Isnin, 3 Ogos 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pak cik sultan Terengganu keluar PAS

Posted: 03 Aug 2015 08:12 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
Bapa saudara kepada sultan Terengganu, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ismail hari ini mengumumkan keluar PAS.

Beliau yang sudah beberapa tahun menjadi ahli parti Islam itu mengambil keputusan tersebut kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan muktamar lalu yang menolak kumpulan profesional.

Katanya, hasil dari muktamar itu menyebabkan terdapatnya pergolakan dalaman yang menyebabkan hala tuju perjuangan parti tidak lagi kondusif.

"Saya rasa dukacita di atas pergolakan politik dalaman PAS. Saya merasakan hala tuju perjuangan parti tidak lagi kondusif untuk saya terus berada dalam PAS walaupun sebagai ahli biasa," katanya dalam kenyataannya hari ini.

Mengulas lanjut ketika dihubungi Malaysiakini, katanya, beliau impikan terdapat 30 peratus kumpulan profesional dalam parti Islam itu.

"Kita lihat yang tidak dipilih dalam PAS itu yang banyak bercakap dan berhujah di parlimen, tetapi (mereka) dibuang begitu sahaja.

"(Saya) kecewa dan tak kena pada saya. Mana-mana parti pun berkongsi (kepimpinan). Kepimpinan akan kuat. Kita nak kedua-dua pihak (ulama dan profesional)," katanya lagi.

Tiada kaitan dengan isu Raja Bahrin

Beliau berkata keputusan yang diambil tidak ada kaitan dengan keputusan PAS Kuala Terengganu yang memutuskan hubungan dengan anggota parlimen kawasan itu, yang juga anak saudaranya Datuk Raja Bahrin semalam.

PAS kawasan itu mengambil tindakan tersebut kerana mendakwa Raja Bahrin telah menerima jawatan sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB).

"Dok (tidak), dok, saya dah buat keputusan ini (keluar PAS) sebelum ini lagi. Bukan kerana Raja Bahrin (gambar)," katanya.

Tengku Ibrahim bagaimanapun berkata PAS sendiri akan rugi besar jika menyingkirkan Raja Bahrin.

Lagi pun, katanya, status Gerakan Harapan Baru yang disertainya masih lagi sebuah NGO dan bukan parti politik.

"Biar (GBH) settle down dahulu, kita tunggu dan lihat apa dia punya polisi dia, tujuan dan matlamat parti baru mahu ditubuhkan," katanya.
 

SPRM: Siasat rasuah, bukan nak jatuhkan k'jaan

Posted: 03 Aug 2015 07:53 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi menegaskan siasatan rasuah yang dijalankannya semata-mata bagi menjalankan tugas dan fungsi sebagai sebuah suruhanjaya bebas.

Ia, kata badan itu, bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk kerajaan.

"Sebagai suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour (rasa takut dan memihak) dan tanpa mengira siapa yang terlibat.

"SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan," kata SPRM.

SPRM juga menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dalam kes disiasat mereka sehingga siasatan mengenai perkara itu selesai.

Suruhanjaya itu kini sedang menyiasat kemasukan dana ke akaun Najib dan  SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Sementara itu, mengenai siasatan polis terhadap pegawai-pegawainya, SPRM berjanji akan memberi kerjasama penuh, selain mengulangi bahawa tiada yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan.

Polis hari ini menyoal siasat Pengarah SPRM (Operasi khas) Bahri Mohamad Zin di pejabatnya di Putrajaya, dipercayai berkaitan dakwaan kebocoran maklumat siasatan 1MDB.

Sebelum ini, polis menahan tiga orang berhubung dengan kes tersebut, termasuk bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh, pegawai Jabatan Peguam Negara Jessica Gurmeet Kaur dan Timbalan Pendakwa Raya (SPRM) Ahmad Sazilee Abdul Khairy. 
 
 
 

Pengarah SPRM bayangkan mungkin ada 'tangan tersembunyi'

Posted: 03 Aug 2015 07:51 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bahri Mohamad Zin membayangkan kemungkinan wujud 'tangan tersembunyi' di sebalik tindakan polis sekarang.

Bahri berkata demikian kepada pemberita selepas disoal siasat oleh pasukan polis dari Bukit Aman di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Beliau menegaskan bagaimana SPRM telah menyiasat isu SRC International "siang dan malam" dan tiba-tiba ada tangkapan.

"DPP kami (Ahmad Sazalee Abdul Khairi) diambil pada jam 1 pagi (Sabtu)," katanya sambil menambah bahawa langkah itu amat mengherankannya.

"Saya rasa pihak polis tak buat kerja gila macam ni kecuali ada pihak yang mengarahkan sedemikian," katanya.

Selain Ahmad Sazalee, polis turut menahan bekas penasihat SPRM, Tan Sri Rasphal Singh dan seorang pegawai Pejabat Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur.

Menurut polis, Rashpal dan Jessica telah ditahan berkaitan dengan laporan yang dibuat terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Ketiga-tiga telah pun dibebaskan.

Pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menghabiskan masa selama tiga jam bercakap dengan Bahri hari ini.

Bahri beredar dengan tergesa-gesa dan hanya bercakap sekejab kepada wartawan yang hadir.

Bahri juga menafikan yang beliau telah ditukar tugas atau bercuti berhubung dengan siasatan pasukan petugas khas itu.


MH370 : Objek ditemui bertulisan Cina, Melayu

Posted: 03 Aug 2015 07:47 AM PDT

MH370 : Objek ditemui bertulisan Cina, Melayu
Objek dipercayai daripada besi yang ada corak dengan tulisan Cina dan Melayu.
 
 
LA REUNION – PERANCIS.  Sebuah portal berita antarabangsa, Sky News hari ini melaporkan terdapat objek dipercayai daripada besi yang ada corak dengan pemegang yang kelihatan diperbuat daripada kulit atau plastik ditemui di pantai La Reunion dengan tulisan Cina dan Melayu.

Memetik laporan Sky News, wartawannya yang bertugas di lokasi, David Bowden memberitahu objek itu ditemukan di lokasi yang berbeza dengan sayap pesawat Boeing 777, beberapa hari lalu.

Gambar objek besi yang dipercayai ada kaitan dengan pesawat MH370 itu dirakam sebelum diambil oleh pihak polis

"Bowden memberitahu meskipun tidak dapat disahkan objek itu dari pesawat malang MAS atau Boeing 777, ia memiliki tulisan China dan Melayu padanya dan mereka agak ia berasal dari dalam pesawat," lapor portal berita itu.

Bowden dikatan cuba mendapatkan kenyataan daripada pegawai bertugas di Reunion namun pegawai tersebut hanya berkata, 'no comment'.

Pihak berkuasa Saint Andre melaporkan penemuan satu lagi serpihan berupa pintu pesawat pada awal pagi ini di Pulau Reunion.


Umno usah terlalu leka berpolitik

Posted: 03 Aug 2015 07:45 AM PDT

Abu Bakar Yahya
Abu Bakar Yahya


SHAH ALAM - Pertubuhan  Pribumi Perkasa,  Selangor (Perkasa)  mengingatkan Umno agar  tidak terlalu leka berpolitik sehingga mengabaikan asas perjuangan mereka terutama dalam menjaga kedudukan orang Melayu.

Yang di Pertuanya, Abu Bakar Yahya berkata, pihaknya merasakan situasi politik yang melibatkan Umno  ketika ini dilihat cukup merunsingkan orang Melayu yang selama ini amat bergantung harap kepada parti itu untuk membela masa depan generasi mereka.

"Sebagai sebuah parti yang ditubuhkan atas dasar kesedaran nenek moyang untuk memartabatkan semula bangsa akibat kesan penjajahan, Umno  tidak harus menjadi sebuah parti yang bersifat eksklusif yang hanya berkisar individu atau kelompok tertentu semata-mata walaupun mereka yang terlibat itu mendapat sokongan tiga juta ahli parti itu di seluruh negara.

"Sebaliknya Umno harus memberi lebih perhatian dalam mendepani soal kepentingan rakyat sama ada di bandar, luar bandar tanpa mengira latar belakang pendapatan khususnya orang Melayu lebih-lebih lagi dengan keadaan peningkatan kos serta taraf hidup yang semakin mencabar ketika ini," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Abu Bakar berkata secara jelas rakyat di negara ini khususnya orang Melayu dari segi bilangannya adalah melebihi daripada ahli Umno  itu sendiri dan jumlah itu lah nanti yang akan menentukan jatuh bangunnya Umno.

"Sebagaimana dengan penubuhan Perkasa itu sendiri, pertubuhan ini wujud atas dasar untuk memastikan hak dan kepentingan orang Melayu dapat ditegakkan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

 "Perkasa sendiri tidak akan wujud sekiranya pihak yang bertanggungjawab dan diamanahkan benar-benar memastikan hak dan kepentingan kaum Bumiputera di negara ini dapat dibela selain tidak wujud lompang dalam usaha untuk memartabatkan kaum Bumiputera secara keseluruhannya," katanya.

Oleh itu ujarnya, Umno  tidak harus menjadikan percaturan politik dalaman sebagai tumpuan utama mereka sebaliknya percaturan itu adalah lebih baik ditumpukan kepada bagaimana untuk memastikan rakyat khususnya orang Melayu dan negara mendapat manfaat di bawah pentadbiran parti itu menerusi kerjasama Barisan Nasional.

"Ingatlah peribahasa Melayu, 'kalah jadi abu, menang jadi arang' yang mana hakikatnya tiada siapa yang untung," katanya.

Martabat filem jangan sampai gadai prinsip Islam

Posted: 03 Aug 2015 07:43 AM PDT

Persatuan Ulama Malaysia
Persatuan Ulama Malaysia


MERUJUK kepada kenyataan Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai isu tapisan filem yang menimbulkan kontroversi serta berkemungkinan diputarbelitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Maka Persatuan Ulama Malaysia (PUM) ingin menyatakan perkara berikut:

1. Memohon jasa baik Datuk Seri, Lembaga Penapisan Filem dan pihak Finas mengambil kira Garis Panduan Hiburan Dalam Islam (Edisi Kedua) yang dikeluarkan oleh Jakim dan telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali ke-107 pada 10-11 Februari 2015, sebagai dokumen garis panduan perfileman, persembahan, lakonan dan seni pentas yang selaras dengan kehendak Islam dan tidak melanggar prinsip-prinsip nilai sejagat serta ajaran agama.

2. Sekiranya ada sebarang usaha ke arah penggubalan polisi perfileman/ hiburan ini dapatlah kiranya dilakukan dengan berhemah melibatkan agensi-agensi berkenaan, industri, wakil masyarakat, NGO dan lain-lain agar ianya berasaskan kepada kepentingan negara dan manfaat masyarakat.

3. Meminta jasa baik Datuk Seri memartabatkan perfileman negara tanpa menggadai prinsip Islam dan sewajarnya memartabatkan perfileman tersebut berteraskan maqasid syariah.

Insya-ALLAH, dengan kesudian Datuk Seri melihat perkara ini serta memahami ruang lingkup yang dibenarkan oleh syarak, usaha serta perancangan Datuk Seri akan menjadi lebih mudah dan diberkati Ilahi.

PUM sebagai sebuah NGO Islam bersedia memberikan pandangan sekiranya diperlukan.

Semoga Datuk Seri dapat terus menjalankan amanah dengan penuh semangat.


DR MOHD ROSLAN MOHD NOR
Setiausaha Agung
Persatuan Ulama Malaysia (PUM)

Saya yakin bukan SPRM bocorkan siasatan’

Posted: 03 Aug 2015 07:35 AM PDT


Datuk Bahri Mohamad Zin
Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin diserbu wartawan selepas memberi keterangan kepada polis berkaitan isu pembocoran maklumat 1MDB di Ibu Pejabat SPRM hari ini. - Foto Bernama
 
 
PUTRAJAYA – Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin menegaskan kebocoran dokumen siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd, sebuah entiti milik 1MDB, tidak melibatkan pihaknya.

"Saya yakin (individu yang membocorkan) bukan dari pihak kami.

"...tetapi dikeluarkan semula. Saya kesal apabila perkara ini berlaku," katanya selepas memberi keterangan mengenai kes berkenaan kepada pihak polis di sini, hari ini.

Terdahulu, pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah mengambil keterangannya berhubung kebocoran siasatan itu.

Pada sesi siasatan berkenaan, pihak polis tiba di pejabat SPRM kira-kira jam 2.45 petang, manakala Bahri pada jam 3.10 petang.

"Saya merakam keterangan bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 124 B Kanun Keseksaan. Siasatan dilakukan bagi mencari dan mengesan individu terlibat dalam pembocoran maklumat tersebut, " katanya.

Katanya, SPRM melakukan siasatan untuk mencari kebenaran.

"Amat menghairankan apabila Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairi kami ditahan pada jam 1 pagi (baru-baru ini). Kenapa perkara ini boleh berlaku,"katanya.

"Sebagai suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa mengira siapa yang terlibat.

"SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan. Orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan mengenai perkara ini selesai.

"Diharap semua pihak akan bersabar dan memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan dengan menyeluruh," katanya.

Dalam pada itu, semasa Pasukan Petugas Khas ditubuhkan, siasatan SPRM hanya memfokus ke atas isu berkaitan dengan SRC International manakala Polis Diraja Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Bank Negara Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.

LIHAT VIDEO DI SINI


Azalina rap ‘Baek’ dengan Joe Flizzow

Posted: 03 Aug 2015 07:29 AM PDT

THE RAKYAT POST

 

azalina rapper
Rakaman video memperlihatkan Azalina menyanyi 'Barisan Nasional (BN) baik (BN good), Johor budak baik (Johor good boy), Umno budak baik (UMNO good boy)' dengan mengubah suai lirik lagu original, 'Baek' oleh Joe Flizzow.



KUALA LUMPUR, Satu rakaman amatur mengenai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru dilantik, Datuk Seri Azalina Othman Said menari dan menyanyi `rap' menjadi viral di media sosial.


Dalam rakaman 35 saat, Azalina menyanyi 'rap' bersama penyanyi hip-hop tempatan, Joe Flizzow pada majlis rumah terbuka Aidilfitri, baru-baru ini.

Rakaman itu memperlihatkan Azalina menyanyi 'Barisan Nasional (BN) baik (BN good), Johor budak baik (Johor good boy), Umno budak baik (UMNO good boy)' dengan mengubah suai lirik lagu original, 'Baek' oleh Joe Flizzow.

Persembahan menteri itu mendapat maklum balas yang kurang baik daripada netizens apabila tindakan itu disifatkan tidak sesuai terutama selepas isu pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

"Tak tahu malu betul," kata Kent Tyhv

"Malu nak tengok (lihat) sampai habis," kata Normah Dasuki.

Dalam nota berasingan, Azalina diberi nasihat oleh pendakwah bebas tempatan selepas beliau menyelar 
Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang mengharamkan adegan intim dalam filem.

Azalina yang menegaskan masyarakat tidak boleh berfikiran sempit dan tertanya-tanya, jika semuanya diharamkan dilaporkan berkata: "Takkan nak bercakap dengan bantal?"


Read more: http://bm.therakyatpost.com/viral/2015/08/03/azalina-rap-baek-dengan-joe-flizzow/#ixzz3hlJGA7pw

Mana saja asalkan bukan di Jalan TAR!

Posted: 03 Aug 2015 07:20 AM PDT

DALIA ISMAIL

 

#TangkapNajib
Perhimpunan jalanan yang kerap mensasarkan kawasan sekitar Jalan TAR menjejaskan operasi perniagaan serta mata pencarian pihak-pihak terbabit. Foto fail TRP 



KUALA LUMPUR, Perhimpunan jalanan yang kerap mensasarkan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di ibu negara menjejaskan pendapatan bukan saja gudang perniagaan besar di situ, tetapi juga seniman dan pelukis jalanan.

Sudahlah rezeki mereka tidak menentu dan boleh diibaratkan kais pagi makan pagi, kehadiran kumpulan peserta demontrasi jalanan – sekalipun mendakwa menganjurkan program mengikut undang-undang – merencatkan pendapatan mereka.

Perkara itu diakui penyelia makanan segera, Azizul Husin, 23, yang mendakwa perhimpunan pada 1 Ogos lalu menyebabkan restoran tempat beliau bekerja ditutup kira-kira sejam bermula jam 2 petang sehingga menyebabkan kerugian lebih RM1,000 semalam.

"Mereka adakan demontrasi pada hujung minggu di mana ramai pelanggan pada hari Sabtu dan Ahad.
Semalam kami dapat arahan dari pihak pengurusan Sogo untuk menutup premis apabila sudah bermulanya perhimpunan sejak tengahari semalam.

"Walaupun hanya sejam kami menutup premis, kami terpaksa menanggung kerugian anggaran RM1,000," kata ketika ditemui The Rakyat Post sambil mengakui premis hanya dibuka pada jam 4 petang, apabila keadaan kembali reda.

Malah kata Azizul, setiap kali perhimpunan biasanya, pihak pengurusan akan meletakkan pengawal keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga di premis perniagaan di dalam bangunan Sogo berbanding 1 Ogos lalu, apabila pengurusan mengarahkan semua premis di dalam bangunan itu ditutup.

Pemuzik buta, Abas Asahari, 55, yang bermain muzik berhampiran pusat beli belah Sogo – lokasi perhimpunan #TangkapNajib, baru-baru ini, meminta supaya perhimpunan tidak dibuat di tempat awam.

"Saya tidak setuju mereka buat demontrasi di sini. Saya tidak kisah di mana mereka nak buat perhimpunan asalkan bukan di tempat awam. Saya tidak tahu apa sebabnya mungkin mereka (berhimpun)? Mungkin tidak puas hati kepada kerajaan.

"Sepatutnya ada saluran tertentu dan caranya, asalkan mereka tak ganggu tempat awam," katanya yang mengakui pendapatannya terjejas pada hari perhimpunan berkenaan pada 1 Ogos lalu.

Perunding insurans, Mohd Badrun Mohd Arshad, 31, menegaskan, sebagai kawasan strategik untuk perniagaan dan menjadi tumpuan warga kota, perhimpunan di sekitar Jalan TAR mengganggu operasi peniaga pelbagai peringkat.


Mohd Badrun meminta mereka yang tidak berpuas hati mengguna saluran sepatutnya tanpa mengganggu tempat awam
Mohd Badrun meminta mereka yang tidak berpuas hati mengguna saluran sepatutnya tanpa mengganggu tempat awam
"Kita sebagai rakyat perlu mengunakan saluran yang betul. Jika ingin mengadakan perhimpunan, lakukan di stadium. Saya rasa stadium sesuai.

"Kalau hendak protes, perlulah mengunakan hak mengundi bagi melahirkan rasa tidak puas hati dan siapa pemimpin yang mereka mahu di masa akan datang," katanya.

Pengawal keselamatan, Johari Mad Salleh, 43, yang menjalankan perniagaan mainan kanak-kanak berhampiran Sogo, sejak lima tahun lalu, mengakui pada hari perhimpunan 1 Ogos lalu, beliau terpaksa menghentikan perniagaannya sementara.

Berikutan itu, beliau sekadar mampu pulang dengan RM20 berbanding hasil jualan purata antara RM150 dan RM200 sehari pada hari biasa.


Johari hanya mampu pulang dengan RM20 apabila perhimpunan #TangkapNajib menyebabkan beliau terpaksa menghentikan perniagaan
Johari hanya mampu pulang dengan RM20 apabila perhimpunan #TangkapNajib menyebabkan beliau terpaksa menghentikan perniagaan
"Saya langsung tidak dapat berniaga apabila melihat mereka sudah mula berkumpul dan buat bising. Kita ada undang-undang, tidak perlu melanggar peraturan atau sehingga mengadakan perhimpunan jalanan. Kalau mereka nak protes ikut saluran.

"Jika kerajaan benarkan di stadium panggillah pemberita dalam negara dan luar negara, tulis kisah perhimpunan mereka.

"Mereka suka pilih lokasi di sini kerana tumpuan orang ramai. Jika buat protes, kena tangkap, yang merana ahli keluarga mereka juga," katanya sambil mengingatkan golongan muda di negara tidak mudah terikut-ikut budaya meluahkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan di jalanan.

Pelukis jalanan Ahmad Shakirin Mohd Zain, 46, pula meminta kerajaan memandang serius kegiatan perhimpunan jalanan selain mencadangkan tindakan itu perlu dibendung pihak bertanggungjawab.

"Mereka bukan sahaja berhimpun tetapi mengotorkan jalan raya dan memberikan pandangan yang negatif kepada orang luar.

"Jika kita tidak puas hati, hendak guna hak bersuara memang tak guna di sini kerana bukan kerajaan mendengar pun. Kalau hendak protes pun, kenapa perlu mengamuk dan marah-marah? Ini tidak mendatangkan faedah sebenarnya," katanya yang sudah setahun mencari rezeki menerusi bakat melukis potrait di hadapan Sogo.

Pada 1 Ogos lalu, seramai 37 orang disyaki menyertai perhimpunan #TangkapNajib ditahan untuk diambil keterangan.

Keberanian Lan Pet Pet kagumkan orang ramai

Posted: 03 Aug 2015 07:17 AM PDT

Aina Zuriana 

 

lanpetpet650X360
Rakaman Lan Pet Pet yang dikatakan membantu mangsa kemalangan menjadi viral di media sosial. Facebook Fairus Arshad



KUALA LUMPUR, Tindakan yang tidak mementingkan diri bekas ahli kumpulan Senario, Mazlan Ahmad, lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet, yang membahayakan diri sendiri untuk menyelamatkan mangsa kemalangan mendapat pujian netizen.

 

Menurut Fairuz Arshad, saksi kejadian itu yang kemudian memuat naik gambar Lan Pet Pet menyelamatkan mangsa di laman Facebook berkata, dia datang dari arah bertentangan jalan dan membahayakan nyawa sendiri apabila melintas jalan yang sibuk untuk membantu mangsa India itu.

Berdasarkan keterangan Fairuz, dia kagum dengan tindakan Lan Pet Pet yang membuktikan bahawa menjadi pelakon bukan halangan untuk beliau menolong mereka yang memerlukan.

Di ruangan pengguna Facebook, Anna Adriana berkata: "Lan Pet Pet memang baik orangnye."

Seorang lagi pengguna Facebook, Sukri Ramli berkata: "Payah nak cari artis macam ni, rendah diri."

Dalam gambar yang dikongsi oleh Fairuz, Lan Pet Pet dilihat melintas jalan dan menolong mangsa berbangsa India di tepi jalan.

Sikap Penyayang Buka Hati Wartawan Harakah Terhadap Abby Abadi

Posted: 02 Aug 2015 10:55 PM PDT

Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI 
 
 
Faizal dan Abby bakal disatukan sebagai suami isteri pada 14 Ogos depan.
 
 
PETALING JAYA: Bakal suami Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria memberitahu sikap penyayang dan dermawan yang ada pada bekas anggota kumpulan Elite itu membuatkan dia tertarik hati untuk memperisterikan wanita berkenaan.

Muhammad Faizal, 41, yang bertugas sebagai wartawan kanan di meida pembangkang iaitu Harakah berkata, sepanjang perkenalan mereka, Abby sering membantu golongan memerlukan dan dia melihat ia adalah kualiti paling baik wanita itu.

"Ramai yang tidak tahu Abby sebenarnya seorang penyayang dan sikap suka membantu dan menderma kepada golongan susah, itu membuatkan saya tertarik hati kepadanya," kata Muhammad Faizal kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 38, dan Faizal bakal disatukan sebagai suami isteri pada 14 Ogos ini di Masjid Keramat dekat sini manakala majlis kenduri kesyukuran akan diadakan pada 16 Ogos.

Dalam pada itu, Faizal berkata, dia tidak pernah menilai Abby berdasarkan cakap-cakap negatif terhadap bakal isterinya itu sebelum ini kerana ia tidak adil.

Abby dan Faizal berkenalan pada 2013.

"Saya bukan jenis mudah menilai orang daripada apa yang saya baca atau dengar dan mengenali Abby dia adalah seorang wanita yang berbeza daripada apa yang diperkatakan," katanya.

Tambahnya lagi, soal status Abby yang juga seorang janda juga bukan isu kerana dirinya sendiri sendiri pernah mengalami kegagalan rumah tangga sebelum ini.

"Saya ada tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu, begitu juga Abby. Ini adalah jodoh kami dan Insya-Allah ia akan saling melengkapi kami," ujarnya.

Mengimbau perkenalan bersama Abby, Faizal berkata, hubungan mereka pada awalnya sekadar profesional di antara wartawan dan selebriti namun ia mula berputik selepas kembali bertemu pada akhir tahun lalu.

"Saya seorang wartawan dan banyak membuat follow-up dengan Abby selain pernah bertemu dengannya ketika menghadiri program yang melibatkannya atas kapasiti kerja.

"Selepas pilihan raya umum pada 2013 berakhir kami pun tidak lagi berhubung namun kembali bertemu setahun kemudian dalam sebuah program pada Disember tahun lalu dan mula rapat sehinggalah mengambil keputusan untuk berkahwin," jelasnya.

Terdahulu Abby pernah berkahwin dengan aktor, Norman Hakim dan dikurniakan tiga cahaya mata sebelum bercerai pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 12, Marissa Dania Hakim, 10, dan Maria Danisha Hakim yang berusia tujuh tahun.

Abby kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga

Akar Umbi Umno Gesa Cari 'Kaedah Agresif' Jika Najib Gagal Jawab Isu 1MDB

Posted: 02 Aug 2015 10:51 PM PDT


Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
 
 

Perwakilan yang hadir ke Mesyuarat Agung Umno Perwakilan Bahagian Kluang di Kompleks Pekan Rabu, Ahad.


KLUANG: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa supaya menjawab semua tuduhan membabitkan pentadbirannya termasuk dakwaan penyelewengan dana syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menerusi usul politik yang dikemukakan Umno Cawangan Taman Dato' Amar Diraja, Najib diberi kata dua sekiranya gagal memberi jawapan terhadap semua persoalan yang dikaitkan dengan perdana menteri itu.

"Sekiranya Datuk Seri tidak dapat mengemukakan jawapan yang padu, kami mengusulkan agar kepimpinan Umno di peringkat bahagian, negeri mahupun Malaysia memikirkan kaedah yang lebih agresif dan bersepadu dengan mengutamakan dan melebihkan parti berbanding individu.

"Sesungguhnya sekiranya keadaan ini tidak diberi perhatian oleh barisan tertinggi kepimpinan Umno, kami selaku ahli Umno bimbang parti keramat yang menjadi tunggak bangsa Melayu ini akan jatuh tersembam dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kelak," demikian menurut usul yang diedarkan kepada media di sini, Ahad.

Usul berkenaan akan dibentangkan pada Mesyuarat Agung Umno Perwakilan Bahagian Kluang yang diadakan di Kompleks Pekan Rabu di sini.

Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Umno Kluang merupakan bahagian pertama yang dihadiri Muhyiddin selepas digugurkan daripada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa lalu.
 
 

Ahmad Maslan Buat 'Lawak Antarabangsa' - Muhyiddin

Posted: 02 Aug 2015 10:49 PM PDT

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK

 
KLUANG: Kenyataan "esok bukan pilihan raya" oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan yang dibuat beberapa hari lalu menjadi bahan gelak ketawa perwakilan Umno Bahagian Kluang.

Menyifatkan Ahmad membuat 'lawak antarabangsa' dengan mengeluarkan kenyataan seperti itu, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pemimpin berkenaan perlu melihat dalam aspek yang lebih luas mengenai masa depan Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Seorang pemimpin Umno dari Johor yang ada jawatan dalam parti dan kerajaan berkata kenapa nak kata BN akan kalah kerana esok bukan pilihan raya.

"Ini mungkin international joke. Anggap seperti seorang ibu tanya anaknya, esok besar nak jadi apa? Si anak boleh jawab...esok saya masih kecil," katanya sambil disambut gelak ketawa dan tepukan gemuruh perwakilan yang memenuhi Kompleks Pekan Rabu di sini, Ahad.

Sebelum ini Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, persoalan sama ada BN boleh menang pilihan raya umum (PRU) atau tidak jika ia diadakan esok tidak perlu dijawab kerana menurutnya PRU hanya mungkin akan diadakan pada 2018.

Katanya 'esok' hanyalah merupakan persiapan untuk menghadapi PRU ke-14, dan bukannya PRU itu sendiri.

Ahmad menjawab kenyataan Muhyiddin sebelum ini yang berkata bahawa BN akan tewas jika pilihan raya diadakan esok berikutan pelbagai isu yang timbul dalam pentadbiran kerajaan.

Mengulas lanjut ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Umno Perwakilan Bahagian Kluang di sini, Muhyiddin yang baharu digugurkan daripada Kabinet berkata kenyataannya sebelum ini dibuat berdasarkan situasi politik semasa.

"Saya pengarah pilihan raya Umno, saya ketuai begitu banyak pilihan raya kecil sebelum ini.

"Kenyataan saya itu bukan untuk menakutkan tapi untuk beri peringatan. Kalau Umno tak bangkit, kita akan menempuh tempoh masa agak sukar," katanya.
 
 

Pakar Optimis Serpihan Mungkin Bantu Selesai Misteri Kehilangan MH370

Posted: 02 Aug 2015 10:47 PM PDT

Oleh: PATRICK LEE
 
 
Pasukan polis melakukan pemeriksaan bagi mencari serpihan yang terdampar di pantai di Pulau Reunion. Foto AFP
 
 
PETALING JAYA: Serpihan 'flaperon' yang ditemui di pantai Pulau Reunion di Lautan Hindi dikenal pasti secara positif sebagai sebahagian daripada bahagian pesawat Boeing 777, menjadikannya kemungkinan milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang.

Terdapat beberapa insiden membabitkan pesawat Boeing 777 sejak ia mula beroperasi pada 1994.

Daripada kesemua kes, hanya lima yang disimpulkan sebagai pesawat yang diangggap sebagai "kerugian atau musnah secara menyeluruh".

Daripada lima kes itu, hanya satu yang membabitkan sebuah pesawat yang hilang di lautan di hemisfera selatan iaitu MH370, dengan kehilangannya terus menjadi misteri sejak insiden pada Mac 2014.

Teka-teki mengenainya mungkin akhirnya dapat terjawab.

Beberapa individu yakin penemuan terbaharu ke atas serpihan itu mungkin membantu menyelesaikan misteri kehilangan MH370.

"Hanya satu pesawat Boeing 777 yang kita tahu di Lautan Hindi yang boleh membawa kepada bahagian yang terapung itu adalah milik MH370," kata Martin Dolan, ketua agensi penyelaras pencarian pesawat itu dalam air yang berpangkalan di Australia.

Jika serpihan tersebut dapat disahkan sebagai bahagian MH370, ia akan menjadi bukti yang pertama bagi penemuan pesawat yang hilang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, flaperon itu secara rasminya dikenal pasti sebagai sebahagian daripada Boeing 777 oleh pihak berkuasa Perancis bersama Boeing,

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat dan pasukan penyiasat Malaysia.

Sebagai tambahan kepada bukti yang semakin hampir mengenai penemuan pesawat yang hilang, lebih banyak serpihan dijumpai di terdampar di pulau itu.

Laporan media Sky News yang memetik sumber berkata, serpihan dipercayai bahagian pintu pesawat ditemui oleh pengumpul sampah di pulau itu.

Individu yang menjumpainya bekerja untuk memastikan keadaan pantai bersih dan dilaporkan telah mengambil kerusi pesawat warna biru dan beberapa bahagian logam sebelum membakar kesemuanya.

Penduduk Pulau Reunion mempunyai akses yang amat terhad untuk mendapatkan maklumat dari seluruh dunia dan kebanyakan mereka tidak pernah mendengar mengenai Malaysia mahupun kehilangan pesawat sehingga penemuan serpihan di pantai itu yang menggemparkan dunia.

Satu objek logam yang dikatakan mempunyai tulis bahasa Malaysia dan Cina turut ditemui di pantai itu pada Ahad tetapi ia kemudiannya dikatakan sebagai "hanya sebagai tangga".

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata, serpihan itu tidak mempunyai kaitan dengan pesawat yang hilang.

"Saya yang mengetuai penyiasatan di Perancis untuk menganalisis serpihan (sayap) itu. Saya baca laporan media (mengenai serpihan baharu) merupakan sebahagian daripada pintu pesawat. Tetapi bila saya memeriksanya dengan Jabatan Penerbangan Awam, dan mereka yang berada di Pulau Reunion, ia hanya sebuah tangga."

Kumpulan penyiasat kini terus melakukan pemeriksaan lanjut di pantai pulau itu bagi mencari lebih banyak serpihan.

Pada Rabu lalu, flaperon yang ditemui di pulau itu mencetuskan spekulasi bahawa ia merupakan milik pesawat MAS.

Flaperon itu kini dihantar di Toulouse untuk pemeriksaan oleh penyiasat dari Perancis, Amerika dan Malaysia pada Selasa.

Menurut Liow, kerajaan turut bercakap dengan pihak berkuasa penerbangan dari kawasan-kawasan berdekatan dengan Pulau Reunion.

"Ini bagi membolehkan pakar-pakar menjalani analisis yang lebih substantif sekiranya terdapat lebih banyak serpihan ditemui," katanya dalam satu kenyataan.

Kerajaan menghantar satu pasukan ke pulau itu, yang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di sana ketika ini.

Pesawat MH370 hilang bersama kesemua 239 penumpang dan anak kapal di Lautan Hindi pada 8 Mac tahun lalu.

Siasat demo bawah Kanun Keseksaan menyalahi undang-undang

Posted: 02 Aug 2015 10:42 PM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surrendren meminta kerajaan mengotakan janjinya untuk tidak menyalahgunakan seksyen 124 kanun Keseksaan bagi tujuan politik.

Beliau merujuk kenyataan Ketua Polis Negara yang ingin menyiasat Datuk Ambiga Sreenevasan di bawah seksyen tersebut kerana mengajak orang ramai berhimpun bagi menggesa Perdana Menteri meletakkan jawatan.

N_Surendran"Apa-apa penyiasatan terhadap Ambiga di bawah seksyen 124, yang semata-mata untuk menyeru protes aman, akan menyalahi undang-undang, tidak mengikut perlembagaan dan penyalahgunaan kuasa polis.

"Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan membolehkan orang ramai hak untuk bantahan secara aman," katanya pada kenyataan media.

Surrendren yang juga seorang peguam berkata, parlimen telah mengiktiraf hak membantah dengan meluluskan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang bertujuan untuk memudahkan sesuatu perhimpunan.

Katanya juga, memanggil atau menganjurkan bantahan aman tidak menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen 124 Kanun Keseksaan atau mana-mana undang-undang Malaysia yang lain.

Tambahnya lagi, pada 17 April 2012, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz juga berjanji kepada Dewan Rakyat bahawa seksyen 124 Kanun Keseksaan tidak akan digunakan untuk tujuan politik.

"Kami menyeru kerajaan dan polis untuk menghormati demokrasi dan hak-hak perlembagaan rakyat, dengan tidak menghalang protes damai atau mengganggu orang-orang yang meminta atau menganjurkan acara tersebut," katanya.

Polis akan menyiasat Datuk S Ambiga selepas dikatakan membuat kenyataan berhubung kemungkinan protes jalanan jika anggota parlimen tidak bertindak untuk menggantung pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Badi Mahathir kini sudah terkena Najib

Posted: 02 Aug 2015 10:37 PM PDT

MSO

Segala tindakan Najib Razak termasuk tindakan secara pejam mata (berani) memecat timbalannya Muhyiddin Yassin, serta tindakan susulan oleh PDRM tentunya atas arahan Zahid Hamdi yang baru menerima ghanimah jawatan TPM dari Najib, menahan beberapa individu tertentu tidak akan menyelesaikan masalah Najib.

Bahkan segala tindakan itu memberi alasan dan hujah baharu kepada penentang Perdana Menteri itu agar berundur. Tindakan itu menimbulkan kemarahan dan kebencian baharu kepadanya. Kalau dahulu orang di luar Umno yang serabut dan benci dengan Najib tetapi tindakan terbaru mengundang kemarahan dari dalam Umno.


Mereka yang bersimpati dengan Muhyiddin kini sudah lantang menyuarakan kemarahan dan kebencian kepada Najib. Senario ini akan kelihatan di sepanjang Umno di semua peringkat mengadakan mesyuarat peringkat bahagian yang sudah pun bermula kini. Keadaan menunjukkan Umno terbelah dua akan terpamer dari sikap dan tindak tanduk ahli ekoran tragedi itu.

Najib dalam menghadapi saat-saat genting gagal mengurangkan musuh tetapi ralik menambahkan musuhnya.

Nasib diterima Dr Mahathir Mohamad tahun 1998 ekoran memecat timbalannya Anwar Ibrahim, dimana Mahathir didesak dan diasak agar melepaskan jawatan kini sudah berjangkit, badi Mahathir sudah terkena kepada Najib. Walaupun tidak ada bangkitan segera daripada Umno tetapi momentum ke arah itu sudah bergerak.

Muhyiddin juga hari ini telah memberi isyarat dia tidak akan membisukan diri daripada terus memperkatakan isu 1MDB. Muhyiddin kata dia tidak akan berada dalam sindrom bisu. Ertinya skandal 1MDB akan dijadikan modal besar untuk Muhyiddin bergerak menggerudi Najib.

Tindakan memecat Muhyiddin itu satu perkiraan mendalam dibuat Najib. Tindakan itu sebenarnya satu pilihan terakhir yang harus dibuat secara pantas. Najib tidak ada pilihan kedua atau ketiga, hanya ada satu pilihan sahaja. Pecat Muhyiddin.

Muhyiddin bukan sahaja setakat menjadi duri dalam daging kepadanya, tetapi tindakan dan ketegasan Muhyiddin dalam isu 1MDB dan akaun peribadi Najib menjadikan, sikap Muhyiddin terhadap isu itu menjadikan ia bagaikan api dihadapan dan duri di belakang bagi Najib. Najib harus menyelamatkan diri dari keadaan itu.

Najib satu masa sukar untuk mengambil tindakan terhadap Muhyiddin tetapi dalam masa lain beliau terpaksa berbuat demikian apabila gagal menjinakkan Muhyiddin. Dipercayai Najib mula tertekan dan hilang akal apabila Muhyiddin menunjukkkan sikapnya tidak sedia berkompromi dengan Najib dengan memberi kata dua; berhenti atau Najib memecat beliau.

Sikap Muhyiddin itu menggambarkan beliau sudah tidak boleh lagi untuk berdiplomasi memikul masalah Najib, berhubung pengaliran wang dana 1MDB ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri itu sebanyak RM2.6 billion. Muhyiddin berbuat begitu kerana dia sendiri berasa malu berketuakan orang seperti Najib. Sebagai seorang yang dididik dengan nilai-nilai Islam sedari kecil Muhyiddin tidak sampai hati mengkhianati saksiah dirinya.

Manakala Najib pula, setelah berada dipersimpangan, yang amat sukar, akhirnya pada Selasa lepas telah mengambil risiko memecat Muhyiddin kemudian menyandarkan kepada Zahid Hamidi sebagai batu besar menghalang gelombang yang bakal meledak ekoran pemecatan itu. Masih menjadi tanda tanya apakah Zahid mampu menyelamatkan bosnya itu itu atau gelombang itu turut sama menenggelamkannya.

Zahid sudah pun mula bertindak. Dipercayai penahaan beberapa individu berautoriti dalam pelbagai agensi seperti Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Sazilee Abdul Khairy dan dua yang lain Rashpal Singh dan Jessica Gurmeet Kaur, adalah atas arahan Zahid selaku TPM dan Menteri Dalam Negeri. Tindakan itu dibuat apabila Zahid sedia mencemarkan dakwat merahnya untuk mempertahankan Najib, menanda tangani memerintah polis menahan dan siasat mereka.

Penahanan individu berkenaan memberi gambaran betapa terdesak dan kritikalnya keadaan Najib sehingga terpaksa menggunakan aparat rakyat untuk membelanya. Tindakan itu terpaska diambil untuk menyelamatkan kedudukan dan kekuasaan Najib, bukan dibuat atas kebaikan rakyat. Hanya dengan kuasa yang tersisa yang ada sahaja yang membebaskan Najib dari penjara? Sampai bila?

Dipercayai lebih ramai lagi akan menjadi mangsa keadaan yang terwujud oleh Najib ini, dan Zahid akan memainkan peranan lebih luas lagi. Zahid yang terheret dalam permainan ini secara tidak langsung telah meletakkan dirinya dalam keadaan serba salah. Nasib politik Zahid juga akan ditentukan oleh nasib politik Najib.

Zahid sendiri tidak ada pilihan lain untuk menyelamatkan nyawa politiknya kerana beliau dikenali bukan kumpilan Muhyiddin. Satu masa Zahid pernah membuat kenyataan akan mencabar kedudukan Muhyiddin dalam Umno. Chemistry itu menyebabkan Zahid tidak betah dan mempunyai lorong cerah dalam Umno kalau Muhyiddin menjadi perdana menteri atau presiden parti.

Kalau satu masa dulu Zahid seakan menyerahkan nasib politiknya kepada Anwar Ibrahim, tetapi dia terselamat apabila cekap (baca munafik) mengambil sikap melarikan diri dan mufarakah atau berpaling tadah diri dari saf Anwar. Zahid yang bersama Anwar tetapi akhirnya meninggalkan Anwar kesepian dalam penjara.

Perubahan jawatan PM daripada Mahathir Mohamad kepada Abdullah Ahmad Badawi memberi peluang kepada Zahid membina semula imej politiknya, apabila Abdullah mengambil Zahid menyertai kabinet.

Hari ini Zahid yang tidak mempunyai kekuatan (karismatik) politik tersendiri sudah terheret jauh dalam percaturan politik kuasa Najib dan menjatuhkan Muhyiddin. Zahid kini walaupun bergelar jawatan timbalan perdana menteri, hakikatnya dia adalah "algojo" kepada Najib untuk menggantung sesiapa sahaja yang cuba mencabar dan menganggu Najib.

Justeru keadaan dan kedudukan Zahid, kelamaan dan kependekan dia memegang jawatan TPM itu bergantung kepada nyawa Najib Razak. Hari ini Najib berundur esok juga Zahid akan berundur. Atau kedua-duanya akan terkorban dalam tragedi serangan daripada rakyat jelata yang akan dimulakan pada bila-bila masa sahaja.

Zahid sebagai kawan dan pembela Najib sedia mengorbankan jari jemarinya dengan kekotoran kuasa yang ada kepadanya. Lihatlah nanti.

UMNO dan BN Kalah Keputusan Pilihanraya Umum ke 14 Jikalau Esok Pilihanraya! Ahmad Maslan VS Muhyiddin & Utusan!

Posted: 02 Aug 2015 10:33 PM PDT

BERITA SEMASA


UMNO dan BN Kalah Keputusan Pilihanraya Umum ke 14 Jikalau Esok Pilihanraya! Ahmad Maslan VS Muhyiddin & Utusan!


keputusan pilihanraya umum 14


Jika sebelum ini, Mahathir pernah mengkritik Ahmad Maslan sebagai figura politik yang acapkali memberikan kenyataan seperti tidak mengambarkan yang beliau adalah seorang Timbalan Menteri kewangan Malaysia.


Ahmad Maslan sememangnya dikenali sebagai seorang pemimpin politik yang dilihat seperti tidak berfikir dua kali setiap kali berkata-kata atau mengeluarkan kenyataan walaupun pernah melaung-laungkannya sebagai seorang menteri yang mempunyai CGPA 3.85. Lebih kepada kenyataan menyanjung, memuja, membodek pemimpin di atas atas nama survival politiknya.

Itu cukup dengan itu, Utusan Malaysia menerusi tulisan Awang Selamat telah menegur dan memperingatkan Ahmad Maslan supaya lebih cerdik ketika berbicara supaya rakyat Malaysia tidak jelik mendenagar pandangan yang dikeutarakannya.

Walaubagaimanapun, Ahmad Maslan kelihatan tidak berhenti apabila terus menghiburkan rakyat Malaysia dengan lawak antarabangsa yang terbaru disebalik responbalasnya kepada kenyataan terbaru Tan sri Muhyiddin Yaasin bahawa jikalau masalah 1MDB dan budaya kepimpinan UMNO serta gerak kerja UMNO tidak berubah tidak mustahil UMNO akan kalah Keputusan Pilihanraya Umum ke 14 jikalau parlimen bubar pada esok oleh Datuk Seri Najib Razak.

Tapi kelihatan Ahmad Maslan yang cukup lurus, dengan yakinnya menyanggah kenyataan nasib UMNO bagi keputusan Keputusan Pilihanraya Umum ke 14 kerana katanya tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana esok katanya mana bukan boleh berlaku Pilihanraya umum ke 14. Ermmmm…..

P/S : Ahmad Maslan? What do you expect?


Kabinet baharu Kabinet 1MDB – Sanusi Junid

Posted: 02 Aug 2015 10:30 PM PDT

 
Kebanyakan Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik adalah mereka yang menentang Dr Mahathir dan mempertahankan 1MDB.


kabinet.1mdb


PETALING JAYA: Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Sanusi Junid menyifatkan Kabinet baharu yang dipilih Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai 'Kabinet 1MDB'.

Katanya, Menteri dan Timbalan Menteri yang baharu dilantik oleh Perdana Menteri terdiri daripada mereka yang menentang Tun Dr Mahathir Mohamad yang lantang mengkritik 1MDB.

"Yang jelas orang-orang yang dilantik dalam Kabinet baharu itu adalah orang-orang yang bersuara menghentam Dr Mahathir.

'Seolah-olah Kabinet ini Kabinet 1MDB!. Kabinet untuk mempertahankan 1MDB. Kabinet untuk menutup segala usaha untuk mendedahkan 1MDB," katanya menerusi temubual khas yang dimuatnaik dalam blog, dirturtle.blogspot.com.

Beliau turut mempertahankan kritikan yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap 1MDB yang didakwa sesetengah pihak sebagai punca Muhyiddin digugurkan Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, kritikan itu bukan sebab Muhyiddin dipecat kerana apa yang diucapkan oleh Muhyiddin itu adalah perkara biasa dan tidak sensitif.

"Saya rasa apa yang Muhyiddin kata itu tidak ada yang sensitif. Apa yang Muhyiddin kata itu perkara biasa. Yang orang duk cakap hari-hari dah.

"Muhyiddin tunjukkan patutnya begini, patutnya begitu, tiba-tiba dia dipecat.

"Saya tak fikir dia dipecat kerana ucapan itu. Saya fikir ucapan itu adalah sebab terakhir. Kerana nak siapkan senarai nak lantik Kabinet baru ini makan masa," katanya.

Sanusi turut mengkritik pelantikan empat anggota Jawantakuasa Wang Kira-Kira Negara (PAC) sebagai Menteri dan Timbalan Menteri yang dianggapnya telah melumpukan siasatan terhadap 1MDB.
Katanya, tugas PAC lebih sebenarnya penting berbanding menjadi Timbalan Menteri.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed dilantik Timbalan Menteri Dalam Negeri, dan Ahli Jawatankuasa PAC, Datuk Seri Rizal Merican (Timbalan Menteri Luar ) dan Mas Emieryati Samsudin (Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan) manakala Datuk Wilfred Madius Tangau dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sanusi juga mempertikaikan penamatan tugas Tan Sri Gani Patai sebagai Peguam Negara yang dibuat secara mendadak kerana didakwa mengalami masalah kesihatan.

"Pasukan Petugas pula, sorang dah kena berhenti pasal sakit. Patutnya orang yang sakit tu minta berhenti tapi ini tidak. Orang yang dikatakan dah lama sakit ni tak minta berhenti pun, dia nak menyelesaikan tugasnya, tiba-tiba dia diberhentikan. Itu kan jadi tandatanya.

"Hasil dari penyelidikan (siasatan) ini, dah ada tangkapan … dan ada yang nak ditangkap dah lari. Rakyat tertanya-tanya, dunia pun dah tertanya-tanya. Kawan-kawan saya dari luar negeri yang duk ikut (perkembangan negara kita ) pun hairan, Kenapa orang kerana dah ada tindakan dari Pasukan Petugas …. tiba-tiba ada pemecatan," katanya.

Kes BAFIA: Mahkamah benar kes Rafizi ditangguh

Posted: 02 Aug 2015 10:26 PM PDT

 
Rafizi Ramli mencabar Akta BAFIA kerana Seksyen 87 (2) bertentangan dengan hak yang termaktub dalam Perlembagaan apabila tertuduh dipaksa memberi jawapan apabila soal pihak penyiasat.


mahkamah,rafizi


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam menangguhkan perbicaraan kes Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang dituduh mengikut Akta bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA).

Hakim, Datuk Yazid Mustafa, membenarkan pemohonan tersebut dengan alasan untuk berlaku adil dalam pendengan kes terhadap tertuduh mengikut Perlembagaan.

"Perbicaraan yang akan bermula pada 10 Ogos akan ditangguh sehingga pendengaran untuk menangani isu-isu perlembagaan didengar terlebih dahulu," katanya.

Sementara itu, Peguam Rafizi, N. Surendran dalam hujahan beliu berkata, Seksyen 87 (2) Akta BAFIA bertentangan dengan hak yang termaktub dalam Perlembagaan kerana tertuduh dipaksa memberi jawapan apabila soal pihak penyiasat.

"Tidak ada hak untuk menutup mulut di bawah Seksyen 87 (2). Ia berbeza dengan Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah yang membolehkan seseorang untuk enggan menjawab," katanya.

Pada 19 Jun lalu, Mahkamah Sesyen telah menolak permohonan Rafizi yang mencabar Perlembagaan BAFIA.

Rafizi, 38, mengaku tidak bersalah mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank milik NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan akaun bank Mohamad Salleh kepada perunding media Yusof Abdul Alim dan pemberita The Star Erle Martin Carvalho.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, pada 7 Mac 2012.

Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) BAFIA yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Akta BAFIA telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Rafizi merupakan individu pertama yang didakwa mengikut Akta BAFIA.


Tun M jawab tuduhan wang UMNO masuk akaun peribadinya

Posted: 02 Aug 2015 10:22 PM PDT

 
Wang tunai dan aset UMNO diserahkan kepada Pak Lah menerusi dua individu, satu senpun tidak dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.


mahathir


PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan tuduhan bahawa beliau pernah memasukkan wang ke dalam akaun peribadinya untuk kegunaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) sama seperti dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tegasnya, tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya merupakan suatu tuduhan yang tidak berasas dan fitnah semata-mata.

"Sewaktu saya letak jawatan sebagai Presiden UMNO, saya telah arah wang tunai dalam bank dan saham-saham serta surat milik hartanah diserah kepada Tun Abdullah Badawi. Pegawai yang menyerah ialah Nor Mohamad Yacob dan Noordin Bachik.

"Jumlah wang tunai yang diserah melebihi RM200 juta. Jumlah nilai saham dan hartanah melebihi RM1.2 billion. Tidak ada satu senpun dari wang derma untuk pilihan raya yang dimasuk dalam akaun saya.

"Saya sedia semua akaun peribadi saya selama 22 tahun diperiksa oleh orang yang tidak ada kepentingan bagi mengesahkan pengakuan saya ini atau sebaliknya," katanya.

Menulis di blognya www.chedet.cc, Dr Mahathir yang sering mengkritik kepimpinan Najib juga menyatakan beliau hanya pernah memasukkan wang tunai berjumlah RM20,000 dari Ibu Pejabat UMNO ke dalam akaunnya hanya pada PRU 1964 dan 1969.

Jelasnya, tindakan beliau berbuat demikian adalah kerana tidak sanggup memegang jumlah wang tunai yang banyak, sebaliknya, beliau mengeluarkan cek agar agihan kepada kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dapat dilakukan.

"Wang ini bukan dari penderma tetapi ini adalah wang UMNO yang memang pun diberi kepada bahagian untuk kegunaan calon," ujarnya lagi.

Perdana Menteri selama 22 tahun itu berkata, terdapat perbezaan di antara wang tunai sebanyak RM20,000 yang diterimanya dan cek sebanyak USD 700 juta bersamaan RM2.4 billion yang dikatakan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

"Jikalau disemak perbelanjaan pilihan raya lima kali yang diadakan semasa saya Presiden UMNO, tidak ada banyak wang yang diguna, terutama peruntukan dari Ibu Pejabat. Namun BN tidak pernah menang kurang dari 2/3 kerusi di Parlimen.

"Jika sekarang UMNO perlu RM2.5 billion untuk pilihan raya, ia tetap melanggar aturan peraturan dan undang-undang pilihan raya.

"Akaun perbelanjaan pilihan raya tiap seorang calon pilihan raya perlu dilapor kepada pihak berkuasa. Adalah salah jika ia melebihi jumlah tertentu. Saya pohon maaf jika peraturan ini sudah digugur. Ia diadakan untuk mengelak dari rasuah berlaku," katanya.

Tags: bahasa, Najib Razak, Mahathir Mohamad, Dana politik, UMNO, SPR

Hanya tinggal enam kawasan Pas Johor sokong

Posted: 02 Aug 2015 10:15 PM PDT

Dr Mahfodz Mohamed
 
 
KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed memaklumkan bahawa hanya tinggal enam kawasan sahaja yang setakat ini memihak kepada gerakan Harapan Baru setelah pihaknya berusaha keras menarik kembali kawasan yang sebelum ini berpaling tadah.
 
Menurutnya, kawasan-kawasan tersebut sebelum ini berpaling tadah kerana hanya mendengar 'cerita' daripada sebelah pihak sahaja.
 
"Sebelum ini, kita panggil Pas kawasan untuk hadiri mesyuarat, 12 kawasan tidak datang. Dewan-dewan yang datang hanya Dewan Ulama sahaja. Setelah kita berusaha sungguh-sungguh, Alhamdulillah, sekarang ini tinggal enam kawasan yang 'bersama' Harapan Baru. Daripada 26 kawasan, kita (Pas) dapat 20 kawasan.
 
"Kerana sebelum ini mereka hanya mendapat penjelasan sebelah pihak…daripada Harapan Baru sahaja. Maka sekarang ini kita ada peluang, kena kerja keras. Sebab itulah, kita tak boleh tinggal Johor lama-lama. Selepas ceramah saya terpaksa balik…nak jaga (Johor). Jika tidak nanti, dia (GHB) kacau lagi," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan Pas Wilayah Persekutuan (Pihak 4.0), di sini, malam tadi.
 
Menurutnya, selepas Muktamar Pas ke-61 awal Jun lalu, terbukti bahawa parti itu masih mendapat sokongan kawasan-kawasan di seluruh Negara apabila kepimpinan ulama yang diterajui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang dalam pemilihan tersebut.
 
"Orang selalu kata Harapan Baru kuat pengaruhnya di Johor. Itu dulu tuan-tuan, sebelum muktamar (Muktamar Pas ke-61). Puak-puak G18 yang dakwa bukan saya. Golongan ini dakwa Pas Johor sudah habis (berpaling tadah dengan menyokong Harapan Baru)…tinggal 20 peratus (%) (yang bersama Pas)…yang menyebelahinya sudah 80%.
 
"Kita sebagai Dewan Ulama tidak akan berdiam diri. Kita tidak bodoh. Kita bawa bekas-bekas Pesuruhjaya Pas ke Johor untuk kempen. Pada Mei 2015, kita berjaya meraih sokongan dengan 65 peratus bersama-sama menyokong kepimpinan ulama,"
 
Beliau yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Pusat menegaskan bahawa gerakan itu tiada matlamat sebaliknya hanya mengidamkan jawatan.
 
"Kenapa kita nak tinggalkan Pas? Sedangkan kita ada dasar,matlamat yang jelas. Gerakan ini tidak ada apa-apa. Matlamatnya nak cari jawatan. Sebab jawatannya (sudah) hilang semua sekali…kecewa.
 
Macam budak-budak bermain kemudian kalah, mereka main lain-lain (berasingan). Nanti kalau begitulah sikapnya, dalam Harapan Baru ada lawan juga, kalah, dia buka Harapan Baru 2 pula.
 
"Maka, sebab itulah jangan percaya selagi tidak ada hitam putih, mereka sebenarnya tidak ada matlamat, tiada hala tuju. Yang dibuat kata dasar Islam syumul itu hanya khayalan sahaja kerana nak buat matlamat Islam mesti kena minta kebenaran daripada 'mursyidul amnya', Lim Guan Eng," katanya.
 
 

Koperasi artis lesapkan duit pelabur

Posted: 02 Aug 2015 10:11 PM PDT

Koperasi artis lesapkan duit pelabur
Para usahawan IKS yang ditipu mendesak pihak berkuasa SKM dan PDRM campur tangan dan selesaikan kes melibatkan koperasi itu.


KUALA LUMPUR - Seramai 38 usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) Bumiputera mendakwa ditipu sebuah koperasi melibatkan seorang artis terkenal membabitkan barangan bernilai RM4.8 juta yang sehingga kini belum dilunaskan bermula Februari lalu.

Bayaran itu tidak termasuk wang deposit RM3,000 yang harus dibayar setiap usahawan bagi setiap jenis produk yang dianggarkan berjumlah 85 produk yang rata-ratanya terdiri daripada makanan seperti lempeng pisang, tepung kek, pes asam pedas Melaka, pes kuah laksa dan sebagainya.

Wakil kepada 38 usahawan itu, Shamsul Shah Sulaiman berkata, koperasi itu menawarkan kepada usahawan untuk membantu memasarkan produk ke sebuah pasar raya terkenal di negara ini bagi tempoh setahun.

"Kami ditugaskan menyiapkan produk masing-masing mengikut jumlah yang dikehendaki serta membayar deposit RM3,000 bagi setiap produk kepada koperasi itu.

"Kami begitu teruja memandangkan inilah peluang kami untuk memasarkan produk, tanpa syak apa-apa kami tandatangan surat perjanjian pada 4 Februari lalu," katanya kepada Sinar Harian dalam satu Sidang Media khas semalam.

Menurutnya, pihak koperasi berjanji akan membayar produk yang dibekalkan itu dalam tempoh 30 hingga 45 hari namun hingga kini mereka gagal melunaskannya.

"Dalam masa tuntutan dibuat, mereka secara tiba-tiba memaklumkan kontrak bersama pasar raya berkenaan dibatalkan atas alasan yang tidak munasabah.

"Mereka kemudiannya mengaku berjaya mendapat kontrak dengan sebuah pasar raya lain di Sabah dan berjanji akan pasarkan produk kami di sana," dakwanya.

Beliau berkata, pada awalnya semua usahawan tidak mengesyaki sesuatu yang tidak kena.

"Sehinggalah terdapat di kalangan usahawan yang menerima cek bayaran namun kecewa dan terkilan selepas mendapati cek berkenaan adalah cek tendang.

"Selepas menunggu lama, pada 26 Mei lalu, kami ke pejabat koperasi itu di Damansara Damai untuk menuntut  penjelasan.

"Kami kecewa apabila dihalang daripada berjumpa dengan Ahli Lembaga koperasi oleh beberapa lelaki  ala-ala gengster hingga menyebabkan saya ditahan di lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya selama sehari atas tuduhan mengugut.

"Kami cuma nak dapatkan hak kami melalui cara yang profesional namun mereka gagal beri maklum balas yang sebaiknya, bila kita nak jumpa elok-elok, mereka buat laporan polis kata kami ugut walhal usahawan yang pergi sana semua golongan wanita berusia 45 tahun ke atas," katanya.

Shamsul Shah berkata, sudah lebih lima bulan usahawan menunggu koperasi melunaskan bayaran namun hingga kini gagal.

"Ekoran itu, semua usahawan buat laporan polis di balai yang berbeza namun tiada tindakan hingga memaksa kami membuat laporan di Bukit Aman dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk tindakan lanjut.

"Justeru itu, kami berharap SKM, PDRM, KPDNKK, dan BPA mengambil tindakan tegas terhadap koperasi yang cuba memperdaya kami agar tiada lagi usahawan lain yang diperdaya mereka," katanya.

Beliau turut mendesak agar pihak SKM memperkasa pemantauan supaya setiap Ahli Lembaga koperasi tidak menyalahgunakan kuasa.

Sungguh menyedihkan apabila terdapat di kalangan usahawan IKS itu terpaksa membuat pinjaman ah long sebagai modal untuk menyiapkan barangan itu dan mereka kini diburu Ah Long gara-gara gagal membayar semula pinjaman.

Mereka kini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, sudahlah produk habis diambil koperasi malah duit yang menjadi harapan gagal dipulangkan.

Bekas kakitangan kerajaan, Norhafiza Zainal Abidin, 33,  berkata, dia dan suami amat teruja dengan tawaran itu dan kerana tidak cukup modal terpaksa meminjam ah long sebanyak RM3,000.

"Memandangkan bayaran itu gagal dilunaskan, kami dicari Ah Long sepanjang masa hingga menyebabkan kami terpaksa tumpang di rumah emak dan saudara lain.

"Lebih menyedihkan rumah kami di Keramat jadi sasaran disimbah cat," katanya yang menghasilkan produk kicap Char Kuew Tiow.

Seorang lagi usahawan yang menghasilkan lempeng pisang, Roziah Wagini, 57, terpaksa meminjam wang berjumlah RM13,000 daripada saudara maranya sebagai modal menghasilkan produk itu.

Dia yang tinggal di Sungai Buloh berkata, dia kini terpaksa menebalkan muka apabila gagal membayar semula pinjaman itu kepada mereka mengikut tempoh yang dijanjikan.

"Kami amat sedih, barang kami diambil mereka dan duit gagal dipulangkan.

"Raya kali ini amat tidak bermakna dengan keadaan yang kami lalui ini sepanjang tempoh 10 tahun terlibat dengan perniagaan IKS," katanya sebak.

Sementara itu, Sinar Harian cuba menghubungi Ahli Lembaga koperasi yang berpangkat Pengarah Urusan bagaimanapun beliau mengakui sudah diberhentikan daripada koperasi berkenaan sejak April lalu.

Beliau yang dilantik Pengarah Urusan koperasi hanya selama empat bulan mengakui sudah tidak ada kena mengena dengan koperasi itu.

Wartawan juga gagal menghubungi pengerusi koperasi yang juga seorang pelakon terkenal untuk mendapatkan penjelasan.

Pusat pengajian di PP nafi jadi pusat hadis palsu

Posted: 02 Aug 2015 10:04 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang (PPDHPP) hari ini menafikan pusat pengajian itu dijadikan pusat penyebaran hadis palsu seperti yang disebar di laman sosial.

Pengetuanya Mohamad Hanif Haron berkata penyebaran maklumat berunsur fitnah itu memburukkan nama pusat pengajian yang beroperasi sejak akhir tahun 2013 dan berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

"Kami percaya penyebaran maklumat berunsur fitnah itu sengaja dilakukan bagi menghalang usaha PPDHPP mengumpul dana RM1.8 juta untuk membeli tanah seluas 2.1 hektar di Pokok Machang, di sini bagi dijadikan bangunan pusat kami," katanya pada sidang akhbar di Tasek Gelugor hari ini.

Sejak semalam dakwaan PPDHPP menjadi pusat penyebaran hadis palsu tersebar di laman sosial Facebook dan WhatsAapp.

Mohamad Hanif berkata Penasihat Kehormat pusat berkenaan ialah bekas Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad.

Beliau berkata pada masa ini terdapat 19 pelajar lelaki mengikuti kelas tahfiz di pusat itu.

Ditanya mengenai kutipan dana itu, Mohamad Hanif berkata pihaknya memulakan usaha itu tahun lepas dan berjaya membeli tanah berkenaan awal tahun ini dengan membayar deposit 10 peratus sebanyak RM200,000.

"Kami diberi masa enam bulan oleh pemilik tanah untuk menyelesaikan bakinya dengan tiga bulan tanpa faedah dan tiga bulan berikutnya dikenakan faedah enam peratus," katanya.

Beliau berkata orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun CIMB Islamic 8602203376; Bank Islam 07043011037033; Maybank 557410514185 atau Bank Rakyat 111221000202 atas nama Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman Facebook Maahad Darul Hadis Pulau Pinang atau hubungi 019-4037435 atau 019-4156411, katanya yang meminta orang ramai tidak menyumbang menerusi akaun individu kerana pusat itu tidak pernah mengutip dana menerusi individu. - Bernama


 

Muhyiddin selar kenyataan 'esok bukan pilihan raya'

Posted: 02 Aug 2015 10:02 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan anggota kabinet Datuk Ahmad Maslan sebagai sombong susulan ulasannya berkaitan peluang BN dalam pilihan raya.

Ahmad dilapor berkata tidak perlu menjawab berhubung peluang BN dalam pilihan raya kerana 'esok' tiada lagi pilihan raya.

Muhyiddin menyamakan kenyataan Ahmad itu dengan budak kecil yang tidak mahu apa-apa apabila dewasa atas alasan masih lagi kecil.

Kenyataan Muhyiddin itu disambut dengan gelak ketawa oleh 400 perwakilan Umno bahagian Kluang yang mengadakan mesyuarat tahunan mereka.

Muhyiddin sebelum digugurkan sebagai timbalan perdana menteri sebelum ini berkata, sekiranya pilihan raya umum diadakan esok, BN akan kalah. 
 
 

[VIDEO & GAMBAR] Himpunan #TangkapNajib Bertukar Menjadi #TangkapRakyat

Posted: 02 Aug 2015 05:37 PM PDT

KELAB GREENBOC



Protes #TangkapNajib diteruskan, ramai ditangkap ingkar amaran polis

Dua ahli Parlimen pembangkang ditangkap hari ini selepas tidak mengendahkan amaran polis untuk bersurai berhampiran kompleks membeli-belah Sogo di Kuala Lumpur hari ini, menjelang protes #TangkapNajib petang ini.

Wail rakyat PKR itu – ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja Chang Lih Kang dan Adun Simpang Pulai Tan Kar Hing – ditahan pukul 2.20 petang selepas mereka tidak mempedulikan arahan polis yang sudah mula mengambil tindakan terhadap peserta protes itu.

Kehadiran begitu ramai pihak polis dapat dilihat dengan kira-kira 80 anggota ditempatkan di sekitar kompleks membeli-belah popular itu di mana para peserta perhimpunan sedang berkumpul.

Dalam masa yang sama, lebih ramai orang ditangkap, sebahagian besar daripada mereka dikatakan aktivis.

Peserta protes juga dilihat membaling mercun dalam tindak balas mereka kepada polis dan ini menyebabkan beberapa kedai berdekatan terpaksa menghentikan perniagaan mereka.

Sumber berkata, polis juga menghentikan mereka yang memakai baju-T putih di stesen LRT Raja Laut yang berdekatan bagi menghalang mereka menyertai perhimpunan di Sogo itu. -TMI


#TangkapNajib: Aktivis ditahan polis

Auntie Bersih - wanita warga emas yang dikenali ramai dalam kebanyakan perhimpunan - atau nama sebenarnya Anne Ooi, adalah antara penunjuk perasaan ditahan polis di Kuala Lumpur hari ini.

Turut ditahan, pembantu Ahli Parlimen Klang, Jay Jay Dennis.

Seorang lagi peserta ditahan kerana didakwa melontar mercun ke arah pihak berkuasa.

Peguam hak asasi manusia Eric Paulsen berkata, dia terkejut kerana polis memulakan penahanan sebelum perhimpunan bermula.

Pada jam 1.30 petang, hampir 100 anggota polis dikerah bertugas di kawasan pusat beli-belah Sogo yang menjadi pusat perhimpunan berkenaan.

Turut dilihat, tiga trak dan sebuah van polis - biasanya digunakan untuk mengangkut tahanan - diletakkan di depan kompleks berkenaan.

Pagi tadi polis menyatakan akan bertindak terhadap penganjur serta peserta perhimpunan #TangkapNajib.

Antara individu ditahan polis ialah aktivis anak muda Adam Adli Abdul Halim, Mandeep Singh dan Shukri Abd Razab.

Seorang lagi aktivis Hishammuddin Rais turut ditahan tengah hari tadi.

Menurut Hishamuddin, dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wang.

Himpunan #TangkapNajib dianjurkan oleh kumpulan Demi Malaysia bagi mendesak perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ditangkap kerana didakwa terbabit dalam rasuah serta salah guna kuasa.

Turut hadir, Adun Teja, Chang Lih Kang, dan Simpang Pulai, Tan Kar Hing.
-mk
LIHAT VIDEO DI SINI:
VIDEO - 1
VIDEO - 2
VIDEO - 3
VIDEO - 4
VIDEO - 5


Tiada ulasan: