Sabtu, 5 September 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kisah 2 Orang Nakhoda, satu Bangang, satu Tolol

Posted: 05 Sep 2015 05:00 AM PDT

 Ini adalah kisah dua orang Nakhoda Bahtera yang masing-masing sedang dilambung ombak .....

Seorang bergelar Nakhoda Bangang, mengambil sempena perkataan yg gemar diungkapnya. 

Seorang lagi bergelar Nakhoda Tolol, juga mengambil sempena perkataan yg gemar diungkapnya.

Rupa-rupanya Nakhoda Bangang dan Nakhoda Tolol sememangnya sehati dan sejiwa. Patutlah mereka saling puji memuji antara mereka. Malah hobi mereka juga sama - suka menggelar orang dengan kata-kata yang kesat dan biadab!

 Nakhoda Bangang

 Ramai yang berasa keciwa bila  Nakhoda Bangang ini menggelar kaum Melayu "bangsat" jika Umno hilang kuasa.

  Umno yang dikatakan satu-satunya bahtera untuk membawa bangsa Melayu berlayar dalam lautan yang bergelora ini dibayangkan akan karam. Bahtera Umno hanya akan selamat jika terus dibawah kemudi Nakhoda Bangang!

  Lalu berkatalah 
Nakhoda Bangang ini kepada anak-anak kapalnya - "Suka saya ulangi di sini, sekali layar sudah dikembangkan, apabila sauh sudah dilabuhkan, pantang nakhoda dan anak-anak kapalnya berbalik haluan.

 Kata-kata tersebut menjadi viral dan mengundang pelbagai reaksi mengecamnya. Hinggakan seorang bekas ketua pengarang Kumpulan News Strait Times Sdn.Bhd, A Kadir Jasin dalam entri diblognya menempelak dan menggelarnya sebagai 'Nakhoda Fenin'!

 Nakhoda Tolol


 Secara kebetulan, ada lagi seorang Nakhoda bahtera yang lebih 'fenin' dari yang sibangang ini. Orang ini jenis yang gemar membawa bahteranya berbalik haluan hingga menyebabkan ada anak kapal yang bila membantah arahannya dimaki hamun dengan kata-kata nista 'broker' dan 'barua'

"Tidak boleh ada dua nakhoda dalam satu kapal!" amuknya apabila kedudukannya terancam.

  Tugas seorang Nahkoda Kapal adalah diatur oleh peraturan dan perundang-undangan tertentu.Tapi Nakhoda ini hanya menganggap dia saja yang betul. Dia buat u-turn ketika masa laut bergelora ikut sesuka mahunya!

  Anak kapal di anjungan berantakan sesama sendiri sebab arahan Nakoda Tolol ini yang sering flip-flop! Hinggakan sebahagian anak kapal yang setia kepadanya mencerca dan melabel pelbagai penghinaan sesama rakan sendiri malah sanggup mentakfir. 

 Kesemua kekalutan yang berlaku diatas adalah tanggung jawab Nakhoda. Kalau tindakan Nakhoda lemah dan gagal hingga membahayakan keadaan bahtera, maka perlulah ditukar Nakhodanya.

 Apabila gagal untuk menukar Nakhoda Tolol, maka jalan yang terbaik adalah berpindah ke bahtera yang lain....Lagi pula dia pernah berkata:

   "Inilah bahtera PAS. Kita dalam Pakatan Rakyat bukanlah dalam bahtera yg sama. PKR bahtera lain, DAP bahtera lain, kena faham. Jika ada yang merasakan bahtera ini bergerak perlahan, ada kekurangan, jangan bocor dan rosakkan bahtera ini. PasMa ni ibarat mereka yg menebok kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi. Pergilah ke kapal DAP, kapal PKR, kalau nak cepat lagi ke Putra Jaya pergilah ke bahtera UMNO. sumber
  Mengulas kenyataan diatas, jelas yang Nakhoda Tolol ini lupa bahawa kesemua bahtera PKR, DAP dan PAS belayar menuju destinasi sebagai satu kelompok armada dalam gabungan tahaluf siyasi. 

 Nakhoda Tolol menganggap bahtera PAS itu seolah-olah miliknya sendiri dan dengan sombong dan bongkak, menghambat keluar anak kapal yang sering bertelagah pandangan dengannya. Anak kapal menyertai sebuah NGO PasMa pun dituduh mahu bocor dan merosakan bahtera... 

Kini akhirnya, maka ramailah anak-anak kapalnya telah keluar untuk menyertai bahtera lain yang baru ...

 Apakah anak kapal dan penumpang yang berasa tidak selamat itu terlalu bangang (tumpang kata-kata .....), atau tolol (tumpang istilah ....), untuk tidak mahu memilih bahtera yang lain dan baru?

 Dua Nakhoda ini beranggapan bahtera mereka selamat ditumpangi, waima bahtera masing-masing diamuk ombak menyebabkan ramai anak kapal dan penumpang berasa tidak selamat untuk terus berada didalamnya lalu berantakan.

 Dua Nakhoda ini sepatutnya mengakui bahawa mereka berhadapan dengan imej sebagai nakhoda yang buruk. Tidak hairanlah kenapa ada yang berani memijak gambar mereka berdua....

Tidak perlu jawab 22 soalan, jawap 2 soalan ini sahaja ...

Posted: 05 Sep 2015 02:30 AM PDT

Unit propaganda Putrajaya, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), telah menerbitkan sebuah buku 47 muka surat yang menggariskan "22 jawapan" oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan pelbagai dakwaan yang beliau hadapi. 

Buku ini telah diedarkan hari ini untuk lebih daripada 300 ahli-ahli Umno pada mesyuarat bahagian Seremban Umno agung tahunan (AGM), Paroi, Negeri Sembilan, yang akan dirasmikan sendiri oleh Najib. 

 Risalah dengan  kandungan yang sama tetapi lebih ringkas  juga dikeluarkan, walaupun ia tidak mempunyai nama mana-mana penerbit.  sumber

Komen al-Husseyn : 


Sukalah saya mengesorkan kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali yang masih  enggan menyatakan bilakah SPRM akan menyoalsiasat Najib berhubung dana RM2.6 bilion ini supaya membaca buku yang dikeluarkan oleh unit Propaganda Najib  ini.

 Tolong soalsiasat Najib mengenai segala dakwaan dan penjelasannya melalui buku tersebut dan minta beliau buktikan dengan fakta yang nyata.

Kita tidak mahu dengar sekadar pernafian dan cerita yang berbelit-belit.

 Malaysia mendapat kecaman yang memalukan ketika persidangan anti rasuah antarabangsa yang bersidang di Kuala Lumpur sejak Rabu dan telah berakhir kelmarin.

Kenapa Najib dan Puad Zakarshi, boss JASA tidak mahu mengambil kesempatan melancarkan buku tersebut ketika persidangan itu sedang berlangsung? 

Alangkah baiknya kalau diikuti dengan wacana mengenai "22 Jawapan Najib" berhubung dana RM2.6 juta yang masuk kedalam akau peribadinya itu!


 Lagi pula, apalah yang Najib takut sangat hinggakan terikut-ikut perangai kawannya yang "seorang itu" yang suka ponteng.... depa bukan nak tanya banyak soalan pun......... 

Buat apa sampai buat buku menjawab 22 soalan meleret-leret ? Cuma dua soalan sahaja yang ingin mereka kemukakan :


                   1) Siapa yang beri wang sebanyak itu dan untuk apa?
  2) Kemana digunakan wang sebanyak itu.

Pijak gambar PM, Hadi bukan jenayah

Posted: 05 Sep 2015 12:07 AM PDT

Eric Paulsen    
Lawyers for Liberty bimbang dengan cubaan menjenayahkan beberapa orang peserta BERSIH 4 yang dirakam sedang memijak foto perdana menteri dan presiden PAS.

 Walaupun perbuatan itu mungkin dikatakan biadab, ia bukan sesuatu yang bersifat jenayah kerana undang-undang tidak mengambil kira perkara yang remeh temeh.

 Tamadun masyarakat akan berakhir jika seseorang mendapati dirinya berdepan dengan penangkapan, penahanan atau perbicaraan jenayah hanya kerana perbuatan tidak sopan, biadab atau kasar seperti dalam kes ini.

 Undang-undang Malaysia tidak mengangkat PM atau pemimpin parti politik ke status istimewa yang kebal dan dilindungi dari celaan.

 Status mereka di sisi undang-undang adalah sama dengan rakyat biasa dan mereka sepatutnya dilayan sama rata seperti yang termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

 Tindakan memburu seperti itu penyalahgunaan Kanun Keseksaan yang serius. Walaupun ia kuno, peruntukannya tidak pernah bertujuan untuk melindungi PM atau tokoh masyarakat dari kritikan awam atau penghinaan.

 Bantahan yang biadab sebegini bukanlah sesuatu yang luar biasa. Banyak lagi bantahan yang sama atau lebih teruk termasuk ancaman terhadap pihak pembangkang dan pimpinan masyarakat sivil, namun pelaku terbabit tidak pernah dikenakan tindakan.

 Tentu timbul persoalan berkaitan pendakwaan terpilih dan bersifat dwistandard dalam pendekatan pihak berkuasa terhadap kes-kes penghinaan personaliti yang terlibat dan pakatan politik mereka.

 PM sepatutnya mengakui bahawa beliau berhadapan dengan imej awam yang buruk, namun ini tidak mungkin dapat dibaiki dengan penyalahgunaan kuasa berterusan untuk perkara remeh seperti kelakuan memijak gambarnya.

 Kelakuan ini bukan bersifat jenayah walaupun perkara itu sama sekali tidak menyenangkan.

 Kami ingin mengingatkan PM bahawa autoriti dan penghormatan terhadap pentadbiran beliau tidak datang dari rasa takut tetapi keyakinan orang ramai dan ini bergantung sepenuhnya terhadap integriti dan pentadbiran baiknya seperti menangani rasuah dan penyelewengan kuasa.

 Kami menyeru pihak polis untuk kembali kepada asas – untuk menjadi pasukan polis yang profesional, adil dan cekap dalam memelihara undang-undang dan ketenteraman, mencegah dan mengesan jenayah sebenar dan memberkas penjenayah sebenar.

 Polis tidak harus terlibat dengan perkara yang remeh seperti fitnah, penghinaan dan kelakuan jengkel terhadap PM atau pemimpin parti politik.malaysiakini

SPRM hanya mengesahkan laporan WSJ, tanpa jawapan kepada persoalan

Posted: 04 Sep 2015 05:00 PM PDT

Berikut adalah ulasan Jahabir Sadiq, editor Malaysiakini mengenai siasatan SPRM yang sekadar mengesahkan apa yang telah dilaporkan oleh WSJ sebulan yang lalu mengenai dana RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun perbadi Najib Razak.

Beliau menyarankan SPRM memberi jawapan kepada persoalan-persoalan berikut :

1) Siapakah para penderma ini dan untuk apa wang itu digunakan? 
2) Apakah wang sebanyak itu pernah diisytiharkan?  Ikuti ulasan beliau selanjutnya :
  
 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesahkan bahawa RM2.6 bilion atau hampir AS $ 700 juta itu memang telah dijumpai di dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam 2013.

 Tetapi jumlah wang yang besar itu adalah daripada penderma, yang ia tidak dikenal pasti, dan tidak juga dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibebani hutang .

 Berikut adalah perkara yang. Asal Wall Street Journal (WSJ) dedahkan pada 2 Julai, tidak pernah berkata bahawa jumlah wang itu datang daripada 1MDB.
 "Dokumen-dokumen siasatan kerajaan apa yang penyiasat percaya adalah pergerakan tunai di kalangan agensi kerajaan, bank-bank dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan 1MDB sebelum ia berakhir di akaun peribadi Encik Najib.
 "Dokumen yang teliti semula oleh The Wall Street Journal termasuk borang pemindahan bank dan carta aliran disusun oleh penyiasat kerajaan telah mencerminkan pemahaman mereka tentang jalan tunai.
 "Sumber asal wang tersebut adalah tidak jelas dan penyiasatan kerajaan tidak terperinci apa yang berlaku kepada wang yang masuk ke dalam akaun peribadi Encik Najib," menurut laporan yang ditulis oleh Tom Wright dan Simon Clark.
 Perlu ditekankan disini bahawa, memang pada mula lagi kedua-dua wartawan WSJ itu berkata sumber wang itu tidak jelas dan siasatan kerajaan tidak memperincikan apa yang berlaku kepada wang dalam akaun Najib.

 Ini bermakna bahawa siasatan SPRM hanyalah merupakan satu pembaziran masa. Ia hanya menyatakan apa yang telah jelas dan tidak berkata apa-apa yang kita tidak tahu.
 
SPRM dedahkan jejak-jejak wang yg masuk ke dalam
akaun peibadi Najib AIMSLAMIC  BANK

 Tetapi ia mengatakan bahawa SPRM masih menyiasat bon RM4 bilion SRC International Sdn Bhd yang diperoleh daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) - dana pencen kakitangan kerajaan.


 Yang menarik kerana laporan WSJ berkata RM50 juta daripada SRC masuk ke unit Gandingan Mentari Sdn Bhd, yang memasukannya jumlah tersebut ke korporat unit tanggungjawab sosial 1MDB, Ihsan Perdana Sdn Bhd antara Disember 2014 dan Februari 2015.

Ihsan Perdana kemudian memasukan RM42 juta ke dalam akaun Najib.

 Tiada siapa pun mempertikaikan dakwaan-dakwaan tersebut yg dikeluarkan melalui kenyataan SPRM semalam, yang berkata ia adalah bertanggungjawab bagi siasatan SRC, manakala pihak polis bertanggungjawab dalam siasatan 1MDB. 

 Setakat ini, hanya SPRM telah menangkap dan menahan beberapa orang sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap wang dalam akaun Najib manakala polis hanya menahan mereka yang dikaitkan dengan siasatan kerana membocorkan butiran siasatannya.

 Jika ini nampak lucu, sebenarnya tidak.

 Persoalan ke manakah sebahagian besar daripada RM42 bilion hutang 1MDB pergi masih belum ditemui. Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang menyiasat 1MDB telah digantung dan Tan Sri Abdul Gani Patail - Ketua pasukan petugas menyiasat isu 1MDB - telah dipecat daripada jawatan.

 Kenyataan SPRM semalam hanya menimbulkan lebih banyak persoalan sekarang. Siapakah para penderma ini dan untuk apa wang itu digunakan? Apakah wang sebanyak itu pernah diisytiharkan?

 Mengapa Umno atau Perdana Menteri tidak menjelaskan apabila WSJ melaporkan ini pada bulan Julai? Ia mengambil masa sebulan untuk SPRM mengatakan apa yang WSJ pernah katakan - wang itu datang dari suatu tempat tapi tiada siapa tahu dari mana.

 Pada masa ini, apa yang kita tahu adalah bahawa beberapa penderma telah bermurah hati untuk memberi sehingga RM2.6 bilion kepada Najib dan Perdana Menteri telah sangat boros dengan wang tersebut tetapi semua orang membisu dengan kebenaran mengenai kemelut yang berterusan  .

 Juga, pada masa ini, kepercayaan kekal setinggi ringgit yang rendah. Kami memerlukan jawapan kepada soalan-soalan, bukan mengulangi kenyataan-kenyataan yang sudah jelas. - 4 Ogos 2015.~ sumber

Tiada ulasan: