Ahad, 9 Ogos 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Shafie: Kerajaan enggan kebenaran tertegak?

Posted: 09 Aug 2015 06:02 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempertikaikan campur tangan dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bertanya jika kerajaan sendiri tidak mahu "kebenaran tertegak".

Dalam kenyataan beliau hari ini, bekas menteri itu berkata, kerajaan mempunyai tanggungjawab menghentikan campur itu atau berdepan risiko hilang keyakinan rakyat.

"Mengapa tiba-tiba dua pegawai SPRM ditukar ketika siasatan (mengenai) 1MDB masih dijalankan? Tidak bolehkah tunggu sehingga selesai siasatan?

"Adakah kerajaan sendiri tidak mahu kebenaran tertegak?" katanya.

Tambah Ahli Parlimen Semporna itu, jika isu SPRM dan campur tangan kerajaan gagal ditangani, beliau bimbang ia akan menyebabkan BN hilang kuasa pada masa depan.

"Persoalan ini jika tidak dijawab dan dijelaskan akan menambahkan lagi defisit kepercayaan kepada kerajaan yang sudah pun hilang sekarang ini.

"SPRM perlu diberikan kebebasan dan tidak dihalang daripada menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada mereka," katanya.

Mohd Shafie berkata, tindakan memindahkan dua pegawai kanan SPRM ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) memberikan persepsi tidak baik pada kerajaan yang mendakwa mengamalkan ketelusan dan berintegriti. 


DAP sambut cabaran Najib dedah dana parti

Posted: 09 Aug 2015 05:57 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata parti itu menerima cabaran Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak bagi mendedahkan maklumat mengenai dana politik masing-masing.

Bercakap di satu majlis di Tanjung Bungah di Pulau Pinang, Lim menyebabkan hadirin ketawa apabika berkata, Najib mungkin berfikir parti itu sedang bermain guli dan melontarkan cabaran kepada DAP.

"(Najib berkata) Kamu tunjukkan kepada saya kamu punya dulu, kemudian saya akan tunjukkan saya punya? Apa jenis perdana menteri macam ni?" kata Lim disusuli gelak ketawa orang ramai.

Najib ketika menepis tuduhan salah laku dana awam sebelum ini mengaku menerima dana RM2.6 bilion dari luar ke akaun persendiriannya.

Mendakwa ia adalah untuk kegunaan parti, perdana menteri kemudian berkata, Umno boleh mendedahkan maklumat kewangan sumbangan dananya dengan syarat parti pembangkang melakukan perkara sama.

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, sebagai kerajaan negeri yang menjalankan pentadbiran telus DAP tidak takut untuk mendedahkan sebarang dana sumbangan yang diterimanya.

Katanya, ketua menteri, ahli dewan undangan negeri dan ahli parlimen di Pulau Pinang mengisytiharkan harta masing-masing mengikut tempoh ditetapkan sejak 2008 setelah mereka merampas negeri itu daripada BN.

"Kami telah menunjukkan segala-galanya. Jika (anda) mahu tunjuk, tunjuklah. Kami tidak takut.

"Kita boleh duduk semeja dan tunjuk. Bendahari kami adalah Fong Kui Lun (Ahli Parlimen Bukit Bintang). Adakah anda rasa dia takut untuk dedahkan?

"Kami menerima cabaran daripada Najib," katanya.


Berita Terkini MH370 2015 : Sah! Jumpa Serpihan Pesawat MH370 di Pulau Reunion!

Posted: 09 Aug 2015 05:54 AM PDT



Berita terkini MH370 2015 : Sah! Jumpa Serpihan Pesawat MH370 di Pulau Reunion!

berita terkini mh370 


Selepas 17 bulan lamanya tragedi pesawat MH370 Malaysia Airlines MAS dikatakan hilang terhempas, akhirnya Perdana Menteri, Najib Razak tampil membuat pengumuman di mana mengesahkan serpihan pesawat yang penyiasat jumpa di Pulau reunion adalah milik kapak terbang Malaysia Airlines MH370.

Berita terkini MH370 melibatkan pengumuman Najib Razak telah dilakukan pada 2 pagi tadi di Pusat Dagangan Antarabangsa PWTC. Diharapkan dengan pengumuman dan penemuan demi penemuan akan melegakan sedikit sebanyak beban yang terpaksa ditanggung oleh waris mangsa penumpang MH370 selama ini.

 

Video Berita Terkini MH370 : Jumpa Serpihan Pesawat MH370 di Pulau Reunion!

P/S : Takziah kepada mana-mana pihak yang terlibat. Diharapkan dengan berita terkini MH370 ini, akan lebih banyak bahan bukti yang boleh dijumpai sekaligus merungkai misteri kehilangan pesawat MH370 selama ini termasuklah kota hitam MH370.

PP/S : Datuk Seri Najib Razak juga boleh meluangkan masa untuk merungkai misteri derma RM2.6 bilion yang terus menjadi tanda-tanya rakyat Malaysia pada ketika ini. Jangan dibiarkan tergantung begitu lama.
PPP/S : Ya Allah Ya tuhanku yang Maha Besar, tunjukkanlah kami kebenaran.

PPPP/S : Walaubagaimanapun, Intan Maizura Othman yang merupakan siteri kepada mangsa MH370, Hazrin Hasnan sama sekali tidak percaya dengan berita terkini MH370 kononnya serpihan pesawat telah jumpa di Pulau Reunion. Mari lihat sama-sama apa yang ingin dikongsikan kepada dunia seperti paparan di bawah ini….

BR1M cara Najib bantu dapur rakyat

Posted: 09 Aug 2015 04:37 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau boleh menarik semula Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sekiranya rakyat tidak memerlukannya.

"Adakah anda mahu BR1M? Jika anda tidak mahu, saya boleh tarik balik," katanya kepada perwakilan ketika berucap di mesyuarat agung Umno Pasir Gudang, hari ini.

Kenyataan itu kemudian disambut secara sederhana di kalangan perwakilan dengan beberapa daripada mereka menjawab: "Kami masih mahu".

'Ugutan' dengan nada gurauan itu dilontar Najib sambil menyindir pengkritik kerajaan.

Sambil mendakwa ada pihak yang tidak sukakan bantuan kewangan itu, Najib berkata, pada zaman sebelum ini kerajaan membantu rakyat dengan membina kemudahan awam seperti jalan raya.

"Tetapi pada zaman saya, dapur rakyat pun kita bantu," katanya.

Walaupun tidak menyebut nama pengkritik tersebut, dipercayai Najib merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu sebelum ini beberapa kali mengkritik dasar kerajaan memberikan bantuan kewangan tahunan untuk rakyat.

Kata Dr Mahathir pemberian BR1M itu boleh dianggap sebagai rasuah dan membeli undi.


Dua maut dalam nahas payung terjun di Gunung Jerai

Posted: 09 Aug 2015 04:29 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
GURUN: Dua orang paraglider maut selepas payung terjun mereka tersangkut pada pokok di tebing curam ketika melakukan luncur udara di puncak Gunung Jerai di sini tengah hari Ahad.
 
Mangsa dikenali sebagai Mohd Hazlan Ismail, 32, dan Liang Chong Kee, 52. 
 
Mohd Hazlan yang merupakan anggota polis di Balai Polis Simpang Empat, Perlis adalah tenaga pengajar paragliding di Kelab Luncur Udara Indra Kayangan manakala Liang merupakan sub kontraktor syarikat swasta.    
 
Saksi berkata payang terjun yang dinaiki mangsa kelihatan tidak stabil disebabkan keadaan angin kencang sebelum mereka terjatuh pada tebing curam.    
 
Katanya kedua-dua peluncur itu merupakan yang terakhir berlepas selepas enam peluncur lain terjun dengan selamat.      
 
Penolong Pengarah Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kedah, Nazri Zakaria berkata pihaknya mendapati mangsa tersangkut pada pokok di tebing curam kira-kira empat kilometer dari puncak gunung dan diturunkan oleh anggota bomba pada ketinggian tebing kira-kira 50 meter.     
 
Katanya mayat kedua-duanya kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.
 
 

SPRM larang hasrat berhimpun tanda sokongan

Posted: 09 Aug 2015 04:25 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa semua pihak supaya tidak meneruskan hasrat untuk berkumpul di pejabat badan itu di seluruh negara bagi menyatakan sokongan.
 
Gesaan itu dilihat mempunyai kaitan dengan arahan pertukaran serta merta dua pegawai kanannya termasuk kerana menyambut kehadiran wakil pemimpin pembangkang yang dianggap tidak wajar dilakukan seorang penjawat awam.
 
Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali, perhimpunan di pejabat SPRM dikhuatiri akan mewujudkan suasana tidak selesa kepada orang ramai.
 
"SPRM mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pemimpin kerajaan, parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan serta rakyat yang telah memberikan sokongan moral secara langsung atau tidak langsung.
 
"Pada pandangan SPRM memadai dengan sokongan yang telah diperlihatkan setakat ini dan memohon rakyat terus memberi kerjasama dengan SPRM dalam memerangi jenayah rasuah," katanya.
 
Jumaat lalu, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuat kuasa serta merta.
 
Bahri dan Rohaizad sebelum ini antara pegawai yang menyiasat akaun syarikat SRC International Sdn Bhd, sebuah entiti yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Sebelum ini Bahri menerusi kenyataan menegaskan akan mencari dalang yang mengarahkan penahanan pegawai SPRM yang terlibat dalam penyiasatan melibatkan SRC International Sdn. Bhd.
 
Katanya, pihaknya tidak ada masa berpolitik tetapi akan melaksanakan tugas seperti yang diamanahkan dan diharapkan oleh rakyat.
 
Manakala Rohaizad pula  menyambut baik sokongan yang diberikan oleh pemimpin pembangkang yang hadir beramai-ramai ke Ibu Pejabat SPRM minggu lalu bagi menyatakan sokongan kepada kakitangan agensi penguatkuasaan berkenaan.
 
 

‘Saya dianggap tak punya kuasa,’ kata Muhyiddin

Posted: 09 Aug 2015 04:24 AM PDT

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin.
 - Foto Bernama


PETALING JAYA - "Saya dianggap tidak punya kuasa sejak saya digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri", kata Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, meskipun masih menerima undangan merasmikan mesyuarat Umno, beliau berasa ragu-ragu dengan jemputan yang diterima.

"Saya tanya mereka yang jemput saya untuk rasmikan majlis mesyuarat, betulkah mereka mahu saya yang datang rasmikan (majlis mesyuarat)?

"Saya minta supaya check (periksa) betul-betul, OK ke kalau saya datang rasmikan?" katanya sambil disambut ketawa perwakilan yang hadir.

Menurut Muhyiddin, alasan tidak lagi memegang jawatan sebagai timbalan perdana menteri merupakan antara punca utama kebanyakan perwakilan membatalkan jemputan merasmikan mesyuarat yang sepatutnya dirasmikan oleh beliau.

"Kata mereka, saya bukan lagi memegang jawatan sebagai timbalan perdana menteri. Sebab itu mereka batalkan jemputan.

"Apa salahnya? Saya masih lagi Timbalan Presiden Umno. Tidak bolehkah saya bercakap di atas platform itu?" katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya Utara di Hotel Cystal Crown, di sini, hari ini.

"Saya tanya mereka yang jemput saya (bagi merasmikan majlis mesyuarat), beranikah mereka menerima saya sebagai perasmi?

"... Selain Pagoh, saya puji barisan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara kerana agak tegas dengan pendirian mereka untuk menjemput saya dan menghormati institusi timbalan presiden," katanya lagi.

Tweet ‘saya tidak akan jual negara’ ‘diserang’

Posted: 09 Aug 2015 04:21 AM PDT

Tweet Perdana Menteri
Tweet Perdana Menteri.


SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau sama sekali tidak akan menjual negara sebaliknya dana yang diperoleh digunakan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat dan Umno.

Perkara itu dinyatakan Najib menerusi posting di laman mikro Twitternya semalam sebelum dihujani pelbagai komen daripada netizen.

"Tapi kenapa (dana) masuk ke akaun peribadi?" soal seorang pengguna Twitter yang menggunakan twithandle @therealshah_

Kredibiliti Najib sebagai pemimpin negara terjejas teruk sebaik sahaja sebuah portal antarabangsa mendedahkan sejumlah besar dana berjumlah RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi miliknya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemudiannya mengesahkan dana itu adalah sumbangan penderma dari Timur Tengah.

Berikutan itu, suruhanjaya itu dalam satu kenyataan berkata akan meminta Perdana Menteri memberikan penjelasan berhubung sumbangan derma berkenaan.

Salah seorang netizen menggunakan nama Sheikh Wahid Emdibi di Twitter turut mempersoalkan sejauh mana kebenaran kata-kata Najib dengan bertanya, " tu dua pegawai SPRM yang siasat tu kenapa pergi pindahkan ke JPM? Takut apa?".

Ratusan tweet yang lain turut mengecam kenyataan Perdana Menteri termasuk ada di antaranya yang memberikan nasihat sinis jika mahu kekal di tampuk pemerintahan.

"Kenapa mata wang kita semakin jatuh? Sudah la imej negara kita pun dah jatuh, tolonglah baiki balik kalau nak sangat jadi PM," tulis Aliff Hassan.


SPRM sambut baik polis tangguh siasatan

Posted: 09 Aug 2015 04:19 AM PDT

 
Keputusan itu dijangka membantu mengatasi suasana tidak senang yang wujud antara SPRM dan pihak polis


Mustafar-Ali_khalid_sprm_600_2



PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambut baik kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang memutuskan pihaknya menangguhkan sementara siasatan ke atas badan itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, keputusan itu dijangka membantu mengatasi suasana tidak senang yang wujud antara SPRM dan pihak polis.

"SPRM ingin jelaskan bahawa suruhanjaya ini komited untuk menjalankan tugas membanteras jenayah rasuah secara bebas, telus dan profesional.

"Melihat kepada suasana sekarang, SPRM meminta kepada semua pihak supaya tidak menyampai dan menyebar luas maklumat-maklumat yang tidak sahih serta andaian negatif yang boleh mengelirukan, malah boleh menimbulkan keresahan di kalangan rakyat," katanya.

Siasatan ke atas badan itu dibuat bagi menyiasat kebocoran maklumat yang disiar melalui portal Sarawak Report.

Dalam kenyataan yang sama Mustafar turut menjelaskan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah selamat menjalani pembedahan kerana masalah tulang belakang di sebuah hospital di ibu negara pada Jumaat lalu.

Perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang ‘lesu’ bila Najib berucap

Posted: 09 Aug 2015 03:56 AM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS


Sebahagian perwakilan yang menghadiri mesyuarat Umno Pasir Gudang di Dewan Serbaguna Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor, yang dirasmikan Datuk Seri Najib Razak, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 9 Ogos, 2015.Sebahagian perwakilan yang menghadiri mesyuarat Umno Pasir Gudang di Dewan Serbaguna Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor, yang dirasmikan Datuk Seri Najib Razak, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal,  


Lebih 700 perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang kelihatan lesu apabila Datuk Seri Najib Razak mula berucap merasmikan mesyuarat perwakilan pagi tadi. 

Nada berbeza perwakilan yang bersemangat ketika Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Khaled Nordin berucap sebelum itu seakan luntur apabila seakan tidak memberikan tumpuan semasa ucapan Najib, lebih-lebih lagi ketika beliau menyentuh isu membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

 Malah semasa menyentuh isu BR1M, perwakilan di dalam dewan juga seakan tidak memberikan tumpuan penuh kepada ucapannya.

 "Tuan-tuan nak BR1M lagi ke tidak," katanya dan disahut:"Tidak" oleh sebahagian perwakilan.

 "Kalau tidak saya batalkan BR1M, ada cara lain ke lebih baik?" soal Najib kepada perwakilan dalam ucapannya.

Malah, ketika menyentuh isu membabitkan skandal-skandal oleh pentadbiran kerajaan terdahulu, perwakilan turut mendesaknya mendedahkan skandal-skandal tersebut, namun Najib tidak mendedahkannya.

"Dalam sejarah kita banyak lagi isu, 1MDB belum ada kerugian.

 "MAS kita dah tampung berapa bilion, penjualan saham MAS ini pun ada isu, nak sebut saya boleh sebut.

 "Kalau saya sebut saya membuka pekung di dada, kalau tak sebut saya pula yang dipersalahkan," katanya, dan disahut: "bukalah!" oleh perwakilan yang hadir.

Khaled juga sebelum ketibaan Najib mendedahkan dalam ucapannya atas kapasiti ketua Umno Bahagian, perdana menteri meminta untuk merasmikan mesyuarat perwakilan berkenaan dan bukannya atas jemputan mereka.

 Beliau turut mengingatkan ahli Umno di Bahagian Pasir Gudang agar menjadi tuan rumah yang 'baik dan berdisiplin'.

 "Persidangan kali ini amat bertuah kerana presiden parti akan rasmikan, presiden yang minta untuk rasmikan dan bukan atas kehendak bahagian

 "Kerana 2 bulan lepas, presiden melalui setiausaha Umno maklumkan mahu rasmikan (mesyuarat) bahagian," katanya, dalam ucapan pertama itu.

Kehadiran Najib di Johor hari ini adalah pertama kali sejak beliau menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri daripada rombakan Kabinet yang dilaksanakannya hujung bulan lalu.

Tak hentak meja, beri pandangan berhemah, kenapa gugurkan saya, soal Muhyiddin

Posted: 09 Aug 2015 03:44 AM PDT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ciri-ciri yang dimahukan Datuk Seri Najib Razak ada padanya, tetapi kerana terlalu banyak mempersoalkan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), beliau digugurkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Ogos, 2015.Timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ciri-ciri yang dimahukan Datuk Seri Najib Razak ada padanya, tetapi kerana terlalu banyak mempersoalkan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), beliau digugurkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 



Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempersoalkan tindakan Datuk Seri Najib Razak menggugurkannya sebagai timbalan perdana menteri kerana segala teguran yang diberikan kepada perdana menteri dilakukan secara berhemah.

Timbalan presiden Umno itu berkata ciri-ciri yang dimahukan Najib ada padanya namun kerana terlalu banyak mempersoalkan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), beliau digugurkan.

 "Kalau sesiapa pun boleh mengemukakan pandangan, berentap meja pun boleh. Cuba tanya presiden parti, pernah tidak saya berentap meja di hadapan beliau. Saya ini kan berhemah, gaya pun macam bodoh je.

"Mana ada hentak meja, mengangkat suara pun tidak ada. Beri pandangan secara berhemah. Salah? Habis kenapa gugurkan saya?

"Tidak apa prerogatif perdana menteri. Dia tidak suka tidak apa. Kita hormat," katanya sewaktu berucap merasmikan mesyuarat pemuda Umno Petaling Jaya Utara petang ini.

Adakah dana RM2.6b dari Israel?

Posted: 09 Aug 2015 12:23 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Datuk Seri Najib Tun Razak harus menyatakan dengan jelas mengenai derma RM2.6 billion ke dalam akaun persendiriannya dan tidak memadai sekadar menyatakan ia berasal dari Timur Tengah.

Penganalisis politik dan pensyarah, Dr Maszlee Malik berkata, selain negara Arab, Israel juga termasuk dalam rantau Timur Tengah.

"Kalau cakap dari Timur Tengah, sekarang kita tak tahu dari mana derma itu. Boleh jadi Israel kerana perdana menteri cakap dari middle east.

"Kalau bukan dari Israel, nyatakanlah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Padas 5 Ogos lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan kenyataan bahawa wang itu disumbangkan oleh pihak tertentu "dari Timur Tengah".

Bagaimanapun SPRM berkata mereka tidak boleh mendedahkan identiti "penderma" tersebut.

Perkara sama turut diakui Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Derma OK tapi mesti telus

Maszlee berkata, bagi mengelak sebarang syak wasangka Najib tiada pilihan kecuali berterus terang mengenai identiti penderma itu.

Katanya, perdana menteri merupakan seseorang yang diharapkan semua pihak untuk mentadbir negara.

Justeru, katanya, seorang perdana menteri mesti bersikap telus.

Tambahnya lagi, ketelusan itu boleh dilihat di negara lain seperti AS apabila ahli politik dan pentadbir negara itu sering mendedahkan sumber sumbangan diperoleh.

Namun, katanya, bagi mengelak salah faham wang sumbangan tersebut tidak dimasukkan ke akaun persendirian pemimpinnya.

"Di AS sendiri mereka membenarkan derma tapi mestilah telus.

"Sekiranya ia tidak berlaku begitu, ia dilihat seperti tidak ada integriti," katanya.

Sementara itu anggota Biro Pemantapan Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wan Ji Wan Hussin berkata, seorang pemimpin yang baik dan mempunyai kredibiliti harus jujur.

"Pemimpin yang baik, ada kredibiliti dan jujur harus nyatakan siapa yang menderma," katanya.

Kata Wan Ji lagi, di zaman Nabi Muhammad amil pengutip zakat pun perlu memberitahu jumlah zakat yang diterimanya.

"Wang zakat pun perlu diberitahu jumlahnya, apatah lagi derma (RM 2.6 bilion) yang diterima seseorang pemimpin," katanya. 
 
 
 

Sudahlah tak bercuti, kini rosakkan parti

Posted: 09 Aug 2015 12:19 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Seorang pemimpin Umno yang sepatut bercuti, sebaliknya dilihat mahu menguburkan parti sendiri, kata perwakilan di mesyuarat agung tahunan Umno Johor hari ini.

"Kami sedih pemimpin ini mahu menghancurkan Umno padahal bapa dan ibunya berjuang demi parti.

"Pemimpin ini patut bercuti, berundur. Kami tidak mahu melihat parti yang dibina oleh nenek moyang kami dikuburkan," kata Ismail Mohamed, Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh.

Bercakap di perhimpinan peringkat bahagian itu, Ismail memasang harapan pemimpin yang dimaksudkannya itu sedar bahawa akar umbi parti tidak mahu melihat parti mereka hancur.

Walaupun beliau tidak menyebut sebarang nama, Ismail berkata, pemimpin terbabit adalah orang yang bertanggungjawab memindahkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Kenyataan Ismail itu merujuk kepada pertukaran tugas dua pegawai kanan SPRM ke Jabatan Perdana Menteri ketika agensi terbabit menyiasat dana besar didepositkan ke dalam akaun persendirian Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Untuk makluman, Umno Pagoh diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden parti itu.

Beliau dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri akhir bulan lalu.

Menurut Ismail, mereka tidak pernah melilhat kakitangan SPRM mengadakan solat hajat kerana berasa tertekan sebelum ini.

Justru, katanya, SPRM perlu dibarkan bebas menjalankan siasatan supaya kebenaran dapat ditemui.


Dah dapat duit jangan senyap, kata Najib

Posted: 09 Aug 2015 12:17 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Presiden Umno berharap ahli parti itu tidak mendiamkan diri apabila pemimpin mereka diserang, malah sesetengahnya bertindak seolah-olah menuang minyak ke api menyala.

Bercakap di mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Bandar Tun Razak hari ini, Datuk Seri Najib Razak berkata, ahli perlu mempertahankan parti itu kerana apa yang dilakukannya bukan untuk kepentingan diri sendiri.

"Sebagai presiden parti, apa yang saya buat, sama ada kutip dana atau apa-apa, semata-mata untuk kepentingan parti, bukan untuk lain.

"Zaman saya banyak pertolongan (disalurkan) kepada bahagian, banyak kerja amal dibuat, ramai orang naik haji, banyak bahagian dapat sumbangan setiap bulan.

"(Tetapi) janganlah apabila (sudah) dapat, semua senyap. Apabila saya diserang, kita tambah lagi, tuang minyak," katanya.

Pada masa sama Najib yang dibayangi tuduhan menyalahgunakan dana awam mempertikaikan sama ada pembangkang benar-benar baik.

Kata perdana menteri, pembangkang yang mempersoalkan dana yang dimasukkan ke akaun persendiriannya juga menerima bantuan dari luar.

Katanya, beliau sanggup menjelaskan sumber serta perbelanjaan dana Umno kepada parti pembangkang - dengan syarat pembangkang bersetuju melakukan perkara sama.

Menurut Najib, orang ramai juga tidak wajar menuduhnya menjual negara kerana beliau adlaah perdana menteri yang bertanggungjawab.

Walaupun menerima dana luar, katanya, ia bukan kerana pihak penderma diberikan sebarang kontrak daripada kerajaan.

"Sebab tu SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dah kata, (duit RM2.6 bilion) itu bukan rasuah, bukan duit 1MDB.

"Ia dah selesai, dah selesai," katanya. 
 
 
 

DUA MENTERI BANTAH, PENGARAH SPRM TIDAK PERLU AKUR PERTUKARAN KE JPM

Posted: 09 Aug 2015 12:16 AM PDT

shahbudindotcom.





Selepas Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull menuntut agar dua pengarahnya, Bahri Mohamad Zin dan Rohaizad Yaakob yang ditukarkan secara serta merta ke Jabatan Perdana Menteri dikembalikan ke agensi itu dan menawarkan dirinya sebagai pengganti, sokongan terhadap badan itu boleh dirasai di mana-mana.

Sama ada secara senyap mahupun terbuka, rata-rata mahu sebarang gangguan atau ancaman terhadap SPRM segera dihentikan bagi memastikan badan itu benar-benar bebas dalam menjalankan tanggungjawabnya memerangi rasuah tanpa mengira siapa pun yang terlibat atau disiasat.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menjadi anggota kabinet pertama yang tidak bersetuju dengan pertukaran tersebut dengan menganggapnya sebagai tidak wajar sama sekali.

Kata Menteri Belia dan Sukan itu, beliau berpegang dengan pendirian bahawa institusi pencegah rasuah itu perlu dilindungi dalam menjalankan peranannya serta berdasarkan kepercayaannya selama ini  bahawa kebenaran mestilah dipertahankan.

"Saya akan tanya Ketua Setiausaha Negara, kenapa ini berlaku? Adakah sesuai membuat pertukaran dalam situasi sekarang?" tanyanya lagi.

Serentak dengan itu, KJ juga secara terbuka menyatakan tidak bimbang jika kehilangan jawatan dalam kabinet sepertimana nasib yang menimpa Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal berikutan pendiriannya ini.

Woww...nampaknya KJ sudah mencabar Najib!

Selepas Muhyiddin  dan Shafie Apdal digugurkan dalam rombakan kabinet oleh Najib baru-baru ini kerana pendirian yang krtitikal berkaitan 1MDB, KJ barangkali boleh diberikan pujian atas sikap beraninya ini.

Seolah-olah menawarkan diri untuk menjadi pejuang dan pembela rakyat serta menunjukkan keghairahan yang berbeza berbanding majoriti menteri lain yang lebih sayangkan jawatan daripada menyatakan kebenaran, kini segala-galanya terserah kepada Najib untuk membuat pertimbangan.

Tetapi, sekiranya Najib sudah mulai mempertimbangkan mahu menyingkirkan KJ daripada kabinet berikutan pendiriannya itu, sesuatu yang harus disedarinya ialah "ombak hanya menunggu masa untuk bertukar menjadi gelombang" dalam isu gangguan terhadap SPRM ini.

Kiranya KJ dipecat juga,  maka sahlah Najib seorang Perdana Menteri yang hanya suka dikelilingi oleh "yes man" sahaja, walaupun dalam ucapannya beliau cuba menafikan hakikat itu.

Selain KJ, seorang lagi menteri kabinet iaitu Paul Low juga menyatakan pendirian tidak setujunya dengan pertukaran dua pegawai SPRM itu ke JPM.

Katanya, walaupun pertukaran itu  digambarkan sebagai urusan pentadbiran, tetapi ia tetap dilihat tidak wajar kerana Bahri Mohamad Zin sedang mengetuai suatu siasatan berprofil tinggi melibatkan Najib Razak yang dilapor menerima RM42 juta daripada SRC International melalui akaun peribadinya.

"SPRM adalah sebuah agensi bebas dan mereka sepatutnya beroperasi secara bebas. Jika pegawai SPRM melakukan kesalahan, ia boleh ditangani secara dalaman," tegasnya.

Beriringan dengan pendirian dua menteri itu, Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM juga mahukan kedua-dua pengarah yang ditukarkan itu dikembalikan semula bagi membolehkan kedua-duanya menjalankan tugas seperti biasa.

Johan Jaaffar, Pengerusi panel itu menambah, "pertukaran ini akan mencetuskan lebih banyak persoalan berbanding jawapan dan menimbulkan lebih banyak syak wasangka serta teori konspirasi".

Johan adalah juga Pengerusi Media Prima, sebuah kumpulan media yang termasuk didalamnya  stesen televisyen TV3 serta dikenali umum mempunyai hubungan yang rapat dengan Najib. Namun dalam isu pertukaran pegawai SPRM ini, beliau lebih memilih kebenaran berbanding menjadi "yes man".

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin juga semalam mahukan SPRM tidak diganggu-gugat dalam menjalankan tugas dan peranannya, sesuai dengan kedudukannya sebagai badan bebas yang diiktiraf.

Dengan sokongan makin nyata dan terbuka menolak pertukaran itu, Bahri Mohamad Zin dan Rohaizad yang sepatutnya melaporkan diri ke JPM Isnin ini seharusnya lebih berani membantah pemangsaan yang cuba dilakukan terhadap mereka.

Mereka tanpa ragu-ragu, bukan saja tidak perlu mematuhi arahan pertukaran itu, malah tidak seharusnya melaporkan diri di tempat baru yang lebih merupakan hukuman "penyejukbekuan" kepada tugas menegakkan kebenaran selama ini. Di JPM nanti, bukan saja tiada tugas khusus, bahkan tidak mustahil tiada kerusi meja pun disediakan kepada mereka.

Melalui tindakan tidak melapor diri ke JPM itu, kedua-dua pengarah SPRM terbabit akan lebih mudah mendapat pembelaan yang berterusan daripada KJ dan Paul Low, malah Muhyiddin mungkin lebih lantang bersuara di luar kerajaan, bukan saja membela kedudukan mereka, tetapi juga memperjuangkan kebebasan agensi pencegah rasuah itu selepas ini.

Tindakan yang sama juga pastinya  merangsang sokongan rakyat yang lebih melimpah kepada kedua-dua pengarah terbabit.

Jika Bahri Mohamad Zin dan Rohaizad hanya akur dengan arahan pertukaran tersebut, pendirian berani kedua-dua menteri terbabit juga akan turut tersadai di dakapan media saja, jauh sekali menjadi sesuatu yang bermakna untuk kita semua.

Keberanian harus disambut dengan keberanian, maka barulah perubahan boleh diharapkan. 



Muhyiddin tegur pemimpin tak sedar realiti

Posted: 09 Aug 2015 12:14 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata sesetengah pemimpin gagal menyedari keadaan sebenar disebabkan mereka dikelilingi penyokong yang tidak bercakap benar.

Dalam ucapannya di Mesyuarat Agung Tahunan Umno Pagoh, timbalan presiden parti itu berkata, keadaan menjadi lebih buruk apabila pemimpin terbabit berasa bangga diri disebabkan maklumat salah berkenaan.

Tanpa menyebut nama secara khusus Muhyiddin berkata pemimpin terbabit tidak diberitahu oleh orang bawahannya jika melakukan kesalahan.

"(Orang itu akan berkata) Mengapa orang suruh saya berhenti? Saya OK, sokongan ramai. Apabila saya pergi ke (mana-mana) majlis, beribu-ribu orang datang," katanya.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, beliau tidak mengaitkan kenyataan itu kepada sesiapa, sebaliknya "mengandaikan" seserang pemimpin berasa begitu.

Di sebalik penafian itu, kenyataan Muhyiddin itu agak jelas merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak yang mengetepikan beliau daripada kabinet pada 28 Julai lalu.

Mendakwa tidak boleh bekerjasama dengan Muhyiddin, Najib juga pernah menyatakan rasa bangga apabila rakyat hadir beramai-ramai ke majlis dihadirinya.

Menurut Muhyiddin, seseorang pemimpin mungkin tidak menyedari melakukan kesalahan kerana ia tidak ditegur orang bawahan.

"Itu yang saya kata kepada perdana menteri. Salahkah saya?" katanya.


Ketepi Ku Nan untuk lemahkan Najib?

Posted: 09 Aug 2015 12:12 AM PDT

MALAYSIAKINI





Setiausaha Agung  Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor percaya ada pihak tertentu dalam parti itu mahu menyingkirkannya daripada jawatan berkenaan dalam usaha melemahkan Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap di Mesyuarat Agung Tahunan Umno Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur hari ini, Tengku Adnan berkata, ahli parti perlu memberikan ketaatan kepada pemimpin.

"Anda mesti taat kepada pemimpin, tapi saya nampak sebaliknya, ada bermacam percaturan.

"Inilah kerja Umno, kita mesti ketepikan sikap begitu.

"Saya tahu ada orang Umno yang meminta presiden saya (Najib) supaya saya digugurkan daripada jawatan setiausaha agung," katanya.

Tengku Adnan menambah, ahli parti terbabit sudah dipengaruhi pembangkang kerana mereka tahu, tanpa beliau menjawat tugas berkenaan, kedudukan Najib berapa Presiden Umno akan lemah.




Shafie: Kata yes saja, confirm menteri

Posted: 09 Aug 2015 12:08 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Nampaknya ada formula mudah untuk menjadi menteri ketika ini.

Sekurang-kurangnya itu dibayangkan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.

Kata bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah itu, apa yang diperlukan seseorang untuk menjadi anggota kabinet hanyalah menjadi pak turut.

Kata beliau dengan bersikap pak turut, seseorang itu "confirm" boleh menjadi menteri.

Namun ahli politik Sabah itu berkata, bukanlah menjadi kesalahan untuk seseorang mengiyakan kata-kata pemimpin atasan.

"Bukan tak boleh yes. Yes kalau tempat yg baik," katanya di mesyuarat agung tahunan Umno Parit Sulong hari ini.

Mohd Shafie berkata, pada ketika yang perlu beliau akan berkata "tidak".

Tiada cadangan berundur

Semuanya itu, kata Mohd Shafie, dilakukan kerana beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan untuk dipertahankan.

Sebaliknya, kata beliau, jika memiliki kepentingan tertentu adalah lebih wajar untuknya berdiam diri saja.

Mohd Shafie digugurkan daripada jawatan menteri dalam rombakan kabinet Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Turut digugurkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kedua-dua mereka mempunyai satu persamaan - mempersoalkan cara Najib menguruskan isu 1MDB secara terbuka.

Ketika ini Mohd Shafie masih menjadi naib presiden dan tidak mempunyai sebarang cadangan berundur.

Sementara itu dalam sidang media selepas perasmian mesyuarat, Mohd Shafie berkata beliau dan Majlis Tertinggi Umno tidak pernah diberi taklimat mengenai "derma" bernilai RM2.6 bilion diterima Najib.

"Sepanjang yang saya tahu, mesyuarat yang saya hadiri, kami tidak dimaklumkan. Namun kabinet diberitahu baru-baru ini dalam mesyuarat terakhir saya," katanya.

Dana itu didakwa datang daripada penderma di Timur Tengah dan dilakukan sebelum pilihan raya umum 2013.


Puisi jadi 'senjata' di Parit Sulong

Posted: 09 Aug 2015 12:01 AM PDT

MALAYSIAKINI


 
 
 
Ketegangan hubungan antara pimpinan atasan dan ahli akar umbi Umno di Johor kian ketara dan di Parit Sulong, ketua bahagiannya mempunyai cara unik menyatakan keresahan masing-masing.

Memetik puisi ulama Nahdatul Ulama Indonesia, Zulkarnain Kamisan memulakan ucapan beliau dengan memainkan klip video sajak dideklamasi Mustofa Bisri - atau lebih dikenali dengan panggilan Gus Mus.

Sajak itu berjudul Kau Ini Bagaimana Atau Aku Harus Bagaimana dan ditulis pada 1987.

Antara lain Gus Mus mengkritik kerajaan kerana merompak simpanan rakyat.

Aku ini bagaimana?
Aku kau suruh membangun, aku membangun kau merosakkannya
Aku kau suruh menabung, aku menabung kau menghabiskannya

Kau ini bagaimana?
Kau suruh aku jujur, aku jujur kau tipu aku
kau suruh aku sabar, aku sabar kau injak tengkukku.


"Apa yang kita dengar dalam puisi itu adalah apa yang kita rasa di peringkat akar umbi," kata Zulkarnain disambut dengan kuat "Ya!" oleh perwakilan.

Pada permulaan Zulkarnain memainkan video berkenaan, orang ramai dilihat bersorak dan ketawa.

LIHAT VIDEO DI SINI

Meneruskan ucapannya, Zulkarnain menggesa kerajaan menangani isu seperti 1MDB, cukai barangan dan perkhidmatan, dan kos sara hidup yang meningkat.

Katanya, isu tersebut adalah apa yang rakyat hadapi dan memberi amaran pengundi akan menghukum Umno jika ia gagal ditangani.

Umno Parit Sulong itu juga memberi amaran kepada presiden mereka, Datuk Seri Najib Razak untuk tidak memandang rendah kepada ahli di peringkat akar umbi.

"Presiden perlu tahu bahawa suara akar umbi yang menentukan kepimpinan Umno. Jangan perekeh, jangan khianati akar umbi," tegas beliau.

Bagaimanapun Zulkarnain menegaskan, bahawa beliau masih menghormati kepimpinan Najib. 
 
 
 

'Jemputan sendiri' bawa Najib ke Pasir Gudang

Posted: 08 Aug 2015 11:45 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Umno Pasir Gudang hari ini mendedahkan, mesyuarat tahunan perwakilan bahagian itu kali ini 'bertuah' kerana dirasmikan oleh presiden mereka sendiri, Datuk Seri Najib Razak.

Lebih menarik, kedatangan Najib itu adalah atas 'undangan' beliau sendiri dan bukan kehendak bahagian berkenaan.

Mengumumkan perkara itu sebelum ketibaan Najib, ketua bahagian berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan, dua bulan lalu Presiden Umno berkenaan - melalui sekretariat parti - memaklumkan akan hadir untuk merasmikan mesyuarat agung tahunan mereka.

Sejak beberapa minggu lalu Najib menghadiri mesyuarat perwakilan Umno bahagian sambil mempertahankn dirinya daripada dakwaan menyalahgunakan dana 1MDB.

Malah dalam ucapannya semalam, Najib sendiri 'membersihkan' dirinya dengan mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membebaskan beliau daripada sebarang amalan rasuah.


PRN S'wak: Pas rancang tanding lebih 10 kerusi

Posted: 08 Aug 2015 11:40 PM PDT

SINAR HARIAN


Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
KUCHING - Pas merancang untuk bertanding di lebih 10 kawasan pada pilihan raya negeri Sarawak (PRN) akan datang, dengan enam daripadanya sudah dikenal pasti manakala selebihnya masih dalam perbincangan antara parti itu dengan sekutunya PKR Sarawak.
Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, enam kawasan itu terdiri daripada Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro dan Belawei.

Beliau berkata jumlah kerusi yang ditandingi Pas nanti lebih besar berbanding PRN sebelum ini kerana parti itu yakin dengan sokongan ramai terhadap mereka, walaupun sedar Pas bakal berhadapan cabaran besar ekoran perpecahan dalam Pakatan Rakyat dan kemunculan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Bercakap pada persidangan media selepas melancarkan jentera pilihan raya Negeri Sarawak Dewan Pemuda Pas di sini lewat malam tadi, Nik Abduh berkata, berdasarkan kajian yang dijalankan parti itu di Sarawak, pembangkang dilihat bakal menghadapi cabaran besar pada pilihan raya negeri Sarawak kelak.

Ini lebih-lebih dari segi populariti Ketua Menteri Sarawak yang baharu Tan Sri Adenan Satem yang cukup besar, namun menurutnya PAS adalah sebuah parti yang sukakan cabaran.
Pada PRN lepas, Pas bertanding di lima kawasan Dun, namun parti itu tidak pernah memenangi sebarang kerusi dalam Dun Sarawak walaupun sudah bertapak di Sarawak sejak kira-kira 20 tahun.
GHB yang diterajui bekas Timbalan Presiden Pas,  Mohamad Sabu sebelum ini dilaporkan akan ditubuhkan pertengahan September dengan hasrat menyatukan semula parti politik pembangkang yang retak susulan keputusan Pas dan DAP untuk menamatkan kerjasama politik antara mereka.
Bulan lepas seorang jurucakap GHB Sarawak berkata, pergerakan itu sudah mengenal pasti calon mereka yang akan bertanding pada PRN akan datang.  - Bernama

Pindah pegawai SPRM serta-merta kuasa siapa?

Posted: 08 Aug 2015 11:35 PM PDT

Anthony Loke
 
 
SEREMBAN - "Siapa sebenarnya yang ada kuasa untuk pindahkan dua pegawai kanan SPRM ini dalam keadaan serta merta?,"  soal Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke.
 
Anthony berkata demikian berhubung pertukaran Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob, secara mengejut.

Menurutnya, bukan beliau saja yang tertanya-tanya, bahkan seluruh masyarakat turut memikirkan mengapa pertukaran itu dilakukan secara mengejut, sedangkan kedua-dua pegawai kanan tersebut sedang menyiasat kes berprofil tinggi.

"Alasan mereka pegawai itu ada masalah disiplin memang tidak masuk akal langsung. Memindahkan pegawai yang sedang menjalankan siasatan hanya merosakkan imej SPRM serta memberi gambaran seolah-olah ada agenda tertentu untuk menakut-nakutkan  agensi berkenaan.

"Dengan situasi yang berlaku ini, jelas menunjukkan ada tindakan untuk mencacatkan operasi siasatan SPRM ketika ini sementelah Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull berada di luar negara," katanya di sini, semalam.

Sementara itu, berkenaan dengan sokongan yang diberikan pembangkang terhadap Rohaizad, beliau berkata, tidak timbul isu pihaknya mempunyai sebarang agenda seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Pembangkang menyokong usaha SPRM sebagai sebuah institusi dalam memerangi rasuah. Pihak yang mengatakan pimpinan pembangkang mempunyai agenda tertentu dilihat sangat berfikiran cetek.

"Ini mungkin juga ada terdapat tangan ghaib yang cuba untuk tidak membenarkan sesiapa pegawai SPRM mendekati pemimpin pembangkang. Dalam erti kata yang lain, takut dengan bayang-bayang sendiri sekiranya kita menyatakan sokongan penuh ke atas SPRM," katanya

Kapal tangki minyak dirompak, kargo hilang

Posted: 08 Aug 2015 11:33 PM PDT

MT Joaquim
Gambar fail menunjukkan kapal tangki MT Joaquim


SHAH ALAM - Kapal MT Joaquim yang hilang ketika belayar dari Tanjung Pinang Indonesia ke Langkawi dikesan dekat Pulau Rupat, Indonesia 8.45 pagi ini, menurut Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim).

Dilaporkan, kapal tangki MT Joaquim dengan muatan minyak mentah itu telah dilepaskan perompak namun kargonya hilang.

Dua daripada 10 kru kapal yang dilepaskan turut mengalami kecederaan.

Kapal MT Joaquim yang berdaftar di Singapura membawa muatan 3,500 metrik 'marine fuel oil' sepatutnya tiba di Langkawi jam 3 pagi Ahad, dilaporkan hilang awal pagi tadi.


Menteri minta henti serangan kepada SPRM, elak prasangka

Posted: 08 Aug 2015 06:19 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta serangan, sekatan dan intimidasi terhadap pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terbabit dengan siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihentikan.
 
Ujarnya tindakan itu boleh menyebabkan timbulnya prasangka negatif terhadap kerajaan dan institusi terbabit sekaligus menggambarkan ada pihak mahu menyembunyi fakta sebenar mengenai siasatan itu.
 
"Apa saja intimidasi (tindakan menakutkan pegawai SPRM) yang seolah-olah terancang, mestilah dihentikan serta-merta. Tindakan seperti ini akan menimbulkan pelbagai spekulasi dan mencetuskan kemarahan rakyat. 
 
"Rakyat akan beranggapan setiap kali SPRM mahu menjalankan tugas, macam-macam berlaku kepada mereka, termasuk pegawainya dipindahkan dan sebagainya. "Saya harap perkara ini ditangani dengan segera. 
 
"Malah, saya difahamkan ada seorang pegawai SPRM dipindahkan hanya kerana kesalahan menerima kunjungan wakil rakyat pembangkang ke SPRM," katanya pada sidang media selepas menutup Persidangan Mesyuarat Majlis Belia Malaysia (MBM), di sini, malam tadi. 
 
Khairy berkata demikian ketika mengulas isu dua pegawai kanan SPRM iaitu Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob, yang diarahkan berpindah ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta-merta berikutan siasatan kes 1MDB. 
 
Mengulas lanjut, Khairy berkata, tindakan memindahkan pegawai SPRM ke JPM adalah tidak adil kerana mereka hanya menjalankan tugas diamanahkan. 
 
"Saya melihat pemindahan pegawai sungguh pelik dan sangat mengecewakan seolah-olah ada intimidasi terancang terhadap SPRM yang akan melemahkan institusi kerajaan dan pihak berkuasa kita. 
 
"Biarlah SPRM menjalankan tugas tanpa sekatan atau gangguan dari mana-mana pihak. Jangan kerana kita ada agenda tertentu, kita sanggup meruntuhkan institusi ada dalam negara ini. 
 
"Saya tidak sanggup membenarkan keadaan seperti itu berlaku. Institusi seperti SPRM mestilah kita pertahankan untuk menjadi sentiasa bebas dan dapat menjalankan tugas dengan telus," katanya.
 
 

“Tiada esok bagimu” wahai Umno ...

Posted: 08 Aug 2015 06:03 PM PDT



Oleh Zul Bakar 


Masihkah kita ingat antara filem arahan Tan Sri Jins Shamsudin yang menggunakan perkataan 'esok' untuk judulnya seperti Esok masih ada, Esok untuk siapa, Tiada esok bagimu dan Menanti hari esok.

Perkataan 'esok' itu bukanlah bermaksud akan berlaku keesokan harinya. Begitulah juga apabila orang bertanya kepada seorang kanak-kanak; "Esok besar nak jadi apa?" juga bukan bermakna, esok budak itu akan terus besar, sebaliknya apa kerjaya yang dia ingin ceburi apabila dewasa.

Dalam kesemua filem Jins Shamsudin itu, beliau ingin menyampaikan mesej bahawa masa depan individu, keluarga atau masyarakat bergantung terhadap apa yang mereka lakukan hari ini. Sebab itulah apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan "Kalau diadakan pilihan raya esok, BN (Barisan Nasional) akan kalah" dan dijawab oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, "Saya nak katakan esok bukan pilihan raya" – kanak-kanak sekolah pun tersenyum.

Ada juga yang tergamam dan terkedu bagaimana seorang yang ber­tanggungjawab membuat pe­­­­­­rancangan parti dari segi pe­nerangan kepada rakyat boleh mengulas sedemikian. Mungkin Ahmad Maslan mempunyai alasan tersendiri tetapi beliau pasti faham 'esok' yang dimaksudkan sekadar perumpamaan bagi menggambarkan keadaan UMNO dan BN jika pilihan raya umum diadakan.

Sememangnya tiada siapapun boleh menafikan kedudukan so­kongan rakyat kepada BN khususnya UMNO ketika ini sedang merosot berikutan pelbagai isu. Sama ada ia persepsi, tohmahan atau fitnah, itu persoalan kedua. Yang pasti ia semakin menghakis sedikit demi sedikit sokongan kepada parti berkenaan.
Oleh itu ungkapan 'jika esok pilihan raya' sepatutnya dipandang serius oleh seluruh kepemimpinan UMNO bukannya dengan memberi jawapan balas bertaraf 'maharaja lawak mega'.

Penulis tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi sekadar mengetengahkan keluh resah ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi yang mahu kepemimpinan UMNO melakukan sesuatu bagi memberi penjelasan kepada rakyat terhadap segala isu yang tercetus.

Sekarang ini mungkin kerana berpegang kepada tafsiran 'esok bukan pilihan raya', maka jentera pe­nerangan UMNO dianggap ba­gaikan 'hidup segan mati tak mahu' sehingga membuka la­luan UMNO dan BN 'diserang' dari pelbagai penjuru. Setakat ini jelas, UMNO tidak mampu 'menyerang balas' sebaliknya hanya 'bertahan'.

Tidak apalah kalau mana-ma­na pemimpin UMNO mahu menganggap 'Esok masih ada' dan 'Menanti hari esok' untuk parti itu membuat persiapan menghadapi pilihan raya kerana sememangnya esok bukan pilihan raya, tetapi mampukah mereka memberi jaminan sentimen rakyat kepada parti itu esok, tidak dibawa sehingga pilihan raya umum akan datang?

Oleh itu, janganlah membuat kenyataan yang hanya akan me­nyebabkan rakyat berasa muak. Terimalah realiti dan aturlah strategi bagi meraih undi. Ini kerana UMNO dan BN bukanlah berada dalam kedudukan se­le­sa malah berhadapan de­ngan cabaran jauh lebih getir ber­banding pilihan raya umum lalu.

Tambahan pula sudah ada ura-ura kumpulan majoriti se­nyap atau atas pagar semakin me­nunjukkan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan BN. Perlu diingatkan dalam pilihan raya umum lalu, BN masih bertahan kerana mereka mendapat so­kongan orang Melayu. Kaum-kaum lain sudah tidak lagi bersama parti tersebut.

Sebab itulah kepemimpinan UMNO dan BN perlu merombak jentera pilihan raya khususnya dari sudut penerangan jika mereka tidak berkesan atau tidak berkemampuan menghadapi serangan pakatan pembangkang serta menghapuskan persepsi dalam kalangan rakyat khususnya orang Melayu.

Usah 'menanti hari esok' untuk mengatur langkah kerana kita tidak tahu 'esok milik siapa'. Gerakan menghadapi pilihan raya perlu dilakukan sekarang. Jentera UMNO dan BN tidak harus terus dibuai dengan kenyataan sesetengah pihak yang kadang kala dilihat tidak berpijak di bumi nyata dan masih berada dalam sindrom penafian.

Dalam pilihan raya hak mutlak membuat keputusan adalah rakyat. Mereka sedang memerhati dengan teliti apa yang berlaku sekarang. Pelbagai sumber berita yang boleh diperoleh memberi cabaran kepada UMNO dan BN memandangkan parti itu di­katakan cukup lemah dalam soal tersebut.

Kalau adapun, penjelasan dan penerangan yang diberikan hanya sekadar 'syok sendiri' atau 'untuk cari makan' sahaja, biarpun ada antara mereka diiktiraf sebagai 'pemikir'. Dengarlah suara akar umbi dalam kalangan ahli UMNO dan BN sendiri kerana mereka paling rapat dengan rakyat. Suara mereka adalah suara rakyat.

Janganlah sampai ketika pilihan raya nanti apabila ada pemimpin UMNO berkata; "Kalau esok kita kekal memerintah kita akan melakukan itu dan ini", rakyat akan menjawab; "Tiada esok bagimu".

Ketika itu segala-galanya su­dah terlambat! - Utusan Malaysia

Tiada ulasan: