Selasa, 1 September 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Cubit peha kiri, peha kanan juga terasa...

Posted: 01 Sep 2015 09:17 AM PDT

 Sebelum ini, gambar Hj Hadi dan almarhum TGNA dikencing tidak pernah diambil apa-apa tindakan pun oleh polis walaupun aduan telah dibuat.

Tapi sejak Hj Hadi berkawan baik dengan Perdana Menteri Najib, dia bukan sahaja mendapat pujian dari Najib, rupa-rupanya Hj Hadi juga seolah-olah mendapat perlindungan khas dari Najib.

Perdana Menteri Najib menganggapnya umpama cubit peha kiri, peha kanan juga yang terasa ....

 Dulu gambar Hj Hadi kena kencing pun tak siapa nak ambil hal. Tapi kali ini lain keadaannya. Don't play-play .....

 Tidak sia-sialah Hj Hadi yang akhir-akhir ini sering dilihat mempertahankan Najib walaupun Najib menerima tentangan hebat dari kalangan ahli partinya sendiri.

 Sikap PAS menganggap tindakan memijak gambar Presiden mereka sangat biadab, tetapi apakah mereka telah lupa, bahawa mereka juga pernah memijak-mijak gambar  pemimpin parti mereka sendiri seperti Mat Sabu, Mujahid Yusuf Rawa, Khalid Samad Dr Dzulkefli, Dr Hatta dan lainnya...Malah mereka menyerang dan melabel dengan label yang bukan-bukan pula...

Hj Hadi dianggap begitu mulia tarafnya, dianggap manusia suci oleh pengikutnya yang ta'sub, sebaliknya memandang hina dan jijik terhadap yang lain hingga sanggup menganggap anggap yg lain sebagai Munafik Haraki, tergelincir aqidah .....

 Puak agamawan yang berjubah dan berserban pijak gambar Dr Hatta, Mat Sabu dan Husam dll semasa berdemo dihadapan Pejabat Agong PAS dulu, Hj Hadi buat tak mandang atau tak ambik hal sehabuk pung!

 Tapi bila kena tang diri dia sendiri, bukan main melenting macam monyet kena belacan! 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur hari ini mahu menyiasat kes memijak gambar Presiden PAS dan perdana menteri mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, iaitu cubaan menyebabkan ketakutan kepada orang awam.Laporan seterusnya di sini.

Gambar sebelah ni, orang pijak gambar Khalid Samad depan mata, polis tak mahu tangkap pula?? Hahahaha!

Saman! Jangan tak saman!

Posted: 01 Sep 2015 07:10 AM PDT

BERSIH hari ini berkata ia sedang mempertimbangkan untuk membawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke mahkamah atas tindakan mereka terhadap BERSIH. 

Khususnya, BERSIH akan mencabar langkah SKMM untuk menyekat laman web pergerakan itu www.bersih.org dan www.globalbersih.org dan tindakan Zahid mewartakan baju kuning BERSIH 4 sebagai haram.

 Dalam satu kenyataan, BERSIH mendakwa tindakan SKMM dan menteri dalam negeri itu berniat jahat.

 Ia seterusnya mendakwa mereka telah menyalahgunakan kuasa mereka dan mengharamkan hak yang sah kebebasan bersuara oleh jutaan Malaysia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

 "Oleh itu, BERSIH akan mempertimbangkan untuk mengambil semua langkah yang perlu untuk membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh SKMM dan menteri dalam negeri," kata BERSIH lagi.~ malaysiakini

Jom selamatkan negara, kita singkirkan dua golongan yang rosak itu!

Posted: 01 Sep 2015 01:48 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengutuk penganjur demonstrasi di Kuala Lumpur yang menuntut peletakan jawatannya sebagai "haram", semasa ucapan tahunannya pada malam Hari Kemerdekaan.

 Berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan telah menggesa Najib untuk meletak jawatan, selepas dokumen yang bocor pada Julai menunjukkan beliau menerima kira-kira USD 700m dalam akaun peribadinya daripada entiti dikaitkan dengan dana negara yang menanggung beban hutang.

 Najib berkata bantahan mencerminkan "kedangkalan patriotisme" dan mengingatkan penunjuk perasaan bahawa mufti negeri Kelantan telah memanggil penganjur protes - pemilih kumpulan tekanan reformasi Bersih - "haram".

"Mereka yang memakai pakaian kuning ini ... mereka mahu  menjatuhkan nama baik kita, menconteng arang hitam di wajah Malaysia kepada dunia luar," Najib dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional Bernama.

 Pihak berkuasa telah menyekat laman web penganjur dan pakaian kuning diharamkan dan logo kumpulan itu dalam usaha untuk menghalang perhimpunan, yang juga diadakan di bandar-bandar lain di Malaysia. ~ sumber

Komen al-Husseyn:

Apakah menyonglap wang sebegitu besar tidak Haram? Apakah rasuah tidak haram? Berbohong tidak Haram? Apakah menyalahgunakan proses keadilan tidak Haram? Menipu tidak Haram? 

 Namun Najib begitu berani dan lantang menyatakan bahawa berhimpun  atas hak demokratik untuk kebebasan bersuara Haram? Sehinggakan memakai pakaian kuning pun diharamkan dan ditangkap!

Terima RM2.6 Bilion ke dalam akaun peribadi tidak haram? Mufti pun tak berani nak buka mulut sebab takut kena singkir dari jawatan. Terpaksalah mengampu Najib lalu keluarlah fatwa mengharamkan perhimpunan Bersih 4!

Malaysia negara yang mempunyai paling ramai mufti dalam dunia, tapi hanya seorang sahaja yang berani berkata benar atas agama Allah. Yang lain adalah ibarat mufti dalam cerita allahyarham P. Ramlee, Musang Berjanggut. 

Mereka sayangkan jawatan lebih dari sayangkan agama. Mereka telah menjual agama demi untuk mendapatkan keuntungan yg sedikit di dunia ini.

Cinta dunia membuatkan ulama takut untuk menyatakan kebenaran. Takut untuk menegur kemungkaran kerana takut kepentingan dunianya terjejas. 

Maka jadilah mereka 'syaitan bisu'. Maksiat yang berlaku di depan mata mereka pun, mereka diamkan. Umat yang jahil pula mulalah meringan-ringankan maksiat kerana menganggap telah direstui oleh ulama secara tidak rasmi (kerana ulama mendiamkannya).

Ulama kerajaan kecut bila melihat bagaimana seorang Peguam Negara seperti Gani Patail boleh disingkirkan dengan serta merta; maka apalah sangat kalau sekadar jawatan mufti...

Rasulullah SAW ada bersabda: Maksudnya: "Ada dua golongan. Kalau baik golongan itu, maka baiklah umat. Kalau rosak golongan itu, maka rosaklah umat. laitu ulama dan umara." 

 Sabda Rasulullah SAW lagi: Maksudnya: "Apabila tergelincir ulama, maka tergelincirlah umat." 

Jom selamatkan negara, kita singkirkan dua golongan yang rosak itu!

Jom selamatkan negara dari ancaman belon ....

Posted: 31 Aug 2015 07:00 PM PDT

 Sebelum ini, pada 28 Ogos lalu, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan warta kerajaan melarang pemakaian "apa-apa pakaian berwarna kuning"  dan yang mengandungi perkataan "Bersih 4" berkuatkuasa serta merta.

 Rupa-rupanya bukan itu sahaja, belon kuning juga menjadi phobia kepada penguatkuasa di Malaysia.

 Kerana  menjatuhkan 7 belon kuning yang tertera tulisan "demokrasi", "media bebas" dan "keadilan" kini dianggap boleh mengaibkan dan boleh mengancam keamaman negara??

 Kalau negara kita benar-benar mengamalkan demokrasi, media bebas dan keadilan, mengapa pihak berkuasa perlu berasa gusar dan menganggap telah diaibkan? 

 Bukankah perkara tersebut merupakan antara intipati yang patut ada pada sesebuah negara yang merdeka seperti Malaysia?

  Pertuduhan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamaman, jika didapati bersalah, boleh dipenjara bagi tempoh sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Nampaknya Akta Hasutan ini digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk "menutup mulut rakyat dan kebebasan bersuara" 


Bilqis Hijjas, anak arkitek terkemuka Hijjas Kasturi, mungkin menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana penghinaan yang disengajakan selepas didakwa menjatuhkan  belon Bersih 4 di pusat membeli-belah mewah di Kuala Lumpur hari ini.

 Penari berusia 35 tahun ditahan oleh polis bantuan pusat membeli-belah selepas dia didakwa menjatuhkan belon kuning yang dicetak dengan perkataan "demokrasi", "media yang bebas" dan "keadilan" dari Aras 5 pusat membeli-belah.

 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, telah menghadiri upacara pembukaan pesta Seni DiverseCity Antarabangsa  di tingkat bawah.

 Sumber berkata, belon melayang turun di belakang  set televisyen besar.

 Bilqis kemudiannya diserahkan kepada Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

 Polis masih belum mengulas mengenai kejadian itu walaupun percubaan oleh The Malaysia Insider untuk mendapatkan maklum balas mengenai perkara itu.

 Menurut maklumat, Polis telah memulakan siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana penghinaan yang disengajakan.

 Bilqis dibebaskan malam ini selepas polis merekodkan kenyataannya. - 31 Ogos, 2015. ~ sumber

Baiah wakil rakyat PAS tidak sah lepas Pakatan terkubur, kata Ahmad Awang

Posted: 31 Aug 2015 05:00 PM PDT

Baiah yang pernah dilafazkan wakil rakyat PAS meninggalkan parti itu untuk menubuhkan parti baharu tidak lagi sah selepas Pakatan Rakyat (PR) secara rasminya terkubur, kata Ahmad Awang.

 Penasihat Parti Pekerja itu berkata wakil rakyat yang menyertai parti itu tidak perlu bimbang kerana kemenangan mereka dalam pilihan raya umum lalu hasil kerjasama Pakatan Rakyat (PR) dan bukan atas faktor PAS semata-mata.

 "Oleh kerana kemenangan mereka dulu atas nama PR dan ketika berbaiah sebagai calon walaupun atas nama parti tetapi hakikatnya atas PR.

 "Sekarang PR dah roboh maka tidak sah lagi apa yang terikat dalam baiah tersebut," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur.

 Ahmad berkata kemenangan PAS dalam pilihan raya umum (PRU) lalu terbukti mendapat sokongan luar apabila ramai penyokong DAP turut sama pulang mengundi calon parti Islam itu.

 "Calon PAS yang menggunakan lambang bulan bertanding bukan atas nama PAS sendirian tetapi nama PR.

 "Sebab itu di mana DAP tidak bertanding seorang calon pun seperti di Terengganu tetapi DAP mendukung calon PAS sehingga penyokong DAP daripada kaum Cina balik ke negeri sejauhnya datang dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Hong Kong dan Singapura menyebabkan PAS boleh menang kerusi yang dulu kalah," katanya.

 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini mengingatkan wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya umum pada 2013 atas tiket PAS perlu mengosongkan kerusi jika mereka menyertai parti baharu yang dirancang kumpulan serpihan Gerakan Harapan Baru (GHB).

 Katanya, mereka yang menyertai Parti Amanah Rakyat, yang dijangka dilancarkan pada Hari Kebangsaan, perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana melanggar sumpah baiah kepada parti Islam itu.

 "Terpulang kepada maruah mereka. Mereka membuat sumpah baiah sebagai wakil rakyat PAS.9 "Mereka mengangkat sumpah, berjanji. Jadi, mereka sepatutnya meletak jawatan dan kosongkan kerusi," katanya. – 31 Ogos, 2015.~ themalaysianinsider

Tiada ulasan: