WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- PAS SEMAKIN GANJIL
- AJK PAS PAHANG SERTAI GHB
- HARAPAN BARU AMBIL ALIH PEJABAT PAS JELEBU
- BERSIH 4: LIMA LOKASI TELAH DITETAPKAN
- ‘DERMA’ RM2.6 BILION: ADAKAH NAJIB DIBIARKAN BEGITU SAHAJA?
- HIMPUNAN BERSIN 4.0 PERTAHAN KUASA MORAL RAKYAT – MAT SABU
- AHLI UMNO SAMAN NAJIB, TUNTUT SEBAHAGIAN DARI AS$650J
Posted: 28 Aug 2015 05:31 AM PDT |
Posted: 28 Aug 2015 04:57 AM PDT |
HARAPAN BARU AMBIL ALIH PEJABAT PAS JELEBU Posted: 28 Aug 2015 04:56 AM PDT |
BERSIH 4: LIMA LOKASI TELAH DITETAPKAN Posted: 28 Aug 2015 04:51 AM PDT Bersih 4: Lima lokasi telah ditetapkanTerdapat lima lokasi yang telah ditetapkan bagi perhimpunan aman Bersih 4 untuk menuju ke Dataran Merdeka pada 29 dan 30 Ogos nanti. Antara lokasi yang terlibat adalah, Masjid Negara, Brickfields, Pasar Seni, Menara Maybank dan di hadapan komples beli belah Sogo. Menurut Pengerusinya, Maria Chin Abdullah, kelima-lima lokasi tersebut merupakan kawasan yang berdekatan dengan dataran Merdeka dan memudahkan rakyat di negara ini turun beramai-ramai ke dalam perhimpuan itu. "Dua hari sahaja lagi sebelum rakyat Malaysia turtun beramai-ramai ke jalanan bagi menyatakan desakan terhadap lima tuntutan kita, iaitu pilihanraya bersih, kukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah dan selamatkan ekonomi kita. "Bukan sahaja di Kuala Lumpur, malah perhimpunan ini juga diadakan di Sarawak dan Sabah. Di Kinabalu mereka akan berkumpul di letak tapak kereta Sabah Tarde Center (Likas Square) dan berarak ke Tanjung Lipat Public Park. Di Kuching, mereka akan berkumpul di Padang Jubilee dan Pelita Car Park. "Malah acara Global Bersih berjalan di lebih 60 bandar utama seluruh dunia, dan akan berjalan pada tarikh, masa yang sama mengikut zon waktu masing-masing," katanya. Selain itu, terdapat 2000 orang sukarelawan yang menjadi pemantau bagi menjaga keselamatan ketika perhimpunan itu sedang berlangsung dan mereka akan memakai bip yang tertera tulisan pemantau. "Pasukan bantuan kecemasan akan berada di kawasan-kawasan strategik dan siap sedia dengan ambulans masing-masing sekiranya memerlukan sesiapoa dievakuasi dari tapak perhimpunan akibat kecederaan atau masalah kesihatan," ujarnya. Di samping itu, Bersih 4, menyediakan khidmat medik, dan peserta yang memerlukan bantuan sila hantarkan SMS dengan maklumat lokasi, bangunan terdekat dan maklumat kejadian ke nombor 011-123-77118 atau 013-203-6911. Dan sekiranya ditangkap, sila bertenang dan hubungi pasukan 'urgent arrest' menggunakan SMS dengan memberikan anam, nombor kad pengenalan dan lokasi balai plos ke nombor 018-3160-214 atau 018-3907-780 atau 018-3135-988. |
‘DERMA’ RM2.6 BILION: ADAKAH NAJIB DIBIARKAN BEGITU SAHAJA? Posted: 28 Aug 2015 04:45 AM PDT 'Derma' RM2.6 bilion: Adakah Najib dibiarkan begitu sahaja?Oleh: Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss Rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu berita yang hangat diperkatakan oleh masyarakat kampung di kedai kopi sehinggalah masyarakat antarabangsa di Sidang Parlimen mereka disebabkan sumbangan derma kepada seorang yang bernama Dato' Sri Haji Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak. Siapa tidak kenal Dato' Sri Najib yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Malaysia dan juga Presiden Umno yang menerima sumbangan derma yang 'dikatakan' berjumlah AS$ 700 Juta (RM 2.6 Bilion), adakah ianya benar? Melalui carian enjin Google dengan menaip 'Najib RM 2.6 Bilion' terdapat pelbagai kisah tersebut termasuk paparan gambar Dato' Sri Najib yang berjumlah lebih 700 Ribu jaringan dalam pelbagai bahasa yang menunjukkan ramai yang berminat akan kisah yang berlaku. Bermula pada 5 Julai 2015 dengan laporan The Wall Street Journal (WSJ) yang juga sebuah syarikat akhbar harian antarabangsa yang berpengaruh yang diterbitkan di New York City, Amerika dengan peredaran di seluruh negara dengan cetakan hampir 2.6 Juta naskah jualannya. WSJ untuk rekod pernah disaman oleh hartawan kasino Amerika, Sheldon Adelson pada 2 Mac 2013 kerana dikatakan memfitnahnya berikutan artikel Kate O'Keeffe pada 22 Februari 2013 yang diterbitkan pada 5 Disember 2012 yang bertajuk 'Fired Executive Rankles Casino Business'. Pelbagai pihak mentaksif artikel WSJ (http://www.wsj.com/articles/scandal-in-malaysia-1436113149) tersebut sebagai satu yang mengejutkan, sungguh memanaskan politik Malaysia sehinggakan berlakunya rombakan Kabinet Malaysia pada 28 Julai 2015 yang lalu. WSJ telah mendedahkan tentang sebuah bank yang dikaitkan dengan sebuah Negara dari Timur Tengah iaitu Negara Kuwait yang sebelum ini dikejutkan tentang kes pembunuhan Pengasas Arab-Malaysian Bank (sekarang AmBank Group), Hussain Ahmad Najadi pada 29 Julai 2013. Pada Mac 2015 yang lalu, Pascal Najadi Pengasas dan Presiden Firma Penasihat Antarabangsa Perbankan Switzerland, Najadi and Partners Ltd anak kepada Pengasas Arab-Malaysian Bank tersebut mengatakan masih menunggu kes pembunuhan bapanya yang belum selesai. Untuk rekod, sejumlah RM 1.63 Juta zakat perniagaan Kumpulan AmBank bagi tahun kewangan 2013 dan bagi tahun kewangan 2012 pula ianya menunjukkan lebihan RM 9,000 perbezaan tahun tersebut yang lebih baik bersifat tahun kewangannya. Manakala bagi bayaran cukai perniagaan Kumpulan AmBank pula bagi tahun 2012 ialah RM 499 Juta berbanding tahun 2013 sebanyak RM 484.7 Juta yang jelas menunjukkan pencapaian kewangan pada tahun 2012 adalah lebih baik walaupun terdapat pendeposit wang yang besar pada tahun 2013. Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) pada 5 Mei 2013, Barisan Nasional (BN) di bawah Dato' Sri Najib telah memenan gi 133 kerusi parlimen daripada 222 kerusi keseluruhannya dan selebihnya dimenangi oleh Pakatan Rakyat (PR) sebanyak 89 kerusi parlimen. Umum mengetahui bahawa Timbalan Presiden Umno yang juga merangkap Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin adalah Pengerusi Pengurusan Pentadbiran Umno yang juga sering diberikan tugas sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil beberapa kali. Manakala Bendahari Agung Umno yang juga Bendahari BN adalah Dato' Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan beliau juga adalah Menteri Kewangan 11 dimana bosnya adalah Dato' Sri Najib yang boleh menjawab isu dana pilihan raya serta isu derma yang panas tersebut. Jika kembali kepada sejarah berkaitan tokoh politik dengan skandal kewangannya, pada 11 April 1998 ianya berlaku terhadap Tan Sri Muhammad Haji Muhammad Taib, bekas Menteri Besar Negeri Selangor yang terpaksa meletak jawatannya setelah Mahkamah Majistret Brisbane, Australia memutuskannya bersalah. Beliau ditahan di Lapangan Terbang Brisbane, Australia pada 16 Disember 1996 kerana tidak mengisytiharkan wang milik adiknya untuk membeli tanah di Queensland, membawa keluar wang tunai sebanyak RM 2.4 Juta ke Negara Australia dalam bentuk ringgit Singapura, Malaysia dan New Zealand. Beliau didakwa di dibawah Financial Transaction Reports Act 1988, Australia, perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Brisbane pada 19 Ogos 1997 kerana gagal memaklumkan membawa wang lebih A$ 5,000 yang bertujuan membina rumah mewah di Gold Coast , barat Queensl and di atas tanah seluas 4,500 hektar. Malaysia telah memperkenalkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) di dalam usaha mencegah 'kuasa ketiga' menentukan suasana dan keadaan dalam negara kita dengan kewangan yang disalurkan. Bank Negara Malaysia bertanggungjawab telah meminda Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan untuk memperkukuh lagi sistem kewangan dalam negara kita yang diperkenalkan pada Oktober 2013 yang lalu. Pelaburan wang haram dalam undang-undang Amerika Syarikat adalah amalan melibatkan urusan kewangan untuk menyembunyikan pengenalan, sumber, atau destinasi wang yang diperolehi secara haram yang diberikan kepada pihak yang ketiga. Dalam undang-undang United Kingdom, takrifan common law tentang harta milik dalam bentuk yang sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya hasil jenayah yang akan menyamarkan fakta bahawa harta milik itu adalah hasil jenayah atau mengaburkan kepemilikan bermanfaatan harta milik itu. Istilah 'pelaburan wang haram' telah digunakan hanya pada urusan kewangan berkaitan jenayah terancang, kini takrifannya diperluas kepada mana-mana urusan kewangan yang menghasilkan aset atau suatu nilai disebabkan tindakan haram, yang mungkin melibatkan tindakan seperti pengelakan cukai atau perakaunan palsu. Hasil kutipan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tahun 2013 adalah sebanyak RM 129 Bilion, bagi tahun 2014 pula sebanyak RM 133.7 Bilion berjaya dikutip dan sebanyak RM 124.87 Bilion pada 2012 yang menunjukkan peningkatan setiap tahun, adakah termasuk cukai RM 2.6 Bilion tersebut? Kepada yang diketagorikan dikenakan bayaran cukai, LHDN tersedia Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menetapkan kesalahan, denda dan penalti kepada mereka yang disenaraikan (http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=5&posi=3&unit=7000&sequ=11) Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Pasukan penyiasat khas terdiri daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed. Rakyat Malaysia adalah 'hakim terakhir' untuk memutusakan kisah Dato' Sri Najib berdasarkan 'hujah-hujah' oleh pelbagai pihak yang menjadi 'peguam rakyat' dengan tujuan untuk menyelamatkan Malaysia daripada 'dakwaan dan kesalahan' yang perlu dijatuhkan 'hukuman'! Nota : Penulis adalah Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (PENYEDAR) |
HIMPUNAN BERSIN 4.0 PERTAHAN KUASA MORAL RAKYAT – MAT SABU Posted: 28 Aug 2015 04:43 AM PDT Himpunan Bersin 4.0 pertahan kuasa moral rakyat – Mat SabuKENYATAAN MEDIA: Negara kita sedang berhadapan dengan pelbagai skandal yang sangat menjolok mata, pembohongan melampau, pemerkosaan hak rakyat, dan salah urus kekayaan negara, seolah tiada lagi batasnya. 2. Pemimpin negara bertindak sesuka hati, para pegawai pelaksana undang-undang disingkir, suara yang menegur diugut dan ditekan, dan rakyat dibohongi saban hari. 3. Ekonomi negara pula sangat tenat. Nilai Ringgit merudum tiada kawalan. Harga rumah, barang keperluan harian, dan kos perniagaan meningkat di luar tahap kemampuan kebanyakan rakyat. Sedang harta negara diratah sesuka hati oleh para penguasa. Amanah hilang entah ke mana. 4. Kebejatan ini tidak mungkin berlaku di dalam negara yang punya KUASA MORAL yang tinggi. Tetapi, kuasa moral rakyat kelihatan cuba dihakis terus. Dhamir rakyat yang masih punya kuasa moral sangat terluka dengan keadaan ini. Mereka mesti bangkit menyatakan sikap dan pendirian. 5. Gerakan Harapan Baru menyeru semua pendokong dan penyokongnya, serta seluruh rakyat negara ini, agar turut serta dalam Perhimpunan Aman Bersih 4.0, yang akan berlangsung pada 29hb hingga 30hb Ogos ini, bermula jam 2.00 petang di ibu negara. 6. Himpunan ini sangat penting bagi mempertahankan kuasa moral rakyat sekaligus demi menyelamatkan Malaysia daripada segala kebejatan yang tidak berpenghujung ini. Amanah. Progresif. Peduli. Hj Mohammad Bin Sabu Pengerusi Gerakan Harapan Baru |
AHLI UMNO SAMAN NAJIB, TUNTUT SEBAHAGIAN DARI AS$650J Posted: 28 Aug 2015 04:41 AM PDT Ahli Umno saman Najib, tuntut sebahagian dari AS$650jKeadaan menjadi semakin panas dalam Umno, apabila seorang anggota yang mendakwa mewakili parti, memfailkan saman terhadap Presidennya, Datuk Seri Najib Abdul Razak, untuk mendapatkan kembali sebahagian daripada RM2.6 bilion yang diakwa sumbangan derma untuk parti itu yang dikatakan telah dipindahkan ke luar negeri. Sebahagian besar daripada dana itu, yang mana Wall Street Journal, mendakwa telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib, didakwa dipindahkan ke Singapura dua tahun lepas. Umno, melalui seorang pemimpin akar umbinya, telah menamakan Najib dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusof sebagai defendan dalam saman yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini. Ahli Umno itu mendakwa bahawa tindakan undang-undang itu diambil untuk kepentingan dan bagi pihak parti tersebut dan ahli-ahlinya. AS$650 juta itu dikatakan baki daripada jumlah asal AS$681 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri. Pemindahan itu berlaku sekitar 30 Ogos 2013, hari yang sama Najib menutup akaun tersebut, seperti yang didakwa oleh Sarawak Report. Difahamkan saman itu difailkan hari ini selepas tiada tindakan didakwa diambil terhadap aduan yang dibuat terhadap Najib, kepada lembaga disiplin. Ahli Umno itu memohon injunksi terhadap Najib dan Abdul Rauf atau ejen dan/atau pekerja dalam lembaga disiplin, Majlis Tertinggi, badan perhubungan negeri,bahagian, dan cawangan, supaya dihalang daripada membuang, menggugurkan, menggantung dan/atau mengambil sebarang disiplin terhadapnya sementara menunggu pelupusan kes itu. Beliau juga memohon pembayaran balik berjumlah AS$650 juta – jumlah yang dilaporkan didepositkan oleh Najib ke dalam sebuah akaun di bank Singapura – dan sebuah akaun dengan semua wang yang beliau telah terima dalam bentuk derma. Turut dituntut ialah butir-butir mengenai semua wang dalam AmPrivate Perbankan – No Akaun 2112022009694 – yang didakwa milik Najib, bersama-sama dengan ganti rugi, kos dan relif lain. Dalam pernyataan kenyataan tuntutan yang dilihat oleh Malaysiakini, ia menyatakan bahawa Umno, yang tertakluk bawah Akta Pertubuhan 1966, ditadbir oleh perlembagaan parti. Parti itu ditadbir oleh Majlis Tertinggi, yang terdiri daripada anggota yang dipilih dan dilantik oleh parti, dan badan pengawasan terdiri daripada lembaga disiplin dan badan perhubungan Umno negeri. Dokumen tersebut menyatakan bahawa antara 21 Mac dan 25 Mac 2013, AS$680,999,976 (RM2.6 bilion) masuk ke dalam dua akaun peribadi Najib di Ambank, melalui Falcon Private Bank di Singapura. Dinyatakan bahawa RM2.6 bilion itu adalah sumbangan yang dibuat kepada Najib untuk kegunaan dan faedah Umno dan Najib mengakui menerima jumlah itu dan bukan untuk kegunaan peribadi. Menurut pernyataan tuntutan, Najib secara terbuka menyatakan bahawa RM2.6 bilion itu adalah sumbangan derma daripada dermawan Timur Tengah yang tidak dinamakan. Ia juga berkata Majlis Tertinggi Umno menyatakan Najib telah dilantik sebagai pemegang amanah bagi Umno dan bahawa ia telah menerima jumlah wang yang besar daripada presiden parti, yang berasal dari akaunnya. Oleh itu, pernyataan tuntutan itu menyatakan Najib memegang RM2.6 bilion sebagai pemegang amanah dan kegunaan Umno. Penyataan tuntutan juga seterusnya mendakwa bahawa Umno dan dengan itu, Najib, dikawal oleh Akta Pertubuhan dan perlembagaan parti. Ia menyebut bawah seksyen 14(d) akta tersebut, Umno perlu menyediakan akaun teraudit setiap tahun kewangan kepada Pendaftar Pertubuhan. Tahun kewangan Umno adalah dari 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun, dan wang kepunyaan Umno hendaklah disimpan di bank perdagangan atau simpanan. Sebagai plaintif, beliau menyatakan bahawa Najib sebagai pemegang amanah, telah melanggar perlembagaan Umno, peruntukan Akta Pertubuhan, dan common law sebagai pemegang amanah. Beliau seterusnya berkata jumlah RM2.6 bilion itu tidak ada dalam akaun Umno yang telah diaudit bagi tahun kewangan 2013 dan 2014. Ia juga mendakwa bahawa sebahagian daripada RM2.6 bilion itu telah dipindahkan ke satu akaun bank di Singapura pada 30 Ogos 2013. Akaun bank dikatakan bukan milik Umno. Najib juga didakwa tidak memaklumkan atau mengisytiharkan jumlah RM2.6 bilion itu kepada Umno. Pernyataan tuntutan itu menyebut bahawa Najib telah membayar atau mengeluarkan daripada parti itu sejumlah asal wang berjumlah AS$650 juta, dan ini adalah pelanggaran secara langsung Perlembagaan Umno. Ia juga mendakwa bahawa presiden Umno itu telah menggunakan atau menyimpan sebahagian wang yang bagi faedahnya sendiri dan tanpa mengambil kira Umno. Dengan sebab itu, penyataan tuntutan mendakwa Najib telah bertindak dengan pecah amanah dan kepercayaan yang diletakkan kepadanya sebagai pemegang amanah Umno. Untuk ini, beliau berkata presiden Umno dan Majlis Tertinggi telah bertindak ultra vires (di luar kuasanya) dalam perlembagaan parti itu dan telah melakukan penipuan. MT tak sedia bertindak Anggota Umno itu seterusnya menyatakan bahawa oleh kerana Najib didakwa pesalah yang mengawal parti, maka parti itu bukan dalam kedudukan untuk membuat tuntutan untuk faedahnya sendiri terhadap Najib. Ia juga berkata bahawa Majlis Tertinggi tidak berupaya atau tidak bersedia untuk mengambil tindakan terhadap presiden Umno berikutan kuasa dan pengaruhnya ke atas parti. Perwakilan Umno Langkawi itu seterusnya mendakwa lagi Najib telah menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri apabila menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kekal sebagai timbalan presiden parti. Anggota Umno itu berkata akibat daripada kedudukan dan kuasa Najib, dan juga cara bagaimana Umno ditadbir oleh Majlis Tertinggi, jawatankuasa perhubungan negeri, bahagian dan cawangan, tidak akan menyaman atau meminta akaun RM2.6 bilion. Tindakan undang-undang ini adalah yang kedua yang dihadapi oleh Najib atas kapasiti peribadinya. PKR dan beberapa anggota pembangkang telah memfailkan saman terhadap Najib, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 1MDB, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang dikaitkan dengan derma RM2.6 bilion itu. Najib mendakwa wang itu adalah sebahagian daripada sumbangan politik untuk digunakan bagi pilihan raya umum ke-13. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan