Selasa, 25 Ogos 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pramugari Mati Terjatuh Dari Tingkat 4 Kondominium

Posted: 25 Aug 2015 06:17 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Lokasi tempat pramugari tersebut dipercayai jatuh.
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang pramugari ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium empat blok di Bandar Bukit Jalil di sini.

Dalam kejadian pada Isnin itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata wanita berusia 29 tahun berpakaian lengkap itu ditemui dalam keadaan tertiarap di tingkat bawah kira-kira pukul 6.30 petang.

"Terdapat kesan kecederaan kritikal di kepala dan badan mangsa. Wanita itu memakai baju dan skirt berwarna hitam ketika ditemui.

"Siasatan awal mendapati dia terjatuh menerusi sebuah tingkap di tingkat empat," katanya.

Chong berkata tiada saksi semasa kejadian yang mungkin berlaku semasa hujan lebat.

"Teman serumah mangsa tidak menyedari apa yang berlaku kerana dia sedang tidur pada masa kejadian.

"Dia berkata mangsa menangis sendirian di dalam biliknya pada pagi Isnin tetapi tidak pasti puncanya," kata Chong.

Chong berkata bilik mangsa juga berada dalam keadaan kucar-kacir dan dompetnya ditinggalkan di atas katil.

"Kami juga menjumpai sebuah buku nota di atas katilnya yang mengandungi seolah-olah nota bunuh diri.

"Tiada unsur jenayah terlibat dalam kematiannya," kata Chong.

Mayat dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Lagi video perwakilan Umno gesa Najib undur

Posted: 25 Aug 2015 06:09 AM PDT

MALAYSIAKINI

 


Selepas seorang perwakilan Umno bahagian Langkawi menghentam presidennya, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, tersebar pula satu video perwakilan dari Kedah melakukan perkara sama.

Kali ini video yang dimuat naik di laman sosial sejak semalam itu menunjukkan sesi perbahasan di mesyuarat agung Umno bahagian Merbok.

Dalam video tersebut, perwakilan yang dikenali sebagai Abd Karim Ali, meminta supaya Najib meletak jawatan sebagai presiden parti dan perdana menteri.

"Dengan realiti politik hari ini kita mencadangkan dan memohon secara terhormat supaya presiden kita (Datuk Seri Najib) mengundur diri sebagai presiden Umno dan perdana menteri demi memulihkan Umno dan mengembalikan keyakinan rakyat," kata beliau.

Video selama lapan minit 24 saat itu memperlihatkan Abd Karim bercakap selama 30 saat sebelum disusuli dengan seorang lagi perwakilan yang membahaskan mengenai isu cukai jualan dan perkhidmatan (GST) dan 1MDB.

Usul bahagian sokong Najib

Sementara itu Ketua Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zin berkata, beliau menafikan kenyataan Karim itu sebagai usul mesyuarat sepertimana yang dispekulasikan oleh pengguna maya.
Katanya, Karim hanya mengeluarkan kenyataan itu ketika membahaskan usul politik.

"Sebaliknya usul politik kami adalah menyokong sepenuhnya kepimpinan Datuk Seri Najib sebagai presiden Umno dan perdana menteri. Usul ini juga diluluskan sebulat suara.

"Hanya dia (Karim) seorang sahaja yang mengeluarkan kenyataan itu," kata Tajul Urus kepada Malaysiakini, hari ini.

Abd Karim merupakan perwakilan Umno cawangan Kuala Sin dan bekas ketua Pemuda Umno bahagian Merbok.

Beliau juga pernah bertanding dan mencabar Khairy Jamaluddin bagi jawatan ketua pemuda Umno ada pemilihan Umno sebelum lalu.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada Abd Karim mengenai kenyataan beliau.

EGM Majlis Peguam bincang isu derma Najib

Posted: 25 Aug 2015 05:51 AM PDT

MALAYSIAKINI
 


Majlis Peguam memanggil sebuah mesyuarat agung luar biasa (EGM) membincangkan dakwaan gangguan ketara dalam siasatan kes derma RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Razak.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas badan itu Jumaat lalu.

Dalam makluman kepada peguam-peguam, EGM itu ditetapkan pada 12 September tetapi tempat dan butiran lanjut agenda belum dimaklumkan buat masa ini.

"Perkara untuk dibincangkan dalam EGM termasuk laporan-laporan campur tangan dalam siasatan yang sedang berlangsung dalam isu aliran dana daripada SRC International Sdn Bhd (bekas anak syarikat 1MDB) dan perpindahan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi perdana menteri...

"...dan juga langkah-langkah yang patut diambil Majlis Peguam untuk memperkukuh dan menjunjung kedaulatan undang-undang, dan untuk mengelakkan pentadbiran keadilan daripada menjadi sumbang," menurut makluman itu.

Kes itu sebelum ini disiasat oleh pasukan khas empat agensi penguatkuasaan utama, termasuk polis, Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negara dan Jabatan Peguam Negara.

Ia bagaimanapun tidak lagi diteruskan selepas berlaku pertukaran peguam negara.

Majlis Peguam pada 17 Ogos lalu berkata tidak akan mengambil bahagian dalam jawatankuasa yang dicadang kerajaan bagi menyelia pembiayaan politik.

Presidennya Steven Thiru (atas) berkata apa-apa perbincangan mengenai undang-undang baru perlu menunggu selesainya siasatan yang sedang berjalan terhadap pemindahan dana 1MDB.

Dakwanya, sesuatu sumbangan derma dalam akaun bank peribadi Najib, masih dalam definisi "suapan" bawah Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

CPO KL: Perhimpunan BERSIH 4 dianggap haram

Posted: 25 Aug 2015 05:49 AM PDT

MALAYSIAKINI

 


Perhimpunan yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur hujung minggu ini, dianggap 'tidak dibenarkan' atau haram kerana tidak memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata berdasarkan Seksyen 9 akta tersebut, pihak penganjur perlu mendapat kebenaran pemilik tempat.

Namun sehingga kini, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertegas tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan di sekitar ibu kota khususnya di Dataran Merdeka dan Dataran DBKL serta kawasan sekitarnya, katanya.

"Kita akan ambil tindakan tegas (ke atas peserta) mengikut apa jua peruntukan yg ada. Undang-undang dah ada patuhilah ia," katanya dalam sidang media bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin hari ini.

Tajuddin berkata pihaknya tidak mempunyai masalah membantu penganjur perhimpunan sekiranya mereka mengikut sepenuhnya undang-undang dan mengadakan perhimpunan di tempat tertutup seperti stadium seperti mana dicadang Mhd Amin.

Sementara itu, Mhd Amin mengulangi pendirian tidak membenarkan perhimpunan diadakan di lokasi awam, khususnya di Dataran Merdeka dan Dataran DBKL.

Beliau sebaliknya berkata pihaknya sedia membenarkan penganjur menggunakan Stadium Titiwangsa yang berada di bawah seliaan DBKL atau membantu mereka memohon Stadium Nasional Bukit Jalil daripada pihak Majlis Sukan Negara atau Stadium Merdeka daripada Permodalan Nasional Berhad.- Bernama


Anti-BERSIH demo gaya gaduh

Posted: 25 Aug 2015 05:36 AM PDT

MALAYSIAKINI
 
 


Kumpulan anti-BERSIH 4, yang tampil dengan imej berbaju merah, hari ini sekali lagi berhimpun di ibu kota bagi menyatakan bantahan terhadap perhimpunan 34 jam Sabtu ini.

Menurut video yang dimuat naik di Facebook, mereka mempamerkan pelbagai aksi lasak, termasuk memukul kepala dengan kayu sehingga patah selain aksi memecahkan atap genting dengan kepala.

MEREKA juga memakai baju bertulis "BERSIH 4 Keamanan".

Berdasarkan video, beberapa orang juga mempamerkan beberapa aksi balik kuang serta beberapa "bunga" silat seperti dalam aksi berlawan.

Beberapa kain rentang anti-BERSIH dibawa, antaranya bertulis "Menentang keras BERSIH 4 jahat kerana merosakkan pemikiran generasi Y".

Ramai anak muda kelihatan menyertai perhimpunan itu.

Pada 20 Ogos lalu, sebuah perhimpunan anti-BERSIH telah diadakan di Kuala Lumpur yang menyaksikan gambar pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah disimbah cecair merah.

Kumpulan itu, yang menggelarkan diri sebagai "Gabungan NGO-NGO Malaysia", juga mengugut berkumpul di depan rumah Maria dan mahu membawa 30,000 orang yang menentang BERSIH 4 berhimpun sama pada hari itu.

1MDB: Kenapa SPRM‎ disingkirkan?

Posted: 25 Aug 2015 05:30 AM PDT

Akhbar Satar
Datuk Akhbar Satar
 
 
SHAH ALAM - Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar mempersoalkan tindakan kerajaan menyingkirkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada pasukan petugas khas National Revenue Recovery Enforcement Team (NRRET) yang menyiasat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Menurutnya, ketiadaan SPRM dalam penyiasatan itu mengukuhkan lagi dakwaan wujud salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan dana melibatkan skandal 1MDB.
 
"Sesuatu yang amat mengejutkan kerana pasukan baharu ini (NRRET) akan diketuai Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dengan wakil-wakil Bank Negara dan pihak polis tetapi tanpa SPRM.
 
"Ini menunjukkan pihak berkuasa sedang memanipulasi penyiasatan dan tanpa SPRM, NRRET akan kehilangan taring selain kemungkinan isu 1MDB dan dana dimasukkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat diselesaikan dengan telus," katanya.
 
Akhbar turut mempersoalkan peranan Mohamed Apandi yang akan mengetuai pasukan petugas khas tersebut.
 
"Peranan Peguam Negara dalam pasukan petugas sebelum ini bertindak sebagai pemberi maklumat dan nasihat undang-undang.
 
"Namun, kini dilantik mengetuai NRRET. Adakah beliau menentukan apa yang perlu disiasat dan apa yang sepatutnya tidak dan bagaimana siasatan untuk dilakukan?" soalnya.
 
Beliau berkata, NRRET perlu diketuai seseorang yang tidak mempunyai fahaman politik dan memiliki rekod cemerlang untuk tadbir urus baik.
 
"Kerajaan jangan campur tangan dalam penyiasatan SPRM dan membenarkan pegawainya untuk menjalankan tugas secara profesional serta bebas selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Berkenaan Pencegahan Rasuah (UNCAC) Perkara 16 (2),'' katanya.
 
 

Menteri: Doktor rakam selfie boleh disaman

Posted: 25 Aug 2015 05:28 AM PDT

SINAR HARIAN


Doktor kongsi gambar nampak 'anu' pesakit dikecam
 
 
PUTRAJAYA - Anggota keluarga atau suami kepada pesakit wanita yang dirakam gambar oleh seorang doktor ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Johor Bahru boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pengamal perubatan tersebut. 
 
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim berkata, tindakan tersebut telah mengaibkan maruah wanita terbabit apabila gambar berkenaan turut menampakkan bahagian sulitnya. 
 
"Gambar itu kemudian disebarkan menerusi laman sosial sekaligus boleh memalukan dan menjejaskan imej pesakit wanita terbabit.     
 
"Selain menyalahi etika sebagai pengamal perubatan, doktor dan kakitangan pada waktu itu tidak wajar merakam gambar kerana mengundang pelbagai tanggapan negatif kepada hospital," katanya kepada media selepas mempengerusikan sesi percambahan minda Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perunding Wanita, di sini, hari ini. 
 
 
Beliau mengulas tindakan seorang doktor wanita di sebuah hospital di Johor Baharu yang merakam gambar secara selfie sambil menunjukkan isyarat 'peace' dengan pesakit itu dalam posisi bersalin.
 
Perbuatan itu telah mengundang kemarahan orang ramai terutamanya pengguna laman sosial yang turut mengecam aksi merakam gambar terbabit.
 
Pada masa sama, Rohani meminta orang ramai agar tidak menyebarkan gambar tersebut kerana ia boleh terus memalukan dan mengaibkan maruah pesakit wanita berkenaan.
 
"Bayangkan sekiranya perkara ini berlaku pada diri sendiri, mungkin kita turut merasa malu seperti dialami wanita terbabit," katanya. - Bernama 
 
 

Jangan perbodohkan rakyat, titah Sultan Johor

Posted: 25 Aug 2015 05:21 AM PDT

Jangan perbodohkan rakyat, titah Sultan Johor


SHAH ALAM - "Rakyat pada hari ini adalah generasi yang berilmu dan bijak menilai maklumat yang diterima, janganlah cuba memperbodohkan rakyat dengan memberikan berita dan maklumat yang hanya sedap untuk didengar bagi menutup keadaan sebenar."

Demikian titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman sosial Facebook Johor Southern Tigers, hari ini.

Menurut baginda, beliau amat peka dengan rintihan dan keluhan suara hati rakyatnya.

"Suasana politik dan ekonomi negara yang berada dalam keadaan yang tidak stabil pada masa ini merupakan isu utama yang perlu ditangani oleh kerajaan dengan segera," titahnya.

Walaupun kedudukan baginda sebagai Sultan menghalang baginda untuk mencampuri urusan politik, tetapi baginda juga bertanggungjawab untuk memastikan suasana kehidupan rakyat di negeri Johor berada dalam keadaan yang baik, maju dan makmur.

"Saya mengesa kepada pihak kerajaan yang memerintah supaya segera menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi sekarang ini, antaranya mengenai kejatuhan nilai ringgit yang amat teruk.

"Suka juga saya ingatkan kepada pemimpin-pemimpin kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat supaya memikul tanggungjawab dengan penuh amanah untuk kepentingan umum dan janganlah mengutamakan kepentingan peribadi," titah baginda.

"Selesaikanlah masalah-masalah yang timbul dengan segera," tegas baginda lagi.

Pemuda Pas cabar Putrajaya beri respons

Posted: 25 Aug 2015 05:08 AM PDT

Abdul Hamid Bador
Abdul Hamid Bador - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB


SHAH ALAM - ‎Pemuda Pas menyatakan bahawa pendedahan yang telah dibuat oleh bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman (SB), Datuk Abdul Hamid Bador adalah suatu pendedahan yang sangat memalukan kerajaan.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya percaya, bahawa maklumat yang didedahkan oleh Abdul Hamid pada sidang medianya kelmarin bukanlah satu maklumat mentah.

"Beliau telah berkhidmat selama 37 tahun di bahagian tersebut.

"Malah, Pemuda Pas melihat, ketegasannya di dalam isu siasatan 1MDB menjadi punca beliau ditukar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM). Ia sekali gus membuktikan bahawa kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sudah hilang integriti.

"Pihak Najib kini jelas sanggup melakukan segala tindakan demi melindungi cerita sebenar di sebalik 1MDB," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tegur Putrajaya: Bekas bos SB sedia hadapi risiko]

Terdahulu, Abdul Hamid dalam satu sidang media  mendedahkan bahawa pertukaran beliau ke JPM adalah disebabkan 'tangan ghaib', selain menyatakan Putrajaya tidak mengendahkan 'perasaan' rakyat sekarang, selain cuba menyembunyikan maklumat sebenar mengenai isu 1MDB.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli berkata, ketegasan Abdul Hamid meminta 'pihak-pihak' tertentu tampil ke hadapan untuk memberikan maklumat sebenar berhubung 1MDB perlu diberi perhatian serius.

"Secara tidak langsung ia membangkitkan keraguan terhadap kebenaran dakwaan bahawa kerajaan sedang menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan rakyat dalam isu ini.

"Kenapakah pula Datuk Abdul Hamid sendiri ditukar ke JPM untuk mengisi jawatan yang belum diwujudkan lagi? Kenapakah urusan pertukarannya dibuat secara tergesa-gesa? Seolah-olah tidak sabar menunggu hari siang untuk mendengar ayam jantan berkokok," jelasnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bekas bos SB dakwa saksi SRC disorok]

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata menerusi penjelasan Abdul Hamid sendiri  menyatakan rasa tidak setuju terhadap penangkapan beberapa Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat di dalam menyiasat kes ini.

"Jika benar seorang pegawai tinggi Cawangan Khas sendiri tidak bersetuju dengan tangkapan ini, maka siapakah pemain sebenar yang sedang berperanan di negara ini?

"Oleh itu, Pemuda Pas mencabar kerajaan untuk bertindak menyatakan respons dengan segera terhadap pendedahan Datuk  Abdul Hamid," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata ‎hakikatnya, pendedahan yang dibuat oleh beliau ini hanyalah salah satu manifestasi kebimbangan rakyat seluruhnya terhadap kemampuan kerajaan menyelesaikan isu yang menarik perhatian semua pihak ini.

"Tidak mustahil, kegagalan kerajaan mendapatkan kepercayaan umum terhadap kejujuran dan ketelusan inilah yang menyebabkan nilaian mata wang negara semain menjunam.

"Tiada lagi harapan untuk rakyat melihat kerajaan pimpinan Najib mentadbir dengan telus dan jujur. Pilihan berada di tangan rakyat untuk melangkah membina Malaysia yang lebih sejahtera," katanya.


Memperjuangkan kepentingan rakyat lebih mulia dari memperjuangkan kepentingan Najib.

Posted: 25 Aug 2015 01:38 AM PDT

sakmongkol.blogspot.com



Bahagian ke-2, saya tulis dalam Bahasa Melayu. Mudah2an ia nya dibaca oleh orang Melayu. Melayu yang diharamjadahkan, Melayu yang dipapa kedanakan, Melayu yang dibangsat.

Inilah istilah dari orang yang sakit jiwa.

Masih ada harapan golongan progresif dalam UMNO masih ada.

Saya berasa gembira melihat tahap kesedaran Melayu UMNO meningkat. Mereka tidak sokong pemimpin secara buta tuli. Pasir gudang, Langkawi, tampin, merbok dan banyak tempat lagi, orang UMNO yang sedar dan sensitif dan peka terhadap rintihan rakyat menyuruh Najib berhenti.

Tapi Najib dikelilingi oleh jentera yang membutakan mata nya dan memekakkan telinga nya. Namun jangan salahkan penasihat nya sahaja. Orang Pahang kata- Najib itu kepala dang nya. Najib pun demikian juga. Najib pun mempunyai personaliti mempersetankan rintihan rakyat. Jangan kita terpedaya dengan lakonan nya.

Najib suami isteri berlagak macam king Louis dan Marie Antoinette – rakyat menderita manakala mereka bergembira dan bertemasya.Nama negara tercemar.

Dikalangan Raja Melayu pun ada terdapat kesedaran pro rakyat. Mereka tidak sanggup melihat bangsa Melayu dipersenda akal dan dikudakan oleh segelintir pemimpin yang gila kuasa dan tamak haloba.

Bila Zahid Hamidi buka mulut.

Apa yang dia pekik sana dan sini? Apa yang TPM Zahid bising dan jerit sana sini ialah rasa cemas peribadi nya. Jika kerajaan bertukar dan pemimpin UMNO lain berkuasa, mungkin tidak ada tempat untuk orang macam Zahid. Cakap sana sini macam pak santoloyo.

Zahid Hamidi menanam rasa cemas bukan sahaja dikalangan orang Melayu am nya; lebih penting dia hendak tanam rasa cemas dikalangan MP UMNO.

Dia tahu, jika MP UMNO enggan dicemaskan oleh Zahid, mereka menyeberangi menyokong pihak pembangkang, UMNO Najib akan jatuh.

Tapi MP UMNO bukan semua pak santoloyo macam dia. Mereka ada conscience dan tidak sanggup menutup bangkai yang mahu disembunyikan oleh Najib.

Jangan miskin pada nilai dan perangai tinggi.

Pemimpin UMNO yang lain mestilah berani beroperasi atas prinsip benar itu benar, salah itu tetap salah. Jika prinsip ini hilang, maka Melayu memang akan jadi bangsa yang bangsat nilai2 kebenaran.

Seperti yang pernah disebut oleh pendita zaaba, perihal miskin harta benda tidaklah terkata lagi- akan tetapi miskin pada hmpunan nilai2 dan kehalusan budi dan perangai2 yang tinggi itu lebih menerukkan bangsa Melayu.

Saya sudah menulis perkara ini banyak kali tapi tidak jemu mengulangi nya kerana saya fikir pendita Zaaba benar2 seorang pemikir yang mendalam lagi  tajam.

Dia menulis: …..miskin pada hemat dan cita2, miskin pada pelajaran dan latihan pengetahuan, miskin pada alat2 kelengkapan otak dan pada beberapa sifat2 keperangaian yang tinggi dan mulia- jadilah mereka tak dapat tiada daripada tersangkut dan ketinggalan dalam perjalanan bangsa2.

Kehilangan nilai2 inilah yang menyebabkan bangsa Melayu memilih pak santoloyo dan golongan tak semenggah jadi pemimpjn bangsa Melayu.

Orang Melayu mesti sedar bahawa jika UMNO dan pemimpin nya berlagak angkuh seperti yang mereka lakukan sekarang, kita mesti menyalahkan diri kita sendiri. Kita yang pilih mereka. Kita yang serahkan kuasa kepada mereka dan mereka menguasai kita.

Oleh  kerana kuasa yang ada pada mereka kita yang beri, kita ada hak untuk tarik balik. Dalam versi moden, hak seperti ini terkandung dalam right of recall, yakni kita mengkoreksi kesalahan kita dengan menurunkan pemimpin yang berkuasa. Kita yang silap, kitalah yang membetulkan nya.

Dr Jekyll and Mr Hyde.

Hari ini perkara yang hendak dibetulkan ialah kesilapan memilih umno dan Najib untuk berkuasa. Dia lah penyebab Melayu jadi bangsat.

Menggunakan bahawa kesat dan bermutu rendah sudah menjadi keperangaian kedua kepada najib atau dalam bahas Inggeris second nature. Orang Felda dia kata haramjadah. Penentang nya di Pekan dalam suatu pihanraya dikatakan papa kedana, hendak urus diri sendiri pun tak mampu.  Sekarang bangsat.

Ini cakap orang yang kurang otak tapi  banyak wang dan ada kuasa. Ini rasmi Najib yang public tidak tahu.

Kita akan mula dengan dusta dan pembohongan dan lakonan dari pelakon nombor wahid bila tiba bab kelentong rakyat. Dengan muka selamba, dia memperagakan personality cukup siuman didepan khalayak. Dibelakang, dia jadi Dr Hyde yang bernafsu sebagai haiwan. Didepan dia berperwatakan DrJekyll.

Agaknya, bila seorang ketua wanita Langkawi menasihatkan Najib jumpa doctor , dia melihat personality Najib yang sebenar.

Sudah ramai suara UMNO sendiri yang menyuruh Najib letak jawatan. Percayalah, Najib akan pekakkan telinga dan berkulit tebal. Dia tidak akan segan berkata bukan ahli UMNO yang pilih dia, dia akan kata rakyat yang pilih dia.

Paling akhir, pemuda tampin, UMNO bahagian Shaziman Abu Mansor yang baru dilantik sebagai penasihat kepada Najib  buat usul supaya Najib undur dan letak jawatan. Adakah ini bererti Shaziman tidak dapat mempertahankan Najib?

Bangkai gajah mana boleh di tutup dengan nyiru?  Najib sudah tidak terbela. Bohong dan mungkar nya tersangat besar. Jika 3 juta Melayu sokong Najib dan UMNO, 13 juta Melayu lagi enggan berbuat demikian.

Kepentingan 13 juta orang Melayu dan 14 juta rakyat Malaysia bangsa lain, adalah lebih penting dan mulia dari kepentingan Najib. Hanya orang yang bergantung hidup dan bisnes dengan Najib yang mempertahankan nya. Kepada golongan terpencil ini, perjuangan untuk Najib itu mulia kepada mereka. Maka jawapan kita ialah tidak ada perjuangan yang lebih mulia dari memperjuangkan nasib 27 juta rakyat Malaysia. 



Menang atas tiket PAS bukan PR: Tuan Ibrahim ingatkan Mat Sabu

Posted: 25 Aug 2015 01:33 AM PDT

 Oleh Azizul Osman

 
Post Pic


SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menempelak Mohamad Sabu yang menyarankan Ahli Parlimen dan ADUN PAS meletakkan jawatan berikutan kemenangan mereka dicapai atas dasar tiket Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Tuan Ibrahim, tidak timbul isu Ahli Parlimen dan ADUN PAS meletakkan jawatan kerana mereka bertanding atas tiket PAS dan bukannya PR.

"Dia (Ahli Parlimen dan ADUN PAS) bertanding atas tiket PAS, bukan atas tiket Pakatan Rakyat (PR). Jadi semua calon PAS bertanding atas parti PAS dan Baiah kepada PAS jadi tidak timbul soal Pakatan Rakyat. Ia bukan parti jadi setiap wakil kepada parti. Cuma PR mungkin hanya kepada jentera dan petugas, itu tidak dinafikan. Tetapi dari segi realitinya, dia mewakili parti, parti yang calonkan."

Tuan Ibrahim mengulas gesaan Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu yang berkata semua Ahli Parlimen dan ADUN PAS yang sepatutnya meletakkan jawatan kerana menang pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 lalu atas tiket Pakatan Rakyat.

Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang juga bekas Naib Presiden PAS sebelum ini berkata demikian sebagai menjawab saranan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang yang mahu wakil rakyat PAS yang menyertai GHB supaya meletakkan jawatan.

Tuan Ibrahim berkata wakil rakyat yang menyertai GHB perlu bertanggungjawab dengan sumpah Baiah yang dilafazkan mereka ketika dicalonkan pada PRU-13 lalu.

Malah katanya, individu yang bertindak keluar parti perlulah meletakkan jawatan kerana kemenangan kerusi berkenaan adalah atas inisiatif parti mencalonkan mereka.

"Ahli PAS tidak perlu letak jawatan sebab masih kekal bersama PAS dan mewakili PAS, bukan bertanding atas PR, bertanding atas lambang parti. Tetapi yang timbul masalah sekarang ialah dia (yang ingin sertai GHB) ahli PAS tapi keluar daripada PAS, jadi kena tanggungjawab bagaimana lafaz Baiah. Kalau nak keluar parti, mesti letak jawatan," katanya.

Kemelut mengenai status wakil rakyat yang menyertai GHB terus dipersoalkan ramai pihak terutama PAS kerana enggan meletakkan jawatan selaku Ahli Parlimen dan ADUN walaupun sudah mengesahkan menjadi ahli GHB.

Antaranya Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Mariah Mahmud, ADUN Hulu Kelang, Saari Sungip dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin.

Lepaskan jawatan: PAS pulang paku buah keras kepada GHB [TONTON VIDEO]

Posted: 25 Aug 2015 01:22 AM PDT

Oleh Sharifah Azmawati Syed Aziz

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS Selangor hari ini memulangkan 'paku buah keras' kepada Gerakan Harapan Baru (GHB) kerana menyarankan Ahli Parlimen dan ADUN PAS meletakkan jawatan kerana menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 13 atas tiket 'bersama pakatan pembangkang.'
 
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi sebaliknya berkata, ahli PAS menyertai GHB yang sebenarnya khianat kerana mereka dibenarkan bertanding dan diberikan watikah atas tiket PAS.
 
Sehubungan itu katanya, adalah tidak berasas langsung apabila GHB yang meminta PAS keluar Pakatan Rakyat ekoran Pakatan Rakyat 2.0 yang akan dibentuk tidak lama lagi tidak membabitkan parti Islam itu.
 
"Sama ada ADUN atau Ahli Parlimen, kita diberikan surat mandat atau pun surat kebenaran untuk bertanding oleh parti iaitu watikah untuk bertanding. Dan kita diberikan mandat sebagai pemimpin yang menang dalam PRU13 oleh pengundi ataupun rakyat ataupun pengundi-pengundi parti ketika itu.
 
"Sudah tentulah pengundi-pengundi daripada PAS, PKR, DAP atau Umno dan parti-parti lain. Jadi tidak wajarlah kalau kita mengkhianati amanah ataupun undi-undi yang diberikan oleh pengundi-pengundi tersebut," katanya kepada pemberita.
 
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi GHB, Mohamad Sabu yang mencadangkan semua Ahli Parlimen dan ADUN PAS melepaskan jawatan masing-masing.
 
Mohamad atau Mat Sabu memberi alasan semua ADUN dan Ahli Parlimen PAS yang menang dalam Pilihan Raya Umum 13 adalah atas tiket 'bersama pakatan pembangkang.'
 
"Kenapa pula Ahli Parlimen GHB yang perlu letak jawatan? Mereka (PAS) sebenarnya yang perlu berbuat demikian kerana tidak lagi bersama pakatan pembangkang," katanya.
 
Yunus dalam pada itu mengingatkan kepada semua pemimpin GHB supaya belajar beristiqamah atas jasa PAS selama ini kepada mereka sebelum mereka dipilih dan dicalonkan untuk bertanding di atas tiket PAS.
 
"Saya ingat kalau ketika itu, GHB pun tidak wujud lagi, parti Amanah Rakyat pun tidak wujud lagi, jadi kenapa pula ADUN atau Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat hari ini perlu meletak jawatan," katanya.
 
Dalam perkembangan yang sama, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman turut menyelar kenyataan Mat Sabu yang dilihat terlepas pandang dalam beberapa aspek selepas menyertai GHB.
 
"Kalau kita memecat keahlian pun tidak akan menjejaskan DUN dan Parlimen, tidak menjejaskan. Kalau kita tengok contoh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR, jadi dia tidak secara automatik mengosongkan kerusi.
 
"Hujah yang mengatakan PAS yang perlu meletakkan jawatan, kita kena ingat, kita tidak bertanding di atas tiket Pakatan Rakyat, simbol yang kita bawa itu adalah simbol parti dan hujah mengatakan ya apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendesak supaya 'gentleman' letak jawatan bagi mereka yang keluar daripada parti, itu adalah kerana mereka menang di atas watikah daripada PAS.
 
"Kalau tiada watikah, tiada pun orang boleh bertanding, tiada siapa boleh bertanding guna logo PAS," katanya.
 
Beliau dalam pada itu berkata, pemimpin GHB perlu faham dan kaji semula Bai'ah yang mereka buat sebelum menyelar PAS ekoran kenyataan Presiden PAS yang meminta mereka mengosongkan kerusi sama ada Ahli Parlimen mahupun ADUN.
 
"Bai'ah adalah isu yang berasingan. Bai'ah adalah di antara dia dan parti," katanya.
 
Khairuddin dalam pada itu berkata, PAS semakin diterima oleh orang ramai sejak parti itu berpendirian tegas dalam mempertahankan prinsip perjuangannya.
 
Beliau menegaskan PAS tidak akan tergugat dengan GHB yang mahu menubuhkan Parti Amanah Rakyat tidak lama lagi.
 
"Di Kedah, 5,000 orang sahaja akan menyertai PAS. Kita menyasarkan di Selangor ini 10,000 dalam proses mengumpulkan borang-borang. Tiba-tiba ramai pula hendak jadi orang PAS sekarang ini.
 
"Tiba-tiba PAS ini dilihat sebagai sebuah parti yang mempunyai prinsip, keyakinan," katanya.
 
 
 

172 sekolah pondok tak terbabit ekstremisme aktiviti militan

Posted: 25 Aug 2015 01:04 AM PDT

BERNAMA

 

TRP-Sek Agama-Zulhairie
Dari eksperimen dan penyelidikan yang dibuat mendapati masalah keganasan tidak timbul di kalangan mereka yang mendalami ilmu agama malah Islam sendiri tidak pernah mengajar perlakuan ganas. - Foto arkib TRP/Mohd Zulhairie


KOTA BAHARU, Pemantauan terhadap 172 institusi pengajian Islam berteraskan pondok di negara ini mendapati mereka tidak terlibat dengan kegiatan ekstremisme mahupun militan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) membuat pemantauan itu selepas terdapat ancaman Kumpulan Islamic State (IS) turut menyasarkan Malaysia untuk melaksanakan agenda mereka.

Katanya dari eksperimen dan penyelidikan yang dibuat mendapati keganasan tidak timbul di kalangan mereka yang mendalami agama malah Islam sendiri tidak pernah ajar keganasan.

"Jika dilihat tradisi dan tabii ekstrimis bukannya daripada golongan orang yang belajar agama..Islam tidak pernah ajar halalkan keganasan kerana ianya terpesong dari ajaran Islam sebenar.

"Islam adalah agama sejahtera..tradisi keilmuan sebenar tidak akan terjebak dengan keganasan ataupun elemen yang terpesong," katanya.

Menurutnya, melihat sejarah kumpulan militan di negara ini, kumpulan seperti Kumpulan Mujahiddin Malaysia (KMM) atau Al Mau'nah terdiri golongan profesional seperti Nordin Mat Top dan Dr Azhari yang bukan berkelulusan dalam bidang berkaitan agama Islam.

Manakala jika dilihat di peringkat global, Osama Ben Laden sendiri adalah lulusan kejuruteraan selain Ayman Al Zawahiri adalah doktor perubatan.

"Secara tradisi, golongan agama memang tidak terbabit dengan ekstrimis atau keganasan. Islam sentiasa tekankan Wasatiyah iaitu tidak condong ke kiri atau ke kanan.

"Islam tidak galakkan ekstrimisme, fanatik ataupun keganasan selain tidak akan membiarkan agama diperalatkan dalam aspek pluralisme, liberalisme yang akhirnya merosakkan agama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Multaqa Guru-Guru sekolah Pondok Zon Timur 2015 di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, beliau turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM15.67 juta kepada 72 institusi pendidikan Islam berteraskan pondok di pantai timur.

Sumbangan berkenaan merupakan agihan peruntukan RM25 juta kepada sekolah-sekolah pondok yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Bajet 2015 Oktober tahun lepas.

13 penyokong JDT didenda

Posted: 25 Aug 2015 12:59 AM PDT

BEN TAN


kecoh
Antara penyokong yang ditahan polis pada Rabu malam lalu. - Foto arkib Bernama

JOHOR BAHRU,Mahkamah majistret hari ini menjatuhkan hukuman denda RM100 kepada 13 penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) setiap seorang, kerana didapati bersalah mencetuskan kekecohan pada perlawanan Liga Super Malaysia, minggu lalu.


Terdahulu, pertuduhan itu dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret, Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Tiga belas tertuduh itu kemudiannya mengaku bersalah, terbabit dalam mencetuskan kekecohan di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, di Larkin, pada Rabu malam lalu, selepas JDT menundukkan Perak 4-1.

Kekecohan bermula, apabila seorang lelaki melepaskan tembakan suar, ketika penonton keluar dari stadium, selepas tamat perlawanan.

Polis segera menahan lelaki itu dan mengarahkan penyokong supaya bersurai, namun arahan itu tidak diendahkan.

Malah, ada yang mula membaling botol air dan batu ke arah polis.

Halau saya? Halau dulu penerima RM2.6 bilion – Khalid Samad

Posted: 25 Aug 2015 12:56 AM PDT

 
UMNO Shah Alam mendakwa Khalid Samad sebagai alat DAP dan telah memecah belahkan orang Melayu di Shah Alam.


khalid,aszari


SHAH ALAM : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad 'memulang paku buah keras' kepada pemimpin UMNO yang mendesak beliau dinyah atau dihalau dari bandaraya itu.

Khalid berkata, UMNO sepatutnya menumpukan usaha menghalau penerima derma RM2.6 bilion sebelum berfikir untuk menghalaunya.

"Nasihat saya kepada mereka untuk imej UMNO itu sendiri, tumpukan usaha nyahkan penerima derma RM2.6 bilion daripada nak nyahkan saya.

"Yang nak nyahkan saya sangat apa salah saya?," katanya dalam sidang media di pejabatnya pada Selasa.
Khalid berkata, UMNO tiada hak untuk menghalau atau membuang dia dari Shah Alam.

Baru-baru ini, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari mendakwa Khalid sebagai alat DAP dan bertanggungjawab memecah-belahkan pengundi Melayu di Shah Alam.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata, Gerakan Harapan Baru (GHB) dijangka akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangka diadakan pada tahun hadapan.

Katanya, jika PR 2.0 terdiri daripada PKR, DAP, Pas dan GHB, maka tidak ada akan ada pertembungan kerusi atau tiga penjuri di kawasan yang ditandingi.

"Namun begitu, sekiranya Pas bersendirian tetapi ada membuat kerjasama dengan PR 2.0 juga tidak akan berlaku pertandingan tiga penjuru melainkan perjanjian dikhianati.

"Sekiranya Pas mengambil keputusan untuk bersendiri dan tidak membuat sebarang kerjasama maka sudah pasti akan berlakunya tiga penjuru di hampir setiap kawasan," katanya.

Katanya, jika Pas bergerak bersendirian, maka PR 2.0 yang ditubuhkan itu akan membiarkan rakyat membuat keputusan untuk memilih calon yang diinginkan.

"Biarlah rakyat yang menentukan sama ada mereka inginkan calon yang tidak kisah menang atau kalah dalam pilihan raya kerana hanya mahu keredaan Allah semata-mata," katanya.

Ubah dasar atau kami sokong pembangkang – Orang Asli

Posted: 25 Aug 2015 12:54 AM PDT

 
Isu derma RM2.6 bilion dan kegagalan Perdana Menteri memberi penjelasan turut menjejaskan kepercayaan Orang Asli terhadap kerajaan BN.


orang-asli_najib_600


PETALING JAYA: Kontroversi derma RM2.6 bilion dan kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penjelasan telah menjejaskan kepercayaan masyarakat Orang Asli kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden Jaringan Orang Asli SeMalaysia (JOAS), Yusri Ahon berkata, masyarakat Orang Asli berpendapat dana politik yang dikatakan sumbangan derma daripada pemimpin negara Arab itu tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

"Seharusnya duit derma itu mesti dimasukkan ke dalam akaun organisasi atau parti dan bukan kepada individu.

"Sekiranya orang lain yang berbuat demikian. Bukankah ia akan menjadi isu besar?," katanya kepada FMT di Ibu Pejabat JOAS.

Yusri yang juga Ahli Jawatankuasa Jaringan Kampung Orang Asli Pahang (JKOP) berkata, kerajaan BN juga perlu mengubah dasar kerana dasar sedia ada tidak lagi selari dan menepati kehendak masyarakat Orang Asli.

Dia mengingatkan kerajaan bahawa pengundi Orang Asli sedia berpaling tadah dan mengundi pembangkang pada pilihan raya akan datang jika kerajaan gagal mengubah dasar itu.

"Cara Kerajaan BN tadbir negara dengan dasar-dasar yang dilaksanakan dilihat tidak sesuai lagi dengan masyarakat Orang Asli.

"Bagi saya Orang Asli akan menyokong pembangkang dan kebanyakkan mereka lebih cenderung untuk menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP jika diberi pilihan.

"Ini kerana kerajaan yang diperintah pembangkang seperti di Selangor dan Pulau Pinang lebih baik berbanding Kerajaan BN," katanya.

Amaran keras DBKL kepada peserta BERSIH 4.0

Posted: 25 Aug 2015 12:34 AM PDT

 
Penganjur dicadang mengadakan perhimpunan di Stadium Titiwangsa atau Stadium Nasional Bukit Jalil yang lebih sesuai.


dbkl-bersih


KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi amaran keras kepada penganjur dan peserta perhimpunan Bersih 4.0 supaya tidak menceroboh atau membina sebarang khemah bermula dari Dataran Merdeka sehingga Dataran DBKL.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata, jika ingkar, DBKL akan merampas dan menyita khemah-khemah yang didirikan di kawasan larangan tersebut.

"Saya ingatkan peserta Bersih 4.0 tidak memasuki kawasan larangan tersebut mahupun mendirikan sebarang sturuktur khemah atau kanopi sama ada di sekitar bahu jalan atau atas bahu jalan.

"Kita akan ambil tindakan tegas terhadap mereka yang degil," katanya dalam sidang media di Menara1 DBKL pada Selasa.

Tegasnya, DBKL tidak memberi kelulusan kepada penganjur Bersih 4.0 kerana Dataran Merdeka bukan untuk berpolitik tetapi untuk menjalankan aktiviti kebangsaan, sukan, Kebudayaan dan Keagamaan.

Katanya, DBKL dan poilis akan mengawal ketat sekitar kawasan Dataran Merdeka dan Dataran DBKL yang sedang digunakan untuk sambutan Hari Kemerdekaan.

"Perlu diingatkan Dataran Merdeka adalah kepunyaan DBKL dan dalam apa jua keadaan sekalipun kami tidak akan benarkan Dataran Merdeka digunakan untuk Bersih 4.0," katanya.

Mohd Amin mencadangkan penganjur mengadakan perhimpunan Bersih 4.0 ini diadakan di Stadium Titiwangsa atau di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Jika mereka memohon, kita benarkan mereka adakan perhimpunan dalam stadium yang lebih sesuai untuk perhimpunan aman," katanya.

Polis tidak faham istilah demokrasi – Pakar akademik

Posted: 25 Aug 2015 12:32 AM PDT

 
Perhimpunan aman Bersih 4.0 sama sekali tidak menggugat demokrasi berperlembagaan atau mengancam keselamatan negara.


bersih-4


PETALING JAYA: Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM), Azmi Sharom mengkritik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana membuat kenyataan yang bertentangan dengan prinsip demokrasi.

Katanya, kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh polis menunjukkan pasukan keselamatan itu tidak memahami istilah sebenar demokrasi berperlembagaan.

Katanya, perhimpunan aman Bersih 4.0 sama sekali tidak menggugat demokrasi berperlembagaan atau mengancam keselamatan negara.

"Polis tak faham makna demokrasi. Perhimpunan aman dibenarkan selagi tidak membabitkan senjata yang boleh menggugat keselamatan awam.

"Kita mengadakan perhimpunan aman untuk menyuarakan kekhuatiran kepada masa depan negara dan rakyat. Itulah maknanya demokrasi.

"Bagaimana polis boleh mengatakan perhimpunan aman boleh mengancam demokrasi? Seksyen 124 Kanun Keseksaan itu untuk kesalahan melakukan keganasan bukan protes secara aman," tegasnya.

Azmi diminta mengulas amaran Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Mohd Isa yang menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati membuat kenyataan atau komen mengenai perhimpunan Bersih 4.0 yang dirancang hujung minggu ini.

Tajuddin berkata, polis sedang mengawasi dan memantau secara dekat kenyataan dan komen yang dibuat untuk memastikan tidak menggugat demokrasi berpelembagaan.

"Kita akan pantau dan akan siasat kenyataan-kenyataan mengikut Seksyen 124," katanya dalam sidang media di DBKL.

Penculik ugut penggal kepala tebusan

Posted: 25 Aug 2015 12:30 AM PDT

 
Isteri mangsa culik terima panggilan telefon pada Sabtu lalu yang mengugut kepala suaminya akan dipenggal jika tidak membayar sejumlah wang tebusan.


penggal-kepala


PETALING JAYA: Selepas tidak berhubungan dengan suami selama lebih sebulan, isteri kepada seorang tebusan kumpulan militan Abu Sayyaf mendapati suaminya kemungkinan akan dipenggal kepala.

Bernard Then Ted Fen, diculik dari sebuah restoran makanan laut, Ocean King di Sandakan, Sabah pada 14 Mei dan dibawa ke Kepulauan Jolo di selatan Filipina.

"Perbualan antara saya dan suami hanya kurang seminit. Tidak seperti sebelum ini, dia tidak kedengaran dalam keadaan baik.

"Dia berkata dalam senarai seterusnya untuk dipenggal. Penculik kemudiannya merampas telefon bimbit tersebut dan memberitahu saya, mereka akan memenggal kepalanya jika wang tebusan tidak dibayar dengan segera. Talian kemudiannya terputus," kata Chan Wai See, isteri Bernard, lapor Mstar.

Chan Wai See yang menutup telefon bimbitnya sejak Julai lalu selepas diarahkan polis untuk berbuat demikian menerima panggilan ugutan itu kira-kira jam 5 petang, Sabtu lalu.

Dia menghidupkan semula telefon bimbitnya pada Jumaat lalu selepas membaca laporan media mengenai seorang tebusan Filipina yang dipenggal.

"Saya amat takut dan tidak tahu apa untuk dilakukan," tambahnya.

Turut diculik dalam insiden yang sama, Thien Nyuk Fun dikatakan mengalami tekanan darah tinggi dan berada dalam keadaan kritikal.

Thien adalah pengurus restoran tersebut manakala Then dari Sarawak sedang bercuti di Sandakan.
Ahli keluarga Tehn meminta bantuan kerajaan untuk membebaskan kedua-dua tebusan.

Kumpulan militan Abu Sayyaf memenggal kepala seorang ketua kampung di Filipina pada 11 Ogos lalu selepas ahli keluarganya gagal membayar wang tebusan 1 juta peso (RM892,000).

Penyokong kerajaan gesa kadar GST diturunkan

Posted: 25 Aug 2015 12:27 AM PDT

 
Kadar enam peratus tidak lagi relevan kerana nilai Ringgit yang semakin merosot setiap hari.


lee-sang


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Penyokong Barisan Nasional (PPBNM) menggesa kerajaan mengkaji semula kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana kadar enam peratus itu terlalu tinggi.

Timbalan Presidennya, Dr Lee Nan Sang berkata, kadar enam peratus itu tidak lagi relevan kerana kejatuhan nilai Ringgit yang semakin teruk saban hari.

Katanya, pelaksanaan GST bermula 1 April lalu memberi pendapatan tambahan kepada negara tetapi dalam masa sama telah menyebabkan ekonomi negara terus merosot.

Ini ditambah dengan kejatuhan nilai Ringgit yang menambahkan lagi kesengsaraan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana, katanya.

"Memandangkan keadaan ekonomi negara semakin jatuh, kadar enam peratus ini dianggap suatu kadar yang tinggi sekaligus dan sokongan rakyat terhadap BN merosot," katanya dalam sidang media di Pusat Membeli Belah Pandan Capital pada Selasa.

Dalam perkembangan sama, Lee menegaskan, kemerosotan ekonomi yang sedang berlaku sekarang bukan kerana kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya tidak rasa kritikan Dr Mahathir itu mampu menjatuhkan ekonomi negara," katanya.

Ringgit terus turun kepada 4.25 berbanding dolar AS

Posted: 25 Aug 2015 12:24 AM PDT




Pada jam 5 petang, ringgit disebut harga pada 4.2475/0415 berbanding dolar AS daripada 4.1800/1880 pada Jumaat lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2015.Pada jam 5 petang, ringgit disebut harga pada 4.2475/0415 berbanding dolar AS daripada 4.1800/1880 pada Jumaat lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Ringgit terus turun berbanding dolar Amerika hari ini berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia, kata peniaga.
 
Pada jam 5 petang, mata wang tempatan disebut harga pada 4.2475/0415 berbanding dolar AS daripada 4.1800/1880 pada Jumaat lepas.
 
Seorang peniaga berkata kejatuhan berterusan penanda aras minyak mentah dunia, West Texas Intermediate (WTI) dan Brent sekali lagi mencetuskan penjualan ringgit dan mata wang ekonomi pesat membangun lain yang berkait dengan eksport minyak mentah.
   
"Harga minyak terus mengalami penurunan hari ini, dengan WTI mencecah paras terendah harian pada AS$39 setong manakala Brent menyusut serendah AS$44 setong. 
 
 "Kebimbangan berterusan terhadap ekonomi China menjejaskan minat risiko global dan menambah kerisauan terhadap prospek permintaan minyak dunia," katanya.
 
Seorang lagi peniaga berkata semasa bank-bank terus melepaskan pegangan mata wang tempatan berikutan aliran keluar portfolio, pengurus aset pula akan muncul pada bila-bila masa untuk mula mengumpul aset terlebih jual.
 
"Situasi hari ini berbeza daripada semasa krisis kewangan Asia 1997/98. Ekonomi Malaysia jauh lebih kukuh sekarang ini," katanya.
 
Ringgit, yang mencecah paras 4.25 berbanding satu dolar Amerika untuk pertama kali sejak krisis kewangan Asia 17 tahun lalu, juga didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.
 
Ringgit terus turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0143/0229 daripada 2.9694/9753 pada Jumaat dan rendah berbanding yen kepada 3.5295/5390 daripada 3.3981/4060.
 
Unit tempatan juga menyusut berbanding pound sterling kepada 6.6876/7042 daripada 6.5672/5814 dan rendah berbanding euro kepada 4.8826/8950 daripada 4.7033/7132 pada Jumaat. – Bernama,


PAS Selangor tidak mahu beri laluan kepada GHB pada PRU

Posted: 25 Aug 2015 12:21 AM PDT



Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman jika ahli GHB bercadang untuk bertanding pada pilihan raya, adalah lebih baik mereka bertanding di kerusi yang tidak ditandingi calon PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2015.Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman jika ahli GHB bercadang untuk bertanding pada pilihan raya, adalah lebih baik mereka bertanding di kerusi yang tidak ditandingi calon PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2015. 
 
 
PAS Selangor tidak akan berkompromi dengan ahli Gerakan Harapan Baru (GHB) jika mereka mahu turut bertanding di kawasan yang ditandingi calon PAS pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
 
"Kalau mereka anggap PAS akan beri laluan pada pilihan raya umum akan datang, PAS tidak akan beri laluan sebab itu kerusi kita," kata Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman.
 
Katanya jika ahli GHB bercadang untuk bertanding pada pilihan raya, adalah lebih baik mereka bertanding di kerusi yang tidak ditandingi calon PAS.

"30 tahun akan datang sejarah akan mengingati GHB sebagai parti yang memenangkan BN dalam PRU akan datang dan inilah faktor kekalahan kalau berlaku pertandingan 3 penjuru," kata Mohd Khairuddin pada sidang media hari ini. 
 
Ditanya mengapa PAS tidak memecat serta-merta ahli yang meletak jawatan dan menyertai GHB, Mohd Khairuddin berkata Perlembagaan PAS menyebut bahawa keahlian akan terlucut dengan sendirinya apabila mana-mana ahli menyertai parti lain.
 
"Jika gentleman kosongkan kerusi (bagi Anggota Dewan Undangan Negeri dan Anggota Parlimen yang berhasrat sertai GHB), ...biar rakyat tentukan," katanya sambil mendakwa anggota GHB seolah-olah bertindak seperti jurucakap kepada DAP yang menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan.
 
Semalam, sebanyak 18 AJK PAS kawasan Kelana Jaya yang dipimpin Yang Dipertuanya Izham Hashim meletak jawatan bagi menyertai GHB. Sebelum ini beberapa pemimpin PAS kawasan Shah Alam, Kota Raja, Klang dan Kapar juga meletak jawatan. – Bernama


Pemimpin Umno Kedah kecewa, usul Najib letak jawatan

Posted: 25 Aug 2015 12:12 AM PDT




Umno Cawangan Kampung Kuala Sin di Merbok, Kedah turut menggesa peletakan jawatan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2015.Umno Cawangan Kampung Kuala Sin di Merbok, Kedah turut menggesa peletakan jawatan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, . 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Naib Pengerusi Umno Cawangan Kampung Kuala Sin, Abd Karim Ali mempertahankan hujah dan usulnya pada persidangan Mesyuarat Perwakilan Bahagian Merbok, Kedah, 22 Ogos lalu yang menggesa Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.
 
Kecewa dengan isu yang melanda parti Melayu terbesar itu, Karim, 51, yang juga bekas ketua Pemuda 
Umno Bahagian Merbok berkata, perubahan perlu dilakukan demi memastikan kemenangan parti pada pilihan raya akan datang.
 
"Hari ini semua orang tahu apa yang berlaku, kita tidak boleh bersembunyi lagi. Rakyat yang akan undi pada pilihan raya nanti seramai 15 juta orang.

"Kita (ahli Umno) hanya 3 juta saja. Jadi saya merayu sangat presiden berundur," katanya kepada The Malaysian Insider. "Dia (Tajul) hanya mahu lari daripada isu. Sewaktu saya usulkan, tiada sebarang bantahan dan undi sebulat suara.

"Kenapa ketua bahagian tidak bantah semasa usul tersebut dibentangkan? Semua sudah undi bersetuju," katanya.

Naib Pengerusi Umno Cawangan Kampung Kuala Sin, Abd Karim Ali pertahan hujah dan usulnya pada persidangan Mesyuarat Perwakilan Bahagian Merbok, Kedah, 22 Ogos lalu gesa Datuk Seri Najib Razak letak jawatan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2015.Naib Pengerusi Umno Cawangan Kampung Kuala Sin, Abd Karim Ali pertahan hujah dan usulnya pada persidangan Mesyuarat Perwakilan Bahagian Merbok, Kedah, 22 Ogos lalu gesa Datuk Seri Najib Razak letak jawatan. – Gambar fail The Malaysian Insider.Karim berkata, ia bukan satu kenyataan yang dibuatnya ketika membahaskan usul seperti dilaporkan portal Malaysiakini sebelum ini.

Sebaliknya, beliau berkata ia cadangan untuk membuat pindaan kepada usul dan mendapat sokongan sebulat suara melalui undian semua perwakilan, termasuk ahli jawatankuasa (AJK) bahagian.

Malah, pengerusi tetap persidangan Umno juga katanya meluluskan dan menerima usul pindaan ini.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan ketua Bahagian Merbok menafikan kenyataan Karim itu sebagai usul mesyuarat sepertimana yang dispekulasi pengguna media sosial.

Karim dikatakan hanya mengeluarkan kenyataan itu ketika membahaskan usul politik.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Jalan Badlishah,  Anuar Abd Hamid turut berkata usul tersebut sebulat suara diterima pada hari tersebut.

Beliau turut mendesak pemimpin nombor satu parti itu berundur untuk menyelamatkan Umno.

"Semua sebulat suara. Lepas tepukan gemuruh diterima perwakilan tersebut, kita buat undi dan semua sebulat suara terima," katanya kepada The Malaysian Insider.

Anuar, 64, ketua cawangan selama lebih sedekad itu juga menggesa isu Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan dengan kadar segera.
 
Beliau turut mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu yang disifatkan memberi kesan kepada imej parti itu.
 
"Tubuhkan RCI, siasat segera. Kini saksi sudah hilang. Macamana nak selesaikan isu 1MDB ini?," soalnya.
 
Anuar berkata, mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Merbok pada 22 Ogos lalu mempunyai lebih 130 cawangan dengan anggaran hampir 600 perwakilan.
 
Katanya, mesyuarat itu dirasmikan Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi.
 
Karim dan Anuar menjadi perhatian di media sosial apabila video perbahasan mereka pada mesyuarat Sabtu lalu dimuat naik ke laman Facebook.
 
Sebelum ini pada 16 Ogos, Pemuda Umno Bahagian Tampin di Negeri Sembilan sebulat suara menerima dan meluluskan usul meminta Najib meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno pada mesyuarat perwakilan Pemuda bahagian itu.
 
Usul tergempar diketengahkan ahli Pemuda Cawangan Kampung Ulu Ladang, Azman Abdullah. Ia mendapat sambutan positif daripada majoriti lebih 200 ahli yang hadir.


ATM pantau laman sosial pegawai dan anggota elak pengaruh Isis

Posted: 25 Aug 2015 12:07 AM PDT



Panglima ATM, Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin berkata selain itu penerapan kerohanian akan turut diberikan kepada warga ATM. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2015.Panglima ATM, Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin berkata selain itu penerapan kerohanian akan turut diberikan kepada warga ATM. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memantau laman sosial dan Internet milik pegawai dan anggotanya bagi mengelak mereka daripada turut terbabit dengan kegiatan kumpulan militan Negara Islam Syria dan Iraq (Isis).
 
Panglima ATM, Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin berkata selain itu penerapan kerohanian akan turut diberikan kepada warga ATM.
 
"Ini antara cara untuk memperkukuh jiwa, semangat dan menghindarkan mereka daripada terpengaruh dengan ancaman Isis.

"Kita perlu memberi penerangan dan penjelasan kepada mereka mengenai Isis," katanya kepada pemberita di Port Dickson hari ini selepas majlis penutupan Eksesais Keris Aman Capstone 2015. Beliau diminta mengulas mengenai laporan bahawa anggota pasukan keselamatan adalah antara 10 warga tempatan yang ditahan di ibu negara dan beberapa negeri lain baru-baru ini kerana disyaki terbabit dengan kumpulan militan Isis.
 
Zulkifeli berkata ancaman Isis sukar dibendung kerana fahamannya disebar melalui media sosial, namun ATM akan mengambil langkah proaktif bagi menghalang gerakan itu daripada menular ke dalam negara.
 
Mengenai latihan yang berkonsepkan operasi pengaman itu yang melibatkan anggota pengaman daripada 29 buah negara, beliau berkata ia berjaya meningkatkan kerjasama dan hubungan pelbagai negara serantau dan antarabangsa. – Bernama,


PAS tak kerah ahli kerana Bersih 4 bertembung Hari Kebangsaan

Posted: 24 Aug 2015 11:57 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS tidak mengerahkan ahlinya turun ke himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2015.Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS tidak mengerahkan ahlinya turun ke himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos ini. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu tidak mengerahkan ahlinya turun ke himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos ini kerana tarikhnya tidak sesuai kerana hampir dengan sambutan Hari Kebangsaan.
 
Alasan itu adalah di antara 4 alasan parti itu bertindak hanya menghantar wakilnya ke himpunan itu.
 
"Tarikh himpunan Bersih 4.0 yang hanya berselang satu hari dengan sambutan Hari Merdeka 31 Ogos 2015 dirasakan tidak sesuai," kata ahli Parlimen Kota Baru itu.

PAS juga memberikan alasan yang parti itu akan menumpukan fokus kepada Kongres Rakyat anjurannya pada 12 September ini "bagi membincangkan pelbagai isu dan penyelesaiannya secara konstruktif". 
"Maka PAS beranggapan seluruh komitmen sumber dan organisasi parti wajar digerakkan secara menyeluruh pada 12 September ini," katanya.

Menurutnya, tarikh 29 dan 30 Ogos juga bertembung dengan tarikh siri jelajah munaqasyah ucapan dasar presiden dan Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (Pihak).

PAS juga kata Takiyuddin akan menganjurkan Himpunan 60 Ribu sebulan selepas itu pada 17 Oktober 2015


Tiada ulasan: