Selasa, 8 September 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Sanggupkah Hj Hadi jilat muntahnya klembali??

Posted: 08 Sep 2015 09:32 AM PDT


  Bukankah Hj Hadi menganggap mereka yang keluar dari PAS sebagai golongan pengkhianat yang disifatkannya lebih teruk daripada lawan.

  Menurutnya, Islam tidak membenarkan bertahaluf dengan mereka berbanding dengan pihak lawan. Pengkhianat hanya ada dua pilihan sahaja : Bertaubat ataupun Dihapuskan. Sila klik untuk Ucapan Hj Hadi

Apakah Hj Hadi sanggup menjilat muntahnya untuk bertahaluf bersama AMANAH yang dilabel sebagai 'pengkhianat lebih teruk dari lawan' untuk bersama dalam gabungan baru Pakatan Rakyat 2.0 nanti yang juga akan melibatkan DAP?

PAS telah telah mengistiharkan akan lawan DAP PRU-14 nanti setelah mengambil tindakan memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP melalui muktamar ke-61nya yg lalu. PAS perlu mengadakan muktamar khas untuk membatalkan keputusan muktamar yg lalu itu. Sanggupkah sekali lagi PAS jilat muntahnya?
PKR mahu PAS menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang baru, kata Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali , walaupun mendapat bantahan daripada DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah). 
Azmin berkata, PKR membuat keputusan itu selepas membincangkan perkara itu dengan teliti, sambil menambah bahawa parti itu komited untuk pembaharuan dengan menerima sesiapa sahaja termasuk PAS ~ sumber 
Fesbuker  Zul Mohamed  menimbul beberapa persoalan berikut untuk gabungan baru Pakatan Rakyat 2.0 renungkan :

 1. PKR dan Amanah melalui Timbalan Presiden Azmin Ali dan Salahuddin Ayob mengajak PAS bersama PR 2.0 menumbangkan Umno/BN. 

2. Dua pemimpin berjiwa besar ini, atas semangat persahabatan mengajak PAS bersatu tumbangkan Umno/BN. 

3. Apakah PKR / Amanah tidak tahu bahawa ada pemimpin PAS pernah khianat PR dalam pilihanraya lalu ? 

4. Apakah PKR / Amanah tidak tahu bahawa PAS dan Umno sedang bercengkerama, sedang dilamun cinta buta ? 

5. Bukankah sekarang ini, PAS sedang menagih simpati di kalangan ahlinya, parti itu tidak pernah khianat PR, sebaliknya mereka ditendang keluar daripada PR ? 

6. Pemimpin PKR / Amanah nampak cinta buta PAS . Mereka nampak PAS akan kecewa, dikencing Umno buat kesekian kali dalam isu hudud. 

7. Nah.... PKR / Amanah sedang hulurkan tangan kepada abang degil PAS yang telah ditarik oleh Umno ke laut. 

8. Jika PAS hanyut dan lemas selepas ini, sekurang-kurangnya PKR / Amanah telah berusaha menyelamatkannya.. Jangan pula tuduh DAP dan PKR / Amanah yang tolak mereka ke laut. 

9. Kini terpulanglah kepada PAS, sama ada mereka hendak sambut tangan dan menyambut pelampung yang dihulur oleh PKR / Amanah. Atau terus bercinta buta dengan Umno .

 Orang degil selalunya .... rugi !

Cubaan Terdesak Pennyangak 1MDB cuba memfitnah anak Anwar Ibrahim

Posted: 08 Sep 2015 07:47 AM PDT

Sila berikan bukti kamu bahawa dia menawarkan USD2 juta ??? Kamu ada bukti.??

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus berhenti menggunakan media yang dikawal kerajaan dan kenyataan Xavier Justo yang kini dalam tahanan bagi mengelakkan diri daripada kesalahan yang dilakukannya berhubung isu dana RM2.6 bilion, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.  

Nurul Izzah dalam kenyataannya berkata, tindakan kerajaan dan media kawalan kerajaan yang cuba mengaitkan dirinya dengan Justo juga adalah tidak tepat kerana beliau tidak pernah menemui lelaki tersebut. 

 "Untuk rekod, saya menafikan saya menawarkan kontrak bernilai US$2 juta kepada Justo dalam kontrak kerajaan akan datang apabila pembangkang berkuasa. Saya juga tidak pernah menemuinya," kata Nurul Izzah, dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini. 

 Beliau berkata demikian sebagai respon kepada laporan akhbar New Straits Time yang melaporkan berita dengan artikel bertajuk: "Justo: Nurul Izzah Wanted Stolen Data". 

 "Ini adalah cubaan terdesak media kawalan Barisan Nasional (BN) untuk melarikan diri daripada isu sebenar skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan perdana menteri," katanya. 

 Akhbar berkenaan hari ini melaporkan melalui pengakuan bertulis Justo, Nurul Izzah mahu membeli data 1MDB yang dicurinya pada 2011. Akhbar itu turut mendedahkan ahli Parlimen Lembah Pantai itu bukan pilihan "pembeli berpotensinya" dan Justo mahukan data berkenaan dijual pada harga AS$2 juta (RM8.7 juta) secara tunai.

 Justo turut mendakwa, Pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown bertindak sebagai broker dan memperkenalkan Nurul Izzah kepadanya.

 Berita sama turut disiarkan di akhbar berbahasa Melayu, Berita Harian.

 "Saya sudah mengarahkan peguam untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap NST dan Berita Harian," kata Nurul Izzah.

 Beliau sebaliknya berkata, persoalan sebenar bukan mengenai data yang dicuri tetapi isi kandungan dokumen berkenaan.

 "Ia mengenai dokumen-dokumen itu, bersama laporan The Wall Street Journal (WSJ), Sarawak Report dan The Edge laporkan mengenai rasuah, pengubahan wang haram dan dakwaan rasuah yang mengelubungi 1MDB," katanya. – 8 September, 2015. ~ sumber

Teliti dulu prestasi saya....

Posted: 07 Sep 2015 09:30 PM PDT

Saya merujuk kepada tuntutan pesuruhjaya PAS Terengganu agar saya meletak jawatan ahli parlimen Kuala Terengganu.

 Sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13), pada bulan Mei 2013 PAS, PKR dan DAP bersetuju memohon mendaftar Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti gagasan pembangkang yang akan bertanding di bawah satu lambang, iaitu Pakatan Rakyat.

 Permohonan tersebut telah ditolak oleh ROS.

 Bagaimanapun, PAS, PKR dan DAP masih bertanding di bawah konsep "Pakatan Rakyat" walaupun terpaksa menggunakan lambang masing-masing (untuk mengelak pertandingan tiga penjuru dengan BN).

 Perkara pokok dan hakikat sebenarnya di sini adalah kesemua parti bersetuju bertanding dalam satu pasukan – Pakatan Rakyat, di mana pemilihan oleh rakyat adalah atas dasar muafakat satu pasukan.

 Selepas PRU 13, PAS mulai bertindak seperti berikut:

 (i) Meninggalkan konsep "PAS untuk semua" (PAS for All) dengan menjauhi diri dari golongan bukan Islam, bukan Melayu dan juga DAP serta PKR. Selepas muktamar bulan Jun 2015 PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP secara rasmi. Ini perubahan besar konsep asal sebelum PRU 13.

(ii) Keputusan bersama secara konsensus bersama PKR dan DAP tidak lagi dilaksanakan oleh PAS dalam Pakatan Rakyat.

(iii) Pada Muktamar Jun 2015, kesemua golongan profesional disingkir dari Jawatankuasa PAS Pusat dan ini memusnahkan konsep kerjasama asal profesional dan ulama, satu lagi perubahan besar.

 (iv) Berikutan itu, DAP dan PKR telah bersetuju mengumumkan pada bulan Ogos 2015 Pakatan Rakyat telah tiada lagi dan tidak lagi wujud.

 Pada hemah saya, segala konsep perjuangan asal yang dipersetujui sebelum PRU13 secara berpasukan telah tidak lagi diamalkan oleh PAS.

 Perkara ini amat lebih ketara selepas kematian almarhum Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Februari 2015.9 Setelah memerhatikan bahawa PAS mengubah konsep perjuangannya, saya berhijrah kepada gabungan parti Harapan Baru-Parti Pekerja Malaysia.

 Saya mahu meneruskan perjuangan melalui sebuah parti Islam mengikut amanat almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, bekas mursyidul am PAS. Dalam Surah Al-Maidah Ayat 89 ada menyebut tentang Yamin atau Aiman yang diberi ruang untuk menebus Sumpah Baiah jika berlaku perlanggaran. Hukumnya ialah :

 i) Memerdekakan seorang hamba

 ii) Berikan makan kepada sepuluh orang miskin dari apa yang kita makan9 iii) Berpuasa tiga hari.

 Saya memilih yang kedua, memberi makan sepuluh orang miskin untuk menebus sumpah seperti disebut dalam Ayat 89 Surah Al-Maidah.

 Ini juga selari dengan sabda Rasulullah:

 "Barangsiapa yang berjanji bersumpah sesuatu lalu melihat ada yang lebih baik dari janjinya yang diangkat maka datanglah yang lebih baik itu dan hendaklah ia membayar denda kaffarah."

 Berkenaan desakan untuk saya meletak jawatan sebagai ahli parlimen, sebenarnya syarat tersebut tidak diperuntukkan dalam dalam mana-mana undang-undang.

 Saya mohon pesuruhjaya PAS Terengganu terlebih dahulu menyiasat perkara di bawah kerana kesemua ahli parlimen, yang bersidang hanya tiga kali setahun, dibayar gaji serta elaun untuk berkhidmat untuk rakyat.

 Saya menuntut pesuruhjaya PAS Terengganu membentang rekod rasmi aktiviti ahli parlimen PAS dari Terengganu, termasuk juga saya, seperti di bawah: 

 (i) Kehadiran harian termasuk beberapa jam sehari setiap sesi oleh ahli parlimen Terengganu sejak PRU13 dari rekod kedatangan rasmi Parlimen sendiri.

 (ii) Kekerapan bilangan ucapan serta isu yang dibawa oleh ahli parlimen PAS Terengganu dalam Dewan.

 (iii) Apakah prestasi sidang akhbar isu Rakyat setiap ahli parlimen Terengganu melalui kemudahan yang disediakan di Parlimen untuk mereka keluaran akhbar dan media alternatif – sosial.

 (iv) Adakah ahli parlimen Terengganu terlibat dalam aktiviti melibatkan imbuhan berbayar lain semasa waktu sesi parlimen sedang berjalan dari jam 10 pagi hingga tamat sesi malam memandangkan mereka dibayar gaji khidmat Parlimen. 

 (v) Rekod kehadiran ahli parlimen Terengganu di Mesyuarat Pengurusan Mingguan Ahli Parlimen PAS di Pejabat Pembangkang Tingkat 14 Parlimen yang dipanggil oleh Ketua "whip" PAS Dato' Mahfuz Omar. Setelah pesuruhjaya membentang prestasi dan kehadiran setiap Ahli Parlimen Terengganu barulah beliau dan rakyat – pengundi boleh membuat penilaian siapakah sebenarnya yang patut meletak jawatan sebagai ahli parlimen.

 Saya mohon fakta ini diperjelaskan dahulu 14 hari dari sekarang. Biarlah hukuman yang hendak di jatuhkan berasas pada fakta di atas.

 Saya juga mohon pesuruhjaya menjelaskan kenapa tiada ahli parlimen dari Terengganu yang berlatar belakang agama mengambil bahagian berucap pada 18 Jun 2015 hari akhir sesi parlimen.

 Pada waktu itu, Datuk Mahfuz Omar menimbulkan kegagalan kerajaan dan parlimen sekali lagi membentang Akta Pindaan Enakmen Syariah Kelantan 355 Hudud di Parlimen.

 Kenapa mereka yang sepatutnya lebih arif dalam isu ini memilih berdiam diri di parlimen dalam isu yang selama ini digegarkan di kawasan masing-masing.

 Saya memberi 14 hari dari tarikh ini untuk pesuruhjaya PAS Terengganu membentang kepada rakyat rekod ahli parlimen Terengganu. Biarlah rakyat jelata mengetahui fakta sebenar prestasi ahli parlimen mereka sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman. Sesungguhnya Islam menuntut pertimbangan fakta-fakta yang benar untuk proses keadilan sebelum menjatuhkan hukuman.

 Kesemua pengundi termasuk ahli biasa PAS berhak mengetahui prestasi sebenar wakil rakyat mereka di Parlimen. malaysiakini

Ancaman Baju Merah belum tamat, kata NGO Islam

Posted: 07 Sep 2015 07:30 PM PDT

Lima belas kumpulan Islam dan ahli akademik hari ini tampil mengingatkan bahawa ancaman "Baju Merah" belum benar-benar berlalu walaupun polis telah melarang perhimpunan 16 September ini.

 "Segala panggilan ke arah hasutan persengketaan antara kaum perlu ditangani dengan pantas," kata mereka dalam kenyataan bersama hari ini.

 "Kami menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi untuk bertindak secara profesional bagi mengekalkan keamanan dan ketenteraman di suasana negara yang tidak menentu ini.

 Antara bergabung dalam kenyataan bersama itu, kumpulan 25 Melayu terkemuka (G25), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 1 Muslim Professionals Forum (MPF), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) dan Islamic Renaissance Front (IRF).

 Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Dr Maszlee Malik pula menandatangani kenyataan itu atas kapasiti peribadi.

 Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid hari ini mengumumkan larangan itu atas alasan implikasi keselamatan.

 Perhimpunan dirancang di Bukit Bintang itu bertujuan menyatakan bantahan terhadap BERSIH 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

 Pengkritik membangkitkan dominasi kaum Cina serta dakwaan perhimpunan anti-perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu dikuasai DAP.

 Penghargaan buat polis9 Dalam kenyataan hari ini, kumpulan Islam itu bagaimanapun merakamkan penghargaan kepada pihak polis kerana melarang perhimpunan Baju Merah.

 "Ia melenyapkan potensi berlakunya keadaan yang tidak terkawal, yang berlandaskan sentimen perkauman dan ketaksuban, yang mengancam keharmonian antara kaum," kata mereka.

 Mereka juga membangkitkan tempat yang dipilih, termasuk penggunaan gambaran pahlawan bersenjatakan keris yang didakwa mereka berniat memprovokasi dan mengugut.

 Kumpulan itu bagaimanapun mengakui bangsa Melayu hilang sebahagian besar kehormatan dan maruah apabila ketinggalan dalam banyak bidang, termasuk masalah sosial teruk generasi muda.

 "Namun demikian, kita tidak menebus kehormatan dan maruah kita dengan menyalahkan kaum lain, walhal golongan politik elit yang kononnya 'berjuang untuk agama dan bangsa" hanya ingin berpaut kepada kuasa.

 "Tetapi (mereka) telah kehilangan legitimasi untuk mentadbir kerana dakwaan serius rasuah, salah urus tadbir dan penyalahgunaan kuasa," kata mereka lagi.

 Kumpulan itu juga menegaskan kumpulan Baju Merah itu tidak mewakili suara orang Melayu Islam. ~  malaysiakini

Ancaman Hj Hadi kepada AMANAH : Taubat (kembali kepada PAS) atau Dihapuskan.

Posted: 07 Sep 2015 05:00 PM PDT

Kalau kalian amati ucapan Hj Hadi ini, ternyata ianya sangat merbahaya kerana mengancam keselamatan mereka yang telah keluar dari PAS dan menubuhkan parti baru.

 Walaupun Hj Hadi tidak menamakan mana-mana pihak tetapi dipercayai merujuk kepada Parti Amanah Negara yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin parti itu.

  Hj Hadi menganggap mereka yang keluar dari PAS sebagai golongan pengkhianat yang disifatkannya lebih teruk daripada lawan.

 Dalam perjuangan Islam, katanya, pengkhianat hanya ada dua pilihan sahaja : Bertaubat ataupun Dihapuskan.

 Menurutnya, Islam tidak membenarkan bertahaluf dengan mereka berbanding dengan pihak lawan. Berikut transkrip ucapan Hj Hadi :
…parti, yang disebut parti yang khianat daripada perjuangan. Org yg khianat dlm perjuangan, lebih teruk drp lawan. Lawan, kita boleh tahaluf dgn lawan. 
Orang yg khianat dgn perjuangan tak ada pilihan; samada dia balik, atau dia dihapuskan; dia bertaubat!
 Ini cara perjuangan Islam, itu …tak boleh! Orang yg direkod dia khianat perjuangan, tak boleh… 
Sedangkan Nabi pun, tak beri peluang kpd yg khianat ni, tak ada tahaluf. Yang tahalufnya dgn yg lawan, yg bukan asal kita.
 Daripada asal kita dia menyeleweng, samada dgn kita atau pun, dia bertaubat ataupun, dia balik kepada kita. Ini dia. Itu pilihan, antara dua tu sahaja.
Kerana mereka ni, mereka yg sudah duduk bersama kita, yg tahu kita, yg memahami kita, bukan org yg tak tahu kita!
 Tiba-tiba dia lari, dia keluar … kalau dia nak tahaluf (tak jelas….)
Ucapannya yg dirakam di U-tube berdurasi 1:14, itu telah menerima reaksi yang negatif sebagaimana berikut :

Che Ibrahim Mohamed : Seperkara lagi yg memeningkan ambo ialah dulu2 semasa ahli Pas keluar parti tubuh Berjasa, Hamim, Akim, Islah @ Pas 51, bahkan ada yg masuk UMNO spt ust Nakhaei atau Pas sendiri yg memecatnya spt Hasan Ali, tak dengar cerita pun jadi kafir, munafik, kena taubat atau perlu " dihapuskan" ( boleh dibunuh la tu).

 Tiba2 bila ada ahli Pas bersama GHB atau Parti Amanah Negara ( Amanah), mereka dituduh lari dari perjuangan Islam dan menjadi kafir atau sbgnya.

Shah Esfelazi : dah macam ISIS dah bunyi, bahaya nie.

gpctrs : nk hapus guana tu tok guru, bunuh jasad ka, bunuh karier politik? kalu bunuh jasad, tembok bia mapuh, kalu bunuh karier politik, fitnah la rasuah, main wanita, calon dap, pil kuda dsb. boleh juga guna agama, sbg contoh cerai talak tiga.

Sheh Gafar : presiden khianat yg sombong dan bengong..tak payah kamu nk tunjuk pandai lah hadi..perbuatan khianat kamu sudah terbongkar dan kamu tidak boleh cabar pun pendedahan khianat mu yg jijik dan bodoh tu..presiden simbong dan berjiwa amat kecil..mungkir janji sesuka hati,tiada setiakawan dlm kerjasama dan seorang pmimpin yg mudah goyah dan sgt bahaya dlm kerjasama..kami dah makin meluat dgn sifat munafik kamu tu..pemilihan dlm muktamar itu juga adalah pmilihan yg curang dan meragukan..kamu sudah gila hadi..kalau aku pmimpin pas terutama timbalan..akan kuheret kamu ke jk displin party agar kamu bertanggungjawab kpd perbuatan khianat kamu..

Noh Danish : masyaALLAH. takfiri ini bahaya untuk jemaah. 

Mohammad Iskandar B. Sulong Kandar : Siapa yang suruh tinggalkan Pas kalau tak sehaluan? Dia sakitkan rakan, dicabar pula. Kalau tak pandai main cator jangan berpolitik. Bila cabar diterima isu Bai'ah dirujuk. Apa le punya fikiran. 

Mohd Hafiz : berat bena dh mu hadi, bila salah tafsir dan nk samakan dgn perjuangaan nabi, gini la jadinya, baik mu baik gan umno la, senang nk undi lps ni, sia2 pembangkang bercakap pasal peyelewangan 1mdb, gst, tapi mu nk pecah belah pembangkang pulok 

rahmanwang: Hadi yang perlu dihapuskan. 

azim saleh : puak takfiri. benih-benih ekstrimism. 

Dylan Kumar : PAS an extremist party.. should be banned! 

Comrade Mohd Aliff : Apabila olamak jadian berbicara............... 

Sheh Gafar : jgn hipokrit lah hadi..kamu yg telah dibuktikan khianat..bukan saja kpd PR, tapi juga kepada partymu sendiri ,kpd rakyat yg berjuang berhempas pulas melawan umno yg hyper zalim..bertaubatlah hadi jika sedar diri bersalah..berjiwa besar dan mengaku kesilapan..rakyat sudah tahu kisah pengkhianatanmu pada 2008 dahulu yg cuba menggagalkan pembentukan kerajaan baru PR di selangor dan perak..juga pada 2013 dlm krisis MB selangor..andai pendedahan khalid samad dan ust ahmad awang itu adalah suatu fitnah,kami bekas ahli2 yg maseh sygkan PAS mencabar kamu agar segera tampil menafikan pendedahan itu didalam suatu forum dihadapan rakyat yg sgt kecewa dgn perbuatan kamu.

 sila tampil segera,jgn sebok mencari dosa org lain tapi berdiam terhadap dosamu berbuat khianat!!!kalau x berani,sila tutup mulutmu kerana rakyat dah muak dgn perangai munafik yg bermaharajalela di bumi bertuah ini..sila sambut cabaran ini jika kamu seorang yg adil dan berintergriti!!! 

6packter : tragic, pak hadi is iike najib to PAS. wrong successor. 

i77uddin : teruskan dislike video ni.... 

rudin aron : mai pilihanraya kelamkabut nk buat ug. ini ke nk panggil tuan guru? porrah 

anuar junior : Banyak sangat rhetorik politik PAS. Sepuluh pemimpin sepuluh rhetorik yang bercelaru. Sebenarnya PAS sudah merasakan 'pukulan politik' dari Amanah. Hari demi hari ramai ahli-ahli PAS berhijrah ke parti baru Amanah. Biarpun sebelum ini ada pemimpin cuba bermain psikologi politik dengan mengatakan 500 ahli PAS berhijrah akan digantikan dengan 5000 ahli baru, ini langsung tidak dilayan oleh GHB (Amanah) dengan kegusaran akan gagal mendapat sokongan. Sebaliknya PAS terus-terusan 'berdebat' dalam massa media dengan kenyataan-kenyataan yang bertali-arus berkaitan ahli-ahli PAS dalam (GHB) Amanah.

 Bermula dengan memberi jawatan-jawatan 'penting' dalam parti kepada mereka yang telah kalah dalam Muktamar tempoh hari sehinggalah ke amaran 'jangan menarik ahli PAS ke dalam GHB dan seterusnya kepada Baiah dan kini mereka ini semua ini mesti 'dihapuskan'! Struktur PAS mengikut "demokrasi barat' tapi landasan siasah perjuangan berlandaskan syariah. Apakah dalam siasah Islam ada undian demokrasi untuk melantik Presiden? Tidakkah siasah politik Islam itu tidak sama sekali seperti 'demokrasi barat' yang mana mesti diadakan pengundian?

 Mengapakan disertakan Baiah dalam perjuangan PAS seandainya jalan siasah bercampur aduk dengan 'demokrasi barat'?

 Ada Presiden, ada Timbalan Presiden yang bertanding dalam undian 'demokrasi barat', apakah semasa Syaidina Abu Bakar r.a. menjadi Khalifah dan di masa yang sama Syaidina Umar Alkhattab r.a. menjadi timbalan khalifah? Jadi, apakah asas sebenar kerangka perjuangan PAS, syariah atau 'demokrasi barat'?

 Apakah 'akur janji Baiah' itu telah wujud semasa bermula wujudnya PAS atau ianya satu 'rekaan' baru dalam PAS yang biarpun ia ada dalil sohih untuk melaksanakannya? Apakah dalil itu kuat bila soal memperjuangkan Islam dalam bentuk jasad dan nyawa Islam tetapi dalil itu menjadi lemah bilamana perjuangan Islam itu dalam bentuk jasad 'demokrasi barat' dan nyawa Islam?

rudin aron : mreka hanya memperkudakan Islam utk justify tindakan mreka 

Sheh Gafar : syarat baiah itu mmg tidak sah kerana,tidak dirujuk dahulu kpd isteri dan anak2 pmimpin tersebut..ada lafas takliq dlm pernikahan mereka,yg sudah tentu lebih besar dari baiah pas itu..itu salah satu faktor dan banyak lagi pekara yg membatalkan baiah itu termasuk khianat hadi kpd pr dan krisis yg berpunca oleh dirinya seorang presiden yg kebal dari tindakan disiplin.. 

Azwadi Azis : Semua komen negatif... Mmg padan pon 

addy han : supaya rakyat akan lebih senang 

James Private : otak udang,jadi,Malaysia bankrupt 

DRB39 : President ini dah mula sawan babi mulut dah mula berbuih tak lama lagi sewel lah! 

C3ByAx : Tok mmg betul. Sila lawankan Najib! Si pengkhianat tu menjual Malaysia kepada penderma negara asing

Azwadi Azis : Semua komen negatif... Mmg padan pon 

kucing hebat : rasis banget 



i77uddin : b-b- punya taliban 

kasihancurbn : sombong, bongkak, angkuh, bangga diri.. + bodoh & tolol... + pngkhianat PAS sbb ada hati nk brbaik2 dgn UMNO sdggkn prjuangn PAS dr zmn Allahyarham Dr Burhanudin sndiri mmg x sehaluan dgn UMNO...! apa lg yg pnyokong fanatik mnusia sorg ni nmpak pd dia ni??? Mcm lh Islam ni trletak pd PAS aje..kluar PAS dh mcm kluar islam plk..??? ni ajaran sapa ni??? 

Sheh Gafar : jgn hipokrit lah hadi..kamu yg telah dibuktikan khianat..bukan saja kpd PR,tapi juga kepada partymu sendiri ,kpd rakyat yg berjuang berhempas pulas melawan umno yg hyper zalim..bertaubatlah hadi jika sedar diri bersalah..berjiwa besar dan mengaku kesilapan..rakyat sudah tahu kisah pengkhianatanmu pada 2008 dahulu yg cuba menggagalkan pembentukan kerajaan baru PR di selangor dan perak..juga pada 2013 dlm krisis MB selangor..andai pendedahan khalid samad dan ust ahmad awang itu adalah suatu fitnah,kami bekas ahli2 yg maseh sygkan PAS mencabar kamu agar segera tampil menafikan pendedahan itu didalam suatu forum dihadapan rakyat yg sgt kecewa dgn perbuatan kamu.

 sila tampil segera, jgn sebok mencari dosa org lain tapi berdiam terhadap dosamu berbuat khianat!!!kalau x berani,sila tutup mulutmu kerana rakyat dah muak dgn perangai munafik yg bermaharajalela di bumi bertuah ini..sila sambut cabaran ini jika kamu seorang yg adil dan berintergriti!!! 

kasihancurbn : cuba bg penjelasan mendalam mksud "perlu dihapuskan" tu? halal dibunuh ke?? sbb aku rasa klau nk guna cara lawan "akal/hujah", xde bnda pn yg PAS & menatang ni nk lawan guna cara tu, sbb mmg dh kena pnyakit tolol! abis2 sgt, buat fitnah dlm masjid, surau atau ceramah2 dia.. Nk muhasabah diri jauh skali! Klau pasal brceramah, brtazkirah yg diselangseli ayat Quran/hadis, mmg puak2 ni dh diberi latihan secukupnya..! Org lain yg bkn geng "ulamak" kopiah /serban putih mcm depa, smuanya bodoh,tolol, kna byk muhasabah diri...depa xpa..smua dh confirm syurga...! 

Berukh Kaage: perlu "dihapuskan" ei? apasal tak terus terang jer ayat sebenarnya" "... betul2

Apa pula komen kalian? 

Tiada ulasan: