Rabu, 30 September 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Qahar bin Syam atau Mohd Qahar bin Samsudin atau Abdul Qahar Syams?

Posted: 30 Sep 2015 09:38 AM PDT

 PAS kini begitu terdesak untuk membuktikan kepada umum bahawa parti itu masih disokong oleh ramai.

Walaupun di sana sini, dilaporkan banyak cawangan dan kawasan parti yang dibubarkan, dan semakin banyak permohonan daripada ahli dan kepimpinan PAS dan golongan ulama parti itu yang mahu menganggotai GHB, Hj Hadi dengan penuh semangat mendakwa partinya masih terus mendapat kepercayaan dan sokongan orang ramai......

 Dikhabarkan, berbondong-bondong ahli baru menyertai PAS setiap bulan. Maka kini PAS mahu mempamerkan 60k keahliannya dalam satu himpunan raksaksa pada 17 Oktober 2015 Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Baru, Kelantan.

Sebelum ini, Ketua Pemudanya Nik Mohamad Abduh berkata, himpunan itu dijangka akan dibuat di Kuala Lumpur atau Selangor bagi menunjukkan sokongan kepada kepimpinan parti itu. Tentu ada sebab tertentu kenapa berpindah pula ke Kelantan??

PAS akan libatkan pelajar-pelajar?

Apakah PAS akan  melibatkan pelajar-pelajar yang dibawah umur sebagaimana yang pernah berlaku pada HAMASAH 2015 ?

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan yang juga Pengarah Urusetia Belia & Sukan Kelantan telah mengeluarkan surat menjemput para pelajar sekolah agama untuk ke program berkenaan. Ini bererti HAMASAH 2015 yang dihadiri sekitar 1,000 orang itu pula sebahagian besarnya adalah para pelajar sekolah!

Pelajar-pelajar sekolah diangkut naik bas PLKN  untuk ke program tersebut. 

Sebagai langkah untuk mempastikan himpunan Fastaqim (H60K) itu mencapai sasarannya, DPP Perak  mengarahkan pemuda di setiap kawasan menghantar minima 125 pemuda.

DPP Perak telah mengeluarkan surat bertarikh 29 September 2015, kerahan wajib ke perhimpunan tersebut .

Lagi pula PAS akan rugi sebab budak sekolah tentu tak akan dapat menyumbang kepada Derma Jihad/tin milo ....

Seperkara yang dilihat pelik ialah nama yang tercatat sebagai Setiausaha Pemuda itu dalam surat tersebut ialah :


Abdul Qahar Syams

Siapa sebenarnya nama orang ini? 
Selain menggunakan nama seperti di atas itu, saya telah mengesani manusia ini juga telah menggunakan 2 nama lain selain di atas itu.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak terbukti telah menggunakan dua nama berlainan bagi mewakili dirinya. 

Ketika namanya dalam senarai Organisasi Dewan Pemuda PAS Perak Sesi 2015-2017, dia menggunakan nama ABD QAHAR SYAM.

Tetapi ketika dalam senarai Organisasi Badan Perhubungan PAS Perak Sesi 2015-2017 , makhluk ini menggunakan nama lain pula iaitu Mohd Qahar Bin Samsudin.


Bagaimana dan kenapa perkara seumpama ini berlaku? Hanya tuan diri sahaja yang boleh menjelaskannya.

DERAF. KENYATAAN MEDIA PAKATAN HARAPAN PERLU SEGERA MEMBENTUK KERAJAAN SELANGOR

Posted: 30 Sep 2015 08:01 AM PDT

1. Parti Amanah Negara Negeri Selangor (Amanah Selangor) ingin merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan Pulau Pinang kerana berjaya membentuk kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang ekoran terbentuknya Pakatan Harapan secara rasminya pada 22hb September 2015 yang lepas.

 2. Amanah Selangor dengan sukacita mencadangkan supaya Selangor mengambil langkah yang sama dan membentuk dengan segera kerajaan Pakatan Harapan Selangor mengikut ketetapan yang telah diputuskan di peringkat pusat. Kegagalan untuk segera melaksanakan keputusan ini di peringkat negeri Selangor akan memberi petanda yang kurang elok kepada kewibawaan pimpinan PKR, DAP dan Amanah dalam membentuk pasukan yang mantap untuk pilihanraya akan datang. Amanah Selangor percaya kekuatan dan kesepaduan Pakatan Harapan adalah ciri penting dalam menambah keyakinan rakyat kepada kemampuan kita untuk menggantikan BN dan tidak boleh dibuat hanya ketika menjelang pilihanraya umum akan datang. Dalam erti kata lain usaha itu perlu bermula sekarang.

 3. Sehubungan dengan itu Amanah Selangor ingin mencadangkan supaya pimpinan PKR, DAP dan Amanah supaya segera bertemu dan berbincang berhubung pembentukan kerajaan Pakatan Harapan Selangor. Amanah Selangor ingin memaklumkan kesediaan kami sebagai satu komponen parti dalam Pakatan Harapan untuk terus bersama membantu membina dan memperkukuhkan Kerajaan Negeri Selangor bagi mencapai hasrat memberikan khidmat terbaik untuk rakyat Selangor.

4. Para pemimpin dan aktivis Amanah Selangor adalah terdiri dari kalangan mereka yang berpengalaman dan komited dengan tugas mereka di pelbagai peringkat jentera kerajaan, samada sebagai ADUN, Penyelaras DUN, Ahli-Ahli Majlis PBT, dan Ketua-Ketua Kampung.

 5. Amanah Selangor juga ingin menegaskan di sini bahawa tindakan pihak-pihak tertentu yang berusaha dengan pelbagai pendekatan, termasuk ugutan memecat, untuk menyingkir penjawat-penjawat kerajaan negeri dari kalangan aktivis parti Amanah amat dikesali. Ini kerana sebagai satu daripada parti komponen Pakatan Harapan yang bersama mendokong kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor, Amanah Selangor akan terus konsisten dengan tanggungjawab untuk melaksanakan sebarang tugas mengikut polisi dan ketetapan kerajaan negeri.

 6. Akhir kata, Amanah Selangor ingin menyeru sekali lagi agar semua pimpinan Pakatan Harapan peringkat Negeri Selangor agar dapat memulakan perbincangan dalam usaha menilai, merencana dan memperkukuh kedudukan pentadbiran kerajaan Selangor dan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 akan datang. Jangan hampakan rakyat dengan polemik dan kecelaruan politik yang berpanjangan. Pakatan Harapan adalah harapan baru rakyat.

 Sekian.

 #Amanah. Progresif. Peduli.

 Tn Hj Ir Izham Hashim
Pengerusi Parti Amanah Negara
(Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia) Negeri Selangor.
30 September 2015.

Soalannya mudah, tapi yang bertanya, kena tanya pulak?

Posted: 30 Sep 2015 12:00 AM PDT

  Ingatkan PM Najib sahaja yang tak boleh nak jawab soalan mudah berkaitan wang RM2.6billion: Siapa pendermanya ?

Rupa-rupanya, penyakit itu sudah menular kepada TPMnya , Zahid Hamidi.

 Soalan dengan bahasa mudahnya ialah : Lawatan Rasmi atau Merasmikan Perkahwinan anak di Indonesia tempohari tu? 

Jawablah dengan lidah yang fasih tanpa berasa was-was atau ragu sebab yang bertanya itu pun ahli parti sendiri.

 Orang yang bertanya, kena tanya pulak?

  Penulis blog Shahbudin Husin dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memberikan keterangan berhubung artikel mengenai majlis persandingan anak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Indonesia yang diadakan pada masa sama ketika timbalan perdana menteri itu membuat lawatan ke republik berkenaan.

 Beliau yang juga ahli Umno, sebelum ini menimbulkan persoalan sama ada lawatan rasmi naib presiden parti itu diselaraskan tarikhnya supaya berkebetulan dengan majlis persandingan anak lelaki beliau.

 Shahbudin memberitahu The Malaysian Insider, SKMM mengambil keterangan di ibu pejabatnya di Cyberjaya selama 2 jam sejak 10 pagi semalam hingga kira-kira 12 tengahari.

 Katanya, beliau disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang menyatakan seseorang melakukan kesalahan sekiranya memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

"Keterangan saya diambil selama 2 jam berhubung artikel bertajuk 'Kenapa Lawatan Rasmi Zahid Ke Indonesia Sama Tarikh Dengan Majlis Sanding Anaknya Di Jakarta?',"kata Shahbudin. Pegawai SKMM juga memaklumkan kepadanya pembantu Zahid membuat aduan mengenai artikel di blog itu, tetapi tidak memberi butiran lanjut mengenai pengadu.

 Dalam artikel bertarikh 20 September, Shahbudin mempersoalkan adakah majlis tersebut dirancang atau kebetulan ia jatuh dalam waktu sama lawatan rasminya.

 "Persoalan yang timbul ialah mengapakah lawatan rasmi Zahid ke Indonesia ini bersamaan tarikhnya dengan majlis persandingan anak lelakinya?


 "Apakah ia sekadar kebetulan, memang dirancang atau sudah begitu ketentuan Tuhan?" tulis Shahbudin dalam artikelnya itu.


Semasa memberi keterangan, Shahbudin juga disoal mengenai niat artikel tersebut ditulis sama ada bertujuan untuk memburukkan individu tertentu atau tidak.


 "Saya menjawab, saya hanya menyoal dan bukan membuat tuduhan. Beri jawapan saja terhadap soalan yang saya timbulkan dalam artikel itu," katanya.

 Kunjungan 4 hari Zahid ke Indonesia, yang bermula 18 September, adalah lawatan ke luar negara pertama beliau selepas dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 28 Julai.

  Selain membuat kunjungan kepada Naib Presiden Indonesia Jusof Kalla, beliau juga bertemu dengan Menteri Penyelaras Politik, Undang-undang dan Hal Ehwal Keselamatan Luhut Binsar Pandjaitan, Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Muhammad Hanif Dhakiri dan Menteri Dalam Negeri Tjahjo Kumolo.

 Shahbudin sebelum ini juga lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berdepan pelbagai isu dan skandal.

 Malah, buku terbaharunya, membabitkan skandal Bank Rakyat juga disekat menerusi satu perintah mahkamah yang menghalang ia daripada dijual kepada orang ramai.

 Buku berjudul 'Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat' dihalang pengedarannya kerana menyentuh mengenai isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor. – 30 September, 2015.9 - ~ Themalaysianinsider

Orang PAS tentu boikot akhbar ini.....

Posted: 29 Sep 2015 08:58 PM PDT


Wala'un PAS pastinya akan memboikot akhbar Sinar,  kerana marahkan tajuk besar yang tertera di muka depan :


PEMIMPIN PERLU AMANAH.

 Tetapi sebaliknya, orang-orang parti AMANAH yg dah lama tak beli Harakah akan berbondong-bondong membeli Sinar keluaran hari ini....so Sinar, jangan bimbang walau sekelumit pun....ker guana Ding?

  Alangkah bagusnya kalau tajuk-tajuk seperi itu sekali-kali keluar melalui Harakah..... Tentunya jualan Harakah akan meningkat naik!

 Harakah perlu belajar dari Sinar strategi pemasaran seperti ini bukan dengan cara posing gambar beramai-ramai pegang akhbar Harakah, kemudian keluar di akhbar Harakah sendiri dan difesbuk wala'un!

Polis hanya menjaga kepentingan Umno, bukan kepentingan rakyat...

Posted: 29 Sep 2015 07:21 PM PDT

Jamal ikan bako kini telah beraleh profession dari membakar ikan kepada membakar sentimen perkauman.

Selepas membakar sentimen dan emosi perkauman di Petaling Street dengan himpunan baju merah, kini cuba pula menimbulkan gangguan ketenteraman awam, kali ini di Kajang pula.

Walaupun dalam beberapa tindakan  Jamal jelas memprovok komuniti Cina seperti ungkapan  "Cina gila babi" yang dilemparkannya terhadap wartawan semasa # Merah169, Jamal dilepaskan begitu saja.

 Apa yang kita lihat ialah tindakan polis tidak berkesan langsung walaupun Jamal telah di soalsiasat.

 Tanpa tindakan yang boleh 'mendisiplinkan' Jamal, maka kita lihat Jamal semakin berani  untuk meneruskan kegiatan liarnya mengganggu ketenteraman awam dengan menimbulkan huru hara.

 Pada hari Isnin, News Straits Times melaporkan Jamal sebagai berkata bahawa beliau akan merancang satu lagi perhimpunan besar-besaran di Kajang untuk membantah ketidakcekapan dakwaan beliau di kawasan itu selepas bercakap kepada beberapa pengundi di sini.

"Kebanyakan penduduk mendakwa beliau masih belum menyelesaikan masalah banjir kilat mereka, yang peniaga kos ratusan ribu ringgit dalam kerugian," katanya kepada akhbar harian bahasa Inggeris itu.

Dakwaan Jamal tersebut ternyata satu fitnah dan pembohongan yang memalukan!

 Ini dibuktikan melalui tinjaun rambang Malaymail terhadap penduduk Kajang yang telah menyangkal dakwaan Jamal seperti berikut:

1) Ramai tidak bersetuju dengan hasutan Jamal yang mencadangkan perhimpunan besar-besaran untuk membantah ketidakcekapan wakil rakyat mereka Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail setakat ini dan menganggap ianya hanya mengganggu ketenraman awam.

2) Masalah banjir kilat telah diambil tindakan melalui sistem perparitan yang lebih baik di kawasan itu dalam beberapa bulan lepas sejak Dr Wan Azizah menjadi wakilnya.

3) Wan Azizah telah melebarkan sungai, memindahkan pekedai dari kawasan-kawasan yang dilanda banjir dan memberikan mereka ruang untuk membuka kedai.

4) Masalah kesesakan lalu lintas telah banyak berubah menjadi lebih baik. 

 Kita berharap polis bertindak lebih tegas tehadap orang seperti Jamal. Jangan nanti orang kata " Polis hanya menjaga kepentingan Umno, bukan kepentingan rakyat..."

Tiada ulasan: