Ahad, 27 September 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Hj Hadi dan Haron Din patut berasa malu ...

Posted: 27 Sep 2015 11:27 AM PDT

 DS Najib menafikan terlibat dalam sebarang salah laku dan berkata beliau tidak pernah mengambil wang untuk kepentingan peribadi dan menuduh pengkritiknya di dalam dan di luar negara melancarkan kempen untuk menjatuhkannya.

Antara mereka yang masih percayakan temberang DS Najib dan menyokongnya ialah Haji Hadi dan Haron Din.

Apakah Hj Hadi dan Haron Din ni terlalu dangkal pemikiran mereka dibandingkan dengan Ummi Hafilda?

  Ummi Hafilda telah menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) baharu, Kuasa Suara Rakyat (KSR), dalam usaha mencabar Najib mengangkat sumpah laknat  berhubung berhubung isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan yang Najib berbohong berhubung dana RM2.6 bilion itu.

 Sementara itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, jika PM Najib mahu membersihkan namanya dia perlu sama ada menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadapnya atau mendakwa lima media antarabangsa – WSJ, New York Times, Al-Jazeera, Channel News Asia dan The Economist.

Tidakkah Hj Hadi dan Haron Din yang mengaku memperjuangkan Islam ini malu terhadap Ummi Hafida dan kepada Lim Kit Siang, seorang yang bukan Islam?

Tiada ulasan: