Jumaat, 11 September 2015

Biaqpila

Biaqpila


65 TERBUNUH KREN TUMBANG DI MEKAH

Posted: 11 Sep 2015 11:38 AM PDT






MEKAH 11 Sept. - Sekurang-kurangnya 65 jemaah terbunuh, manakala 154 cedera apabila sebuah kren tumbang dan menimpa bumbung Masjidilharam sebelum menghempap mangsa yang berada di dalamnya, hari ini.

Empat jemaah Malaysia yang berada di dalam masjid itu turut cedera.

Pihak berkuasa Pertahanan Awam Arab Saudi dalam Twitternya mengesahkan kejadian itu.

Menurut jemaah yang berada di tempat kejadian, nahas itu dipercayai berpunca daripada ribut.

Beberapa keping gambar kejadian itu yang disebarkan di media sosial menunjukkan mayat-mayat berlumuran darah bergelimpangan di lantai masjid.

Koresponden Al Jazeera, Hasan patel yang berada di Mekah berkata, saksi memaklumkan, kren tersebut tumbang di tingkat tiga Masjidilharam kira-kira pukul 5.45 petang waktu tempatan (10.45 malam waktu Malaysia).

"Berpuluh-puluh ambulans berkejar ke lokasi nahas bagi membawa jemaah yang cedera ke hospital.

"Pihak berkuasa Arab Saudi kemudian menutup tempat kejadian kepada jemaah.

"Sebelum solat Jumaat, Masjidilharam sesak dengan para jemaah," katanya. – AFP


KISAH PEMBUNUHAN ALTANTUYA, WARTAWAN AL JAZEERA DIUSIR

Posted: 10 Sep 2015 07:38 PM PDT


Wartawan di sebalik pembikinan siri khas Al Jazeera tentang pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. telah diusir pulang ketika sedang membuat dokumentari tersebut.

Ini didedahkan dalam program mingguan Al Jazeera 101 East, dan usaha susulan terhadap misteri pembunuhan yang terus menghantui Malaysia itu.

Dalam menjalankan siasatannya itu, wartawan Australia Mary Ann Jolley, yang melaporkan berita itu untuk Al Jazeera, tiba-tiba diusir pulang pada 14 Jun dari Kuala Lumpur selepas Kementerian Dalam Negeri menganggap aktiviti beliau sebagai mempunyai "kesan negatif terhadap imej Malaysia" .

Jolley ditunjukkan dengan berkata dalam dokumentari itu, "Saya diusir pulang dari Malaysia. Saya sedang diiringi oleh kira-kira 5 ejen kastam dan seorang lelaki dalam pakaian tentera, jadi saya sedang menaiki penerbangan saya ke Sydney."

Pengusiran Jolley itu tidak menghalang usahanya untuk mendapatkan cerita tersebut kerana dia mengesan kaitan Sirul, yang menceritakan versinya tentang apa yang berlaku pada malam Altantuya dibunuh.

Program itu telah disiarkan hari ini pada jam 6.30 pagi dengan siaran ulangan pada pukul 5.30 petang dan boleh didapati dalam talian di laman webnya.

Malaysiakini


Tiada ulasan: