Ahad, 23 Ogos 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


GAMBAR DAN BERITA PRESIDEN PKR DI PERMATANG PAUH

Posted: 23 Aug 2015 01:59 PM PDT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..program Kak Wan hari ini Ahad (23 Ogos 2015) di Permatang Pauh seperti berikut:
10.00 pagi ; Melawat mangsa ribut , Che Nah bte Abd Rauf , Permatang Tengah
11.00 pagi ; Ziarah rumah Sdr Fauzi , Permatang Pasir
12.30 tghri ; Ziarah orang sakit di Guar Perahu
3.00 ptg ; Program wanita Cabang di Yayasan Aman
5.00 ptg ; Penyerahan mesin rumput di Kg Mak Sulong
6.30 ptg ; Majis ramah mesra bersama penduduk Siam , Wat Siam Tanah Liat.


Ziarah dan sampaikan sumbangan kepada mangsa ribut , Che Nah bte Abd Rauf , Permatang Tengah pagi ini..moga Allah permudahkan rezeki keluarga ini..
Terima kasih AMK dan Wanita Cabang Permatang Pauh yang sama2 turun bergotong-royong membantu rakyat..


Menziarahi anak Sdr Mohd Fauzi Abu Bakar di Kg Permatang Pasir.. Alhamdulillah ada rezeki untuk kita jamah bersama rakyat pagi ini.


Ziarah isteri Exco Dr Afif dan anak Sdr Izzat, Exco AMK Pusat yang dirawat di KPJ..semoga Allah berikan kesembuhan segera..


Ziarah di Taman Guar Perahu, santuni rakyat dan aktivis pejabat Parlimen Permatang Pauh..

Program santai bersama Wanita Cabang Permatang Pauh ..usaha2 untuk hasilkan gerak kerja yang lebih baik dan berkesan..harus dipertingkatkan..


Majlis serahan mesin rumput kepada pemuda-pemuda di padang Mengkuang Mak Sulong petang ini..alhamdulillah, semoga mesin ini dimanfaatkan sebaik2nya..


majis ramah mesra bersama penduduk Siam , Wat Siam Tanah Liat, Penanti..

WAKIL RAKYAT SERTAI GHB TIDAK PERLU LETAK JAWATAN – AHMAD AWANG

Posted: 23 Aug 2015 01:54 PM PDT

PERLETAKAN JAWATAN BESAR-BESARAN PAS KELANA JAYA, SUBANG JAYA

Posted: 23 Aug 2015 01:52 PM PDT

UNDI TAK PERCAYA: TIBA MASANYA MP BN CINTA SEJARAH!

Posted: 23 Aug 2015 01:47 PM PDT

GHB PUJUK BEKAS MB, AHMAD SAID SERTAI PERJUANGAN?

Posted: 23 Aug 2015 04:48 AM PDT

91 AJK PAS GELANG PATAH LETAK JAWATAN

Posted: 23 Aug 2015 04:44 AM PDT

GAMBAR GAMBAR PELANCARAN HARAPAN BARU DI KEDAH 22.8.2015

Posted: 23 Aug 2015 01:04 AM PDT

Kami dah tak larat lagi.... 
Dengan puak UMNO bukan kawan kami. 
GHB DAN PAKATAN HARAPAN BARU KAMI.

5 cara untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia

Posted: 23 Aug 2015 12:40 AM PDT

 


Liew-Chin-Tong
Krisis ekonomi yang sangat kritikal sedang melanda Malaysia dan seakan-akan tidak kelihatan jalan keluar dalam masa terdekat ini. Kerajaan pula tidak sedikit pun dilihat bersedia mengakui keadaan ekonomi yang amat merudum kini, apatah lagi untuk menangani beberapa asas pemahaman makroekonomi atas apa yang sedang berlaku dan apa yang perlu dilakukan untuk Malaysia ke hadapan nanti.
Tukaran matawang ringgit pula telah mencecah nilai terendah semenjak 17 tahun sebelum ini ke paras bukan lagi RM3.80/USD, bahkan menjangkau RM4/USD!
Setakat ini, maklum balas daripada kerajaan pula ialah dengan mengatakan nilai matawang ringgit yang kian merosot adalah baik untuk urusan eksport negara dan juga industri pelancongan, selain kejatuhan nilai matawang Malaysia disebabkan oleh faktor global seperti penurunan renminbi China yang tidak dijangka-jangka.
Lebih menyedihkan, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani menyatakan bahawa rakyat tidak perlu panik manakala Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz pula mengatakan nilai ringgit yang lemah adalah baik untuk industri pelancongan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Jusoh mengatakan bahawa nilai ringgit yang lemah sekarang ini mampu membawa masuk lebih ramai pelajar asing menyambung pengajian di Malaysia. Dakwaan sebegini tidak akan membawa kita ke mana-mana!
Bagaimana kita jadi begini
Jika kita melihat dari perspektif yang lebih luas, sejak krisis ekonomi Asia 1997, Malaysia banyak bergantung kepada tenaga buruh asing kurang berkemahiran, dan tidak banyak mengalami peningkatan dan penambahbaikan dari segi pendapatan, produktiviti, kemahiran dan teknologi.
Sejak Perang Teluk 2003 yang telah mengakibatkan peningkatan harga minyak dan komoditi yang berlipat ganda, Malaysia banyak bergantung kepada hasil minyak untuk mengekalkan keutuhan ekonomi dan juga untuk menampung perbelanjaan kerajaan yang tinggi.
Dengan pengenalan terhadap Pelonggaran Kuantitatif atau Quantitative Easing (QE) yang diperkenalkan oleh Rezab Persekutuan AS sebagai respon kepada Krisis Ekonomi Global 2008, ekonomi Malaysia telah banyak bergantung pada penggunaan yang berasaskan hutang dan spekulasi hartanah.
Permasalahan Malaysia
Pergantungan jangka panjang kepada buruh murah bermakna sektor pengeksportan kita tidaklah begitu kuat dan teguh seperti yang kita bayangkan. Sebahagian besar output ekonomi Malaysia datangnya dari sumber minyak dan gas, serta bahan-bahan komoditi; di mana harga bagi bahan-bahan tersebut kini kian menurun.
Lebih buruk lagi, tidak seperti krisis 1997, Malaysia dan negara-negara Asia tidak lagi dapat menggunakan eksport sebagai jalan keluar kepada permasalahan ekonomi yang dihadapinya. Ini kerana negara yang menjadi pemain utama dalam ekonomi dunia sendiri iaitu Amerika Syarikat; juga berada dalam situasi yang tidak terlalu baik buat masa ini.
Hari ini, daripada empat pemain utama ekonomi dunia – Amerika Syarikat, Eropah, Jepun dan China – hanya ekonomi Amerika Syarikat yang kelihatan 'agak baik' berbanding yang lain. Namun begitu, ekonomi negara-negara tersebut tak sekukuh sewaktu krisis ekonomi Asia 1997. Apa yang dipanggil sebagai 'the emerging markets' seperti Rusia, Brazil dan lain-lain, kini pula seakan-akan 'hidup segan mati tak mahu'.
Dari satu aspek, Malaysia tidak dapat mengeksport sebarang hasil dagangannya melainkan hanya ke Amerika Syarikat. Dari aspek yang lain pula, terdapat persaingan untuk menurunkan nilai matawang dari kalangan negara Jepun, Eropah dan kini China dengan tujuan untuk meningkatkan pengeksportan. Kemungkinan, inilah noktah yang paling menakutkan dalam krisis yang akan berlaku.
Menteri, berhentilah merepek
Saya berharap menteri-menteri yang gemar mengeluarkan dakwaan bahawa nilai matawang Malaysia yang lemah akan membantu peningkatan eksport negara agar berhentilah daripada bercakap sesuatu yang 'tidak masuk akal'. Perhatikan dengan teliti laporan terbaru Bank Negara yang menunjukkan eksport kasar menurun sebanyak 3.7% pada Suku Kedua 2015 (1Q2015: -2.5%) walaupun nilai ringgit menyusut sepanjang tempoh tersebut.
Antara cabaran utama yang lain juga ialah menyelesaikan persoalan bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan "normal baru" senario 'post-Quantitative Easing'. Harga minyak lumpuh tidak lama selepas Rizab Persekutuan mengakhiri program Quantitative Easing pada lewat 2014. Harga aset yang melambung di seluruh Asia antara 2009 hingga 2014 akibat daripada QE terpaksa berhadapan kaedah pelarasan/penyesuaian yang amat sukar.
Nisbah keberhutangan isi rumah dan spekulasi nilai harta yang sangat tinggi di Malaysia mungkin akan menyebabkan kaedah pelarasan/penyesuaian menjadi bertambah-tambah sukar. Kejutan seterusnya kepada ekonomi Malaysia adalah jika Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menaikkan kadarnya pada bulan September.
Eksport tidak akan mengalami peningkatan yang terlalu banyak dalam jangka masa pendek (berikutan kapasiti eksport Malaysia yang terhad, perlumbaan yang sengit dalam menurunkan nilai matawang dan kurangnya 'minat' Amerika Syarikat terhadap import) dan nilai ringgit berkemungkinan besar semakin menguncup jauh (krisis politik domestik, kenaikan kadar Amerika Syarikat, kejatuhan harga minyak), walau apa keadaan sekalipun, Malaysia perlu mencari jalan keluar.
5 jalan keluar untuk menyelamatkan ekonomi
Saya mencadangkan 5 jalan keluar untuk menyelamatkan Malaysia daripada krisis yang sedang memuncak ini:
1. Najib perlu berundur daripada menjadi Perdana Menteri
Kita patut akui bahawa Datuk Seri Najib Razak merupakan satu 'masalah' kepada Malaysia hari ini. Walaupun terdapat faktor-faktor global lain yang menyumbang kepada kemerosotan ekonomi negara, Najib adalah punca kepada kehilangan keyakinan terhadap integriti institusi-institusi di Malaysia. Seperti mana 'bangkai yang bernyawa', mengekalkan Najib sebagai Perdana Menteri hanyalah akan menyebabkan lebih banyak kemudaratan kepada ekonomi Malaysia.
2. Lantik Menteri Kewangan yang baru dan kompeten
Kalau pemimpin dalam parti pemerintah hari ini masih tidak dapat menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri, sekurang-kurangnya seorang Menteri Kewangan yang baru dan kompeten serta benar-benar 'bijak' dalam memahami makroekonomi dan permasalahan-permasalahannya perlu dilantik segera; demi menyelamatkan ekonomi Malaysia.
Inilah masanya untuk menghentikan praktis di mana seorang Perdana Menteri turut mengemudi portfolio kewangan negara secara serentak. Dua nama yang berlegar dalam fikiran saya buat masa ini; Datuk Seri Mustapha Mohamed dari kalangan menteri dalam kabinet sedia ada dan Datuk Seri Nazir Razak sekiranya perlu dari luar kabinet hari ini.
3. Tetapkan GST pada kadar sifar
Ekonomi global hari ini tersekat dalam situasi yang tidak seimbang. Contoh; kebergantungan terhadap ekonomi Amerika Syarikat sebagai destinasi tunggal pengguna. Kita hanya memiliki potensi eksport yang terhad; itu pun jika ada! Malaysia perlulah segera mengatasi trend kejatuhan ekonomi kini dengan memastikan terdapat penggunaan domestik yang mencukupi di peringkat bawahan.
Dengan kejatuhan pantas nilai ringgit, inflasi import dijangka akan mengakibatkan kenaikan nilai matawang yang tinggi. Satu cara untuk memastikan bahawa penggunaan domestik tidak lumpuh adalah dengan menghapuskan GST atau sekurang-kurangnya meletakkannya pada kadar sifar untuk tempoh setahun sebelum kajian lanjut dijalankan.
4. Menghentikan projek mega melibatkan kroni
Semua projek mega melibatkan kroni mestilah dihentikan dan perlu diletakkan pada sebuah penilaian 'kesan tukaran nilai matawang asing'. Terdapat banyak projek berskala besar seperti tren berkelajuan tinggi Malaysia-Singapura dan juga projek MRT yang telah menelan harga yang melampau; tidak diperlukan sama sekali sekiranya opsyen lain yang lebih murah dan efektif dapat dikemukakan.
Jika diteliti masa lalu, jawapan kerajaan kepada sesuatu krisis adalah dengan menyuntik lebih banyak dana kepada kroni untuk tujuan menambah projek-projek pembinaan. Projek-projek pembinaan yang didorong kerajaan (government-driven) biasanya melibatkan pengambilan tenaga buruh asing tidak mahir yang akhirnya hanyalah memberikan impak yang sangat kecil terhadap ekonomi negara secara menyeluruh. Terdapat cara lain untuk meningkatkan ekonomi.
5. Menghentikan pengambilan tenaga buruh asing tidak mahir
Salah satu cara yang penting untuk memastikan berlakunya perubahan bersifat struktural terhadap ekonomi Malaysia ialah dengan mengecilkan jumlah tenaga buruh asing tidak mahir dan memperluaskan penggunaan jentera mesin serta peralatan auto agar pekerja tempatan dapat dibayar dengan upah yang lebih baik dan kemahiran mereka boleh ditingkatkan. Oleh itu, cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi untuk membawa masuk 1.5 juta lagi pekerja tidak mahir Bangladesh adalah tidak bijak dan bercanggah dengan kepentingan negara.
Dengan meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah untuk meningkatkan penggunaan domestik tatkala peluang eksport amat terhad akan menjadi satu strategi penting untuk terus bertahan dalam krisis ekonomi yang sedang melanda. Meningkatkan pendapatan di peringkat bawahan adalah amat penting kerana nisbah sedia ada keberhutangan isi rumah Malaysia berada pada tahap yang sangat tinggi. Penggunaan domestik mestilah dikembangkan segera tanpa menyebabkan lebih banyak hutang terkumpul.
Kita sedang berhadapan saat getir. Malaysia memerlukan pemimpin politik dan ekonomi yang kompeten dan berintegriti untuk mengatasi fasa yang sukar ini. – Roketkini.com
*Ucapan oleh Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan merangkap Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong semasa Forum The Rocket di Kluang, Johor pada 13 Ogos 2015

Fitnah “DAP dibiayai Yahudi”: DAP mahu polis ambil tindakan terhadap UMNO

Posted: 23 Aug 2015 12:35 AM PDT


11831740_1205559666127636_78792010440135309_n
BAGAN, 23 OGOS: Pimpinan UMNO sudah hilang akal kerana bersikap "desperado" apabila pemimpinnya seperti Ketua Bahagian UMNO Sri Gading, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, membuat fitnah jahat dan tidak masuk akal kononnya DAP dibiayai Yahudi.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata pihak DAP akan membuat laporan polis mendesak tindakan diambil ke atas tuduhan fitnah yang tidak berasas itu.
Katanya, Abdul Aziz yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan sanggup memfitnah semata-mata mahu menutup skandal RM42 bilion 1MDB dan "derma" politik RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun persendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihan raya umum ke-13 pada 2013.
Ujar beliau, Abdul Aziz mendakwa "derma" RM2.6 bilion diberi kepada Najib untuk membiayai perjuangan melawan DAP "yang dibiayai Yahudi".
Menurut hujah merepek Abdul Aziz, jika UMNO kalah dalam pilihan raya, DAP yang disokong Yahudi akan berkuasa, dan kalau "kerajaan Islam Malaysia" tumbang, rosak perjuangan Islam seluruh dunia, tambah beliau.
"Tidak waras dan tidak logik langsung bahawa DAP boleh berkuasa bila hanya bertanding dalam 51 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen. Menang semua pun tak mungkin jadi parti terbesar, apatah lagi berkuasa.
"DAP hanya berdepan dengan calon UMNO dalam dua kerusi Parlimen, di mana DAP menang satu dan kalah satu. Tak kan perlu RM2.6 bilion untuk lawan DAP dalam dua kerusi Parlimen?
"Kalau begitu betapa banyak lagi dibelanjakan oleh UMNO dalam pertandingan kerusi-kerusi parlimennya yang lain?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, jelas UMNO sudah hilang idea memerintah dan hanya mahu menutup kerakusan kuasa dan skandal rasuah dalam kerajaan.
Oleh itu, katanya, mereka akan membuat fitnah besar yang bodoh tentang konspirasi Yahudi bersama dengan DAP, yang jelas tidak masuk akal sama sekali.
"Adalah lebih baik jika kerajaan persekutuan BN menjelaskan mengapa mereka berhubung dengan syarikat kewangan besar antarabangsa yang dimiliki oleh Yahudi dalam urusan kewangan 1MDB," ujarnya.
Minggu lalu Ketua Bahagian UMNO Kuantan, Wan Adnan Wan Mamat, pula mendakwa sumbangan RM2.6 bilion kepada Najib adalah dari Arab Saudi kerana menghargai peranan Perdana Menteri melawan kumpulan militan ISIS, ISIL atau IS (Islamic State).
Hujah itu juga tidak munasabah kerana wang itu diberikan sejurus sebelum PRU13, iaitu pada Mac 2013 sedangkan IS/ISIS/ISIL hanya ditubuhkan sebulan selepas itu, iaitu pada April 2013, sebagai kumpulan serpihan Al-Qaeda.
Malah, lebih setahun selepas itu, Najib pada Jun 2014, dilaporkan memuji perjuangan IS/ISIS/ISIL dengan menggesa UMNO mencontohi perjuangan kumpulan militant tersebut. – Roketkini.com

Tiada ulasan: