Rabu, 2 September 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Akibat suruh Nizar masuk DAP, dia terpaksa masuk mahkamah....

Posted: 02 Sep 2015 06:49 AM PDT

 Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM3juta terhadap Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria kerana kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

 Writ saman dan pernyataan tuntutan melalui Tetuan Awi & Co bertarikh 14 Ogos 2015 di Mahkamah Tinggi Ipoh.

 Pihak defendan dikehendaki hadir ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada 12  Oktober 2015 jam 9.00 pagi untuk pengurusan kes. Sekiranya defendan engkar hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, penghakiman boleh dimasukan terhadap defendan.

 Kenyataan berunsur fitnah tersebut telah disiarkan melalui akhbar Sinar Harian Edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015, bertajuk : Pendekatan Nizar mirip DAP. 

 Laporan tersebut mengandungi kenyataan berikut :
 "PAS mendokong Melayu Islam dan sultan tetapi Nizar seolah-olah memandang enteng dan kekal komited dengan periuangan DAP sebagai parti yang menyokong pendekatan Negara secular."
 "Daripada mencemarkan imej parti adalah lebih baik beliau menyertai DAP, kita tak mahu dalam PAS ini dipenuhi dengan individu-individu yang bersifat oportunis dan membelakangkan perjuangan parti"
 Mohammad Nizar yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Cangkat Jering mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang pemimpin Melayu yang telah mengkhianati bangsa Melayu dan tidak peka dengan kepentingan dan sensitiviti bangsa Melayu.

 Nizar juga mendakwa pernyataan tersebut menuduh beliau sebagai pengkhianat agama Islam demi kepentingan politik beliau dan cuba menyebarkan fahaman secular di dalam Negara ini dan di dalam PAS.

 Nizar menafikan kenyataan berunsur fitnah tersebut dan menegaskan bahawa kenyataan Defendan itu sebagai tidak berasas dan fitnah yang serius.

 Nizar menegaskan kenyataan berunsur fitnah tersebut telah mengundang beberapa reaksi negative dari rakan-rakan politiknya khususnya PAS dan pembaca akhbar tersebut. 

 Malah menurutnya lagi, telah menyebabkan musuh politiknya menggunakan kenyataan berunsur fitnah tersebut untuk memburukan dan menjatuhkan kerjaya politiknya.

Guan Eng ancam akan saman Utusan!

Posted: 02 Sep 2015 03:00 AM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini berkata beliau akan menyaman Utusan Malaysia lagi, kali ini mengenai cerita muka depan Bersih 4 perhimpunan pada hujung minggu.

 Di bawah tajuk utama "Malulah Kamu!" yang telah dicetak dalam warna merah, harian itu menulis "Maria Chin Abdullah, S. Ambiga, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu dan pemimpin Bersih, tahu bahawa perhimpunan Bersih haram itu memaparkan pelbagai perbuatan yang memalukan ".

 Melabelkan tuntutan sebagai berniat jahat dan fitnah, Lim berkata beliau akan mengarahkan peguamnya untuk mengeluarkan surat undang-undang kepada akhbar Bahasa Malaysia itu.

 "Ia adalah satu fitnah yang berniat jahat. Semua orang tahu bahawa saya bukan penganjur. Saya akan meminta peguam saya menghantar notis tuntutan kepada Utusan.

 "Sekali lagi mereka mencari kesalahan ... mereka ingin membuat huru-hara di negara ini. Sekali lagi, mereka memfitnah ....

 "Utusan adalah berbahaya kepada negara. Bohong dan fitnah," kata Setiausaha Agung DAP pada sidang akhbar di pejabatnya di Komtar hari ini.

 Cerita ini telah dipaparkan di laman 4 dari akhbar itu antara lain, memberitahu Ketua Bersih 2.0 Maria, Ambiga, Mohamad Sabu, Kit Siang, Guan Eng dan lain-lain "Pemimpin Bersih" patut berasa malu kerana apa yang berlaku di sepanjang perhimpuanan itu.

"Tiada apa yang boleh dibanggakan oleh penganjur Bersih berikutan kemampuan mereka mengumpul ribuan orang dalam perhimpunan haram di ibu negara pada Sabtu dan Ahad lalu. " tulisnya.

 Utusan juga mendakwa lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT) telah digalakkan semasa perhimpunan 34 jam itu dan bertanya samada Maria sedar mengenai perkara itu.

 "LGBT dan seks luar tabii? Apa ini? Ini telah menyimpang jauh" kata Lim, menunjukkan akhbar itu kepada wartawan yang hadir.

 Perhimpunan Bersih 4 hujung minggu lalu itu dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0). Ia telah diadakan di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu, serta bandar-bandar utama di seluruh dunia. - September 2, 2015.  ~ sumber

Tindakan polis memanggil penganjur perhimpunan Bersih 4 adalah tidak perlu, kata Nazri Aziz

Posted: 02 Sep 2015 12:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Sept - Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz yang juga bekas menteri undang-undang menganggap tindakan polis memanggil penganjur perhimpunan Bersih 4 hujung minggu lalu ke Bukit Aman untuk disoal siasat adalah sebagai tindakan tidak perlu.

Akta Perhimpunan Aman 2012 yang dibuat diperbolehkan untuk perhimpunan itu berlangsung dengan syarat ia dilakukan secara aman dan tanpa kekerasan.

 "Ia dilihat sebagai aman, dan kini ia telah berakhir. Kita sudah ada undang-undang yang mengawal demonstrasi secara aman, dan ini telah diterima dan diluluskan oleh Parlimen," katanya kepada Malaysian Insider dalam temu bual petang semalam.

 "Jika mereka mahu untuk meluahkan pendapat mereka secara aman, silakan. Terdapat undang-undang yang berurusan dengan  mengenainya.

 "Saya salah seorang penyokong kebebasan bersuara di negara ini, dengan syarat anda terus di sebelah kanan undang-undang," kata Nazri.

 Ahli parlimen Umno itu berkata, perhimpunan Bersih aman menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) menghormati konsep demokrasi dan juga membenarkan perbezaan pendapat.

 Nazri juga menafikan dakwaan bahawa perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh majoriti orang bukan Melayu, dengan mengatakan bahawa dia percaya bahawa bangsa bukan satu isu dalam perhimpunan hujung minggu tersebut.

 "Tiada apa mengenai perkauman, ia hanya mengenai isu, hanya mengeluarkan pendapat tentang sesuatu.

 "Malah saya rasa dengan memakai kuning ia menunjukkan 80,000 orang yang mengambil bahagian menghormati royalti, kuning adalah lambang royalti," kata Nazri dengan tersengeh. 

Difahamkan, polis akan menyoal tujuh individu dari kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 perhimpunan hujung minggu lalu lewat hari ini.

 Anggota sekretariat Bersih 2.0, Mandeep Singh Karpall mengesahkan bahawa kesemua tujuh telah dipanggil ke Bukit Aman untuk membantu dalam siasatan polis di perhimpunan hujung minggu secara haram. sumber

Parti baharu dalam arus perdana

Posted: 01 Sep 2015 09:00 PM PDT

Oleh A Shukur Harun

Penubuhan parti baharu di mana namanya akan diumumkan tidak lama lagi, iaitu anak kandung NGO Gerakan Harapan Baru (GHB) secara rasmi diumumkan semalam, bertepatan pada Hari Kemerdekaan 31 Ogos, tentunya mempunyai makna yang penting.

 Pertamanya kerana ia didahului perhimpunan Bersih 4 yang mendapat sambutan luar biasa rakyat pelbagai kaum dan agama. Walaupun semuanya ini secara kebetulan, tetapi parti baharu ini memang mendukung cita-cita Bersih yang mahukan pilihan raya bersih, memperjuangkan demokrasi dan kebebasan serta keadilan.

 Kedua, kelahirannya pada Hari Kemerdekaan, seperti suatu isyarat parti baharu ini sewajarnya mendukung sepenuhnya aspirasi kemerdekaan tanah air dengan segala maknanya.

 Di sini, saya kira, dengan cita-cita parti baharu itu untuk memperjuangkan sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu akan meninggalkan jauh ke belakang fahaman perkauman dan segala ekstremis yang ditentang Islam sendiri.

 Akar tunjang parti baru ini berasaskan Islam dalam makna yang lebih luas, terbuka dan demokratik sesuai dengan sifat Islam sebagai Rahmatan-Lil-Alamin, rahmat seluruh alam, yang bukan saja menaungi umat Islam, tetapi juga kepada bukan Islam. Di samping itu parti baharu ini akan berusaha membina integriti.

 Wajah Islam syumul yang ditampilkan parti baru ini akan bersifat ramah dan mesra dengan semua pihak. Berusaha menambahkan sahabat dan mengurangkan musuh. Mengekalkan hubungan dengan pihak mana pun seperti yang apa dipesan oleh Nabi Muhammad:

"Kamu mestilah mengekalkan hubungan dengan sesiapapun, walaupun hubungan itu sampai kepada peringkat seperti sehelai benang sutera."

 Ia mendukung pendekatan muwjahah silmiyah – politik santun – yang sangat sesuai dengan iklim politik dan budaya negara yang indah ini. Ketika berada di majlis penubuhan parti itu, saya terkenang allahyarham Ustaz Fadhil Noor dan Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat, di mana saya yakin, parti baharu ini akan meneruskan pendekatan politik Islam kedua-dua tokoh besar itu. Sejak GHB diwar-warkan beberapa bulan lalu hinggalah tertubuhnya parti ini, sambutan dan harapan rakyat pelbagai kaum sangat tinggi kepadanya.

 Walaupun ia dilemparkan dengan pelbagai penghinaan dan tuduhan pihak tertentu di mana tidak perlu diulang lagi di sini, namun parti ini nampaknya mendapat keyakinan pelbagai pihak akan kemunculannya sebagai parti yang teguh dan peramah.

 Pendukung utamanya seperti Ustaz Haji Ahmad Awang (penasihat) dengan saf pimpinannya seperti Muhamad Sabu, Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Dr Maria Mahmud, Khalid Samad, Nizar Jamaludin, Izham Hashim, Hanipa Maidin, Datuk Wan Rahim, Aminolhuda Hasan dan ramai lagi sangat meyakinkan akan kejayaan parti baru ini.

 Bukan semata-mata kerana pengalaman lama mereka dalam kancah politik, tetapi juga dengan latar belakang ketokohan mereka, memberi nilai penting kepada parti baharu ini. 

 Sejumlah besar golongan profesional pelbagai bidang kini mengambil peranan penting di belakang layar dalam mengerakkan parti ini. Saya memerhatikan gerak kerja mereka ini dalam membantu pemimpin menjayakan parti ini di mana kelihatannya sangat profesional dan penuh idea dan dedikasi.

 Yang juga sangat menarik ialah parti ini mendapat dukungan sejumlah ustaz dan ustazah yang progresif, berfikiran terbuka hingga berjaya menganjurkan program Nadwah Ulama Nahdhah Jadidah 2015 (Nunji 15) yang dihadiri lebih 500 peserta di Shah Alam baru-baru ini. Ia mendedahkan kita kepada keterbukaan fiqh yang merangjkumi politik Islam sesuai dengan keadaan masyarakat majmuk di negara ini.

 Ini suatu gambaran bagaimana parti baharu ini adalah gabungan golongan profesional, agamawan dan kalangan veteran politik. Menariknya tidak ada mana-mana golongan yang mendominasi parti baru ini, justeru mereka sama-sama secara equal memberikan sumbangan dan bersedia berwacana. Parti baru ini dibina sedemikian rupa, hingga tidak akan berlaku taksof peribadi kepada pemimpinnya. Ini kerana pemimpinnya bersedia menerima kritikan sihat dan pandangan kedua dari mana pun datangnya.

 Sementara itu, menurut pengamatan saya, parti baharu ini seperti sudah berada di tengah arus perdana politik tanah air, terutamanya dengan penglibatan mereka dalam Bersih 4, di mana pimpinannya bertugas di lokasi penting dan sama-sama memimpin perhimpunan yang berjaya itu. Para tokoh parti baru ini sendiri berganding bahu dengan pemimpin PKR dan DAP serta NGO yang menyertai perhimpunan tersebut.

 Ini menunjukkan keserasian cita-cita dan pendekatan politik mereka untuk perjuangan besar, menegakkan demokrasi dan keadilan serta menentang perkauman.

 Maka itu boleh dibayangkan dalam PRU akan datang, parti ini akan mengambil peranan penting dalam gabungan baharu pembangkang nanti.

 Tidak syak lagi parti baru ini akan menawan hati golongan generasi baru Malaysia di mana dalam PRU yang lalu jumlah mereka sebagai pengundi mencapai 4.1 juta dan jumlah ini akan terus bertambah dalam PRU akan datang.

 Selain itu, masyarakat sivil di bandar dijangka memberikan sokongan penuh kepada parti baharu ini, di samping pengundi luar bandar yang kelihatan sudah ada tanda-tanda hendak perubahan.

 Dalam hubungan ini terlalu awal untuk memikirkan kemungkinan berlaku pertandingan satu lawan satu atau dua atau tiga penjuru dalam PRU akan datang.

 Apabila sampai saat PRU nanti, pengundi akan tahu bagaimana parti baru ini berperanan dalam gabungan pembangkang yang baru dan diyakini, parti baru ini akan berada dalam arus perdana politik tanah air.

 Yang penting sekarang ialah berusaha mengulangi kemenangan Pakatan Rakyat dalam dua PRU yang lalu. Diharapkan pakatan baharu akan muncul lebih gagah lagi.9 Dirgahayu atas kelahiran parti baharu ini.

 Kelahiran harapan baharu adalah kehendak gelombang rakyat terbentuk daripada kelompok pelbagai yang mahu bebas politik lama dan harapan lama. Kini harapan baharu akan muncul sebagai entiti politik menyatukan kekuatan pembangkang dalam kelahiran PR 2.0 yang dinanti-nantikan. – 1 September, 2015. ~ themalaysianinsider

Pecat Ahli : Umno tidak hormati prinsip Rukunegara

Posted: 01 Sep 2015 06:00 PM PDT

Ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi Anina Saadudin yang memfailkan saman terhadap presiden parti Datuk Seri Najib Razak minggu lepas akhirnya dipecat daripada parti.

 Dalam surat pemecatan yang sedang viral di media sosial hari ini, beliau dipecat daripada parti mengikut Fasal 20.7 Perlembagaan Umno kerana membawa hal parti ke mahkamah.

 "Tiada komen setakat ini," kata Anina dalam respon segera selepas dihubungi The Malaysian Insider bagi mengesahkan mengenai surat pemecatan tersebut.

 Surat yang dihantar ke Bahagian Umno Langkawi itu ditandatangani setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

 The Malaysian Insider difahamkan, Anina akan memanggil satu sidang akhbar pada esok bagi menjelaskan mengenainya.

 Anina pada Jumaat lepas memfailkan saman terhadap Najib meminta beliau bertanggungjawab atas kronologi peristiwa yang melibatkan aliran wang RM2.6 bilion yang berakhir dalam akaun bank peribadi perdana menteri itu.

 Terdahulu, Anina pada mesyuarat agung tahunan bahagian Langkawi dalam sebuah video yang tersebar melepaskan kemarahannya terhadap Najib, menggunakan perkataan kesat, mendakwa perdana menteri itu berbohong dengan mengakui semua 3 juta ahli Umno menyokong beliau. – 1 September, 2015. ~ themalaysianinsider

 Apakah benar dakwaan sesetengah pihak setelah pemecatannya ini, saman tersebut akan terbatal kerana untuk menyaman sesebuah parti ia memerlukan locus standi sebagai pihak yang mempunyai kepentingan iaitu dalam konteks ini keperluannya ialah sebagai ahli parti.

Tindakan Umno memecat ahlinya yang cuba mencari keadilan melalui mahkamah dengan menggunakan Fasal 20.7 Perlembagaan Umno seolah-olah parti itu tidak menghormati 2 dari 5 prinsip Rukunegara iaitu - Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang

Sepatutnya Umno membuktikan kepada kita semua bahawa negara ini sesungguh menghormati Keluhuran Perlembagaan berdasarkan kepada sistem demokrasi dimana rakyat berhak untuk bersuara.

Bahawa Malaysia mempunyai Kedaulatan Undang-undang yang mampu memberikan keadilan dan kesaksamaan kepada semua lapisan rakyatnya.

Sayang sekali, Umno yang sepatutnya menjadi juara dalam mempertahankan prinsip Rukunegara ini, gagal membuktikannya. Umno lebih mementingkan perlembagaan parti yang menyekat ahlinya untuk mendapatkan keadilan.

Tiada ulasan: