Khamis, 6 Ogos 2015

dollah yankee

dollah yankee


Zeti Aziz..kabarin? Waras?

Posted: 06 Aug 2015 08:08 AM PDT


RM pada petang hari ini pada jam 4.30 merupakan nilai paling lemah sejak 2 September 1998 (ini tarikh Anwar Ibrahim kena pecat ni..) sebelum diikat pada RM3.80/per dollar Amerika.

Ianya ada lah kejatuhan yang paling teruk sejak krisis kewangan Asia 17 tahun yang dulu. Apa kah puncanya? Ada kah jatuh nya RM pada paras yang paling teruk ini yang seiring dengan tuduhan penglibatan skandal rasuah yang melibatkan Perdana Menteri seperti apa yang sedang heboh sekarang ini merupakan puncanya?

Gurkah-gurkah politik di'port' kata 50% faktor punca jatuhnya RM itu ada lah ya... ya.. RM2.6 Billion dan hutang 1MDB.

Kita pun tak tau macam mana Bank Negara nak masuk campur dalam perkara ini untuk macam mana nak pertahankan nilai RM yang merupakan nilai yang paling teruk dalam Asean ini. Sebelum ini BNM telah menggunakan RM5 Billion dalam usaha mereka untuk mengukukuhkan nilai RM, namun nampaknya gagal.

Aktiviti kilang-kilang pengeluaran juga terus mengecut bulan Julai lepas (ada kawan di sebuah kilang di Bayan lepas akui tempatnya bekerja sebelum ini sering mengekspot kira-kira purata 20 pallet setiap minggu, tapi sejak bulan Julai lalu sekspot mereka hanya sekitar purata tinggal 7 pallet).

Tak tau lah apa nak jadi bila RM mencecah 4 Ringgit untuk 1 Dollar Amerika.

dollah yankee -
Gabenor Bank kita apa khabar?


Tiada ulasan: