Selasa, 29 September 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Mereka telah menempah tiket ke neraka, kata Balachandran

Posted: 29 Sep 2015 09:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Sept - Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), sayap bukan Islam PAS hari ini mengecam empat orang Islam yang menuntut mahkamah untuk menghentikan presiden parti Islam daripada meminda undang-undang Syariah di Parlimen yang akan membolehkan kanun keseksaan Islam yang kontroversi di Kelantan.

 Balachandran GK, Ketua Penerangan DHPP, mendakwa keempat-empat lelaki dan wanita itu telah "melanggar perjanjian" yang dibuat dengan Tuhan mereka, dan tidak menghormati agama mereka sendiri dengan memfailkan tuntutan mahkamah untuk menghentikan penguatkuasaan yang "Undang-undang Ilahi yg dibenarkan oleh Allah bagi manusia di dunia ini untuk kebaikan di dunia ini ".

 "Ia perlu dan tidak boleh dicabar oleh sesiapa pun, sama ada Islam atau tidak," katanya dalam satu kenyataan.

 Beliau juga menegaskan bahawa ia adalah wajib bagi umat Islam untuk menyokong hudud dan penganut agama itu yang menentang undang-undang itu akan melakukan satu "dosa besar"; beliau seterusnya memberi amaran kepada mereka bahawa bencana menanti mereka kerana melanggar perjanjian mereka dengan Allah.

  "Mereka telah menempah tiket ke neraka," katanya, dan menyeru mereka untuk bertaubat.

 Balachandran kemudian memuji hakim Mahkamah Tinggi untuk membuat "keputusan yang bijak" untuk membenarkan bantahan awal oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan empat yang lain untuk membatalkan saman yang difailkan oleh pencabar hudud.

 Dalam laporan yang lebih awal hari ini, agensi berita nasional Bernama menamakan empat pencabar itu sebagai Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin.

 Menurut laporan Bernama, mereka berempat yang memfailkan saman mereka seperti saman pemula pada 12 Jun dan juga memohon perisytiharan mahkamah bahawa pembentangan pindaan oleh Abdul Hadi juga merupakan pelanggaran syarat-syarat yang digariskan dalam "Buku Jingga" rangka kerjasama pakatan pembangkang kini tidak berfungsi lagi dikenali sebagai Pakatan Rakyat dan yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP. 

 Bernama juga melaporkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad dari rayuan dan kuasa khas bahagian membenarkan bantahan awal kepada tuntutan mahkamah yang difailkan oleh kuartet terhadap cadangan Abdul Hadi untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di depan persidangan Dewan Rakyat bulan depan .

 Mahkamah dijadual mendengar kes itu pada 5 Oktober. - sumber

Komen al-Husseyn :

  Ramai orang yang masih keliru mengenai cadangan Abdul Hadi untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 melalui private bill itu sebagai HUDUD. Ianya hanyalah perubahan /penambahan hukuman yg melibatkan denda RM5,000, penjara 3 tahun dan 6 sebatan rotan bagi mahkamah syari'ah; bukannya undang-undang HUDUD!

 Private bill yg dikemukakan oleh MP Marang ialah satu cadangan utk meminda Akta 355 @ akta mahkamah syari'ah 1965 yg tidak ada kaitan pun dgn enakmen kanun jenayah syari'ah II Kelantan (1993) 2015.

  Kalau orang PAS sendiri yang mengaji pun boleh keliru mengenainya, apatah lagi orang bukan Islam seperti Balachandran ini. 

  Kita berharap Balachandran akan terus berusaha mengkaji mempelajari Islam supaya mendapat pengetahuan sebenar mengenai Islam. Jangan sekadar mendengar ceramah PAS sahaja.... itu yang terikut-ikut mentakfirkan orang lain!

Lahirnya obor Harapan Baru di Marang

Posted: 28 Sep 2015 07:48 PM PDT

Orang Rusila gempar dengan
penyertaan Ust  Miqdad (tengah)
bersama Amanah
 Tindakan pemimpin progresif dalam PAS meninggalkan parti itu dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah) mengakibatkan perpecahan bukan saja di kalangan ahli dan pemimpinnya bahkan juga ahli keluarga pimpinan utama PAS, termasuk presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Hadi yang berpangkalan di Rusila, Marang, Terengganu kehilangan keluarganya apabila anak saudara di sebelah isterinya, Miqdad Zakaria, dilantik sebagai ketua Amanah kawasan Marang.

 Pada 19 September, Miqdad bersama ahli jawatankuasa Amanah Marang melancarkan program pertama mereka pada majlis pembukaan pejabat di Wakaf Dua iaitu kawasan penempatan campuran antara Melayu dan Cina dalam kawasan Marang.

 "Saya buat ini atas dasar sayang kepada rakan seagama sebab saya lihat menjadi satu kesilapan daripada segi akidah apabila ditanam seolah-olah PAS ini agama," kata Miqdad kepada The Malaysian Insider. Rumah Miqdad hanya 200 meter saja dari Masjid Rusila dan juga rumah Hadi. Sejak sekian lama beliau adalah ahli jemaah masjid itu dan kekal hingga sekarang.

 Namun Miqdad terpaksa membayar harga yang mahal dengan keputusannya menerima pelantikan sebagai ketua Amanah Marang, kawasan Parlimen yang diwakili Hadi, apabila beliau diboikot penyokong PAS di tempat tinggalnya sendiri.

 "Saya akan hadapi semuanya walaupun pelbagai perkara dilakukan mereka (penyokong dan ahli PAS).

 "Saya diboikot mereka, salam saya tidak berjawab, 24 surau dan masjid yang selama ini saya dijemput untuk memberikan kuliah sudah berhenti berbuat demikian," cerita Miqdad yang belajar di Universiti Al Azhar sebelum ini.

 Apa yang dialami Miqdad boleh difahami logiknya kerana Rusila adalah kubu PAS sejak dulu.

  Hadi, yang memberikan kuliah mingguan di Masjid Rusila sejak 1980-an, dalam kenyataannya sebelum ini menyifatkan mereka yang menyertai Amanah adalah pengkhianat dan tidak akan bekerjasama dengan mereka.

 Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, pihaknya menyedari penyertaan Miqdad yang mempunyai pertalian darah dengan Hadi.

 "Saya maklum penyertaan beliau, tetapi saya tidak pasti beliau merupakan anak saudara Hadi, ataupun anak saudara isteri Hadi.

 "Sepatutnya tidak menjadi isu kerana mereka sertai Amanah atau mana-mana parti dengan kerelaan masing-masing," katanya.

 Beliau turut mengakui mempunyai saudara mara yang merupakan ahli PAS dan Umno.

 "Sesiapa pun yang menyertai Amanah adalah atas kepercayan mereka terhadap parti.

 "Ada juga ibu dan bapa yang sertai Amanah, tetapi anak mereka masih mahu bersama PAS, itu tidak menjadi isu," katanya.

 Apa yang dialami Hadi, sama seperti Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Zawawi Salleh apabila adiknya, Saberi Salleh sendiri turut menyokong Amanah.

  Saberi yang kini tinggal di Pasir Puteh, Kelantan juga menjadi penggerak utama penentangan terhadap kepimpinan PAS sejak penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia atau PasMa, kemudiannya Gerakan Harapan Baru (GHB) dan kini Amanah. Di Bachok, Kelantan anak dan cucu bekas yang dipertua PAS Bachok allahyarham Datuk Omar Muhamad juga menjadi penggerak utama Amanah kawasan itu.

  Khairudin Omar, anak bekas speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan itu kini ketua Amanah Bachok manakala anak beliau yang juga cucu Omar, Syahidulamri Khairudin ketua Pemuda Amanah Bachok. 

 PAS kini berpecah kepada 2 dengan kelahiran Amanah. Ketika pelancarannya 16 September lalu, Kelantan menjadi penyumbang ahlinya yang paling ramai iaitu 8,000 daripada kira-kira 30,000 ahli Amanah yang berdaftar ketika itu.

 Menjelang hujung tahun ini, Amanah mensasarkan keahliannya seramai 100,000 orang yang majoritinya bekas ahli PAS.

 Amanah dalam kempennya terus mahu menyebarkan kasih sayang dengan taglinenya Amanah Sayang Semua, tetapi sukar bagi PAS menerimanya kerana bagi mereka Amanah adalah pengkhianat perjuangan mereka. – 29 September, 2015.- sumber

Komen al-Husseyn :

 Laporan di atas tu agak terlebih sedikit rempah ratusnya bila menyebut "Hadi yang berpangkalan di Rusila, Marang, Terengganu kehilangan keluarganya apabila anak saudara di sebelah isterinya, Miqdad Zakaria, dilantik sebagai ketua Amanah kawasan Marang."

 Keluarga tetap keluarga. Hj Hadi tidak kehilangan Miqdad sebagai keluarganya sebagaimana Khalid Samad tidak kehilangan abangnya, Shahrir Samad. Begitu juga sebagaimana  Nik Abduh dengan abangnya, Nik Omar ... walaupun mereka semua berlainan parti  ikatan pertalian darah adalah lebih pekat dari air...

 Melalui perbualan inbox difesbuk bersama Miqdad sebentar tadi, beliau memaklumkan, beliau berkelulusan dari Mut'ah Universiti Jordan, bukan Universiti Al Azhar sebagaimana yg dilaporkan.

 Beliau tetap bersangka baik dengan ahli keluarga dan org kampungnya dan menganggap mereka sebagai insan-insan yg soleh .

 Beliau menganggap dirinya hanya direhatkan dari mengajar di surau dan di masjid, bukan dipecat. Miqdad tetap beranggapan baik walaupun salamnya tidak bersambut sebagaimana biasanya.

" Ana kenal keluarga dan org kampung ana..dia tak akan buat gitu..mungkin mereka jawab dalam hati. 

" Mereka org baik semua.. perbalahan diantara ahli kuarga dan org kampung ana tak pernah terasa hati..ana anggap ini seni dakwah yg patut ana tempuhi" Miqdad berkata.

 Allahu akbar... Hamba ini berjiwa besar, tidak terasa terhimpit walaupun diperlakukan sedemikian. Semoga Allah permudahkan segala urusan Ust Miqdad dalam menempuh segala dugaan dan cabaran yang bakal dihadapi di masa-masa yang mendatang. 

 Sama-sama kita doakan : Allahumma Rabbana, min ladunka rahmah, wa-hayyik lana min amrina rasyada ....Ya Allah wahai tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah kami petunjuk dalam urusan kamu dengan segala petunjuk. Amin.

Tiada ulasan: