Kelab Greenboc |
KSN Batalkan Pindahan 2 Pegawai SPRM Posted: 10 Aug 2015 01:09 AM PDT Setelah bantahan keras daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), perpindahan dua pegawai kanannya ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Jumaat lalu, dibatalkan hari ini. Keputusan itu dibuat selepas pertemuan dengan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal hari ini. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dalam kenyataannya sebentar tadi mengesahkan perkara itu. Ali berkata beliau telah bertemu sendiri denagn Pengarah Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM. "Kedua-dua pegawai telah memberikan penjelasan mengenai tindakan mereka mengeluarkan kenyataan media. Susulan penjelasan tersebut, saya telah membuat keputusan membatalkan pertukaran kedua-dua pegawai ke JPM dan kembali ke jawatan asal masing-masing berkuat kuasata pada 10 Ogos 2015 (hari ini)," katanya. -mk (8.8.2015)
|
Ahli-ahli UMNO Minta Najib Direhatkan Dan Ditangkap Posted: 09 Aug 2015 09:20 PM PDT Norwati Abdul Manaf menunjukkan memorandum yang diserahkan kepada Najib Razak selepas mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang. Ingatkan selepas ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hati ahli-ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang berubah tidak jadi hantar memorandum. Rupa-rupanya niat itu diteruskan juga dan berwakilkan Ahli Jawatankuasa Bahagian, Norwati Abdul Manaf, memorandum yang mengandungi 12 perkara itu diserahkan ke tangan Najib sendiri selepas perasmian Persidangan UMNO Bahagian Pasir Gudang pagi tadi. "Kami terima apa juga yang diucapkan Najib tetapi kami dari 107 cawangan dah bulat hati untuk tetap menghantar memorandum ini. "Dua perkara yang penting adalah meminta Najib berehat dari jawatannya dan membatalkan penangguhan pemilihan parti yang diumumkan selama 18 bulan itu," katanya kepada wartawan MalaysiaGazette. Norwati yang juga Ketua Wanita cawangan Mawar selanjutnya berkata, pemilihan kepimpinan parti perlu disegerakan. "Kalau Najib kata ada tiga juta ahli yang menyokongnya, kami harap dia adakan pemilihan secepat mungkin. Tak payah tangguh. "Kami adalah ahli UMNO yang juga mempunyai hak untuk bersuara demi kebaikan parti," katanya. Norwati berharap Najib selaku Presiden UMNO dapat mempertimbangkan memorandum yang diserahkan sebaik mungkin. "Kami buat bukan suka-suka sendiri. Sebelum diserah kepada Najib, kami tunjuk dulu kepada 'bos' kami, Datuk Seri Khaled Nordin. "Bila dah dapat lampu hijau, kami tak ragu-ragu lagi untuk serah," ujarnya. - MalaysiaGazette |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan