Selasa, 22 September 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Khidmat Masyarakat : Khir Toyo boleh lakukannya dalam penjara.....

Posted: 22 Sep 2015 10:12 AM PDT

Dalam rayuan untuk meringankan hukuman selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan rasuah terhadapnya, bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berkata, beliau akan memberikan rawatan pergigian percuma jika dia dibenarkan melakukan khidmat masyarakat.

 "Saya akan menyediakan penjagaan pergigian di kawasan saya atau mana-mana bahagian di Selangor," katanya dari kamar tertuduh kepada panel lima hakim Mahkamah Persekutuan hari ini.Baca lagi di sini

Kalau nak buat komuniti servis pun, bukan tak boleh lakukan di dalam penjara....Khir Toyo boleh lakukannya kalau benar-benar dia ikhlas.Bukan semua banduan ngol-ngol tak ada gigi....

Hadapilah dengan tabah. Allahyarham Harun Idris dulu telah melaluinya.....Mokhtar Hashim juga telah melaluinya...Anwar Ibrahim pun sedang melaluinya.... Apa istimewanya Khir Toyo? 

PATUTLAH PAS RASA KUAT BERSENDIRIAN ...

Posted: 22 Sep 2015 05:30 AM PDT

Sudah berapa kali maklumat dari Harakah ini mohong dan tidak tepat.

Perkara sebegini tidak patut dilakukan atas nama perjuangan Islam.Harakah sekarang dah serupa Utusan Meloya milik Umno... Huhuhu....sangat memalukan!

Terbaru ialah berita  'Rahsia mengapa PKR perlukan PAS'  

Fesbuker, Cikgu Zul Mohamed mendedahkan seperti berikut:

1. Harakahdaily menyiarkan analisa pencapaian jumlah undi yang diterima oleh PAS, PKR dan DAP pada PRU13. Portal itu mendakwa PAS memperolehi undi tertinggi berbanding PKR dan DAP.

 2. Ia memetik kenyataan muka buku Naib Presiden yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad dengan tajuk " Rahsia mengapa PKR perlukan PAS."

3. Namun, data yang diberikan Naib Presiden PAS itu jauh menyimpang daripada data oleh SPR yang dipetik Bernama dan disiarkan oleh Sinar Harian.

4. Kita bandingkan jumlah undi yang diterima PAS, PKR dan DAP pada PRU lalu.

Siaran Harakahdaily
PAS : 2,133,944 undi 
PKR : 1,303,257 undi 
DAP : 1,444,298 undi. 

SPR ( Siaran Bernama / Sinar Harian / Wikipedia ) 
PKR : 2,254,328 undi 
DAP : 1,736,267 undi 
PAS : 1,303,257 undi

 Makanya, sebab itu PAS rasa parti itu kuat bersendirian dan menolak PR 2.0 kerana mereka dibuai analisa data yang tidak tepat.

 Errrmmmmm .....

Pakatan Harapan - Pergolakan baru kerajaan Selangor dijangka berlaku

Posted: 22 Sep 2015 02:52 AM PDT

Ada nampak Azmin? Gambar sebelumnya menunjukan Azmin 
duduk bersebelahan Mat Sabu.....
Dengan tertubuhnya Pakatan harapan yang merangkumi PKR, DAP dan AMANAH, adalah dijangka akan berlaku pergolakan dalam kerajaan Selangor tidak lama lagi.

Ini adalah kerana Pakatan Rakyat yg disenandungkan oleh PAS selama ini sudah terkubur dengan resminya dengan kemunculan Pakatan Harapan.

Bola dikaki PKR sekarang ini dan sedang berdepan di pintu gol lawan. PKR mesti tendang bola itu masuk ke pintu gawang kalau tidak mahu dilihat sebagai pemain kaki bangku oleh peminat yg sedang memerhatikannya.

Abdul Rahman Abdul Talib melalui fesbuk mencatatkan sebagai berikut:
 Hampir2 Pakatan Harapan tidak berjaya ditubuhkan. Boleh dikatakan setelah hampir 3/4 sessi berjalan, tidak dapat dipersetujui cadangan penubuhan Pakatan baru.
 Ia disebabkan beberapa pimpinan PKR yg hadir begitu kuat mahukan PAS bersama Pakatan ini sebelum boleh diisytiharkan sebagai rasmi.
Tulang Besi@Malaysiawaves kenal siapa yg lantang bersuara menyokong PAS itu. Antaranya adalah Tian Chua dan Latifah Koya serta Surendran.
 Namun, di saat segala harapan hampir pupus, berucaplah seorang yg bernama Dr Hatta Ramli.
 Dengan nada selamba dan tenang beliau berucap panjang lebar dan berjaya mematahkan hujjah2 mereka yang tersangat pro PAS mcm Latifah Koya dan Tian Chua itu.
 Hasil dari ucapan selamba Dr Hatta, maka akhirnya tundukan semua yang hadzir.
 Akhirnya keputusan tercapai dan tertubuhlah Pakatan Harapan.
 Nampaknya agen2 PAS dalam PKR telah gagal dlm tugasan mereka.

Apa yang menariknya adalah komen dari fesbuker lain :
Berita terbaru klik di sini
Hj Muhammad Yahaya: Antara hujah Dr Hatta... kami (x-pas mp) di tuduh dn dilabel dgn brbagai ...dn berada di sini hnya semata2 ingin melihat PR masih hidup....kedua, kerajaan selangor masih kekal hngga ke hari ini hnya atas tindakan beberapa kerat 'pengkhianat' yg dtg hari ni... ditujukan pd yb khalid samad.. tapi mnjadi prsoalan... azmin belah sblm smpat berbahas....mcm ada yg x brapa kena dgn mamat ni...wallahu a'lam
Kenapa Azmin belah awal? Tak turut serta berbahas? 

Pintar atau Tolol jika hanya jadi tukang angguk?

Posted: 22 Sep 2015 01:00 AM PDT

 Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan menyifatkan keputusan Hj Hadi berkait isu penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0 sebagai tepat dan pintar.

 Beliau turut mendakwa keputusan itu adalah didukung oleh seluruh saf kepimpinan PAS masa kini. Baca lagi di sini

 Nasrudin mungkin masih mengigau bila mendakwa bahawa kononnya Pakatan Rakyat masih lagi wujud dengan dua komponen PAS dan PKR.

Waima PKR sendiri telah mengesahkan Pakatan Rakyat (PR) secara rasmi tidak lagi wujud berikutan keputusan PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP, dan parti demokratik itu sendiri mengisytiharkan berakhirnya gabungan yang berusia 7 tahun itu.

 Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti utama dalam pakatan pembangkang itu kesal dengan tindakan kedua-dua parti sama ada PAS dan DAP yang menyatakan PR tidak boleh berfungsi lagi.

 "Ekoran dari itu, gabungan politik PR tidak lagi berfungsi secara formal," kata Dr Wan Azizah, yang juga Ketua Pembangkang dalam satu kenyataan di sini.

Yang ada, menurut Rafizi Ramli ialah kerjasama.  

 "Sekarang Pakatan sudah mati, kami akan kembali kepada bagaimana keadaannya sebelum 1 April 2008. Ini bermakna kita bebas untuk bekerjasama (dengan mana-mana pihak lain).

 "Tetapi saya yakin mana-mana parti politik dengan matlamat yang sama akan terus bekerjasama tetapi kita tidak terikat dengan peraturan dan prinsip yang kita ada sebelum ini. Itulah perbezaan utama sekarang," kata Rafizi di sini.

PAS sepatutnya menghadiri dahulu perbincangan bersama Meja Bulat yang diadakan hari ini. Sebagai sebuah parti yang mengaku memperjuangkan Islam, PAS seharusnya menjadikan konsep syura sebagai penting dalam jemaah sebagaimana wahyu Allah : Wa amruhum syura bainahum - dan urusan-urusan mereka itu diputuskan dengan syura di antara mereka. Tapi sayang, PAS telah menolak mentah-mentah untuk bersama Meja Bulat!

Apakah benar kenyataan Hj Hadi yang tidak mahu bersama PR 2.0 mendapat dukungan lain-lain pemimpin PAS? Memang tidak dapat dinafikan sebab semua dalam PAS itu hanyalah tukang angguk semuanya!

Pakatan Harapan’ nama baru gabungan pembangkang, Anwar calon PM

Posted: 21 Sep 2015 11:42 PM PDT

Patutlah Hj Hadi tak mahu datang Meja Bulat....Rupanya dia dah jangka Pakatan baru ini akan pilih Anwar dan bukan dirinya untuk jadi PM....

Gabungan pembangkang baharu terdiri daripada PKR, DAP, dan Parti Amanah Negara (Amanah) dikenali sebagai 'Pakatan Harapan', kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

 Gabungan itu juga menyaksikan parti Islam PAS tidak menyertainya, selepas Pakatan Rakyat yang ditubuhkan pada 2008 berpecah.

YB Mahfuz turut hadir sebagai pemerhati kehormat,
bukan sebagai wakil PAS. Salute utk Mahfuz!
- gambar sumber wassap!
 "Mulai hari ini, Pakatan Harapan akan berfungsi sebagai pakatan politik yang jitu membela rakyat berhadapan Umno dan BN," kata Dr Wan Azizah selepas sidang meja bulat pembentukan gabungan baharu di Subang Jaya, Selangor hari ini.
 Pada sidang media sama, Dr Wan Azizah turut mengumumkan Pakatan Harapan bersetuju Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menurutnya dipenjara atas sebab politik, merupakan calon perdana menteri sekiranya gabungan ini menang pilihan raya umum akan datang.

 "Perkara pertama yang diumumkan adalah saudara Anwar sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan datang," katanya. – 22 September, 2015 ~ sumber

Majlis Peguam Negara Bimbang terhadap Sikap Najib

Posted: 21 Sep 2015 09:00 PM PDT

Adalah sangat memalukan apabila Perdana Menteri DS Najib telah mempertahankan dan menyifatkan perhimpunan 16 September "merah baju" yang lalu sebagai aman dan mendakwanya hasil daripada penghinaan masyarakat Melayu yang kerap ditempeling!

Badan Peguam Malaysia melahirkan kebimbangan terhadap sikap Perdana Menteri yang menganggap perhimpunan tersebut sebagai tidak bersifat perkauman, walaupun laporan daripada perhimpunan besar-besaran itu menunjukkan ucapan sentimen perkauman dan tindakan keganasan oleh beberapa penunjuk perasaan.

 Dalam satu kenyataan, Presiden Majlis Peguam Steven Thiru (gambar) berkata, dan semua pihak perlu mengutuk dan menolak persembahan yang jelas perkauman dan keganasan yang telah ditunjukkan semasa perhimpunan itu dan bukannya hanya membiarkan majlis itu berlalu begitu sahaja.

 "Kelakuan seperti ini adalah bercanggah dengan semangat Hari Malaysia, dan tidak mempunyai tempat di negara yang menghargai, warisan pelbagai kaum, pelbagai agama dan pelbagai budaya dan sejarah," katanya.

 "Badan Peguam Malaysia," katanya, "adalah kecewa bahawa Perdana Menteri telah dilaporkan mempertahankan perhimpunan terhadap kritikan bahawa perhimpunan itu adalah bersifat perkauman."

 Semasa acara yang diadakan oleh penganjur perhimpunan Pesaka minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan mempertahankan bantahan itu sebagai aman dan memanggilnya hasil daripada penghinaan didakwa masyarakat Melayu.

 Steven berkata, bagaimanapun, bahawa kebuntuan dilaporkan antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan di pintu masuk ke Jalan Petaling semasa perhimpunan tersebut telah "mengganggu".

 Beliau berkata satu kumpulan peserta telah cuba menembusi sekatan polis ke dalam syurga membeli-belah yang popular dikenali sebagai "Chinatown" Malaysia dan perbalahan fizikal antara kumpulan kemudian memaksa polis untuk menembak meriam air untuk menyuraikan orang ramai suka bergaduh.

 Ia adalah "dikesali", Steven berkata, bahawa polis telah dipaksa untuk mengambil jalan keluar dengan menggunakan kaedah tersebut untuk memadamkan gangguan yang jelas.

 Steven juga berselisih pendapat dengan ugutan yang dilaporkan beberapa wakil media semasa perhimpunan besar-besaran, mungkin merujuk kepada kejadian di mana seorang wartawan dari sebuah portal berita telah dilabelkan "Cina gila babi" (babi Cina gila) oleh penunjuk perasaan marah.

 Presiden Majlis Peguam berkata wakil-wakil media tidak boleh diganggu dengan cara yang dan harus dibenarkan untuk melaksanakan tugas mereka secara bebas. ~ sumber

Jom senyum bersama Tuan Ibrahim....

Posted: 21 Sep 2015 07:30 PM PDT

Kalau kita sokong Kenyataan Presiden dan Majlis Syura, maka kita mestilah memperkukuhkan PR, kerana salah satu dari kenyataan mereka semua ialah PAS akan tetap bersama PR. Maka tidak timbul soal keluar dari PR.

 Demikian juga seandainya tahaluf kita bercanggah dengan syarak, tentulah Majlis Syura tidak akan membuat kenyataan untuk tetap bersama PR. Musuh politik kita sangat inginkan kita berpecah. Kita akui ada masalah dalam muafakat kita, namun permasalahan tersebut lebih bersifat isu bukan prinsip yang dilanggar oleh parti. Isu adalah subjektif kerana ia akan muncul di sepanjang zaman permuafakatan kita. 

Di sinilah kebijaksanaan kita mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Dalam politik, isu akan sentiasa ada, kerana ia adalah makanan bagi politik. Tanpa isu politik akan mati.

 Apa yang perlu disedari dalam zaman media terbuka ini, bukan semua penulisan dan pandangan perlu dibahas. Sebagai contoh untuk keluar dari muafakat PR, ia bukan boleh dilakukan dengan kenyataan satu dua pimpinan atau ahli, ia mesti dibahas dan diterima oleh muktamar.

 Demikian juga ada yang menuduh PAS akan bersama dengan UMNO walau berpuluh kali ditegaskan dan dinafikan oleh pimpinan, masih ada yang percaya sedangkan semua dasar utama dan perkara besar mesti dibahas dan diterima dalam muktamar.

 Kita perlu fahami ada media dan blogger hidup dengan melaga-lagakan pimpinan, mensensasikan keadaan serta manipulasi sesuatu isu. Blogger dan penulis upahan inilah yang mewujudkan pelbagai kegawatan, kecelaruan dan perpecahan dalam masyarakat. Di sinilah keperluan ahli merujuk sumber rasmi parti sahaja sebagai sumber utama, manakala penulisan lain tidak boleh dijadikan pegangan.

 Malangnya ada di kalangan kita merasai ia sama sahaja dari mana sumber kita ambil. Lebih malang apabila kita mengambil dari sumber musuh. Kalau rakyat Israel lebih percaya kata-kata pimpinan HAMAS dari kenyataan pemimpin mereka, maka kita mesti yakin kepada kepimpinan presiden kita.

 Tentulah aneh kalau ahli parti lebih sayang presiden lain dari presiden sendiri, atau lebih tertarik kepada dasar parti lain dari parti sendiri. Kalau terjadi begitu mungkin dia tersilap parti atau tidak hadir program tarbiyah parti.

 Kita memilih PAS kerana dasar dan tujuan perjuangannya. Inilah yang membezakan PAS dengan parti yang lain. Parti ini sentiasa berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi di sepanjang laluannya. 

Terlalu banyak darah, airmata, keringat yang tumpah. Terlalu banyak penderitaan ahli ditekan, ditindas semata-mata kerana menyokong PAS. Jangan ada yang mengkhianati perjuangan ini.

 Kita yakin Allah akan memelihara pimpinan dan ahli yang ikhlas dalam perjuangan ini. Musuh akan berusaha menghancurkan parti ini seawal penubuhannya, dan kita yakin ianya akan berterusan sehingga hari kiamat. Kerana itu adalah Sunnatullah.

 Maka peliharalah hati dari buruk sangka, hasad dengki, khianat dan pelbagai penyakit lain dengan memelihara amalan peribadi. Jagalah solat-solat sunat, mathurat, bacaan al-Quran, ambillah bahagian dalam apa jua kerja jamaah walau sekadar menyusun kerusi. Peliharalah amalan hati, kerana bila hati rosak, tukarlah siapa pimpinan pun ia tetap tidak berpuashati, kerana yang rosak adalah dirinya bukan jamaah atau kepimpinannya. ~  Tuan Ibrahim Tuan Man

PM tidak boleh menolak calon kehakiman, bekas hakim berkata selepas promosi Hishamudin dihalang

Posted: 21 Sep 2015 05:00 PM PDT

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai hak untuk menolak calon-calon untuk jawatan kehakiman.

 Sri Ram berkata di bawah Seksyen 27 Akta Kehakiman Pelantikan Suruhanjaya (JAC) 2009, hanya kuasa Perdana Menteri adalah untuk memanggil dua nama lagi sebagai tambahan kepada yang dikemukakan oleh suruhanjaya tersebut.

 "Beliau juga mempunyai kuasa di bawah Seksyen 26 (2) untuk meminta maklumat lanjut mengenai calon-calon yang dicadangkan, tetapi dia tidak mempunyai hak untuk menolak calon-calon yang diberikan," Sri Ram kepada Malay Mail Online ketika dihubungi.

 Datuk Hishamudin Yunus memberitahu akhbar harian Sunday Star dalam satu temu bual yang disiarkan semalam bahawa JAC telah mencadangkan pada tahun 2013 dinaikkan pangkat ke Mahkamah Persekutuan, tetapi Najib telah menolak cadangan suruhanjaya itu.

 "Kegagalan untuk melantik Hishamudin kepada Mahkamah Persekutuan merupakan satu kehilangan itu Mahkamah dan paling malang. Dalam bidang kuasa lain, hakim dilantik dan dinaikkan pangkat mengikut keupayaan mereka dan bukan kerana mereka memberi penghakiman yang memihak kepada atau terhadap eksekutif.

 "Hishamudin adalah hakim yang bebas dan mampu dan ini adalah sebab yang sangat baik telah dinaikkan pangkat ke Mahkamah Persekutuan seawal mungkin," kata hakim bekas mahkamah tertinggi di negara ini.

 Antara keputusan yang dibuat secara mercu tanda yang Hishamudin sampaikan adalah majoriti 2-1 keputusan Mahkamah Rayuan pada tahun 2011 mengisytiharkan sebagai tidak berperlembagaan Seksyen 15 (5) (a) Akta Universiti dan Kolej Universiti Akta (AUKU) 1971 yang menghalang mahasiswa menyatakan sokongan, atau menentang, mana-mana parti politik.

 Satu lagi keputusan penting beliau perolehi ialah kes transgender, di mana Mahkamah Rayuan mengisytiharkan November lalu sebagai tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan negeri Negeri Sembilan enakmen Syariah yang menyalahi lelaki Islam untuk berpakaian wanita.

Hakim Bersara Mahkamah Rayuan Datuk Mah Weng Kwai dan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan, bagaimanapun, berbeza dari Sri Ram dan kata Perdana Menteri mempunyai kata putus dalam melantik hakim-hakim, tetapi menggesa supaya JAC membuat keputusan muktamad dalam pelantikan hakim sebaliknya.

 Ambiga berkata ia adalah "sama sekali tidak adil" yang Hishamudin tidak dinaikkan ke mahkamah tertinggi di negara ini sebagai Hakim Bersara Mahkamah Rayuan "calon yang layak" , menerangkan beliau sebagai seorang hakim yang telah menegakkan sumpah jawatan dan benar kepada Perlembagaan Persekutuan.

 "Yang paling penting, dia berani," kata Ambiga kepada Malay Mail Online ketika dihubungi.

 "Malangnya, di bawah undang-undang kita, PM masih mempunyai kata putus walaupun JAC. Ini adalah salah satu isu Majlis Peguam tidak gembira apabila JAC diperkenalkan kerana ia membolehkan eksekutif membuat kata putus. Ini kompromi pemisahan kuasa.

 "Jadi, saya secara peribadi tidak fikir PM perlu mempunyai kata putus," kata bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia.

 Hakim Bersara Mahkamah Rayuan Mah berkata pemilihan calon-calon untuk jawatan kehakiman seharusnya dibiarkan kepada JAC untuk mengekalkan pemisahan kuasa antara badan kehakiman dan eksekutif.

 "Di sini, kami mempunyai sekumpulan orang yang berada dalam kedudukan yang terbaik untuk tahu siapa dia siapa, dan memilih semata-mata berdasarkan merit dan keupayaan. Jadi apabila mereka memutuskan siapa yang mereka mahu untuk lantik, mereka perlu mempunyai kata terakhir supaya ia bebas daripada eksekutif, " Mah memberitahu Malay Mail Online.

 Suruhanjaya itu, yang ditubuhkan pada 2009, mengesyorkan kepada perdana menteri calon-calon untuk dilantik sebagai hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dan pesuruhjaya kehakiman termasuk pelantikan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya dan Sabah dan Sarawak.

 Pelantikan hakim sebelum ini telah dibuat oleh Ketua Hakim Negara, yang Mah gambarkan sebagai satu proses yang sangat berahsia dan tertutup yang telah dipertingkatkan kemudiannya dengan penubuhan suruhanjaya tersebut.

 Suruhanjaya itu, bagaimanapun, seharusnya "bebas daripada eksekutif" dengan Perdana Menteri tidak mempunyai kata putus dalam pelantikan hakim, kata Mah.

 JAC di UK memilih calon-calon untuk jawatan kehakiman dan mengesyorkan mereka kepada Lord Chancellor, Ketua Hakim Negara atau Presiden Kanan Tribunal untuk dilantik. ~ sumber

Tiada ulasan: