Kelab Greenboc |
- PAS Sokong TSKI Dan Hentam PKR?
- Jangan Hina Pekerjaan Orang Lain...
- Dato Husam Boleh Saman Mereka Yang Memfitnahnya...
- [VIDEO] Pengampu Najib, Ahmad Maslan Kena Boo & Puad Zakarshi Kena Tegur...
PAS Sokong TSKI Dan Hentam PKR? Posted: 18 Aug 2015 01:13 AM PDT Mahu bersama PKR atau tidak, PAS hantar mesej keliru PAS gagal memberi isyarat jelas kepada penyokongnya samada mahu terus bekerjasama dengan PKR atau tidak selepas berpisah dengan DAP, kata penganalisis. Ini kerana, dalam isu saman bekas menteri besar Selangor terhadap PKR, jelas PAS terus menyalahkan PKR dan menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Bagi saya PAS gagal memberikan isyarat yang jelas kepada penyokongnya apakah mereka mahu terus bekerjasama dengan PKR atau bergaduh dengan parti itu," kata Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar. Bagi Hisomudin, jika PAS mahu bekerjasama dengan PKR sebagaimana dinyatakan kepimpinannya sebelum ini, parti Islam itu tidak seharusnya memihak kepada individu yang sudah terpisah daripada parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti Khalid. "Namun PAS mengambil kesempatan daripada krisis undang-undang antara PKR dan Khalid dengan memihak secara jelas kepada bekas MB itu dan secara tidak langsung menyalahkan pimpinan PKR khasnya Anwar sendiri," katanya merujuk kepada Anwar yang kini berada dalam penjara. Bagi beliau, langkah itu silap kerana jika PAS mahu mengekalkan hubungannya dengan PKR, ia perlu menjaga hati PKR dan pemimpinnya, khasnya Anwar yang meminta kes itu diselesaikan dengan baik. Dalan penyelesaian kes saman itu, PKR dan bekas setiausaha agungnya Datuk Saifudin Nasuition Ismail bersetuju memohon maaf kepada Khalid. Manakala Khalid pula selepas itu bersetuju menerima permohonan maaf itu dan juga meminta maaf kepada PKR. "PAS dilihat flip flop dalam isu ini. Satu pihak PAS mahu bekerjasama dengan PKR khasnya di Selangor. Tetapi dalam masa yang sama ketika PKR berdepan dengan Khalid, PAS memihak kepada beliau padahal ada ruang untuk PAS memenangi hati kedua-dua pihak. "Ini kerana, kedua-dua pihak meminta maaf dalam penyelesaian di mahkamah mereka tetapi PAS mengambil sikap untuk menyatakan presiden mereka betul dalam isu ini," kata Hisomuddin kepada The Malaysian Insider. Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Khalid dikekalkan sebagai menteri besar Selangor dan menolak cadangan PKR menggantikannya dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan dalam akaun Facebooknya ketika mengulas keputusan mahkamah itu menyerang Langkah Kajang yang dimulakan Anwar, selain cuba memancing Khalid agar bersama PAS. "Langkah Kajang langkah sumbang. Setelah sekian lama bergelut untuk bersihkan diri dari fitnah dan kini terbukti anda tidak bersalah dan mereka pun sudah minta maaf, maka buat anda Tan Sri Khalid, saya jemput datanglah sertai PAS. Jangan berseorangan lama-lama, tidak manis," tulis Nasrudin dalam Facebook. Ramai pemimpin PAS mengambil pendekatan senada dengan Nasrudin dan menyifatkan keputusan Hadi menyokong Khalid sebelum ini adalah tepat. Khalid ketika mengulas keputusan penyelesaian dalam mahkamah berkata, Langkah Kajang adalah pencetus keretakan dalam Pakatan Rakyat (PR). "Langkah Kajang berjaya mengaibkan saya yang akhirnya menyebabkan saya kehilangan jawatan. Namun, lebih malang lagi, strategi politik yang tidak bermoral ini telah turut menyebabkan keretakan dalam pemuafakatan antara parti komponen Pakatan Rakyat akibat sikap politik retorik dan hipokrit," kata Khalid. Sebelum ini, dalam pertemuannya dengan PKR, PAS menyampaikan mesej untuk terus bekerjasama walaupun sudah memutuskan hubungannya dengan DAP. PKR pula dijangka akan membentuk kerjasama dengan DAP dan parti pecahan daripada PAS yang bakal dinamakan Amanah, dan akan diumumkan secara rasmi hujung bulan ini. Pada masa sama PKR cuba mengekalkan hubungannya dengan PAS. – TMI ULASAN GB Memang pelik. DI Selangor beriya-iya mereka ingin terus menjalinkan hubungan dengan PKR. Malah sanggup datang "menyembah" kepada PKR supaya tidak berlaku pertandingan 3 penjuru di kawasan di mana PAS bertanding. Malah menghasut PKR supaya memutuskan hubungan dengan GHB. Baca Dulu Hinakan Wan Azizah, Sekarang PAS Hasut PKR Supaya Benci GHB Tiba-tiba kini hentam PKR dan sokong TSKI. Sedangkan semua orang tahu, bahawa Saifuddin dan PKR boleh saja meneruskan kes saman TSKI terhadapnya. Tetapi oleh kerana mendengar nasihat Anwar dimana Anwar sebagai perantara menyatakan negara sedang berdepan dengan masalah politik, ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat, maka sewajarnya langkah perdamaian itu lebih baik dari meneruskan kes. Namun kesempatan itu dipergunakan sehabisnya oleh PAS untuk menghentam PKR disampin TSKI sendiri yang sekalipun telah "saling bermaaf", tetapi terus menyalah Langkah Kajang sebagai langkah kecundang yang telah mengaibkannya. Dimanakah kejujuran TSKI yang telah "saling memaafkan" dan dimana kejujuran PAS untuk menjalinkan hubungannya dengan PKR? Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Yang tidak jujur itulah yang sebenarnya akan kecundang.... |
Jangan Hina Pekerjaan Orang Lain... Posted: 18 Aug 2015 12:01 AM PDT Jururawat bukan 'kerja' tengok anu lelaki! TINDAKAN beberapa pelayar laman sosial yang menghina jururawat dan menuduh mereka suka melihat kemaluan pesakit lelaki mendapat perhatian seorang jururawat wanita yang bertindak membalas kembali kritikan tersebut menerusi satu perkongsian. "Assalamualaikum Tuan Cham Cham yang dihormati. Semoga saya dan kawan-kawan nurse (jururawat) yang lain diampuni segala dosa dan pekerjaan kami diterima dan diredai ALLAH taala," kata Putry Al Wafa di laman sosial Facebooknya, semalam. Putry bertindak membalas kenyataan pemilik akaun Tuan Cham Cham memuatnaik status yang menuduh jururawat wanita 'suka melihat kemaluan pesakit lelaki'. "Untuk pengetahuan tuan, kami sebagai nurse wanita langsung tak hadap nak tengok kemaluan lelaki melainkan itu adalah sebahagian dari tugas kami. "Bab-bab tugas yang lain saya tak mau cerita panjang, memandangkan tuan hanya berkata kami 'sebok nak tengok kemaluan pesakit lelaki sahaja'," tambahnya. "Sekali lagi, saya harap Tuan faham apa yang saya nak sampaikan dan terima kasih kerana menghina," akhiri Putry dalam perkongsian tersebut. Pada bahagian komen, Putry sekali lagi menegaskan pendirian beliau. "Saya bukan mencari glamour apatah lagi publisiti murahan macam ni. Saya cuma fight for the right. Pertahankan profesion saya sebagai jururawat. "Sesiapa yang bekerja seperti saya, akan faham apa yang nak saya sampaikan. Tak perlu hina kami dengan kata-kata yang boleh menjatuhkan maruah kami yang juga seorang wanita," tegasnya. Majoriti pelayar yang dipercayai jururawat juga memberikan sokongan dan menghentam kritikan Tuan Cham Cham tersebut. "Kenapalah prasangka negatif. Tuan Cham Cham ni.. Tugas kami merawat dan membantu.. Masya-ALLAH jangan sangka kami bukan-bukan. Tiada apa yang kami harapkan dan sangat-sangat gembira melihat pesakit kami datang dengan sakit dan pulang dengan sihat...," kata Mma Aini Ahmad . "Adik aku, sepupu aku pun kerja jururawat. Hormatilah kerja orang. Tukang sapu sampah pun ada maruah. Inikan pula jururawat. Dunia ni bulat. Jangan bangga sangat apa yang kita ada. Tak kekal mana pun," kata Kenji Faizal. "Biadapnya laki tu... Harap nanti dia sedar la kebodohan dia tu boleh makan diri dia," kata Fiena Annie. -SH |
Dato Husam Boleh Saman Mereka Yang Memfitnahnya... Posted: 17 Aug 2015 06:15 PM PDT Salinan surat balas dan soalan tambahan: YB Dato Haji Hanipa Haji Ahmad, Pengerusi Baldah Toyyibah (Prasarana) Sdn Bhd. PELAWAAN LAWATAN BERSAMA KE TAPAK TEBANGAN ULU SAT Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian YB Dato menjawab surat saya bertarikh 28 Syawal 1436/13 Ogos 2015. Dari surat itu, saya simpulkan atau memberikan komen seperti di bawah: A. Tiada Penglibatan YB Dato Husam Musa Dari Pembalakan Lebuhraya Rakyat Penjelasan YB Dato dalam isu ini sangat saya alukan. Saya berharap, melalui jawapan rasmi ini, tidak ada mana-mana pihak, termasuk YB Dato atau pegawai Baldah (saya lampirkan terbaru apa yang dicatat oleh Encik Nik Hisham dalam media sosial), memberikan versi tidak rasmi yang lain untuk mengaitkan nama saya secara tidak adil. B. Adanya Penyitaan dan Tahanan Penebangan Para E surat YB Dato ada menyatakan : "Penahanan sementara kerja-kerja penebangan di kawasan berkenaan...." "....... telah ditahan sementara oleh Jabatan...." dan "....... 50 tan kayu sahaja yang masih ditahan sementara...." Dari kandungan para E, membuktikan memang berlaku penahanan tebangan dan penyitaan oleh Jabatan Hutan ke atas kayu-kayu yang ditebang oleh kontraktor Baldah. Apa yang saya sebutkan bahawa kayu-kayu yang dikeluarkan oleh kontraktor Baldah telah disita adalah benar. C. Tidak Berlaku Sebarang Kesalahan Hutan di Blok A dan Blok B - Hutan Simpan Ulu Sat? Dari kandungan para E, YB Dato mengakui adanya sitaan di matau milik Baldah. Tinggal lagi, YB Dato cuba menjelaskan, sekalipun penahanan berlaku, tiada kesalahan dilakukan oleh kontraktor Baldah. Ini bermakna, berlakunya penahanan yang salah oleh Jabatan Hutan. Benarkah berlaku salah penahanan oleh Jabatan Hutan? Sekalipun untuk tujuan siasatan, tanpa kesalahan dilakukan, Jabatan Hutan tidak boleh sewenang-wenang melakukan sitaan. Adakah semata-mata kerana adanya laporan yang dibuat oleh pihak tertentu ( seperti ayat YB Dato pada baris tiga para E) semata-mata, Jabatan Hutan bertindak menyita? Adakah pihak tertentu itu membuat laporan palsu dan apakah tindakan yang diambil oleh Baldah atau Jabatan Hutan terhadap pelapor palsu itu? Jika Jabatan Hutan secara salah menyita, saya cadangkan Baldah mengambil tindakan undang-undang ke atas Jabatan Hutan. Kerajaan juga hendaklah mengenakan surcaj ke atas kaki tangan dan pegawai Jabatan Hutan yang terlibat atas tindakan salah tanpa selidik yang telah dilakukan. Jabatan Hutan juga boleh diarahkan membayar ganti rugi kepada pihak yang ditahan. Adakah kerajaan akan bertindak seperti itu? Jika tidak, kenyataan YB Dato tiada apa-apa kesalahan dilakukan adalah diragukan. Setakat pengalaman saya, salah tindakan Jabatan Hutan berkait kesalahan membalak di luar sempadan adalah agak mustahil. Ini ialah kerana pengecaman dan tandaan sempadan dilakukan bersama antara kaki tangan Jabatan Hutan dan kontraktor terbabit sebelum lesen diluluskan. Jika kontraktor merasakan tandaan sempadan adalah salah, mereka boleh melaporkannya kepada Jabatan Hutan. Mereka sama sekali tidak boleh membalak di luar sempadan yang telah ditandakan atas apa jua alasan, termasuk kononnya kawasan itu terletak dalam zon penampan yang diizinkan untuk ditebang. Apa gunanya dinamakan zon penampan kalau zon itu juga boleh ditebang? Isu yang saya ingin ketengahkan sekali lagi di sini ialah, ada atau tidak kesalahan hutan khususnya membalak di luar sempadan dilakukan, termasuk di kawasan yang didakwa zon penampan? Jika ada, siapakah yang melakukan perbuatan itu? Jika tidak, kenapakah Jabatan Hutan bertindak menyita? D. Pelawaan Lawatan Bersama ke Tapak Tebangan Bagi menghilangkan keraguan terhadap penjelasan YB Dato pada mata rakyat, saya mencadangkan lawatan bersama dengan diiringi oleh Jabatan Hutan dapat diatur oleh YB Dato. Dalam tempoh sekarang, saya yakin tunggul-tunggul kayu - jika ada - yang ditebang di luar sempadan masih boleh dilihat. Tandaan sempadan juga masih ada kesannya. Selain itu, pusat ikatan untuk mengukur semula sempadan bagi mempastikan tandaan sempadan adalah betul dan tebangan semuanya dilakukan di dalam sempadan, boleh dikesan semula jika perlu. Dengan cara ini, tidaklah Jabatan Hutan disalahkan tanpa kesalahan yang sebenar dan penjelasan YB Dato dapat diperkukuhkan lagi. Saya bersedia untuk bersama dalam lawatan itu nanti. Saya berharap, YB Dato tidak keberatan untuk mengaturkannya. Penjelasan YB Dato bahawa hanya 50 tan/600 tan berbaki di metau juga tidak akan berbangkit jika YB Dato melihat sendiri longgokan balak di metau sekarang. Terdapat 14 longgokan besar dengan 1,280 batang pelbagai saiz yang dianggarkan seberat 968 tan masih disita di situ. Saya sertakan gambar-gambar untuk menunjukkan jumlah yang dinyatakan oleh YB Dato adalah kurang tepat, walaupun ia bukannya isu yang besar. E. Berapakah Keluasan Kawasan R N R? Seingat saya, mengikut garis panduan Lembaga Lebuh Raya Malaysia(LLM), kawasan Rehat dan Rawat (R n R) yang ideal hanyalah seluas 20 ekar dan lay-by adalah 10 ekar setiap satu. Bagi Lebuh Raya Rakyat, R n R dikatakan seluas 10 hektar dan 65 hektar masing-masing. Dengan keluasan 75 hektar atau bersamaan dengan 185 ekar, bermakna enam kali ganda keluasan ideal cadangan LLM. Mengapakah cadangan keluasannya yang melibatkan hutan simpan adalah begitu luas? Juga, saya sangsi dengan tebangan ke atas pokok berdiameter 6 inci ke atas kerana konsep asal adalah pokok-pokok besar dikekalkan untuk menghasilkan teduhan dan keindahan semula jadi. Dari penjelasan YB Dato, ia menjadi terbalik iaitu pokok-pokok besar di tebang dan yang tinggal adalah pokok kecil semata-mata. Mengenai foto yang dirujuk oleh YB Dato, jika lawatan ke tapak dilakukan sendiri oleh YB Dato, ternyata apa yang dikatakan tebangan terpilih sebenarnya hampir disapu bersih dan yang tinggal hanyalah pokok-pokok kecil tanpa sebarang keindahan semula jadi lagi. Sungai yang dulunya dilindungi kanopi pokok-pokok kini terang benderang tanpa hijauan lagi. F. Jumlah Pengeluaran Dan Hasil Saya berpendapat, ada sedikit kekeliruan angka dalam pengiraan yang ditunjukkan oleh YB Dato pada para pertama muka surat tiga. YB Dato nyatakan keluasan tebangan adalah sejumlah 23 hektar. Angka ini mungkin tidak tepat kerana Blok A seluas sepuluh hektar telah ditebang semuanya. Bagi Blok B pula, 20% dari 65 hektar telah ditebang, iaitu 13 hektar. Keluasan 23 hektar ini belum mengambil kira laluan lebuh raya, yang mengikut surat YB Dato : 'jajaran lebuhraya yang sudah tentu ditebang habis...'. Bermakna, kawasan yang telah ditebang adalah melebihi 23 hektar. Oleh itu, perolehan 2,700 tan adalah dari kawasan yang melebihi 23 hektar, termasuk dari tebangan laluan lebuhraya dan ada kemungkinan di luar kawasan tandaan sempadan yang asal (yang didakwa sebagai kawasan buffer zone yang tiada sekatan untuk tebangan). Dengan itu, 23 hektar sebagi pembawah adalah tidak tepat. Jika keluasan sebenar tebangan melebihi 23 hektar dengan mengambil kira laluan tebangan dan zon penampan, dengan sendirinya perolehan RM 8,000 seekar seperti dinyatakan oleh YB Dato akan berubah. Jika diandaikan kawasan laluan dan tebangan luar kawasan mencapai 20 hektar atau lebih, kadar hasil per ekar akan menjadi hanya RM 4,000 sahaja. Ini tidak banyak bezanya dengan kadar hasil bagi tebangan habis yang diperolehi melalui proses biasa. Oleh itu, pengiraan kadar hasil per ekar mesti mengambil kira keluasan tebangan keseluruhan dan yang sebenar. Namun begitu, saya sangat berbangga dengan keinginan Baldah mendapatkan hasil yang tertinggi dan kaedah sebut harga terbuka yang diamalkan. Jika semangat yang sama terpakai untuk agensi lain seperti KPK, rakyat Kelantan akan melihat sesuatu yang berbeza dan lebih baik. G. Alaf Ulung dan bukannya Lucky Wong Tidak ada masalah besar antara sama ada Syarikat Lucky Wong atau Alaf Ulung. Apa yang saya pohonkan adalah latar belakang syarikat kontraktor yang dilantik oleh Baldah. Dalam surat saya, saya namakan Syarikat Lucky Wong. Setelah saya melawat tapak berkenaan, dalam kenyataan media saya pada sebelah petangnya, saya telah tukarkan kepada Syarikat Alaf Ulung seperti tertera di papan tanda di metau. Kedua-dua surat dan kenyataan media saya dipamerkan di laman FB saya. Saya beranggapan pegawai YB Dato ada membacanya dan melaporkan semula kepada YB Dato. Soalan-soalan berkaitan seperti siapa pemilik syarikat yang saya tanyakan berkaitan Lucky Wong terpakai untuk Alaf Ulung yang dilantik oleh Baldah, jika YB Dato merasa perlu untuk menjelaskannya. H. Persoalan Menerusi Media Sosial Saranan YB Dato dalam para akhir surat YB Dato iaitu untuk tidak menggunakan saluran media sosial kerana dikhuatiri menimbulkan persepsi yang tidak baik bagi kerajaan, rasa saya tidak relevan. Jika tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh kerajaan, tiada sebab untuk imej kerajaan tercalar. Sebenarnya, melalui media sosial sesuatu isu menjadi lebih berkesan. Saya telah pun meminta penjelasan YB Dato melalui kumpulan Whats App terhad di mana YB Dato turut bersama sejak 8 Ogos 2015 tetapi tiada sebarang respon sehinggalah surat saya tersiar dalam FB saya dan pengguna media sosial yang lain. Di samping itu, fitnah ke atas saya dalam isu ini adalah secara terbuka oleh pengamal media sosial sejak sekian lama. Ia bukan isu peribadi saya dengan kerajaan tetapi isu saya secara awam dan isu kerajaan dan kepentingan awam juga. Surat balas YB Dato juga disiarkan melalui Whats App. Nampaknya YB Dato sendiri dan pegawai Baldah tidak mengamalkan saranan YB Dato. Saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih atas respon YB Dato dan InsyaAllah surat ini juga mendapat respon sekali lagi YB Dato, disamping lawatan ke tapak untuk menjelaskan tiada sebarang penyelesaian belakang tabir diatur antara kerajaan dan Jabatan Hutan. Sekian. Terima kasih. Yb Dato Husam Musa Adun Salor/Yang DiPertua Pas Kubang Kerian, Kelantan 2 Zulkaedah 1436/17 Ogos 2015 s.k: 1. YAB Ustaz Dato Menteri Besar Kelantan Darul Naim 2. YA Berusaha Tuan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan
|
[VIDEO] Pengampu Najib, Ahmad Maslan Kena Boo & Puad Zakarshi Kena Tegur... Posted: 17 Aug 2015 05:43 AM PDT Tepukan buat Muhyiddin, 'boo' untuk Ahmad Maslan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan disambut dengan 'boo' dan ejekan sewaktu Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Pontian sekalipun beliau adalah timbalan bahagian kawasan itu. Ia berbeza dengan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disambut dengan tepukan sewaktu ketibaannya dan ketika sampai ke kemuncak ketika menyampaikan ucapannya. Laungan "Hidup Tan Sri!" beberapa kali turut bergema dalam dewan sepanjang beliau menyampaikan ucapan. Bagaimanapun, Ahmad, yang juga MP Pontian di'boo' dan diejek sewaktu nama beliau disebut. Keitka beliau diperkenalkan oleh pengerusi majlis, beliau di'boo'. Ketika Ketua Umno bahagian Hasni Mohammad menyebut nama Ahmad dalam ucapnnya, tepukan perlahan oleh hadirin. Sewaktu Muhyiddin menyampaikan ucapan, beliau mengucapkan tahniah kepada Ahmad yang dilantik menjadi timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri. Hal ini juga mengundang ejekan 'boo' oleh hadirin. Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno serta merta menegur hadirin supaya tidak melakukan demikian. "Beliau timbalan ketua bahagian Umno Pontian, jangan 'boo'," kata Muhyiddin. Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, Ahmad ditanya mengenai reaksi beliau berhubung penerimaan perwakilan hari ini. "Dua orang saja kan?" kata beliau sebelum beredar. -mk
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan