Rabu, 5 Ogos 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Azmin: SPRM wajib halang 'ganguan haram'‎

Posted: 05 Aug 2015 07:26 AM PDT

Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali
 
 
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajib menggunakan kuasanya dalam undang-undang untuk menghalang 'gangguan haram'.
 
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, SPRM perlu memastikan siasatan 1MDB berjalan seperti yang sepatutnya.
 
"Di bawah Seksyen 48 Akta SPRM, ia adalah satu kesalahan jenayah bagi sesiapa sahaja untuk menghalang siasatan oleh SPRM.
 
"Perbuatan pihak polis merupakan gangguan dan mesti dihentikan," katanya menerusi blog beliau, hari ini.
 
Menurut beliau, SPRM mesti dibenarkan untuk melaksanakan tugas mereka tanpa rasa takut.
 
"Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang waras, parti-parti politik  dan semua ahli masyarakat sivil untuk berdiri teguh di belakang SPRM bagi membolehkan mereka untuk melaksanakan tugas mereka.
 
"Ini adalah amat penting untuk memulihkan kredibiliti siasatan 1MDB," kata beliau lagi.
 
"Sejak pemecatan Timbalan Perdana Menteri dan penyingkiran secara tiba-tiba Peguam Negara minggu lepas, kita telah menyaksikan peristiwa demi peristiwa yang jelas menunjukkan sebuah konspirasi untuk meneutralkan siasatan 1MDB.
 
"Kedua-dua Pasukan Petugas Khas 1MDB dan PAC nampak seperti terhenti," jelas Azmin.
 
Azmin juga memberitahu bahawa siasatan 1MDB tidak harus dilihat umpama 'pemburuan'  tetapi sebagai sebahagian daripada proses undang-undang di negara ini.
 
"Ini adalah amat penting untuk memulihkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi dan sistem kewangan," akhiri beliau.
 
2 Ogos lepas, Pejabat Timbalan Pendakwa Raya SPRM dilaporkan diserbu sepasukan polis‎.
 
 

Umno Semporna batal jemput PM, panggil Muhyiddin

Posted: 05 Aug 2015 07:22 AM PDT

 
 
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
 
 
SHAH ALAM - Selepas lapan Umno bahagian dilaporkan membatalkan jemputan ke atas bekas Timbalan Presidennya, Tan Sri Mahyuddin Yassin, Umno Semporna pula membuat keputusan membatalkan undangan kepada presiden parti itu untuk merasmikan mesyuarat Umno bahagian itu.

Dilaporkan, Umno Semporna membatalkan undangan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merasmikan mesyuarat agung tahunannya yang dijadual pada 15 Ogos ini dan menggantikannya dengan Muhyiddin.

Keputusan itu dikatakan dibuat atas desakan ahli di peringkat akar umbi pada hari sama ketuanya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digugurkan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Selasa lalu.

Sebuah portal yang memetik sumber-sumber yang rapat dengan ketua bahagian mengesahkan perkara itu.

"Pembatalan dibuat atas kehendak ahli akar umbi.

"Kami takut keadaan menjadi tidak terkawal jika jemputan itu diteruskan," katanya.

Terdahulu, lapan Umno bahagian telah membatalkan hasrat untuk menjemput Muhyiddin untuk merasmikan persidangan Umno peringkat bahagian.

Menurut laporan, bahagian-bahagian tersebut Sik, Tangga Batu, Hulu Terengganu, Cameron Highlands, Raub, Lumut, Bukit Gantang dan Lipis.

Terdahulu Umno Raub dan Sungai Besar memutuskan untuk membatalkan jemputan mereka terhadap Muhyiddin merasmikan persidangan bahagian atas alasan menjaga keharmonian ahli parti.



Tiga lagi pegawai SPRM beri keterangan

Posted: 05 Aug 2015 07:20 AM PDT

SINAR HARIAN


1MDB
1Malaysia Development Berhad


PUTRAJAYA - Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya berkaitan isu kebocoran maklumat siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Mereka termasuk Timbalan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai dan dua lagi pegawai yang dipanggil semula untuk memberi keterangan, kata jurucakap SPRM di sini hari ini.

Kang Sai merupakan pegawai SPRM yang ketujuh yang telah memberi keterangan berkenaan kes berkenaan kepada polis Bukit Aman.

Seorang pegawai SPRM pada Isnin lepas membuat laporan polis di IPD Putrajaya bagi menafikan dakwaan pihaknya membocorkan draf kertas pertuduhan serta menafikan berlaku kebocoran maklumat atau siasatan SPRM kepada pihak luar.

Sementara itu, sepasukan polis dilihat memasuki pejabat Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM di Menara Prisma, Presint 3 Putrajaya di sini kira-kira pukul 7 malam dan beredar sejam kemudian dengan menaiki dua kenderaan polis. - Bernama


SPRM sahkan derma RM2.6b dari Timur Tengah

Posted: 05 Aug 2015 07:17 AM PDT

SINAR HARIAN


SPRM
SPRM
 
 
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri ialah sumbangan dari penderma Timur Tengah.

Dalam satu kenyataan, suruhanjaya itu berkata: "SPRM telah memperoleh penjelasan daripada pihak penderma tentang derma yang diberi kepada Perdana Menteri.

"SPRM telah mendapat tahu tentang butir penderma melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri."

Menurut kenyataan itu, dokumen berkenaan menjelaskan sumbangan RM2.6 bilion itu adalah sebagai derma.

Katanya Datuk Seri Najib Tun Razak akan diminta untuk memberi penjelasan kepada SPRM mengenai derma yang diterima beliau.

Dalam kenyataan itu, SPRM menegaskan siasatannya tiada kaitan dengan isu 1Malaysia Development Berhad. Sebaliknya siasatan keseluruhan kes 1MDB dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia.

SPRM juga mengulangi ia masih menjalankan siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion.

Ia berkata siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion dan isu SRC International merupakan "dua perkara yang berbeza".

"Oleh itu, SPRM mahu menekankan bahawa SPRM tidak pernah menyatakan kes yang disiasat ini telah ditutup. Sebaliknya, SPRM hanya menyatakan ia bukan dari wang 1MDB," kata kenyataan itu.

Katanya SPRM memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional serta meminta semua pihak memberi ruang dalam menjalankan siasatan dengan menyeluruh tanpa membuat sebarang spekulasi.

"Sebagai suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa 'fear or favour' (takut atau pilih kasih).

"SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan," kata kenyataan itu. - Bernama

 

Di Malaysia, tiada yang mustahil

Posted: 05 Aug 2015 07:03 AM PDT


Oleh Hishamuddin Rais


Berapa kali gua sudah cakap Malaysia ini negara Dunia Ketiga. Dalam negara Dunia Ketiga macam Malaysia, semua boleh berlaku, semua boleh berjalan. Yang pelik jadi benar. Yang benar jadi salah. Yang mustahil tiba-tiba wujud depan mata.

Nama Altantuya Shaariibuu tiba-tiba hilang dari data imigresen. Cari punya cari tetapi tak jumpa. Fakta bila Minah Mongolia ini mendarat di KLIA kita tak tahu. Pelik bin Hairan. Tapi ini Malaysia. Berapa kali gua mahu cakap?

Najib yang dituduh curi duit 1MDB, gua pula yang ditangkap. Gua pula masuk lokap Jinjang. Gua pula yang dituduh antidemokrasi. Yang dituduh mencuri tidak ditangkap tetapi gua pula kena tangkap. Ini Malaysia. Berapa kali gua mahu cakap.

Kita jangan silap apabila membaca politik Malaysia. Negara kita ini adalah negara Dunia Ketiga. Memang betul kita ada LRT, KLIA, KLCC – semua betul. Tetapi semua ini hanyalah infrastruktur, semua ini bangunan. Bangunan ini bukan lembaga yang melahirkan nilai tamadun – budi bahasa.

Nilai tamadun yang gua maksudkan ini adalah nilai menghayati salah benar. Nilai apa yang betul dan apa yang tidak betul. Dalam  agama nilai ini diistilahkan kepada apa yang halal dan apa yang haram atau dilarang.

Kes dana 1MDB ini membuka pekung kita semua dan memaksa kita menilai diri kita sendiri. 1MDB sedang memaksa rakyat Malaysia memilih antara kejujuran dan pembohongan. Antara kebenaran dan kekufuran. Antara yang hak dengan yang batil.

Memang betul sebelum kes 1MDB ada kes Bank Bumiputera Hong Kong (1983), kes Perwaja (2002) dan kes PKFZ (1999). Tetapi 1MBD ini bukan Bank Bumi, bukan PKFZ. Hakikatnya kes Bank Bumi, PKFZ, Perwaja ini semuanya adalah rompakan harta negara. Tetapi amat berbeza dengan rompakan 1MDB.

Ia adalah kes penyundalan yang maha besar. Kes penyundalan duit orang ramai yang maha hebat. Ia melibatkan jumlah yang amat-amat memeranjatkan. Pada awalnya, dilaporkan sebanyak 42 bilion ringgit lesap gelap.

Seterusnya dalam laporan media muncul pula nama jantan China bernama Jho Low dan jaringan ahli perniagaan yang luar dari biasa.

Kemudian dilaporkan akaun AmBank bernombor 211-202-201-1880 dan 211202-201-1906 telah menerima duit sebanyak 700 juta dolar Amerika, bersamaan dengan nilai 2.6 bilion ringgit Malaysia.

Akaun ini, mengikut laporan media, dimiliki oleh seorang lelaki bernama Najib Razak. Berapa kali gua mahu cakap tapi lu tak percaya.

Lelaki bernama Najib bin Razak di atas kertas disahkan sebagai suami kepada Rosmah Mansor. Lelaki yang bernama Najib Razak ini juga sah bekerja sebagai perdana menteri dan menteri kewangan Malaysia. Najib Razak ini juga sah bertugas sebagai pengerusi  lembaga penasihat 1MDB.

Dari sini gua mula faham dan jelas. Gua harap pembaca juga akan mula faham. Nombor akaun peribadi di AmBank itu sah dimiliki oleh Najib bin Razak. Berapa kali gua mahu cakap. Lu masih tak percaya ke?

Ada dua pekara yang wajib gua terangkan di sini. Pertama: Membuka bank akaun di AmBank atau di mana-mana bank bukan satu jenayah. Kedua: Menerima masuk duit dalam bank akaun peribadi juga bukan satu jenayah.

Kalau semua bukan jenayah, apa yang menjadi kesalahan Najib Razak? Sabar dulu nanti gua jelaskan.

Apa yang memeranjatkan ialah pada 4 Julai 2015, timbul laporan mengenai serbuan atas arahan peguam negara ke atas anak syarikat 1MDB. Anak syarikat ini ialah SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Peguam negara bersama SPRM, PDRM dan Bank Negara adalah badan rasmi yang ditubuh sebagai pasukan petugas khas untuk menyiasat kes 1MDB termasuk kes duit masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak.

Kerana itu gua merasa pelik. Gua tak tahu apa pun tentang syarikat-syarikat ini tapi gua pula kena tangkap dan masuk lokap Jinjang.  Lu masih tak percaya lagi?

Gua tak tahu bilakah pasukan petugas khas ini diwujudkan. Tetapi apa yang gua tahu, badan ini mula mendapat liputan media tempatan apabila sebuah  akhbar – The Wall Street Journal (WSJ) yang berpusat di New York membuat laporan tentang Malaysia. Laporan ini antara lain telah menunjukkan duit sebanyak 700 juta dolar telah masuk ke dalam bank akaun Najib Razak.

Rupa-rupanya Najib Razak yang dimaksudkan oleh WSJ itu ialah perdana menteri Malaysia. Maka Najib Razak meledak marah. Najib mahu menyaman akhbar WSJ ini. Heboh satu Malaysia. Lebih heboh dari Jom Heboh. Tapi nampaknya heboh Najib ini hanya 'hot hot chicken shit' – hangat-hangat tahi ayam. Sampai hari ini Najib Razak tidak menyaman akhbar WSJ.

Jika tidak disaman maknanya apa yang ditulis oleh WSJ adalah betul, tepat dan bukan fitnah atau tohmah. Kalau fitnah atau tohmah pasti Najib Razak yang dibogelkan oleh WSJ sebagai penyamun dan perompak di mata dunia akan menyaman.

Itu pasal gua hairan kenapa gua kena tangkap. Duit berbilion-bilion masuk ke akaun Najib Razak, tapi kenapa gua kena masuk lokap Jinjang? Lu sudah faham sekarang?

Kes pecah amanah

Membuka bank akaun tak salah. Masuk duit dalam bank akaun tak salah. Jadi apa sebenarnya yang salah? Apa kesalahan Najib Razak yang begitu besar hinggakan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin diterajang keluar. Muhyiddin diterajang keluar kerana mahu  bertanya secara terbuka tentang duit 1MDB dan wang 2.6 bilion ringgit yang lesap.

Perkara yang perlu disiasat dalam kes Najib Razak ialah kesalahan pecah amanah. Kes 1MDB ialah kes pecah amanah. Bukti kesalahan ini perlu ditemui dan dikumpulkan oleh pasukan petugas khas.

Duit 700 juta dolar atau 2.6 bilion ringgit  yang masuk ke dalam akaun Najib ini perlu disiasat sama ada berpunca dari anak syarikat 1MDB. Syarikat 1MDB ini milik kerajaan maka anak syarikat 1MDB juga pastilah milik kerajaan. Syarikat milik kerajaan bermakna duit modal menubuhkan syarikat 1MDB ini  datang dari kita semua – dari duit cukai rakyat.

Adalah satu kesalahan pecah amanah jika duit syarikat – sama ada milik kerajaan atau milik swasta – masuk ke dalam akaun peribadi kita, selain dari gaji atau menerima upah.

Mustahil 2.6 bilion ringgit ini duit gaji Najib Razak yang bertugas sebagai sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB.  Lalu gua bertanya berbilion masuk ke dalam akaun Najib, tetapi kenapa gua pula masuk lokap?

Pada ketika gua menulis tulisan ini, Najib Razak untuk sementara waktu telah selamat. Najib telah menendang Muhyiddin Yassin dan melantik Zahid Hamidi sebagai ganti. Badan penyiasat Parlimen, PAC, juga telah dirosakkan oleh Najib. Empat ahlinya telah dilantik masuk menjadi menteri. Peguam negara pula diberhentikan secara tiba-tiba.

Tetapi yakinlah kes 1MDB ini tidak akan hilang dari tajuk perbincangan orang ramai. Semua orang akan terus bertanya, duit sebanyak 2.6 bilion ringgit itu ke mana hilangnya?

Biar gua berkisah – gua ditangkap salepas gua makan dim sum di Seksyen 14 Petaling Jaya, Sabtu lalu. Gua ditahan betul-betul depan restoran. Kali ini gua tidak diculik. Yang menangkap gua itu adalah pegawai polis yang gua kenal. Pegawai ini telah tiga kali menangkap gua. Dia ini dari tim Tukang Tangkap.

Gua dimasukkan dalam sebuah kereta besar. Duduk di belakang  gua seorang mamat India dengan alat kamera. Gua diapit oleh dua jantan berbadan besar – di kiri jantan India, di kanan jantan Melayu Pegawai Tukang Tangkap duduk di sebelah pemandu. Semua polis pakai baju biasa.

Dalam perjalanan ke rumah pasung Petaling, sambil ketawa mesra gua diminta terangkan ke mana perginya duit 2.6 bilion ringgit itu?

Gua mula tak percaya. Gua ingat polis yang menangkap gua ini semua sokong Najib. Gua salah. Mereka pun hairan dan tertanya-tanya ke mana lesapnya 2.6 bilion ringgit. Kenapa yang mencuri tidak ditangkap? Kenapa gua pula ditangkap? Lu tak percaya? Lu jumpa polis lu tanya sendiri.



Siapa ganti Mukhriz sebagai MB?

Posted: 05 Aug 2015 06:57 AM PDT



Oleh Zulkifli Yahaya 


SEJURUS selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri (TPM), beliau dikunjungi oleh Menteri Besar Kedah, Dato' Paduka Mukhriz Mahathir. Di kala timbalan perdana menteri baharu, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dihurung para pengampu politik, Mukhriz memilih Muhyiddin. Katanya, untuk berterima kasih kepada bekas TPM itu yang banyak membantu menyalurkan bantuan kewangan untuk Kedah.

Pemecatan Muhyiddin sebagai TPM adalah tindakan paling nekad Najib. Turut dipecat bersama Muhyiddin dari kabinet adalah beberapa pemimpin Umno yang dikatakan merancang konspirasi menjatuhkan perdana menteri. Mengejutkan juga apabila peguam negara yang menunggu masa saja untuk bersara turut dipecat.

Jika orang nombor dua dalam kerajaan Malaysia begitu mudah sahaja dipecat, maka menjadi perkara yang sangat kecil untuk perdana menteri itu memecat seorang menteri besar yang bapanya begitu istiqamah menyerang beliau dalam pelbagai perkara. Hal itu tentu sangat mudah difahami oleh Mukhriz, justeru beliau tiada masalah untuk bertemu seorang tokoh besar Umno yang dipecat oleh perdana menteri.

Sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad agresif menyerang Najib sejak setahun lalu, Mukhriz tidak pernah berpihak kepada Najib. Sikap itu betul sebagai anak salih yang tidak menderhakai si bapa. Tetapi dalam politik dan kepimpinan kerajaan, kesetiaan terhadap pemimpin adalah perkara paling utama. Sikap berdiam diri Mukhriz itu menyebabkan dicabar oleh Dato' Mahfuz Omar (pesuruhjaya PAS Kedah ketika itu) supaya Mukhriz nyatakan pendirian. Sokong Najib atau bapanya.

Mukhriz tetap membisu. Dalam Dewan Undangan Negeri, sikap menyepi Mukhriz menyebabkan beliau disindir oleh bekas Exco Kedah yang juga Adun Bukit Lada, Dato' Ahmad Lebai Sudin. Di luar Dewan, Ahmad terus mencabar Mukhriz menyatakan pendirian berterus terang dalam isu serangan Tun Dr Mahathir terhadap Najib.

Mukhriz membisu juga. Dalam kalangan Adun kedah, Ahmad Lebai Sudin paling berani kerana beliau sudah hilang kepentingan terhadap Mukhriz kerana tidak dilantik untuk apa-apa jawatan penting dalam kerajaan mahupun GLC.

Tempelakan Najib terhadap Mukhriz berlaku secara terangterangan apabila dalam pembentangan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) oleh Perdana Menteri, semua projek mega yang dicanangkan
Mukhriz dalam Bajet 2015; tiada satu pun ditunaikan Najib. Di mana Mukhriz dan exco kerajaan negeri Kedah hendak letak muka apabila mereka telah mencanangkan ke seluruh pelosok negeri bahawa sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu akan di bina di Kulim, sedangkan perdana menteri langsung tidak menyenaraikannya.

Apapun, jika berlaku penyingkiran terhadap Mukhriz sebagai menteri besar ia adalah munasabah jika tanpa pergolakan politik dalaman Umno sekalipun. Selepas tempoh dua tahun berlalu, rakyat Kedah umumnya sudah menyedari bahawa Mukhriz gagal membangunkan Kedah seperti dijanjikan.

Rakyat benar-benar tidak nampak apa-apa pembaharuan yang dilakukan Mukhriz, berbanding tempoh yang sama sewaktu al-Marhum Ustaz Azizan Razak memimpin kerajaan Pakatan Kedah dahulu.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Dr Mohd Hayati Othman, pengalamannya sebagai Timbalan Menteri dahulunya tidak mampu memberi impak besar kepada negeri Keda. "Rekodnya selaku menteri besar sehingga ke hari ini menunjukkan beliau belum mempunyai wawasan realistik melainkan hanya retorik," ujar Mohd Hayati.

Tambahnya, kehendak Mukhriz untuk mengadakan pembangunan mega yang dibanggakannya tidak menjejak ke bumi nyata dan tidak menyentuh keperluan sebenar rakyat negeri ini. Selain tanpa pembelaan sewajarnya terhadap isu dan hak rakyat sebagaimana cengkaman kejatuhan harga getah, kenaikan harga barangan, masalah perbekalan air, pampasan harga tanah dimanipulasi dan sebagainya.

Seperti biasa dalam Umno, apabila nasib menteri besar bagai telur di hujung tanduk; maka ramailah yang sedang memasang angan-angan untuk mengambil alih tempat tersebut. Mendahului senarai adalah Adun Bakar Bata, Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau kini adalah timbalan menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan. Jika Mukhriz tiada dalam senarai Adun Kedah pasca PRU 13, maka Ahmad Bashah hampir pasti dilantik sebagai menteri besar berdasarkan senioriti dan kesetiaan kepada Najib.

Beliau adalah Adun BN yang paling lama bertahan di Dun Kedah, selain Dato' Abu Hasan Sarif (Kota Siputeh).

Pilihan kedua adalah exco kanan kini, iaitu Dato' Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (Guar Chempedak).
Cabaran Ku Abd Rahman ialah, akibat terlalu rapat dengan Mukhriz, maklumlah sebagai orang kanan. Maka beliau dianggap sebagai orang Mukhriz. Masakan Najib akan pilih "orang Mukhriz" sebagai pengganti Mukhriz.

Di media maya, nama Adun Bukit Lada, Dato' Ahmad Lebai Sudin menjadi viral. Sebaik Muhyiddin jatuh, Ahmad memimpin beberapa Adun backbencher bertemu Najib. Hebohnya kononnya beliau bagal pengganti Mukhriz. Dalam kalangan Umno Kedah, nama beliau hanya jadi bahan lawak jenaka sahaja. Bertanding ketua Umno Bahagian Pokok Sena pun kalah.

Bekas exco zaman Tan Sri Sanusi Junid jadi menteri besar itu sekadar menjadi penghibur Dun Kedah setiap kali sidang berlangsung.

Siapa pun bakal MB Kedah, dia amat sukar memulihkan imej Umno yang rosak teruk di peringkat Pusat gara-gara senarai panjang kegagalan kerajaan BN pimpinan Najib. Di Kedah, BN gagal juga sepanjang dua tahun.

Menteri besar baharu hanya mampu menyambung kegagalan menjelang pertukaran kerajaan selepas PRU 14 nanti.-http://wartautara.com/

Pasukan petugas khas 1MDB bubar, kata SPRM

Posted: 05 Aug 2015 06:53 AM PDT



Oleh The Malaysia Insider


Pasukan Petugas Khas peringkat tinggi kerajaan yang menyiasat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kini dibubarkan dengan ketiga-tiga agensi utama diarah bekerja secara bersendirian, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam satu kenyataan hari ini, agensi anti-rasuah itu cuba meredakan kebimbangan yang ia mengeluarkan kenyataan berhubung wang RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun perdana menteri tanpa penglibatan pihak polis dan Bank Negara Malaysia (BNM), yang merupakan komposisi asal pasukan petugas yang diketuai bekas peguam negara Tan Sri Gani Patail .

"SPRM membuat pengumuman tanpa melalui Pasukan Petugas Khas selepas dinasihatkan oleh Peguam Negara Malaysia, tidak perlu ada Pasukan Petugas Khas.


"Sebaliknya, agensi-agensi penyiasat terbabit boleh menjalankan tugas mereka berdasarkan undang-undang masing-masing," kata suruhanjaya itu.

Ia bagaimanapun tidak menamakan peguam negara yang mana satu yang dimaksudkan kerana Gani kini digantikan dengan hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali minggu lepas.

Sejak penyingkiran Gani dari jawatan Peguam Negara pada 27 Julai, kedudukan pasukan petugas itu yang terdiri daripada Peguam Negara, SPRM, Bank Negara dan polis menjadi pertikaian dengan pengkritik mempersoalkan jika ia masih berkuat kuasa.

Dalam seminggu yang lalu, bagaimanapun, ahli pasukan petugas itu dipanggil untuk disoal siasat Bukit Aman mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin, orang keenam yang dipanggil, mengatakan beliau disoal berhubung draf surat pertuduhan terhadap Najib yang diterbitkan laman pemberi maklumat Sarawak Report minggu lalu.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairy turut ditangkap bersama Tan Sri Rashpal Singh, bekas penasihat SPRM, dan Jessica Gurmit Kaur, seorang pegawai Jabatan Peguam Negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga dilaporkan tidak menolak kemungkinan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz dan orang nombor dua SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull turut akan dipanggil pihak polis.

Terdahulu hari ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dilaporkan sedang bercuti selama seminggu ketika ini

Dua ahli PAS akan dikenakan tindakan terbabit GHB

Posted: 05 Aug 2015 04:31 AM PDT

THE RAKYAT POST

 

pas
Wan Abdul Rahim dan Mohd Hatta akan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin PAS.



KUALA LUMPUR, Dua ahli PAS akan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin parti itu, kerana terbabit dalam aktiviti berkaitan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah yang dipetik The Star Online berkata, mereka adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli.

"Kami ada semua rakaman semua kenyataan, aktiviti dan tindakan mereka bersama GHB," katanya kepada portal berita itu, hari ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, PAS Kelantan telah melaporkan penemuan mereka mengenai aktiviti-aktiviti GHB.

Sebelum ini, PAS Kuala Terengganu dilapor memutuskan hubungan dengan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Pengumuman itu dibuat, kerana PAS Terengganu mahu menyekat pengaruh GHB ke negeri itu.

Dalam surat yang diedarkan kepada ahli PAS menyatakan parti itu tidak akan bekerjasama atau memberi bantuan kepada Raja Kamarul Bahrin.

Ahli sertai GHB, PAS mesyuarat Sabtu ini

Posted: 05 Aug 2015 04:28 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KOTA BHARU: PAS Pusat akan bermesyuarat pada Sabtu ini bagi membincangkan tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadap anggota parti itu yang bergiat dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Gerakan Harapan Baru (GHB).
 
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kepimpinan tertinggi parti  menerima laporan daripada setiap badan perhubungan negeri berhubung penglibatan anggotanya dalam gerakan itu.
 
"Kita  kumpulkan maklumat daripada negeri-negeri dan boleh kata semua negeri  menghantar laporan secara agak 'terperinci' tentang perkembangan GHB di negeri masing-masing. Akan ada keputusan (terhadap anggota parti terlibat GHB) selepas mesyuarat PAS Pusat 8 haribulan ini," katanya ketika ditemui permberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Balai Islam Lundang di Kota Baru, hari ini.
 
Ditanya mengenai sejauh mana aktiviti GHB yang cuba melebarkan pengaruhnya di negeri ini, Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan itu berkata ia masih tidak serius.
 
"Saya tengok pada mata kasar saya tak ada kesan yang besar walaupun kita tak nafikan ada orang-orang yang aktif untuk mengembangkan GHB dan ada orang PAS yang berminat (untuk menyertai GHB). Tapi setakat ini pada pengamatan kita, tak serius. (Tapi) sebelum mereka menjadi parti yang rasmi tidak banyak komen kita boleh buat," katanya.
 
Sementara itu, mengulas mengenai pengisytiharan sumber dana parti sebagaimana yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini, Amar secara peribadi berpendapat undang-undang itu wajar diikuti oleh mana-mana parti politik di negara ini.
 
"Bukan setuju, tapi kalau ada undang-undang kita akan patuh, sebab kita terikat dengan undang-undang. Jangan salah faham. Jangan tulis saya setuju pula, itu cerita lain. Benda ini kena rujuk kepada pimpinan ataslah. Tapi pada kitalah, kita lebih kepada sumbangan kutip derma daripada anggota parti," katanya.
 
Najib pada Sabtu lepas mencadangkan pengwujudan semula peraturan itu yang bertujuan memastikan parti politik lebih telus bukan hanya kepada anggota parti malah kepada penyokong parti masing-masing.
 
Cadangan itu pernah dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun ditolak DAP.
 
 

Tahap hutang negara makin parah, kata DAP

Posted: 05 Aug 2015 04:26 AM PDT

Sivakumar-DAP

Roketkini.com


IPOH,: Di sebalik skandal 1MDB, rakyat Malaysia akan terus menderita tekanan ekonomi akibat hutang negara yang sudah mencecah RM600 bilion.

Setiausaha Antarabangsa DAP Kebangsaan, V. Sivakumar, berkata perangkaan Kementerian Kewangan menunjukkan hutang kerajaan Malaysia sehingga akhir Mac lalu adalah sebanyak RM596.8 billion.

Katanya, jumlah itu merupakan 51% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dan 97% daripada jumlah hutang negara itu, iaitu RM 579.2 bilion, adalah daripada hutang domestik.

Manakala bakinya sebanyak RM17.6 bilion adalah merupakan pinjaman dari luar negara, ujar beliau.

"Hutang negara telah meningkat berlipat ganda di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional semakin lemah menguruskan dana negara, seterusnya menyebabkan beban hutang negara semakin meningkat.

"Hutang yang berlebihan ini melemahkan ekonomi negara. Akhirnya, beban hutang ini dipindahkan kepada rakyat dengan pengenaan cukai baru GST.

"Kerajaan harus mengakui kelemahan dasar fiskal pengurusan kewangan yang menyebabkan ekonomi negara kita semakin merudum. Akibatnya, rakyat terpaksa menanggung hutang negara yang akan mencapai 55% daripada KDNK tidak lama lagi," katanya dalam satu kenyataan.

Sivakumar yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak merangkap Ahli Parlimen Batu Gajah berkata, walaupun kerajaan menjanjikan paras hutang negara tidak akan melebihi 55% daripada KDNK, dalam keadaan pengurusan ekonomi yang tidak terurus, mungkin hutang akan terus meningkat dan melonjak lebih daripada paras itu.

"Saya juga tidak yakin langkah konsolidasi fiskal yang diamalkan sekarang akan berjaya mengurangkan paras defisit," tambah beliau.

Menurutnya, kerajaan BN tidak mempunyai kepatuhan yang tegas terhadap disiplin fiskal.

Katanya, berlaku terlalu banyak bocoran, ketirisan dan rasuah yang melemahkan pengurusan kewangan negara.

"Dalam pada itu, kerajaan sentiasa menafikan bahawa kita sedang dilanda krisis kewangan," tambah beliau.

Sivakumar menjelaskan, tindakan  kerajaan memindahkan beban kewangannya kepada rakyat  menyebabkan taraf sosioekonomi tergugat, terutamanya di kalangan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Menurut beliau, sebahagian besar daripada hutang Kerajaan Persekutuan meliputi bon kerajaan yang diterbitkan di pasaran domestik, iaitu 72.4% daripadanya dipegang oleh pelabur institusi utama seperti KWSP (21.3%), Institusi perbankan tempatan (26.0%) dan pelbagai institusi lain (21.2%).

Selebihnya, 27.6%  lagi dipegang oleh pemegang bukan pemastautin, tambah beliau. – Roketkini.com

Permintaan tebusan penculik di Sabah melampau – KP Sabah

Posted: 05 Aug 2015 04:17 AM PDT

SANDRA SOKIAL

 

culik
Sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu sebuah restoran makanan laut di Sandakan dan melarikan pemiliknya Thien Nyuk Fun dan salah seorang pelanggan Bernard Thed Ten Fen pada 14 Mei tahun lalu.



KOTA KINABALU, Kumpulan penculik yang melarikan dua rakyat Malaysia daripada sebuah restoran makanan laut terkenal di Sandakan meminta wang tebusan dalam jumlah yang melampau.


Rundingan setakat ini berjaya mengurangkan jumlah wang tebusan yang diminta daripada RM60 juta kepada separuh dari jumlah berkenaan untuk kedua-dua tebusan, namun Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berharap ia akan terus dikurangkan.

"Diharap jumlah itu dapat dikurangkan lagi kerana jumlah RM30 juta untuk seorang tebusan adalah melampau. Mereka tidak mampu bayar. Orang lain juga tidak mampu.

"Rundingan terus berjalan dan buat masa ini, jumlah berkenaan berjaya dikurangkan 50 peratus. Kita mengharapkan ihsan daripada mereka agar tidak mempergunakan rakyat di negara ini sebagai tebusan untuk mendapatkan wang. Fikirkan tentangnya.

"Perkara ini adlaah tidak wajar, seluruh dunia tidak suka dengan apa yang berlaku. Ia tidak adil untuk melayan orang lain sebegitu," katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri polis Kontinjen negeri di Ibu Pejabat Polis Sabah di Kepayan, hari ini.

Jalaluddin berkata, pihaknya memantau perkembangan dua tebusan terbabit dan menambah terdapat komunikasi antara kumpulan terbabit dengan ahli keluarga mangsa.

Katanya, kumpulan terbabit menjaga keperluan perubatan tebusan, memandangkan salah seroang daripada mereka menghidap kencing manis.

"Polis turut mengadakan kerjasama dengan pihak Filipina untuk mencari jalan terbaik menyelesaikan dan mengenal pasti kumpulan yang terlibat.

"Kumpulan terbabit berada di kawasan pendalaman di Selatan Filipina. Sukar untuk menjejaki mereka," katanya.

Pada 14 Mei lalu, sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu sebuah restoran makanan laut di Sandakan dan melarikan pemiliknya Thien Nyuk Fun dan salah seorang pelanggan Bernard Thed Ten Fen.

Dalam perkembangan lain, Jalaluddin berkata, polis masih menunggu Doris Jones yang kini berada di UK untuk pulang ke Sabah

"Sebarang berita kepulangannya di Labuan atau di sini, maklumkan kepada saya. Kita akan tunggunya di lapangan terbang," katanya.

Tambahnya, tindakan hanya boleh diambil 'sebaik sahaja Doris pulang ke Malaysia' dan berkata waran tangkap telah dikeluarkan pada 16 Januari lalu meletakkan Doris dalam senarai dikehendaki polis di bawah Akta Hasutan namun ia hanya berkuatkuasa dalam negara.

Pada Februari, Jalaluddin mengumumkan polis mengeluarkan waran tangkap terhadap Doris Yapp Kim Young, 45 yang mana alamat terakhirnya adalah di Labuan bagi kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Doris dipercayai adalah dalang disebalik akaun Facebook 'Sabah Sarawak Kelaur Malaysia' yang diwujudkan bagi memberi 'kesedaran' kepada hak Sabah dan Sarawak untuk keluar dari Malaysia.

Siti Nurhaliza rakam lagu tamil

Posted: 05 Aug 2015 04:07 AM PDT

Beliau merakamkan lagu berjudul Nenge Ezhu hasil ciptaan komposer tersohor, A. R. Rahman.

siti,tamil


PETALING JAYA: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mengembangkan bakatnya menyanyi lagu pelbagai bahasa dan terbaharu beliau merakamkan lagu tamil.

Menerusi rakaman video yang dimuatnaik di Instagram, penyanyi kelahiran Kuala Lipis bertaraf jutawan itu sedang merakamkan lagu tamil berjudul Nenge Ezhu (Bangkitlah Jiwa) yang dicipta A. R Rahman untuk filem Maryaan, yang memenangi anugerah Pengarah Muzik Terbaik dalam Anugerah Oscar.

Siti berkata, ia merupakan satu penghormatan kepadanya untuk menyanyikan lagu ciptaan komposer tersohor dan walaupun lagu tamil itu sangat mencabar tetapi beliau sangat menyukainya.

Beliau dibantu komposer lagu tamil tempatan, Jay, khususnya sebutan dan intonasi yang betul.

Rakaman lagu itu akan digunakan untuk mempromosikan program International Superstar 2015 yang merupakan program pertandingan India pertama terbitan Astro.

Pertandingan itu disertai perserta dari lima negara iaitu Malaysia, Singapura, Mauritius, Kanada dan India.

LIHAT SINI : Datuk Siti Nurhaliza Records a Tamil Song by A.R. Rahman

Najib, Rosmah akan fail satu lagi saman fitnah terhadap Rafizi

Posted: 05 Aug 2015 04:05 AM PDT

 
Perdana Menteri dan isteri juga akan memfailkan permohonan batal penyataan pembelaan yang telah dibuat Rafizi Ramli.


najib,rosna,rafiz


PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan memfailkan permohonan bagi membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Bernama melaporkan, permohonan tersebut akan dibuat serentak dengan satu lagi dalam saman fitnah berhubung isu subsidi minyak yang dibuat oleh Rafizi.

Peguam Choo Shi Jin, yang mewakili Perdana Menteri dan isteri memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas kes berkenaan disebut pada Rabu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noraini Abdul Rahman.

Prosiding dalam kamar itu turut dihadiri peguam Ng Siaw Sun yang mewakili Rafizi dan peguam Joanne Leong mewakili pemilik portal 'Media Rakyat', Chan Chee Kong.

Choo berkata permohonan itu akan difailkan sebelum 21 Ogos ini dan mahkamah menetapkan tarikh sama untuk pengurusan kes saman berkenaan.

Pada 16 April lepas, Najib dan Rosmah selaku plaintif memfailkan saman dengan menamakan Rafizi sebagai defendan pertama manakala Chan, defendan kedua.

Dalam pernyataan tuntutan itu, mereka mendakwa Rafizi telah memberi ucapan berbaur fitnah dalam satu forum berkaitan dengan subsidi minyak di Bandar Tun Razak pada 22 Nov 2014.

Najib dan Rosmah mendakwa ucapan Rafizi telah dirakam oleh `Media Rakyat' yang kemudiannya dimuat naik oleh Chan atau pembantunya ke laman web YouTube Media Rakyat dan portal Media Rakyat di bawah tajuk 'Rafizi Ramli: Kenapa Kita Pertahankan Subsidi Minyak'.

Mereka juga mendakwa bahawa rakaman yang sama turut dikongsi oleh Chan dalam laman facebook Media Rakyat, dengan ia boleh diakses secara bebas oleh pengguna internet seluruh dunia.

Menurut mereka lagi, Chan telah gagal mengamalkan prinsip kewartawanan bertanggungjawab kerana gagal mengambil tindakan untuk mengesahkan atau menyiasat kebenaran tuduhan yang terkandung dalam perkataan fitnah tersebut sebelum menerbitkannya.

Najib dan Rosmah turut menuntut kedua-dua defendan membayar ganti rugi am, ganti rugi tambahan dan ganti rugi teladan yang akan ditafsir oleh mahkamah.

Mereka juga menuntut satu arahan injunksi untuk menghalang Rafizi, Chan dan pembantu mereka daripada menerbitkan lebih lanjut perkataan fitnah itu selain menuntut satu perintah supaya kedua-dua mereka menerbitkan permohonan maaf secara bertulis dalam surat khabar dan majalah.

Azmin desak polis henti ganggu SPRM siasat 1MDB

Posted: 05 Aug 2015 04:00 AM PDT

 
Mengikut Seksyen 48 Akta SPRM, menjadi satu kesalahan bagi sesiapa yang menganggu SPRM menjalankan siasatan. 


Azmin-Ali,-macc,-1mdb


PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa hentikan menganggu Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) yang sedang menyiasat skandal 1MDB, kata Mohamed Azmin Ali.

Timbalan Presiden PKR berkata, tindakan polis melakukan serbuan dan mengambil keterangan pegawai-pegawai SPRM merupakan cubaan untuk campur tangan terhadap siasatan 1MDB dan perbuatan itu perlu dihentikan segera.

"Adalah wajib bagi SPRM untuk menggunakan kuasanya mengikut undang-undang menghalang campur tangan pihak lain bagi memastikan segala siasatan ke atas 1MDB dilakukan dengan betul.

"Mengikut Seksyen 48 Akta SPRM, menjadi satu kesalahan jika sesiapa menghalang siasatan SPRM.
Tidak syak lagi, tindakan polis ini satu campur tangan terang-terangan dan perlu dihentikan serta-merta," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menteri Besar Selangor berkata, SPRM telah diamanah untuk menjalankan tugas mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Sehubungan itu, Azmin menyeru seluruh rakyat tanpa mengira parti politik untuk terus memberi sokongan kepada SPRM menjalankan tugas tanpa rasa takut.

"Ini perkara ini penting bagi memastikan sebarang keraguan dalam siasatan 1MDB dapat dipulihkan," katanya.

Najib dijangka umum hasil analisis serpihan pesawat malam ini

Posted: 05 Aug 2015 03:58 AM PDT

 
Serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion sedang dianalisis pakar di Toulouse sama ada ia milik MH370 yang hilang lebih setahun lalu.


najib_mh370_mas_600

 
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat pengumuman penting hasil analisis serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion, Lautan Hindi, malam ini (Rabu).
Najib akan membuat pengumuman itu kira-kira jam 10 malam ini menerusi televisyen.

Perkara itu disahkan oleh seorang Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri yang dihubungi FMT.
"Memang ada malam ini jam 10 malam," katanya.

Serpihan atau Flaperon daripada sayap pesawat yang dikaitkan dengan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 minggu lalu oleh pembersih pantai di Pulau Reunion sebuah pulau yang berada di bawah jajahan Perancis.

Serpihan yang dikenalpasti sebagai bahagian pesawat Boeing 777 itu telah dibawa ke Toulouse, Perancis untuk diperiksa oleh pakar-pakar penerbangan dan kemalangan udara.

Pakar-pakar dari Malaysia juga turut berada di sana.

MH370 yang dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu masih gagal dikesan biarpun pencarian besar-besaran telah dilakukan.

Harapan Baharu bukan perjuangan Nik Aziz

Posted: 04 Aug 2015 11:17 PM PDT

SINAR HARIAN


Harapan Baru
 
 
KUALA KRAI - Harapan Baharu bukanlah sebuah perjuangan yang diwarisi daripada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata Ketua Penerangan Pas Kelantan, Datuk Mohd Nasuruddin Daud.  
 
Beliau berkata Allahyarham Nik Abdul Aziz tetap bersama Pas walaupun parti itu pernah beberapa kali dilanda perpecahan.  
 
"Allahyarham Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tetap dengan Pas walaupun ada Hamim (Parti Hizbul Muslimin Malaysia), ada Berjasa (Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia). Tok Guru (Nik Abdul Aziz) pun meninggal dunia dalam Pas.

"Harapan Baharu tak selaras dengan perjuangan Allahyarham Nik Abdul Aziz walaupun ada dakwaan macam itu," katanya ketika berucap pada Ceramah Isu Semasa Pas di Markas Pas Kuala Krai di sini, malam tadi.
 
Hadir sama Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan‎ Mursyidul Am Pas merangkap Pesuruhjaya Pas Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Naib Presiden Pas merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS I Kelantan Datuk Mohd Amar Nik  Abdullah.
 
Mohd Nasuruddin dalam ucapannya turut berkata DAP adalah sebuah parti yang 'cakap tak serupa bikin' dan mempergunakan PAS semata-mata untuk meraih kemenangan pada pilihan raya umum.
 
"Pas tak putus hubungan dengan DAP tapi DAP yang (mula-mula) putuskan hubungan dengan PAS (dalam pakatan pembangkang)," katanya.  

Sementara itu, Tuan Ibrahim mempersoalkan tindakan GHB yang berterusan menyerang Kelantan walaupun ia adalah negeri pimpinan pembangkang.  
 
Beliau berkata strategi berkenaan akan merugikan pembangkang kerana dilihat akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
 
"Ramai penganalisa (politik) menganggap bahawa ini satu strategi yang tak betullah," katanya yang turut mempersoalkan mengapa GHB perlu menarik anggota Pas menyertai gerakan itu kerana ia tidak memberi sebarang nilai tambah kepada pembangkang.

Ditanya mengenai tindakan provokasi oleh beberapa bekas pimpinan tertinggi Pas terutama dari kalangan Anggota Parlimennya yang dilihat mencabar parti itu untuk memecat mereka, Tuan Ibrahim berkata pihaknya menggunakan kaedah 'pujuk  dan bincang' sebelum sebarang tindakan disiplin dikenakan terhadap mereka.

"Pertamanya dari segi peraturan parti, sekiranya mana-mana Anggota Parlimen masuk parti lain, secara automatik dia akan hilang keanggotaan.

"Yang keduanya semua calon-calon PAS terikat dengan baiah, kalau ikut baiahnya dia mesti mengosongkan kerusi yang dia menang, dan beri semula mandat kepada rakyat. Kalau dia tak buat dia langgar baiah dialah," katanya.  - Bernama
 
 

Wap rokok elektronik tak beri kesan pada sel

Posted: 04 Aug 2015 11:15 PM PDT

Rokok elektronik
Gambar hiasan
 
 
SHAH ALAM - Wap rokok daripada rokok elektronik tidak memberi sebarang kesan perubahan sel kepada tisu laluan udara manusia.

Wakil jurucakap British American Tobacco, Dr Marina Murphy  berkata, ia merupakan hasil kaji selidik terbaru melibatkan dua jenis rokok elektronik yang dilakukan di Southampton, Britain, baru-baru ini.

"Penyelidik dari British American Tobacco dan MatTek Corporation menggunakan kombinasi ujian yang unik untuk mengkaji potensi dan kesan buruk wap rokok elektronik terhadap tisu yang menjadi laluan udara manusia dan membandingkannya dengan kesan asap rokok.

"Dengan menggunakan robot yang dibentuk mempunyai laluan udara manusia sebagai subjek ujikaji, ia berupaya untuk menunjukkan bahawa aerosol yang digunakan oleh rokok elektronik tidak memberi sebarang kesan perubahan sel kepada tisu laluan udara manusia," katanya
dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, kaedah terbaru kajian itu juga akan digunakan bagi tujuan meningkatkan mutu dan kualiti kawalan bagi produk mereka di masa hadapan.

"Wap rokok elektronik boleh mengandungi nikotin, humectants, bahan perasa dan produk degradasi termal. Oleh itu, pemahaman tentang impaknya terhadap sistem biologikal manusia adalah amat penting.

"Sehingga kini, belum ada sebarang ujian aerosol berkenaan potensi kesan buruk wap rokok elektronik ke atas model di makmal yang menyerupai struktur dan fungsi tisu laluan udara manusia," katanya.

Sementara itu, menurut Pengurus Besar Penyelidikan dan Pembangunan British American Tobacco, Marina Trani berkata, hasil kajian itu membuktikan pendedahan berterusan wap rokok elektronik ke atas manusia adalah sama seperti menghirup udara biasa.

"Hasil kajian menunjukkan bahawa asap rokok berupaya mengurangkan kebolehhidupan sel kepada 12 peratus (kadar hampir kematian sel) selepas enam jam. Manakala, aerosol yang dihasilkan oleh dua jenis rokok elektronik pula tidak menunjukkan sebarang penurunan dari segi kebolehidupan sel walaupun didedahkan selama enam jam secara berterusan, hasilnya adalah sama seperti sel yang didedahkan kepada udara biasa.

"Pada ketika ini, tiada ukuran seragam bagi ujian di dalam makmal atau in vitro aerosol rokok elektronik. Namun, protokol yang dihasilkan mungkin amat berguna untuk membantu proses di mana garis panduan ini dapat dikembangkan," katanya.
 
 

Tindakan Najib terhadap WSJ 'masih status quo'

Posted: 04 Aug 2015 11:14 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Seorang peguam yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam tindakan undang-undang terhadap akhbar kewangan Wall Street Journal berkata pada masa ini keadaannya "masih status quo".

Peguam Wan Azmir Wan Majid berkata demikian ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Beliau berkata pihaknya telah menerima jawapan dari WSJ dan ia telah dilaporkan secara meluas.

Bulan lalu, peguam Najib menghantar surat kepada Dow Jones, pemilik WSJ, meminta penjelasan berhubung dua artikel yang disiarkan oleh akhbar tersebut.

Peguam memberi Dow Jones 14 hari untuk menjawabnya, dan ia menjawabnya sebelum tarikh akhir tamat.




Rahman Dahlan sendiri akan jatuhkan Najib jika...

Posted: 04 Aug 2015 11:10 PM PDT

MALAYSIAKINI




 
 
 
"Kalaulah RM2.6 bilion ini duit rakyat dirompak, ‎tak payahlah Clare Brown, tak payahlah Wall Street Journal, tak payah lagi Sarawak Report nak jatuh presiden Umno.

"Saya sendiri dan orang Umno akan jatuhkan dia," kata Pengarah Strategik Komunikasi BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Menjawab soalan yang diajukan oelh pengacara program Dialog disiarkan di TV1 malam tadi, beliau menegaskan seandainya wang derma disalurkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak melanggari undang-undang, maka tindakan terpaksa diambil.

‎"Umno tidak akan terlepas daripada mana-mana tindakan undang-undang.‎ Itu yang penting, tetapi untuk mengambil tindakan undang-undang, perlu disiasat dan kena berlaku adil.

"Bila pembangkang melontarkan satu tuduhan, bukan bermakna tuduhan itu berasas. Saya sudah katakan, bila dilontarkan cerita bahawa RM2.6 bilion datang dari 1MDB. Hari pertama lagi perdana menteri mengatakan ini bukan wang rakyat, bukan tujuan peribadi.

"Hari pertama juga, 1MDB juga mengatakan 'No', it's not our money, tetapi tak ada netizen percaya," katanya.

Sehubungan itu, jelas beliau‎, kerajaan  berdepan keadaan di mana ia nampak defensif.

"Tetapi kita defensif ini kerana kita mempunyai strategi, kalau tidak percaya apa yang dikatakan oleh perdana menteri, maka siasat.

"Bila siasat keluar satu kenyataan sama ada duit itu duit rakyat, selesai.

"Kita nak satu penyiasatan dibuat dan bila ada penyiasatan dibuat, ada keputusan, kita kena ‎hormati keputusan itu," tegasnya. 
 
 
 

PAS seru cari formula baru satukan pembangkang

Posted: 04 Aug 2015 11:08 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


PAS menyeru supaya semua parti pembangkang bersatu di tengah-tengah skandal bahawa RM2.6 bilion telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

PAS telah secara rasmi memutuskan hubungan dengan DAP pada 11 Julai, dan secara rasmi juga menguburkan Pakatan Rakyat.

"Kini, masa yang paling penting semua parti pembangkang bersatu," kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Inilah masa parti politik pembangkang duduk mencari titik persamaan dan mengecilkan titik perbezaan.

"Banyak formula baru boleh dicari," katanya dalam satu kenyataan.

Isnin lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Malaysia (SPRM) berkata RM2.6 bilion yang dikatakan didepositkan ke dalam bank akaun peribadi Najib adalah sumbangan penderma dan bukan dari dana 1MDB.

Tuan Ibrahim berkata, selain skandal RM2.6 bilion itu, nilai ringgit terus lemah manakala penyiasat SPRM yang menyiasat skandal itu sendiri disiasat.

"Rakyat bosan dan meluat melihat ahli politik bercakaran. Apakah tidak ada formula baru bagi membina persefahaman?

"Mari ketepikan perbezaan dan bersamalah selamatkan negara," katanya.

Kenyataan Tuan Ibrahim dibuat di tengah-tengah rancangan untuk menubuhkan pakatan pembangkang baru selepas pemimpin progresif PAS diketepikan oleh kepimpinan konservatif baru parti itu.


Pas sedia dedah dana

Posted: 04 Aug 2015 11:05 PM PDT

Mohd Amar Abdullah
Mohd Amar Abdullah
 
 
KOTA BHARU – Pas bersedia mendedahkan senarai sumber dana atau pembiayaan politik yang diterima sekiranya ada undang-undang mengehendaki pihaknya berbuat demikian.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Pas akan patuh jika perlu berbuat demikian tetapi buat masa sekarang perkara itu tidak dikuatkuasakan.

"Kita nak isytihar buat apa sebab dana yang diperoleh hanya dari kutipan derma, Umno yang kena buat begitu sebab banyak dapat sumbangan, sekarang rakyat mahu tahu RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, itu sahaja.

"Rakyat tidak peduli pada pembangkang sebab mereka tahu kita tiada duit, apa-apa pun berkenaan dana ini kena rujuk pimpinan atas. Kita banyak menerima derma dari ahli nak isytihar pun rasa malu sebab jumlahnya kecil sahaja," katanya ketika ditemui pada majlis istiadat
Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) kali ke-17 di Kompleks Balai Islam Lundang, semalam.

Mohd Amar berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan Najib agar diwujudkan semula peraturan yang mengehendaki parti politik mendedahkan senarai sumber dana politik yang diterima mereka.
 
 
 

Petani protes berniaga depan SUK Perak

Posted: 04 Aug 2015 11:05 PM PDT

Petani protes berniaga depan SUK Perak
Keadaan bahagian luar bangunan SUK yang dipenuhi kumpulan petani-petani dari 24 kawasan sekitar Perak.
 
 
IPOH - Lebih 200 petani berkumpul di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan (SUK) bagi mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk menetapkan satu tarikh perjumpaan dengan petani dalam tempoh terdekat.

Masalah timbul apabila petani-petani terbabit mendakwa mereka diusir daripada tanah yang diusahakan mereka lebih 50 tahun oleh Perbadanan Menteri Besar, kerajaan negeri, syarikat swasta dan pejabat tanah ingin membangunkan kawasan berkenaan.

Penyelaras Gabungan Selamatkan Petani dan Penternak Negeri Perak, K Kunasekaran berkata, wakil petani dari 24 kawasan di sekitar Kampar, Bidor, Tapah, Ampang, Batu Gajah dan Tronoh sudah lapan kali menghantar memorandum sejak 2013 namun sehingga kini tiada maklum balas diterima.

Malah menurutnya, Pejabat Perdana Menteri telah menghantar surat kepada Setiausaha Sulit Menteri Besar supaya mengadakan 'engagement' mengenai perkara tersebut.

Beliau mendakwa nilai hasil pengeluaran pertanian dan perikanan di kawasan tersebut dianggarkan sebanyak RM30 juta setahun bagi keperluan tempatan serta untuk dieksport ke luar negara.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi kejadian mendapati petani-petani terbabit berkumpul seawal jam 8 pagi membawa pelbagai jenis sayur-sayuran dan ikan di luar bangunan tersebut.

Selain itu, mereka turut memegang sepanduk dan kain rentang menyatakan tanda protes serta meminta supaya Menteri Besar turun bertemu mereka.

Turut kelihatan beberapa pemimpin PR berada di kawasan itu antaranya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Chang Lih Kang dan Tan Kar Hing.

Difahamkan mereka tidak akan berganjak dari luar bangunan SUK selagi Zambry tidak bertemu petani-petani terbabit.
 
 

PAS: Lebih elok rakyat tahu siapa penderma

Posted: 04 Aug 2015 10:58 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


PAS berkata adalah lebih elok kalau rakyat tahu siapa penderma RM2.6 bilion bagi mengelak tuduhan dan kecurigaan apakah perdana menteri bekerja untuk penderma berkenaan atau untuk rakyat.

"Pendedahan ini juga akan membantu LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) membuat kunjungan kepada dermawan tersebut," kata timbalan presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, walaupun pengarah Pengarah komunikasi strategiknya Datuk Abdul Rahman Dahlan memberi penjelasan kepada soalan "remeh-temeh" darinya, tetapi ia bukanlah bermakna isu itu telah selesai.

"Masih banyak lagi soalan remeh-temeh yang perlu dijawab," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Antaranya, kata beliau, ialah apakah wajar bagi perdana menteri menggunakan akaun peribadi bagi menerima dana sebesar RM2.6 bilion itu, sedangkan ia boleh mengundang pelbagai prasangka buruk terhadapnya.

"Berapakah jumlah yang dibelanja oleh Umno-BN bagi menghadapi PRU13 lalu? Apakah ia melepasi had yang ditentukan oleh Akta Pilihanraya?

"Jika ya, bukankah keputusan PRU13 yang lalu menjadi tidak sah?" tambahnya.

Katanya lagi, jika dana itu tidak habis digunakan untuk PRU13 yang lalu dan bukan untuk kegunaan peribadi, berapakah baki duit derma yang masih berada dalam akaun itu ketika ia ditutup?

"Ke mana perginya baki itu? Apakah penyaluran dana sebenar ini ke akaun PM ini tidak tertakluk di bawah Akta Kewangan dan tidak terbau hidung LHDN untuk dikejar cukainya?

"Saya percaya soalan-soalan yang dikemukakan hari ini juga sangat-sangat ditunggu jawapannya oleh rakyat marhaen, namun mungkin dipandang remeh-temeh kepada mereka yang berniat cuba menutup sesuatu daripada pandangan rakyat.

"Sebagai seorang penerima gaji dari rakyat jelata, eloklah Abdul Rahman mengingati siapa bosnya yang sebenar," tambahnya.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berterima kasih atas jawapaan Abdul Rahman terhadap soalan 'remeh' yang beliau kemukakan.

"Sekurang-kurangnya ada maklum balas. Perdana menteri masih berdiam diri meskipun rakyat sudah menanti lebih sebulan sehingga Tun Mahathir Mohamad pun naik angin.

"Padahal bukan payah sangat untuk perdana menteri menjelaskan bahawa: "Ini sumbangan derma dari penderma perihatin." Peliknya mengapa PM tidak menjawab sedemikian ketika WSJ melakukan tuduhan ke atasnya.

"Mengapa perdana menteri menjawab 'Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri' dan bukannya terus menempelak WSJ dan berkata duit itu duit derma?

"Setelah sebulan, akhirnya yang membuat kenyataan itu ialah SPRM," tegas Tuan Ibrahim.

Bagaimanapun, beliau bertanya apakah kini perdana menteri yakin rakyat akan percaya wang RM2.6 bilion itu adalah dari sumbangan derma hanya kerana SPRM mengumumkan sedemikian.

"Rakyat nak tahu ke mana hutang RM42 bilion yang kini menjadi liabiliti kepada 1MDB dibelanjakan," tambahnya 


SPRM bagai kapal berlayar tanpa nakhoda?

Posted: 04 Aug 2015 10:57 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Selepas orang nombor dua di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan diarah bercuti, kini muncul perkhabaran mendakwa pegawai tertinggi agensi itu turut menerima perintah sama.

Ketiadaan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan timbalannnya Datuk Mohd Shukri Abdull didakwa 'melumpuhkan' siasatan agensi berkenaan terhadap SRC International Sdn Bhd serta isu pinjaman bernilai RM4 bilion.

Ia sebelum ini didakwa mempunyai kaitan dengan penyaluran dana ke akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.

Memburukkan lagi keadaan, enam pegawai kanan SPRM - termasuk dua daripadanya semalam - disoal siasat berhubung dakwaan kebocoran maklumat kerajaan.

Polis semalam mengambil keterangan daripada pegawai SPRM, Tuan Roslan Tuan Mat dan beliaui adalah kakitangan keempat agensi itu diperiksa polis.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazalee Abdul Khairi ditahan pada pagi Sabtu dan disoal siasat lebih dua jam.

Turut diambil keterangan, Pengarah Operasi Khas SPRM, Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Forensik SPRM IG Chandran, masing-masing selama tiga jam.


The Edge dibenar cabar penggantungan KDN

Posted: 04 Aug 2015 10:51 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


The Edge Financial Daily dan The Edge Weekly berjaya mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mencabar penggantungan tiga bulan yang dikenakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Mahkamah bagaimanapun tidak memberikan penangguhan sementara terhadap penggantungan itu.

Ini bermaksud tindakan KDN itu masih berkuat kuasa sehingga kes itu didengar dan diputuskan.

Keputusan hari ini dibuat oleh Hakim Datuk Asmabi Mohamad.

Edge Media Group pada 27 Julai memfailkan permohonan itu melalui peguamnya, Raja, Darryl & Loh.

KDN menggantung dua penerbitannya selama tiga bulan selepas giat melaporkan sekitar kontroversi berkaitan syarikat pelaburan negara kontroversi 1MDB.

Pemilik The Edge Media Group Tong Kooi Ong disiasat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan berhubung kegiatan "menjejaskan demokrasi berparlimen" ekoran laporan mengenai perkara itu.

Penggantungan itu ditentang keras kumpulan wartawan.

Sebuah perarakan menuntut kebebasan media di negara ini dijadual diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Ogos ini susulan perkembangan itu.


Tiada ulasan: