Khamis, 20 Ogos 2015

dollah yankee

dollah yankee


Saya ada impian ...

Posted: 20 Aug 2015 07:41 AM PDT


Image result for zaid ibrahim & co
Bekas menteri kehakiman pada zaman Pak Lah zzzz Zaid Ibrahim, telah mengesahkan akan membuat 'comeback' dalam dunia politik Malaysia setelah lama memencilkan diri. Parti yang berkemungkinan menjadi pilihan hati Zaid Ibrahim ialah parti GHB (Gerakan Harapan Baru).

"Ohh..mesti dan sudah tentu.." itu yang dia kata bila ditanya olih wartawan apabila diminta mengesahkan sama ada dia mahu kembali aktif berpolitik.

Banyak parti-parti yang telah menawarkan tempat untuk dia, tetapi gerak hati nya lebih untuk bersama-sama dengan Mat Sabu dan lain-lain dalam GHB. "Mereka semua yang dalam GHB adalah kawan-kawan saya".

Zaid berhasrat untuk merebut kerusi Parlimen Kota Bahru dimana dia pernah jadi MP pada tahun 2004 - 2008 dulu. "Kota bahru adalah tempat saya dilahirkan".

Dia sudah dapat baca bahawa pada PRU yang akan datang, jika diletak 'tongkol-kayu' pun akan menang sebab kebencian yang amat sangat rakyat terhadap kerajaan pemerintah hari ini.

dollah yankee -
GHB akan ambil alih parti KITA 

Tiada ulasan: