Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

sumber :-

ZAKRI ALI


AL FATIHAH : UPACARA PENGEBUMIAN SEORANG PEJUANG -& AKTIVIS ARWAH ABD GHANI B HASHIB 58 TAHUN

Posted: 31 Aug 2015 06:44 AM PDT

Assalamualaikum...

Innalillahi wa Innalillahi Rajiun..

Gugurnya seorang sahabat ketika berjuang bersama berjuta rakyat yg lain di Dataran Merdeka. Beliau seorang pejuang yg cukup tegas dan beretika dalam setiap langkah beliau. Takziah kepada keluarga beliau atas pemergian beliau.. Terasa sangat kehilangan beliau sedangkan sebelum ini beliaulah yg selalu beri aku nasihat dan sama sama berjuang walaupun ketika beliau dalam keeadaan kurang sihat, beliau tetap x pernah tinggalkan kawan kawan seperjuangan berjuang keseorangan..

 
Semoga sahabatku Abd Ghani B. Hashib ditempatkan di kalangan hamba hamba yang dikasihiNya.. Perjuanganmu takkan sia sia...

Dari Allah kita datang, kepadaNya juga kita akan kembali...

Al-Fatihah





















Dr Mahathir sudah masuk perangkap DAP – Bung Mokhtar Faiz Zainudin

Posted: 31 Aug 2015 01:15 AM PDT


bung_mokhtar_mahathir_600

Saya percaya akan ada perarakan yang sama pula dibuat oleh orang Melayu untuk membalas tindakan DAP.
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan sudah terkena perangkap DAP, apabila beliau turun menyertai perhimpunan Bersih 4.0.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, Dr Mahathir tidak sepatutnya bersekongkol dengan parti pembangkang terutamanya DAP yang beliau sendiri tentang sebelum ini.

"Tun Mahathir sudah termasuk dalam perangkap DAP. Kalaupun hasrat Tun Mahathir nak turunkan Najib selaku Perdana Menteri, Tun Mahathir tidak seharusnya meletakkan diri dalam kumpulan yang dia kritik dahulu.

"Pada saya penyertaan Tun Mahathir dalam Bersih, pada waktu dan tempat yang salah," katanya ketika dihubungi FMT.

Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, penganjuran Bersih juga merupakan agenda perkauman yang sengaja dilakukan DAP.

"Kita lihat bagaimana kehadiran Bersih 4.0, seolah-oleh agenda DAP dengan perkuman Cinanya," katanya.
Beliau tidak menolak kemungkinan akan wujudnya demonstarasi anjuran orang Melayu sebagai usaha membalas dendam terhadap tindakan DAP.

"Saya percaya akan ada perarakan yang sama pula dibuat oleh orang Melayu untuk membalas tindakan DAP.

"Kalau ini berlaku jangan salahkan UMNO dan melayu pula," katanya.

Datuk Paduka Khairuddin lodges reports against Najib, Jho Low in HK - By: Shane Fuentes

Posted: 31 Aug 2015 12:30 AM PDT


Jho-Low,-najib,-Khairuddin-Abu-Hassan

The officials in investigating bodies in Malaysia are complicit with Prime Minister Najib Abdul Razak on covering up wrongdoing in 1MDB and "would pay for their misdeeds".

KUALA LUMPUR: Sacked Umno Batu Kawan division vice-chairman Khairuddin Abu Hassan lodged several police reports in Hong Kong on August 30 against Prime Minister Najib Abdul Razak and Penangite and businessman Jho Low.

He lamented that he had lost faith in investigations conducted in Malaysia by the police, Bank Negara and the Attorney- General. "Ghostly hands, by remote control, have interfered with these investigations."

He vowed that when the government in Putrajaya changes hands in the near future, before GE14 in 2018, the officials in these investigating bodies complicit with Najib on covering up wrongdoing in 1MDB "would pay for their misdeeds".

"These are traitors to the people, God and the country."

Briefly, the police reports in two sets requested the Hong Kong authorities to investigate what transactions, if any, between three companies owned by Jho Low and family had with 1MDB which has reportedly accumulated debts totaling RM42 billion at last count within five years.

Four other companies are also suspect, added Khairuddin, because Najib is a signatory here and the accounts of the companies show that a total of RM1.125 billion has been kept at the Hong Kong branch of Credit Suisse. "I have requested the Hong Kong police to conduct comprehensive and detailed investigations on the financial sources of the companies concerned and their transactions."

"I requested the authorities concerned to investigate Alliance Assets International Ltd; Cityfield Enterprises Ltd; Bartingale International Ltd; Wonder Quest Investments Ltd. All these companies have Najib as the signatory."

Khairuddin, at the same time, also lodged another set of police reports on Jynwell Capital (HK); Jynwell Charitable Foundation; and Strategic Resources (Global Ltd), all owned by Jho Low and family.

The rebel Umno Chief explained that he lodged the police reports in Hong Kong because he wants the authorities concerned abroad to conduct comprehensive and detailed investigations on wrongdoing by parties in Malaysia. 

"These authorities will be able to launch such investigations away from Najib's interference and meddling. The focus is on 1MDB and to help bring the suspects involved to justice."

Patriot sebenar berani lawan kezaliman, undur jika tak amanah, kata Wan Azizah

Posted: 31 Aug 2015 12:00 AM PDT



Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut sama menyertai himpunan Bersih 4 hujung minggu lalu. Beliau berkata, janji kemerdekaan dan pengorbanan semua patriot lebih bermakna apabila semua bersatu sehati sejiwa untuk membersihkan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Ogos, 2015.
 
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut sama menyertai himpunan Bersih 4 hujung minggu lalu. Beliau berkata, janji kemerdekaan dan pengorbanan semua patriot lebih bermakna apabila semua bersatu sehati sejiwa untuk membersihkan negara.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut sama menyertai himpunan Bersih 4 hujung minggu lalu. Beliau berkata, janji kemerdekaan dan pengorbanan semua patriot lebih bermakna apabila semua bersatu sehati sejiwa untuk membersihkan negara.

Patriot kemerdekaan sebenar adalah mereka yang berani kerana benar berdiri menentang kezaliman pihak berkuasa dan insaf berundur bila sudah jauh dari pangkal jalan amanah pemerintahan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Melalui amanat sempena Hari Kemerdekaan hari ini, ketua pembangkang itu berkata, janji kemerdekaan dan pengorbanan semua patriot akan lebih bermakna dan impian rakyat akan hanya tercapai apabila semua bersatu sehati sejiwa untuk membersihkan negara.

Malah beliau berkata, tema kemerdekaan tahun ini, "Sehati Sejiwa", juga membawa maksud tersurat dan tersirat tentang perpaduan, kasih sayang, mahabbah serta muhibah, kesaksamaan berpaksikan kerohanian yang mencerminkan kebaikan, keadilan dan kebenaran.

"Dan jika diselami maksud suatu kemerdekaan, ia bererti kita bebas merdeka daripada semua bentuk penjajahan asing mahupun watan sendiri; dapat menentukan hala tuju negara melalui pilihan raya yang bersih, telus dan adil; memiliki sebuah kerajaan yang bersih, cekap dan amanah; menikmati kemakmuran ekonomi bersama dan media bersuara benar," katanya.

"Ia harus dilihat sebagai tarikh mengukur pengisian suatu kemerdekaan – sama ada janji dan jaminan asas dan dasar dipenuhi.

"Janji kemerdekaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan janji kesatuan yang tertulis dalam Perjanjian Malaysia dipenuhi," katanya.

Beliau berkata, tema kemerdekaan itu juga membawa erti rakyat Malaysia harus bebas merdeka untuk hidup tanpa ditindas, difitnah, diugut, dikecam, dicerca, dipecahbelahkan dan dimiskinkan.

"Dengan hak-hak kewarganegaraan yang dijamin suatu perjanjian kenegaraan atau 'aqadun daulah' iaitu Perlembagaan Persekutuan dalam sebuah demokrasi," katanya.

"Jika diukur dengan usia manusia 58 tahun, ia adalah umur seorang insan yang sudah dewasa, matang penuh hikmah dan seharusnya lebih bertanggungjawab ketika melangkah masuk ambang senja kehidupan dengan menyediakan warisan peninggalan terbaik untuk anak cucu, generasi masa depan." – 31 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

13,000 peserta jayakan sambutan Hari Kebangsaan 2015 ??

Posted: 30 Aug 2015 11:15 PM PDT


Semangat cintakan negara terpancar di setiap wajah ribuan insan daripada segenap lapisan dan kaum yang membanjiri

Dataran Merdeka di ibunegara hari ini untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2015.

Lautan manusia termasuk pelancong asing mengambil peluang menghayati tema sambutan 'Sehati Sejiwa' dengan menampilkan semangat patriotisme dan kebersamaan di acara sambutan peringkat kebangsaan penuh warna-warni dan meriah itu.

Semangat kesatuan itu ditunjukkan melalui persembahan bertenaga dan perbarisan oleh hampir 13,000 peserta pelbagai kontinjen termasuk daripada sektor awam dan swasta, pelajar serta anggota pasukan keselamatan.

Berangkat ke acara perbarisan dan perarakan sambutan di dataran penuh bersejarah itu ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis dan barisan menteri Kabinet serta perwakilan asing.

Sejurus berangkat tiba, Tuanku Abdul Halim menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan pasukan Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dari KemSungai Besi diketuai Mejar Mohd Herdi Ismail.

Ia diikuti acara menaikkan Jalur Gemilang oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), diiringi nyanyian lagu kebangsaan Negaraku.

Serentak dengan itu, kedengaran 14 das tembakan meriam oleh 41 Bateri Istiadat Rejimen Artileri Diraja.
Acara sambutan dimulakan dengan acara 'Derap Seragam', iaitu persembahan terbaharu oleh 900 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disusuli persembahan serentak bersama-sama pelajar dengan melakukan kawad berirama.

Acara sambutan turut disiarkan secara langsung menerusi televisyen tempatan.

Penonton di lokasi turut dapat menyaksikan menerusi acara secara jelas menerusi skrin LED berukuran 108 meter panjang dan sembilan meter tinggi, iaitu skrin terbesar pernah digunakan dalam mana-mana sambutan dalam negara.

Acara bacaan ikrar oleh lima ikon generasi muda dengan diketuai Noradzmi Baba daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah terlibat dalam acara sambutan Hari Kebangsaan sejak 1987.

Mereka adalah anak muda kelainan upaya Muhammad Zahriff Affandi yang juga penerima anugerah Ikon Belia Negara, personaliti televisyen dan radio Fara Fauzana, ratu wushu negara Diana Bong Siong Lin, malim gunung Mohd Rizuan

Kauhinin dan guru, Louis Marie Neubert Ambrose.

Bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme pada acara itu, gandingan tiga pengacara majlis iaitu Saiful Khairi Ahmad, Rudiyan Shah dan Atikah Mahali, turut menyelitkan bacaan puisi antaranya sajak 'Di Tanah Malaysia', karya Razali Mohd Yussof dan 'Lentera Zaman' oleh Mahaya Mohd Yassin.

Mendahului acara perbarisan adalah kontinjen pembawa Jalur Gemilang dan bendera negeri-negeri oleh para pelatih Institut Kemahiran Belia Negara, disusuli kontinjen Eksplorasi Sehati Sejiwa.

Kontinjen eksplorasi itu yang dipelopori Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan gabungan sektor kerajaan, badan bukan kerajaan dan sektor korporat menjelajah ke seluruh negara dengan membawa gelombang semangat patriotisme 'Sehati Sejiwa' untuk rakyat dan ia akan menamatkan ekspedisi pada Hari Malaysia.

Turut menarik perhatian adalah penyertaan sekumpulan malim gunung yang menyertai kontinjen negeri-negeri. 

Mereka memainkan peranan tersendiri dalam melaksanakan misi menyelamat mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu, 5 Jun lepas.

Penonton khususnya kanak-kanak pula dilihat teruja menyaksikan pelbagai maskot daripada animasi terbitan syarikat-syarikat animasi tempatan antaranya Upin dan Ipin dan BoboiBoy yang menyertai kontinjen animasi, diikuti beberapa kontinjen lain.

Perarakan aset-aset daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) antaranya motosikal Kawasaki GTR 1400 dan Honda ST 1300 yang digunakan untuk mengawal lalu lintas, kenderaan pengiring orang-orang kenamaan dan rondaan, selain beberapa

kenderaan lain turut menarik perhatian orang ramai.

ATM mempersembahkan aset pertahanan terkini daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatannya iaitu darat, laut dan udara termasuklah kenderaan pembawa senjata jenis G. Wagon yang digunakan pasukan infantri untuk membuat tinjauan,

selain kenderaan perisai dan meriam.

Deruan jet-jet aset pertahanan udara yang melintasi ruang udara sekitar Dataran Merdeka turut membuatkan penonton teruja sebaik ia melaksanakan pelbagai formasi di udara.

Antara yang memukau penonton ialah formasi penerbangan sembilan pesawat Pilatus PC 7 yang digunakan sebagai pesawat latihan asas untuk juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pesawat pengangkut TUDM, selain 11 pesawat tempur Sukhoi SU 30 MKM.

Majlis sambutan diakhiri dengan persembahan khas tarian kebudayaan oleh Komponen Rakyat Bersepadu yang menampilkan lebih 1,000 peserta pelbagai kaum.


- Bernama

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT