Jumaat, 28 Ogos 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Permohonan 'Parti Progresif Islam' GHB ditolak

Posted: 28 Aug 2015 08:32 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menolak permohonan Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk menggunakan nama Parti Progresif Islam sebagai nama parti baru yang hendak ditubuhkan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana Islam adalah hak untuk semua yang beragama Islam dan penggunaan nama itu pada parti politik hanya boleh menyebabkan kekeliruan, lapor Bernama.

"Mereka mengharapkan agar golongan yang berada dalam PAS tetapi tidak setuju dengan ulama tetapi setuju dengan Islam yang progresif, dapat menyokong parti itu.

"Saya ingin nyatakan bahawa kita tidak akan benarkan mana-mana parti menggunakan nama agama kerana Islam bukan untuk mereka sahaja, tetapi juga untuk kita dan untuk orang Islam yang tidak ada parti," katanya seperti dilapor agensi berita itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Marang di Dewan Utama Majlis Daerah Marang, Kampung Paya, di Marang hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang juga Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Ketua Umno Bahagian Marang A Latif Awang.

Ahmad Zahid berkata sebagai menteri dalam negeri yang bertanggungjawab, beliau tidak mahu mengulangi kesilapan lepas yang membenarkan sebuah parti politik menggunakan nama Islam sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang Islam di negara ini.

"Kita tidak mahu kesalahan dulu yang memberikan keizinan kepada sebuah parti menggunakan nama Islam sehingga memberi tanggapan seolah-olah hanya dengan menyertai parti itu kita memperjuangkan Islam dan masuk syurga.

Sehubungan itu, katanya ROS akan memberikan surat kepada pemimpin GHB agar memilih nama lain untuk digunakan pada parti baharu berkenaan.

Ahmad Zahid berkata, sebagai sebuah negara yang demokratik, kerajaan tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik baharu di negara.

Namun dalam masa yang sama, katanya beliau berharap parti baharu yang ditubuhkan itu tidak memecah belahkan orang Melayu.

"Jangan cuba memecah belahkan perpaduan orang Melayu. Kita mahu seluruh Melayu, jika atas agenda memperkasakan Melayu dan negara, perlu bersatu hati tidak kira dalam parti politik mana sekalipun (kita) berada," katanya.

Dalam masa yang sama Ahmad Zahid turut mengulangi gesaan supaya anggota Umno supaya kembali memperkukuhkan parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, tidak kira apa permasalahan yang sedang dihadapi kini.

"Kita sukar tumbang jika diserang dari luar, tetapi akan mudah hancur jika kita berperang sesama sendiri.

"Jadi kita asahlah kuku dan tanduk dari sekarang agar jangan parah diserang musuh nanti. Gunakan ia untuk menyerang musuh di luar supaya Umno dapat rampas kerusi yang dimenangi pembangkang sebelum ini," katanya.

Sementara itu, susulan perkembangan terbaru ini, tidak jelas sama ada pengisytiharan yang dirancang diadakan pada Isnin depan di Kuala Lumpur akan menjadi kenyataan.

Menurut maklumat unit media GHB kepada media, sebuah parti baru akan diumumkan pada jam 3 petang di sebuah hotel terkemuka.

Parti berlandaskan Islam itu, yang terbuka kepada penganut setiap agama, dikatakan akan menyertai gabungan baru pembangkang dengan DAP dan PKR, menyebabkan PAS mungkin kekal bersendirian.


Sultan beri amaran keras pada 2 ahli politik Umno

Posted: 28 Aug 2015 08:30 AM PDT

MALAYSIAKINI

 


Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar hari ini memberi amaran keras kepada dua ahli politik Umno.

Baginda "menasihatkan" ahli politik, khususnya anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat supaya tidak campur urusan istana atau membuat kenyataan mengaitkan istana.

Sultan Ibrahim juga memberi amaran keras kepada menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz yang sebelum ini memberi amaran untuk "membelasah" Tengku Mahkota Johor (TMJ) jika baginda campur tangan dalam politik.

"Ada juga pemimpin kerajaan yang langsung tidak beradab apabila bercakap, dengan melabelkan orang lain sebagai orang gila; dan lebih teruk lagi dengan angkuh dan sombong hendak "whack" anakanda saya (TMJ).

"Adakah pemimpin seperti ini patut dihormati? Ingatlah pepatah Melayu sering menyebut "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa".

Pertelingkahan Nazri dan TMJ tercetus selepas anakanda sultan Johor memperli kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir ke majlis dialog terus terang #Nothing2Hide berkaitan isu 1MDB di Kuala Lumpur.

Sultan Ibrahim bertitah demikian sempena majlis perasmian Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, di ibu pejabat polis kontinjen Johor.

Petikan ucapan itu dimuat naik ke Facebook rasmi pasukan bola sepak negeri Johor Southern Tigers.

Tengku Putra pula sebelum ini dilaporkan berkata, amaran Tunku Ismail kepada ahli politik yang cuba mendekati ayahandanya untuk kepentingan peribadi. patut juga dinyatakan kepada golongan taikun perniagaan negeri.

Sementara itu, dalam ucapan sama, baginda juga bertitah tidak akan mencampuri urusan mana-mana parti politik.

Titah baginda, walaupun banyak pemimpin politik yang datang berjumpa, baginda hanya mendengar cerita mereka dan tidak akan memihak kepada mana-mana parti atau individu.

"Apa yang saya pentingkan adalah kesejahteraan hidup rakyat saya dan kemakmuran negeri Johor mesti dijaga melalui perpaduan dan pengukuhan muafakat bangsa Johor," titah baginda.

Timbalan Muhyiddin Yassin sebelum ini mengadap baginda selepas digugurkan sebagai timbalan perdana menteri, yang dispekulasikan beliau mendapat dukungan istana.


SKMM sekat empat web promosi BERSIH 4

Posted: 28 Aug 2015 08:19 AM PDT

MALAYSIAKINI

 


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat empat laman sesawang yang menyebar maklumat program perhimpunan haram Bersih 4, setakat 6 petang ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata empat laman sesawang berkenaan ialah http://bersih.org, http://globalbersih.org, http://www.bersih.org dan http://www.globalbersih.org.

"Setakat ini saya dimaklumkan bahawa empat laman sesawang telah disekat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

SKMM dalam kenyataan semalam menegaskan akan menyekat mana-mana laman sesawang dan portal berita yang mempromosi, menyebarkan maklumat dan menggalakkan orang ramai menyertai perhimpunan haram itu kerana menyifatkan perbuatan itu boleh mengganggu-gugat kestabilan negara.

Menurut Salleh, SKMM kini sedang memantau portal-portal berita bagi memastikan tiada kesalahan sama.

"Setakat ini belum ada portal berita yang mempromosikan perhimpunan haram ini...cuma melaporkan saja, jadi belum ada pelanggaran undang-undang lagi...tiada sebab pengendali berita portal risau," katanya.

Cubaan Bernama untuk mengakses keempat-empat laman sesawang itu setakat 6 petang tadi menyatakan 'kesalahan server' (server error), dengan maklumat bahawa sumber yang dicari mungkin telah dikeluarkan, mempunyai namanya ditukar, atau tergendala buat sementara waktu.-Bernama


Mengapa GHB tidak mahu berhenti menjadi ahli PAS?

Posted: 28 Aug 2015 01:57 AM PDT

Oleh Abdul Rahman Malik

 
Post Pic

 
[ULASAN] Hina sangatkah menjadi seorang wakil rakyat yang tidak berparti? Apakah gelaran Ahli Parlimen Bebas melambangkan seseorang itu tiada pendirian politik dan tidak layak menjadi pemimpin rakyat?

Di samping itu, apa istimewanya menjadi wakil rakyat bagi orang yang berparti? Adakah dengan menjadi ahli mana-mana parti politik bererti seseorang itu lebih mulia?

Sebaliknya, di manakah keutamaan dan kesetiaan seseorang yang terpilih menjadi ahli Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri itu? Pada arahan dan prosedur partinya atau mutlak pada rakyat?

Apapun, kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad bahawa martabatnya akan jika bergelar ahli parlimen bebas seperti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau bekas ahli parlimen, Ibrahim Ali, adalah satu keangkuhan.

Beliau membuat kenyataan itu bagi menjelaskan mengapa beliau dan kawan-kawannya dari PAS tidak mahu meletak jawatan sebagai ahli parlimen atau Adun walaupun kini berusaha keras menubuhkan sebuah parti politik baru.

PAS dengan lantang menyatakan mana-mana wakil rakyatnya yang mahu menubuhkan parti baru menggantikan PAS, seharusnya mengosongkan kerusi mereka kerana ia bertentangan dengan bai'ah yang pernah mereka buat.

Namun Khalid sebagai koordinator Gerakan Harapan Baru (GHB) mengambil kesempatan untuk menyindir wakil rakyat yang tidak berparti pula.

"Kami tak akan keluar Pas, kami tak nak jadi wakil rakyat bebas," demikian tegas Khalid mewakili seluruh wakil rakyat Pas yang merancang menyertai sebuah parti Harapan Baru.

Antara wakil rakyat yang termasuk dalam kategori melanggar bai'ah PAS ini termasuklah Dr Hatta Ramli, Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Mujahid Yusuf, Dr Siti Mariah Mahmud, Datuk Raja Kamarul Bahrin, Datuk Nizar Jamaluddin dan Husam Musa. 



"Kami tak akan keluar. Kami hanya tunggu Harapan Baru terbentuk sebagai sebuah parti, pada masa itu keanggotaan kami sebagai ahli Pas akan gugur dengan sendirinya.


"Kalau kami keluar Pas, kami akan jadi wakil rakyat bebas. Itu kami tak mahu," katanya.

Dalam pada itu, Khalid turut menyindir Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang berkhidmat sebagai wakil rakyat bebas.



"Jika kami jadi wakil rakyat bebas, kami kena duduk dengan Khalid Ibrahim di Parlimen. Kami tak nak duduk dengan dia, nanti jatuhlah taraf kami macam Ibrahim Ali.



"Sebab itu kita nak ada parti, bila kita duduk dalam Parlimen, kita akan dilihat sebagai satu parti," katanya.


Soalnya, akhlak dan lojik apakah yang digunakan Khalid ini pada satu sisi sudah mahu mufarakah dari PAS tetapi pada segi lain mahu terus "meminjam nama" PAS untuk "memuliakan" kedudukan mereka sebagai seorang Yang Berhormat?

Sudah tentu pendirian dan kenyataan ini dibuat atas dasar politik. Bagaimanapun yang menyedihkan ialah parti baru yang hendak ditubuhkan mereka ialah yang bertunjangkan Islam. Beginikah sikap pemimpin Islam?

Sekalipun mereka sudah hilang hormat kepada ulama-ulama yang memimpin PAS tidak perlulah mereka "menunjuk pandai" dan menyakat serta mencabar pemimpin PAS supaya memecat keahlian mereka dari PAS.

Atas perkiraan politik, mereka menjangka akan memungut modal besar untuk dijaja pada rakyat bahawa mereka menubuhkan GHB dan parti politik baharu kerana "dipecat" dari PAS.

Sekaligus untuk catatan sejarah, tindakan mereka itu akan menjadi sesuatu yang "halal" dan diharapkan tidak akan timbul persoalan sebenarnya mereka mengkhianati perjuangan PAS hanya kerana tidak dipilih menjadi pemimpin!

Jika demikian silat politik GHB yang cuba memutarbelit sejarah, wajarkah ia mendakwa mahu menubuhkan sebuah parti politik Islam yang berakhlak dan layak menggantikan PAS?

Menurut Khalid lagi perisytiharan penubuhan parti politik baru itu akan dibuat pada 31 Ogos ini dan pelancarannya akan dilakukan sempena Hari Malaysia pada 16 September 2015.

Mungkinkah GHB menjangka bahawa 'peristiwa politik' baru yang diatur pada tarikh berkenaan tidak akan berlaku kerana pelbagai masalah teknikal. Umpamanya, ia mungkin tidak diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Atau, mungkin kerana rundingan mengambil alih parti berdaftar Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masih belum selesai kerana parti itu juga menghadapi masalah pentadbiran dan teknikal yang rumit.

KITA sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) yang ditubuhkan sebagai parti serpihan PAS pada 1995 berikutan percanggahan pendapat sesama ahli parti itu.

Ramai juga Ada ahli parti serpihan Umno, Semangat 46 yang menyertai AKIM berikutan pembubarannya pada tahun 1996.[5] AKIM pernah bertanding dalam pilihan raya umum 1999 untuk kerusi-kerusi parlimen Pasir Puteh dan Kota Bharu, tetapi tidak berjaya.

Pada 15 Disember 2010, Datuk Zaid Ibrahim, seorang bekas pemimpin parti  dan  PKR dilantik sebagai Presiden baru AKIM dan meminda perlembagaannya dan menukar nama rasminya menjadi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air atau KITA.

Adakah kerana khuatir diulet masalah teknikal dan rundingan mengambil alih KITA belum selesai maka penghijrah politik berkenaan mahu terus berteduh di bawah panji-panji PAS?

Atau, adakah muslihat sebenarnya ialah mereka bimbang jika PAS mampu membuktikan bahawa bai'ah mereka semasa menjadi calon PAS dahulu boleh diterima mahkamah sebagai perakuan bersumpah atau Statutory Declaration?

Jika demikian sudah pasti sebaik sahaja melangkah keluar dari laman politik PAS, undang-undang akan menetapkan kedudukan mereka sebagai wakil rakyat dikira batal!

GHB tentu insaf bahawa bukan mudah mempertahankan kerusi yang dimenangi atas tiket PAS pada PRU 2013 dahulu kerana pengundi tentu faham  bahawa GHB adalah pengkhianat kerana akan bertanding semula menentang calon PAS!

Apa kesudahan kisah Najib?

Posted: 28 Aug 2015 01:46 AM PDT



Oleh Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss


Rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita yang hangat diperkatakan masyarakat kampung, di kedai kopi sehinggalah masyarakat antarabangsa di sidang Parlimen mereka disebabkan sumbangan derma kepada seorang yang bernama Datuk Seri Najib Razak.

Siapa tidak mengenali Najib yang ketika itu perdana menteri merangkap menteri kewangan dan juga presiden Umno yang menerima sumbangan derma yang "dikatakan" berjumlah AS$700 juta (RM 2.6 bilion), adakah ianya benar?

Melalui enjin carian Google menerusi kata kunci "Najib RM2.6 bilion" terdapat pelbagai kisah tersebut termasuk paparan gambar Najib yang berjumlah lebih 700,000 jaringan dalam pelbagai bahasa yang menunjukkan ramai yang berminat akan kisah yang berlaku.


Bermula pada 5 Julai 2015 dengan laporan The Wall Street Journal (WSJ) yang juga sebuah syarikat akhbar harian antarabangsa yang berpengaruh yang diterbitkan di New York City, Amerika Syarikat (AS) dengan peredaran di seluruh negara dengan cetakan hampir 2.6 juta naskhah jualannya.

WSJ untuk rekod pernah disaman hartawan kasino AS, Sheldon Adelson pada 2 Mac 2013 kerana dikatakan memfitnahnya berikutan artikel Kate O'Keeffe pada 22 Februari 2013 yang diterbitkan pada 5 Disember 2012 yang bertajuk "Fired Executive Rankles Casino Business".

Pelbagai pihak mentafsir artikel WSJ tersebut sebagai satu yang mengejutkan, sungguh memanaskan politik Malaysia sehinggakan berlakunya rombakan Kabinet pada 28 Julai 2015 lalu.

WSJ mendedahkan tentang sebuah bank yang dikaitkan dengan sebuah negara dari Timur Tengah iaitu Kuwait yang sebelum ini dikejutkan tentang kes pembunuhan pengasas Arab-Malaysian Bank (sekarang AmBank Group), Hussain Ahmad Najadi pada 29 Julai 2013.

Pada Mac 2015 lalu, Pascal Najadi, pengasas dan presiden Firma Penasihat Antarabangsa Perbankan Switzerland, Najadi and Partners Ltd anak kepada Pengasas Arab-Malaysian Bank tersebut mengatakan masih menunggu kes pembunuhan bapanya yang belum selesai.

Untuk rekod, sejumlah RM1.63 Juta zakat perniagaan Kumpulan AmBank bagi tahun kewangan 2013 dan bagi tahun kewangan 2012 pula ianya menunjukkan lebihan RM9,000 perbezaan tahun tersebut yang lebih baik bersifat tahun kewangannya.

Manakala bagi bayaran cukai perniagaan Kumpulan AmBank pula bagi tahun 2012 ialah RM499 juta berbanding 2013 sebanyak RM484.7 juta yang jelas menunjukkan pencapaian kewangan pada 2012 adalah lebih baik walaupun terdapat pendeposit wang yang besar pada 2013.

Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei 2013, Barisan Nasional (BN) di bawah Najib memenangi 133 kerusi parlimen daripada 222 kerusi keseluruhannya dan selebihnya dimenangi Pakatan Rakyat (PR) sebanyak 89 kerusi parlimen.

Umum mengetahui timbalan presiden Umno yang juga merangkap timbalan pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pengerusi pengurusan Pentadbiran Umno yang juga sering diberikan tugas sebagai pengarah pilihan raya kecil beberapa kali.

Manakala bendahari agung Umno yang juga bendahari BN adalah Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan beliau juga adalah menteri kewangan kedua di mana bosnya adalah Najib yang boleh menjawab isu dana pilihan raya serta isu derma yang panas tersebut.

Jika kembali kepada sejarah berkaitan tokoh politik dengan skandal kewangannya, pada 11 April 1998 ianya berlaku terhadap Tan Sri Muhammad Taib, bekas menteri besar Selangor yang terpaksa meletak jawatan selepas Mahkamah Majistret Brisbane, Australia memutuskannya bersalah.

Beliau ditahan di Lapangan Terbang Brisbane, Australia pada 16 Disember 1996 kerana tidak mengisytiharkan wang milik adiknya untuk membeli tanah di Queensland, membawa keluar wang tunai sebanyak RM2.4 juta ke Australia dalam bentuk ringgit Singapura, Malaysia dan New Zealand.

Beliau didakwa di bawah Financial Transaction Reports Act 1988, Australia, perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Brisbane pada 19 Ogos 1997 kerana gagal memaklumkan membawa wang lebih A$5,000 yang bertujuan membina rumah mewah di Gold Coast , barat Queensland di atas tanah seluas 4,500 hektar.

Malaysia memperkenalkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) di dalam usaha mencegah "kuasa ketiga" menentukan suasana dan keadaan dalam negara kita dengan kewangan yang disalurkan.

Bank Negara Malaysia bertanggungjawab meminda Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan untuk memperkukuh lagi sistem kewangan dalam negara kita yang diperkenalkan pada Oktober 2013 lalu.

Pelaburan wang haram dalam undang-undang AS adalah amalan melibatkan urusan kewangan untuk menyembunyikan pengenalan, sumber, atau destinasi wang yang diperoleh secara haram yang diberikan kepada pihak yang ketiga.

Dalam undang-undang United Kingdom, takrifan common law tentang harta milik dalam bentuk yang sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya hasil jenayah yang akan menyamarkan fakta harta milik itu adalah hasil jenayah atau mengaburkan kepemilikan bermanfaatan harta milik itu.

Istilah "pelaburan wang haram" digunakan hanya pada urusan kewangan berkaitan jenayah terancang, kini takrifannya diperluas kepada mana-mana urusan kewangan yang menghasilkan aset atau suatu nilai disebabkan tindakan haram, yang mungkin melibatkan tindakan seperti pengelakan cukai atau perakaunan palsu.

Hasil kutipan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tahun 2013 adalah sebanyak RM129 bilion, bagi tahun 2014 pula sebanyak RM133.7 bilion berjaya dikutip dan sebanyak RM124.87 bilion pada 2012 yang menunjukkan peningkatan setiap tahun, adakah termasuk cukai RM2.6 bilion tersebut?

Individu yang diketagorikan dikenakan bayaran cukai, LHDN memperuntukkan Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menetapkan kesalahan, denda dan penalti kepada mereka yang disenaraikan.

Kerajaan Malaysia menubuhkan Pasukan penyiasat khas terdiri daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Rakyat Malaysia adalah "hakim terakhir" untuk memutuskan kisah Najib berdasarkan hujah-hujah pelbagai pihak yang menjadi peguam rakyat dengan tujuan untuk menyelamatkan Malaysia daripada "dakwaan dan kesalahan" yang perlu dijatuhkan hukuman.

* Penulis adalah Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (Penyedar).

Najib Guna Melayu Dan Umno Untuk Selamatkan Diri

Posted: 28 Aug 2015 01:36 AM PDT



Oleh Dato' Mahfuz Hj Omar


1.Kenyataan PM, Dato' Seri Najib kononnya Melayu akan terbangsat jika Umno hilang kuasa adalah tersangat dikesali.Kenyataan ini adalah suatu percubaan untuk memerangkap ahli ahli Umno agar mendiamkan diri dari menimbulkan dan mempertikaikan segala salah laku jenayah yang beliau dan rakan rakannya lakukan bagi mengelak hilangnya kepercayaan rakyat khususnya orang orang Melayu pada Umno.


2. Kenyataan Najib juga adalah bertujuan untuk menimbulkan ketakutan pada ahli umno dan orang Melayu akan akibat dari umno hilang kuasa.Kenyataan ini sebenarnya adalah usaha terdesak Najib bagi menyelamatkan dirinya dari menghadapi krisis kepercayaan dan undi tidak percaya terhadapnya.

3. Dengan berselindung disebalik kebangsatan Melayu bila Umno hilang kuasa, Najib mengharapkan pemimpin dan ahli Umno serta orang Melayu akan terus mempertahankan kedudukan beliau sebagai PM kerana bimbang Umno akan hilang kuasa.Kenyataan Najib sebenar satu percubaan menanamkam kebencian orang Melayu pada bangsa lain yang kononnya bila bangsa lain mendapat kuasa akan menindas orang Melayu.

4.Tetapi harapan Najib meleset apabila tampilnya pemimpin pemimpin Melayu dan pegawai kanan kerajaan mendedahkan salah guna kuasa kerajaan pimpinan Najib untuk merompak harta negara.Pendedahan ini menjadikan akar umbi orang Melayu makin meluat dan muak dengan Najib dan Umno.Perkembangan ini menyaksikan kesatuan orang Melayu dipelbagai peringkat bersama bangsa lain atas nama rakyat Malaysia sehati sejiwa mahukan perubahan politik negara dengan pemimpin yang beramanah dan sistem yang telus demi untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

5. Kepada Najib dan kuncu kuncunya hentikan lah berselindung disebalik nama Islam dan melayu untuk menyembunyikan jenayah politik dan ekonomi atas nama demokrasi.cukuplah penderitaan rakyat selama ini, turun lah secara terhormat demi Malaysia tercinta. Kepada Najib dan kuncunya saya tegaskan kamu semua ada masalah dan beban pada negara. Malaysia memerlukan pembaharuan.Malaysia baru tanpa anda semua dengan sistem yang lebih bebas, telus dan adil pasti akan memberikan kebaikan pada rakyat dan negara.

"SEHATI SEJIWA,SELAMATKAN MALAYSIA TERCINTA"

Dato' Mahfuz Hj Omar,Ahli Parlimen Pokok Sena

Lima lokasi berkumpul sebelum jumpa di Dataran Merdeka

Posted: 28 Aug 2015 01:30 AM PDT

Oleh Fiza Abd Halim


PETALING JAYA : Perhimpunan Bersih 4 hujung minggu ini tetap diteruskan dengan lima lokasi berkumpul di ibu negara sebelum menuju Dataran Merdeka.

Penganjur – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) berkata, lokasi terbabit adalah Masjid Negara, Brickfields, Pasar Seni, Menara Maybank dan di hadapan kompleks beli belah Sogo.

Menurut Pengerusinya, Maria Chin Abdullah, kelima-lima lokasi tersebut merupakan kawasan berdekatan dengan Dataran Merdeka dan memudahkan rakyat untuk menyertai himpunan tersebut.
LOGO KOLUM
"Dua hari sahaja lagi sebelum rakyat Malaysia turun beramai-ramai ke jalanan bagi menyatakan desakan terhadap lima tuntutan kita, iaitu pilihan raya bersih, kukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah dan selamatkan ekonomi negara.

"Bukan sahaja di Kuala Lumpur, malah perhimpunan ini juga diadakan serentak di Sabah dan Sarawak. Di Kota Kinabalu, mereka akan berkumpul di kawasan parkir – Sabah Trade Center (Likas Square) dan berarak ke Tanjung Lipat Public Park. Di Kuching, mereka akan berkumpul di Padang Jubilee dan Pelita Car Park.

"Malah acara global Bersih berlangsung di lebih 60 bandar utama seluruh dunia, pada tarikh dan masa yang sama mengikut zon waktu masing-masing," jelasnya pada sidang media di sebuah hotel di sini.
Selain itu, terdapat 2,000 sukarelawan selaku pemantau bagi menjaga keselamatan semasa perhimpunan dan mereka akan memakai 'vest' tertera tulisan 'Pemantau'.

"Pasukan bantuan kecemasan pula akan berada di kawasan-kawasan strategik dan siap sedia dengan ambulan masing-masing sekiranya memerlukan sesiapa dievakuasi dari tapak perhimpunan akibat kecederaan atau masalah kesihatan," ujarnya.

Menurut Maria, Bersih 4 juga turut menyediakan khidmat medik, dan peserta yang memerlukan bantuan, perlu hantarkan SMS dengan maklumat lokasi, bangunan terdekat dan maklumat kejadian ke nombor 011-123-77118 atau 013-203-6911.

Jika ditangkap, Maria mengingatkan peserta bertenang dan hubungi pasukan 'urgent arrest' menggunakan SMS dengan memberikan nama, nombor kad pengenalan dan lokasi balai polis ke nombor 018-3160-214 atau 018-3907-780 atau 018-3135-988.

Lebih 200,000 rakyat bakal kuningkan KL

Posted: 28 Aug 2015 01:28 AM PDT

Oleh Fiza Abd Halim


KUALA LUMPUR: Lebih 200,000 rakyat dijangka akan membanjiri perhimpunan Bersih 4 sekaligus menguningkan bandaraya Kuala Lumpur.

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Maria Chin Abdullah berkata, sasaran itu berdasarkan sambutan luar biasa orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap perhimpunan tersebut.

LOGO KOLUM"Setiap kali kita adakan ceramah, sambutannya sangat luar biasa. Kita jangka perhimpunan kali ini lebih ramai berbanding himpunan Bersih sebelum ini.

"Malah lebih 45,000 T-shirt Bersih 4 telah habis dijual dalam tempoh singkat berbanding jualan pada perhimpunan Bersih sebelum ini," kata Maria pada sidang media Bersih 4 di sebuah hotel di Petaling Jaya, semalam.

Maria juga menegaskan perhimpunan yang akan bermula 2 petang esok itu tetap diteruskan di lima lokasi berkumpul sebelum peserta berarak menuju sekitar kawasan Dataran Merdeka, dan berakhir pada 11.59 malam 30 Ogos sebelum sambutan Kemerdekaan berlangsung.

Ujar beliau, pihaknya juga tidak akan melanggar apa-apa halangan yang ditetapkan polis termasuk mematuhi tempoh yang dibenarkan.

"Kita tidak akan melampaui halangan-halangan tersebut. Kita juga tidak akan masuk ke Dataran bagi menghormati majlis raptai dan persiapan menyambut Hari Kemerdekaan.

Maria"Penganjur juga telah dimaklumkan bahawa jalan raya yang ditutup bagi majlis raptai sambutan tersebut hanya ditutup pada waktu-waktu tertentu dan tidak melibatkan jangka masa perhimpunan Bersih 4. Hal ini juga telah disahkan pihak polis," katanya.

Justeru, Bersih mengajak seluruh rakyat tanpa mengira latar untuk hadir dalam perhimpunan yang penuh bersejarah ini.

"Kami seikhlasnya menjemput para penyokong parti pemerintah terutamanya dari Umno serta penjawat awam seperti SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk bersama-sama rakyat marhaen bagi mendesak perubahan demi negara yang kita cintai," seru Maria.

Program Bina Bangsa wajib untuk sekolah rendah mulai tahun depan, kata menteri

Posted: 28 Aug 2015 12:59 AM PDT



Menteri Pendidikan Datuk Mahdzir Khalid berkata Program Bina Bangsa bertujuan meningkatkan hubungan antara murid pelbagai kaum sejak kecil, kerana berdasarkan kajian pihaknya, rakyat Malaysia pelbagai kaum hanya bertemu selepas 17 tahun, iaitu sewaktu melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 28 Ogos, 2015.Menteri Pendidikan Datuk Mahdzir Khalid berkata Program Bina Bangsa bertujuan meningkatkan hubungan antara murid pelbagai kaum sejak kecil, kerana berdasarkan kajian pihaknya, rakyat Malaysia pelbagai kaum hanya bertemu selepas 17 tahun, iaitu sewaktu melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari. 
 
 
Kementerian Pendidikan kini sedang merangka modul bagi melaksanakan Program Bina Bangsa yang akan melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) serta Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Bertujuan meningkatkan hubungan antara murid pelbagai kaum sejak kecil, ia akan merangkumi aktiviti seperti program kepimpinan, kebudayaan dan sukan yang diwajibkan ke atas murid sekolah rendah.
 
Menteri Pendidikan Datuk Mahdzir Khalid berkata, program tersebut dijangka dimulakan tahun 2016 dan memilih sekolah di sekitar Lembah Klang buat permulaan.

Beliau yang baru dilantik ke jawatan itu sebulan lalu mengakui, sukar untuk kementerian itu menarik minat golongan bukan Melayu supaya menghantar anak belajar di SK. 
 
 "Hakikat ini kerana wujudnya sekolah seperti SJKC, dan sebagainya. Kita membenarkan sistem pendidikan tiga aliran sejak merdeka lagi.
 
"Ini sudah tahun ke-58 kita capai kemerdekaan. Kalau kita bercakap pasal perpaduan, membina negara bangsa, kita kena fikir bagaimana anak berlainan bangsa ini bertemu.
 
"Maknanya, sekarang kita kena ada program bukan yang selektif, tetapi wajib disertai mereka," katanya ketika ditemubual secara eksklusif The Malaysian Insider.
 
Mahdzir berkata, kajian yang dibuat pihaknya sebelum ini mendapati rakyat Malaysia pelbagai kaum hanya bertemu selepas 17 tahun, iaitu sewaktu melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi.
 
"Oleh itu, untuk sekolah rendah dalam masa 6 tahun, kita boleh ketemukan mereka dalam program kepimpinan, budaya, sukan dan sebagainya.
 
"Program kepimpinan santai misalnya, mengumpulkan murid Cina, Melayu dan India pergi tepi laut. Mereka belajar menghormati agama dan budaya masing-masing," katanya menerangkan modul yang sedang dirancang dalam kertas kerja yang sedang disediakan kementerian.
 
"Sekurang-kurangnya apabila Ustaz bawa anak murid solat, murid bukan Islam tahu mengenainya dan menghormatinya.
 
"Saya sedang membina modul membina negara bangsa, bukan bina orang Melayu sahaja, tetapi semua kaum," katanya.
 
Namun kata Mahdzir, modul tersebut mesti dipersetujui bersama pelbagai pihak terutama pentadbiran sekolah dan ibu bapa.
 
Fokus modul itu katanya, akan dimulakan di sekolah rendah sekitar Semenanjung dan kemudiannya akan dikembangkan ke Sabah dan Sarawak.
 
"Di Sabah dan Sarawak sebenarnya saya tidak bimbang, kerana mereka memang sudah satu Malaysia.
 
"Dalam satu sekolah di sana, kita boleh lihat pelbagai kaum dan agama duduk di bawah satu bumbung," katanya.


SKMM sekat laman web Bersih sebelum perhimpunan

Posted: 28 Aug 2015 12:52 AM PDT



Ramai pengguna tidak dapat mengakses lamana web Bersih sejak semalam selepas kenyataan dari SKMM mengatakan akan menyekat laman rasmi tersebut kerana boleh mengundang ketidakstabilan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Ogos, 2015. 
Ramai pengguna tidak dapat mengakses lamana web Bersih sejak semalam selepas kenyataan dari SKMM mengatakan akan menyekat laman rasmi tersebut kerana boleh mengundang ketidakstabilan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat laman web rasmi kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0, menjelang demonstrasi besar-besaran yang dianjurkannya esok.

Ramai pengguna di Malaysia tidak dapat mengakses laman web Bersih sejak malam tadi sambil pada masa sama, pihaknya mengatakan mereka sedang cuba "menyelesaikan masalah".

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, tindakan menyekat laman web oleh pengawal selia Internet itu tidak boleh diterima dan menggambarkan kegagalan SKMM.

"Menyekat laman web Bersih adalah jelas satu pencabulan, bukan hanya terhadap Bersih tetapi setiap rakyat Malaysia yang mahukan akses kepada maklumat daripada laman web kami. "Ini terutamanya kerana kita ada satu perhimpunan besar esok. Rakyat berhak mendapat maklumat," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tindakan ini diambil selepas SKMM berkata semalam, ia akan menyekat laman web yang mempromosikan dan menyebarkan maklumat mengenai perhimpunan Bersih 4 hujung minggu ini.

Beberapa hari sebelum itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, SKMM tidak mempunyai pelan untuk menyekat laman web yang berkaitan dengan Bersih 4.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri mengisytiharkan Bersih 4 adalah "haram" dan SKMM berkata, berdasarkan kenyataan kementerian itu, Bersih dianggap "mencemar imej negara".

Maria berkata, SKMM bertindak melampaui tanggungjawabnya, yang katanya, adalah untuk "menggalakkan aliran maklumat yang wajar".

"Tetapi ia kini melakukan sebaliknya. Apa yang salah tentang maklumat di laman web kami?"

Sebelum ini, SKMM menyekat laman web Sarawak Report berikutan siri pendedahan yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad.

Bagaimanapun, sekatan itu dapat dielakkan menggunakan pelayan proksi, dan pembaca Sarawak Report masih dapat mengaksesnya. 
 
 

Mustafa Ali cadang tubuh Majlis Perundingan Negara dipengerusi Dr Mahathir

Posted: 28 Aug 2015 12:37 AM PDT


THE MALAYSIAN INSIDER



#KekalNajib atau #UndurNajib

Posted: 27 Aug 2015 09:33 PM PDT


FREE MALAYSIA TODAY


Harus diakui bahawa tidak ada Perdana Menteri Malaysia yang pernah menjadi sekontroversi seperti Perdana Menteri sekarang. Walaupun setiap bekas Perdana Menteri yang lalu memiliki cerita dan skandal politiknya yang tersendiri namun ianya tidak sesensasi skandal Najib Razak.


kekal-vs-undur
Oleh Raziq Michael


Adalah dungu untuk berfikir bahawa Najib Razak akan berundur dengan sebegitu mudah dan tunduk kepada desakan musuh-musuh politiknya. Terbaru, musuh ketatnya, Tun Mahathir Mohamed (The Financial Times, 26 Ogos 2015) turut membuat gesaan yang sama. Skandal 1MDB dan dana politik RM2.6bilion serta isu kelemahan kepimpinan adalah hujah kukuh negarawan ini untuk mahu menamatkan karier politik Najib Razak.

#KekalNajib

Najib Razak adalah satu-satunya Perdana Menteri yang bukan sahaja dikritik hebat malah turut dijadikan bahan sindiran serta cacian dalam media sosial. Namun menariknya, Najib Razak selepas enam tahun masih bertahan tanpa apa-apa petunjuk bahawa beliau akan berundur daripada politik. Bagi seorang Presiden parti, kekuatanya terletak pada ahli-ahli partinya. Namun agak berbeza dengan Najib Razak apabila beliau dengan beraninya menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kabinetnya dan tindakan drastik ini pula mengundang kemarahan penyokong bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.

Dalam politik, tidak mungkin seorang Perdana Menteri membuat keputusan secara terburu-buru kerana setiap keputusannya melibatkan survival politik dirinya, partinya serta melibatkan undi rakyat. Ini termasuklah perlantikkan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru. Hakikatnya kombinasi antara Najib Razak dan Zahid Hamidi dilihat seolah membentuk satu keseimbangan kualiti pentadbiran umpama Yin dan Yang.

Tidak boleh dinafikan, bahawa strategi politik pembangkang dilihat cukup mantap terutamanya dalam soal mainan persepsi dalam kalangan rakyat. Ini dapat dilihat dalam isu 1MDB sehinggakan pada satu tahap rakyat diperdaya dengan begitu baik sekali kononnya negara akan muflis kerana 1MDB. Tetapi strategi ini dipatahkan dengan taktik tunggu dan lihat. Walaupun strategi politik Najib Razak dilihat agak berbahaya namun dalam situasi tertentu, ianya sangat berkesan apatah lagi dengan masalah kredibiliti dan kepercayaan sesama parti pembangkang semakin meruncing.

Dalam kancah sains politik, tidak ada mana-mana ahli politik yang akan letakkan kepentingan rakyat terlebih dahulu kerana kuasa dan hegemoni mengatasi segala-galanya. Maka, adalah aneh bunyinya apabila seorang bekas Perdana Menteri yang pernah dikaitkan dengan beberapa skandal sewaktu pentadbirannya bermati-matian mahu menyingkirkan Najib Razak kononnya mahu berjuang bersama rakyat. Bagaimana mungkin seorang negarawan menjadi sehati sejiwa dengan ideologi pembangkang? Maka tidak keterlaluan untuk mengandaikan 'ada udang disebalik batu' akan tindakannya ini.

Jika Najib Razak mampu bertahan dengan situasi politik ini maka tiada sebab untuk kita perlukan seorang Perdana Menteri yang baru. Apa yang Najib Razak perlukan adalah kepercayaan rakyat pada pentadbirannya.

#UndurNajib

Masalah utama pentadbiran Najib Razak adalah memiliki satu kelompok penasihat dan pegawai yang gagal berfungsi semaksimum yang diperlukan dalam pertahankan pentadbiran kerajaannya serta mengembalikan kepercayaan rakyat kepadanya.

Propaganda pembangkang tidak lain tidak bukan hanyalah bergantung sepenuhnya kepada media sosial. Apa guna menerima dana politik yang berbilion ringgit serta memiliki ahli parti yang mencecah jutaan angka tetapi tewas mudah ditangan pembangkang dalam media sosial?

Pentadbirannya memiliki lebih daripada 30 menteri dan penasihat bertaraf menteri tetapi setiap kali sesuatu isu ditimbulkan atau persepsi negatif dimainkan oleh pembangkang hanya kelihatan seorang dua menteri yang bertungkus lumus pertahankan ketua mereka sementara yang lain semacam tidak tahu langsung untuk menyusun strategi politik dan propaganda melawan kembali persepsi tersebut.

Sebagai contohnya fakta menunjukkan bahawa Malaysia mencatatkan rekod pelaburan dari Januari hingga Jun tahun ini ialah RM113.5 bilion dengan 2,487 projek pembangunan diluluskan. Ini satu manfaat besar kepada rakyat. Tetapi persepsi rakyat keseluruhannya hanyalah tentang kegagalan 1MDB dan kejatuhan nilai ringgit yang kononnya akan menyebabkan negara muflis. Hakikatnya jika jentera propaganda kerajaan itu tidak kuat maka itu adalah petanda betapa ketuanya juga lemah kerana gagal wujudkan sistem pentadbiran yang mengutamakan korelasi antara rakyat dan kerajaan.

Pilihan Di Tangan Anda

Buat ahli UMNO dan Barisan Nasional, individu yang difitnah dan mahu dijatuhkan adalah Presiden Parti dan Pengerusi Komponen Parti anda. Ianya bukan bersifat peribadi semata-mata. Ini adalah tentang maruah parti dan maruah anda sebagai ahli parti. Siapa sahaja ditempatnya harus dipertahankan. Itulah perjuangan sejati seorang ahli parti.

Buat rakyat Malaysia, sekiranya anda berpendapat bahawa kerajaan yang sedia ada ini perlu diturunkan daripada Putrajaya maka tunjukkan tanda protes anda dalam pilihanraya ke 14 nanti. Segala mainan persepsi negatif dan tuduhan liar pembangkang serta demonstrasi jalanan buat masa kini tidak akan menganggugugat pentadbiran Najib Razak sama sekali.

Raziq Michael adalah pembaca FMT

Umno fail saman USD650 juta terhadap Najib Razak

Posted: 27 Aug 2015 09:30 PM PDT

Najib Razak disaman oleh ahli Umno atas dakwaan melanggar Perlembagaan Umno, peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966 dan tanggungjawabnya berdasarkan Common Law sebagai pemegang amanah Umno


najib,-umno,-lawsuit


KUALA LUMPUR: Suatu kes writ saman nampaknya telah diambil terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak oleh salah seorang ahli parti Umno atas nama parti tersebut yang mendakwa bahawa beliau telah melakukan fraud ke atas ahli-ahli parti politik tersebut berkenaan dengan penerimaan derma sebanyak RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi beliau pada March 2013 serta penggunaan dana itu tanpa pengetahuan parti.

Saman tersebut mendakwa bahawa Najib Razak telah melanggar Perlembagaan Umno, peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966 dan tanggungjawabnya sebagai seorang pemegang amanah berdasarkan Common Law, dan menuntut pembayaran balik sejumlah USD650 juta yang didakwa telah dikirim keluar oleh beliau ke satu akaun di bank Singapura yang bukan milik Umno pada 30 Ogos 2013.

Najib Razak juga dikehendaki membutirkan semua dana yang diterima beliau dalam bentuk derma dan juga penggunaan semua dana yang telah atau pada bila-bila masa tersimpan di dalam akaun AmBank Private Banking milik beliau di mana dana RM2.6 bilion itu diterima. Saman juga menuntut ganti rugi untuk ditaksir, kos dan relif-relif lanjut atau relif-relif lain yang akan ditetapkan oleh mahkamah.

Saman yang difailkan bagi pihak Umno turut mendakwa bahawa kedudukan Najib Razak sebagai 'pesalah memegang kuasa' dan kawalan beliau ke atas Umno telah mengakibatkan Umno tidak mampu mempertahankan atau membuat tuntutan bagi kepentingan parti terhadap Najib Razak.

"Plaintif menyatakan bahawa Majlis Tertinggi Umno tidak berupaya dan/atau tidak berdaya untuk bertindak terhadap Najib Razak kerana kuasa dan pengaruh yang dimilikinya terhadap Majlis Tertinggi Umno, Badan Perhubungan Negeri, Bahagian dan Cawangan yang merosakkan kepentingan ahli Umno," begitu bunyi Pernyataan Tuntutan itu.

Plaintif juga memohon untuk mendapatkan relif injunksi untuk menghalang Ab Rauf Yusof, yang turut disaman di dalam kapasitinya sebagai pegawai am Umno, sama ada secara sendirinya dan/atau melalui Jawatankuasa Disiplin Umno, Majlis Tertinggi Umno, Badan Perhubungan Negeri, Bahagian dan Cawangan daripada mengambil sebarang tindakan untuk membuang beliau sebagai ahli Umno sementara kes ini diadili, semata-mata demi mengelakkan liabiliti ke atas kes ini.

Sememangnya Pernyataan Tuntutan kes ini bersandarkan perkara-perkara yang sudahpun diketahui umum kerana telah menjadi berita sensasi sejak Wall Street Journal mendedahkannya pada 2 Julai 2015 lalu.

Wall Street Journal telah mendakwa bahawa dana USD681 juta telah dikirim ke akaun peribadi Najib Razak di AmBank Private Banking pada 21 dan 25 Mac 2013 dari Falcon Private Bank di Singapura.

Pernyataan Tuntutan itu turut mengatakan bahawa Najib Razak telah membuat pengakuan secara terbuka bahawa beliau telah menerima RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya dan juga bahawa beliau bukan merupakan benefisiari peribadi kepada wang tersebut. Najib Razak juga dikatakan telah mengakui secara terbuka bahawa dana itu merupakan suatu derma daripada seorang dermawan Timur Tengah yang tidak dinamakan.

Pernyataan Tuntutan itu juga mendakwa bahawa ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno menyatakan Najib Razak telah dilantik sebagai pemegang amanah Umno, bahawa wang tersebut adalah dana politik dan bahawa mereka telah menerima wang dari akaun peribadi beliau untuk membiayai operasi politik mereka.

"Oleh itu, Plaintif menyatakan bahawa Najib Razak adalah memegang dan/atau telah memegang RM2.6 bilion tersebut sebagai amanah bagi kepentingan dan kegunaan Umno. Selanjutnya dan/atau sebagai alternative Plaintif menyatakan bahawa Najib Razak adalah memegang dan/atau telah memegang RM2.6 bilion tersebut sebagai amanah konstruktif bagi kepentingan dan kegunaan Umno," Pernyataan Tuntutan tersebut menyimpulkan.

Pernyataan Tuntutan itu selanjutnya mendakwa bahawa Najib Razak telah melanggar Perlembagaan Umno, peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966 dan tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah dengan cara:
  1. Tidak memaklumkan atau mengisytiharkan bahawa beliau telah menerima sejumlah RM2.6 bilion tersebut kepada Majlis Tertinggi Umno;
  2. Menolak atau gagal memberi penjelasan kepada Umno tentang kegunaan RM2.6 bilion tersebut;
  3. Tidak membenarkan Umno untuk memberi penjelasan tentang jumlah RM2.6 bilion bagi tahun kewangan 2013 dan 2014;
  4. Gagal menyebabkan jumlah RM2.6 bilion tersebut dinyatakan dalam akaun Umno yang telah diaudit bagi tahun kewangan 2013 dan 2014;
  5. Memindahkan wang berjumlah US$650 juta kepada sebuah akan bank di Singapura yang tidak dimiliki oleh Umno pada atau kira-kira 30 Mac 2013;
  6. Telah membayar dan/atau memindah USD650 juta secara bertentangan dengan Perlembagaan Umno;
  7. Telah menggunakan dan/atau menyimpan sebahagian dari jumlah RM2.6 bilion untuk kepentingan dirinya sendiri secara menjejaskan kepentingan Umno; dan
  8. Pada setiap masa sebelum menerima jumlah RM2.6 bilion tersebut, Majlis Tertinggi Umno tidak pernah melantik beliau menjadi pemegang amanah bagi tujuan menerima wang tersebut.
Saman difailkan oleh firma guaman Haniff Khatri.


'Saya sedikit pun tidak gentar, Insya-Allah'

Posted: 27 Aug 2015 09:14 PM PDT

Anne Muhammad


 


Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador menyatakan bahawa beliau tidak takut kepada mana-mana pihak atas tindakannya yang mengeluarkan kenyataan kepada pihak media berhubung pertukarannya.

Abdul Hamid juga memberitahu bahawa beliau tidak akan tunduk dengan pihak yang juga cuba untuk menakut-nakutkannya.

"Sejara jujur, saya sedikitpun tidak gentar. Insya-Allah, saya tidak takutkan sesiapa," katanya sewaktu dihubungi Malaysiakini malam tadi.

Abdul Hamid diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa beliau akan diberi surat tunjuk sebab untuk memberi penjelasan berhubung tindakannya mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung pertukarannya baru-baru ini.

Katanya, beliau akan memberi penjelasan apabila menerima surat tunjuk sebab itu.

Abdul Hamid memberitahu, beliau sedang bercuti dan akan memulakan tugasnya semula pada awal September ini.

"Bila saya terima (surat tunjuk sebab) nanti, saya jawab. Tunggu saya masuk pejabat dulu 2 September ini. Sekarang saya masih pegawai polis tanpa portfolio," katanya.

Menurut Abdul Hamid, beliau juga sudah bersedia untuk menerima apa sahaja hukuman terhadap dirinya termasuk kemungkinan disingkirkan sebagai kakitangan kerajaan.

"Sudah tentu saya akan menerima apa sahaja bentuk hukuman. Saya seorang polis. Saya akan menjunjung tinggi maruah itu," ujar beliau.

Pada masa yang sama, Abdul Hamid turut mengesahkan bahawa pertemuan di antara beliau dan Khalid sememangnya berlaku.

"Ya, seperti mana yang IGP cakap," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butir-butir dan hasil pertemuan itu.


'SKMM mahu pura-pura BERSIH 4 tak wujud?'

Posted: 27 Aug 2015 08:53 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Keputusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menyekat laman web mempromosikan BERSIH 4 mengundang reaksi negatif pelbagai pihak.

DAP mempersoalkan tindakan itu ketika seluruh dunia sedar bahawa perhimpunan itu akan diadakan tidak hanya di Kuala Lumpur tetapi 50 bandar lagi di seluruh dunia.

"Adakah SKMM mahu bertindak dan pura-pura himpunan BERSIH 4 di Kuala Lumpur tidak wujud, dengan menggelapkannya daripada sistem telekomunikasi?" soal pemimpin popular DAP Lim Kit Siang.

Lim berkata, kerajaan sepatutnya mengambil langkah berbeza dengan menambah baik perhubungan telefon di Kuala Lumpur yang dijangka sesak susulan kehadiran orang ramai.

SKMM hari ini memutuskan untuk menyekat laman web yang mempromosi, menyebarkan maklumat dan menggalakkan orang ramai menyertai BERSIH 4.

Dalam kenyataannya hari ini SKMM berkata perhimpunan tersebut boleh mengganggu-gugat kestabilan negara, dengan memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sementara itu Bernama melaporkan KDN menyatakan BERSIH 4 bergiat secara tidak sah dan mencetuskan kegelisahan serta membangkitkan kebimbangan orang.

Sementara itu, bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah turut mengkritik langkah itu.

"Mereka akan gunakan apa sahaja cara untuk hentikan BERSIH 4: sekat Internet, isytihar haram, ganggu. Terus berjuang BERSIH," katanya.

Dua nelayan parah akibat bot meletup

Posted: 27 Aug 2015 08:30 PM PDT

MALAYSIAKINI


Sebuah bot yang sedang dibaiki meletup dipercayai akibat tindak balas petrol dan wap panas, menyebabkan dua nelayan cedera parah dan dua lagi cedera ringan di jeti nelayan Kubang Rotan, Kuala Kedah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Md Jan berkata kejadian jam 2.30 petang itu berlaku ketika empat nelayan itu sedang membaiki bot berkenaan.

"Ketika mereka membaiki bot berkenaan, bot itu tiba-tiba berasap... mereka segera menyiram air namun bot terbabit meletup menyebabkan dua daripada mereka cedera parah," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata Aziman Chek Umar, 33, patah kaki kanan, Mohd Sani Abdullah,37, cedera di kepala dan tulang rusuk manakala pemilik bot itu, Aswad Abdullah, 30, dan Nazirun Mubin Samsudin, 20, cedera ringan.

Mereka dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), katanya.

Adzaman berkata kerugian dianggarkan RM25,000 dan Aswad dijangka merujuk kepada Lembaga Lemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk membuat tuntutan insurans terhadap kerosakan bot itu, yang dibelinya tujuh bulan lepas.

Sementara itu, Aswad berkata kejadian itu berlaku ketika mereka sedang membaiki bahagian bumbung bot kelas A itu dengan menggunakan alat pengimpal besi.

"Bot ini mengalami kerosakan di bumbung dan kami tidak keluar ke laut sejak tiga hari lepas. Jadi kami berempat membaiki bumbung bot ini kerana ingin ke laut Sabtu ini," katanya.

Menurutnya semasa beliau berada di atas bumbung bot dan tiga lagi rakannya berada di lantai bot, mereka mendapati lantai berkenaan tiba-tiba berasap lalu meletup.

Beliau sempat lari manakala Razman dan Mohd Sani terpelanting akibat letupan itu sehingga terkena bucu bot dan buluh yang berada di jeti itu.

"Kami percaya kejadian ini berlaku disebabkan minyak petrol yang berada di lantai bot terkena wap panas sehingga mengakibatkan letupan," katanya.- Bernama


'Umno' saman Najib untuk dapat balik sebahagian dari AS$650 juta

Posted: 27 Aug 2015 08:16 PM PDT

Hafiz Yatim

 


EKSKLUSIF Keadaan menjadi semakin panas dalam Umno, apabila seorang anggota yang mendakwa mewakili parti, memfailkan saman terhadap Presidennya, Datuk Seri Najib Abdul Razak, untuk mendapatkan kembali sebahagian daripada RM2.6 bilion yang diakwa sumbangan derma untuk parti itu yang dikatakan telah dipindahkan ke luar negeri.

Sebahagian besar daripada dana itu, yang mana Wall Street Journal, mendakwa telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib, didakwa dipindahkan ke Singapura dua tahun lepas.

Umno, melalui seorang pemimpin akar umbinya, telah menamakan Najib dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusof sebagai defendan dalam saman yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Ahli Umno itu mendakwa bahawa tindakan undang-undang itu diambil untuk kepentingan dan bagi pihak parti tersebut dan ahli-ahlinya.

AS$650 juta itu dikatakan baki daripada jumlah asal AS$681 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Pemindahan itu berlaku sekitar 30 Ogos 2013, hari yang sama Najib menutup akaun tersebut, seperti yang didakwa oleh Sarawak Report.

Difahamkan saman itu difailkan hari ini selepas tiada tindakan didakwa diambil terhadap aduan yang dibuat terhadap Najib, kepada lembaga disiplin.

Ahli Umno itu memohon injunksi terhadap Najib dan Abdul Rauf atau ejen dan/atau pekerja dalam lembaga disiplin, Majlis Tertinggi, badan perhubungan negeri,bahagian, dan cawangan, supaya dihalang daripada membuang, menggugurkan, menggantung dan/atau mengambil sebarang disiplin terhadapnya sementara menunggu pelupusan kes itu.

Beliau juga memohon pembayaran balik berjumlah AS$650 juta - jumlah yang dilaporkan didepositkan oleh Najib ke dalam sebuah akaun di bank Singapura - dan sebuah akaun dengan semua wang yang beliau telah terima dalam bentuk derma.

Turut dituntut ialah butir-butir mengenai semua wang dalam AmPrivate Perbankan - No Akaun 2112022009694 - yang didakwa milik Najib, bersama-sama dengan ganti rugi, kos dan relif lain.

Dalam pernyataan kenyataan tuntutan yang dilihat oleh Malaysiakini, ia menyatakan bahawa Umno, yang tertakluk bawah Akta Pertubuhan 1966, ditadbir oleh perlembagaan parti.

Parti itu ditadbir oleh Majlis Tertinggi, yang terdiri daripada anggota yang dipilih dan dilantik oleh parti, dan badan pengawasan terdiri daripada lembaga disiplin dan badan perhubungan Umno negeri.

Dokumen tersebut menyatakan bahawa antara 21 Mac dan 25 Mac 2013, AS$680,999,976 (RM2.6 bilion) masuk ke dalam dua akaun peribadi Najib di Ambank, melalui Falcon Private Bank di Singapura.

Dinyatakan bahawa RM2.6 bilion itu adalah sumbangan yang dibuat kepada Najib untuk kegunaan dan faedah Umno dan Najib mengakui menerima jumlah itu dan bukan benefisiari peribadi kepada wang itu.

Menurut pernyataan tuntutan, Najib secara terbuka menyatakan bahawa RM2.6 bilion itu adalah sumbangan derma daripada dermawan Timur Tengah yang tidak dinamakan.

Ia juga berkata Majlis Tertinggi Umno menyatakan Najib telah dilantik sebagai pemegang amanah bagi Umno dan bahawa ia telah menerima jumlah wang yang besar daripada presiden parti, yang berasal dari akaunnya.

Oleh itu, pernyataan tuntutan itu menyatakan Najib memegang RM2.6 bilion sebagai pemegang amanah dan kegunaan Umno.

Penyataan tuntutan juga seterusnya mendakwa bahawa Umno dan dengan itu, Najib, dikawal oleh Akta Pertubuhan dan perlembagaan parti.

Ia menyebut bawah seksyen 14(d) akta tersebut, Umno perlu menyediakan akaun teraudit setiap tahun kewangan kepada Pendaftar Pertubuhan.

Tahun kewangan Umno adalah dari 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun, dan wang kepunyaan Umno hendaklah disimpan di bank perdagangan atau simpanan.

Sebagai plaintif, beliau menyatakan bahawa Najib sebagai pemegang amanah, telah melanggar perlembagaan Umno, peruntukan Akta Pertubuhan, dan common law sebagai pemegang amanah.

Beliau seterusnya berkata jumlah RM2.6 bilion itu tidak ada dalam akaun Umno yang telah diaudit bagi tahun kewangan 2013 dan 2014.

Ia juga mendakwa bahawa sebahagian daripada RM2.6 bilion itu telah dipindahkan ke satu akaun bank di Singapura pada 30 Ogos 2013.

Akaun bank dikatakan bukan milik Umno. Najib juga didakwa tidak memaklumkan atau mengisytiharkan jumlah RM2.6 bilion itu kepada Umno.

Pernyataan tuntutan itu menyebut bahawa Najib telah membayar atau mengeluarkan daripada parti itu sejumlah asal wang berjumlah AS$650 juta, dan ini adalah pelanggaran secara langsung Perlembagaan Umno.

Ia juga mendakwa bahawa presiden Umno itu telah menggunakan atau menyimpan sebahagian wang yang bagi faedahnya sendiri dan tanpa mengambil kira Umno.

Dengan sebab itu, penyataan tuntutan mendakwa Najib telah bertindak dengan pecah amanah dan kepercayaan yang diletakkan kepadanya sebagai pemegang amanah Umno.

Untuk ini, beliau berkata presiden Umno dan Majlis Tertinggi telah bertindak ultra vires (di luar kuasanya) dalam perlembagaan parti itu dan telah melakukan penipuan.
MT tak sedia bertindak

Anggota Umno itu seterusnya menyatakan bahawa oleh kerana Najib didakwa pesalah yang mengawal parti, maka parti itu bukan dalam kedudukan untuk membuat tuntutan untuk faedahnya sendiri terhadap Najib.

Ia juga berkata bahawa Majlis Tertinggi tidak berupaya atau tidak bersedia untuk mengambil tindakan terhadap presiden Umno berikutan kuasa dan pengaruhnya ke atas parti.

Perwakilan Umno Langkawi itu seterusnya mendakwa lagi Najib telah menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri apabila menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kekal sebagai timbalan presiden parti.

Anggota Umno itu berkata akibat daripada kedudukan dan kuasa Najib, dan juga cara bagaimana Umno ditadbir oleh Majlis Tertinggi, jawatankuasa perhubungan negeri, bahagian dan cawangan, tidak akan menyaman atau meminta akaun RM2.6 bilion.

Tindakan undang-undang ini adalah yang kedua yang dihadapi oleh Najib atas kapasiti peribadinya.
PKR dan beberapa anggota pembangkang telah memfailkan saman terhadap Najib, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 1MDB, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang dikaitkan dengan derma RM2.6 bilion itu.

Najib mendakwa wang itu adalah sebahagian daripada sumbangan politik untuk digunakan bagi pilihan raya umum ke-13.



Laman web BERSIH disekat menjelang perhimpunan?

Posted: 27 Aug 2015 08:04 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Laman web BERSIH dilaporkan telah disekat dari internet mulai lewat petang semalam.

Pengguna penyedia perkhidmatan tertentu telah melaporkan tidak dapat mengakses laman web tersebut, dengan mendapat paparan halaman 404 yang menunjukkan laman web ini tidak boleh diakses.

Langkah itu ekoran amaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semalam bahawa semua laman web yang "menggalakkan" perhimpunan yang dirancang hujung minggu ini untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak meletak jawatan, akan disekat dengan mendakwa "laman web itu boleh mengganggu-gugat kestabilan negara".

Bagaimanapun halaman error yang dihadapi oleh para pengguna sejak semalam itu, tidak membawa sebarang disclaimer SKMM untuk menunjukkan satu sekatan rasmi dan tidak semua alamat DNS terjejas.

Malaysiakini sedang berusaha untuk menghubungi SKMM bagi mengesahkan sama ada error itu adalah kerana sekatan rasmi.

Perhimpunan ini akan diadakan pada hari Sabtu ini di Kuala Lumpur dan juga di Kuching serta Kota Kinabalu.

Pengkritik telah membidas kerajaan atas tindakan tersebut. Seorang pemimpin Umno, bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah, turut mengkritik tindakan SKMM itu.

Ini adalah kali kedua dalam tempoh tiga bulan selepas SKMM menyekat sebuah laman web terkemuka apabila ia menghentikan akses tempatan ke laman web Sarawak Report dengan mendakwa laporannya tentang skandal 1MDB skandal tidak mempunyai bukti.

Curi motor, popular di internet

Posted: 27 Aug 2015 07:59 PM PDT

Curi motor, popular di internet
Perkongsian yang dimuatnaik, semalam.
 

TIGA orang pemuda 'popular' hari ini selepas didakwa mencuri sebuah motosikal di NU Sentral, Kuala Lumpur, semalam.

Tinjauan Sinar Online mendapati foto ketiga-tiga lelaki berkenaan dimuatnaik oleh pemilik motosikal yang dicuri ke laman sosial Facebook.

"Assalamualaikum 3 orang pemuda ni adalah pencuri moto saya di NU Sentral Kuala Lumpur.. Motor saya telahpun hilang semalam .. Pada hari Rabu 26.08.2015.. Moto saya jenis honda EX5 warna biru K******.. Sesiapa yg mengenali mereka bertiga sila laporkan kepada balai polis berdekatan.. Tolong share please," rayu mangsa.

Foto berkenaan sudah dikongsikan hampir 4,000 pelayar yang lain.

Bagaimanapun, perkongsian terbaru dari salah seorang rakan mangsa hari ini menunjukkan bahawa motorsikal yang dicuri telah dipulangkan kembali kepada pemilik asal

Pentadbiran Najib paling bermasalah

Posted: 27 Aug 2015 07:56 PM PDT

Pentadbiran Najib paling bermasalah
Mustafa Ali. Foto Sinar Harian Oleh MIZAN MAT TAMIN
 
 
SHAH ALAM - Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, sepanjang beliau menceburi bidang politik, beliau melihat pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak paling membawa masalah kepada negara. 
 
Katanya, masalah itu bukan sahaja terkait dengan masalah politik, sebaliknya memalit semua masalah yang ada di dalam negara ini termasuk sosial dan ekonomi negara. 
 
"Saya terlibat dalam politik lebih 40 tahun. Saya pernah melihat bagaimana negara berhadapan dengan kegawatan ekonomi pada 1997 dan 1998, tetapi tidak teruk seperti sekarang. 
 
"Kalau dilihat ketika ini pentadbiran kerajaan bukan sahaja menghadapi masalah politik tetapi terkait sekali masalah ekonomi, sosial dan kesejahteraan rakyat," katanya dalam satu sesi wawancara khas bersama Sinar Harian, di sini, hari ini. 
 
Beliau berkata demikian bagi mengulas pelbagai polemik yang melanda pentadbiran Perdana Menteri ketika ini, antaranya isu  1Malaysia Development Berhad (1MDB), isu derma RM2.6 bilion, kejatuhan ringgit.
 
Mustafa yang juga bekas Setiausaha Agung Pas menambah, Perdana Menteri yang terdahulu juga tidak pernah berhadapan dengan kritikan dan masalah sebagaimana yang dihadapi Najib ketika ini.
 
"Sejak (Allahyarham) Tun Abdul Razak hinggalah Tun Dr Mahathir Mohamad, saya rasa inilah masalah paling besar yang dihadapi negara (masalah pentadbiran)," katanya lagi.
 
Mengulas lanjut, Mustafa berkata, ia bertambah buruk apabila persepsi negatif mengenai negara mulai terbentuk hinggakan menjejaskan imej negara di mata dunia.
 
"Lagi teruk apa yang kita hadapi ini bukan sahaja soal persepsi dalam negara tetapi  melibatkan persepsi luar terhadap kita dan isu kejatuhan mata wang ringgit yang berterusan. 
 
"Belum pernah sebelum ini mata wang kita serendah sekarang iaitu hampir bersamaan AS$4 berbanding RM1. Adakah sampai nilai ringgit akan turun sehingga AS$5? Minta tidak sampai ke situ.
 
"Selain itu belum pernah kita lihat di mana Perdana Menteri campur tangan secara terang terangan dalam institusi negara yang penting seperti Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis, pihak bank dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)," katanya lagi.
 
Oleh itu ujarnya, semua pihak harus melakukan 'sesuatu' bagi memastikan Malaysia kekal sejahtera seperti keadaan sebelum-sebelumnya.
 
"Banyak orang cakap bawah sampai atas mengenai perkara ini....ada orang cakap undi tidak percaya di dalam Parlimen (untuk mendesak Najib lepas jawatan)," katanya.
 
 

Kerana ekonomi teruklah, kami adakan Bersih

Posted: 27 Aug 2015 07:53 PM PDT

Kerana ekonomi teruklah, kami adakan Bersih
Wan Azizah ditemui ketika pelancaran buku 'Sayang Buat Papa & My Dear Papa' di Dewan Sivik Majlis Bandaran Petaling Jaya di Petaling Jaya, hari ini.
 
 
PETALING JAYA - "Kerana ekonomi negara sudah sedia ada teruklah, kami adakan Bersih 4.0!" demikian kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya, kegagalan ekonomi Malaysia adalah disebabkan skandal badan pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bukannya disebabkan oleh penganjuran himpunan Bersih 4.0 yang akan berlangsung pada 29 Ogos dan 30 Ogos ini.

"Kenapa Bersih (4.0) pula yang jadikan ekonomi negara sebagai mangsa, 1MDB lah punca sebenar negara mengalami krisis ekonomi.

"1MDB yang menyebabkan nilai ringgit susut dan ekonomi makin teruk. Bukannya Bersih. Itu tak betul," balas Wan Azizah ketika ditemui Sinar Online di sini, hari ini.

Datuk Rahman Dahlan pada semalam dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa penganjuran himpunan tersebut bakal memangsakan ekonomi negara; menyebabkan ekonomi semakin teruk.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menulis di ruangan Twitternya @mpkotabelud pada Rabu dengan mengatakan penganjur Bersih 4.0 tidak peduli mengenai keadaan semasa ekonomi.

"Dulu kita buat Bersih, jelas bahawa himpunan itu tidak jejaskan ekonomi negara," bidas Wan Azizah lagi.
 
 

Tiada ulasan: