Rabu, 19 Ogos 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


PEKERJA ASING

Posted: 19 Aug 2015 06:30 PM PDT






KEADILAN: Permohonan Pekerja Asing Lulus 48 Jam Dalam Talian, Syarikat Mana Pula Yang Mendapat Manfaat?

KEADILAN merasa terkejut dengan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa permohonan pekerja asing akan diluluskan dalam masa 48 jam.

Ahmad Zahid yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri telah mengumumkan semalam bahawa semua permohonan untuk mengambil pekerja asing perlu dibuat secara dalam talian dan semua permohonan yang memenuhi syarat-syarat akan diluluskan dalam 48 jam.

Namun, saya mendapati bahawa Ahmad Zahid dalam pengumumannya semalam tidak memaklumkan kepada orang ramai bahawa syarikat mana yang "dihadiahkan" konsesi kerajaan ini dan berapakah kos yang akan dikenakan terhadap majikan yang ingin membuat permohonan.

Persoalan yang ditimbulkan, adakah konsesi kerajaan bagi menguruskan permohonan pekerja asing dalam talian ini dibuat melalui tender terbuka dan syarikat manakah yang mendapat konsesi kerajaan ini?

Awal tahun ini, syarikat Bestinet Sdn. Bhd. milikan Bekas Menderi Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Azmi telah memonopoli semua pemeriksaan kesihatan pekerja-pekerja asing dan permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR) melalui sistem FWCMS. Adakah pekara yang sama akan berlaku kali ini?

Sebelum ini, syarikat Real Time Networking milikan adik Zahid Hamidi telah dilaporkan sedang membida untuk menguruskan kemasukan 1.5 juta pekerja warga Bangladesh secara sistem atas talian. Timbul kemusykilan mengapa kerajaan UMNO Barisan Nasional membuat keputusan secara terburu-buru mewajibkan semua permohonan pekerja asing dibuat secara atas talian dan adakah wujudnya percanggahan kepentingan (conflick of interest) seandainya Zahid Hamidi sebagai Menteri KDN meluluskan konsesi kerajaan kepada syarikat adiknya?

Saya turut merasa terkilan dengan pengumuman Zahid bahawa permohonan pekerja asing akan diluluskan dalam masa 48 jam sahaja. Kelulusan permohonan pekerja asing dalam masa 2 hari sahaja kelihatan terlalu tergesa-gesa dan dijangka akan menimbulkan pelbagai isu berkenaan dengan keselamatan negara.

Dengan ini, saya mendesak Kementerian Dalam Negeri menjawab soalan-soalan saya yang berikut:
1.    Syarikat manakah yang akan menguruskan semua permohonan warga asing melalui talian ini?
2.    Adakah konsesi kerajaan ini diberi berdasarkan sistem tender terbuka?
3.    Berapakah nilai kontrak tersebut dan berapakah kos yang akan dikenakan kepada majikan yang ingin membuat permohonan?

Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan AMK Pusat







--------------

JANGAN BOO PEMIMPIN BESAR

Posted: 19 Aug 2015 06:00 PM PDT




Ahmad Maslan dakwa 'diboo' orang luar

Ketua Penerangan Umno  Ahmad Maslan menegaskan dirinya masih mendapat sokongan dari kawasannya di Pontian dan mendakwa "diboo" orang luar semasa mesyuarat bahagian minggu lepas.

Menyentuh mengenai insiden tersebut, Ahmad berkata daripada maklumat yang diterima, jeritan "boo" itu dimulakan 2 hadirin dari luar Pontian yang bukan merupakan perwakilan. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ahmad-maslan-dakwa-diboo-orang-luar#sthash.lzYbmQzV.dpuf

KAH KAH KAH
woit
betul benar soheh
dengar dengar
semua ini kerja orang luar
semua ini kerja musuh melayu
yang boo ini terima upah
mereka ini ajen lee kuan yew
mereka ini ajen anwar ibrahim
mereka ini ajen yahudi
mereka ajen israel
mereka mahu melayu bergaduh
mereka mahu islam lemah
mereka hina pemimpim melayu
maknanya mereka hina pemimpim islam
maknanya mereka hina islam

POOOORAAAH


-------------

ORANG TUA MISTERI

Posted: 19 Aug 2015 11:47 AM PDT





ORANG TUA MISTERI
Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim turut mempersoalkan mengapa ketua polis negara masih tidak bertindak menyiasat 20 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan "orang tua misteri" yang didakwa terlibat dengan komplot menggulingkan perdana menteri. Katanya, mereka seharusnya disiasat mengikut Seksyen 124B kerana boleh dianggap "memudaratkan demokrasi berparlimen" Malaysia.

 "Mengapa masih tiada tindakan membeku para ahli parlimen BN dan 'orang tua misteri' yang dituduh itu keluar negara seperti yang terkena pada beberapa ahli pembangkang dan pemimpin organisasi bukan kerajaan (NGO) sebelum ini? "Mengapa tiada tangkapan, serbuan ke rumah dan sebagainya, sebagaimana yang dialami pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara? 

"Mengapa polis tiba-tiba menjadi lambat bertindak? Bukankah itu satu hipokrasi?" Bukan "hipokrasi" la ibrahim man. Hipokrisi. Dari perkataan inggeris "hypocrisy" bukannya "hypocrasy". "Hypocrisy" , maka melayu menunduk mengering jadilah " on SIAPA DIA LELAKI TUA ITU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/19/15




-------------

PERANG AKAN MELEDAK

Posted: 19 Aug 2015 06:49 AM PDT







TAHUKAH ANDA

EXPOT TERBESAR 

AMERIKA SERiKAT

IALAH KERTAS HIJAU

YANG DiPANGGIL 

DOLAR


APABiLA 

CHiNA DAN RUSiA

BERSATU

MENOLAK DOLAR

MAKA PERANG AKAN

MELEDAK




--------------

SATU JUTA DATARAN MERDEKA

Posted: 19 Aug 2015 06:38 AM PDT







AHLI PARTI

KETUANAN MELAYU

SRLAMAT BERSAMA

BERSIH 4

SATU JUTA 

DATARAN MERDEKA
 

Bantah secara senyap, akar umbi Umno 

tidak tolak sertai Bersih 

Menyertai Bersih 4 pada hujung bulan ini salah satu cara ahli Umno menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap pemimpin tertinggi parti Datuk Seri Najib Razak, kata sebahagian ahli parti itu di peringkat akar umbi.
Menyuarakan bantahan secara senyap dengan turun ke jalan, akar umbi dan pemimpin Umno mungkin turut serta di Dataran Merdeka 29 dan 30 Ogos ini, seperti mana yang dijangkakan penganalisis politik Dr Maszlee Malik sebelum ini.
Menurut beberapa sumber di peringkat akar umbi, kehadiran penyokong Umno kalangan muda terutamanya, dijangka dapat disaksikan pada perhimpunan anjuran Bersih 2.0 itu yang selama ini dilihat didalangi pembangkang.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bantah-secara-senyap-akar-umbi-umno-tidak-tolak-sertai-bersih#sthash.H2jrqkwi.dpuf

KAH KAH KAH
woit
kalau meluat demngan rosmah
kalau muak dengan najib
turun demo 34 jam
dataran merdeka

34 SATU JUTA




-------------------

SAMPAI KE SINI SEKARANG

Posted: 19 Aug 2015 05:30 AM PDT






WAJIB BACA


Ketika PAS dekati Umno, Mustafa Ali sokong undi tak percaya Najib 

 Mustafa Ali bersetuju agar PAS menyertai cadangan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap  Najib Razak di Dewan Rakyat walaupun parti Islam itu masih belum membincangkan perkara tersebut.
Pendirian pengarah pilihan raya PAS itu dilihat berbeza dengan pemimpin utama parti Islam itu yang kini dilihat lebih menyokong Najib.
"Secara peribadi saya setuju cadangan ini walaupun PAS belum bincang lagi," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider.
Pada Isnin, sebuah blog memaparkan 20 nama ahli Parlimen BN yang dikatakan menyokong usaha ini. Salah seorang daripada mereka sudah pun membuat laporan polis menafikannya.
"Saya ada dengar usaha ini tetapi PAS belum lagi terlibat. Ia bukan satu yang menyalahi peraturan dan undang-undang demokratik di Malaysia," kata Mustafa yang juga bekas setiausaha agung PAS itu.
Beliau yakin usaha ini boleh berjaya dengan syarat ia turut disertai ahli Parlimen BN dan bukan di kalangan pembangkang saja.
"Saya ada mendengar ramai ahli Parlimen BN turut tidak berpuas hati dengan perdana menteri yang ada. Pada saya, ia satu kemungkinan yang boleh berlaku," katanya.
Bulan lalu,  Hadi Awang mengingatkan ahli Parlimen parti itu agar tidak menyokong usul undi tidak percaya jika diadakan di Dewan Rakyat bagi mendesak Najib meletakkan jawatan.
Katanya, mereka perlu akur jika tidak mahu tindakan tegas diambil, kerana PAS hanya akan melakukan perubahan melalui cara yang sihat, bukan dengan agenda melakukan perubahan politik secara tidak sihat yang boleh menghuru-harakan negara.
Ia kemudiannya disusuli dengan Najib yang memuji sikap Hadi yang berpegang pada prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah dan Kabinet baharu perlu diberi peluang menyelesaikan masalah negara sebelum undi tidak percaya diusulkan. 
Mustafa ketika bercakap dengan The Malaysian Insider, turut mengecam  Ahmad Zahid Hamidi yang berkata terdapat usaha untuk menggulingkan kerajaan dan ia bercanggah dengan Perlembagaan.
"Zahid jangan angkuh sangat seolah-olah usaha untuk menukar kerajaan ini sama dengan 'kudeta' (coup dé tat atau rampasan kuasa) dan tidak demokratik.
"Ia bukan guling kerajaan. Ada beza antara menukar kerajaan secara demokratik dengan menggulingkan kerajaan seperti kudeta ini," kata Mustafa.
Beliau berkata, ada 4 cara menurunkan atau menggulingkan kerajaan dengan cara demokratik.
Ia boleh dilakukan melalui pilihan raya umum, melalui undi tidak percaya dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri, melalui akuan bersumpah (SD) yang diperakui sultan di peringkat negeri atau agung di peringkat pusat dan melalui cara penolakan belanjawan negara yang dibentangkan.
"Jika bajet yang dibentangkan kerajaan ditolak majoriti ahli Dewan, perdana menteri yang ada perlu meletakkan jawatan.
"Semua ini proses demokrasi dan tidak boleh dianggap sesuatu yang bercanggah dengan amalan demokrasi. Ia pernah berlaku di negara ini dan di luar negara dalam sistem demokrasi," katanya.
Mustafa turut meminta Zahid dan kerajaan agar tidak bertindak kasar atau membuat ugutan dan ancaman terhadap mana-mana pihak yang mahu melaksanakannya melalui proses demokrasi.
Beliau juga yakin, parti politik yang ada di negara ini tidak setuju dengan pendekatan keganasan.
"Belum ada kes dan tak mungkin dilakukan rakyat negara ini dengan ciri-ciri masyarakat Malaysia yang ada.
"Ia bakal ditentang semua parti politik jika usaha menukar kerajaan secara kekerasan dibuat," katanya.
Zahid pada Ahad memberi amaran, sesiapa yang mempunyai rancangan menggulingkan BN dengan cara "pintu belakang" perlu melangkah mayat ahli Umno terlebih dulu.
Cakap-cakap mengenai wujudnya gerakan menentang pentadbiran yang diterajui Najib ketika ini muncul ketika perdana menteri itu tertekan untuk menjawab persoalan wang RM2.6 bilion yang disimpan dalam akaun peribadinya, dengan sejumlah besar diterima menjelang pilihan raya umum 2013.
Beliau juga didakwa terlibat dalam salah laku kewangan syarikat yang ditubuhkan hasil idea beliau, firma pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang menanggung hutang sebanyak RM42 bilion.
Pengkritik juga menuduh beliau cuba menutup salah laku itu dengan mengambil tindakan terhadap agensi penguatkuasaan undang-undang yang menyiasat firma itu.
Partinya sendiri, Umno juga berada dalam keadaan kacau terutama selepas beliau menggugurkan timbalan presiden parti  Muhyiddin Yassin dan naib presiden Shafie Apdal daripada Kabinetnya. – 19 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ketika-pas-cuba-merapati-umno-mustafa-ali-sokong-undi-tak-percaya-terhadap#sthash.qoJTzVAB.dpuf

 


APA YANG NAJIB

 TANAM

NAJIB AKAN TUAI
dulu di perak
najib kumpul kumpul yb
jumpa sultan
najib mengakui
memiliki majoriti
nizar gugur dari jadi MB

kali ini ORANG TUA
kumpul kumpul tanda tangan YB
jumpa AGONG buktikan
para YB yang tanda tangan
tidak lagi percaya pada najib
gugur najib dari jadi PM
senang saje
ini namanya demokrasi berparlimen
ini namanya undi tak percaya
ini bukan salah
ini adalah cara terbaik
selamatkan malaysia

KHALAS TAMAT


-------------------

SIAPA PUTERA ARAB ITU

Posted: 19 Aug 2015 05:00 AM PDT







 SiAPA 


TOK ARAB


 YANG DERMA


 2.6 BILiON 


PADA NAJiB




--------------------

SILA KLIK IKLAN

Posted: 19 Aug 2015 04:30 AM PDT










DERMA DAPUR 

JALANAN



iKLAN
jika anda lihat 
ada iklan
sila klik iklan itu
iklan dalam blog ini
tanpa pembaca klik
ianya menjadi iklan percuma

duit dari iklan 
dihadiahkan kepada
  dapur jalanan


-----------

SATU JUTA 34 JAM DI KUALA LUMPUR

Posted: 19 Aug 2015 01:00 AM PDT







SATU JUTA

34 JAM 

K.LUMPUR



TURUN BERDEMO 34 JAM

Posted: 18 Aug 2015 09:46 PM PDT


 




34 JAM KUALA LUMPUR



Pada tahun 1926 seorang intelektual Melayu terunggul bernama Ibrahim Gelar Datuk Sutan Malaka - lebih dikenali sebagai Tan Melaka sedang dalam pelarian di Tokyo Jepun. Nasionalis kiri Melayu Tan Malaka ini telah menulis dan merakamkan pengalaman dirinya untuk menjadi panduan kita hingga ke hari ini.



Mengikut pandangan sosok intelektual kiri ini: Senjata kaum feudal dan kaum kapitalis  adalah peluru dan perang. Senjata kaum buruh dan rakyat tertindas ialah agitasi, mogok dan demonstrasi.

Ini padangan yang dimunculkan  89 tahun dahulu. Hari ini pada tahun 2015 pandangan ini  masih kekal abadi sebagai satu tindakan politik yang tepat dan tuntas. Agitasi, mogok dan demonstrasi masih menjadi senjata kaum tertindas anak semua bangsa diseluruh dunia.

Ketika saya menulis tulisan ini saya juga terbaca berita demonstrasi besar-besaran telah berlaku dihujung minggu ini di Brazil.  Ratusan ribu warga  Brazil  telah keluar berdemo di 200 buah kota kecil dan besar di Brazil.


Rakyat Brazil mahu Presiden Dilma Rousseff mengundur letak jawatan kerana rakyat Brazil tidak lagi yakin atas pimpinan beliau. Rasuah dan salah guna kuasa sedang menjadi-jadi di Brazil. Elit politik dan elit ekonomi telah merompak harta kekayaan negara.Rakyat Brazil telah muak dan bosan dengan kerajaan. Mereka mahu perubahan. Mereka mahu Dilma Rousseff berambus. 



Kes terulung di Brazil yang dijadikan  agenda   agitasi untuk menaikkan kemarahan rakyat agar  keluar ke jalan raya ialah  kes rasuah berbilion dolar terjadi dalam syarikat minyak negara Petrobras.

Saya tidak terperanjat  dengan  tuntutan warga Brazil. Saya gumbira kerana warga Brazil dan warga Malaysia sedang berjuang dengan tuntutan yang sama. Terpisah beribu-ribu batu tapi saperti kata Tan Malaka demonstrasi di jalan raya adalah senjata rakyat tertindas. Soheh dan tepat.


Hakikatnya Malaysia tidak ada bezanya dengan Brazil. Dua negara ini kaya dengan hasil bumi tropikal. Dua negara ini juga pengeluar minyak. Dua negara ini juga adalah negara Dunia Ketiga  dimana rasuah  kini telah menjadi sebahagian dari sistem pentabiran negara. 



Justeru, badan gabungan Bersih telah berkumpul dan berpakat untuk mengadakan perhimpunan sekali lagi pada 29 haribulan Ogos ini.

Ini adalah demonstrasi kali ke 4 yang sedang disusun dan diatur oleh Bersih. Kali ini bukan sahaja muntahan jumlah yang wajib dinaikkan. Jumlah penunjuk perasaan berdemo di Kuala Lumpur yang pernah melintasi 300,000 ke 400,000 ribu. Justeru.

Kali ini  1 juta wajib dijadikan sasaran Bersih 4.

Bukan hanya 1 juta penunjuk perasaan yang dijemput datang ke Kuala Lumpur malah kali ini para demonstran akan berkampong di Kuala Lumpur selama 34 jam. Ini satu tekad dan  satu bentuk garis perjuangan yang baru.

Pendekatan 34 jam di Kuala Lumpur ini untuk menunjukkan betapa marahnya rakyat kepada suami Rosmah.


Kunci tuntutan Bersih tidak pernah beralih : pilihan raya adil, bebas dan bersih. Tuntutan ini masih belum tercapai. Malah kali rakyat turun ke jalan raya berlatarkan krisis politk dalaman United Malays National Organisation. Ini terjadi apabila satu ledakan  'rahsia umum terbarai'. 



Rahsia umum ini  menaikkan suhu kemarahan rakyat. Menjemput ribuan turun ke jalan raya sebagai jalan akhir untuk menyelamatkan negara dari Rosmah Mansor dan suaminya.

Warga Malaysia memang telah muak dengan kerenah Rosmah Mansor. Satu Malaysia memang telah bosan dan mahu suami Rosmah berundur.  Sama saperti rakyat Brazil - rakyat Malaysia juga mahu suami Rosmah berambus. Ini bukan lagi satu rahsia. 


Suami Rosmah yang menjadi PM Malaysia ini  pernah dikatakan  terlibat dengan seorang gadis  cun Mongolia yang bernama Altantuya. Gadis ini telah mati dibunuh. Ini  bukan rahsia itu.



Rosmah Mansor sendiri sendiri baru sahaja berkenduri kahwin anaknya. Dikatakan belanja kenduri kahwin ini berjuta juta ringgit. Semua ini menaikkan suhu kemarahan orang ramai yang semakin 'dibedal' oleh cukai GST. Tetapi ini  juga bukan rahsia itu.

Tetiba diberitakan suami Rosmah Mansor menerima  duit sebanyak  700 juta dolar bersamaan 2.6 bilion ringgit Malaysia. Duit ini telah dimasukkan ke dalam akaun pribadi suami Rosmah.

Duit 2.6 bilion ringgit ini adalah  'rahsia umum'. Inilah rahsia yang menyemarakkan kebencian orang ramai terhadapa suami Rosmah. 

Duit  2.6 bilion ringgit ini telah digunakan oleh suami Rosmah untuk membeli undi dalam PRU13. Rahsia umum ini menaikkan darah rakyat. Ini menaikan suhu  marah  untuk menjemput  orang ramai turun ke jalan raya. 


Dalam  PRU13 Pakatan Rakyat mendapat 52% undi rakyat. Gerombolan  United Malays National Organisation hanya mendapat 47 % sahaja. Jumlah 47% ini pun didapati dengan jalan tipu belit. Maka sah dan soheh PRU13 dimenangi  dengan jalan tipu.


Rahsia umum yang telah bocor ini menjadikan orang tertanya-tanya apa tindakan yang wajib diambil. Berita duit 2.6 bilion ringgit  ini menjadikan penyokong Bersih marah. Berita duit berbilion-bilion ringgit  masuk ke dalam bank akaun pribadi suami Rosmah akhirnya dikumpulkan untuk  menjemput satu juta  orang ramai turun ke jalan raya pada 29 Ogos ini. 


Pada ketika ini adalah mustahil masih ada warga Malaysia yang tidak  membaca atau mendengar tentang duit masuk ke dalam bank akaun suami Rosmah. Apakah masih ada yang tidak tahu tentang duit  yang dikatakan duit derma ini? Mustahil.


Atau masih ada warga yang tidak percaya akan berita  ini?  Apakah rahsia umum  ini tohmah? Apakah ini fitnah terhadap pemimpin Melayu? Atau satu fitnah terancang terhadap pemimpin Islam? Tidak. 



Fakta  yang saya tuliskan disini  telah muncul dalam akhbar Wall Street Journal. Fakta ini telah mendapat laporan semua media diseluruh dunia. Berita ini telah dilaporkan oleh semua portal berita di Malaysia. 

Suami Rosmah menerima duit sebanyak 2.6 bilion ringgit  dari Tok Arab bukan cerita dongeng. Ini bukan dari Hikayat Seribu Satu Malam.

Berita duit 2.6 bilion ini BUKAN fitnah. Jika  berita ini hanya  taburan fitnah kenapa suami Rosmah tidak menyaman akhbar Wall Stret Journal yang berpusat di New York ini? Kenapa hingga ke hari ini suami Rosmah senyap menikus? Walau pun pada awalnya menafikan hal duit ini. Malah bertempek marah mahu menyaman.


United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya menang dalam PRU13 dengan jalan tipu. Apa yang mengsohehkan   penipuan PRUI3 ini ialah  kini telah ada bukti  'duit masuk'. Duit sebanyak 2.6 bilion ringgit masuk ke akaun pribadi suami Rosmah bertujuan  untuk membuat kerja-kerja  pilihanraya.



Malah sehari demi hari kes duit 2.6 bilion ringgit ini semakin jelas. Setiap kali mulut menteri atau mulut pemimpin parti United Malays National Organistion  dibuka - semakin kedengaran pelbagai hujah. Hinggakan ada hujah yang bercanggah sesama sendiri.

Semuanya  pembodek dan penyokong suami Rosmah sedang cuba menutup bangkai gajah  yang telah berulat dengan seluar dalam Rosmah Mansor. Sayugia diingati - walau pun seluar dalam Rosmah ini memang besar  dan luas tetapi  mustahil  ianya dapat membungkus  duit sebanyak  2.6 bilion ringgit.


Saperti kata Tan Malaka - kaum tertindas  ada memiliki senjata ampoh : demonstrasi. Pandangan Tan Malaka ini adalah pengumpulan pengalaman ketika rakyat Indonesia sedang berjuang menuntut Merdeka dari Belanda.


Senjata ampoh turun ke jalan raya ini  akan memberi tekanan kepada suami Rosmah.  Demonstrasi Bersih 4  menuntut suami Rosmah yang bernama Najib Razak mengundur diri dari kerusi Perdana Menteri.

Sayugia diterangkan disini - tuntutan  Bersih ini  bukan hanya hasutan jahat. Tidak ada agenda pribadi. Telah terbukti bahawa  menuntut suami Rosmah mengundur sama selari dengan tuntutan Pemuda United Malays National Organisation bahagian Tampin. 

Menuntut suami Rosamh berundur telah juga disuarakan oleh beberapa bahagian parti Ketuanan Melayu  - dari  Semporna Sabah. Ini juga tuntutan dari bahagian Kluang, Langkawi, Pasir Gudang - dan paling akhir dari bahagian Pontian.


Menuduh Bersih mahu menjatuhkan kerajaan adalah propaganda gelap untuk menakut-nakutkan orang ramai dari turun pada 29 Ogos ini. Propaganda gelap ini telah diperlekehkan oleh Tengku Razaleigh sendiri.  Mengikut Ku Li untuk menjatuhkan kerajaan perlu ada bala tentera. 



Malah  Rafidah Aziz bekas Ketua Wanita dan bekas menteri kabinet telah sama mempertikaikan teori menjatuhkan kerajaan. Untuk Rafidah semua ini hanyalah alasan untuk mengalihkan pandangan rakyat dari menyedari bahawa ombak untuk menghalau suami Rosmah semakin ampoh.


Menolak suami Rosmah  dari persada politik Malaysia  bukan menjatuhkan kerjaan. Menuntut Najib Razak berundur dari menjadi Perdana Menteri Malaysia bukan satu jenayah. Dalam negara yang mengamalkan demokrasi politikus boleh datang dan pergi. Kerusi  menteri waima pun kerusi Perdana Menteri boleh diubah ganti. 



Najib bin Abdul  Razak bukan seorang Nabi  yang diutus ke bumi ini.  Najib Razak hanyalah suami kepada Rosmah Mansor.


Himpunan 34 jam di Kuala Lumpur  kali ini amat-amat stratejik.  Selain dari nenuntut pilihanraya bersih dan adil  - Bersih juga menuntut  agar ekonomi Malaysia diselamatkan. 


Ekonomi dan politik Malaysia pada tahap ini  sedang gawat. Ianya hanya dapat diselamatkan jika suami Rosmah dinyahkan. Justeru, saya menghasut para pembaca turun ke jalan raya untuk melakukan kebaikkan.(TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEDILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sia pukul talipon:
03-92-21-30-45



------------------

SATU PERTANYAAN

Posted: 18 Aug 2015 09:09 PM PDT





SIAPA ITU 


ORANG TUA
Haibat, haibat, haibat. Lebih dari hebat zahid kita ni ye. Siapa itu orang tua? Jawab.. Tak guna punya orang tua pengacau daun. Orang2 muda dah ready nak berentap di kl, dia kumpul cari geng nak pejatuh najib cara dia pulak.

 Orang tua dah nak mampos coba2 nak letak anak cucu pula. Pakat2 nak merembat lagi harta negara le tu. Sial kau orang tua.. on ADA SATU SOALAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/19/15




-------------

SIAPA DIA LELAKI TUA ITU

Posted: 18 Aug 2015 08:32 PM PDT





TPM akan pastikan 'orang tua' itu temu PM - Malaysiakini

www.malaysiakini.com/news/309053
Translate this page
Malaysiakini
13 hours ago - Penggerak itu, dinyatakan oleh Zahid sebagai "orang tua" daripada Umno sepatutnya bertemu Najib di kediaman peribadi beliau pada Ahad  ...

Bloglist Malaysia: Zahid Akan Pastikan Orang Tua Dalang ...

bloglist-malaysia.blogspot.com/.../zahid-akan-pastikan...
Translate this page
12 hours ago - Penggerak itu, dinyatakan oleh Zahid sebagai "orang tua" daripada Umno sepatutnya bertemu Najib di kediaman peribadi beliau pada Ahad ...
SiAPA



LELAKI TUA



ITU





--------------

MENUNGGU DALANG

Posted: 18 Aug 2015 07:58 PM PDT







ZAHiD BUAT 


LAWAK




PUTRAJAYA - Pertemuan pemimpin Umno yang menjadi dalang untuk menggulingkan kerajaan dengan  Najib Razak pada Ahad dibatalkan atas permintaan individu terbabit.
Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, pertemuan lain akan diaturkan semula namun tidak mengetahui tarikh baharu itu.
"Saya faham wartawan telah berkumpul di kediaman peribadi Perdana Menteri di Jalan Duta dan di kediaman rasmi di Seri Perdana untuk melihat siapakah orang itu, maka atas permintaan orang itu, temu janji itu telah dibatalkan.

KAH KAH KAH
woit
ini dalang tua ke?
ini dalang muda ke?
kah kah kah
dah lama rakyat tunggu
dalang tak muncul muncul
ni dah jadi opera china
cerita kontot montot
kah kah kah

WAYANG 

PAK DALANG

-----------------

Tiada ulasan: