Sabtu, 8 Ogos 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Makin Bercelaru... Nak Bersama Pakatan Tetapi Nak Tanding Lawan DAP

Posted: 08 Aug 2015 01:01 AM PDT


PAS seru cari formula baru satukan pembangkang

PAS menyeru supaya semua parti pembangkang bersatu di tengah-tengah skandal bahawa RM2.6 bilion telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

PAS telah secara rasmi memutuskan hubungan dengan DAP pada 11 Julai, dan secara rasmi juga menguburkan Pakatan Rakyat.

"Kini, masa yang paling penting semua parti pembangkang bersatu," kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Inilah masa parti politik pembangkang duduk mencari titik persamaan dan mengecilkan titik perbezaan.

"Banyak formula baru boleh dicari," katanya dalam satu kenyataan.

Isnin lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Malaysia (SPRM) berkata RM2.6 bilion yang dikatakan didepositkan ke dalam bank akaun peribadi Najib adalah sumbangan penderma dan bukan dari dana 1MDB.

Tuan Ibrahim berkata, selain skandal RM2.6 bilion itu, nilai ringgit terus lemah manakala penyiasat SPRM yang menyiasat skandal itu sendiri disiasat.

"Rakyat bosan dan meluat melihat ahli politik bercakaran. Apakah tidak ada formula baru bagi membina persefahaman?

"Mari ketepikan perbezaan dan bersamalah selamatkan negara," katanya.

Kenyataan Tuan Ibrahim dibuat di tengah-tengah rancangan untuk menubuhkan pakatan pembangkang baru selepas pemimpin progresif PAS diketepikan oleh kepimpinan konservatif baru parti itu. -mk


Calon DHPP diletak di kawasan ditandingi DAP

Lembaga Disiplin PAS sehingga kini menerima beberapa laporan daripada PAS cawangan terhadap pembabitan pemimpin parti itu dalam Gerakan Harapan Baru.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, laporan tersebut sedang diteliti oleh pihak terbabit sebelum diambil tindakan lanjut.

"Setakat ini belum lagi diambil apa-apa tindakan disiplin terhadap pemimpin PAS yang terbabit Harapan Baru.

"Tindakan yang bakal diambil bukan semata-mata berdasar kritikan mereka terhadap kepemimpinan PAS yang ada sekarang.

"PAS mengamalkan dasar terbuka sesiapa sahaja boleh menegur pemimpin. Namun kita lebih lihat jawatan yang dipegang mereka dalam wadah baru tersebut," katanya selepas ceramah isu semasa di Markas PAS Sungai Durian di sini malam tadi.

Hadir sama Timbalan Mursyidul Am PAS Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah, timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Dr Johari Mat, Datuk Dr Mohamed Fadhli Hassan.

Selain itu Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Ketua Penerangan, Datuk Nassuruddin Daud, Timbalan Pengerusi PKR Kelantan, Ruslan Puteh dan wakil-wakil rakyat.

Tuan Ibrahim berkata PAS juga tidak mengambil tindakan di atas kehadiran pemimpin terbabit pada program anjuran Harapan Baru.

"Mereka masih lagi ahli PAS. Kita sebenarnya menggunakan kaedah pujuk dan bincang sebelum sebarang tindakan disiplin dikenakan.

"Dari segi peraturan parti sekiranya mana-mana wakil rakyat masuk parti lain secara automatik dia akan hilang keahlian dalam PAS.

"Lagi pun semua calon PAS terikat dengan baiah, dia mesti mengosongkan kerusi yang dimenangi dan beri semula mandat kepada rakyat. Kalau dia tak buat dia langgar baiahnya sendiri," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa hairan Harapan Baru berterusan menyerang pimpinan PAS di Kelantan dengan membuat pelbagai andaian, kerajaan PAS akan jatuh.

Menurutnya strategi itu merugikan pembangkang kerana secara tidak langsung memberi kelebihan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau juga berkata biarpun PAS dilihat bersendirian, namun parti itu merupakan pembangkang yang paling lama di negara ini.

"Kalau ada parti pembangkang yang menang namun tidak mencukupi majoriti untuk membentuk kerajaan, maka ketika itu mereka akan merujuk kepada PAS," tambahnya.

Berucap sebelum itu katanya PAS akan menampilkan lebih ramai calon kalangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya juga calon daripada DHPP kemungkinan besar akan diletak di kawasan yang ditandingi DAP bagi memberi pilihan kepada pengundi.

"Kita memberi pilihan kepada pengundi Islam yang tidak berminat kepada DAP. Kita akan buat analisa lanjut mengenainya," kata beliau.

Pada program itu Tuan Ibrahim dan Ustaz Ahmad menyampaikan sijil keahlian baru PAS kepada beberapa kawasan di Kelantan.
-HD


ULASAN GB

Makin bercelaru kini pendirian PAS. Sekejap suruh kuatkan pembangkang, sekejap lain pula berpendirian nak letak calon DHPP dimana DAP bertanding.

Nakhoda kedua PAS (Tuan Ibrahim) kini keluarkan banyak kenyataan. Tiba-tiba didapati ada kenyataannya terpaksa diperbetulkan apabila ianya tidak selari dan tidak seiring dengan kehendak nakhoda 1 (Haji Hadi Awang) bersama penasihatnya (Mustafa Ali).

Justeru itu terpaksa lakukan u-turn supaya tidak terkena tuduhan "jebon baru" dalam barisan kepimpinan PAS sedia ada.

Slogan "Istiqamah Sehingga Kemenangan" tidak dapat dipertahankan. Malah dari awal lagi apabila PAS bertindak memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP bukti jelas PAS gagal beristiqamah.

Yang ada cuma lemparan tuduhan dan caci maki terhadap DAP. DAP anti-hudud katanya. Menyamai dan mengikut rentak dan irama dari UMNO.

Tetapi PAS tidak berani pula nak menyanggah 'fatwa" Syeikh Yusof Al-Qardhawi yang menyatakan [VIDEO] Al-Qardhawi: Tegakkan Kehidupan Islam Dahulu, Bukan Hudud:










IKLAN BERBAYAR







[BERGAMBAR] Laporan Program GHB Melaka: Yang Capik Datang Bertongkat....

Posted: 07 Aug 2015 09:22 PM PDT


Pukul tabuh larangan
Palu gong pelaung
Titir canang pemanggil
Yang capik datang bertongkat
Yang buta beraba-raba
Yang tuli leka bertanya
Yang kecil terambin lintang
Yang jarak tolak-tolakan
Yang pendek bertinjau-tinjau

Demikianlah gambaran jika dapat disimpulkan terhadap sambutan Majlis Eidul-Fitri dan Jelajah Perdana Gerakan Harapan Baru (GHB) peringkat negeri Melaka yang diadakan malam tadi.

Dengan sebarisan penceramah seramai lebih 20 orang, alhamdulillah, ribuan rakyat Melaka telah datang memenuhi perkarangan pejabat keadilan Melaka, tempat dimana program GHB diadakan yang bermula seawal 7.30 malam tadi.

Rakyat pelbagai bangsa, pelbagai keturunan, pelbagai agama... datang berbondong-bondong untuk memeriahkan Majlis Eidul Fitri. Juadah makanan yang disediakan untuk 2,000 orang hampir kehabisan sebelum program ceramah bermula jam 9.00 malam.

Dimulai dengan doa dan ucapan ringkas Mantan Pesuruhjaya PAS Melaka, Tn Hj Salleh bin Yusof dan kemudian diikuti dengan ucapan dari Sdra Johari Osman, Ketua Pengarah ARIF (pertubuhan sukarelawan sama fungsinya dengan Jabatan Amal) yang telah diluluskan pendaftarannya pada bulan Julai 2015, diikuti ceramah 5 - 10 minit ceramah dari penceramah-penceramah Harapan Baru peringkat pusat dan NGO-NGO sehinggalah ke kemuncaknya ceramah oleh Salehuddin Ayub dan Mohamad Sabu.

Paling jelas, mereka yang hadir tidak berganjak dari tempat mereka, malah kelompok hadirin semakin membengkak dan melimpah sehingga ke jalanraya utama apabila ruangan tempat program mulai sesak.

Majlis yang awalnya dipengerusikan oleh Sdra Mohd Jauhar Dawi kemudian diteruskan oleh Ustaz Ashraf Minghat berjaya menghidupkan suasana program dan kedengaran laungan takbir dari oprang ramai mengiringi ucapan-ucapan para penceramah.

Para penceramah, walaupun diberikan masa singkat namun mereka berupaya menggunakan masa yang diberikan untuk menyampaikan mesej yang jelas dengan setiap seorang terus memasuki "gear lima" dengan peruntukan masa diberikan.

Rakyat Melaka teruja apatah lagi dengan kehadiran tokoh-tokoh yang jarang-jarang datap ditemui menyampaikan ucapannya seperti Sdra Rosli Adam mewakili IKRAM Melaka), Tan Sri Muhammad Taib (bekas MB Selangor), Dato Zaid Ibrahim (bekas menteri di JPM) , Hj.Anuar Tahir, Tamrin Ghaffar dan lain-lain.

Acapkali disambut dengan hilai tawa para pengunjung apabila ada penceramah yang membuat sindiran dan lulucon nakal apabila mengupas isu-isu negara.

Mohamad Sabu misalnya didalam ucapannya menyebut:

"RM2.6 bilion hilang ke dalam akaun peribadi....
Najib semakin kaya, Rosmah semakin besar"

menyebabkan suasana menjadi gamat dengan sambutan jeritan dan hilai tawa para pengunjung.

Program tersebut dibantu dengan jayanya oleh sukarelawan ARIF dibawah pimpinan Pengerusi ARIF negeri yang pertama kali beraksi untuk melancarkan program berkenaan, Sdra Hairil Anuar Samat Al-yamani dan sekalian ahli jawatankuasa GHB negeri dibawah pimpinan Sdra Adly Zahari (mantan Pesuruhjaya PAS Melaka yang juga Koordinator GHB Melaka).

Ia disiarkan secara lansung oleh rakan radio penyiar, dpedasfm.



InsyaAllah, hanya beberapa minggu sahaja lagi, sebuah parti baharu akan muncul, yang akan bersama-sama dengan rakan-rakan lain seperti DAP, PKR dan NGO-NGO lain di dalam Pakatan 2.0.

Rakaman terima kasih juga kepada Keadilan Melaka yang sudi membenarkan premis mereka dijadikan lokasi program... sebelum GHB Melaka mempunyai ibupejabatnya sendiri yang kini sedang giat diusahakan. Begitu juga kepada semua dermawan yang telah menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program tersebut.

Syabas dan tahniah GHB Melaka. Semuga program malam tadi menjadi pemangkin untuknya meneruskan usaha dan iltizam dan bersama-sama rakyat di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan disamping menghapuskan kezaliman dan kekejaman. Ayuh maju teurs.... kerana rahmat dan redha Allah itu berserta dengan mereka yang ikhlas dan bersungguh-sungguh!







IKLAN BERBAYAR







Tiada ulasan: