Kelab Greenboc |
- GHB Lebih Terbuka Dan Lebih Mesra - Dr.Maszlee
- Lebih 30 AJK PAS Kawasan Bukit Katil & Pemuda Hulu Langat Letak Jawatan
- [BERGAMBAR] King Of "Derma" Bakal Dilancarkan
GHB Lebih Terbuka Dan Lebih Mesra - Dr.Maszlee Posted: 21 Aug 2015 01:37 AM PDT GHB bawa gagasan Islam yang lebih mesra - Maszlee Malik KUALA LUMPUR: Gerakan Harapan Baru (GHB) bukan kumpulan serpihan sebaliknya ia membawa satu idea dan meneruskan gagasan PAS suatu ketika dahulu. Penganalisis Politik, Dr Maszlee Malik berkata, selepas muktamar PAS ke-61 baru-baru ini, wadah parti Islam itu dilihat tidak dapat diteruskan lagi. "Ini merupakan pembersihan. Pembersihan daripada pemikiran konservatif supaya PAS boleh kekal dengan pemikiran konservatif "Jadi mereka yang cuba membawa Islam yang lebih lunak, lebih terbuka boleh memilih wahana atau platform yang lebih sesuai dengan mereka," katanya dalam satu temubual bersama Astro Awani di baru-baru ini. Dr Maszlee berkata, ia membawa kerugian buat PAS kerana tiada pertukaran idea baru dalam parti itu dan menimbulkan persoalan sama ada ia sebuah badan dakwah atau parti politik. Beliau berkata, GHB membawa satu gagasan bahawa islam yang lebih mesra. GHB katanya, menunjukkan keterbukaan Islam melalui ruang politik dan tidak mudah menjatuhkan hukum serta membawa penyelesaian yang diterima oleh semua kelompok rakyat. Pada rabu, 18 anggota jawatankuasa PAS kawasan Shah Alam meletakkan jawatan dan dijangka akan menyertai GHB. Mereka termasuk Yang Dipertuanya, Azli Yusof, Timbalan Yang Dipertua, Zulkifli Mohd Nani, Naib Yang Dipertua, Mohamad Jamil Abd Rahim dan Ketua Pemuda, Helmi Radzuan. -astroawani |
Lebih 30 AJK PAS Kawasan Bukit Katil & Pemuda Hulu Langat Letak Jawatan Posted: 20 Aug 2015 11:12 PM PDT Hari ini jam 5 petang, PAS Kawasan Bukit Katil Melaka akan mengadakan satu sidang media khas bagi mengumumkan perletakan jawatan oleh kepimpinan PAS Kawasan Bukit Katil dan cawangan PAS sekitar Melaka. Sidang media itu akan diadakan di pejabat Moveact Academy. Taman Pengkalan Jaya, Bukit Katil Melaka. Gambar sebelah ialah AJK PAS KAwasan Bukit Katil di muktamar PAS yang lalu. Difahamkan, seramai 13 orang AJK PAS kawasan diketuai oleh Yang Dipertuanya, Sdra Sofi Wahab, 8 orang AJK Dewan Muslimat dan kesemua (kecuali 2 orang) daripada Dewan Pemudanya akan mengisytiharkan perletakan jawatannya petang ini. Perletakan jawatan kepimpinan PAS Bukit Katil merupakan satu kejutan dan satu tamparan hebat kepada PAS Negeri Melaka kerana Melaka yang memperolehi kemenangan sulongnya di dalam pilihanraya umum yang lepas iaitu DUN Bukit Baru melalui calonnya Dr Hj Md Khalid Kassim, Sdra Sofi yang mengetuai saf kepimpinan PAS Bukit Katil ketika itu dan pemuda yang diketuai oleh Mohd Jauhar Mohamad Dawi merupakan tenaga penggerak utama jentera pilihanraya DUN Bukit Baru sehingga DUN itu telah mencapai kemenangan yang bersejarah tersebut. Sofi yang sebelum ini oernah menjadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka selama dua penggal di bawah kepimpinan Sdra Adly Zahari pernah mempersoalkan tindakan Pesuruhjaya PAS Melaka yang baharu, Kamaruddin Sidek yang membuat perlantikan jawatankuasa Perhubungan PAS dengan tidak mengikut Perlembagaan. Kesemua yang meletakkan jawatan akan menyertai Gerakan Harapan Baru Melaka yang kini dipimpin oleh Sdra Adly Zahari. GHB Bukit katil telah berjaya ditubuhkan dan kini dipimpin oleh mantan tokoh veteran PAS Melaka, Hj Bakrin Sidek Di dalam satu perkembangan berkaitan, di Hulu Langat Selangor, 10 orang ahli jawatankuasa pemudanya telah mengisytiharkan perletakan jawatan mereka kepada PAS Kawasan Hulu Langat. Mereka adalah terdiri daripada ketuanya, Mohd Burhanuddin bin Othman, Setiausaha Ahmad Firdaus bin M Zabidi, Pen. Setiausaha Muhammad Safuan bin Harun dan Afrodi bin Ali serta tujuh orang yang lain. (rujuk kenyataan di bawah). Perletakan jawatan dari PAS dijangka akan berterusan di seluruh negara menjelang pelancaran parti baharu hujung bulan ini, atau selewat-lewatnya awal bulan depan.
|
[BERGAMBAR] King Of "Derma" Bakal Dilancarkan Posted: 20 Aug 2015 05:45 PM PDT Zunar keluarkan buku 'King Of Derma' Zunar bakal menerbitkan buku terbarunya yang bertajuk 'King of Derma' yang akan dikeluarkan pada pertengahan bulan September akan datang. Perkara itu dinyatakannya dalam satu sidang media pengumuman anugerah Hellman Hemmet yang diterimanya di Hotel Shah Village, di sini semalam. Zunar King DermaKatanya, buku yang dikeluarkan kali ini adalah berkonsepkan kartun untuk rakyat, tidak seperti buku-buku beliau yang lain mengenai kartun politik. "Perbezaan politik kartun adalah kartun berkisarkan politik antara ahli politik tetapi kartun untuk rakyat ini adalah apa sahaja isu yang berkaitan dengan rakyat. Kita yang sengsara. "Sebagai contoh duit RM2.6 billion itu adalah duit kita tetapi masuk ke dalam poket perdana menteri," katanya. Sebelum ini, lima daripada buku beliau diharamkan oleh kerajaan Malaysia kerana didakwa isi kandungannya tidak sesuai untuk orang awam dan boleh mempengaruhi pembaca untuk menggulingkan kerajaan. Selain itu, Zunar juga berkata, beliau mendapati bahawa di Malaysia orang ketawa sebagai tanda protes, jadi beliau akan menghasikan buku untuk mereka yang cenderung ke arah cara itu. "Di Malaysia saya dapati gelak adalah salah satu jenis protes. Ada orang yang tidak mahu pergi ke BERSIH, kerana ada perkara yang menghalang seperti pekerjaan, tetapi kalau sediakan bahan, mereka akan gelak. "Saya nak sediakan ini kepada pembaca di Malaysia dan ia adalah satu cara yang selamat, efektif untuk protes," katanya. -KD |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan