Khamis, 27 Ogos 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


BANYAK CAWANGAN UMNO DI JOHOR BUBAR JIKA MUHYIDDIN DIPECAT

Posted: 27 Aug 2015 07:49 AM PDT

shahbudindotcom


Mesyuarat MT UMNO pada 9 September ini bakal menjadi penentuan "hidup dan mati"  bagi masa depan politik Muhyiddin Yassin dalam parti itu.

Jika beliau dipecat, maka berakhirlah sejarah panjangnya bersama parti itu, tetapi kiranya tiada sebarang tindakan dalam mesyuarat itu nanti, bererti selamatlah masa depannya dan kekallah beliau dengan jawatan nombor dua itu sehingga pemilihan UMNO seterusnya.

Untuk mengambil tindakan terhadap Muhyiddin dalam mesyuarat MT yang berikutnya tentu saja tidak relevan lagi, kecuali jika Timbalan Presiden UMNO itu terus lantang mengkritik Perdana Menteri, Najib Razak berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta secara terbuka.

Walaupun Muhyiddin mula mendapat sokongan dan simpati daripada pelbagai pihak sebaik terdengar ura-ura beliau akan dipecat pada 9 September ini, kemungkinan yang berlaku di Johor barangkali di luar jangkaan jika pemecatan itu benar-benar berlaku.

Seorang pemimpin UMNO Johor yang enggan namanya disebut memberitahu, banyak cawangan UMNO di negeri itu akan dibubarkan jika Muhyiddin dipecat pada mesyuarat MT UMNO 9 September nanti.

Katanya, tindakan pembubaran itu diambil sebagai tanda protes terhadap ketidakadilan yang dihadapkan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu memandangkan beliau tidak terbabit dengan sebarang kesalahan jenayah atau moral yang mewajarkan pemecatan diambil terhadapnya.

Jika dipecat, kata pemimpin itu, kesalahan Muhyiddin hanyalah kerana bercakap benar dan berterus terang untuk menyelamatkan UMNO.

Katanya, cawangannya sendiri adalah antara yang paling awal dibubarkan sekiranya nasib buruk menimpa Muhyiddin pada mesyuarat MT UMNO itu.

Beliau menambah, mereka hanya mengambil keputusan membubarkan cawangan UMNO yang bermakna akan menghentikan segala aktiviti dan kegiatan berkaitan parti, tetapi tetap bersama UMNO sebagai ahli biasa sahaja.

Meskipun tidak dapat menjangka jumlah tepat cawangan UMNO yang akan dibubarkan sebagai tanda protes itu, pemimpin terbabit meramalkan akan terdapat antara tiga hingga lima cawangan dari setiap bahagian akan mengambil keputusan tersebut.

Ini bermakna, dengan UMNO Johor mempunyai 26 bahagian, pemecatan Muhyiddin bakal melumpuhkan kira-kira 100 cawangan di negeri itu. Dan ini sekaligus merupakan berita baik bagi pembangkang di Johor yang sudah pun mempunyai 18 kerusi DUN di negeri itu.

Muhyiddin pula, meskipun sedang bercuti di luar negara bersama keluarga ketika ini, namun tidak santai dibuatnya lantaran menyedari kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO ibarat "telur di hujung tanduk"  menjelang mesyuarat MT yang akan datang ini.

Seolah-olah turut mengesan gerakan untuk menyingkirkannya sedang giat dijalankan di dalam negara, beliau lantas mengingatkan bahawanya dirinya bukanlah pengkhianat parti seperti yang dituduh oleh banyak pihak.

Dalam kenyataan medianya semalam, Muhyiddin mengatakan sumbangannya kepada parti sudah melebihi tempoh 40 tahun dan ketika pelbagai krisis melanda UMNO, beliau tetap setia bersama parti itu.

Malah, katanya,  ketika UMNO diharamkan dahulu, beliau mengambil tanggungjawab membina semula UMNO di Johor sehingga ia kembali kuat dan menjadi penyumbang kepada kemenangan BN setiap kali pilihanraya diadakan.

Beliau sebaliknya mahukan kemelut yang melanda ketika ini harus dihadapi secara berani dan berdepan atau akan mengakibatkan terjerumus menjadi negara yang gagal.

Blog ini pula, dua lalu lalu telah mendedahkan pengakuan seorang pegawai tinggi di ibu pejabat UMNO yang mengatakan akan terdapat "operasi kedua" dalam masa terdekat ini yang akan menyaksikan semua masalah Najib dalam parti itu dapat diselesaikan.

Pegawai itu berkata, selepas "operasi kedua"  yang menyaksikan Najib tiada masalah lagi dalam parti, beliau seterusnya dapat menumpukan sepenuh perhatiannya kepada usaha menghadapi pilihanraya ke 14 yang dijangka akan diadakan pada 2018 nanti. 

Kerajaan akan rangka kaedah bantu petani akibat penyusutan ringgit, kata Shabery

Posted: 27 Aug 2015 04:29 AM PDT


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata walaupun petani di negara ini tidak menerima elaun sara hidup seperti nelayan, mereka tidak perlu bimbang kerana pihak kementerian akan sentiasa memikirkan sistem jaringan keselamatan untuk kebaikan mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Ogos, 2015.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata walaupun petani di negara ini tidak menerima elaun sara hidup seperti nelayan, mereka tidak perlu bimbang kerana pihak kementerian akan sentiasa memikirkan sistem jaringan keselamatan untuk kebaikan mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Kerajaan akan merangka kaedah untuk membantu golongan petani yang mengalami tempias ekoran penyusutan nilai ringgit, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
 
"Walaupun petani di negara ini tidak menerima elaun sara hidup seperti nelayan, mereka tidak perlu bimbang kerana pihak kementerian akan sentiasa memikirkan sistem jaringan keselamatan untuk kebaikan mereka," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan amanat kepada warga kementerian bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Serdang hari ini, Shabery berkata kementeriannya akan memantau kenaikan harga terutama barangan keperluan yang perlu diimport seperti beras, daging dan baja.

Katanya kajian impak kenaikan dolar Amerika Syarikat (AS) terhadap sektor pertanian juga hampir siap dan akan diserahkan kepada Jawatankuasa Khas Ekonomi untuk melihat implikasinya sekiranya kejatuhan nilai ringgit berpanjangan. 
 
"Walaupun pengeluaran beras, ikan dan ayam adalah mencukupi tetapi kita juga perlu lihat kesan-kesan lain misalnya penggunaan peralatan mesin, baja yang diimport dan melihat import itu pada dolar AS," katanya.

Dalam pada itu, beliau menafikan dakwaan bahawa elaun sara hidup golongan nelayan darat sebanyak RM1,200 akan dihentikan berikutan penyusutan nilai ringgit.

Terdahulu, Shabery dalam amanatnya meminta warga kementerian mempertingkatkan jalinan kerjasama dan bergerak secara pasukan tanpa mengira kedudukan untuk memastikan kementerian kekal strategik dalam usaha membina benteng pertanian negara.

"Kita mahu meningkatkan keluaran industri pertanian dan saya tidak akan membenarkan mana-mana rakyat Malaysia miskin tanpa makanan di negara kita," katanya.

Shabery turut melancarkan sembilan aplikasi mudah alih atau dikenali sebagai Mardi (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) Apps yang bertujuan menyokong aktiviti pemindahan teknologi, kompetensi serta pengetahuan kepada petani, pengusaha pertanian dan penternakan.

Sembilan aplikasi itu ialah Mardi Doktor Cili, Mardi Manual Lebah Kelulut, Mardi Direktori Usahawan, Mardi Fertigasi Cili, Mardi Fertigasi Melon, Mardi Hidroponik Salad, Mardi Padi Aerob, Mardi Cendawan Tiram Kelabu dan Mardi MyKonsultan. – Bernama


Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan rayuan Khir Toyo ke 22 September

Posted: 27 Aug 2015 04:20 AM PDT



Panel 5 hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membenarkan permohonan dibuat peguam mewakili bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi mahkamah menyampaikan keputusan pada tarikh lain. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Ogos, 2015.Panel 5 hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membenarkan permohonan dibuat peguam mewakili bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi mahkamah menyampaikan keputusan pada tarikh lain. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini menangguhkan ke 22 September untuk membuat keputusan terhadap rayuan bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo kerana beliau kini menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Panel 5 hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membenarkan permohonan dibuat peguam mewakili bekas menteri besar itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi mahkamah menyampaikan keputusan pada tarikh lain.

"Kami sudah bersedia menyampaikan penghakiman dan alasan penuh penghakiman selepas beberapa bulan kami mendengar rayuan itu.

"Memandangkan Dr Khir tidak dapat hadir, saya fikir kami tidak akan menyampaikan keputusan hari ini dan kami menangguhkannya 3 minggu dari sekarang," kata Hakim Zulkefli. "Kami berharap perayu akan sembuh dan berdoa semoga beliau kembali sihat," katanya.

Terdahulu, Shafee memberitahu mahkamah bahawa Dr Khir tidak dapat hadir di mahkamah hari ini kerana beliau dimasukkan ke IJN dan dijadual menjalani rawatan angiogram pada 5 petang hari ini.

Beliau berkata Dr Khir, 50, rebah semasa berjoging semalam, dan saluran jantungnya disyaki tersekat.
Shafee juga mengemukakan laporan doktor kepada mahkamah.

Katanya Seksyen 314 Kanun Prosedur Jenayah menyatakan jika perayu tidak hadir di mahkamah, maka mahkamah tidak harus mengeluarkan apa-apa perintah tetapi perlu menangguhkan prosiding.

Beliau berkata, Dr Khir perlu hadir di mahkamah sekiranya mahkamah membuat keputusan yang tidak memihak kepadanya kerana proses rayuan masih berjalan.

Beliau berkata ini kerana Dr Khir mempunyai hak untuk mendengar semasa proses menjatuhi hukuman dan merayu supaya hukuman diringankan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Masri Daud berkata, mahkamah masih boleh mengumumkan keputusan tanpa kehadiran Dr Khir sambil merujuk kes anggota Unit Tindakan Khas Koperal Sirul Azhar Umar yang tidak hadir apabila Mahkamah Persekutuan menyampaikan keputusannya. Sirul Azhar dilaporkan lari ke Australia pada hari keputusan disampaikan.

Terdahulu, Shafee turut memaklumkan mahkamah anak guamnya dijangka berada di wad selama beberapa hari dan keadaannya dipantau oleh doktor bagi tempoh beberapa minggu akan datang.

Hakim Zulkefli kemudian berkata: "Kebanyakan kami pernah menjadi pesakit di IJN, tetapi itu tidak bermakna kami tidak hadir untuk bekerja, ini adalah pemerhatian saya".

Panel itu dijadual menyampaikan keputusan hari ini terhadap rayuan Dr Khir terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 bulan karana dikatakan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan tanah dan satu unit banglo.

Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Dr Khir, seorang doktor gigi, bersalah kerana mendapatkan untuk dirinya dan isterinya Zahrah Kechik, 50, dua plot tanah dan satu unit banglo di Seksyen 7, Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya Datuk Shamsuddin Hayroni.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang itu gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 30 Mei 2013.
 
Dr Khir dituduh melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
 
Sementara itu, di luar mahkamah, Shafee memberitahu pemberita bahawa Dr Khir berada dalam keadaan sihat apabila datang ke pejabatnya pada Selasa tetapi beliau (Shafee) kemudian diberitahu semalam anak guamnya rebah selepas berjoging. – Bernama,


Bersih kutuk sekatan Internet terhadap maklumat himpunan minggu ini

Posted: 27 Aug 2015 04:10 AM PDT

Jawatankuasa tertinggi Bersih pada sidang media memberi maklumat terkini berkenaan himpunan Bersih 4 di Petaling Jaya, hari ini. Mereka mengutuk sekatan Internet oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang disifatkan menidakkan hak rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 27 Ogos, 2015.Jawatankuasa tertinggi Bersih pada sidang media memberi maklumat terkini berkenaan himpunan Bersih 4 di Petaling Jaya, hari ini. Mereka mengutuk sekatan Internet oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang disifatkan menidakkan hak rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal. 
 
 
Bersih 2.0 secara rasmi mengkritik rancangan pengawal selia Internet Malaysia untuk menyekat laman sesawang yang mempunyai maklumat mengenai perhimpunan Bersih 4 pada hujung minggu ini, menggelarnya satu tindakan "penjajahan".
 
Kumpulan reformasi pilihan raya itu juga menggesa orang ramai menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang dikatakan sama seperti penapisan.
 
Ahli Jawatankuasa Bersih, New Sin New berkata SKMM tidak mempunyai sebarang hak menyekat laman sesawang dan Bersih tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap suruhanjaya itu jika ia tidak mengubah keputusannya.

"Sebagai rakyat Malaysia kita berhak mendapat maklumat, jadi sila emel atau menulis surat kepada mereka dan beritahu yang mereka tidak mempunyai hak menyekat semua akses," kata New. 
 
"Bagaimana maklumat mengenai Bersih 4 akan mengancam ketenteraman awam? Mereka perlu membuktikannya jika kita membawanya ke mahkamah," soal New dan menggesa orang ramai mengemukakan aduan mereka terhadap SKMM kepada penganjur perhimpunan itu juga.
 
SKMM hari ini mengumumkan rancangan menyekat laman sesawang mempromosi dan berkongsi maklumat mengenai perhimpunan 29 dan 30 Ogos yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.
 
SKMM berkata, keputusan dibuat untuk menyekat laman sesawang "menggalakkan, menyebarkan maklumat dan menggalakkan orang ramai untuk menyertai demonstrasi Bersih 4 ", yang akan "mengancam kestabilan negara".
 
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah juga mengkritik SKMM, berkata ia sepatutnya menggalakkan kebebasan penyebaran maklumat.
 
"Kami membantah kuat larangan itu," katanya pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.
 
Penyelaras Sumber Bersih 2.0 Dr Wong Chin Huat berkata, langkah SKMM "seperti badan penjajah kepada kaum yang dijajah" yang menghantar isyarat salah kepada ekonomi Malaysia.

"Aliran kebebasan maklumat merupakan prasyarat sebuah ekonomi moden untuk beroperasi. Malaysia bukan China, yang begitu besar sehingga mampu menekan medianya sendiri.

"Apa yang anda akan haramkan seterusnya, ini mencipta sesuatu yang tidak baik," kata Wong, sambil menambah rakyat perlu dibenarkan mengakses kepada maklumat dan membuat keputusan sendiri selepas mendapat maklumat secukupnya

Najib gesa agensi pelancongan tangani persepsi negatif terhadap Malaysia

Posted: 27 Aug 2015 04:07 AM PDT



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata agensi pelancongan perlu memainkan peranan aktif untuk menyampaikan kebenaran mengenai keindahan negara dan menangkis salah tanggapan khususnya di kalangan pelancong luar. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 27 Ogos, 2015.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata agensi pelancongan perlu memainkan peranan aktif untuk menyampaikan kebenaran mengenai keindahan negara dan menangkis salah tanggapan khususnya di kalangan pelancong luar. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli. 
 
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa supaya agensi pelancongan menggunakan media sosial untuk menangani persepsi negatif terhadap Malaysia bagi menarik pelancong asing berminat datang ke negara.

Najib berkata agensi pelancongan perlu memainkan peranan aktif untuk menyampaikan kebenaran mengenai keindahan negara dan menangkis salah tanggapan khususnya dikalangan pelancong luar.
 
"Pada masa sama, Matta (Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia) dan ahlinya berperanan untuk membantu menonjolkan kebenaran mengenai negara kita kepada pasaran luar.

"Supaya salah tanggapan dan pandangan negatif yang palsu, terutamanya yang tersebar menerusi media sosial dapat dibetulkan dan pelancong tidak takut datang ke Malaysia," kata Najib semasa majlis anjuran Matta di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini. 
 
Najib mengakui industri pelancongan negara sedikit terjejas, susulan dua insiden melibatkan penerbangan negara yang tidak dapat dielakkan dan kejadian banjir besar tahun lalu.

"Selain tragedi penerbangan Malaysia Airlines dan AirAsia pada 2014, destinasi Malaysia sebagai tempat pelancongan juga terjejas akibat daripada banjir pada awal tahun ini," katanya.

Menurut Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, jumlah pelancong ke Malaysia jatuh kepada 8.6% pada suku pertama tahun ini berbanding suku yang sama tahun lalu.

Bagaimanapun, Najib berkata Malaysia masih menjadi tarikan pelancong kerana keselesan dan perkhidmatan yang mampu diberikan kepada mereka.

Selain itu, Najib juga menyifatkan faktor kadar pertukaran mata wang asing juga mampu menjadi tarikan untuk pelancong melawat Malaysia.

"Pastinya, nilai untuk wang akan menyebabkan  pelancong asing menikmati pengalaman baik di Malaysia berbanding destinasi lain kerana pertukaran nilai wang kita," katanya yang merujuk kepada kejatuhan mata wang negara ke paras terendah sejak kebelakangan ini.


Bade tidak bersetuju cerai Erma Fatima

Posted: 27 Aug 2015 03:54 AM PDT

Bade tertekan!
 

PENGARAH filem, Bade Azmi memaklumkan kepada Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dia tidak bersetuju dengan permohonan penceraian yang difailkan isterinya, Erma Fatima.

Bade atau nama sebenarnya, Badaruddin menyatakan pendiriannya itu pada prosiding kes tersebut sebentar tadi.

Menurutnya, dia menerima saman yang dikemukakan oleh isterinya.

"Saman pertama diterima Ramadan lalu, saya tidak membaca isi kandungannya namun ada menandatangani," katanya.

Menurutnya, saman kedua diterima oleh pembantu rumahnya.

"Saya juga tidak membaca isi surat berkenaan," katanya.

Bekalan mata wang asing biasa cukup

Posted: 27 Aug 2015 03:51 AM PDT

SINAR HARIAN


matawang asing
Gambar Hiasan


KUALA LUMPUR - Bekalan mata wang asing biasa mencukupi dalam pasaran bagi memenuhi permintaan semasa, kata Persatuan Perniagaan Perkhidmatan Wang Malaysia (MAMSB).

Bekalan juga mencukupi untuk memenuhi permintaan bermusim seperti musim Haji, demikian menurut persatuan itu dalam satu kenyataan hari ini.

"Orang ramai dinasihatkan supaya menukar mata wang dengan pengurup wang berlesen di Malaysia sebelum ke luar negara," kata MAMSB.

Menurut persatuan itu lagi, orang ramai yang berdepan kesukaran untuk membeli mata wang yang diperlukan boleh menghubungi persatuan di talian 03-7722 5808.

Kini terdapat lebih 350 pengurup wang berlesen di lebih 1,500 cawangan di seluruh Malaysia yang menyediakan perkhidmatan penukaran mata wang. - Bernama


Hampir 1,000 berkumpul sertai praBersih 4.0

Posted: 27 Aug 2015 03:49 AM PDT

Hampir 1,000 berkumpul sertai praBersih 4.0


BATU PAHAT - Kira-kira 1,000 orang menyertai Himpunan pra Bersih 4.0 yang diadakan di Dataran Penggaram, di sini malam semalam.

Adun Penggaram, Gan Peck Cheng berkata, himpunan berkenaan dianjurkan oleh Pusat Khidmat Adun Penggaram dan bermula pada jam 9.00 malam

Katanya, perhimpunan yang berjalan selama 30 minit itu adalah sebagai sokongan untuk perhimpunan Bersih 4.0 yang bakal diadakan di ibu negara penghujung minggu ini.

"Kira-kira 1,000 lebih orang ramai yang hadir terutamanya di kalangan ahli DAP di daerah ini yang menunjukkan sokongan terhadap himpunan yang bakal diadakan di ibu negara

"Sokongan dapat dibuktikan dengan kehadiran mereka selain kami turut menerima sumbangan sebanyak kira-kira RM5,400 untuk Bersih 4.0 nanti," katanya

Hadir sama dalam himpunan berkenaan adalah Adun Yong Peng, Chew Peck Choo dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Idris Jusi.


Keputusan rayuan Khir Toyo ditangguh

Posted: 27 Aug 2015 03:46 AM PDT

Mohamad Khir Toyo
Mohamad Khir Toyo
 
 
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan sebentar tadi terpaksa menagguhkan keputusan rayuan bekas Menteri Besar Selangor, Dr  Mohamad Khir Toyo selepas Mohamad Khir tidak hadir ke mahkamah.
 
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin menangguhkan keputusan itu selepas Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Mohamad Khir memaklumkan anak guamnya masih ditahan di Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan sejak semalam.
 
Korum yang turut dianggotai Tan Sri Ahmad Maarop; Tan Sri Hasan Lah; Tan Sri Jeffery Tan Kok Hwa; dan Datuk Ramly Ali seterusnya menetapkan 22 September depan untuk keputusan.
 
Mahkamah Persekutuan sepatutnya memberikan keputusannya hari ini selepas Mohamad Khir selaku perayu dan pihak pendakwa raya sebagai responden selesai mengemukakan hujahan masing-masing pada 19 Januari lalu.
 
Semalam media melaporkan Mohamad Khir dikejarkan ke Hospital Selayang apabila rebah selepas berjoging di kawasan rumahnya di Seksyen 7 Shah Alam.
 
Setelah mendapatkan rawatan di Hospital Selayang, Mohamad Khir kemudiannya dirujuk ke IJN untuk pemeriksaan lanjut.
 
Mohamad Khir, 49, merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 30 Mei tahun lalu yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara atas tuduhan mendapatkan untuk beliau dan isteri, Zahrah Kechik, 48, hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta.
 
Mahkamah Rayuan turut mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember dua tahun lalu yang mengarahkan perayu dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan ia akan diserahkan kepada kerajaan.
 
Mohamad Khir dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam daripada Ditamas Sdn. Bhd. melalui Shamsuddin Hayroni yang merupakan pengarahnya.
 
Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.
 
Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.
 
 
 

MALU WEHH...ORANG ASLI PUN TAK PERCAYA DUIT RM2,600 JUTA SEBAGAI DERMA...

Posted: 27 Aug 2015 01:12 AM PDT

shahbudindotcom




Isu wang  sebanyak RM2,600 juta yang mengalir masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak dan dikatakan derma terus menjadi perdebatan umum. Ada yang percaya, tetapi rasanya lebih ramai yang sukar menerimanya semata-mata sebagai derma ikhlas semata-mata.

Dalam mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian-bahagian yang sebahagian besarnya sudah berlangsung, ia dilaporkan menjadi isu paling hangat dibincang dan diperdebatkan. Sudah tentu perbincangan itu lebih menjurus luahan perasaan yang sama iaitu sukar menerima wang sebanyak itu sebagai derma serta mahukan Najib memberi penjelasan lebih jujur mengenainya.

Susulan daripadanya, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dilaporkan mahu menemui Najib bagi menyampaikan sendiri pandangan keseluruhahan usul daripada Pemuda bahagian yang dianggap mewakili akar umbi generasi muda itu.

Sudah tentu ini merupakan tekanan secara langsung dan isyarat penolakan yang cuba disampaikan oleh Pemuda UMNO kepada Najib nanti.



Bekas Ketua Wanita UMNO, Rafidah Aziz, walaupun sudah bersara dan mungkin lebih banyak masanya bermain dengan cucu-cucu, turut tidak dapat menahan perasaan daripada meluahkan keraguan terhadap derma sebesar RM2,600 juta itu.

Beliau lantas melontarkan persoalan, apakah mungkin wujud pakatan tertentu yang boleh menggugat kedaulatan negara di sebalik wang tersebut?

Persoalan yang dilontarkan beliau memang ada logiknya untuk difikirkan oleh kita semua. Mustahil derma sebesar itu tiada apa-apa hasrat terlindungnya?

Walaupun Nazri Aziz pernah mengatakan derma itu datangnya daripada sebuah negara kecil yang tidak mampu menggugat Malaysia, kemungkinan negara tersebut menjadi alat atau perantaraan kuasa besar lain tidak harus diketepikan.

Sebagaimana wang RM2,600 juta itu juga disimpang-siurkan sebelum berlabuh di destinasi akhir ke akaun peribadi Najib, tentulah tidak mustahil perkara yang sama boleh dilakukan oleh kuasa besar atau pihak lain untuk melundungi identiti mereka.

Apa pun, peringatan Rafidah itu tidak harus diabaikan begitu saja. Ia merupakan hak kita untuk menilai dan membuat keputusan mengenainya.



Selain itu, rata-rata rakyat daripada pelbagai kelompok turut meragui dan mempersoalkan mengenai wang tersebut. Suara-suara bantahan dan tidak puas hati boleh didengari di mana-mana saja, tetapi yang paling mengejutkan ialah Orang  Asli juga berpendirian sama.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today, Naib Presiden Jaringan Orang Asli SeMalaysia, Yusri Ahon berkata, masyarakat Orang Asli turut meragui mengenai wang tersebut dan ia menjejaskan kepercayaan mereka terhadap kerajaan berikutan kegagalan Perdana Menteri memberi penjelasan mengenainya.

Katanya, jika benar wang tersebut merupakan sumbangan derma daripada negara Arab, ia tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib, sebaliknya mestilah melalui akaun organisasi atau parti.

"Sekiranya orang lain menerima wang seperti itu, bukankah ia akan menjadi isu besar?," tanya beliau.

Malu wehh...Orang Asli pun dah cerdik atau lagi cerdik dan boleh memikir antara betul dengan salah.

Walaupun  berita yang disiarkan di Free Malaysia Today itu hanya kecil dan mungkin tidak disedari oleh banyak pihak, ia sebenarnya memberi nilai yang bermakna kepada kita semua.

Penyokong Najib yang sekolah tinggi-tinggi tak rasa malu ke?

Kebenaran tetap kebenaran, Orang Asli pun nampaknya dah tahu menilainya.  Lagi pula negara Islam atau PBB  pun hanya dapat "ciput" saja walaupun untuk memerangi keganasan global.



Janganlah diambil kira Ahmad Maslan yang sanggup "ditembak" dan beberapa Ketua UMNO Bahagian yang berikrar sanggup "mati"  demi mempertahankan Najib kerana mereka sebenarnya sudah digelapkan mata dan pandangan berikutan turut menerima habuan daripada RM2,600 juta itu.

Ahmad Maslan sebagaimana yang didedahkan oleh Sarawak Report dapat RM2 juta, Shahrir Samad dapat kecil sedikit iaitu RM1 juta dan sudah tentu Ketua-Ketua UMNO Bahagian lain turut dapat bahagian masing-masing.

Itulah nilai hidup mereka dan adakah kita juga mahu sama seperti mereka? Lu fikirlah bro....



Video parodi Power Rangers Kumpulan Anti Bersih 4.0

Posted: 27 Aug 2015 12:48 AM PDT

Mereka yang dipaparkan dalam visual itu digambarkan menerima kuasa untuk menjadi kebal.

VIDEO INSIDE
power-rangers


PETALING JAYA: Rakaman video demonstrasi mempertahankan diri Kumpulan Anti Bersih 4.0 yang menjadi viral sejak dua hari lalu kini menjadi bahan ejekan di media sosial.

Visual tersebut telah disunting menjadi satu babak parodi superhero menerusi rancangan kegemaran kanak-kanak `Power Rangers'.

Wajah lima lelaki yang dilihat dalam rakaman asal video itu ditunjukkan dengan jelas termasuk wajah Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah.

Menerusi video tersebut, kesemua mereka telah dilakonkan dengan aksi menerima kuasa untuk menjadi kuat dan kebal.

Pada Selasa lalu, kumpulan Anti Bersih 4.0 membuat gimik dengan mempamerkan demonstrasi mempertahankan diri sebagai persediaan berhdapan dengan peserta Bersih 4.0.

Kumpulan itu menjangkakan seramai 30,000 akan menyertai kumpulan baju merah yang akan berarak dari Plaza Low Yat ke Dataran Merdeka.

IBS tidak menjamin penurunan harga hartanah

Posted: 27 Aug 2015 12:36 AM PDT

 DALIA ISMAIL

 

Terraced-Roof-Tops-600x360
Kos pengendalian IBS sendiri agak tinggi berikutan kekurangan tenaga mahir dalam mengendalikan sistem rumah pasang siap itu.


KUALA LUMPUR, Penggunaan Sistem Rumah Pasang Siap (IBS) di negara ini tidak memberi jaminan penurunan harga hartanah pada masa hadapan.


Presiden Harta Tanah Dan Persatuan Pemaju Perumahan (REHDA), Datuk Seri Fateh Iskandar Mohd Mansor berkata, ini kerana kos pembinaan bukan sahaja melibatkan kos tenaga kerja tetapi juga membabitkan lain-lain kos.

"Untuk jangka panjang IBS dilihat mampu mengurangkan kos pembinaan tetapi tidak untuk tempoh awal penggunaan sistem ini kerana kos permulaan yang tinggi perlu dilabur untuk jentera dan pengilangan.

"Kekurangan tenaga pakar untuk mengendalikan IBS pada masa kini akan menyebabkan lebih banyak latihan pengendalian diperlukan dan ini akan mengakibatkan kos buruh meningkat sekaligus menyumbang kenaikan kos pembinaan secara keseluruhan," ujarnya kepada The Rakyat Post.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) untuk menggunakan IBS dalam sektor perumahan di negara ini.

Isnin lalu, KRI melalui kajiannya mendedahkan harga rumah yang terlalu tinggi menyebabkan ia tidak mampu dimiliki rakyat sekaligus mencadangkan pemaju mengetengahkan IBS di negara ini.

Pengarah Urusan KRI, Datuk Charon Mokhzani berkata, polisi perumahan yang tertumpu kepada aspek permintaan perlu diubah kepada menyelesaikan aspek bekalan yang tidak efisyen.

Fateh Iskandar juga berkata, REHDA sentiasa menyokong sebarang polisi yang dapat membawa kebaikan kepada industri.

"Jika dapat meningkatkan bekalan pasaran adalah antara langkah terbaik untuk mengawal kenaikan harga rumah tetap dengan pelbagai beban dan cabaran yang dihadapi oleh pemaju hari ini, adakalanya sukar untuk meningkatkan produksi," ujarnya.

MBKS setuju Bersih 4 di Padang Song Kheng Khai

Posted: 27 Aug 2015 12:33 AM PDT

DENNIS WONG

 

bersih
Dari kiri, Jurucakap Bersih 4.0 Kuching spokesperson Karen Shephard, Nicholas Mujah dan Ahli Jawatankuasa Ahmad Awang Ali ketika ditemui hari ini. Foto TRP/ Dennis Wong 


KUCHING, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bersetuju perhimpunan Bersih 4 diadakan di Padang Song Kheng Khai.


Pengerusi Penganjur Bersih 4, Nicholas Mujah berkata, pihak majlis mahukan ia diadakan di kawasan letak kereta Stadium MBKS, namun kawasan itu tidak boleh digunakan untuk penganjuran apa-apa acara.

"Pihak majlis gagal dalam menjaga kemudahan ini dan ia berada dalam keadaan menyedihkan. Apa yang lebih teruk, ia sebenarnya adalah kawasan pembinaan," katanya.

Penganjur perhimpunan itu memohon 10 kawasan di bandaraya itu di mana antara kawasan berkenaan adalah di bawah MBKS dan Majlis Pembangunan Ekonomi Sarawak, yang mana ia ditolak.

Sehubungan dengan itu, Polis Kuching menasihatkan penganjur untuk mengadakan perhimpunan itu di Padang Song Kheng Khai yang mana sebelum ini ia digunakan oleh rakyat Sarawak untuk acara Sarawak For Sarawakians Independence Walk pada 22 julai lalu yang menghimpunkan lebih 10,000 peserta.

Mujah turut mengucapkan terima kasih kepada polis Sarawak kerana membantu mereka menetapkan lokasi perhimpuan dan akan mengikut arahan polis pada perhimpunan yang dijadualkan Sabtu ini.

"Syarat yang perlu dipatuhi adalah kelancaran perjalanan di bandar itu dan dalam masa yang sama penjaja gerai di Song Kheng Khai menerima perhimpunan ini.

"Kami percaya himpunan ini tidak akan menjadi seperti yang berlaku di Kuala Lumpur sebelum ini. Kami akan berikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan keselamatan dan keamanan sepanjang perhimpunan," katanya.

Perhimpunan Bersih 4 dijadualkan berlangsung serentak di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu bermula jam 2 petang pada 29 Ogos hingga tengah malam 30 Ogos.

Sementara itu, MBKS bagaimanapun gagal dihubungi.

KPN sepatutnya bertindak serta merta – MP DAP

Posted: 27 Aug 2015 12:30 AM PDT

RAJINA DHILLON

 

teresa-M
Teresa Kok mempersoalkan polis yang dikatakan lambat mengambil tindakan terhadap kumpulan anti-Bersih.


KUALA LUMPUR, Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok menyambut baik siasatan ke atas kumpulan anti-Bersih, namun meluahkan rasa kesal terhadap tindakan ke atas kumpulan terbabit yang tidak dibuat lebih awal.


Sementara kumpulan berkenaan akan dirakamkanm kenyataan jam 3 petang hari ini, Kok berkata tindakan sepatutnya diambil serta merta oleh Ketua Polis Negara kerana kumpulan berkenaan secara umum menyatakan akan 'berlatih' menggunakan pisaupanjang dan pedang sebagai persediaan mereka untuk mempertahankan diri.

"Apa yang dinyatakan oleh (Datuk) Jamal (Yunos) secara umum itu amat mengejutkan dan hasutan dan dia sepatutnya ditahan untuk siasatan. Namun maklumbalas daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar amat mengecewakan.

"Datuk Jamal boleh katakana mereka 'pencinta keamanan', dan mereka tidak akan mencetuskan keganasan, tetapi adakah pihak polis boleh untuk tidak mengambilk tindakan terhadap kenyataan secara terbukanya bahawa kumpulan itu akan membawa pisau dan pedang," katanya yang merupakan Ahli Parlimen Seputeh.

The Star Online semalam melaporkan, Jamal berkata terdapat latihan secara tertutup dibuat kepada ahli kumpulan anti-Bersih malam tadi (Rabu) menggunakan senjata yang dinyatakan.

Menggelarkan diri mereka 'pencinta keamanan', Jamal berkata, seramai 30,000 ahli kumpulan itu akan hadir pada perhimpunan Bersih 4.

Kok berkata, sebaik sahaja dia membuat kenyataan itu, polis sepatutnya menyerbu premis mereka dan merampas senjata yang didakwa digunakan oleh kumpulan itu.

"Khalid perlu tahu bahawa adalah tanggungjawabnya dalam menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di negara ini dan beliau perlu mengambil langkah pencegahan bagi memastikan tiada sesiapa yang cuba mencetuskan keganasan," tambahnya.

Jamal dijangka hadir di IPD Dang Wangi pada jam 3petang hari ini untuk memberi kenyataan berhubung siasatan polis ke atas kumpulan anti-Bersih.

Pura-pura beli akhbar rupanya curi tabung derma

Posted: 27 Aug 2015 12:25 AM PDT

Shafien Mamat
Shafien 
 
 
SHAH ALAM - Tiga penganggur berjaya ditangkap orang awam kerana mencuri tabung derma yang diletakkan di atas kaunter sebuah kedai runcit di Seksyen 18, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 6.55 petang itu, seorang lelaki datang ke kedai tersebut berpura-pura ingin membeli surat khabar.

Tanpa mengesyaki sebarang perkara tidak diingini, pemilik kedai berkenaan yang sibuk melayan pelanggan lain, terlihat lelaki berkenaan menyembunyikan tabung derma yang terletak di atas meja kaunter di sebalik surat khabar dan melarikannya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, pemilik kedai berkenaan kemudiannya cuba mengejar lelaki tersebut.

Bagaimanapun katanya, lelaki itu terus melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva berwarna hitam.

"Namun, beberapa pelanggan yang berada di restoran berhampiran telah melihat kejadian terbabit dan mengejar suspek.

"Beberapa minit kemudian, pemilik kedai tersebut dimaklumkan bahawa orang awam berjaya menangkap suspek di stesen komuter Seksyen 19, Shah Alam," katanya.

Beliau berkata, pemilik kedai berkenaan ke lokasi tersebut dan melihat suspek berjaya ditangkap bersama dua lagi rakannya.

Katanya, tabung derma yang mengandungi wang tunai RM489 juga berjaya ditemui semula di dalam kereta suspek.

"Kesemua suspek berusia 31 hingga 40 tahun kemudian diserahkan kepada polis peronda untuk tindakan lanjut.

"Hasil ujian air kencing mengesahkan kesemua suspek positif dadah. Mereka direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.


Hormat perjuangan Muhyiddin, Shafie

Posted: 27 Aug 2015 12:24 AM PDT

Syed Ali Alhabshee
Syed Ali Al-Habshee


SHAH ALAM - Ketua Umno  Bahagian Cheras,Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, peranan  Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menguatkan perjuangan parti perlu dihormati oleh semua pihak dalam Umno.

Syed Ali berkata, sebagaimana ahli parti  menghormati dan menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno, maka Timbalan Presiden juga sepatutnya berada di tempat yang sama demi kepentingan parti.

Oleh itu, ujarnya bagi memperkasakan halatuju perjuangan Umno, beliau mengingatkan semua pihak dalam parti perlu berganding bahu dan bergerak dalam satu pasukan yang jitu.

"Sekarang bukan lagi masanya untuk kita saling curiga-mencurigai antara satu sama lain," katanya menerusi catatan terbaharu blognya,  Umno Cheras.

Mengulas lanjut mengenai isu ini, Syed Ali berkata dalam konteks Umno, kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden perlu dihormati kerana kedudukannya diputuskan oleh ahli-ahli parti.

"Walaupun Muhyiddin dan Shafie tidak lagi berada dalam kabinet tetapi tidak bermakna mereka tidak boleh memberikan sumbangan kepada parti.

"Oleh itu, peranan mereka tidak boleh dihalang jika kita ingin menguatkan Umno terutama untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan ada pihak daripada kalangan ahli Umno  yang sengaja mencetuskan suasana tidak tenteram dengan melaga-lagakan sesama pemimpin.

Disamping  mengingatkan, pihak lawan (pembangkang) sememangnya mahu melihat keretakan  dan kriris kepimpinan berlaku dalam  Umno.

Dalam pada itu, Syed Ali menegaskan Umno sekarang ini terdedah kepada ancaman daripada pembangkang dan kumpulan anti-kerajaan yang memperhebatkan gerakan secara terancang untuk menjatuhkan kerajaan BN.

"Setiap hari mereka menyerang Umno dan BN menerusi laman-laman sosial bagi menanam persepsi negatif rakyat terhadap pentadbiran Najib," ujarnya.

Sehubungan itu tegas beliau, adalah sesuatu yang malang jika sesama pemimpin Umno  terus bergeseran sesama sendiri sehingga menjejaskan agenda perjuangan parti.

"Melihat kepada senario sekarang, waima apa pun yang berlaku, kita (ahli-ahli Umno) perlu bersatu padu, kuatkan barisan dan kekalkan permufakatan bagi memastikan Umno tidak goyah," tegasnya.


BERSIH 4 referendum rakyat, kata bekas timbalan menteri

Posted: 26 Aug 2015 11:59 PM PDT

Zulaikha Zulkifli





Bekas timbalan menteri belia dan sukan Gan Ping Sieu berkata, perhimpunan BERSIH 4 akan menjadi referendum suara rakyat berhubung isu-isu yang berlaku di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malah, bekas naib presiden MCA itu berkata, kehadiran orang ramai pada perhimpunan yang akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini juga adalah bertujuan bagi melahirkan rasa marah dan kecewa yang dihadapi rakyat berhubung pelbagai krisis yang melanda negara.

"Bagi saya BERSIH 4 adalah referendum rakyat tentang keadaan semasa di bawah pemerintahan Najib. Dan orang yang menghadiri BERSIH kerana satu sebab yang mudah iaitu mereka marah, kecewa dengan krisis yang dihadapi.

"Kita kena menegaskan bahawa perhimpunan ini ialah satu perhimpunan yang aman dan untuk menikmati Perlembagaan yang ada iaitu tentang hak untuk bersuara melalui aktiviti yang dianjurkan oleh BERSIH," katanya.

Beliau berkata demikian dalam forum anjuran Malaysiakini yang bertajuk '1MDB: Protes Rakyat atau Dewan Rakyat'.

Antara panelis lain dalam forum itu ialah tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin, bekas timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah serta Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah.


Sementara itu, seorang lagi ahli panel Saifuddin pula berpandangan BERSIH 4 dilihat sebagai satu perhimpunan rakyat yang wajar disertai oleh semua parti politik terutamanya Umno.

Menurutnya, Umno perlu menjadi sebuah parti politik yang lebih komprehensif bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.

"BERSIH 4 sebahagian daripada proses demokrasi matang dan progresif. Jadi ia harus disokong oleh semua parti politik termasuk Umno dan BN.

"Umno perlu jadi parti politik yang lebih kompetitif kerana pilihan raya akan datang akan lebih kompleks.
"Umno tak boleh ke pilihan raya ke-14 dengan paradigma lama. Mesti pergi dengan perjuangan yang ditambah dengan satu harapan dan wacana baru," katanya lagi.

Bekas duta AS ramal Najib 'game over' lepas BERSIH 4

Posted: 26 Aug 2015 11:41 PM PDT

MALAYSIAKINI

 


Bekas duta Amerika Syarikat John R Malott berkata dunia akan tahu wajah sebenar Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak selepas perhimpunan BERSIH 4 pada Sabtu ini.

Malott menjangkakan polis akan bertindak keras menangani protes yang diyakininya bakal dihadiri puluhan ribu orang.

"Sudah pasti Najib, individu yang berdiri dengan tebal muka di forum-forum antarabangsa dan mengistirahatkan dirinya reformis dan liberal, akan menghantar pasukan polis menyuraikan perhimpunan itu.

"Najib akan gunakan gas pemedih mata, air kimia dan cota polis untuk memastikan kelangsungan pemerintahannya.

Seluruh dunia akan memerhati – dan akhirnya akan sedar lelaki jenis apakah beliau ini.

"Ini benar-benar game over untuk Najib," katanya.

BERSIH 4 akan berlangsung 34 jam bermula Sabtu ini di tiga kota besar, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching.

Ia dilihat bakal memberi kesan besar kepada kewibawaan perdana menteri yang sedang berdepan isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaunnya, kontroversi 1MDB dan kejatuhan teruk nilai ringgit.


SKMM sekat laman web galak rakyat turun BERSIH

Posted: 26 Aug 2015 11:36 PM PDT

MALAYSIAKINI

 


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memutuskan untuk menyekat laman web yang mempromosi, menyebarkan maklumat dan menggalakkan orang ramai menyertai perhimpunan Bersih 4.

Dalam kenyataannya hari ini SKMM berkata perhimpunan tersebut boleh mengganggu-gugat kestabilan negara dengan memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Sehubungan itu, MCMC ingin memperingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat di laman-laman sesawang dan media sosial, terutamanya kandungan yang boleh menyalahi mana-mana undang-undang Malaysia," kenyataan SKMM dipetik.

Tujuh murid Orang Asli hilang di hutan

Posted: 26 Aug 2015 11:33 PM PDT

Tujuh murid Orang Asli hilang di hutan
Kawasan hutan yang dipercayai tempat tujuh pelajar itu hilang. – Foto Sinar Harian
 
 
GUA MUSANG -  Tujuh murid Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi dilaporkan hilang di hutan sejak Ahad lepas selepas bimbang dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai tanpa kebenaran.
 
Sinar Harian difahamkan, murid berkenaan dikatakan lari memasuki kawasan hutan tidak jauh dari sekolah itu selepas aktiviti mandi di sungai dikesan guru dan gagal pulang semula sampai sekarang.
 
Pelajar terbabit ialah Mirsudiar Aluj, 11, Noreen Yaacob, 10, Ika Ayel, 9, Sasa Sobrie, 8, Haikal Yaacob, 8, Linda Rosli, 8 dan Juvina David, 7 kesemuanya berasal dari Pos Tohoi.
 
Pengerusi Belia Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), Dendi Johari berkata, keluarga pelajar yang hilang itu dimaklumkan guru sekolah pagi semalam berhubung anak mereka tidak hadir sekolah.

"Secara kebetulan berjumpa dengan guru sekolah dan mereka terus melarikan diri memasuki kawasan hutan kerana takut dikenakan tindakan, tetapi dipercayai tersesat hingga gagal pulang semula.
 
"Mereka dipercayai sesat dalam kawasan itu dan setakat petang ini sudah empat hari berada dalam hutan berkenaan hingga kita yang melancarkan gerakan mencari masih gagal ditemui," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.25 pagi semalam.

Beliau berkata, sebaik menerima laporan itu, pihaknya melancarkan gerakan mencari tujuh pelajar itu bersama penduduk kampung dan anggota Rela.
 

‘Tahniah KJ, tahniah Pemuda Umno kerana berani’

Posted: 26 Aug 2015 05:34 PM PDT

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
 
 
SAYA merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno, dan barisan Exco Pemuda Umno atas kenyataan berani mengenai hal ehwal negara khususnya tentang isu yang menjejaskan imej negara seperti 1MDB dan derma politik RM 2.6 bilion kepada Perdana Menteri.
 
Saya amat menghormati dan menghargai pandangan berani Ketua Pemuda yang saya percaya dibuat berlandaskan prinsip kebenaran dan keadilan yang teguh berpandukan ajaran Islam.
 
Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan saudara Khairy kepada kedudukan saya sebagai Timbalan Presiden Umno yang dipilih oleh para perwakilan dalam pemilihan parti.
 
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada sahabat-handai, ahli-ahli Umno akar umbi dan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan, dorongan dan kata-kata semangat kepada saya supaya meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran demi menyelamatkan Umno, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya.
 
Saya menyokong sepenuhnya pendirian Pemuda Umno dalam meletakkan semula Malaysia pada landasan yang betul. Saya ingin mengingatkan jika kita gagal menangani kemelut yang melanda negara kita secara berani dan berdepan atau "take the bulls by the horns", saya bimbang Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara yang gagal (failed state).
 
Iklim ekonomi dunia yang tidak menentu, nilai ringgit yang semakin merudum, kemelut politik yang luar biasa, kenaikan harga barang dan kos sara hidup, kebanjiran warga asing yang tidak terkawal dan sentimen pelabur yang dingin terhadap Malaysia merupakan bibit-bibit yang boleh menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang gagal.
 
Mudah-mudahan ALLAH SWT menjauhi kita daripada sebarang malapetaka, na'uzubillahi min zalik.
 
Atas kesedaran inilah saya tidak putus-putus mengingatkan rakan-rakan saya di dalam kerajaan supaya mengambil langkah-langkah pembetulan dengan segera. Sebagai Timbalan Presiden Umno, saya menyampaikan kebimbangan saya melalui platform parti, iaitu di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) dan ketika merasmikan mesyuarat-mesyuarat perwakilan Umno bahagian yang saya dijemput hadir sebagai perasmi.
 
Saya lakukan ini kerana saya sayangkan Umno. Pemimpin datang dan pergi, tetapi parti mesti terus kukuh dan utuh untuk meneruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara.
 
Namun, malangnya terdapat segelintir individu di dalam Umno sendiri yang lantang mengkritik saya. Lumrah apabila seseorang itu tidak lagi berjawatan tinggi di dalam kerajaan, maka akan ada segelintir manusia yang tidak lagi menghormati, malah mengecam kita.
 
Mereka ini ada antaranya yang pernah saya bantu ketika saya berada di dalam kerajaan. Mereka menuduh saya menjadi pengkhianat, menuntut supaya saya dihadapkan ke Lembaga Disiplin dan mendesak saya supaya meletak jawatan.
 
Seorang Ketua Bahagian di Selangor antara yang paling kuat mendesak saya meletak jawatan sedangkan ahli di bahagiannya sendiri menuntut dia meletak jawatan. Semua ini dibuat semata-mata kerana saya bercakap benar demi untuk menyelamatkan parti.
 
Kepada mereka ini ingin saya ingatkan. Sejarah sumbangan saya kepada Umno cukup panjang. Saya telah berjuang di dalam Umno lebih 40 tahun. Malah, ketika Umno diharamkan dahulu, saya mengambil tanggungjawab untuk membina semula Umno di Johor sehingga Umno kembali kuat dan Johor menjadi penyumbang terbesar kemenangan Umno dan BN dalam setiap pilihan raya umum (PRU).
 
Saya juga tetap setia bersama parti ketika Umno menghadapi pelbagai krisis. Jadi, janganlah terlalu mudah menuduh saya sebagai pengkhianat dan mendesak saya meletak jawatan.
 
Namun, semua ini tidak akan mematahkan semangat saya, apa lagi melemahkan daya juang saya untuk terus membela maruah agama, bangsa dan negara.
 
Saya yakin bangsa Melayu tidak akan menjadi bangsa yang dihina selagi kita berpegang teguh kepada ajaran Islam, menjadikan prinsip kebenaran dan keadilan sebagai panduan dalam kehidupan dan dipimpin oleh pemimpin yang amanah dan bertakwa kepada Tuhan.
 
Kepada ALLAH saya berserah.
 
Tan Sri Muhyiddin Yassin
TIMBALAN PRESIDEN UMNO
 

Jawatan hanya sementara, kata Zahid

Posted: 26 Aug 2015 05:09 PM PDT

Radzi Razak


 


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli-ahli Umno supaya tidak menjejaskan parti itu walaupun selepas kehilangan jawatan mereka kerana menurutnya, semua jawatan berbentuk sementara.

Walaupun beliau tidak menyebut sebarang nama, namun seluruh ucapannya menyentuh tentang perbezaan pendapat dalam Umno, yang diketuai oleh Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas beliau digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri bulan lepas.

Zahid menegaskan bahawa semua jawatan berbentuk sementara, sambil berkata walaupun telah berkhidmat kepada parti itu selama 40 tahun, tetapi jangan biarkan sehari hujan menyelubungi setahun hari-hari yang baik.

Beliau menegaskan demikian ketika merasmi mesyuarat perwakilan Umno bahagian Putrajaya malam tadi. Turut hadir Setiausaha Agung Umno yang juga ketua Umno bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga ahli Parlimen Putrajaya.

Muhyiddin sebelum ini membidas ahli-ahli parti yang menggesa supaya beliau meletak jawatannya serta melabelkan beliau sebagai pengkhianat.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata beliau telah banyak menyumbang kepada parti itu selama lebih 40 tahun menjadi ahli, termasuk membina semula Umno Johor selepas Umno diisytiharkan haram pada tahun 1988.

Muhyiddin lantang mengkritik Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak berhubung kemelut 1MDB.
Sementara itu, Bernama melaporkan Zahid berkata masalah yang dihadapi Umno sama ada dalam organisasi atau kepimpinan adalah lumrah bagi mana-mana parti politik yang dinamik.

Beliau yang juga naib presiden Umno, bagaimanapun berkata cabaran berkenaan mampu ditangani parti keramat orang Melayu itu jika ia didasari dengan semangat ketaatan dan kesetiaan.

"Walaupun pemimpin datang dan pergi, ketaatan, kesetiaan sesiapa pun yang memimpin Umno tetap utuh sebagai parti orang Melayu," katanya ketika merasmikanmesyuarat perwakilan Umno bahagian Putrajaya malam tadi.

Menjelas lanjut, Ahmad Zahid berkata putaran hayat politik Umno boleh dilihat sejak 1988 apabila parti itu diharamkan sehingga lahir parti Semangat 46 yang merupakan serpihan Umno.

Parti PAS turut menghadapi masalah sama apabila ia kini berpecah sehingga lahir satu parti baru dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru (GHB), katanya.

Ahmad Zahid berkata adalah lumrah untuk seorang pemimpin diuji bagi melihat sejauh mana tahap daya saing, daya tahan serta daya juang mereka.

"Pemimpin diuji dan kini presiden Umno sedang diuji. Ujian pernah dilalui pemimpin lain dalam bentuk berbeza," katanya.

Beliau berkata tidak salah untuk anggota Umno mempunyai perbezaan pendapat, namun ia perlu diraikan dengan penuh kebijaksanaan dan ketertiban bukannya secara semborono.

Ahmad Zahid berkata jawatan dalam parti tidak kekal dan hanya bersifat sementara, namun pemimpin yang dipilih seharusnya menggalas tanggungjawab serta kepercayaan yang diberikan untuk menyandang jawatan tertentu.

"Saya yakin keberadaan dalam posisi sama ada cawangan atau bahagian, negeri apatah lagi nasional adalah merupakan jawatan berbentuk sementara.

"Kita semua ahli Umno harus beristiqamah kepada suatu harakah atau gerakan yang ia merupakan keseimbangan dalam perjuangan," kata Ahmad Zahid.

Naib Presiden Umno itu berkata bahawa 'kumpulan suara minoriti' boleh menguasai 'majoriti senyap' kerana mereka mempunyai sistem komunikasi yang cukup sistematik sehingga pembohongan dianggap sebagai kebenaran.

"Kita sebagai pemimpin dan ahli Umno tidak boleh lagi hidup dalam zon selesa sebaliknya harus keluar daripada zon itu.

"Situasi politik (sekarang) adalah berbeza dengan situasi satu dekad atau 10 tahun yang lalu, mungkin berbeza dengan sewaktu Umno diasaskan," katanya.

Ahmad Zahid turut mengingatkan kerusi Parlimen Putrajaya perlu dipertahankan Barisan Nasional (BN) pada masa-masa akan datang kerana kegagalan berbuat demikian merupakan manifestasi kepada tumbangnya Umno dan BN.

"Namun, keyakinan saya amat kental dengan gandingan kepimpinan Tengku Adnan", katanya.- Bernama

GHB pengkhianat atau penyelamat?

Posted: 26 Aug 2015 05:01 PM PDT




Oleh Mohd Sayuti Omar


Tindakan berupa protes ahli Pas keluar meninggal parti agama itu serta kian rancaknya perarakan (road show) memperkenalkan GHB yang kemudian akan menjelma menjadi sebuah parti baharu menyebabkan semua mata pemerhati dan pengamat politik serta orang-orang atas pagar terarah kepada  Pas.

Masing-masing bertanya apakah akan berlaku kepada parti agama yang sudah melangakau enam dekad dan berusia 61 tahun itu

 Pas menjadi fokus selepas berlakunya "rampasan kuasa" besar-besar ke atas kepimpinannya dalam muktamar lepas, dimana kesemua pemimpin yang progresif dan liberal ditendang keluar. Masing-masing kini menghitung dan mencongak apa akan jadi kepada Pas kini?

Apakah Pas akan berkubur ditangan orang-orangnya sendiri yang kini sedang membina parti baharu yang dianggap sebagai pesaing Pas? Ataupun parti itu tetap akan utuh dan kekal di atas peta politik negara ini, dan ianya makin mudah mencapai hasrat dan cita-citanya mengapai mardhatilah? Dan Pas tetap menjadi sebuah parti yang unggul dan parti alternatif kepada Umno yang ternyata semakin hari semakin rosak reputasinya sebagai sebuah parti nombor satu negara dikagumi selama ini.

Pas mampu hidup seribu tahun

Kalau mengikut perkiraan dan sifir pimpinan baru Pas kini, terutamanya dari minda siasah Presiden dan Mursyidul Am, begitulah. Mereka berdua sangat konfiden Pas mampu hidup walaupun seribu tahun lagi. Dan bagi mereka kewujudan parti baharu serpihan Pas sedikit pun tidak memberi kesan dan melemahkan Pas?

Lantaran itu mereka terus menghalau mana-mana ahli yang tidak betah dan suka dengan Pas. Mereka beranggapan apa yang berlaku kini bukan satu liabiltiti kepada Pas tetapi suatu pembersihan dalaman.

Perangai dan sikap itulah juga yang menurun kepada pemimpin pelapis dalam Pas yang berjaya menempatkan diri dalam muktamar yang lalu. Mendengar bahasa percakapan, maki hamun dan ulasan-ulasan skeptikal dan sarkastik mereka yang begitu angkuh dan sombong seolah-olah bekas pemimpin Pas yang lama tidak sedikit pun memberi keuntungan kepada Pas. Mereka tidak berasakan ketiadaan bekas pemimpin yang kebanyakan profesional itu sebagai satu kerugian.

Dalam catatan ringkas ini saya tidak mahu mengira dan menghitung nasib dan implikasi ke atas masa depan Pas dengan terwujudnya parti baharu kelak. Tidak kisah apa namanya, Amanah Rakyat, Parti Islam Progresif, atau Parti Islam Baharu, tetapi bagi saya kewujudan itu tentu memberi kesan kepada Pas. Tidak banyak, sedikit.  Kewujudahan itu menjadikan Pas akan terbelah, kalaupun tidak terbelah dua tetapi sebahagian, suku sudah memadai untuk menderitai Pas.

Yang hendak dipersoal dan didebatkan di sini, mencari jawaban tuntas dan rasional, apakah parti itu kelak bakal menjadi pembunuh kepada Pas, kemudian menjadi pengganti Pas dalam komponen Pakatan Rakyat baru dalam usaha untuk merampas Putrajaya?

Ataupun parti baharu itu menjadi pemangkin kepada Pas menyebabkan parti itu makin subur dan kuat lagi dan sekaligus mempercepatkan proses pembentukan kerajaan baharu bersama Pakatan Rakyat? Dalam erti kata lain parti baru itu dan Pas akan bertindak saling kukuh mengukuhi di antara satu sama lain seperti aur dengan tebing saling bergandingan.

Kedua-dua kemungkinan itu ada, ia terpulang ke atas kebijaksanaan politik para pemainnya. Kalau pemain politik kedua pihak understanding, bersikap profesional, keduanya bisa membentuk persefahaman lebih jauh dan bermakna, ternyata kewujudan parti baharu itu bukan menyusahkan Pas sebaliknya memperkuatkan Pas. Hubungan sedemikian menjadikan Pas tidak mengalami kerugian, kekurangan manpower, walaupun ada parti baharu. Kewujudan parti baru itu satu kemujuran dan keperluan.

Jadi apakah parti baharu itu "PENGKHIANAT" atau pun sebenarnya "PENYELAMAT"?

Dari sisi orang-orang Pas, yang taksub dan wala' tanpa berhujah, walaupun mereka memandang remeh kepada parti baharu itu, sehinggakan mempersendakan dengan pelbagai konotasi dan ejekan buruk; dianggap nyamuk, pengorek kapal, menjadi alat kepada DAP, atau hanya hidup sekejap sahaja dan sebagainya, tetapi hakikatnya tidak dapat disembunyikan, puak yang hendak menubuh parti baharu itu dianggap sebagai pengkhianat.

Mereka tidak langsung menyebut perkataan "pengkhianat" itu tetapi berselindung di sebalik berbagai istilah yang membawa pengertian kepada maksud itu. Mereka tidak ada sekelumit pun perasaan baik walhal mereka yang berada di hilir itu adalah dulu sekutu dan kawan mereka juga.

Lebih parah lagi ada yang membuat cadangan agar kewujudan parti baharu itu hendaklah dibunuh sebelum ia membesar. Biarlah ia dihancurkan sebelum ia bertunas dan mencambahkan daun, ranting dan dahan. Disini menujukkan dalam hati kecil mereka yang membuat cadangan itu sudah terbibit rasa takut dan gundah dengan cabaran bakal didatangkan oleh parti baharu itu. Kalau mereka tidak takut dan gerum masakan tergamak untuk membunuh bayi yang masih dalam kandungan?

Gelaran dan maki hamun iu semua menunjukkan Pas sangat takut dengan kewujudan parti baharu itu. Mungkin awalnya ia tidak begitu menakutkan, tetapi akhir-akhir ini khasnya selepas berlaku tindakan protes keluar parti beramai-ramai sehingga ada cawangan yang lumpuh baharu rasa gemetar melanda diri. Fenomena yang berlaku di Selangor, Perak, Penang, Johor dan lain-lain, dimana beberapa kawasan Pas berhadapan dengan tindakan keluar parti memberi kesan menakutkan kepada pimpinan Pas menyebabkan mereka terpaksa mengubah strategi. Rasa ralik berbulan madu dan selesa beberapa bulan lalu kini sudah bertukar menjadi cemas.

Harap GHB bersama Pas

Sebab itulah sudah ada suara-suara lunak memujuk dan merayu dilakukan oleh beberepa pemimpin yang insaf dan tahu membaca gelombang politik dan meramal tentang masa depan Pas yang buruk. Misalnya Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man dalam nada merayu berharap GHB akan bersama Pas untu menumbangkan BN dan begitu juga seruan-seruannya agar berpolitik secara baik dan sedarhana.

Paling baru Naib Presiden Pas Mohd Amar Nik Abdullah sudah memberi isyarat Pas akan menarik balik gencatan senjata dengan Umno sekiranya akta Hudud tidak dibentang di parlimen, Isyarat itu menunjukkan sudah ada rasa gundah dan gelisah dalam jiwa Nik Amar mengenai masa depan dan nasib Pas yang mungkin celaka dengan sikap yang diambil kini.

Ekoran perkembangan positif dipihak GHB itu maka berbagai jalan dilakukan untuk menyekat kemaraanya termasuk menghalang ahli keluar parti. Ayat-ayat Quran dan Hadith serta petikan kata-kata pimpinan lampau dikeluarkan untuk memberi keinsafan agar ahli tidak memprotes Pas dan meninggalkan parti. Namun amaran demi amran berserta dengan ejekan demi ejekan yang dilakukan tidak memberi kesan, GHB terus bergerak membuka kepak dan menegakkan paruhnya.

GHB kini sudah tidak main-main lagi. Ahli-ahli Pas dan penyokongnya juga sudah membuang rasa taksub dan wala' yang tidak berhujung pangkal itu untuk bersama GHB. Mungkin mereka beranggapan masa untuk merayu dan berbaik-baik demi Pas sudah terlambat. Tempoh yang mereka berikan sudah pun berlalu.

Pendeknya semua mereka yang rasa sedih, duka dan kecewa kerana dipersendakan, bermaufakat dan berganding bahu dan memadu semangat dalam GHB. Mereka juga sudah bersedia menerima apa sahaja tindakan termasuk dipecat sebagai ahli Pas dan dikutuk sebagai penderhaka hatta sebagai ahli Neraka sekalipun. Mereka sudah nekad membina wadah baru tanpa ada niat seperti mana diprejudiskan kepada mereka, yakni pengkhianat.

Iulah tuduhan dan itulah persepsi kepada GHB yang digambarkan. Gambaran ini mudah dimakan dan ditelan oleh mereka yang tidak mahu berfikir atau pun lemah dalam menghadapi metametika dan sains politik. Mereka yang mengenal politik dengan abjad dan huruf dan mengamalkan dongengan politik dari ustaz-ustaz konsevertif langsung menerima umpanan itu tanpa menghitung dan mentafsir apa yang ada di sebaliknya.

Sebaliknya bagi mereka yang cekap membaca politik dan tahu pergerakan arus bawah, tidak mudah untuk menerima cercaan dan tuduhan bahawa GHB atau parti baharu nanti sebagai pengkhianat kepada Pas. Atas dasar kemanusiaan dan prinsip yang mereka (pimpinan GHB) dokongi selama berada dalam Pas ada sejak lebih 30 tahun setengahnya lebih 50 tahun, rasanya tidak ada sekuman kurus pun niat mereka untuk mengkhianati Pas.

Dengan menganalisa hujan dan alasan mereka, penubuhan GHB bukan untuk mengkhianati Pas jauh sekali menderhaka dan menyelewengi Islam yang menjadi dasar Pas. Penubuhannya umum sudah tahu punca dan apa masalahnya. Ia ditubuh setelah kumpulan dalam GHB itu dibuang, menjadi orang kalah yang terbuang kemudian diseksakan dengan kata-kata nesta dan gelaran yang comot.

Sebelum tertubuhnya GHB, dan bergerak untuk megagaskan sebuah parti menjadi wadah perjuangan mereka, sudah ada usaha-usaha dilakukan untuk mengendurkan pertelingkahan dalam Pas. Seruan dan ajakan sudah dibuat kepada pemimpin baharu Pas agar berlembut dan mengambil sikap untuk berbaik denghan semua pihak. Cadangan agar diadakan tindakan berbaik, adakan majlis mahabbah dan dengan memberi kerja dan fungsi tertentu kepada mereka, tidak dipedulikan.

Penulis sendiri sudah lenguh mulut dan tangan menulis menggesa agar satu usaha dilakukan untuk merapatkan saf dan mempereratkan persaudaraan keahlian dan kepenyokongan parti selepas muktamar. Usaha membuang yang keruh dan mengambil jernih dilontar dan disarankan. Sayangnya seruan itu tidak diendahkan dan tidak dianggap penting menyebabkan ia berlalu bagaikan angin lalu sahaja. Malahan mereka di sebelah sini diterajang dengan kata-kata sindiran yang memedihkan.

Apabila puak yang kalah, yang berasa mereka tidak diperlukan mengagaskan wadah baharu sebagai keseninambungan perjuangan mereka, maka mereka tidak boleh dipersalahkan. Semua pihak kena terima, mereka sebagai pejuang mereka tidak boleh berhenti ditengah jalan. Pilihan buat mereka sebagai pejuang hanya dua; mencapai kemenangan, sama ada mati dalam perjuangan atau dapat mencapai piala perjuangan memiliki kuasa. Itu adalah sifat dan sunnah orang berjuang.

Penafian hak sebagai pejuang

Penubuhan GHB adalah kerana mereka tidak dilayan, dinafikan hak malahan diejek-ejek sedangkan jiwa perjuangan mereka membara, maka mereka menubuhkan wadah untuk mereka bergerak. Penubuhan itu bukan bersifat untuk bersaing dengan Pas sebaliknya sebagai menyediakan wadah kepada mereka yang ditolak untuk berjuang dalam Pas. Mereka tidak boleh bersara daripada berjuang hanya kerana Pas tidak mahu menerima mereka atas sebab-sebab personal dan sentimen. Pintu untuk menuju ke Syurga bukan sahaja melalui Pas tetapi masih banyak pintu-pintu lain.

Jelas penubuhan parti baru itu sesutau yang postif kerana ia boleh atau akan bergerak bersama Pas. Matlamat parti baharu juga adalah mendokong prinsip dan dasar yang diamalkan oleh Pas. Ia juga berlandaskan kepada prinsip dan dasar religionisme. Disini tidak ada konflit dan kontradik sama sekali kerana selagi mereka berpegang kepada kitab-kitab dan tafsiran yang sama, mereka akan bersama kerana prinsip dan konsep agama itu itu tetap sama sebab ia rigid, (kadim) tidak berubah Apa yang mungkin berbeza ialah pendekatan, mekanimse dan teknik perjuangan sahaja. Itu boleh disesuaikan dengan menggunakan akal kebijaksanaan.

Perbezaan dalam pendekatan dan teknik itulah juga menyebabkan mereka ditolak beramai-ramai dalam Pas, kerana mempunyai kefahaman agama serta mengambil pendekatan yang tidak sama dengan apa yang mereka fahami, konservetif dan masih kekal berfahaman ortodoks. Golongan profesional ini pula menolak pegangan dan fahaman itu kerana ia tidak bersifat dinamik lagi dan sudah out of date. Jadi janganlah ada yang menuduh penubuhan parti baharu adalah sebagai alat untuk memecahkan Pas, jauh sekali sebagai mengkhianati parti agama itu. Dengan adanya tuduhan dan prejudis itu maka pimpinan, ahli Pas dan GHB ini akan bertekak hingga ke Neraka. Tidak ada untung dan labanya.

Lantaran itu jika difahamai dengan baik, fikiran yang jilah, maka penubuhan parti baharu adalah sebagai penyelamat kepada matlamat perjuangan Pas, iaitu Islam - keselamatan dan kesejahtraan sejagat. Jika ini difahamai dengan baik jelaskan kewujudahan parti baharu itu sebagai pemangkin kepada Pas bukan penghurai kepada kepaduannya yang sudah dikecapi selama ini sehinggakan Pas mampu menguasai beberapa buah negeri.

Politik itu bersifat dinamik dan selalu menuntut akal fikir bagi membangunnya. Untuk kedua parti ini menjalani kerjasama bagi menghadpai musuh yang sama, tidak ada masalah. Kerana mereka sudah lama berada dalam satu bumbung, masing-masing sudah faham kelemahan dan kekuatan masing-masing. Jadi ia tidak perlu kepada intraksi mendalam lagi untuk meserasikan gerakan bagi berhadapan dengan musuh.

Musuh parti baharu, tetap sama dengan musuh Pas iaitu kezaliman dan kekejaman yang dilakukan kerajaan yang memerintah hari ini. Kalau parti baru menjadikan skandal 1MDB dan penyonglapan wang ke akaun Perdana Menteri sebanyak RM2.6 billion sebagai satu pengkhiatan, maka begitulah juga dengan Pas. Pas juga seharusnya menentang dan ganyang Najib atas skandal yang sama. Itu sepatutnya.

Melainkan Pas dibawah kepimpinan baharu kini sudah tidak lagi menganggap kerajaan dan Umno sebagai musuh mereka, atau skandal 1MDB dan penyonglapan dana itu sebagai tidak satu kejahatan, maka ini menyebabkan musuh mereka berbeza bahkan antara keduanya akan bertukar menjadi pesaing dan seteru yang tegar. Sekiranya Pas mengambil sikap menyokong dan melindungi kejahatan dilakukan kerajaan itu, maka tidak ada helah untuk GHB wujud dan menentang Pas kerana itu adalah kewajiban dan tanggungjawab ummah.

Melihat kepada kenyataan dan sikap diambil oleh Pas berhubung kejahatan dan kezaliman yang melibatkan Najib Razak menjelaskan ada kecenderongan Pas menjadi pembela kepada Najib. Misalnya kenyataan diberikan oleh Presiden dan Mursyidul Am Pas agar Najib diberi peluang memerintah dan menjawab segala masalah dihala kepadanya, memperlihat ada simpati dan sikap apologetik Pas kepada Umno. Sikap dan tindakan demikianlah menjadi tanda tanya dan tentunya menyebabkan pemimpin GHB dan rakyat umum kian keliru dengan pendirian dan sikap Pas.

Dengan mencerakin dan menganalisa segala titik mula itu, maka jelas kewujudan parti baru bukan pengacau dan menjadi musuh kepada Pas, tetapi tepatnya ia sebagai penyelamat dan pengimbang kepada Pas yang mungkin terbabas kerana tersilap dalam membuat tafsiran dan menerima kawan baru dalam politik yang hakikatnya ia adalah musuh dunia akhirat Pas sejak dahulu. GHB atau parti baharu akan bertindak sebagai safty boat kepada bahtera bernama Pas yang bakal diancam gelombang besar sekiranya parti itu berbaik sangka melebihi sejarah tatkala mula kepada Umno.http://msomelayu.blogspot.com/

DAP kesal polis tahan mahasiswa berkhemah di luar Parlimen

Posted: 26 Aug 2015 04:51 PM PDT

ocupy parlimen


KUALA LUMPUR: DAP kesal dengan tindakan polis menahan sekumpulan mahasiswa yang berhimpun secara aman di luar bangunan Parlimen pada lewat malam tadi.

Ketua Sosialis Muda DAP Kebangsaan, Teo Kok Seong, berkata kumpulan anak muda itu hanya menunaikan hak mereka sebagai warga perihatin tetapi telah dibungkam oleh pihak berkuasa.

 "Sebenarnya mahasiswa cuma menunjukkan keperihatinan mereka terhadap negara yang tercinta serta menyuarakan tuntutan secara aman tanpa menyebabkan sebarang kacau ganggu kepada mana-mana pihak," katanya kepada Roketkini.com.

Menurutnya, hak anak-anak muda, seperti mana hak rakyat Malaysia yang lain untuk berhimpun, memang dijamin oleh Perlembangaan Persekutuan, dan ia harus dihormati oleh semua pihak.

"Saya berharap pihak kerajaan, khususnya penguatkuasa janganlah menyusahkan anak-anak muda kita. Mereka adalah generasi pemimpin masa depan," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah.

Kok Seong mengulas tindakan polis menahan 16 orang mahasiswa dan aktivis muda lewat malam tadi ketika mereka berkumpul secara aman di luar bangunan Parlimen.

Kesemua mereka telah dikenakan tahanan reman selama tiga hari di pusat tahanan polis di Jinjang di sini.

Sekumpulan mahasiswa telah berarak dari kawasan Bank Negara di ibu kota ke bangunan Parlimen dua hari lalu, dan telah berkhemah di sana, untuk menuntut Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Walaupun hujan lebat, mereka tetap berkhemah sehingga pihak polis datang menangkap mereka lewat malam tadi. – Roketkini.com

Zahid perlu buktikan wujud unsur jenayah dalam ‘plot’ tidak percaya

Posted: 26 Aug 2015 04:46 PM PDT



Oleh Alyaa Alhadjri


Dia bertindak terburu-buru dan menyerang terlebih dahulu. Tetapi tidak mengenai sasaran, kini nampaknya Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi sudah tersasar jauh daripada sasaran dan serangannya itu mungkin berbalik kepada dirinya semula mengenai dakwaan wujudnya plot menggulingkan kerajaan.

Kenyataan terbaru Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (kiri) melencongkan lagi sasaran Zahid, dengan beban sekarang terletak kepada Zahid untuk membuktikan wujud elemen jenayah dalam plot untuk "menggulingkan kerajaan" yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Umno.

Juga terpulang kepada Zahid untuk membuktikan yang plot tersebut- yang telah dinafikan wujud oleh pemimpin Barisan Nasional dan Pembangkang- tidak lebih sekadar taktik mengalihkan perhatian daripada isu lain negara yang lebih penting.

Dia kemudiannya membuat dakwaan lanjut yang dia sudah mengatur pertemuan di antara "orang tua" dan Perdana Menteri Najib Abdul Razak, walaupun ia dibatalkan pada saat akhir kerana orang tua itu segan dirakam kamera.

Bertentangan dengan dakwaan Zahid, sangat jelas yang menyingkirkan perdana menteri melalui undi tidak percaya di Parlimen atau memberikan petisyen secara langsung kepada Yang di-Pertuan Agong, adalah amalan yang boleh diterima dalam sistem demokrasi.

Walaupun Zahid berkata yang dia sudah menghantar bukti plot tersebut kepada polis, Khalid sebaliknya pada 24 Ogos berkata yang mereka tidak akan masuk campur dalam dakwaan seorang ahli politik kanan Umno cuba menyingkirkan Najib melalui undi tidak percaya di Parlimen.

Khalid, dipetik berkata oleh laman berita dalam talian Malaysiakini, berkata: "Perkara ini tidak melibatkan polis. Kami hanya mengambil berat berkaitan cubaan menggulingkan kerajaan atau perdana menteri melalui cara yang tidak demokratik,"

Khalid berkata yang sekiranya tidak wujud elemen jenayah, perkara itu perlu diselesaikan oleh parti politik.

"Bila saya cakap polis akan melihat laporan itu bermaksud apa sahaja laporan polis yang dibuat, kami terikat untuk melihat bagi menentukan jika ada unsur jenayah, maka waran siasatan akan dikeluarkan dan tindakan dari pihak kami.

"Jika tiada, kami tidak akan meneruskan siasatan. Saya harap pengkritik harus faham perkara ini," dia dipetik berkata.

Pada 17 Ogos, Khalid mengesahkan menerima tiga laporan berkaitan dakwaan Zahid, berkata yang siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan berkaitan dengan aktiviti yang mengancam demokrasi berparlimen.

Seksyen 124B Kanun Keseksaan menyatakan bahawa: " Sesiapa sahaja, dengan apa cara sekalipun, langsung atau tidak langsung, melakukan aktiviti yang mengancam demokrasi berparlimen boleh dihukum dengan penjara sehingga dua puluh tahun."

Pemerhati, bagaimanapun, berkata yang aktiviti berkaitan dengan dakwaan untuk "menjatuhkan kerajaan" perlu melibatkan keganasan atau paksaan.

Pada 22 Ogos pula, Zahid telah mengesahkan yang memang wujud plot untuk menjatuhkan kerajaan.
Dia dilaporkan berkata dia telah menerima laporan perisikan tentang perkara tersebut menerusi bidang kuasanya selaku Menteri Dalam Negeri.

"Laporan perisikan ini disahkan oleh beberapa agensi...ia telah ditapis dan disahkan sebelum sampai kepada saya," katanya, seperti dipetik oleh Malaysiakini.

Dia juga menegaskan yang modus operandi plot tersebut ialah mengumpulkan akuan berkanun (SD) dari MP Barisan Nasional dan Pembangkang untuk membuktikan Najib sudah tidak diyakini dan perlu diganti.

Pada 20 Ogos, SemutHarian telah memetik kenyataan pakar perlembagaan Prof Dr Shad Saleem Faruqi yang berkata bahawa tidak salah untuk MP menyingkirkan PM selagi mana tidak wujud unsur rasuah atau cubaan melanggar sistem sedia ada.

Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di alyaa@hckmedia.com

Tiada ulasan: