Jumaat, 4 September 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


APAKAH KEWAJARAN PAS MEMBANGKITKAN ISU SUMPAH DAN BAI'AH CERAI ISTERI TALAK TIGA??

Posted: 04 Sep 2015 04:26 AM PDT

Dgn mengenepikan apa2 faktor mengapa Pas atau calon praya Pas dikehendaki membuat sumpah dan bai'ah cerai isteri dgn 3 talak, saya masih mencari2 kewajaran mengapa Pas memilih perceraian talak 3 ke atas YB Pas yg berpindah wadah ke Parti Amanah Negara (AMANAH) sbg sebahagian drp pakej penyelesaian kemelut politik mereka??

 Perkahwinan Dr Hatta dan isterinya adalah sah, jelas dan nyata dan telah didaftarkan secara rasmi serta masih berkuatkuasa, namun perceraiannya akibat dakwaan melanggar taklik yg telah dibuat masih belum disahkan oleh mahkamah syariah.

 Selagi tidak ada perintah pembubaran perkahwinan oleh mahkamah syariah, tidak boleh mana2 pihak mendakwa Dr Hatta dan isterinya telah bercerai, paling tinggi pun, Mahkamah Syariah setelah satu permohonan pengesahan perceraian difailkan oleh pihak yg berhak, mengeluarkan satu perintah mufarakah atau tidak tinggal bersama sehingga pendengaran kesnya selesai, itupun jika ada permohonan dibuat.

 Jika kita melihat di segi pandangan fuqaha', hukum taklik cerai dalam islam terbahagi kpd berikut; 

1. Jatuh talak secara taklik bila perkara yg ditaklikkan telah berlaku, 

2. Perceraian secara taklik tidak sah dan terbatal.

3. Perceraian secara taklik dianggap sah jika dgn niat atau qasad utk menceraikan isteri, jika tidak dgn niat utk mencerai isteri, maka talak tidak jatuh melalui taklik.

SENARIO PERTAMA

 Jika kita memilih utk berpegang kpd pandangan yg KEDUA, iaitu taklik talak tidak sah dlm islam, maka bai'ah dan sumpah taklik yg dilafazkan adalah tidak terpakai dan batal, ianya hanya dianggap satu perbuatan yg sia2, sebaliknya dia hanya dikehendaki membayar kafarah sumpah tanpa perlu merujuk kpd pengesahan mahkamah syariah.

 SENARIO KEDUA

Jika kita memilih utk berpegang dgn pandangan yg KETIGA, iaitu taklik talak adalah sah jika ada niat cerai, pihak isteri boleh, jika tidak berpuashati dgn pengakuan suaminya, memohon kpd mahkamah utk mendapat perintah perceraian, manakala pihak suami boleh menolak dakwaan tersebut secara bersumpah di dalam mahkamah bahawa beliau tidak ada niat utk menceraikan isterinya semasa taklik tersebut dilafazkan, dan mahkamah hendaklah menerima pengakuan bersumpah dari suami kerana perceraian adalah hak suami.

 SENARIO KETIGA

 Jika kita memilih untuk berpegang dgn pandangan KETIGA, iaitu taklik talak akan menyebabkan jatuhnya talak, beberapa situasi masih perlu diambil kira sblm satu keputusan talak telah berlaku,antaranya:

i ) adakah taklik tersebut benar2 berlaku

ii) adakah taklik tersebut sah di segi hukum syarak

iii) adakah perkara yg ditaklikkan iaitu keluar parti,lompat parti benar2 berlaku;

 Jika kita beranggapan melalui pandangan berbagai pihak bahawa taklik tersebut tidak sah disegi hukum syarak,atau pelanggaran taklik masih belum berlaku, maka kita abaikan taklik tersebut.

 Jika kita merasakan taklik tersebut sah, satu permohonan pengesahan perceraian hendaklah dibuat, dan setelah mahkamah mensabitkan taklik tersebut sbg sah dan telah berlaku pelanggaran taklik, apakah bentuk pembubaran perkahwinan bagi pasangan berkenaan?

 i) adakah ianya dianggap telah bercerai talak 3 sekali gus dan tidak boleh rujuk balik kecuali selepas isteri berkahwin dan telah berlaku persetubuhan secara sah melalui perkahwinan tersebut, dan selepas bercerai dan habis edah baru boleh kahwin semula dgn pasangan asal ( cina buta);

ii) atau perceraian tersebut hanya dikira jatuh satu talak shj kerana perceraian 3 talak dlm majlis yg sama hanya dianggap satu talak shj di segi hukum syarak dan pasangan boleh rujuk semula kpd perkahwinannya yg asal dlm tempoh eddahnya. Saya menjadi keliru dan bercelaru bila pemimpin negeri bertindak sbg hakim syarei, manakala penyokongnya pula menyambut dgn suka hilai seolah2 perceraian telah benar2 berlaku dan bergembira kerana berjaya meruntuhkan sebuah rumahtangga yg aman damai.

 Pas sendiri sebenarnya mempunyai jalan mudah utk membebaskan wakil rakyat yg berkenaan dari sumpah takliknya secara pecat drp menjadi ahli Pas, namun saya tidak tahu apakah kewajaran syarei dan maslahat yg dicari, bila Pas memilih supaya YB berkenaan keluar drp pas utk diisytiharkan jatuh talaknya, manakala walaunnya pula mendesak supaya yb berkenaan meletak jawatan sbg yb utk melepaskan diri dari belengu sumpah dan bai'ah taklik. 

Adakah mereka tidak sedar PRK sebenarnya jauh lebih mendatangkan mudharat dan menyusahkan banyak pihak, berbanding kekecewaan mereka melihat ahli YB mereka berpindah wadah kpd parti AMANAH, bukannya UMNO yg menjadi tujuan asal bai'ah dibuat.

 Dlm kontaks YB Dr Hatta Ramli sbg ahli Parlimen Kuala Krai, kalau pun Pas mempunyai dana yg banyak, atau tauke2 balak dan lombong yg bersedia sbg peyumbang dana PRK yg sudah tentu akan menelan belanja jutaan ringgit, adalah lebih baik mereka menggunakan duit tersebut utk membantu mangsa banjir dlm Parlimen K.Krai yg masih ramai menderita dan terseksa kesan drp banjir besar yg melanda thn 2014. 

PRK bulan pengubat dukalara hati yg kecewa.

CHE IBRAHIM MOHAMED.
PENGARAH HAL EHWAL SYARIAH, 
GERAKAN HARAPAN BARU KELANTAN (PARTI AMANAH NEGARA) 
4 sept 2015.

Pengerusi Transparency International sarankan siasatan bebas dari campor tangan politik

Posted: 03 Sep 2015 09:00 PM PDT

 Pengerusi Transparency International Jose Ugas mensarankan kerajaan Malaysia supaya menubuhkan satu badan siasatan bebas dari campur tangan politik untuk merungkaikan misteri dana RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi PM Najib.

"Janji-janji sahaja tidak (cukup) untuk memulihkan keyakinan dan kepercayaan (orang awam)," tegas Ugaz sewaktu berucap di perasmian Persidangan Antarabangsa Pemncegahan Rasuah yang diadakan di Kuala Lumpur bermula pada 3-6 September.

Memang benarlah sebagaimana telahan Pengerusi Transparency International (TI) Jose Ugaz  dalam ucapannya itu, bahawa kita pasti akan mendengar kata-kata mulus dari menteri atau orang yang suka mengampu.

"Kerajaan telah mengambil langkah-langkah dan inisiatif untuk menangani rasuah .... Kerajaan komited memerangi rasuah .... " .....itulah yang perkataan yg lazim meluncur keluar dari mulut mereka untuk menyakinkan rakyat.

Apa tidaknya, maka keluarlah sungguh kenyataan seumpama itu oleh dua orang menteri kaki ampu Najib, Zahid Hamidi dan Low Seng Kuan :
Kerajaan Malaysia serius dalam membanteras gejala rasuah dan ini terbukti dengan peningkatan jumlah sabitan kes, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  di sini.
Sebelum ini , Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata :
"Malaysia komited untuk melindungi kesucian dan kebebasan institusi awam dan kami sedang dalam proses pengukuhan SPRM dan Pejabat Ketua Audit Negara," katanya di sini.
Zahid dan Paul Low Seng Kuan berkata demikian diwaktu rakyat baru sahaja menyaksikan beberapa siri drama pelik tetapi benar berlaku didepan mata mereka.


Drama bagaimana seorang Peguam Negara ditukar serta merta dan pasukan taskforce yang menyiasat 1MBD dibubarkan.

Pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dengan penyiasatan 1MDB telah ditukarkan dan disoalsiasat oleh polis.


Beberapa anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah dinaikan pangkat menyebabkan siasatan 1MDB ditangguhkan hingga kini.

Ketua SB tidak disambung kontraknya dan Timbalannya pula secara tiba-tiba ditukarkan ...

Apakah tidak cukup pelik lagi apabila Menara Bukit Aman di tingkat 10 boleh terbakar?

"Kami juga boleh mendengar janji-janji pembaharuan. Tapi itu bukan apa yang diperlukan pada masa ini. Dan janji-janji sahaja tidak akan memulihkan keyakinan dan kepercayaan," kata Ugaz.

 Beliau mengemukakan dua soalan yang perlu dijawab dan menurutnya hanya ada seorang lelaki yang boleh menjawabnya dengan betul.

 1) Siapa yang beri wang itu dan mengapa? 
 2) Ke manakah wang tersebut ? 

Zahid Hamidi dan Paul Low Seng Kuan atau sesiapa pun tidak mampu menjawabnya dengan tepat tanpa menggunakan lidah bercabang.


 Soalan-soalan Dr Mahathir pasal siapa Pak Arab itu pun Zahid Hamidi terkencing-kencing nak jawab....

Kita harap SPRM akan segera mengambil keterangan dari Najib. Pada 5 Ogos lalu, SPRM memaklumkan bahawa Najib akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaunnya.


Tapi bila Timb Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan), Datuk Mustafar Ali ditanya bila nak panggil Najib? 


"Tak perlulah saya komen mengenai perkara itu. Status siasatan sekarang adalah ianya masih dijalankan, itu sahaja yang saya boleh katakan tanpa mengatakan apa, siapa, bila dan segala yang berkaitan," katanya di sini 


 Kalau tidak ada sesiapa yang mampu menjawabnya malah Najib sendiri pun tak mahu jawab, maka Ugas mensarankan supaya satu siasatan bebas dari campur tangan politik perlu diwujudkan untuk mendedahkan misteri dana RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi PM Najib.


Jika Zahid Hamidi dan Paul Low Seng benar-benar serius mahu  menyelesaikan isu berkenaan 1MDB dengan lebih telus, silakan ambil langkah sebagaimana yang disarankan oleh Pengerusi Transparency International itu dengan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI mengenai 1MDB.

Malaysia Nafi Berdepan Krisis Rasuah

Posted: 03 Sep 2015 06:00 PM PDT

PUTRAJAYA: Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim membidas kenyataan Pengerusi Transparency International (TI) Jose Ugaz yang menyifatkan Malaysia berdepan krisis rasuah dan sebuah negara yang gagal.

 "Ia komen yang tidak adil. Transparency International (TI) membuat kenyataan tidak berasas," katanya ketika ditemui pemberita di Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Khamis.

 Menurut Tunku Abdul Aziz, sesuatu kes menyelubungi Malaysia yang masih belum diselesaikan sehingga hari ini (1MDB), tidak membuktikan Malaysia berdepan krisis rasuah.

  "Mengapa mereka tidak boleh tunggu sehingga siasatan dilengkapkan?," soalnya. Baca lagi di sini

Komen al- Husseyn :

Tunku Abdul Aziz kata, SPRM masih lagi menjalankan siasatan terhadap kes tersebut yang masih belum diselesaikan sehingga hari ini (1MDB), tidak membuktikan Malaysia berdepan krisis rasuah.... tunggulah....tunggulah....dan tunggulah...

Tolonglah jangan cuba memperbodohkan rakyat Malaysia dengan menegakkan benang yang basah. Apakah susah sangat hingga perlukan masa yang begitu lama untuk menjawab dua soalan Jose Ugas itu ?

1) Siapa yang beri duit itu dan kenapa?
2) Kemana wang itu digunakan?

Najib hanya beritahu  : Seorang Pak Arab kasi! Kita pun tak tahu samada Abi Lahab atau Abi Jahal mana satu...

Lantaran itu, bila Zahid Hamidi cakap kononnya dia dah jumpa Pak Arab yg baik hati tu dan mengesahkan betul apa yg Najib ceitakan, maka bertanyalah Dr Maahathir beberapa soalan kepadanya:

1) Apa bukti bahawa pak Arab ini mempunyai sejumlah besar wang untuk diberikan kepada Malaysia dan negara-negara lain. 

2) Dia dari negara mana? 

3) Apakah sumber wang ini dan apa jenis perniagaan yang dia buat? 

4) Apa nama bank dan nombor akaun yg Pak Arab itu gunakan?  (Baca  di sini)

Sampai ke hari ini Zahid Hamidi terkancing gigi, tak boleh nak jawab!

Kalau benar Malaysia serius mahu menyelesaikan isu RM2.6 bilion yang dipindahkan ke akaun Najib, kenapa Putrajaya menyingkirkan Peguam Negara dengan serta merta sedanga beliau dalam proses siasatan ke dalam dana tersebut?

Kenapa pegawai-pegawai SPRM yang menyiasat telah ditahan dan disoalsiasat , diikuti dengan pembubaran pasukan petugas khas?

Adakah semua ini merupakan tindakan kerajaan yang mendakwa kononnya mahu memerangi rasuah?  

Tiada ulasan: