Selasa, 4 Ogos 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Dua inspektor polis ditahan SPRM

Posted: 04 Aug 2015 06:08 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun hari ini mengesahkan dua inspektornya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima suapan RM3,500 daripada orang awam.

Beliau berkata SPRM menghubunginya lewat petang semalam bagi memaklumkan penahanan pegawai terbabit.

"Kedua-duanya ditahan SPRM kerana disyaki menerima suapan bagi kes yang sedang disiasat mereka.

"Saya akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM jika diperlukan," katanya kepada media di sini.

Kedua-dua inspektor itu yang masing-masing berusia 26 dan 28 tahun, ditahan SPRM di Terminal 1, di sini kira-kira pukul 6.10 petang semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009. - Bernama

 

PAS: Putus dengan GBH atau letak jawatan MP

Posted: 04 Aug 2015 05:57 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketegangan antara PAS Kuala Terengganu dengan anggota parlimen mereka Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GBH) terus berpanjangan.

Ia hari ini dilihat memasuki episod baru apabila akar umbi PAS memberikan kata dua kepada Kamarul Bahrin supaya memohon maaf dan memutuskan hubungan dengan GBH.

"Jika sekiranya Datuk Raja Kamarul Bahrin masih gagal berbuat demikian dalam tempoh yang diberikan maka akar umbi, aktivis dan kepimpinan PAS Kawasan Kuala Terengganu sebulat suara menuntut Datuk Raja Kamarul Bahrin meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Kuala Terengganu dengan serta-merta," kata Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah.

PAS Kuala Terengganu Ahad lalu secara rasmi memutuskan sebarang kerjasama dengan Kamarul Bahrin selepas beliau dikatakan mengisytiharkan diri sebagai pengerusi GHB negeri.

Raja Bahrin bagaimanapun berkata beliau masih belum membuat apa-apa keputusan tetapi dukacita dengan tindakan PAS itu kerana ia diumumkan sebelum majlis rumah terbuka hari rayanya.

Penentangan keras akar umbi PAS itu dilihat berlaku memandangkan Terengganu merupakan kubu kuat PAS dan negeri kelahiran presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menetap di Marang.

Semalam, PAS negeri menerima tamparan awal apabila bapa saudara kepada sultan Terengganu, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ismail mengumumkan keluar parti kerana tidak puas hati dengan kekalahan kumpulan progresif dalam pemilihan parti.

Hadi beri penjelasan

Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, PAS Kuala Terengganu berkata keputusan itu dibincangkan dalam perbincangan tergempar di Kuala Terengganu semalam yang dikatakan dihadiri lebih 1,000 orang.

Wan Sukari berkata, keputusan itu disokong penuh akar umbi, aktivis dan kepimpinan PAS akar umbi bagi mengelakkan "masalah GHB dan ketidakpatuhan kepada arahan pimpinan" merebak.

"PAS kawasan Kuala Terengganu sama sekali tidak bertolak ansur dalam prinsip menjunjung disiplin parti sebagai asas kekuatan perjuangan," katanya.

Mereka juga akan menghantar laporan lengkap kepada PAS Pusat selaras dengan arahan berhubung isu GHB bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil oleh.

Sementara itu, Wan Sukairi juga berkata terdapat juga pertemuan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang telah sudi memberikan penjelasan terhadap pelbagai isu serta menjawab soalan peserta. 


Mufti Perak tegur Azalina kerana kenyataan jahil

Posted: 04 Aug 2015 05:54 AM PDT

 
Kenyataan mesti dibuat berdasarkan hukum Allah bukan mengikut akal dan logik sahaja.


Azalina-Othman,-Harussani-Zakaria,-film-cencership



PETALING JAYA: Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said kerana membuat kenyataan jahil.

Katanya, kenyataan Azalina -adegan pasangan bercinta berpegangan tangan dan berpelukan tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanya sekadar lakonan yang tidak mengundang maksiat – tidak patut dikeluarkan oleh seorang bertaraf menteri.

"Baru sehari dua naik sebagai menteri dah keluarkan kenyataan tidak munasabah. Saya suka ingatkan menteri, timbalan menteri dan ahli Exco negeri, mereka telah mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong atau Sultan untuk pegang jawatan berlandaskan kepada Perlembagaan dan mereka bersumpah dengan nama Allah untuk mempertahankan Perlembagaan.

"Perlembagaan menyatakan agama di negara ini adalah Islam. Maka, janganlah mereka sesekali mengejek dan memperkecilkan hukum Allah. Jika tidak, maknanya mereka melanggar sumpah," katanya.

Beliau juga mengingatkan semua pemimpin supaya tidak melanggar sumpah, bagi mengelak dilaknat Allah.

"Saya nasihati (mereka) jangan melampau. Islam berdasarkan kepada iman. Iman itu boleh diukur berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan. Jadi, tidak boleh keluarkan kenyataan secara akal atau logik kerana ia adalah hukum Allah.

"Akal dikawal oleh nafsu dan ia dipengaruhi oleh syaitan. Jangan beraja dengan nafsu dan komen tidak tentu hala.

"Seorang menteri Islam wajib mengamalkan amar makruf nahi mungkar, atau dalam bahasa senang difahami menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kejahatan," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Sebelum ini Azalina telah ditegur oleh penceramah terkenal, Kazim Elias dan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim kerana membuat kenyataan itu.

" Rakyat waras pun tak boleh terima RM2.6 b adalah derma”

Posted: 04 Aug 2015 05:51 AM PDT

 
Kenyataan SPRM itu mengundang lebih banyak persoalan mengenai rasuah dan pecah amanah yang perlu disiasat.


rafizi,najib,derma



PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata tidak ada rakyat Malaysia yang waras boleh menerima penjelasan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima derma sebanyak RM2.6 bilion.

Ini kerana, katanya, derma yang menjadi bualan hangat itu boleh ditakrifkan sebagai suapan mengikut Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Seksyen 3 Akta SPRM menetapkan bahawa Najib adalah penjawat awam yang tidak dibenarkan menerima "suapan" dalam apa jua bentuk sekali pun.

"Takrifan "suapan" di bawah akta ini termasuklah hadiah dan derma apabila hadiah dan derma itu diberikan untuk mendapat balasan," katanya dalam kenyataan media.

Ahli Parlimen Pandan menambah, kenyataan SPRM bahawa sejumlah RM2.6 bilion wang yang dipindahkan ke akaun peribadi Najib adalah derma politik mengundang lebih banyak persoalan mengenai rasuah dan pecah amanah yang perlu disiasat.

"Saya mengingatkan Dato' Seri Najib Tun Razak dan rakyat Malaysia bahawa skop siasatan Pasukan
Petugas Khas yang dianggotai oleh SPRM, Bank Negara Malaysia (BNM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Peguam Negara adalah untuk menyiasat secara keseluruhan urusniaga 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk memastikan tidak ada pecah amanah atau salah guna kuasa.

"Kenyataan SPRM semalam tidak sedikit pun menjawab soalan-soalan penting yang perlu disiasat oleh Pasukan Petugas Khas yang bertanggungjawab kepada rakyat untuk merungkai semua persoalan mengenai 1MDB," katanya lagi.

Justeru, beliau mengarahkan pimpinan PKR di seluruh negara dan di semua peringkat untuk membuat laporan kepada SPRM mendesak SPRM memulakan siasatan terhadap sumbangan politik itu mengikut peruntukan di bawah Akta SPRM 2009.

"Saya menjemput seberapa ramai rakyat Malaysia untuk turut sama membuat laporan SPRM untuk menyiasat mengenai sumbangan politik kepada Najib ini sebagai luahan rasa marah rakyat kepada perkembangan politik mutakhir," jelasnya.

PAS mungkin kenakan tindakan keras ke atas ahli terbabit GHB

Posted: 04 Aug 2015 05:43 AM PDT

ADNAN MOHAMAD

 

Mohd-Amar-Nik-Abdullah-M
Mohd Amar berkata, pada mata kasarnya dilihat isu GHB ini tidak memberi kesan yang besar walaupun mengetahui ada yang aktif selain ahli PAS yang berminat.



KOTA BHARU, PAS mungkin akan mengambil tindakan lebih keras ke atas ahlinya yang didapati terbabit dengan Gerakan Harapan Baharu (GHB) selepas Mesyuarat PAS Pusat di Kuala Lumpur pada 8 Ogos depan.


Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sehubungan itu buat masa sekarang tiada tindakan atau komen yang lebih konkrit boleh diambil kepada mana-mana ahli yang didapati terbabit dengan GHB.

Beliau berkata, pada mesyuarat berkenaan setiap wakil negeri dikehendaki membentangkan laporan dan maklumat terperinci mengenai perkembangan parti di bahagian akar umbi.

Mohd Amar berkata, pada mata kasarnya dilihat isu GHB ini tidak memberi kesan yang besar walaupun mengetahui ada yang aktif selain ahli Pas yang berminat.

"Pada pengamatan saya isu ini tidak serius walaupun mereka yang terbabit di semua peringkat usia termasuk yang lama dan baru," katanya mengulas mengenai perkembangan GHB di Kelantan.

Katanya, tiada apa yang boleh diberikan ulasan kukuh kerana GHB ini belum lagi ditubuhkan secara rasmi sebagai parti politik.

"Apabila betul-betul diisytiharkan siapa presiden, siapa ahli barulah kita boleh memberikan komen sebenar selain tindakan yang boleh diambil," katanya.

Itu licik! Bukan bersih namanya – Nik Abduh

Posted: 04 Aug 2015 05:41 AM PDT

AHMED SYAHRIL ZULKEPLY

 

facebook650X360
Nik Abduh menyifatkan Najib hanya mewarisi budaya lama yang tidak boleh dibaiki selain menggantikan BN. Foto Facebook Nik Mohamad Abduh.



KUALA LUMPUR, Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang licik dan bukan bersih.


Malah, beliau juga mendakwa politik wang bermula pada zaman Dr Mahathir yang memegang tampuk kepimpinan negara selama 22 tahun.

Berikutan itu, beliau turut menyifatkan Barisan Nasional (BN) hari ini hanya mewarisi budaya lama dan tidak boleh dibaiki lagi.

Tegasnya, Dr Mahathir tidak boleh membersihkan dirinya bahawa beliau tidak pernah menggunakan akaun peribadi untuk wang biaya politik.

"Itu licik, bukan bersih namanya. Pada zamannyalah (Dr Mahathir) politik wang bermula dan begitu berleluasa.

"Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri) hanya mewarisi budaya lama yang tak boleh dibaiki lagi selain ganti BN.

"Sebelum BN bungkus, bungkus dulu untuk peribadi masing-masing," katanya dalam posting di laman Facebook miliknya hari ini.

Semalam, Dr Mahathir dilaporkan berkata, dalam usaha menghalalkan tuduhan terhadap Najib kerana memasukkan dalam akaun peribadinya wang sebanyak RM2.6 billion yang kononnya adalah untuk pilihanraya ke-13, beliau dituduh berbuat perkara yang sama.

Jelasnya, tuduhan itu tidak berasas dan semata-mata fitnah.

E-rokok haram – Mufti Wilayah Persekutuan

Posted: 04 Aug 2015 05:38 AM PDT

AHMED SYAHRIL ZULKEPLY

 

vape-L940X470
Hukum kum merokok terpakai untuk isu e-rokok kerana qiyas kepada rokok sebenar dan kenyataan pakar menunjukkan ia mudarat bahkan boleh jadi lebih mudarat daripada merokok itu sendiri. Foto hiasan TRP 



KUALA LUMPUR, Penggunaan rokok elektronik (e-rokok) atau lebih dikenali sebagai Vapor adalah haram berdasarkan daripada kenyataan dan juga nas.


Perkara itu disahkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Menurutnya, hukum merokok terpakai untuk isu rokok elektronik kerana qiyas kepada rokok sebenar, kenyataan pakar menunjukkan ia mudarat bahkan boleh jadi lebih mudarat daripada merokok itu sendiri.

Malah, katanya, ia merupakan asas pertimbangan yang amat kuat kerana mafsadahnya atau keburukannya tidak boleh disangkal lagi serta mudaratnya telah diperakui oleh pakar dan badan-badan berkuasa.

"Merokok satu pembaziran, meniru budaya yang bukan Islam dan dilihat tidak bermaruah serta terdapatnya fatwa ulama yang menyokong tentang pengharaman rokok elektronik ini.

"Justeru, kami berpendapat seperti itu juga. Kami nyatakan di sini fatwa yang dikeluarkan menyatakan hukumnya sama seperti hukum rokok biasa. Justeru, hukumnya adalah haram," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Mufti Wilayah Persekutuan dan laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), hari ini

Sharifah dicari kes sebar maklumat palsu di FB

Posted: 04 Aug 2015 05:32 AM PDT

SINAR HARIAN


SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia


CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malayasia (SKMM) sedang mencari seorang pemilik akaun Facebook bernama Sharifah Sofia Syed Rashid bagi membantu proses siasatan berhubung penyebaran maklumat yang belum ditentukan kesahihannya.
 
Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin berkata berdasarkan analisis yang dijalankan, pemilik akaun berkenaan juga disyaki menggunakan pelbagai profil seperti Sharifah dan Kapten Sharifah untuk tujuan sama.
 
Katanya maklumat yang disebarkan dalam akaun FB tersebut bukan sahaja palsu malah berupaya menjejaskan ketenteraman awam.
 
"SKMM meminta mana-mana pengguna media sosial yang mempunyai maklumat mengenai pemilik akaun FB tersebut untuk tampil membantu siasatan," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
 
Menurut Zulkarnain, mana-mana pihak yang cuba menyebarkan maklumat palsu di media sosial boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
 
Tambahnya pengguna media sosial yang mendapati akaun mereka disalah guna untuk membuka akaun palsu dinasihatakan agar melaporkan perkara tersebut kepada pihak FB dan SKMM.
 
Aduan tersebut penting supaya akaun palsu berkenaan boleh ditutup, katanya. -Bernama

Waran tangkap editor Sarawak Report

Posted: 04 Aug 2015 04:31 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Polis Malaysia telah memperolehi waran tangkap terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Waran itu berkaitan dengan kesalahan-kesalahan yang didakwa dilakukan di bawah Seksyen 124B dan 124I.

Dalam satu kenyataan, Bukit Aman berkata, ia juga akan membuat permohonan untuk meletakkan nama Clare dalam senarai orang yang dikehendaki ASEANAPOL serta notis merah Interpol.


Penyerahan air Selangor boleh dibuat dalam 60 hari

Posted: 04 Aug 2015 04:29 AM PDT

SINAR HARIAN


Maximus Ongkili
Maximus Ongkili
 
 
SERDANG - Kerajaan Persekutuan optimis proses penyerahan pengurusan perkhidmatan bekalan air kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dapat diselesaikan dalam tempoh 60 hari seperti yang ditetapkan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
  
Beliau berkata beberapa siri mesyuarat antara pegawai kementerian dan kerajaan negeri Selangor telah diadakan bagi membincangkan serta menyelesaikan sebarang perkara berbangkit sebelum penyerahan dilakukan.
  
Katanya perkara berkaitan jadual penyerahan kuasa pengurusan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kepada kerajaan negeri Selangor melalui Air Selangor turut dibincangkan dalam mesyuarat bersama pegawai-pegawai kementerian pagi ini.
  
"Dalam pandangan kita, dengan kerjasama yang diberikan pihak berkenaan kita harus menyelesaikan pemindahan mengikut jadual yang ditetapkan," katanya dalam sidang media semasa sambutan Aidilfitri kementerian itu Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini hari ini.
  
Beliau mengulas perkembangan proses Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor susulan pemeteraian Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Utama itu pada 10 Julai lepas.
  
Pemeteraian Perjanjian Tambahan membabitkan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri Selangor, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Air Selangor itu menyaksikan pihak-pihak kepada perjanjian tersebut diberikan tempoh 60 hari untuk menyelesaikan 'Condition Precedent' (CPs) kepada Perjanjian Utama.
  
Ongkili berkata pihak berkenaan sebelum itu masih perlu menandatangani beberapa dokumen, antaranya Perjanjian Fasiliti sebagai syarat kepada PAAB mengeluarkan peruntukan RM1.65 bilion untuk membolehkan Air Selangor mengambil alih ekuiti syarikat-syarikat konsesi yang terlibat termasuk Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
  
Beliau berkata perkara lain yang perlu diselesaikan ialah soal pemberian lesen pengoperasian oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) kepada operator baharu, iaitu sama ada meneruskan lesen sedia ada atau membuat penggantian.
  
"Pada pandangan kami, semua urusan yang diperlukan dalam CPs dapat ditunaikan apabila semua pihak bekerja keras memastikan perkara berbangkit dapat diuruskan secara bersama," katanya.
  
Dalam pada itu, Ongkili berkata pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi oleh kerajaan negeri berhubung keputusan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (Mtes) meluluskan beberapa permohonan yang dikemukakan kementerian dalam memastikan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) berjalan lancar.
  
Menurut laporan akhbar, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dipetik sebagai berkata antara kelulusan yang diputuskan pada 30 Julai lepas itu antara lain melibatkan kebenaran merancang bagi projek berkenaan selain pelaksanaan kerja-kerja projek di tapak yang terlibat.
  
Menurut Mohamed Azmin kelulusan itu melibatkan permohonan yang diterima dari Pejabat Tanah, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Jabatan Perhutanan Negeri. –Bernama


Muhyiddin masih dijemput rasmi mesyuarat Umno

Posted: 04 Aug 2015 04:27 AM PDT

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin


SHAH ALAM – Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yasin masih menerima undangan untuk merasmikan persidangan Umno peringkat bahagian.

Menurut sumber terdekat kepada Muhyiddin, sehingga kini, ada empat bahagian Umno yang bersetuju meneruskan jemputan bagi Muhyiddin.

"Jemputan dari Umno bahagian Pagoh, Kemaman, Semporna dan Silam masih diteruskan.

"Setakat ini jumlah yang membatalkan jemputan (lapan Umno bahagian) kekal," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Lapan Umno Bahagian yang membatalkan jemputan adalah Sik, Tangga Batu, Hulu Terengganu, Cameron Highlands, Raub, Lumut, Bukit Gantang dan Lipis.

Manakala Umno bahagian Kubang Pasu masih belum memberikan sebarang keputusan.



SPRM buat solat hajat perdana mohon yang terbaik

Posted: 04 Aug 2015 04:26 AM PDT

SINAR HARIAN
 
 
SPRM buat solat hajat perdana mohon yang terbaik
Salah seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak dapat menahan sebak semasa mengaminkan doa selepas menunaikan solat hajat di ibu pejabat SPRM Putrajaya. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
 
 
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengadakan solat hajat perdana 'Untukmu SPRM' di seluruh negara bagi memohon badan itu dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.

Solat hajat di surau ibu pejabat SPRM di sini diadakan selepas solat Zuhur yang diimamkan oleh bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Seri Zakaria Jaffar dan disertai kira-kira 100 warga kerjanya.

Zakaria berkata solat hajat itu diadakan bagi memohon supaya badan itu dikurniakan petunjuk serta takdir yang terbaik dalam membanteras rasuah.

"Kita minta supaya ALLAH SWT bantu kita apa yang kita tidak tahu di masa akan datang. Kita juga memanjatkan doa supaya SPRM, semua pegawai serta keluarga mereka diberi kebaikan oleh ALLAH SWT," katanya kepada pemberita selepas solat hajat itu.

Selepas solat, Zakaria membacakan doa mathurat yang dipenuhi dengan kata-kata membesarkan ALLAH, merendahkan hati serta meminta agar warganya dijauhi dari tergolong dalam kalangan mereka yang memberi dan menerima rasuah.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Mohamad Jamidan Abdullah, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Datuk Mustafar Ali dan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mohd Azam Baki.  - Bernama
 
 

Bekas pemain bola dicekup khalwat

Posted: 04 Aug 2015 04:21 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
ALOR SETAR:  Seorang bekas pemain bola sepak dicekup bersama seorang wanita dalam satu serbuan di bilik hotel sekitar Bandaraya Alor Setar, kelmarin.
 
Dalam operasi bermula jam 12 tengah malam itu, lelaki berusia 52 tahun yang juga dipercayai suami orang ditahan kerana disyaki bersekedudukan dengan wanita berusia 27 tahun.
 
Pada peringkat awalnya, pasangan berkenaan memaklumkan kepada penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) bahawa mereka adalah suami isteri.
 
Bagaimanapun, lelaki berkenaan kemudiannya mendakwa pasangannya itu merupakan anak saudaranya selepas disoal disiasat lebih lanjut.
 
Namun ketika penguatkuasa Jaik menghubungi ibu wanita berkenaan, dia mengesahkan bekas pemain bola sepak itu dan anaknya hanyalah kenalan lama.
 
Pasangan berkenaan antara enam pasangan ditahan dalam operasi selama lima jam sekitar Alor Setar dan Pokok Sena disertai kira-kira 28 penguatkuasa Jaik.
 
Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, ketika diserbu lelaki berkenaan hanya bertuala manakala pasangannya memakai baju terbalik. Menurutnya, mereka juga didapati mengambil masa lama untuk membuka pintu bilik hotel berkenaan.
 
"Ketika disoal, lelaki yang bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat swasta berkenaan dikatakan menghuni hotel tersebut selepas menyelesaikan urusan kerja mereka.
 
"Mereka akan disiasat di bawah Sekyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara," katanya.
 
Dalam perkembangan sama katanya, dia menasihatkan pasangan suami isteri membawa dokumen berkaitan pernikahan mereka untuk memudahkan urusan pemeriksaan.
 
"Ada kes pasangan tertentu mendakwa berkahwin di sempadan, bagaimanapun mereka langsung tidak membawa dokumen berkaitan.
 
"Perbuatan tidak membawa dokumen penting sebegini tidak hanya menimbulkan syak, malah menimbulkan masalah untuk melakukan pemeriksaan," katanya. 


Kanak-kanak dipercayai jadi mangsa dera

Posted: 04 Aug 2015 04:18 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun mengalami beberapa kecederaan pada bahagian badan, muka termasuk bengkak mata kiri dipercayai akibat didera.
 
Kejadian yang menimpa kanak-kanak itu disedari seorang pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu ketika merawat mangsa kira-kira pukul 2 pagi semalam.
 
Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Idris Mohamed berkata mangsa dikatakan datang ke hospital berkenaan bersama bapa saudaranya untuk mendapatkan rawatan selepas dikatakan terjatuh ketika bermain.
 
Katanya hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat banyak kesan lebam dan luka lama serta baru di tubuh mangsa termasuk lebam dan bengkak mata kiri.
 
"Kanak-kanak terbabit dihantar oleh bapa saudaranya dan dia mendakwa diminta oleh datuk yang juga penjaga mangsa menghantar kanak-kanak terbabit ke hospital.
 
"Lelaki terbabit mengesyaki kanak-kanak terbabit didera berdasarkan kecederaan dialami pada tubuh badannya sebelum membawa ke hospital," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
 
Idris berkata menurut bapa saudara mangsa itu, datuk kepada kanak-kanak malang itu dikatakan bertindak memintanya menghantar kanak-kanak itu ke hospital kerana tidak tahan melihat cucunya didera.
 
"Mangsa kini masih dirawat di hospital dan dilaporkan stabil dan kita masih menunggu laporan kesihatan daripada pihak hospital," katanya.
 
Beliau berkata siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.
 
 

PAS jangan pandang GHB sebelah mata

Posted: 04 Aug 2015 04:17 AM PDT

 Oleh Shuhaniza Said

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kewujudan parti politik baru yang bakal diasaskan Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak boleh dipandang sebelah mata, kata penganalisis politik, Dr Jeniri Amir.
 
Ujarnya ketika dihubungi Antarapos, PAS tidak boleh berterusan melabel GHB sebagai gerakan serpihan yang akan berkubur sepertimana parti-parti lain.
 
"Kita tak boleh samakan keadaan sekarang dengan dulu kerana perubahan landskap politik dan pemikiran pengundi yang tidak sama seperti tahun 70an dan 80an dulu. 
 
"Jadi adalah awal untuk kita buat kesimpulan bahawa mereka (GHB) akan menerima nasib yang sama seperti parti serpihan sebelum ini," katanya merujuk kepada parti Parti Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA).
 
Jeniri juga mengingatkan PAS agar bersiap sedia untuk kehilangan kehilangan beberapa kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sementelah beberapa wakil rakyatnya baik ADUN ataupun ahli Parlimen sudahpun menyatakan sokongan mereka kepada GHB.
 
Justeru, sokongan pengundi juga akan beralih selari dengan 'peralihan' kumpulan pemimpin berkenaan.  
 
"Boleh dikatakan PAS tanpa sokongan golongan liberal ini sudah terhakis sedikit sebanyak kekuatannya. Jadi sama ada ia (PAS) dapat memenangi atau mencapai prestasi lebih baik, atau sama seperti PRU13 lalu, saya percaya tidak akan sama.
 
"Kerana golongan yang 'keluar' itu merupakan pemimpin yang boleh dikatakan berwibawa dan ada pengaruh masing-masing. Jadi penyokong pemimpin yang 'keluar' ini pasti tidak akan menyokong PAS yang kini didikong kuat oleh golongan ulama," katanya. 
 
Kerusi yang dijangka 'hilang' ujar Jeniri, adalah dari kawasan yang majoritinya terdiri daripada pengundi bukan Islam dan juga kawasan bandar.
 
 

MB Johor bengang budaya rasuah, DAP sedia kerjasama

Posted: 04 Aug 2015 04:12 AM PDT

chin tong khalid

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP sentiasa membuka pintu untuk mana-mana pihak, termasuk pemimpin dan ahli UMNO yang anti-rasuah, yang mahu menyelamatkan Malaysia daripada dirosakkan oleh penyelewengan, perkauman dan salahguna kuasa.

Dalam isu terbaru, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin, menyuarakan marahnya terhadap budaya rasuah dalam parti, dan mahu pemimpin dan ahli parti "mengambil langkah ke hadapan".

Sehubungan itu, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, menasihatkan pimpinan dan anggota UMNO supaya bermuhasabah diri terlebih dahulu.

Katanya, jika UMNO benar-benar jujur, tentunya ia sebagai sebuah parti yang telah menerajui negara sejak lebih 60 tahun dahulu akan menolak politik perkauman, skandal penyelewengan dan salah guna kuasa.

"Ini termasuklah dalam hal penerimaan 'derma RM2.6 bilion' kepada UMNO bagi memenangi pilihanraya menerusi akaun peribadi Perdana Menteri yang turut merupakan Presiden UMNO," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Kluang mengulas status Facebook rasmi Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin, yang dimuat naik pagi tadi. Status tersebut dipercayai berkaitan dengan krisis dalaman UMNO berhubung skandal 1MDB serta kesan politik kotor pucuk pimpinan parti itu.

khalid norden prnt

Dalam status itu, Khaled menulis:

"UMNO tidak lagi boleh hanya jadi pemerhati, bila bangsa masih bergelumang dengan kemiskinan dan jurang keberadaan. UMNO tidak boleh berdiam diri, kalau rasuah jadi budaya atau misalnya amanah dikhianati.

"UMNO tidak boleh hanya membisu bila parti tidak lagi mengutamakan perjuangan bangsa Melayu tetapi digunakan untuk membela golongan tertentu atas nama kesetiaan pada parti atau disiplin kepartian mentaati pemimpin. Sudah sampai masanya UMNO bergerak beberapa langkah ke hadapan. Lebih proaktif dan lebih dominan."

Menurut Chin Tong, DAP menyedari masalah yang sedang dihadapi UMNO yang turut menyebabkan golongan sederhana dalam parti itu tidak senang dengan keputusan dan tindakan pucuk pimpinan.

"Dalam hal ini, DAP Johor bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak, termasuk UMNO Johor, yang berusaha ke arah merealisasikan Impian Malaysia.

"Impian Malaysia adalah cita-cita sebuah Malaysia yang bebas rasuah, pengurusan sosioekonomi yang sihat dan adil, tadbir urus yang cekap dan amanah, serta demokrasi yang sihat," ujar beliau. – Roketkini.com


SYUKURLAH, DALAM DIAM2 LAHIR BILIONWAN MELAYU KEBANGGAAN MALAYSIA!!

Posted: 04 Aug 2015 01:13 AM PDT

shahbudindotcom

 
 
Terang lagi nyata. Apa yang menjadi persoalan selama ini terjawab sudah akhirnya.

SPRM akhirnya mengesahkan wang sebanyak RM2.6 bilion atau  RM2,600 juta yang didakwa mengalir masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Najib Razak sebagaimana yang didakwa oleh The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini,  benar-benar wujud dan sahih rupanya.

Cuma menurut SPRM, wang itu bukannya daripada 1MDB tetapi daripada sumbangan penderma.

Siapakah agaknya penderma  yang begitu murah hati itu? Adakah ia penderma tunggal atau ramai jumlahnya?
 
Apakah penderma itu melibatkan negara asing, pemimpin luar, ahli perniagaan antarabangsa atau rakan-rakan Najib dari dalam dan luar negara?

Apa pula tujuan mereka menderma dan memberi sumbangan? Suka-suka atau mengharapkan balasan?

Jika ada balasannya, apakah yang telah diberikan Najib kepada mereka?

Benarkah sumbangan itu untuk tabung amanah parti? Jika untuk tabunh parti, kenapa guna akaun bank peribadi?

Ahhh...sebenarnya banyak lagi persoalan yang boleh ditanyakan kepada Najib mengenai wang tersebut.  Tetapi eloklah dilupakan segala tanda tanya itu.

Lupakanlah juga pasukan petugas khas, laporan audit atau siasatan PAC sekali pun. Lebih patut dilupakan ialah untuk mengaitkan wang itu dengan rasuah, penggubahan wang haram dan sebagainya.

Sebaliknya, berita yang disahkan oleh SPRM ini seharusnya membuatkan kita bersyukur dengannya.

Sebagaimana yang dijangka, berikutan berubahnya trend sejak  akhir-akhir ini, dengan pada mulanya mengatakan  wang RM2.6 bilion itu sebagai fitnah, konspirasi dan akhirnya sebagai sumbangan tabung amanah, yang nyata kewujudan wang itu adalah benar belaka.

Rupa-rupanya The Wall Street Journal dan Sarawak Report tidak berbohong kepada kita, walaupun mereka bukan beragama Islam dan dikaitkan dengan Yahudi pula.

Pengesahan SPRM mengenai wang RM2.6 bilion itu memang berada dalam akaun Najib sebaiknya haruslah menyebabkan kita berbangga kerana dalam suasana ekonomi dunia yang suram, rupa-rupanya lahir seorang bilionaire atau bilionwan atau orang yang mampu mengumpul wang beribu-ribu juta di kalangan Melayu dan Islam secara senyap-senyap dan tanpa bising-bising menagih kontrak atau mengharapkan bantuan kerajaan.

Wahh...sudah tentu ini merupakan satu lagi pencapaian Dasar Ekonomi Baru serta tambah mengukuhkan ekonomi orang Melayu dan Islam di negara kita. Bertambah lagi jumlah bilionwan dalam negara kita ini.

Maka, kita haruslah menerima dengan syukur,  bukan hasad dengki dan caci maki atas pencapaian Najib itu.

Cumanya, terlanjur berbangga dengan pencapaian Najib itu, ingin juga ditanyakan mengenai laporan yang tidak dinafikan mengenai pendepositan sebanyak RM2 juta dalam tempoh tidak sampai tiga bulan ke dalam akaun Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri tidak lama selepas pendedahan mengenai wang RM2.6 bilion itu.

Adakah ianya juga merupakan sumbangan penderma yang bermurah hati terhadap Rosmah? 

Bagaimanapun oleh kerana jumlahnya hanya juta-juta, bukan bilion-bilion seperti yang diterima suaminya, tak perlulah ditanya macam-macam seperti daripada mana dan siapa yang memberikan wang itu.

Syukurlah, dengan isu ini sudah terjawab dan sekaligus memberi kelegaan kepada kita semua, diharapkan lebih banyak lagi sumbangan derma diterima oleh Najib dan Rosmah selepas ini.

Lebih 50 tahun merdeka tidak pernah kita mempunyai pasangan Perdana Menteri dan isteri yang begitu dirahmati seperti ini sehingga sumbangan derma juga ribu-ribu juta mampu dikautnya.

Bukankah lagi banyak derma yang diterima mereka, lagi makmur dan sejahtera negara kita? 

Siapa murah hati derma RM2.6 bilion kepada Najib?

Posted: 04 Aug 2015 01:04 AM PDT



Oleh Fariz Musa


Jingga13 Malaysia sangsi dan mempertikai kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan skandal RM2.6 billion yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak adalah hasil daripada sumbangan.

Malah SPRM ternyata gagal menyatakan siapakah penyumbang yang sangat bermurah hati menyumbangkan RM2.6 billion tersebut ke dalam akaun Najib menunjukkan satu tindakan untuk menutup isu dan kes tersebut secara dangkal dan tiada kredibiliti serta menjadikan SPRM sebagai badan yang sangat lekeh dan boleh dipertikaikan.

Jingga13 juga mendesak SPRM mendedahkan siapakah penderma yang sangat bermurah hati menderma RM2.6 billion tersebut kepada Najib.


Jingga13 mempersoal atas kapasiti dan sebab apa sumbangan tersebut dilakukan kepada Najib dalam jumlah yang sangat luar biasa?

Andai ianya adalah untuk membantu ekonomi negara, kenapa derma tersebut tidak dimasukkan ke dalam perbendaharaan negara?

Sekiranya sumbangan derma tersebut untuk Umno, kenapa tidak masuk dalam akaun Umno? Tetapi dimasukkan ke dalam akaun milik peribadi Najib.

Adakah ianya adalah sumbangan atau rasuah?

Ke manakah wang tersebut dibelanjakan kerana mantan peguam negara sebelum itu mengesahkan akaun tersebut sudah pun ditutup? Sungguh luar biasa wang sumbangan daripada penderma berjumlah RM2.6 billion dihabiskan sedemikian rupa!

Jingga13 yakin untuk menyelamatkan diri, Najib boleh sahaja mendapatkan mana-mana dokumen daripada sesiapa pun sebagai bukti konon ianya adalah merupakan sumbangan derma dari individu atau pihak tertentu dan bukannya daripada wang 1MDB.

Sehingga sekarang Najib tidak mengambil tindakan menyaman Wall Street Journal (WSJ) dan kenapa baru sekarang baru dinyatakan ianya adalah daripada sumbangan setelah mengugurkan Tan Sri Muhyidin Yassin dan Tan Sri Abdul Ghani Patail serta mengambil masa yang agak lama.

Kenyataan SPRM yang tidak ditandatangani sesiapa pun serta tanpa fakta yang jelas menimbulkan kesangsian terhadap keputusan siasatan SPRM dan dilihat semata-mata menyelamatkan Najib serta memperlihatkan SPRM sebagai badan yang tiada maruah, profesional, berintegriti dan kredibiliti.

SPRM juga gagal menunjukkan ketelusan apabila tidak ada sebarang tindakan untuk menahan Najib untuk diambil keterangan sepertimana lazimnya dilakukan kepada sesiapa yang dituduh melakukan salahlaku tersebut tetapi mengeluarkan kenyataan rasmi selepas 48 jam pejabat SPRM digeledah Cawangan Khas.

Jingga13 yakin seluruh rakyat Malaysia yang bijak tidak akan mempercayai kenyataan hasil siasatan SPRM tersebut dan mempercayai RM2.6 Billion tersebut adalah wang 1MDB yang diseleweng ke akaun peribadi Najib dan percaya, ini adalah satu konspirasi yang betujuan menyelamatkan Najib.

Muafakat*Prihatin*Berani –

* Penulis merupakan ketua Koordinator Jingga13 Malaysia.

Mufti, aktivis dan netizen sindir isu derma RM2.6 bilion

Posted: 04 Aug 2015 12:47 AM PDT


Isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri mendapat perhatian rakyat yang menjadikannya bahan sindiran dan lawak jenaka.


najib,derma,kutuk

 
PETALING JAYA: Laman sosial seperti Facebook dan Twitter dipenuhi dengan pelbagai sindiran yang mengajak orang ramai saling menderma wang ke dalam akaun peribadi masing-masing.

Ia ekoran pengesahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai sumbangan derma.

Individu berpengaruh seperti Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin misalnya memuatnaik status Facebook menyatakan semakin ramai rakyat Malaysia ingin menderma.

"Baca media sosial jelas semangat rakyat Malaysia hendak menderma dengan jumlah yang luar biasa…tahniah semua !!!," tulisnya.

Sementara itu, bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad pula meyindir supaya lembaga zakat berusaha lebih keras untuk mengutip derma lebih RM1 bilion.

"Lembaga Zakat seluruh negara perlu berkerja lebih gigih supaya dapat menebus malu mereka.

"Rukun Islam yang wajib pun belum dapat dikutip melebihi RM1 bilion. Orang lain boleh kutip derma hingga RM2.6 bilion. Tak malu ke?," sindirnya di Facebook.

Manakala anak kepada bekas Perdana Menteri Tun. Dr. Mahathir Mohamad, Marina Mahathir pula berkongsi sebuah pautan statistik yang mendedahkan jumlah sumbangan derma yang dikutip oleh parti politik di United Kingdom pada suku pertama tahun 2015 yang hanya mencecah RM182 juta.

"Pada kadar nilai hari ini, jumlah derma kepada semua parti politik di UK pada suku pertama 2015 (hanya beberapa lama sebelum mereka menghadapi pilihanraya umum) mencecah RM182 juta. Parti Conservative sahaja memperoleh kira-kira RM92 juta. Agaknya our contacts are better kot?," sindirnya.

Pautan yang dikongsi iaitu  electoralcommission.org.uk  mendedahkan secara terperinci jumlah derma yang diterima sejak tahun 2001.

Di samping itu, tinjauan FMT juga mendapati kebanyakan netizen yang tidak percaya dana itu sebagai sumbangan derma meluahkan perasaan tidak puas hati dengan kata-kata sindiran yang berbentuk kutukan dan lucu selain mempersoal identiti penderma itu.

"Maybank Acc: 564548128148. Untung-untung bangun pagi nanti dah ada RM2.6 bilion dalam akaun sumbangan dari penderma rahsia. Selamat malam!," tulis Oh Media.

"Pergh derma ja RM2.6 bilion. Siapa-siapa yang nak tolong aku dermakan dekat akaun maybank aku 164557144444. Aku layak trima zakat kerana banyak hutang dan selalu bermusafir," tulis Nizam Kedai Buku pula.

"Kalau penderma rahsia..macam mana dia boleh tahu no akaun Najib..ishh3…," tulis Insan Yang Hina.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin mengesahkan RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun Najib adalah sumbangan perderma dan bukan daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Adegan cinta dalam filem, ulama marah menteri

Posted: 04 Aug 2015 12:42 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Gesaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said supaya tapisan filem dilonggarkan mengundang reaksi tidak senang NGO Islam.

Beberapa kumpulan hari ini tampil menyatakan bantahan mereka, termasuk Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

PUM membangkitkan soal garis panduan hiburan dalam Islam yang diperakukan oleh muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada Februari lalu supaya tiada "nilai sejagat" dan ajaran agama dilanggar.

"Kami meminta jasa baik YB Datuk Seri memartabatkan perfileman negara tanpa menggadai prinsip Islam dan sewajarnya memartabatkan perfileman tersebut berteraskan maqasid (tujuan) syariah," kata setiausaha agungnya Dr Mohd Roslam Mohd Nor.

Dalam kenyataannya hari ini, Roslam berkata sebarang usaha ke arah penggubalan polisi perfileman dan hiburan haruslah dilakukan dengan berhemah dan dengan penglibatan pihak yang bertanggungjawab.

Malah, Dr Mohd Roslan berkata PUM sebagai sebuah NGO Islam bersedia memberikan pandangan sekiranya diperlukan.

Datuk Seri Azalina Othman Said yang juga pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sebelum ini menegur Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar tidak berfikiran sempit.

Azalina berkata, isu seperti adegan cinta berpegangan tangan atau berpelukan tidak perlu diperbesar memandangkan ia sekadar lakonan yang tidak mengundang maksiat terhadap penonton.

IKRAM: Tak wajar bagi menteri Islam

Sementara itu, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) pula menyifatkan kenyataan itu tidak wajar dikeluarkan oleh menteri yang baru dilantik menyertai kabinet Selasa lepas.

"Sekiranya laporan ini benar, adalah tidak wajar bagi seorang menteri beragama Islam yang telah diberikan amanah kepimpinan dan bakal menjadi teladan kepada rakyat di negara ini untuk membuat komen sedemikian," katanya Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Umat IKRAM Abdul Aziz Abd Jalal.

IKRAM juga berharap beberapa peraturan yang telah diperkenalkan oleh LPF, merujuk kepada panduan penapisan terhadap elemen seks, lucah dan sumbang perlu dipertahan, malah ditambah baik. 


Polis soal siasat pegawai SPRM keempat

Posted: 04 Aug 2015 12:35 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Polis telah mengambil keterangan dari seorang lagi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - Tuan Roslan Tuan Mat - berkaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan terhadap kebocoran dokumen sulit kerajaan.

Roslan adalah pegawai SPRM yang keempat yang disoal siasat berikutan penangkapan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazalee Abdul Khairi pada pagi Sabtu.

Roslan telah disoal siasat selama lebih dua jam di ibu pejabat polis daerah Putrajaya malam tadi mengenai kebocoran draf kertas pertuduhan dari siasatan pasukan petugas 1MDB.

Sebelum itu, polis mengambil keterangan daripada Pengarah Operasi khas SPRM, Bahri Mohamad Zin (gambar) dan pengarah forensik SPRM IG Chandran, masing-masing selama tiga jam.

Menurut Bahri, beliau telah disiasat di bawah Seksyen 124b Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang dianggap memudaratkan demokrasi berparlimen.

Polis setakat ini tidak memperincikan mengapa mereka menyoalsiasat para pegawai tersebut, tetapi difahamkan keempat-empat mereka terlibat dalam siasatan SPRM terhadap SRC International Sdn Bhd yang dikaitkan dengan 1MDB.


Anwar dibenar cabar keputusan Lembaga Pengampunan

Posted: 04 Aug 2015 12:30 AM PDT

SINAR HARIAN


Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan semakan kehakiman yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 Ogos ini bagi mencabar keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyennya untuk mendapatkan pengampunan diraja bagi sabitan kesalahan dalam kes liwat.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad menetapkan tarikh itu dalam kamarnya apabila kes itu dikemukakan kepadanya hari ini.

Seseorang pemohon perlu mendapatkan kebenaran mahkamah sebelum meneruskan dengan permohonan semakan kehakiman.

Peguam Shahid Adli Kamarudin, yang mewakili Anwar memberitahu pemberita hakim juga membenarkan permohonan anak guamnya untuk pindaan kecil dalam kertas semakan kehakiman.

Pada 24 Jun, Anwar, isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua anak perempuannya Nurul Izzah dan Nurul Nuha memfailkan permohonan untuk mengetepikan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac dan agar lembaga itu menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya memberi pengampunan dan membebaskan Anwar, 67.

Mereka juga memohon perintah mandamus agar lembaga itu mengadakan semula mesyuaratnya dan menimbang semua perkara berhubung petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja yang dikemukakan anggota keluarga Anwar serta mempersembahkan nasihat sewajarnya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dalam afidavit untuk menyokong permohonannya, Anwar mendakwa keputusan lembaga itu melanggar peraturan keadilan asasi dan oleh itu, adalah tidak sah.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman terhadapnya pada 10 Feb kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008. - Bernama

Mengapa 'spin' jika wang itu dari orang kaya Arab?

Posted: 04 Aug 2015 12:23 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pihak berkuasa sepatutnya, dari awal lagi, berkata bahawa RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah sumbangan penderma dari orang kaya Arab, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

Katanya, mengapa Najib dan seluruh briged tukang spin beliau tidak berbuat demikian dari awal lagi.

Beberapa hari sebelum pengumuman SPRM, cakap-cakap bertiup kencang bahawa seorang atau beberapa anak raja Arab dan sheikh yang terkaya telah 'mengakui' menderma sejumlah wang yang besar kepada Najib, tulis Kadir dalam blognya malam Isnin.

Semalam, SPRM mengumumkan bahawa RM2.6 bilion yang dikatakan didepositkan ke dalam bank akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah sumbangan perderma.

Kadir (gambar), bekas ketua pengarang New Straits Times, berkata rakyat mudah membuat spekulasi tentang perkembangan itu selepas penamatan khidmat Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara pada 27 Julai, rombakan kabinet Julai 28 dan perkembangan lain yang berkaitan.


Beliau berkata sangat pelik ia mengambil masa yang lama untuk SPRM dan pasukan petugas 1MDB untuk mengetahui bahawa AS$700 juta adalah sumbangan derma.

Katanya berdasarkan pengalaman lalu, cerita mengenai sumbangan derma dan cakap-cakap mengenai dermawan Arab yang murah hati, boleh jadi ada kemungkinannya.

Lagi pula, katanya, ia telah diumumkan secara terbuka bahawa isteri Najib, Rosmah Mansor, sangat rapat dengan orang kaya Arab, termasuk anggota keluarga diraja.

Bagaimanapun, Kadir berkata lebih banyak soalan yang belum terjawab ekoran kehilangan mereka yang dicari oleh pihak penyiasat.

Beliau berkata, sekiranya wang dalam akaun perdana menteri bukan dari 1MDB, mengapa tidak Jho Low berkata demikian.

"Atau mengapa orang yang dikaitkan dengan akaun itu perlu melarikan lari dari negara ini?" soalnya.

"Orang yang dicari oleh pasukan petugas khas (menyiasat 1MDB), termasuk Nik Faisal Ariff Kamil dan (Datuk) Suboh Mohd Yassin, kini sepatutnya tampil untuk membersihkan nama perdana menteri," tulis Kadir.


Beliau juga mahu Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed meletakkan jawatan secara sukarela kerana gagal menemui lebih awal yang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri di AmBank adalah sumbangan derma.

"Macam mana anda boleh main-main dengan perdana menteri seperti itu?" katanya sambil menambah, mudahan-mudahan kita tidak ditatapkan dengan satu lagi pusingan silap mata dan sihir dalam saga 1MDB.


Anak MB Umno hambur soalan untuk Najib

Posted: 04 Aug 2015 12:22 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
Lagi suara melawan arus dari Johor, kali ini daripada anak Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin pula, Akmal Saufi.

Akmal Saufi, yang juga pengarah Sukarelawan Pemuda BN (BNYV) membangkitkan pelbagai persoalan berkaitan derma RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan dalam akaun peribadi.

"Bolehkah seorang menteri atau timbalan perdana menteri atau perdana menteri menerima derma apabila sedang memang jawatan di dalam kerajaan?

"Adakah perlu duit derma tersebut diisytihar kepada rakyat dan ahli kabinet yang lain?" soal anggota Parlimen Belia Johor itu.

Akmal, 28, menulis panjang di Facebook beliau hari ini berhubung pelbagai aspek berkaitan derma itu, termasuk buktinya dan sama ada pihak lain turut mengetahuinya.

Beliau juga turut mengulangi persoalan yang ditimbulkan Tun Dr Mahathir Mohamad sama ada ada berkaitan keperluan cukai yang tertakluk bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Soalan-soalan dibangkitkan, termasuk:
  1. Ketika Najib menerima dana sejumlah RM2.6 bilion, adakah beliau maklum sejumlah wang telah memasuki akaunnya?
     
  2. Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan IMDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan IMDB?
     
  3. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan Umno atau tujuan peribadi?
     
  4. Jika duit tersebut adalah sumbangan buat Umno, adakah kepimpinan Umno terutamanya Majlis Tertinggi (MT) mengetahui tentang derma tersebut?
     
  5. Jika MT tidak mengetahui adakah ini bermaksud Umno tidak akan mengetahui kewujudannya jika Najib tidak memaklumkan kewujudannya?
     
  6. Bilakah Najib bercadang untuk maklumkan kepada MT?
     
  7. Andai kata derma tersebut derma peribadi, adakah Najib menerimanya ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah menteri?
     
  8. Adakah gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 bilion ke dalam negara?
     
  9. Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Najib?
     
  10. Jika ya, adakah Dato Seri Najib telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?
     
  11. Adakah seorang perdana menteri boleh mendapat pengecualian cukai?
     
  12. Jika Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengeculian tersebut adalah kepada gaji Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?
     
  13. Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?

 

Umno bahagian Shafie batal undangan pada Najib

Posted: 04 Aug 2015 12:19 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Umno Semporna membatalkan undangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk merasmikan mesyuarat agung tahunannya yang dijadual pada 15 Ogos ini.

Sumber-sumber yang rapat dengan ketua bahagiannya Datuk Seri Shafie Apdal, yang digugurkan sebagai menteri sebelum ini, mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini.

"Pembatalan dibuat atas kehendak ahli akar umbi.

"Kami takut keadaan menjadi tidak terkawal jika jemputan itu diteruskan," katanya ketika dihubungi.

Beliau enggan menyatakan sebabnya, bagaimanapun dipercayai susulan reaksi balas terhadap pengguguran ketua mereka, yang juga salah seorang naib presiden Umno.

Sumber juga berkata pertimbangan lain diambil kira termasuk soal keselamatan Najib serta senario semasa.

"Kepimpinan Umno bahagian sudah membuat persiapan lengkap menunggu kehadiran presiden; namun ia perlu disesuaikan semula kerana tidak mahu ada nanti provokasi dari pihak luar yang akan mengambil kesempatan daripada isu semasa," katanya.

Pada rombakan kabinet Selasa lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pengguguran Shafie sebagai menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Selain Shafie, Najib turut menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri dan tiga lagi timbalan menteri.

Shafie pulang bersambut

Pengguguran Shafie dan Muhyiddin dikaitkan dengan kelantangan mereka dalam isu 1MDB yang menjadi duri dalam daging pentadbiran Najib.

Sementara itu, Timbalan Ketua Umno Semporna Datuk Nasir Tun Sakaran ketika dihubungi hanya enggan memberi sebarang sebarang maklum balas.

Beliau sebaliknya meminta Malaysiakini menunggu esok selepas mereka mengadakan mesyuarat, dijangka bagi membincangkan perkara itu, esok.

"Saya tak nak komen, takut akan mengeruhkan lagi keadaan.

"Saya hanya dapat sahkan selepas mesyuarat esok," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Shafie dilapor pulang ke Semporna semalam dan disambut sekumpulan penyokongnya di  Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Kepulangan itu yang pertama selepas disingkir daripada kabinet minggu lepas. 
 
 
 

Tiada ulasan: