Khamis, 27 Ogos 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


PENIAGA KECIL UNTUNG BESAR

Posted: 27 Aug 2015 07:12 PM PDT







SATU JUTA

34 JAM 

K.LUMPUR

jejas ekonomi
bull shit
bak kata mahathir


FAKTA
hotel di pusat bandar
disekitar jalan petaling
disekitar batu road
semua telah penuh
semua telah ditempah

pengalaman demo anti GST
air mineral botol kecil
dijual 1.50 - 2.00 ringgit
makanan disekitar dataran habis
makanan disekitar kampong baru habis

kepala bana apa
jejas pendapatan
sorang belanja 10 rinngit
1 juta ada 10 juta masuk

yang rosakkan ekonomi
ialah rosmah dan isterinya
nilai ringgit makin merosot
#tangkap najib




-------------

TURUN TURUN TURUN

Posted: 27 Aug 2015 06:43 PM PDT





SELURUH DUNIA
#Tanpa prejudice Dan berbelah bahagi"!!!!!we,aku,kamu,kamu,kamu barisan solidarity seluruh malaya,we support all gagasan #bersih 4.0..we love Malaysia,we love voiced of democracy...

hadir beramai2 melempah ruah Dan sentiasa bersedia serta berwaspada sebarang kemungkinan..,tekanan Oleh pemerintah yg corup, yg mencari2 Alasan yg detector..... Justice for malayzia....free Malaysia from penyamunn.....free Malaysia from ablasa berjalan Bangkok..sentiasa bengkok..Alasaan Bangkok..fakwa.fakwawa yang bengkok Dari zakar2 yang Bengkok.....

justice for Malaya!!!!! Justice for anwar ibrahim!!!!! Ohhh lord.... on KERJA BANGAN LAGI BODOH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/28/15




-----------

MAZHAB SUNNI WAL RASUAH

Posted: 27 Aug 2015 06:15 PM PDT






KOMENTAR
ini adalah
ajaran dari mazhab
sunni wal rasuah
mazhab ini wujud
bukan sahaja di malaysia
wujud dipelbagai negara

ciri utama mazhab ini ialah:
memperkukuh daulah zalim
menyokong rasuah
menyokong salah guna kuasa
membodek pemerentah
dan
menjual ayat ayat suci
menjual agama sebagai
menjadikan agama sebagai modal

jalur pemikirana mazhab ini
ni bukan hanya wujud
dalam agama islam
dalam kristian  ada
dalam hindu pun ada
dalam judaism pun ada

di eropah jalur mazhab ini
telah bersekongkol 
dengan kaum feudal
berkerja sama dengan tuan tanah

malah pada ketika itu di eropah
pemilik jalur ini
mengakui memiliki
direct on line dengan tuhan

justeru
berupaya membatalkan dosa kaum feudal
yang telah membunuh ribuan rakyat
membatalkan dosa tuan tanah
yang telah merampas tanah kaum tani
dengan satu syarat:
sanggup membayar dengan jongkong emas

NOTA:
jongkong emas ini
masih tersimpan
dalam di peti besi
vatican city
yang hari ini dijadikan
modal oleh vatican city
untuk berniaga dipasaran saham

Waran tangkap untuk penceramah bebas | Free Malaysia ...

www.freemalaysiatoday.com/.../...
Translate this page
Free Malaysia Today
19 hours ago - Sharhan menghadapi perrtuduhan khalwat yang dilakukan bersama ... Utusan Online melaporkan, penceramah bebas itu, Sharhan Shafie dan  ...

Tuduhan khalwat, waran tangkap untuk penceramah bebas ...

malaysianreview.com/.../tuduhan-khalwat-waran-tang...
Translate this page
14 hours ago - Tuduhan khalwat, waran tangkap untuk penceramah bebas. Sharhan Shafie. Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur mengeluarkan waran ...

Mahkamah keluar waran tangkap terhadap penceramah ...

www.bharian.com.my/node/77630
Translate this page
Berita Harian
20 hours ago - Mahkamah keluar waran tangkap terhadap penceramah bebas ... pada prosiding sebutan kali pertama kes tuduhan khalwat, dua tahun lalu.

Perhimpunan Bersih 4 undang kemusnahan, dosa, kata ahli akademik


Perhimpunan haram Bersih 4 yang akan diadakan pada hujung minggu ini bukan sahaja bertentangan ajaran Islam, bahkan membawa kepada kemusnahan dan mengundang dosa, demikian menurut seorang ahli akademik.
Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  Fadlan Mohd Othman berkata meskipun ada yang berpendapat perhimpunan itu bertujuan menyuarakan ketidakpuasan hati kepada kerajaan, ia tetap menyalahi syariat Islam
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perhimpunan-bersih-4-undang-kemusnahan-dosa-kata-ahli-akademik#sthash.Xx7SqwgB.dpuf

KAH KAH KAH
gue tak ade
nak cakap apo apo
gue dah lamo royak
kah kah kah

SUNNi WAL 

RASUAH


-----------

SATU JUTA DI KUALA LUMPUR

Posted: 27 Aug 2015 05:30 PM PDT






SATU JUTA




34 JAM 

K.LUMPUR

--------------

KERJA BANGAN LAGI BODOH

Posted: 27 Aug 2015 11:36 AM PDT








Portal media turut disekat jika promosi Bersih 4, kata Jailani


Mana-mana laman sesawang termasuk portal media tidak akan terkecuali daripada disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekiranya didapati mempromosi, menyebarkan maklumat dan menggalakkan orang ramai untuk menyertai perhimpunan Bersih 4. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/portal-media-turut-disekat-jika-promosi-bersih-4-kata-jailani#sthash.PBHU9fM1.dpuf






JAWAPAN
sekat laman bersih
adalah kerja bodoh
juga satu kerja jahat
kerana dari laman bersih
inilah akan diketahui
arahan dan bantuan
tunjuk ajar da larangan
kepada para demonstran
semua untuk memastikan
semua berjalan dengan 
aman damai
jika laman ini ditutup
pasti tidak diketahui
apa arahan bersih saterusnya

BANGANG!


-----------

MAIN MAIN TENGAH JALAN

Posted: 27 Aug 2015 06:56 AM PDT







MAiN TENGAH 

JALAN


Pemuda Umno tekan Khairy sokong Najib?

Kumpulan pro-Najib dalam Pemuda Umno menekan Ketuanya Khairy Jamaluddin untuk membuat pendirian sama ada beliau menyokong atau tidak terhadap  Najib Abdul Razak
Menurut sumber dalam pergerakan itu, empat anggota exco Pemuda menuntut supaya Khairy menyatakan pendirian dalam mesyuarat Pemuda kelmarin.
"Mereka menuntut supaya Khairy menyatakan pendiriannya, sama ada beliau menyokong Najib atau menentang," kata sumber yang namanya tidak mahu disebut kepada Malaysiakini.
Sumber mendakwa tuntutan tersebut mengecewakan Khairy dan menyatakan beliau tidak boleh membuat kenyataan itu tetapi membuat satu kompromi yang diumumkan dalam sidang media kelmarin.

KAH KAH KAH
woit
apa cerita ni
apa makna berita ini
menantu abah dah lama ilang
kes tok arab heboh
menantu abah tak cakap apa
kes duit masuk akaun najib
menantu aban tak cakap apa
kah kah kah
menantu abah main tengah jalan
tengok kereta laju
tengok kereta zahid
tengok kereta muhyiddin
kah kah kah
main tengah jalan
kiri kena langgar
kanan pun kena langgar
kah kah kah

PUTRAK

------------

BERSIH SATU DUNIA

Posted: 27 Aug 2015 05:39 AM PDT







MAKLUMAT


SATU DUNiA
















----------

JANGAN BERLAKU PERANG

Posted: 27 Aug 2015 05:08 AM PDT









JANGAN BERLAKU PERANG
Aku hanya harapkan janganlah berlaku perang lagi macam perang dunia ke dua dulu. Berjuta2 manusia mati sia2 kerana memuaskan nafsu yahudi dajjal. Mereka ni tak ada belas kasihan kerana semua manusia dianggap binatang saja.

 Dengar kata banyak bom nuklear kecik2 tapi sangat2 kuat dah siap sedia nak ditabur ke seluruh dunia sampai semua manusia mati. Hanya 500 juta sahaja manusia pilihannya mereka yang hidup. Dengar kata geng2 al mahdi pun hebat2 dan sakti belaka. Kalau betul hebat, pergi le curi bom2 tu, buang le satelit2 tu, keringkan telaga minyak tu, punggah le semua emas2 tu dan tsunamikan negara mereka tu. 

Biar satu bom pun tak ada. Biar putus telekomunikasi mereka. Biar satu jet pun tak boleh terbang. Biar dollar tak bernilai. Biar dia pula rasa tsunami. Barulah kita pakat2 asah golok dan parang. Kemudian kita berlawan cara anak jantan. Jangan ingat dunia ni untuk puak kau saja ye.. on SISTEM KAPITALIS
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/26/15




-----------------

PERANG MAKIN MEREBAK

Posted: 27 Aug 2015 01:59 AM PDT







 | August 27, 2015
muhyiddin,pecat
Tindakan itu dibuat sebagai protes terhadap ketidakadilan yang dilakukan ke atas Muhyiddin yang semata-mata mahu menyelamatkan UMNO dan... More ››



KAH KAH KAH
woit
bangsa johor
banguan melawan

KAH KAH KAH

--------------

MENUNGGU DAN MELIHAT

Posted: 26 Aug 2015 11:30 PM PDT







Bekas duta Amerika Syarikat John R Malott berkata dunia akan tahu wajah sebenar  Najib Razak selepas perhimpunan BERSIH 4 pada Sabtu ini.
Malott menjangkakan polis akan bertindak keras menangani protes yang diyakininya bakal dihadiri puluhan ribu orang.
"Sudah pasti Najib, individu yang berdiri dengan tebal muka di forum-forum antarabangsa dan mengistirahatkan dirinya reformis dan liberal, akan menghantar pasukan polis menyuraikan perhimpunan itu.
"Najib akan gunakan gas pemedih mata, air kimia dan cota polis untuk memastikan kelangsungan pemerintahannya.
Seluruh dunia akan memerhati – dan akhirnya akan sedar lelaki jenis apakah beliau ini.
"Ini benar-benar game over untuk Najib," katanya.
BERSIH 4 akan berlangsung 34 jam bermula Sabtu ini di tiga kota besar, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching.
Ia dilihat bakal memberi kesan besar kepada kewibawaan perdana menteri yang sedang berdepan isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaunnya, kontroversi 1MDB dan kejatuhan teruk nilai ringgit.

KAH KAH KAH
i rest my case
my lord
should i add?
kah kah kah



-----------------

TURUN BERDEMO 34 JAM

Posted: 26 Aug 2015 11:00 PM PDT









34 JAM KUALA LUMPUR



Pada tahun 1926 seorang intelektual Melayu terunggul bernama Ibrahim Gelar Datuk Sutan Malaka - lebih dikenali sebagai Tan Melaka sedang dalam pelarian di Tokyo Jepun. Nasionalis kiri Melayu Tan Malaka ini telah menulis dan merakamkan pengalaman dirinya untuk menjadi panduan kita hingga ke hari ini.



Mengikut pandangan sosok intelektual kiri ini: Senjata kaum feudal dan kaum kapitalis  adalah peluru dan perang. Senjata kaum buruh dan rakyat tertindas ialah agitasi, mogok dan demonstrasi.

Ini padangan yang dimunculkan  89 tahun dahulu. Hari ini pada tahun 2015 pandangan ini  masih kekal abadi sebagai satu tindakan politik yang tepat dan tuntas. Agitasi, mogok dan demonstrasi masih menjadi senjata kaum tertindas anak semua bangsa diseluruh dunia.

Ketika saya menulis tulisan ini saya juga terbaca berita demonstrasi besar-besaran telah berlaku dihujung minggu ini di Brazil.  Ratusan ribu warga  Brazil  telah keluar berdemo di 200 buah kota kecil dan besar di Brazil.


Rakyat Brazil mahu Presiden Dilma Rousseff mengundur letak jawatan kerana rakyat Brazil tidak lagi yakin atas pimpinan beliau. Rasuah dan salah guna kuasa sedang menjadi-jadi di Brazil. Elit politik dan elit ekonomi telah merompak harta kekayaan negara.Rakyat Brazil telah muak dan bosan dengan kerajaan. Mereka mahu perubahan. Mereka mahu Dilma Rousseff berambus. 



Kes terulung di Brazil yang dijadikan  agenda   agitasi untuk menaikkan kemarahan rakyat agar  keluar ke jalan raya ialah  kes rasuah berbilion dolar terjadi dalam syarikat minyak negara Petrobras.

Saya tidak terperanjat  dengan  tuntutan warga Brazil. Saya gumbira kerana warga Brazil dan warga Malaysia sedang berjuang dengan tuntutan yang sama. Terpisah beribu-ribu batu tapi saperti kata Tan Malaka demonstrasi di jalan raya adalah senjata rakyat tertindas. Soheh dan tepat.


Hakikatnya Malaysia tidak ada bezanya dengan Brazil. Dua negara ini kaya dengan hasil bumi tropikal. Dua negara ini juga pengeluar minyak. Dua negara ini juga adalah negara Dunia Ketiga  dimana rasuah  kini telah menjadi sebahagian dari sistem pentabiran negara. 



Justeru, badan gabungan Bersih telah berkumpul dan berpakat untuk mengadakan perhimpunan sekali lagi pada 29 haribulan Ogos ini.

Ini adalah demonstrasi kali ke 4 yang sedang disusun dan diatur oleh Bersih. Kali ini bukan sahaja muntahan jumlah yang wajib dinaikkan. Jumlah penunjuk perasaan berdemo di Kuala Lumpur yang pernah melintasi 300,000 ke 400,000 ribu. Justeru.

Kali ini  1 juta wajib dijadikan sasaran Bersih 4.

Bukan hanya 1 juta penunjuk perasaan yang dijemput datang ke Kuala Lumpur malah kali ini para demonstran akan berkampong di Kuala Lumpur selama 34 jam. Ini satu tekad dan  satu bentuk garis perjuangan yang baru.

Pendekatan 34 jam di Kuala Lumpur ini untuk menunjukkan betapa marahnya rakyat kepada suami Rosmah.


Kunci tuntutan Bersih tidak pernah beralih : pilihan raya adil, bebas dan bersih. Tuntutan ini masih belum tercapai. Malah kali rakyat turun ke jalan raya berlatarkan krisis politk dalaman United Malays National Organisation. Ini terjadi apabila satu ledakan  'rahsia umum terbarai'. 



Rahsia umum ini  menaikkan suhu kemarahan rakyat. Menjemput ribuan turun ke jalan raya sebagai jalan akhir untuk menyelamatkan negara dari Rosmah Mansor dan suaminya.

Warga Malaysia memang telah muak dengan kerenah Rosmah Mansor. Satu Malaysia memang telah bosan dan mahu suami Rosmah berundur.  Sama saperti rakyat Brazil - rakyat Malaysia juga mahu suami Rosmah berambus. Ini bukan lagi satu rahsia. 


Suami Rosmah yang menjadi PM Malaysia ini  pernah dikatakan  terlibat dengan seorang gadis  cun Mongolia yang bernama Altantuya. Gadis ini telah mati dibunuh. Ini  bukan rahsia itu.



Rosmah Mansor sendiri sendiri baru sahaja berkenduri kahwin anaknya. Dikatakan belanja kenduri kahwin ini berjuta juta ringgit. Semua ini menaikkan suhu kemarahan orang ramai yang semakin 'dibedal' oleh cukai GST. Tetapi ini  juga bukan rahsia itu.

Tetiba diberitakan suami Rosmah Mansor menerima  duit sebanyak  700 juta dolar bersamaan 2.6 bilion ringgit Malaysia. Duit ini telah dimasukkan ke dalam akaun pribadi suami Rosmah.

Duit 2.6 bilion ringgit ini adalah  'rahsia umum'. Inilah rahsia yang menyemarakkan kebencian orang ramai terhadapa suami Rosmah. 

Duit  2.6 bilion ringgit ini telah digunakan oleh suami Rosmah untuk membeli undi dalam PRU13. Rahsia umum ini menaikkan darah rakyat. Ini menaikan suhu  marah  untuk menjemput  orang ramai turun ke jalan raya. 


Dalam  PRU13 Pakatan Rakyat mendapat 52% undi rakyat. Gerombolan  United Malays National Organisation hanya mendapat 47 % sahaja. Jumlah 47% ini pun didapati dengan jalan tipu belit. Maka sah dan soheh PRU13 dimenangi  dengan jalan tipu.


Rahsia umum yang telah bocor ini menjadikan orang tertanya-tanya apa tindakan yang wajib diambil. Berita duit 2.6 bilion ringgit  ini menjadikan penyokong Bersih marah. Berita duit berbilion-bilion ringgit  masuk ke dalam bank akaun pribadi suami Rosmah akhirnya dikumpulkan untuk  menjemput satu juta  orang ramai turun ke jalan raya pada 29 Ogos ini. 


Pada ketika ini adalah mustahil masih ada warga Malaysia yang tidak  membaca atau mendengar tentang duit masuk ke dalam bank akaun suami Rosmah. Apakah masih ada yang tidak tahu tentang duit  yang dikatakan duit derma ini? Mustahil.


Atau masih ada warga yang tidak percaya akan berita  ini?  Apakah rahsia umum  ini tohmah? Apakah ini fitnah terhadap pemimpin Melayu? Atau satu fitnah terancang terhadap pemimpin Islam? Tidak. 



Fakta  yang saya tuliskan disini  telah muncul dalam akhbar Wall Street Journal. Fakta ini telah mendapat laporan semua media diseluruh dunia. Berita ini telah dilaporkan oleh semua portal berita di Malaysia. 

Suami Rosmah menerima duit sebanyak 2.6 bilion ringgit  dari Tok Arab bukan cerita dongeng. Ini bukan dari Hikayat Seribu Satu Malam.

Berita duit 2.6 bilion ini BUKAN fitnah. Jika  berita ini hanya  taburan fitnah kenapa suami Rosmah tidak menyaman akhbar Wall Stret Journal yang berpusat di New York ini? Kenapa hingga ke hari ini suami Rosmah senyap menikus? Walau pun pada awalnya menafikan hal duit ini. Malah bertempek marah mahu menyaman.


United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya menang dalam PRU13 dengan jalan tipu. Apa yang mengsohehkan   penipuan PRUI3 ini ialah  kini telah ada bukti  'duit masuk'. Duit sebanyak 2.6 bilion ringgit masuk ke akaun pribadi suami Rosmah bertujuan  untuk membuat kerja-kerja  pilihanraya.



Malah sehari demi hari kes duit 2.6 bilion ringgit ini semakin jelas. Setiap kali mulut menteri atau mulut pemimpin parti United Malays National Organistion  dibuka - semakin kedengaran pelbagai hujah. Hinggakan ada hujah yang bercanggah sesama sendiri.

Semuanya  pembodek dan penyokong suami Rosmah sedang cuba menutup bangkai gajah  yang telah berulat dengan seluar dalam Rosmah Mansor. Sayugia diingati - walau pun seluar dalam Rosmah ini memang besar  dan luas tetapi  mustahil  ianya dapat membungkus  duit sebanyak  2.6 bilion ringgit.


Saperti kata Tan Malaka - kaum tertindas  ada memiliki senjata ampoh : demonstrasi. Pandangan Tan Malaka ini adalah pengumpulan pengalaman ketika rakyat Indonesia sedang berjuang menuntut Merdeka dari Belanda.


Senjata ampoh turun ke jalan raya ini  akan memberi tekanan kepada suami Rosmah.  Demonstrasi Bersih 4  menuntut suami Rosmah yang bernama Najib Razak mengundur diri dari kerusi Perdana Menteri.

Sayugia diterangkan disini - tuntutan  Bersih ini  bukan hanya hasutan jahat. Tidak ada agenda pribadi. Telah terbukti bahawa  menuntut suami Rosmah mengundur sama selari dengan tuntutan Pemuda United Malays National Organisation bahagian Tampin. 

Menuntut suami Rosamh berundur telah juga disuarakan oleh beberapa bahagian parti Ketuanan Melayu  - dari  Semporna Sabah. Ini juga tuntutan dari bahagian Kluang, Langkawi, Pasir Gudang - dan paling akhir dari bahagian Pontian.


Menuduh Bersih mahu menjatuhkan kerajaan adalah propaganda gelap untuk menakut-nakutkan orang ramai dari turun pada 29 Ogos ini. Propaganda gelap ini telah diperlekehkan oleh Tengku Razaleigh sendiri.  Mengikut Ku Li untuk menjatuhkan kerajaan perlu ada bala tentera. 



Malah  Rafidah Aziz bekas Ketua Wanita dan bekas menteri kabinet telah sama mempertikaikan teori menjatuhkan kerajaan. Untuk Rafidah semua ini hanyalah alasan untuk mengalihkan pandangan rakyat dari menyedari bahawa ombak untuk menghalau suami Rosmah semakin ampoh.


Menolak suami Rosmah  dari persada politik Malaysia  bukan menjatuhkan kerjaan. Menuntut Najib Razak berundur dari menjadi Perdana Menteri Malaysia bukan satu jenayah. Dalam negara yang mengamalkan demokrasi politikus boleh datang dan pergi. Kerusi  menteri waima pun kerusi Perdana Menteri boleh diubah ganti. 



Najib bin Abdul  Razak bukan seorang Nabi  yang diutus ke bumi ini.  Najib Razak hanyalah suami kepada Rosmah Mansor.


Himpunan 34 jam di Kuala Lumpur  kali ini amat-amat stratejik.  Selain dari nenuntut pilihanraya bersih dan adil  - Bersih juga menuntut  agar ekonomi Malaysia diselamatkan. 


Ekonomi dan politik Malaysia pada tahap ini  sedang gawat. Ianya hanya dapat diselamatkan jika suami Rosmah dinyahkan. Justeru, saya menghasut para pembaca turun ke jalan raya untuk melakukan kebaikkan.(TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEDILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sia pukul talipon:
03-92-21-30-45



------------------

BIAR BETUL TOK ARAB INI

Posted: 26 Aug 2015 10:30 PM PDT







Mahathir cabar Zahid dedah siapa penderma Arab RM2.6 bilion

Mahathir Mohamad meneruskan kritikan lantangnya terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan kali ini menyerang timbalannya berhubung kenyataan mengenai penderma dari Timur Tengah yang didakwa memberi RM2.6 bilion kepada Najib.

Melalui laman blognya, bekas perdana menteri itu mencabar  Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan siapa penderma itu memandangkan beliau sebelum ini mengakui bertemu dengan wakil "keluarga" dari Timur Tengah itu.

 "Timbalan perdana menteri yang baharu berkata, beliau sudah berjumpa dengan orang Arab yang memberi derma tersebut.

"Jadi biar beliau buktikan orang Arab ini ada duit yang banyak untuk diberi kepada Malaysia dan banyak negara lain.

"Negara mana. Dari mana sumber duit itu. Apakah perniagaan yang dilakukannya. Apakah nama bank yang digunakannya.

"Tunjukkan akaun dia dalam bank, cek yang dikeluarkannya, khususnya wang AS$700 juta itu. Bank penerima bank sepatutnya memegang cek tersebut," katanya dalam posting terbarunya hari ini.

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-cabar-zahid-dedah-siapa-penderma-arab#sthash.xeoVKEwP.dpuf

KAH KAH KAH
 
kalau kita tahu nama tok arab
kalau kita tahu alamat tok arab
kalau kita tahu rumah tok arab
boleh kita tanya
dia ada adik perempuan tak?
nak masuk meminang
kah kah kah
 
BERiTA BAiK
 
 

----------

JANGAN CAKAP BENDA BODOH

Posted: 26 Aug 2015 09:00 PM PDT






JANGAN CAKAP BENDA BODOH
Sultan johor kata, jgn perbodoh rakyat. Nazir adik najib kata, org2 yg pegang kuasa jgn cakap benda2 bodoh. Najib abang nazir kata, 1:gst takkan bebankan rakyat, 2:tanpa umngok bangsa melayu jadi bangsat melayu, 3:boleh huraikan perihal 2.6billion tapi hanya pada ahli2 umngok shj -

dah berapa punye lama semua org termasuk org2 umngok sendiri dari muhyiddin&shafie ke mahathir ke kadir jasin ke 1org awek langkawi ke 200org perwakilan tampin ke ribuan ahli umngok kedah ke ribuan ahli umngok johor semua dok tanya terang2 apa cerita sebenar tapi baru sekarang dia hebohkan ke media yg dia BOLEH bagitau,

tapi tak jugak bagitau lagi tu! hahahaha serupa la macam nak saman wsj, dari 2bulan lepas hebohkan ke media nak saman tapi lepas tu hebohkan pulak baru hantar surat merisik try test tengok wsj sudi tak balas ucap I love u darling, kemudian hebohkan pulak tengah cari loyar lain jadi tuan penasihat, kemudian hebohkan lagi tengah cari lagi satu loyar lain jadi tuan penasihat kedua hahahaha on SULTAN NILAI RINGGIT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/26/15
 



----------

OH BANI MELAYU KU

Posted: 26 Aug 2015 08:00 PM PDT





APA AKAN 

JADi PADA 

BANi MELAYU

BiLA NAJi

DiUNDURKAN




Tiada ulasan: