Rabu, 26 Ogos 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


RM2.6 bilion bukan derma, duit 1MDB, kata Dr Mahathir

Posted: 26 Aug 2015 07:44 AM PDT

 THE MALAYSIA INSIDER

Jangan label saya pengkhianat, Muhyiddin beritahu Umno

Posted: 26 Aug 2015 07:41 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Dr Mahathir cabar Zahid dedah siapa penderma Arab RM2.6 bilion

Posted: 26 Aug 2015 07:32 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Dr Mahathir cabar Zahid dedah siapa penderma Arab RM2.6 bilion




Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dicabar Tun Dr Mahathir Mohamad supaya dedah identiti penderma RM2.6 bilion ke akaun perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Ogos, 2015.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dicabar Tun Dr Mahathir Mohamad supaya dedah identiti penderma RM2.6 bilion ke akaun perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Ogos, 2015.Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan kritikan lantangnya terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan kali ini menyerang timbalannya berhubung kenyataan mengenai penderma dari Timur Tengah yang didakwa memberi RM2.6 bilion kepada Najib.
Melalui laman blognya, bekas perdana menteri itu mencabar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan siapa penderma itu memandangkan beliau sebelum ini mengakui bertemu dengan wakil "keluarga" dari Timur Tengah itu
"Timbalan perdana menteri yang baharu berkata, beliau sudah berjumpa dengan orang Arab yang memberi derma tersebut.

"Jadi biar beliau buktikan orang Arab ini ada duit yang banyak untuk diberi kepada Malaysia dan banyak negara lain. "Negara mana. Dari mana sumber duit itu. Apakah perniagaan yang dilakukannya. Apakah nama bank yang digunakannya.
"Tunjukkan akaun dia dalam bank, cek yang dikeluarkannya, khususnya wang AS$700 juta itu. Bank penerima bank sepatutnya memegang cek tersebut," katanya dalam posting terbarunya hari ini.
Dr Mahathir berkata segala maklumat tersebut sebenarnya boleh disahkan pasukan petugas khas yang menyiasat skandal 1Malaysia Development iaitu Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.
"Namun Najib membubarkan pasukan petugas itu dengan memecat peguam negara, menghantar ketua SPRM bercuti dan menuduh Bank Negara membocorkan rahsia kerajaan," katanya.
Zahid pada 22 Ogos mengakui bertemu secara peribadi dengan wakil penderma dari Timur Tengah itu dan berkata sumbangan itu adalah bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dan Umno memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.
"Saya bertemu dengan ketua pegawai pelaburan penderma itu dan saya juga bertemu dengan pemegang amanah dana itu
"Dia beritahu saya, negara tuan bukan satu-satunya negara yang kami salurkan sumbangan. Terdapat banyak negara lain yang mesra Islam yang kami beri derma," katanya.
Beliau berkata mereka membantu BN kerana komitmen kerajaan dalam menangani keganasan dan mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara ahli sunnah wal jamaah.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti penderma itu, hanya mengatakan mereka adalah "satu keluarga tertentu dari negara tertentu".
Pendedahan mengenai wang derma RM2.6 bilion itu pertama kali dilaporkan Sarawak Report pada awal Julai.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-cabar-zahid-dedah-siapa-penderma-arab#sthash.HbWCSC5S.dpuf

Khir Toyo rebah selepas pulang berjoging

Posted: 26 Aug 2015 07:26 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dikejarkan ke hospital pagi tadi kerana rebah selepas berjogging. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Ogos, 2015.


Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dikejarkan ke hospital pagi tadi kerana rebah selepas berjogging. – Gambar fail The Malaysian Insider,




 
  
Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dikejarkan ke Hospital Selayang setelah rebah selepas berjoging di kawasan rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam, pagi ini.

Sumber pejabat Dr Khir ketika dihubungi memberitahu, dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, beliau  yang pulang daripada aktiviti itu tiba-tiba terjatuh serta tidak sedarkan diri di rumahnya menyebabkan keluarganya panik dan menghubungi ambulans.
 
Menurut sumber itu lagi, setelah mendapatkan rawatan di Hospital Selayang, beliau kemudiannya dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan lanjut.

"Setakat 6 petang tadi, keadaan beliau stabil dan sudah boleh bercakap namun masih ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut," kata sumber itu. 
 
Esok Mahkamah Persekutuan dilaporkan akan mengumumkan keputusannya mengenai rayuan Dr Khir terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara 12 bulan yang dikenakan terhadapnya bagi tuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo daripada Ditamas Sdn Bhd menerusi pengarahnya Datuk Shamsuddin Hayroni pada 2007. – Bernama,


Tun M nasihat Najib berhenti perbodoh rakyat

Posted: 26 Aug 2015 05:02 AM PDT

 
Sumbangan RM2.6 bilion terlalu besar untuk digunakan untuk pilihanraya kecuali ia digunakan untuk merasuah pengundi untuk menyokong Najib.


mahathir-najib


PETALING JAYA : Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan penyokongnya dinasihat supaya berhenti memperbodohkan rakyat berhubung isu dana berjumlah RM2.6 bilion.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, orang ramai mempunyai hak untuk mengetahui berkenaan sumbangan dana itu dan tidak percaya ia sumbangan peribadi kepada Perdana Menteri yang akan digunakan untuk tujuan pilihan raya.

"Rakyat Malaysia tidak akan percaya calon dari kuasa tertinggi kerajaan dinamakan sebagai calon daripada negara lain.

"Apa yang akan menjadi tanggungjawab kepada penyokongnya. Adakah dia akan berkhidmat untuk rakyat Malaysia atau beberapa negara asing?," soalnya menerusi entri terbarunya di blog chedet.cc.

Dr. Mahathir turut mengulangi pendiriannya sebelum ini bahawa tidak ada orang yang akan percaya sumbangan dana yang didermakan kepada Perdana Menteri itu atas apa jua sebab.

"Penjelasan bahawa ia diberi kerana pendirian Malaysia terhadap kumpulan militan Negara Islam Syria dan Iraq (IS) adalah tidak masuk akal kerana IS hanya menunjukkan tanda sebagai pengganas pada tahun 2014 manakala wang itu masuk pada tahun 2013 atau sebelum.

"Mengatakan ia adalah disebabkan kesederhanaan Malaysia dalam Islam adalah tidak masuk akal kerana Malaysia tidak pernah melampau dalam amalan Islam," katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut berpendapat sumbangan dana RM2.6 bilion itu adalah terlalu besar untuk keperluan pilihan raya di negara ini.

"Kecuali jika ia adalah untuk merasuah pengundi Malaysia. Mengapa seseorang mahu merasuah pengundi Malaysia supaya Najib dapat menang.

"Rakyat Malaysia telah menyokong BN tanpa perlu dibayar rasuah besar oleh sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi oleh orang asing," ujarnya.

Pemimpin yang sebabkan UMNO kalah ‘bangsat’-Sanusi Junid

Posted: 26 Aug 2015 04:38 AM PDT

 
Bangsa Melayu diancam akan bangsat jika UMNO kalah tetapi yang sebenarnya bangsat adalah pemimpinnya


sanusi


PETALING JAYA: Pemimpin yang menyebabkan UMNO kalah pada pilihan raya umum akan datang dan gagal memenangi dua pertiga kerusi adalah bangsat.

Kenyataan pedas itu dibuat bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Sanusi Junid.

"Sekarang ini, bangsa Melayu diancam bangsat jika UMNO kalah. Jadi, orang yang menyebabkan UMNO kalah itu adalah punca yang harus dicari kepada penyebabnya bangsat.

"Saya rasa bukan bangsa Melayu yang bangsat, tetapi pemimpin yang menyebabkan UMNO kalah itu adalah pemimpin yang bangsat," katanya ketika ditemu ramah blogger Din Turtle dan kemudian di muat naik di Youtube.

Mengulas lanjut, bekas Menteri Besar Kedah itu turut menyelar perkataan kasar yang digunakan oleh pemimpin UMNO kebelakangan ini.

"Kita lihat ada dua perkataan dalam bahasa Malaysia yang timbul dalam polemik ini.

"Pertamanya Perwakilan Wanita UMNO Langkawi, guna perkataan kencing sekarang kita dengar perkataan bangsat yang digunakan sendiri oleh pemimpin UMNO sendiri," katanya

LIHAT VIDEO DI SINI


Bersih terima dana Yahudi, apa pandangan mufti?

Posted: 26 Aug 2015 04:31 AM PDT

 
Maria Chin beragama Islam dikatakan mengaku menerima dana daripada Yahudi untuk menganjurkan Bersih 4.0


ramesh,maria


PETALING JAYA: Mufti di negara ini diminta supaya menyuarakan pandangan terhadap penganjur Bersih 4.0 yang didakwa menerima dana daripada pertubuhan Yahudi.

Pengerusi Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata, langkah itu perlu diambil kerana Maria yang beragama Islam mengaku menerima dana tersebut untuk penganjuran perhimpunan itu.

"Maria Chin sendiri mengaku dia terima duit daripada NDI-NOCI. Dia mengaku dia terima duit daripada Yahudi.

"Mufti-mufti di seluruh Malaysia, apa fatwa ustaz, alim ulama mengenai seorang Islam menjadi penganjur dan mempengerusikan Bersih ini yang jelas bertentangan dengan Islam, agama Hindu pun tentang, Kristian pun tentang.

"Ketiga-tiga agama ini melarang dan tidak sokong demonstrasi jalanan. Maria Chin ini agama apa dan pesertanya agama apa?," katanya pada sidang media di pejabatnya pada Rabu.

Ramesh berkata, pihaknya juga kecewa dengan kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyertai himpunan Bersih.

Katanya, amaran seperti itu sering kali diberikan oleh pihak berkuasa berkenaan, namun, Bersih masih juga diadakan.

"Sehingga ke hari ini saya tidak nampak tindakan tegas yang diambil. Tak nampak juga. Amat boringlah.

"Sebab setiap kali Bersih, setiap kali himpunan.. kami (Polis) mengatakan akan ambil tindakan tegas, masuk lokap kalah juga," katanya.

Dalam pada itu, Ramesh berkata, seramai 300 orang anggota persatuannya akan turun pada perhimpunan tersebut untuk sama-sama memantau pergerakan peserta yang pastinya akan bertindak agresif.

Bersih 4.0 akan menyebabkan RM merudum-Rahmah Dahlan

Posted: 26 Aug 2015 04:28 AM PDT

 
Statusnya mengenai keadaan ekonomi yang merosot dikatakan bertentangan dengan kenyataan PM bahawa ekonomi negara masih kukuh.


rahman,bersih


PETALING JAYA, dalam beberapa siri Tweet di laman sosial Twitternya berkata, Perhimpunan Bersih 4.0 akan membawa lebih banyak mudarat daripada manfaat.

Lebih teruk bantahan yang diadakan akan memburukkan lagi matawang Ringgit kerana ia akan menyebabkan nilainya merudum.

Peringatan itu diberikan Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan di laman Twitternya.

"Tetapi demo itu boleh menyebabkan nilai Ringgit turun lebih buruk!," katanya.

Memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu ekoran krisis global, beliau meminta penganjur menangguhkan buat sementara bantahan yang dirancang hujung minggu ini.

""# Bersih4 harus bijak. Ini adalah masa untuk bawa bertenang dalam menghadapi krisis ekonomi global.
Walaupun ia hanya untuk beberapa minggu," katanya yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Tidak dinafikan, kerajaan bersedia menghadapi penganjuran bantahan #Bersih4, kerana apa yang penting ialah untuk mengekalkan ketenangan dan kedalamaian dalam setiap suasana itu."
Pengikut Twitter Rahman bagaimanapun mempersoal kenyataannya.

"Beberapa hari yang lalu PM berkata ekonomi masih kukuh. Mengapa baru sekarang dikatakan dalam masalah? Hilang berbilion kepada siapa?" soal TengTJ.

MB tempelak Menteri gagal bezakan ‘derma’ RM2.6 bilion dengan pelaburan

Posted: 26 Aug 2015 04:17 AM PDT

Pelancaran Rumah Selangorku di Setia City Convention Centre MB (7)

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan ditempelak berikutan gagal membezakan antara derma RM2.6 bilion diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari penderma yang tidak didedahkan dengan syarikat Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, soalan seumpama itu harus diajukan kepada Abdul Rahman sendiri.
 
"2.6 bilion 'derma', ini (DEIG) pelaburan. Kalau itu tak faham jangan tanya saya tetapi tanya dia balik," kata Mohamed Azmin kepada pemberita pada sidang media Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Rumah Selangorku di Setia Alam, di sini, hari ini.

Terdahulu, pada Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga, Dewan Negeri Selangor Ketiga belas, 2015 yang berakhir Khamis lalu, Dewan Negeri Selangor (DNS) diberi penerangan panjang lebar berkenaan isu penubuhan syarikat DEIG.

Mohamed Azmin ketika menjawab soalan yang dikemukakan ahli-ahli mesyuarat DNS menjelaskan, DEIG mempunyai lima orang Lembaga Pengarah yang terdiri daripada Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif MBI dan Ketua Pegawai Operasi MBI.

Beliau juga menyifatkan dakwaan terdapat salah urus dana dalam DEIG sebagai pembohongan dengan berniat jahat berikutan sehingga kini syarikat terbabit masih belum memulakan operasinya.

Tegas beliau, sehingga kini sehingga kini DEIG masih belum memiliki sebarang aset menyebabkan tiada sebarang transaksi boleh dibuat.EZY


'Baju merah' berlatih guna pedang, parang

Posted: 26 Aug 2015 04:09 AM PDT

MALAYSIAKINI

 


Kumpulan anti-BERSIH mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan senjata parang dan pedang dalam latihan pada malam ini untuk menghadapi kumpulan peserta himpunan 29 dan 30 Ogos di Kuala Lumpur.

Jurucakapnya, Jamal Yunos dilaporkan sebagai berkata, latihan itu diadakan bagi tujuan "mempertahankan diri" semasa perhimpunan berkenaan.

"Ada latihan tertutup untuk anggota kita pada malam ini (Rabu) dan mereka akan menggunakan parang dan pedang untuk mempertahankan diri," katanya seperti dipetik dalam laporan The Star Online.

Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu berkata, mereka akan mengerahkan 30,000 orang dari 200 NGO untuk menghadapi peserta himpunan BERSIH 4.

"Tujuan mereka berhimpun adalah untuk menekan (BERSIH) agar membatalkan perhimpunan kerana ia tidak membaw kebaikan kepada negara dan rakyat.

"Kami akan membatalkan perhimpunan kami jika (BERSIH) membatalkan perhimpunan mereka," katanya lagi yang mencadangkan agar himpunan tersebut boleh diadakan di stadium.

Beliau juga memberi jaminan bahawa kumpulan berbaju merah itu tidak akan memulakan tindakan ganas.

"Kami tidak akan memulakan tindakan ganas melainkan jika kami diserang oleh pasukan kuning (BERSIH).

"(Jika berlaku serangan), orang kami yang berbaju merah akan dapat mempertahankan diri mereka," katanya yang mendakwa, perhimpunan BERSIH sebelum ini merupakan perhimpunan ganas.

Kumpulan berkenaan mengumumkan untuk berhimpun di pusat membeli-belah Low Yat di Bukit Bintang pada hari tersebut dan berarak ke Dataran Merdeka melalui Jalan Pudu.

Kumpulan berkenaan setakat ini telahpun menerima sokongan secara tidak langsung daripada menteri Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad berkata kumpulan berbaju merah itu merupakan reaksi balas kepada gerakan BERSIH yang "berhasrat untuk melanggar peraturan".

Kumpulan anti-BERSIH itu semalam berhimpun sekali lagi di ibu kota sambil mempamerkan gaya berlawan dan juga gimik menanduk atap genting.

Video yang dimuatkan di Internet turut menunjukkan anggota kumpulan berbaju merah itu mempamerkan aksi akrobatik dan juga bunga silat.

Gambar yang dirakam sekitar pertunjukan itu juga menunjukkan aksi para peserta merangkak dan berguling-guling.


Mahathir: Pengundi Malaysia tak perlu dirasuah

Posted: 26 Aug 2015 04:05 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata wang sumbangan RM2.6 bilion, yang dikatakan untuk tujuan pilihan raya, terlalu besar kecuali "jika untuk merasuah pengundi Malaysia".

"Kenapa 700 juta dolar? Sudah tentu ia terlalu besar untuk keperluan-keperluan pilihan raya Malaysia, kecuali jika untuk merasuah pengundi Malaysia.

"Kenapa seseorang mahu merasuah pengundi Malaysia supaya Najib boleh menang. Rakyat Malaysia sudah menyokong BN tanpa perlu dirasuah oleh sesiapa, apatah lagi orang asing," katanya.


'Derma RM2.6b kerana lawan IS tak masuk akal'

Posted: 26 Aug 2015 04:02 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan penjelasan bahawa wang RM2.6 bilion dalam akaun Datuk Seri Najib Razak disumbangkan kerana peranan Malaysia menyekat penyebaran fahaman kumpulan militan Negara Islam (IS).

Bekas perdana menteri itu berkata, dakwaan tersebut tidak masuk akal memandangkan kumpulan militan itu muncul pada 2014 manakala wang tersebut dimasukkan pada 2013.

"Mengatakan bahawa ia (sumbangan diberi) disebabkan Malaysia mengamalkan Islam yang sederhana adalah tidak masuk akal sama sekali kerana Malaysia tidak pernah mengamalkan Islam yang melampau," tulis Mahathir dalam blognya hari ini.


'Hormati peranan Muhyiddin, Shafie perkuat Umno'

Posted: 26 Aug 2015 04:00 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Peranan Timbalan Presiden Umno Tan Seri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal untuk menguatkan perjuangan parti perlu dihormati, kata Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

"Sebagaimana kita menghormati dan menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden Umno, maka timbalan presiden (Muhyiddin) juga sepatutnya berada di tempat yang sama demi kepentingan parti," ujar Pemimpin Umno Wilayah Persekutuan itu.

Menurut blog Umno Cheras, ketua bahagian itu berkata, bagi memperkasa hala tuju perjuangan Umno, semua pihak perlu berganding bahu sebagai satu pasukan yang jitu.

"Sekarang bukan lagi masanya untuk kita saling curiga-mencurigai antara satu sama lain," katanya lagi.

Dalam konteks Umno jelas beliau, kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden perlu dihormati kerana kedudukannya diputuskan oleh ahli-ahli parti.

Menurut beliau, walaupun Muhyiddin dan Shafie tidak lagi berada dalam kabinet tetapi tidak bermakna mereka tidak boleh memberikan sumbangan kepada parti.

"Peranan mereka tidak boleh dihalang jika kita ingin menguatkan Umno terutama untuk berdepan dengan pilihan raya umum (PRU) akan datang," katanya lagi.

Najib sebelum ini membuat rombakan kabinet kontroversi dengan menggugurkan Muhyddin sebagai timbalan perdana menteri dan Shafie sebagai menteri penuh.

Langkah itu dilihat susulan pandangan kritikal mereka dalam isu 1MDB, syarikat pelaburan negara yang sedang terbeban hutang.


Ahli PERKASA mahu sertai BERSIH 4, silakan

Posted: 26 Aug 2015 03:56 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali membenarkan ahlinya untuk turut serta dalam perhimpunan BERSIH 4 hujung minggu ini kerana menurutnya Dewan Rakyat telah meluluskan Akta Perhimpunan Aman pada 2012.

"Hak individu untuk pergi berhimpun atau tidak, PERKASA turut tidak ada masalah untuk ahli untuk turut serta," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Ketika ditanya sama ada bersetuju dengan perhimpunan itu, Ibrahim berkata:

"Saya selaku presiden PERKASA, pendapat peribadi saya adalah mengambil langkah untuk berdiam diri untuk menyokong perhimpunan itu atau tidak," katanya.

Ibrahim: Walau Umno perintah, ada lagi Melayu bangsat

Posted: 26 Aug 2015 03:52 AM PDT

Anne Muhammad

 


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata walaupun Umno memerintah negara ini sejak merdeka, terdapat lagi bangsa Melayu yang bangsat.
 
Ini kerana, katanya, bangsa Melayu hanya layak membeli rumah murah dan mampu milik berbanding bangsa lain.

"Walaupun Umno dah memerintah sejak merdeka, ada lagi Melayu yang bangsat. Faham tak?

"Pada saya sekarang ini pun orang Melayu dah bangsat sebab orang Melayu yang layaknya rumah murah, PPR, rumah mampu milik.

"Tak boleh duduk di Seri Kembangan, TTDI, Mont Kiara dan pakai baju harga RM20,000," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di Kuala Lumpur petang ini.

Ibrahim mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengejutkan masyarakat apabila berkata orang Melayu Islam akan "terbangsat" sekiranya Umno tidak lagi memerintah negara.

Bagaimanapun veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid berkata bangsa Melayu tidak bangsat, sebaliknya pemimpin yang menjadikan Umno kalah adalah bangsat.

Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan kenyataan Sanusi itu, Ibrahim berkata:

"Ya, saya memang selalu setuju dengan pandangan beliau (Sanusi)."


Ulas dana RM2.6b, Dr M bangkitkan isu 'cuci duit'

Posted: 26 Aug 2015 03:50 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Walaupun bank harus mempertahankan kerahsian perbankan, institusi kewangan itu juga patut melaporkan kemungkinan berlaku aktiviti pengubahan wang haram, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Bank-bank Malaysia, Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat tidak patut menyimpan rahsia perniagaan mereka dengan wang yang disyaki dicuri," kata Mahathir ketika mengulas isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir berkata, apabila wang curi dimasukkan ke dalam bank, tujuannya tentulah untuk menghalalkannya melalui pengubahan wang haram.

Menyentuh isu akaun perdana menteri di Ambank yang ditutup, Mahathir berkata, apabila sesebuah akaun ditutup tidak bermaksud ia diambil secara tunai.

Malah, katanya, ia boleh dipindahkan ke pelbagai bank lain.

"Tetapi kita belum dengar sebarang bank laporkan wang ini bersama mereka. Dua akaun dilapor dibekukan di Singapura. Adakah ini semuanya.

"Sudah tentu pemegang akaunnya patut disiasat," tulisnya dalam blog.


Kejam, bapa rogol anak berkali-kali!

Posted: 26 Aug 2015 03:47 AM PDT

Kejam, bapa rogol anak berkali-kali!
Tertuduh ketika dibawa keluar dari kamar mahkamah. - Foto Sinar Harian
 
 
KOTA BHARU - Seorang penoreh getah dihukum penjara 17 tahun dan 20 sebatan selepas mengaku salah merogol anak kandungnya di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini.
 
Lelaki berusia 42 tahun itu didakwa pada tuduhan pertama merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun di sebuah rumah di Dabong, Kuala Krai pada jam 1 pagi, September 2011. 
 
Kejadian berlaku berkali-kali sehingga terakhir pada 27 Mei 2014. 
 
Tertuduh juga mengaku salah didakwa pada tuduhan yang berlaku di sebuah rumah di daerah sama, pada jam 12 tengah malam. 
 
Hakim, Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun dan 10 sebatan bagi kedua-dua tuduhan itu. 
 
Hukuman berkuatkuasa serentak bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada 17 Oktober 2014 menjadikan keseluruhan hukuman penjara 17 tahun dan 20 sebat. 
 
Tertuduh yang kematian isteri pada 2010 terbabit tidak berkahwin dan merogol anak keduanya dari lima beradik. 


'Tukar pegawai kanan tak boleh cakap mulut sahaja'

Posted: 26 Aug 2015 03:46 AM PDT

Musa Hassan
Musa Hassan
 
 
SHAH ALAM - Sebarang pertukaran pegawai ke mana-mana jabatan perlu melalui Suruhanjaya Pasukan Polis dan mendapat kelulusan.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, setiap kali berlaku pertukaran pegawai, suruhanjaya tersebut akan bersidang.

"Sebarang pertukaran pegawai kanan tidak boleh dilakukan dengan cakap mulut sahaja. Perlu melalui suruhanjaya.

"Pertukaran pegawai yang perlu mendapat kelulusan suruhanjaya adalah berpangkat Asisten Superintenden ke atas. Jika di bawah daripada pangkat itu adalah melalui bidang kuasa Ketua Polis Negara," katanya ketika diminta mengulas mengenai pertukaran bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador ke Jabatan Perdana Menteri (JPM), semalam.

Abdul Hamid dalam sidang media pada Sabtu lalu keliru dengan arahan pertukaran ke JPM kerana jawatan baharu di JPM masih belum diwujudkan.

Mengulas tindakan Abdul Hamid yang membuat kenyataan kepada umum mengenai empat perkara iaitu peranan dan tanggungjawab Cawangan Khas; pertukaran beliau ke Jabatan Perdana Menteri; tekanan penjawat awam oleh pihak atasan dan nadi rakyat, Musa berkata, ia tidak sepatutnya dilakukan.

"Sebagai penjawat awam, seseorang itu terikat dengan peraturan dan etikanya. Kalau tidak puas hati elok kiranya bertemu dan berbincang dengan ketua.

"Namun kalau atas kapasiti individu saya rasa itu adalah hak beliau (Abdul Hamid)," katanya.

Musa berkata, sepanjang mengenali Abdul Hamid, beliau merupakan seorang seorang pegawai yang baik, rajin dan boleh dipercayai.

"Sepanjang saya mengenalinya, dia (Abdul Hamid) seorang pegawai berintegriti," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Abdul Hamid yang mendakwa ada orang atasan yang mencampuri urusan tadbir pihak polis, Musa berkata, beliau tidak dapat mengulas perkara tersebut kerana tidak lagi berada dalam pasukan polis.

"Saya orang luar, saya tidak tahu apa yang berlaku dalam PDRM. Jadi saya tidak boleh beri komen mengenai perkara tersebut," katanya.


Ringgit terus turun, 4.27 berbanding dolar AS

Posted: 26 Aug 2015 03:31 AM PDT

SINAR HARIAN


Ringgit ditutup rendah
Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Ringgit terus turun berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini.

Pada jam 9.26 pagi, ringgit disebut harga pada 4.2760/2850 berbanding dolar AS daripada 4.2105/2155 pada penutupan semalam.

Seorang peniaga berkata, sentimen masih tidak stabil, malah dolar AS juga terjejas sehingga diniagakan rendah berbanding euro dan yen.

"Dolar AS jatuh berbanding kedua-dua mata wang berkenaan berikutan sentimen negatif walaupun China sudah menggerakkan langkah melonggarkan polisi kewangan," katanya.

Dalam pada itu, ringgit juga rendah berbanding mata wang utama lain. Berbanding dolar Singapura, ringgit susut kepada 3.0413/0496 daripada 3.0120/0167 semalam.

Ia juga susut berbanding pound sterling kepada 6.7095/7253 daripada 6484/6580 dan susut berbanding euro kepada 4.9212/9325 daripada 4.8631/8693 pada penutupan semalam. - Bernama


Tiada ulasan: