harapan Baru Malaysia.

Aris Awang
Ketua Pengiring
Pengerusi Harapan Baru Malaysia
Untuk Bersih 4.0










 

Rakyat Johor bakal nikmati wifi percuma

Posted: 31 Aug 2015 04:47 PM PDT

BERNAMA

 

wifi_M-600x360-600x360
Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM12.9 juta bagi menyediakan 135 hotspot wifi percuma yang akan dipasang secara berperingkat.


JOHOR BAHRU, Rakyat Johor bakal menikmati perkhidmatan wifi percuma di beberapa lokasi di negeri ini mulai Januari tahun depan.


Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM12.9 juta bagi menyediakan 135 hotspot wifi percuma yang akan dipasang secara berperingkat.
Katanya projek WiFi Percuma Johor merupakan hasil kajian Pelan Suara Hati Johor yang dijalankan pada 2013.

Beliau berkata hasil kajian itu menunjukkan sebanyak 20.36 peratus responden berkehendakkan kemudahan telekomunikasi dipertingkat.

"Program yang meliputi tempoh tiga tahun pemasangan itu, akan melibatkan 10 daerah, 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan 13 Projek Perumahan Rakyat (PPR)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini

Dataran Bandaraya Johor Baharu merupakan lokasi pertama dari 135 hotspot yang menawarkan kemudahan wifi percuma, mulai malam tadi.

Lelaki disyaki dalang rampas kapal tangki Malaysia ditahan

Posted: 31 Aug 2015 04:45 PM PDT

BERNAMA

 

KAPAL-HARMONY-L
MT Orkim Harmony yang membawa muatan 6,000 tan metrik petroleum RON95, dirampas pada 11 Jun lalu, ketika berada 30 batu nautika dari Tanjung Sedili, Johor. - Foto arkib TRP


JAKARTA, Tentera Laut Indonesia telah menahan seorang lelaki yang dipercayai dalang di sebalik rampasan kapal tangki Malaysia, MT Orkim Harmony.


Akhbar The Jakarta Post yang memetik seorang jurucakap tentera laut, Kol M. Zainudin sebagai berkata, pasukan IV Tindak Balas Cepat Armada Barat (WFQR) menahan seorang suspek warga Indonesia yang dikenali sebagai Albert Yohanes, di sebuah pangsapuri di Grogol Petamburan, Jakarta Barat, pada Khamis lalu.

"Albert Yohanes dipercayai menjadi dalang utama di sebalik drama rampasan kapal tangki Malaysia. Kejayaan pasukan itu adalah hasil usaha bersungguh-sungguh memburu sasaran utama dalam senarai orang dikehendaki dalam tempoh sebulan setengah," katanya.

Suspek itu kini ditahan Polis Tentera Laut (Pomal) di Kelapa Gading, Jakarta Utara, untuk disoal siasat, sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada suspek itu akan didakwa di republik itu atau akan diekstradisi ke Malaysia.

MT Orkim Harmony yang membawa muatan 6,000 tan metrik petroleum RON95, dirampas pada 11 Jun lalu, ketika berada 30 batu nautika dari Tanjung Sedili, Johor.

Kapal tangki tersebut berjaya dikesan di Teluk Siam oleh sebuah kapal peninjau Tentera Udara Diraja Australia yang berpangkalan di Butterworth, pada 17 Jun lalu.

Semua lapan lanun terbabit telah ditahan Pasukan Pengawal Pantai Vietnam, berhampiran Phu Quoc, selepas melarikan diri dari kapal terbabit, pada 19 Jun lalu.

Petroleum dalam kapal terbabit dimiliki Petronas dan ia dikendalikan Orkim Ship Management.

Semasa kejadian, kapal itu membawa 22 kru, termasuk 16 rakyat Malaysia, Indonesia (lima) dan Myanmar (seorang).

Umno Selangor perlu bergerak sebagai ‘pembangkang’

Posted: 31 Aug 2015 04:42 PM PDT

THE RAKYAT POST

 

image
Ahmad Zahid mahu ahli Umno berfikir sebagai pembangkang dan bertindak sebagai parti pembangkang, untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada BN. - Foto TRP/ Azrol Ali


PETALING JAYA, Kepimpinan Umno Selangor diingatkan supaya bergerak aktif sebagai 'pembangkang', bagi menarik kembali sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN), sekali gus menawan semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.


Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pemimpin dan ahli parti saling hormat-menghormati, untuk mengukuhkan Umno bagi menebus kekalahan di Selangor.

"Tidak ada orang lain yang boleh memenangkan Umno di Selangor, melainkan ahli-ahli sendiri.

"Untuk itu, ahli Umno perlu berfikir sebagai pembangkang, bertindak sebagai parti pembangkang bagi mengembalikan sokongan rakyat (terhadap BN)," katanya yang dipetik Bernama ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, malam tadi.

Naib Presiden Umno itu berkata, sokongan dan dokongan kepada BN perlu, bagi membentuk kerajaan baru di Selangor untuk memberi khidmat kepada rakyat.

Sementara itu, perwakilan Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan kecewa dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menyertai perhimpunan Bersih 4.

"Umno Bahagian menyanjung dan menghormati Tun Mahathir. Ini sepatutnya tidak berlaku.

"Saya amat kecewa dan kita tidak setuju seorang pemimpin negara seperti Tun bersekongkol dengan kumpulan parti yang hendak menghancurkan negara kita, hanya kerana beliau tidak setuju dengan pemimpin utama Umno.

"Perkara ini seharusnya tidak berlaku. Cantiknya Tun Mahathir kerana beliau telah membina Malaysia, malang sekali endingnya tidak cantik sama sekali," kata Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Raja Datuk Hanipudin Raja Datuk Nong Cik.

Ingin menambah sesuatu pada laporan ini? Sila maklumkan melalui komen di bawah.

‘Jalur Gemilang diarak dengan betul’

Posted: 31 Aug 2015 04:40 PM PDT

AKMAL HAKIM & AINA ZURIANA

 

bendera
Jalur Gemilang mengetuai perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 yang bertemakan 'Sehati Sejiwa' di Dataran Merdeka, pada Isnin. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR, Jalur Gemilang yang diarak pada perarakan kontinjen sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka, pagi semalam, tidak terbalik.


Menurut laman web rasmi Jabatan Penerangan yang terletak di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, kepala bendera yang terdiri daripada bulan sabit dan bintang perlu diusung mendahului perarakan.

Ini bermakna, cara bendera itu diarak adalah betul dan mematuhi protokol ditetapkan, iaitu bulan sabit dan bintang terletak di penjuru kiri atas.

"Jika bendera dibawa berarak secara terbentang, bahagian kepala bendera (bulan sabit dan bintang) hendaklah diusung mendahului perarakan, sama seperti jika ianya dibawa dengan tiang bendera," demikian menurut maklumat yang disiarkan di laman web rasmi jabatan berkenaan.
Maklumat mengenai cara Jalur Gemilang diarak yang betul.
Maklumat mengenai cara Jalur Gemilang diarak yang betul.
Semalam, gambar Jalur Gemilang diarak, ketika perarakan kontinjen sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka, tersebar di media sosial.

Gambar yang dikongsi di laman Facebook Oh! Media itu menerima pelbagai maklum balas daripada warga maya, termasuk ada yang mendakwa ia diarak secara 'terbalik'.

Seorang pengguna Facebook bernama Mohamad Fitri berkata: "Apabila bendera diarak, bahagian bulan sabit dan bintang mesti di hadapan. Tiada apa-apa yang tidak munasabah tentang bendera ini."

Bagi Hisham Salim pula: "Saya melihat siaran langsung di televisyen dan menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan kedudukan bendera."

Mohammad Faiq berkata: "Ia tidak terbalik, lihat dengan teliti. Gambar itu diambil dari sudut berbeza. Sudah pasti ia akan kelihatan terbalik."

Gambar itu turut dikongsi lebih 40 kali dan menerima lebih 600 like.

Bekas penyampai radio, Patrick Teoh yang turut terbabit dalam kekeliruan itu, memohon maaf kerana mengkritik pembawa Jalur Gemilang.

"Saya mohon maaf kepada semua atas kesilapan yang bodoh dan cuai ini," tulisnya di laman Facebook milik beliau.

Guling kerajaan, siapa mulakan?

Posted: 31 Aug 2015 04:28 PM PDT



Oleh DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI


TIMBALAN Perdana TMenteri, YAB Dato' Seri Zahid Hamidi mendakwa wujud usaha menggulingkan kerajaan melalui suatu komplot terancang.

Beliau tidak mahu mendedahkan nama individu berkenaan, tetapi beliau meminta individu berkenaan menafikan jika dakwaan beliau tidak benar. Sifir beliau, "siapa makan cili, dia berasa pedas." Itu cara beliau menjaga keselamatan negara dan kerajaan.

Menurut beliau, kerajaan akan digulingkan dengan cara undi tidak percaya – yang dibolehkan berlaku di Parlimen – dan usaha mendapatkan sokongan daripada ahli parlimen pembangkang secara akuan bersumpah sedang berjalan. Jika benar kaedah ini berlaku dan berjaya, ia bukannya "guling kuasa" tetapi "tukar kuasa."

Siapakah yang mulakan cara selain pilihan raya untuk membentuk kerajaan? Tidakkah Umno yang melakukannya secara komplot terancang sehingga kejatuhan kerajaan Perak di bawah Pakatan Rakyat pada tahun 2009?

Tidakkah Umno juga menjadi dalang kejatuhan kerajaan PAS di Terengganu pada tahun 1961 apabila membeli wakil rakyat untuk membentuk kerajaan baru?

Baru-baru ini di Tampin, beliau mengumumkan pula bahawa individu yang mahu gulingkan kerajaan itu akan berjumpa Perdana Menteri. Kata beliau, individu berkenaan telah sedar bahawa perbuatannya adalah salah.

Kalau dakwaan itu benar, tidak adakah prosedur dan peruntukan undang-undang untuk membendungnya? Kenapa prosedur dan peruntukan undang-undang ini tidak digunakan?

Sememangnya Dato' Seri Zahid sangat bimbang kejatuhan kerajaan BN. Cepat atau lambat yakinlah ia pasti jatuh bukan kerana komplot tetapi kerana kegagalan dan kebobrokan Umno dan Dato' Seri Najib yang terpalit dengan begitu banyak isu integriti.

'Baju merah' di Dataran adalah daripada Umno

Posted: 31 Aug 2015 04:20 PM PDT

MALAYSIAKINI

 


Sekumpulan pemuda yang memakai baju T merah yang muncul hampir tengah malam tadi di Dataran Merdeka adalah Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, kata ketuanya Mohd Razlan Rafii.

Dalam satu kenyataan di Facebooknya, Mohd Razlan berkata kumpulan itu tidak ada kena mengena dengan kumpulan baju merah yang diketuai Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Yunos.

Jamal sebelum ini berikrar untuk mengadakan perhimpunan bersama 30,000 orang untuk berdepan dengan BERSIH 4 yang berlangsung hujung minggu lalu.
Bagaimanapun, Jamal membatalkan hasrat mereka selepas diarah oleh pihak polis.

Mohd Razlan berkata tujuan kumpulannya untuk menyamnut hari kemerdekaan di Dataran Merdeka, tetapi mereka tidak dibenarkan masuk oleh pihak polis.

"Pada ambang merdeka tanggal 12 malam setiap tahun, di Dataran Merdeka, tidak pernah lagu Negaraku tidak berkumandang.

"Semalam merupakan detik hitam bagi negara apabila Dataran Merdeka menjadi dataran yang tidak merdeka kerana tiada lagu Negaraku dinyanyikan," katanya.

Mohd Razlan berkata polis ahirnya membenarkan beliau masuk dan tercapai Pemuda Wilayah Persekutuan untuk menyanyikan lagu Negaraku di Dataran Merdeka.

"Tidak ada ibu dan ayah menemani anak-anak ke Dataran (Merdeka) memyambut ambang merdeka. Ternyata BERSIH sudah merobek kemerdekaan yang selama ini kita raikan.

"Negara kita sudah tidak merdeka. Selagi ada anasir yang mahukan perkara sebegini ditarik daripada rakyat Malaysia, kemerdekaan yang sebenar sudah tidak wujud lagi," katanya.

Harga petrol, diesel turun mulai esok ( 01 September )

Posted: 31 Aug 2015 04:14 PM PDT

MALAYSIAKINI

 


Harga petrol dan diesel akan turun 10 sen dan 15 sen untuk satu liter mulai esok.

Menurut sumber, harga RON95 dan RON97 masing-masing turun 10 sen menjadi RM1.95 dan RM2.35 seliter.

Harga untuk RON95 dan RON97 ketika ini ialah RM2.05 dan RM2.45.

Harga diesel pula juga turun daripada RM1.95 kepada RM1.80

Tiada ulasan: