Kelab Greenboc |
- Yang Kerap Ponteng Parlimen Itulah Yang Khianat Dan Bakal Terlaknat...
- [WAJIB TONTON] Fiqh Malaysia Dokongan GHB Penuhi Realiti Politik Malaysia
- Najib Yang Sebenarnya Telah Membangsatkan Melayu...
Yang Kerap Ponteng Parlimen Itulah Yang Khianat Dan Bakal Terlaknat... Posted: 25 Aug 2015 12:16 AM PDT Mat Sabu: MP, ADUN PAS tak perlu kosong kerusi Semua wakil rakyat daripada PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak perlu meletak jawatan sebagai anggota parlimen atau dewan undangan negeri kerana kemenangan mereka adalah atas tiket Pakatan Rakyat, kata Mohamad Sabu. Bekas timbalan presiden PAS itu berkata soal peletakan jawatan tidak timbul kerana perundangan dan perlembagaan tidak memaksa wakil rakyat yang menyertai parti lain mengosongkan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum. "Sebaliknya, wakil rakyat (PAS) di luar Pakatan yang seharusnya melepaskan jawatan mereka," katanya kepada pemberita selepas perasmian GHB Pulau Pinang di Butterworth. Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengulas desakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya anggota parlimen dan Adun PAS berkenaan meletak jawatan. Sementara itu, Mohamad yang akan menjadi pengerusi parti baru itu berkata beliau yakin jumlah keanggotaan GHB akan meningkat dalam beberapa minggu lagi berikutan beberapa peletakan jawatan dan keahlian dalam PAS sekarang, dan didakwa akan terus berlaku. -Bernama
ULASAN GB Presiden PAS menyatakan wakil rakyat yang tak letak jawatan akan dilaknat. Sebelum ini Mursyidul Am PAS, Dr.Haron Din mengeluarkan "fatwa"nya haram gaji dan elaun jika wakil rakyat PAS menyertai parti lain. Memang pelik dan teruk sekali kenyataan-kenyataan berkenaan kerana jika demikian, kesemua wakil rakyat PAS kena letak jawatan sebab PAS sendiri telah khianat denagn rakan-rakan sepakatan sehinggan Pakatan Rakyat kini sudah hancur binasa. Kesemua gaji dan elaun wakil-wakil rakyat PAS yang masih kekal di dalam PAS itulah yang sebenarnya haram kerana rakyat mengundi mereka bukan kerana mereka PAS semata-mata tetapi adalah kerana pada pilihanraya rakyat mengundi di atas dasar mereka adalah calon Pakatan Rakyat. Jika mengundi di atas dasar PAS semata-mata, cuba lihat di kerusi-kerusi dimana pertandingan tiga penjuru iaitu di 1) Dun Kota Damansara (Selangor) 2) Dun Sungai Aceh (Pulau Pinang) 3) Dun Panti (Johor) 4) Dun Kota Putra (Trengganu) 5) Dun Bukit Besi (Trengganu) 7) Dun Seberang Takir (Terengganu) 6) Parlimen Labuan. Ketujuh-tujuh kerusi tersebut akhirnya terlepas kepada Umno/BN! Di Sungai Acheh PAS dengan calonnya Mohd Yusni Mat Piah TELAH HILANG DEPOSIT dengan hanya mendapat 690 undi. Jadi jangan lupa, dengan restu Hj Hadi, PAS telah mengkhianati tahalluf siyasi dengan rakannya sewaktu PRU-13 lepas dan PAS kecundang di tempat-tempat yang tidak dibantu rakan dari Pakatan Rakyat. Lagi mahu sembang kencang dan mahu tunjuk lagak. Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan dimana calon-calon PAS yang khianat dengan Pakatan Rakyat itulah yang bakal dihukum oleh rakyat. Gaji dan elaun merekalah yang lebih "syubhah". Selain itu sebelum ini GB pernah menyatakan bahaimana pula wakil rakyat PAS yang gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat sepertimana yang diamanahkan? Mengapa Majlis Syura tidak mengeeluarkan hukum tentang gaji dan elaun yang diterimanya? Petikan: Seorang yang berjawatan Presiden Parti Islam, seorang yang bertaraf "ulama dunia" tetapi tidak menjalankan amanahnya sebagai wakil rakyat untuk hadir di Parlimen begitu banyak kali. Lepas tu hebat dan segera pula nak barua, celaka, mentololkan orang lain dan kini nak melaknat orang. Kita menunggu hukum kebenaran dan keadilan yang akan terus berjalan untuk menghukum pimpinan tertinggi PAS dan PAS sendiri lantaran pengkhianatannya kepada rakyat. Nanti akan ketahuilah semua siapa yang barua, celaka, tolol dan terlaknat yang sebenarnya.... InsyaAllah, berani kerana benar! |
[WAJIB TONTON] Fiqh Malaysia Dokongan GHB Penuhi Realiti Politik Malaysia Posted: 24 Aug 2015 10:50 PM PDT Fiqh Malaysia sangat diperlukan oleh A Shukur Harun Makna umum progresif di sini ialah ingin maju, memandang jauh ke depan, bukan saja cintakan ilmu, tetapi juga bersikap terbuka yang bersedia untuk mendengar dan berbincang akan sesuatu perkara, termasuk agama. Tetapi tidak bermakna berkompromi dengan asas agama. Kerana itu saya melihat Resolusi Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah 2015 (NUNJI15) yang bersidang di Shah Alam, Selangor pertengahan Ogos lalu adalah cerminan dinamika pemikiran para agamawan progresif yang dipancarkan sepanjang persidangan sehari suntuk itu. Seramai 500 perwakilan dan peserta dari dalam dan luar negara berkongsi keilmuan mereka memperakui keperluan mematangkan dan membumikan risalah Rahmatan Lil Alamin memerlukan usaha berterusan bersama dengan semua pihak dalam satu pendekatan inklusif. Nadwah ini adalah usaha awal yang penting dari Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk memulakan wahana mengenai pembentukan fiqh Malaysia yang mengambil kira situasi masyarakat majmuk di negara ini tanpa merobah hukum asas yang dipancarkan dalam nas al-Quran dan sirah Nabi. Di sini saya perturunkan dulu ketetapan resolusi NUNJI15 itu: Meyakini betapa besarnya amanah Islam dalam memenuhi kehendak perubahan politik semasa, dan kegagalan kerangka politik penindasan, dan kegagalan pentadbiran kerajaan yang telus dan bertanggungjawab, maka NUNJI'15 mengusulkan beberapa ketetapan resolusi untuk diambil ketetapan selanjutnya; 1. Meningkatkan tahap keberkesanan politik Islam melalui proses demokrasi dan pendemokrasian dalam kerangka kedaulatan undang-undang negara dan Perlembagaan negara. 2. Memantapkan dan memperkukuhkan usaha secara berterusan dan gigih untuk menggali dan memunggah semula khazanah siasah syariah sebagai panduan berpolitik dan bernegara, dengan mengambil kira suasana / kondisi dan keperluan setempat bagi menelurkan fiqh siasah acuan Malaysia. 3. Memperkukuh dan memperjuangkan konsep Muwathonah berpandukan kepada memenuhi hak, dan membela sebarang pencabulan hak, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan negara berpandukan kepada ketetapan siasah syariah. 4. Memperjuangkan syariat Islam perlu dipersembahkan dalam mafhum menyeluruh mengikut kebijaksanaan pendekatan dan tidak terhad kepada menyamakan syariat dengan hanya hudud semata-mata. 5. Menetapkan dan memperjuangkan yang satu dasar Islam yang memantulkan penghayatan makna Rahmatan Lil Alamin diterjemahkan melalui wujudnya sebuah negara madani melalui dasar keterangkuman dan kepimpinan yang beramanah kepada rakyat pelbagai kaum dan agama di Malaysia. 6. Meyakini dan menghayati kepelbagaian jemaah tidak boleh dijadikan alasan untuk menimbulkan budaya permusuhan dan budaya takfiri tetapi hendaklah diurus melalui adab perbezaan yang ditetapkan. 7. Meyakini dasar Islam Rahmatan Lil Alamin hendaklah diterjemahkan dalam amalan politik permuafakatan dengan semua pihak yang berkongsi cita-cita yang sama dan beriltizam dengan persetujuan yang dibuat bersama. 8. Bersetuju sebulat suara untuk mengasaskan sebuah parti politik baharu berpandukan kepada maqasid dan siasah syariah sebagai salah satu cara bagi mencapai ketetapan-ketetapan di atas. Bagi mencapai matlamat resolusi yang dipersetujui, NUNJI'15 menyeru semua pihak untuk meneruskan usaha Islah pemikiran dan Islah organisasi dan kemudian menggembleng tenaga bersama untuk menjayakan ketetapan yang dibuat. Dalam ucapannya yang sangat menarik, cendekiawan tersohor, Dr Siddiq Fadhil mengusulkan fiqh perlu peka kaum. Mungkin sesuatu adalah halal bagi satu kaum tetapi haram bagi kaum yang lain seperti wujudnya madrasah ahli ra'yi dan ahli hadis. Beliau juga menekankan fiqh berubah mengikut masa dan keadaan serta tempat. Lain padang, lain belalang, katanya. Maka dalam konteks Malaysia, fiqh mesti disesuaikan dengan suasana dan keadaan negara ini. Fiqh sejati, katanya, adalah sesuatu yang dinamik dan kontekstual. Ia tidak boleh membeku sehingga tidak mampu menjawab persoalan am dan persekitarannya. Menurutnya, kegagalan memberikan jawapan yang tuntas, realistik dan meyakinkan akan menyebabkan orang lari untuk mencari jawapan yang lebih baik di tempat lain. Di samping itu, kata Dr Siddiq Fadhil lagi, untuk menghindari kegagalan yang menimpa sebahagian gerakan Islam kontemporari akibat kegagalan memahami dan menangani tempat operasinya, gerakan Islam di Malaysia perlu mampu mengakar kuat pada fiqh al-nass cabang fiqh lainnya. Di tengah realiti iklim politik dan sosio-budaya yang berbeza-beza, katanya, gerakan Islam di sesebuah negara tidak boleh menjadi sekadar replika daripada gerakan Islam lain. Yang lebih tahu tentang waqii sesuatu tempat, tidak lain adalah penduduknya sendiri. Justeru katanya, warga Mekah sendirilah yang lebih mengetahui segala lurah dan lembahnya. Di sinilah seorang peserta bertanya kepadanya, mengapa sesetengah gerakan Islam menggelunsur laju menjadi golongan ekstremis yang menakutkan. Lalu Dr Siddiq menjawab hal ini terjadi akibat pendukung gerakan Islam itu bertambah semangatnya tetapi tidak bertambah ilmu. Maka tidak seimbang, katanya. Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim mengusulkan perlunya memudahkan fiqh taisir al-fiqh untuk menghadapi konteks masyarakat multikultural, bukan memberatkan mahupun meringankan. Dr Maszlee Malik pula menekankan mengenai beberapa hadis yang menunjukkan Nabi SAW mengiktiraf sebarang "khair" (kebaikan) walau daripada pihak manapun datangnya. Justeru, kebaikan itu bersifat universal. Tokoh ini memberikan pelbagai contoh bagaimana Nabi SAW sentiasa menggalakkan usaha kebaikan. Antaranya, peristiwa Hilful Fadhul di mana baginda sangat setuju usaha pemimpin Quraish di Makkah membentuk sebuah jawatankuasa keselamatan untuk mengatasi kejadian rompakan yang berleluasa di Mekah waktu itu. Ketika itu, Nabi SAW berumur 37 tahun, belum menjadi rasul. Lalu beberapa lama kemudian ketika di Madinah, baginda menceritakan peristiwa ini dengan berkata, "Kalau aku dipanggil waktu itu untuk menyertai kerja baik kaum Quraish itu, aku akan bersetuju." Ini gambaran politik bijaksana dan pandangan jauh Nabi SAW, demikian juga beberapa contoh lain. |
Najib Yang Sebenarnya Telah Membangsatkan Melayu... Posted: 24 Aug 2015 04:35 PM PDT GHB hentam Najib kenyataan 'terbangsat' Gerakan Harapan Baru (GHB) menghentam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana mengatakan bahawa orang Melayu akan "terbangsat" jika Umno hilang kuasa. Najib, yang juga presiden Umno berkata demikian semasa mesyuarat perwakilan Umno di Kangar semalam. Pengerusi penaja GHB, Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata jika Umno hilang kuasa, Najib mungkin takut akan berakhir di Penjara Sungai Buloh, Selangor. Berucap di Seberang Jaya malam tadi, beliau mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat tuduhan yang yang membabitkan 1MDB tetapi sebaliknya, pihak polis telah diarah menyiasat SPRM. "Ketika siasat-menyiasat begini, (ibupejabat polis) Bukit Aman pula terbakar. Macam cerita Hindustan!" kata Mat Sabu disambut ketawa hadirin. "Kalau Umno kalah, siapa menang? Ada Melayu dalam pembangkang (sebelum ini Pakatan Rakyat), Melayu dalam DAP dan PKR," katanya kepada kira-kira 500 orang yang menghadiri pelancaran rasmi GHB di Dewan SP Arena. Penjara Sungai Buloh adalah di mana bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas disabitkan atas tuduhan liwat. Selain daripada hutang 1MDB, Najib sedang menghadapi kritikan sengit berkaitan sumbangan RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya sebelum pilihan raya umum 2013 (PRU13). Mat Sabu memberi jaminan bahawa pakatan pembangkang yang baru - DAP, PKR dan parti baru GHB, Amanah - akan memastikan semua suara didengar dan semua kaum dipertahankan. "Beberapa kerusi Parlimen telah dimenangi oleh calon Melayu dalam DAP dan PKR. Terdapat juga banyak kerusi di mana BN letak bukan Melayu tetapi calon Melayu kita menang," katanya. Mat Sabu mengambil contoh kerusi Raub di Pahang dan Kota Raja di Selangor, yang masing-masing dimenangi oleh calon DAP, Ariff Sabri Abdul Aziz (Raub) dan calon PAS, Siti Maria Mahmud (Kota Raja). Manakala BN, katanya, meletakkan calon Cina di Raub dan India di Kota Raja dalam pilihan raya umum 2013. "Calon DAP Ariff, dia Cina ke Melayu?" kata Mat Sabu sinis. "Wakil Pakatan Dr Siti Maria Cina ke India?" Soalnya lagi dengan nada menyindir, lalu disambil hadirin yang berkata "India". "Jadi bila kita mempunyai kerusi yang dimenangi oleh orang Melayu, maka kita ada wakil-wakil yang akan menjadi suara umat Islam," kata Mat Sabu. Beliau juga memberi contoh Dyana Sofya Mohd Daud, yang bertanding menentang Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dalam pilihan raya kecil Teluk Intan pada 2014. Mengimbas kembali kata-kata "bekas presiden" beliau (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), Mat Sabu berkata Dyana Sofya seorang yang berani dan dia mewakili DAP untuk menentang calon Cina, bukan calon Melayu. "Jangan bimbanglah. DAP seorang diri tak boleh perintah Malaysia. Boleh ke DAP perintah Malaysia?" tanya Mat Sabu lagi. "Bertahun-tahun pun tak boleh. Mesti ada sepakatan antara DAP, PKR dan GHB ," tambahnya. Mat Sabu berkata politik bukan berdasarkan kepada statistik tetapi kepada persepsi dan pada masa ini, tambanya, persepsi orang Melayu ialah jika Umno kalah, DAP akan perintah Malaysia. Tetapi, katanya, sampai bila orang Melayu akan tertipu. Majlis tersebut telah dihadiri oleh pegawai tinggi GHB, termasuk Ahli Parlimen Datuk Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar), Hanipa Maidin (Sepang), Dr Hatta Mohd Ramli (Kuala Krai), bekas naib presiden PAS PAS Salahuddin Ayub dan bekas Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I Rashid Hasnon mewakili PKR dan Exco kerajaan negeri Chow Kow Yeow mewakili DAP. -mk
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan