Isnin, 24 Ogos 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Surat terbuka buat Abang Mat Sabu

Posted: 24 Aug 2015 05:58 AM PDT




Oleh DR RIDUAN MOHAMAD NOR 
 
PAGI ini saat bergegas di kaunter pesawat tambang murah bandara kuala Terengganu, saya berpapasan dengan ikon anak muda dekad 80-an yang juga abang saya dalam perjuangan, iaitu Haji Mohamad Sabu. Tak terkesan dengan gelombang yang menimpa parti Islam pasca muktamar, Abang Mat tetap dengan senyuman khasnya kepada saya, bercanda dan kami bersarapan bersama di cafe bandara.

Abang Mat bersama Hanipa Maidin dan tim GHB semalamnya berceramah di Dataran Syahbandar Kuala Terengganu, manakala saya, Datuk Tuan Ibrahim, Dato Nik Amar berceramah di Dataran PGU Jerteh Besut.

Abang Mat meneguk minuman dan menelan beberapa biji pil ubat, bercerita tentang umur dan tahap kesihatan. Beliau masih bebas daripada penyakit yang biasanya dihinggapi insan seangkatan dengannya. Generasi pejuang dekad 80-an yang pernah mendekam dalam tahanan ISA seangkatan beliau telah ramai pulang kerahmatullah. Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Bunyamin Yaakob, Ustaz Abdul Latif Mohamad, Ustaz Stimat Jusuh, Zainuddin Abdullah, Shuhaimi Said dan teman-teman angkatan pemuda dekad 80-an telah pulang menemui Tuhan. Abang Mat masih sihat dan sentiasa dengan guratan wajah ceria.

"Enta... takdak penyakit lagi ke ?" Tanyanya jujur dengan tatapan mata berseri
"Belum lagi Abang Mat...hi hi" jawabku separuh jujur dan tak pasti. Apabila disemak status kesihatan, kelihatan masih sihat tetapi jika kurang tidur akan merasa pening.
"Enta makanlah... sebelum ada apa-apa penyakit mai," katanya berlucu.

Saya tidak sempat menghabiskan sepinggan nasi berlauk ayam dan kopi panas apabila pembesar suara bandara memanggil nama saya untuk menaiki pesawat dengan segera. Menyalami Abang Mat dan teman-teman yang lain saya berlari ke ruang perlepasan. Dalam pesawat, benak akal saya menerawang jauh, mengimbau kisah hidup seorang tokoh yang pernah mencuat namanya dalam pentas anak muda radikal negara ini dekad 80-an dan 90-an.

Abang Mat alumni ITM, memulakan langkah bersama gerakan pelajar, seterusnya bersama gerakan sosio politik anak muda, ABIM. Awal dekad 80-an, beliau aktif berceramah dan vokal menentang regim Mahathir sehingga membayar harga yang mahal iaitu dihumban ke jeriji tahanan politik ISA. Antara rakannya Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Bunyamin Yaakob, Ustaz Abdul Mohamad ditahan tanpa bicara. Beliau berceramah saat manusia ramai masih paranoid dengan PAS dengan tema kembali kepada pemerintahan Islam, menjulang kepimpinan ulama serta mendobrak regim tirani BN.

BN dan Umno mengganasi aktivis-aktivis PAS tanpa sepicing rasa malu dalam dekad 80-an. Berlakunya pembunuhan di Lubuk Merbau, Kedah, peristiwa Memali, operasi lalang, operasi kenari dan pelbagai tekanan terhadap amilin PAS. Abang Mat tabah mengharungi euforia "negara polis" tajaan regim BN. Parti melihat potensi yang ada pada abang Mat dan beliau diberikan bertanding di Parlimen Nilam Puri Kelantan pada tahun 1990.

Beliau menang di Parlimen tersebut dan namanya tercatat di papan carta utama pemain politik negara ini. Suaranya dirindui rakyat di podium ceramah, bidasannya vokal di Parlimen, disenangi oleh anak-anak muda termasuk saya yang mencandui ceramahnya semenjak bangku sekolah menengah dan universiti. Abang Mat sentiasa mendengungkan kewajiban memenangkan Islam, memuliakan ulama dan terus istiqomahkan diri bersama PAS diposisi mana pun kita berada.

Saya berada dalam Dewan pemuda dalam tempoh dua dekad dan Abang Mat begitu dekat dengan anak muda, mudah berkira dan senang diurus. Tanpa jawatan diruang legislatif sekali pun, beliau masih aktif bertemu rakyat dan berceramah ke seluruh belahan negara. Watak dan sisi putih yang paling saya sukai daripada Abang Mat ialah beliau tahan bergurau dan tidak kisah dengan ugutan.

"hangpa maki la aku... rambut bercacak macam aku ni... tahan kena maki" dia menyeringai berlucu. Sikap itu menyebabkan beliau mempunyai ramai teman dan anak buah.

Saya mengimbau kembali fasa dua tahun terakhir ini, saya mengambil sisi kritis terhadap Abang Mat. Berhujah dalam banyak isu yang saya tidak senangi dalam mesyuarat seperti isu Jokowi, Langkah Kajang dan lain-lain lagi. Beliau tetap Mohamad Sabu yang saya kenali dengan rapat belasan tahun yang lalu. Beliau datang makan berselahan saya usai mesyuarat PAS Pusat sambil tetap ceria bergelak tawa. Jiwanya besar sesuai dengan segudang pengalamannya bersama PAS, bersepuh semangat khursani membadai perjuangan.

Dalam ruang terbatas ini, saya menyeru Abang Mat supaya kembali bersama PAS sebagaimana Abang Mat bergulat dalam tempoh panjang 37 tahun berjuang, semenjak zaman mudanya. PAS mempunyai berkahnya tersendiri, berdiri teguh 64 tahun menggeluti medan siasah, dakwah dan tarbiah. Harakatul ummah ini mempunyai ahli-ahli yang ikhlas, yang curang akan menggelunsur jauh.

Abang Mat mesti faham denai sejarah PAS, bagaimana firqah atau kumpulan serpihan PAS semenjak dekad 70-an hilang ditelan masa. Kelompok anak muda yang menentang PAS bersama kerajaan campuran awal 70-an, Parti BERJASA, HAMIM, ISLAH, AKIN bahkan JATI, semuanya menjadi prasasti sejarah. PAS terus membesar dan merengkuh sokongan ummah, malah terus mara dengan dokongan anak muda berpendidikan.

Kembalilah Abang Mat, ahli-ahli PAS tidak membencimu, hanya tidak terpilih di medan muktamar dan pusingan roda kepimpinan adalah suatu sunnatullah. Kita tidak menjadi hina tanpa jawatan besar, kerana perjuangan Islam memuliakan sesiapa pun yang mendokong. Saya teringatkan sesepuh PAS yang pernah kalah dalam muktamar namun mereka tetap beristiqomah bermandi keringat di medan amal Islami. Almarhum Ustaz Hasan Shukri, Almarhum Ustaz Harun Taib, Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik adalah contoh keteladanan yang kita semua banggai.  Kembalilah Abang Mat, kita boleh berbeda pandangan, namun tidak untuk memecahkan kesatuan ummat. Hiasilah sejarah ini dengan tinta emas kerna harumannya akan dihidu generasi mendatang!

Isu Duit Derma RM2.6 Bilion : Penderma Mahu Barisan Nasional (BN) dan UMNO Terus Jadi Kerajaan Malaysia

Posted: 24 Aug 2015 05:52 AM PDT

BERITA SEMASA

derma rm2.6 bilion


Isu Duit Derma RM2.6 Bilion : Penderma Mahu Barisan Nasional (BN) dan UMNO Terus Jadi Kerajaan Malaysia

Sekali dengar dan perhatikan macam pelik. Kenapa perlu tunggu berbulan untuk memberikan jawapan. 

Orang lain pula yang bersungguh-sungguh untuk memberikan jawapan yang pelbagai sekejap DAP, sekejap Yahudi, sekejap Israel, sekejap Militan IS, sekejap kebangkitan dan pertahankan Islam, bla….bla….bla….bla…

Sedangkan isu duit derma RM2.6 bilion itu masuk dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri malaysia. Sepatutnya Datuk Seri Najib Razak sudah ada jawapan tanpa perlu menunggu lama untuk memberikan respon balas.

Pelik….

Dan terbaru, Datuk Seri Zahid Hamidi yang baru sahaja dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ada jawapan tersendiri berdasarkan usaha keras beliau melakukan penyiasatan sendiri disebalik isu duit derma RM2.6 bilion itu. Kata Zahid Hamidi :

 

Isu Duit Derma RM2.6 Bilion : Jawapan Zahid Hamidi?

  • Beliau sudah berjumpa dengan ketua pegawai pelaburan dan pemegang amanah harta keluarga yang derma RM2.6 bilion itu
  • Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang terima derma daripada keluarga Arab tersebut selain negara-negara Islam yang lain
  • Penderma mahu BN dan UMNO terus perintah Malaysia
  • Zahid Hamidi sudah tengok dokumen asal pemindahan dana berkenaan
  • Zahid Hamidi kata tiada bukti duit RM2.6 bilion datang dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP)
Tiba-tiba terlintas di pemikiran Berita Semasa siapa penderma yang baik hati tersebut sehingga sanggup menyerahkan RM2.6 bilion kepada individu? Jikalau serahkan kepada kepada Yayasan Berita Semasa pernah dengar. Tapi….Errrrmmmm.

P/S : Malaysia ini tiada think thank yang boleh beri nasihat kepada menteri ketika beritakan kenyataan dan ucapan?

P/S : Harapan Berita Semasa usahlah muncul semula Si Kitul dan Raja Mendeliar. Cukuplah dengan terciptanya sejarah kejatuhan kota Melaka

PP/S : Jikalau tidak pandai dan tidak kuat bermain politik, janganlah apabila berasa lemah, campakkan masalah itu kepada pesaing anda. Bukankah lebih baik, muhasabah diri dan pauskan sendiri berbanding menyalahkan orang lain?


Pemuda Umno Masih Hormat Muhyiddin - Khairy

Posted: 24 Aug 2015 05:45 AM PDT

Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN


Khairy (tiga dari kanan) pada Mesyuarat Exco Pemuda Umno pada Isnin. Foto:RAJA FAISAL HISHAN/The Star.
 
 
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno masih menghormati Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun beliau telah disingkirkan daripada Kabinet.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata sayap parti itu menghormati Muhyiddin kerana beliau masih lagi memegang jawatan timbalan presiden dalam parti.

"Jawatan ini (timbalan presiden) tak boleh dilantik, ia jawatan yang dipilih.

"Kita mengakui dan masih menghormati Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden dalam Umno," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno di sini, Isnin.

Beliau perkata perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat yang diadakan dan menjadi satu ketetapan yang dibuat oleh Pemuda Umno.

Khairy berkata demikian sebagai mengulas mengenai usul yang dibuat dalam Persidangan Perwakilan Gabungan Umno Keningau dan Pensiangan yang mahu mencalonkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan presiden Umno pada pemilihan akan datang.

Pencalonan Zahid itu dibuat sebagai tanda sokongan padu bahagian itu kepada beliau, sejajar dengan kedudukannya sebagai timbalan perdana menteri.

Dalam pada itu Khairy berkata bahawa beliau akan meminta pandangan Ketua Pemuda Umno negeri dan ahli Exco berhubung usul supaya pemilihan parti tidak ditangguh selepas mesyuarat perwakilan di peringkat bahagian selesai tidak lama lagi.

"Buat masa ini kita masih terikat dengan keputusan Majlis Tertinggi Umno untuk tangguh pemilihan selama 18 bulan.

"Memandang ada pandangan berbeza daripada yang ditetapkan, kita akan selesaikan dahulu persidangan perwakilan dan selepas itu kita akan lihat sejauh mana pandangan Pemuda akar umbi mengenai perkara ini dipegang dan kemudian baru kita buat satu lagi ketetapan," katanya.

Umno Penampang Mahu Tindakan Disiplin Diambil Terhadap Muhyiddin

Posted: 24 Aug 2015 05:43 AM PDT

Oleh: THE STAR
 
 
Umno Bahagian Penampang meluluskan resolusi kecaman terhadap Muhyiddin.
 
 
KOTA KINABALU: Sebuah Umno Bahagian di Sabah meminta tindakan disiplin diambil terhadap Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Umno Bahagian Penampang meluluskan resolusi kecaman terhadap Muhyiddin dengan mengatakan beliau gagal menjaga nama baik, integriti dan maruah parti.

Bahagian itu juga berkata Muhyiddin melanggar Perkara 20.8 Perlembagaan Umno dalam ucapannya semasa mesyuarat bahagian di Cheras, Pagoh, Kemaman, Kluang dan Semporna di mana perkataan yang dikeluarkan bersifat negatif dan boleh menjejaskan parti.

"Antara salah laku Muhyiddin adalah beliau bercakap secara terbuka mengenai perbualan peribadi dengan presiden parti dan isu nasional.

"Tindakan tersebut tidak seharusnya dilakukan mana-mana ahli Umno, terutamanya Timbalan Presiden," demikian menurut resolusi itu.

Usul tindakan terhadap timbalan presiden itu dibangkitkan oleh Ketua Cawangan Nambazan, Datuk Fredie Suah pada mesyuarat Umno bahagian itu pada Sabtu.

Bahagian itu berkata walaupun ucapan Muhyiddin itu boleh dianggap sebagai nasihat tetapi mesej tersebut berbunyi negatif dan akan menjejaskan imej Umno.

"Malah, apa yang timbalan presiden lakukan boleh menghancurkan dan membuatkan parti itu berkubur pada Pilihan Raya Umum akan datang," katanya.

Menurut bahagian itu, walaupun Muhyiddin tidak bersetuju dengan presiden parti, beliau boleh bercakap atau menulis kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyuarakan pandangannya.

Ketua Umno Penampang, Datuk John Ambrose berkata bahagian itu telah membuat ketetapan tersebut kerana mana-mana ahli tidak harus melanggar peraturan parti.

"Sebagai timbalan presiden, Muhyiddin harus menjadi contoh kepada ahli lain untuk menghormati peraturan Umno tetapi tindakan beliau bertentangan," katanya.

Tidak Perlu Perbesarkan Resolusi Tindakan Disiplin Terhadap Muhyiddin – Syed Ali

Posted: 24 Aug 2015 05:38 AM PDT

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
 
Syed Ali Alhabshee.
 
 
PETALING JAYA: Datuk Seri Syed Ali Alhabshee meminta resolusi supaya tindakan disiplin diambil terhadap Timbalan Presiden Parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak diperbesarkan.

Ketua Umno Bahagian Cheras itu berkata, ini kerana semua resolusi tidak kira mengenai pandangan, cadangan atau permasalahan membabitkan parti perlu diteliti terlebih dahulu tanpa membuat keputusan dengan terburu-buru.

Menurutnya, walaupun Umno merupakan parti yang mengamalkan konsep demokrasi namun sebarang perkara perlu diputuskan bersama secara berhemah.

"Tak ada masalah untuk usulkan apa sahaja resolusi. Kita ada 191 bahagian, bukan hanya satu bahagian. Kalau kita layan satu bahagian sahaja, susahlah, nanti tak jadi kerja.

"Resolusi yang 'satu' ini perlu tunggu resolusi-resolusi yang diusulkan oleh Umno Bahagian yang lain dahulu, kita  tunggu sampai semua mesyuarat selesai.

"Selepas itu baharulah parti akan adakan mesyuarat dan membuat keputusan dengan membawakannya ke mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) mahupun pada Perhimpunan Agung Umno," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Pada Ahad, Umno Bahagian Penampang meminta tindakan disiplin diambil terhadap Muhyiddin menerusi resolusi yang diluluskan apabila menyifatkan timbalan presiden parti itu gagal menjaga nama baik, integriti dan maruah parti.

Syed Ali berpendapat bahawa dalam keadaan hari ini, semua pihak sepatutnya merapatkan saf kepimpinan di semua peringkat dan menghentikan segala perbalahan.

"Hentikan perkelahian, kita seharusnya bekerjasama dan pada masa yang sama pucuk pimpinan perlu mendengar suara akar umbi agar sebarang hal atau masalah dalaman parti dapat diselesaikan dengan baik," katanya.

Sementara itu, mengenai usul daripada Umno Bahagian lain supaya presiden parti diberi cuti rehat, Syed Ali berkata, perkara itu hanya dikemukakan oleh beberapa pihak sahaja.

"Siapapun boleh usulkan tetapi berapa orang yang usulkan, berapa orang yang bercakap. Sekarang ini, macam-macam kita bercakap.

"Nanti bawa mana-mana perkara (usul) ke presiden parti dan MT untuk berbincang. Pucuk pimpinan memang akan dengar keluhan akar umbi tetapi ia perlu diteliti dan berbincang sebelum membuat keputusan," katanya.

Jabatan Kesihatan Siasat Gambar Selfie Doktor Dengan Ibu Bersalin

Posted: 24 Aug 2015 05:31 AM PDT

Oleh: KATHLEEN ANN KILI
 
 
Gambar yang diambil dari laman Facebook Kumpulan Kerabu Bersuara menunjukkan seorang doktor berselfie bersama seorang pesakit di dalam dewan bedah.
 
 
JOHOR BARU: Jabatan Kesihatan negeri sedang menyiasat aduan mengenai seorang doktor yang didakwa berselfie bersama seorang pesakit dalam posisi bersalin sehingga menampakkan alat kemaluan wanita tersebut dan menjadi viral di laman media sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Ayub Rahmat berkata jabatan itu sudah memulakan siasatan berhubung perkara tersebut.

"Kami sudah mengenal pasti doktor dan hospital terbabit. Siasatan sedang dijalankan dan kami akan memutuskan tindakan yang akan diambil selepas ini," katanya kepada The Star.

Beliau mengingatkan pengamal perubatan supaya tidak menyalahgunakan teknologi semasa menjalankan profesionalisme mereka.

Doktor tersebut dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an dikritik di atas tindakannya yang tidak menghormati privasi pesakit.

Difahamkan doktor tersebut berkhidmat sebagai pegawai perubatan di hospital berdekatan Taman Mount Austin di sini sejak tiga tahun lalu.

Dia terkenal dengan sikap suka berselfie ketika sedang bekerja di dewan bedah.

Pas Bidas Kenyataan Mat Sabu Desak Adun, Ahli Parlimen Tinggalkan Parti

Posted: 24 Aug 2015 05:24 AM PDT

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
 
 
 

SHAH ALAM: PAS Selangor membidas kenyataan Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohamad Sabu yang mendesak semua wakil rakyat PAS melepaskan jawatan masing-masing dalam parti itu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau Ahli Parlimen, kesemua wakil rakyat PAS diberi mandat atau surat watikah perlantikan oleh parti untuk bertanding.

"Kita juga diberikan mandat sebagai pemimpin yang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu oleh pengundi atau rakyat, ataupun pengundi-pengundi sama ada dari PAS, PKR, DAP dan mungkin juga dari Umno dan parti-parti lain.

"Tidak wajar kalau kita mengkhianati undi atau amanah daripada pengundi-pengundi tersebut. Seingat saya GHB atau Parti Amanah Rakyat (parti baharu yang akan ditubuhkan GHB) pun tak wujud lagi, jadi kenapa pula Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat perlu meletakkan jawatan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS Selangor di sini, Isnin.

Pada Isnin, dilaporkan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendesak semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas melepaskan jawatan masing-masing memandangkan semua menang dalam PRU-13 adalah atas tiket 'bersama pakatan pembangkang.'

Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman menegaskan bahawa wakil rakyat parti tersebut bukan bertanding atas tiket Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu.

"Kita bukan bertanding atas tiket Pakatan Rakyat, simbol yang kita bawa adalah simbol parti (PAS)," katanya.

Walaupun mengakui Pakatan Rakyat merupakan antara faktor kemenangan wakil rakyat PAS, namun katanya, pencalonan dalam PRU-13 diputuskan oleh parti Islam itu sendiri.

"Kalau tidak ada PAS, tak ada logo atau watikah, mereka tak akan menang. Malah mereka tak boleh jadi calon untuk bertanding pun pada pilihan raya," kata Khairudin.

Selangor tak guna duit tabungan struktur industri air

Posted: 24 Aug 2015 05:20 AM PDT

Oleh: NAEEM RAFFI


SHAH ALAM,: Kerajaan Selangor tidak menggunakan duit tabungan untuk mengambil alih semula industri air Selangor, kata Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

Sebaliknya, Zaidy berkata pengambil alihan itu melalui kaedah pajakan aset syarikat konsesi terlibat bernilai RM2 bilion kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Zaidy"Manakala RM7.65 billion adalah jumlah liabiliti dipinjam syarikat konsesi air iaitu Syabas, Abass dan Puncak Niaga. Liabiliti itu dalam bentuk bon dan ianya digunakan untuk membangunkan aset air syarikat konsesi.

"Namun apabila Kerajaan Negeri mengambil alih syarikat konsesi ini, liabiliti berserta aset yang dibina menggunakan bon (RM2 billion) tersebut akan dipindahkan kepada Pengurusan PAAB.

"Air Selangor pula akan menyewa semula aset itu dari PAAB untuk digunakan. Ini adalah sebagaimana digariskan dalam Water Services Industry Act (WSIA) yang dibuat dan digubal di Parlimen," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai pencerahan terhadap isu RM7.65 bilion melibatkan penstrukturan industri air di Selangor.EZY


Kaji Dahulu Berita Di Media Sosial Sebelum Jadi Fitnah - Idris Haron

Posted: 24 Aug 2015 05:18 AM PDT

RAKYATNEWS


idris haron, menteri besar melaka


KUALA LUMPUR - Segala berita buruk terhadap Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di media sosial boleh mendatangkan fitnah sekiranya tidak dikaji terlebih dahulu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron berharap fitnah dilaman media sosial akan dapat diberhentikan selepas menyarankan agar semua pihak dapat mendoakan supaya berita keburukan mengenai Najib merupakan satu fitnah.

"Kita bersama-sama berdoa supaya Datuk Seri Najib berjaya melepasi halangan ini.

"Saya katakan begitu kerana apa sahaja yang diberitakan di dalam media sosial adalah mempunyai unsur fitnah, mehna dan tribulasi.

"Marilah kita berazam supaya fitnah itu terhenti dihujung jari  kita," katanya ketika berucap merasmikan 
UMNO Bahagian Wangsa Maju di Hotel Grand Season di sini, hari ini.

Persidangan itu dihadiri lebih 300 perwakilan di setiap peringkat.

Turut serta termasuk Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Dr. Mohd Shafie Abdullah.

Beliau menjelaskan, menjadi lumrah seorang pemimpin nombor satu negara seperti Najib tidak terlepas daripada tohmahan dan fitnah dari pelbagai pihak demi kepentingan politik peribadi.

Katanya, situasi Najib pernah berlaku kepada mana-mana Presiden UMNO sebelum ini termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

"Datuk Onn Jaafar yang merupakan pengagas UMNO telah dituduh sebagai pengkhianat  sehingga meninggalkan parti.

"Tunku Abdul Rahman berhadapan dengan situasi yang lebih getir yang akhirnya terpaksa meletakkan jawatan.

"Begitu juga dengan Tun Razak apabila dicabar berkali-kali oleh Datuk Harun Idris sehingga Tun Razak meninggal.

"Malah Tun Hussein Onn juga berhadapan dengan kekakangan politik  sehingga terpaksa meletakkan jawatan ketika beliau berada di dalam kekuatan yang maksima iaitu mengagaskan Amanah Saham Nasional yang kita nikmati kemakmurannya sehingga hari ini.

"Tun Mahathir juga berhadapan dengan situasi yang kritikal sehingga UMNO diharamkan tetapi kita berjaya melepasi halangan itu.

"Tun Abdullah Ahmad Badawi turut terkena tempias apabila dikatakan tidak bermaya untuk memimpin dan akhirnya beliau melepaskan jawatan," katanya.


Gambar Stacy Peluk Islam Tersebar

Posted: 24 Aug 2015 05:13 AM PDT

RAKYATNEWS





Khabar angin mengenai pengislaman Penyanyi terkenal, Stacy terjawab apabila salah seorang peminatnya telah mengesahkan perkara itu menerusi laman sosial.

Stacy yang memeluk agama Islam baru-baru ini didakwa telah hadir ke Jabatan Agama Islam bersama Ibunya dan teman lelaki, Akim Ahmad.
 
 
Peminat Stacy itu turut memaklumkan bahawa Stacy memilih nama Ummu Syaikhah Stacy Abdullah sebagai nama Islam beliau.

Setakat ini, tiada lagi sebarang pengesahan dari pihak Stacy berhubung perkara itu.

Spekulasi mengenai pengislaman Stacy mula hangat apabila Akim sendiri memaklumkan bahawa kekasihnya itu sedang mendalami agama tersebut.


Orang Melayu Terus Dibangsatkan ?

Posted: 24 Aug 2015 05:07 AM PDT



Oleh Abu Hassan Adam 


Orang Melayu kurang membaca. Aku tak kata semuanya begitu. Namun apa yang aku perhatikan kebanyakannya begitulah. Aku tak berapa hairan sekiranya keadaan sebegini berlaku di kawasan desa sebab aku sedar bahawa terlalu sukar untuk medapatkan bahan-bahan bacaan yang bermutu di sana. Yang aku merasa pelik ramai yang berada di Kuala Lumpur juga amat kurang mendekatkan diri dengan sumber ilmu yang amat berguna ini.

Aku membuat kesimpulan sebegini ekoran dari kemelut politik yang berlegar dengan 'panas'nya di negara kita kini. Berbagai cerita yang 'tak masuk akal' berlegar di negara kini yang berhubung kait dengan isu IMDB dan wang berjumlah RM 2.6 billion ringgit yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi DS Najib. Berbagai 'cerita rekaan' telah muncul. Aku masih mengatakan 'cerita rekaan' kerana tidak terbukti kesahihannya dan boleh dipertikaikan.

Yang anihnya, walaupun cerita rekaan, namun ahli UMNO di semua peringkat semacam begitu yakin dan percaya dengan 'cerita rekaan' yang disampaikan oleh pemimpin mereka sehinggakan DS Najib sendiri merasakan bahawa penjelasan berkaitan dengan IMDB dan Wang RM 2.6 billion eloklah disampaikan kepada ahli UMNO secara tertutup. Mungkin pada pandangan beliau, hanya golongan UMNO sebegini sahaja yang mahu 'mengangguk' mengiakan apa saja yang diperkatakannya.

Tetapi soalnya, DS Najib bukanlah Perdana Menteri bagi ahli UMNO semata-mata. DS Najib adalah milik rakyat Malaysia seluruhnya dan setiap rakyat berhak untuk mengetahui keadaan sebenarnya tentang apa yang berlaku kepada IMDB dan keadaan sebenar-benarnya berkaitan dengan wang RM 2.6 billion yang tersimpan dalam akaun peribadi beliau.

Rakyat pada umumnya tentu tidak begitu yakin dengan penjelasan seorang pemimpin UMNO yang mengatakan wang sebesar itu jumlahnya dihadiahkan kepada DS Najib semata-mata untuk memerangi pihak Yahudi dan ISIS. Walaupun ada segelintir kecil masyarakat di Malaysia kini yang masih mengangguk dengan apa juga penjelasan yang diberikan, namun sebahagian besar rakyat Malaysia masih tidak yakin dengan penjelasan sedemikian.

Betul-betul menghairankan kita bahawa masih ada lagi golongan masyarakat ( orang Melayu) yang boleh percaya dan yakin dengan berbagai 'cerita rekaan' yang disampaikan oleh pemipin UMNO kepada mereka tanpa keraguan. Dan keadaan sedemikian bukan saja berlaku kepada golongan akar umbi UMNO peringkat kampung dan desa tetapi ada juga pemimpin UMNO peringkat bahagian di kawasan bandar yang tolong menyebarkan 'cerita rekaan' itu kepada pengikutnya. Dan pengikut mereka terus mengangguk tanda setuju.

Suasana sebegini amat membimbangkan. Bimbang dengan keadaan orang Melayu yang semacam tidak banyak berubah setelah setengah abad mencapai kemerdekaan. Seolah-olah orang Melayu ( yang diwakili oleh ahli UMNO misalnya) masih tidak mahu melakukan anjakan paradigma, dari keadaan yang dianggap kolot dan kuno kepada suatu keadaan yang boleh dapat memperlihatkan yang orang Melayu itu telah berubah.

Seingat aku semacam tidak banyak perubahan yang dapat dilihat jika dibandingkan zaman arwah emak aku menganggotai UMNO ( 1950an) dengan keadaan pemikiran ahli UMNO kini. Semenjak zaman berzaman mesyuarat UMNO peringkat cawangan atau bahagian adalah seperti pesta-pestaan memuji dan memuja 'pemimpin' yang disudahi dengan jamuan makan. Mungkin ada mesyuarat UMNO yang membincangkan isu-isu serious tentang kedudukan dan kelangsungan kehidupan bangsa Melayu, namun dapat dikatakan bahawa tidak banyak mesyuarat UMNO yang bersifat demikian.

Malah Persidangan Agung UMNO (PAU) yang diadakan di PWTC dapat memberikan gambaran bagaimana mesyuarat UMNO peringkat cawangan dan bahagian dijalankan. Aku tidak mengatakan bahawa PAU yang diadakan saban tahun di PWTC tidak langsung memberikan manfaat kepada perjuangan bangsa dan negara, tetapi aku merasakan bahawa stelah puluhan tahun PAU diadakan tentulah perlu mengadakan perubahan yang lebih besar dan drastik demi kelangsungan dan kemajuan bangsa Melayu.

Tentulah lebih banyak dan lebih bererti boleh dilakukan oleh ahli UMNO dalam usaha memajukan bangsa dan negara. Tentulah PAU boleh mengubah cara berfikir perwakilan yang hadir di persidangan berkenaan.

Aku terkejut dan terperanjat apabila mendapat tahu bahawa masih ada lagi mesyuarat UMNO peringkat bahagian dan cawangan yang masih mengikut 'format' mesyuarat tahun-tahun 1950an dan 1960an.

Seolah-olah ahli UMNO begitu 'malu' dan 'segan' untuk mengadakan perubahan ke arah sesuatu yang boleh mengubah kehidupan orang Melayu. Semacam tidak dapat diramalkan langsung bilakah akan ada perubahan dari segi cara berfikir ahli UMNO sedemikain.

Adalah dirasakan bahawa punca yang menyebabkan pemimpin dan ahli UMNO tidak melakukan perubahan ialah keengganan mereka untuk merapatkan diri dengan pembacaan. Agak tidak keterlaluan sekiranya aku mengatakan bahawa kebanyakan ahli UMNO kurang membaca. Lantas dengan sebab itu mereka agak 'renggang' dengan perkembangan ilmu yang meledak dalam zaman globalisasi ini.

Kebanyakan ahli UMNO hanya tahu 'meminjam' ucapan dan ungkapan sebagaimana yang dilafazakan oleh pemimpin mereka (yang juga kurang membaca). Lalu 'trend' kurang membaca ini berlanjutan daripada pemimpin peringkat kebangsaan kepada peringkat bahagian dan seterusnya ke peringkat cawangan.

Persoalannya ialah bagaimanalah para ahli UMNO peringkat akar umbi mampu untuk berfikir secara kritis sekiranya pemikiran mereka tidak sedikit pun 'dicanai' oleh bahan-bahan bacaan yang bermutu yang memboleh mereka bertindak secara rasional. Selama mana lagi agaknya keadaan sebegini akan berterusan.

Apakah orang Melayu akan terus dibangsatkan…..abuhassanadam 

Sokong Undi Tak Percaya Pada Najib

Posted: 24 Aug 2015 05:01 AM PDT



Oleh Dato'Mahfuz Hj Omar


1.Sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena saya bersetuju dengan cadangan yang sedang hangat diperkatakan oleh semua pihak tentang perlunya undi tidak percaya pada Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri. Isu ini timbul menjadi perbualan hangat semua pihak selepas secara tiba tiba TPM Datuk Zahid Hamidi mendedahkan kononnya ada komplot untuk menggulingkan kerajaan. Pada hal bukan kerajaan yang nak digulingkan tetapi Perdana Menteri Najib Razak yang nak diturunkan.

UNDI TAK PERCAYA PERLU UNTUK SELAMATKAN NEGARA.

2.Keadaan Politik salahguna kuasa dan ekonomi negara yang makin meruncing memerlukan suatu perubahan segera bukan hanya kepada seorang PM tetapi memerlukan perubahan terhadap institusi awam dan memastikan konsep pemisahan kuasa benar benar terlaksana. Najib sudah dilihat melakukan jenayah demokrasi dengan mencabuli konsep pemisahan kuasa untuk melindungi jenayah kewangan 1MDB yang membebankan rakyat dan negara.

3.Pendedahan yang dibuat oleh Datuk Abdul Hamid Bador bekas timbalan pengarah cawangan khas PDRM adalah sesuatu yang sangat serius bagaimana institusi penguatkuasaan dan perundangan negara sedang dikawal untuk mengikut telunjuk pemimpin negara bagi melindungi jenayah 1MDB dan penjenayah berprofil tinggi dari didakwa. Undi tidak percaya terhadap Najib suatu yang sangat mendesak dan segera demi menyelamatkan negara dan rakyat dari keadaan yang lebih buruk.

4.Atas asas inilah saya mengambil pendirian untuk menyokong sebarang usaha dari mana mana pihak dikalangan ahli Parlimen yang mendapat kepercayaan majorati ahli Parlimen untuk menyegerakan usaha undi tidak percaya terhadap PM Najib. Apa yang penting suatu perundingan dari kalangan ahli Parlimen dan parti politik perlu dibuat untuk mencapai kesepakatan tentang apa yang perlu dilaku dan dicapai dalam tempoh kerajaan peralihan. Apa yang penting ialah semua pihak perlu mendahulukan rakyat dan Malaysia daripada kepentingan parti atau kelompok yang akhirnya menjemukan rakyat terhadap pemimpin politik.

"SEHATI SEJIWA BERSAMA RAKYAT SELAMATKAN MALAYSIA."

(*) Dato'Mahfuz Hj Omar.Ahli Parlimen Pokok Sena.

Fitnah “DAP dibiayai Yahudi”: DAP mahu polis ambil tindakan terhadap UMNO

Posted: 24 Aug 2015 04:57 AM PDT

11831740_1205559666127636_78792010440135309_n

Roketkini.com


BAGAN,  Pimpinan UMNO sudah hilang akal kerana bersikap "desperado" apabila pemimpinnya seperti Ketua Bahagian UMNO Sri Gading, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, membuat fitnah jahat dan tidak masuk akal kononnya DAP dibiayai Yahudi.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata pihak DAP akan membuat laporan polis mendesak tindakan diambil ke atas tuduhan fitnah yang tidak berasas itu.

Katanya, Abdul Aziz yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan sanggup memfitnah semata-mata mahu menutup skandal RM42 bilion 1MDB dan "derma" politik RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun persendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihan raya umum ke-13 pada 2013.

Ujar beliau, Abdul Aziz mendakwa "derma" RM2.6 bilion diberi kepada Najib untuk membiayai perjuangan melawan DAP "yang dibiayai Yahudi".

Menurut hujah merepek Abdul Aziz, jika UMNO kalah dalam pilihan raya, DAP yang disokong Yahudi akan berkuasa, dan kalau "kerajaan Islam Malaysia" tumbang, rosak perjuangan Islam seluruh dunia, tambah beliau.

"Tidak waras dan tidak logik langsung bahawa DAP boleh berkuasa bila hanya bertanding dalam 51 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen. Menang semua pun tak mungkin jadi parti terbesar, apatah lagi berkuasa.

"DAP hanya berdepan dengan calon UMNO dalam dua kerusi Parlimen, di mana DAP menang satu dan kalah satu. Tak kan perlu RM2.6 bilion untuk lawan DAP dalam dua kerusi Parlimen?

"Kalau begitu betapa banyak lagi dibelanjakan oleh UMNO dalam pertandingan kerusi-kerusi parlimennya yang lain?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, jelas UMNO sudah hilang idea memerintah dan hanya mahu menutup kerakusan kuasa dan skandal rasuah dalam kerajaan.

Oleh itu, katanya, mereka akan membuat fitnah besar yang bodoh tentang konspirasi Yahudi bersama dengan DAP, yang jelas tidak masuk akal sama sekali.

"Adalah lebih baik jika kerajaan persekutuan BN menjelaskan mengapa mereka berhubung dengan syarikat kewangan besar antarabangsa yang dimiliki oleh Yahudi dalam urusan kewangan 1MDB," ujarnya.

Minggu lalu Ketua Bahagian UMNO Kuantan, Wan Adnan Wan Mamat, pula mendakwa sumbangan RM2.6 bilion kepada Najib adalah dari Arab Saudi kerana menghargai peranan Perdana Menteri melawan kumpulan militan ISIS, ISIL atau IS (Islamic State).

Hujah itu juga tidak munasabah kerana wang itu diberikan sejurus sebelum PRU13, iaitu pada Mac 2013 sedangkan IS/ISIS/ISIL hanya ditubuhkan sebulan selepas itu, iaitu pada April 2013, sebagai kumpulan serpihan Al-Qaeda.

Malah, lebih setahun selepas itu, Najib pada Jun 2014, dilaporkan memuji perjuangan IS/ISIS/ISIL dengan menggesa UMNO mencontohi perjuangan kumpulan militant tersebut. – Roketkini.com


Tema Hari Merdeka: Kerajaan BN buli, sabotaj Pulau Pinang

Posted: 24 Aug 2015 04:56 AM PDT

pix-guan-eng

 Roketkini.com


GEORGE TOWN: Sejak lima tahun berturut-turut, tema Hari Merdeka peringkat negeri Pulau Pinang sentiasa berbeza dengan peringkat Persekutuan. Namun ia tidak pernah menjadi isu, malah diterima baik oleh Kerajaan Pusat.

Tiba-tiba sekarang pimpinan UMNO-Barisan Nasional dilihat mahu mempolitikkan isu tersebut.
Tema Merdeka tahun ini untuk Persekutuan adalah "Sehati Sejiwa" manakala Pulau Pinang "Bersih, Cekap, Amanah".    

Tema Hari Merdeka 2008 – 2015
TAHUN (Kali ke-)                                               TEMA
PULAU PINANGPERSEKUTUAN
2008 (51)Perpaduan Teras KejayaanPerpaduan Teras Kejayaan
2009 (52)1 Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan1 Malaysia:Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
2010 (53)Merdeka1 Malaysia: Menjana Transformasi
2011 (54)Kerajaan Berjiwa Rakyat Memartabatkan Rakyat1 Malaysia: Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera
2012 (55)Budaya Bersih Merdekakan RakyatJanji Ditepati
2013 (56)Negaraku Selamat, Bersih, Hijau dan SihatNegaraku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku
2014 (57)Bersatu dan MajuMalaysia:Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
2015 (58)Bersih, Cekap, Amanah# Sehati Sejiwa

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah mengeluarkan pekeliling mengarahkan semua sekolah di negeri itu supaya tidak mengambil bahagian dalam apa-apa perayaan atau perarakan Merdeka ke-58 kerana kerajaan negeri telah memilih "Bersih, Cekap, Amanah" sebagai tema Merdeka tahun ini.

"Mengapa tiada larangan dikenakan sejak 2010 tetapi hanya sekarang? Ini adalah sabotaj bermotifkan politik," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, kedua-dua Menteri Pendidikan baru, Datuk Seri Mahdzhir Khalid dan timbalannya Senator Datuk Chong Sin Woon harus dikutuk kerana menterbalikkan dasar pendidikan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan cuba mengaitkan perkataan "Bersih" dengan protes aman yang dianjurkan pada 29-30 Ogos untuk membantah rasuah dan RM2.6 bilion yang disimpan dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

"Ini merupakan semata-mata satu tindakan politik remeh yang tidak matang kerana perkataan 'Bersih' digunakan dalam tema 'Bersih, Cekap, Amanah'. Adakah 'Bersih' kini satu perkataan yang kotor, kesat dan lucah yang juga mesti diisytiharkan haram?" soal beliau.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, permainan politik tidak wajar menghancurkan harapan kanak-kanak sekolah yang tidak bersalah yang sudah biasa mengambil bahagian dalam sambutan Hari Merdeka setiap tahun.

Ini jelas perubahan daripada arah pendekatan Muhyiddin yang sebelum ini membenarkan kerajaan negeri Pulau Pinang memilih tema Merdeka sendiri tanpa apa-apa larangan kepada kanak-kanak sekolah yang mengambil bahagian, tambah beliau.

"Pengharaman ini adalah tidak logik, tidak rasional dan juga tidak bertanggungjawab memandangkan tema Bersih, Cekap, Amanah berasal daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, semasa beliau mula mengambil alih jawatan pada tahun 1981.

"Bersih, Cekap, Amanah juga digunakan secara meluas dalam kepala surat kerajaan sebagai peringatan untuk menjadi bersih dan tidak rasuah.

"Mungkin Bersih, Cekap, Amanah telah memastikan tidak ada sumbangan RM2.6 bilion yang disimpan di dalam akaun peribadi Mahathir. Apakah Mahdzhir dan Kementerian Pendidikan kini mengatakan bahawa Tun Dr Mahathir adalah anti-nasional?" ujar beliau.

Beliau menambah, Kerajaan Persekutuan bersikap tidak munasabah dan membuli kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mengharamkan tema Kerajaan BN sendiri pada tahun 1980an, iaitu "Bersih, Cekap, Amanah".

Justeru, katanya, murid-murid sekolah Pulau Pinang akan dikorbankan secara sia-sia apabila mereka dilarang daripada mengambil bahagian dalam sambutan Merdeka ke-58 hanya kerana perkataan yang kini dianggap bahaya oleh BN, iaitu "Bersih, Cekap, Amanah", yang nampaknya juga dianggap oleh BN sebagai tidak sesuai untuk kanak-kanak. – Roketkini.com


ADUYAI...DULU HARAM JADAH DAN BANGANG, KINI BANGSAT PULAK!!

Posted: 24 Aug 2015 01:36 AM PDT

shahbudindotcom



Walaupun Perdana Menteri, Najib Razak berasal daripada keluarga bangsawan dan merupakan anak Tun Razak yang disanjungi ramai, perkataan-perkataan yang keluar dari mulutnya kadangkala tidak sepadan dengan asal usulnya.

Ini kerana biasanya anak-anak bangsawan diajar berbudi bahasa dan menggunakan perkataan-perkataan yang lembut dan tidak kasar, sesuai dengan keperibadian mereka yang dipandang tinggi, bahkan sesuai dengan penampilan yang sentiasa berpakaian mahal dan menjamah makanan yang berkualiti setiap hari.

Jarang benar kita lihat anak-anak bangsawan mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sesuai dengan penampilan mereka, apatah lagi jika sudah berjawatan Perdana Menteri.

Jika pun seseorang itu sudah menjadi bangsawan melalui kedudukan yang berjaya diraihnya, mereka juga sudah tentu akan menjaga budi bahasa dan perlakuannya.

Lihat saja Tun Hussein, Tun Mahathir dan Tun Abdullah, baik ketika berbual secara peribadi, mahu pun dalam pengucapan awam, tidak pernah sama sekali mengeluarkan perkataan-perkataan kasar yang boleh merendahkan keperibadiannya.

Tetapi lain benar dengan Najib ini. Menggunakan perkataan kasar bukan pertama lagi dilakukannya. Semalam beliau menggunakan perkataan "bangsat" kepada orang-orang Melayu sebagai ingatan sekiranya UMNO hilang kuasanya.

Sebelum ini, ketika mengecam para peneroka Felda yang menentang penyenaraian saham Felda Global Ventures atau FGV di Bursa Malaysia, Najib menggelarkan mereka sebagai "haram jadah" kerana kononnya menolak nikmat yang cuba diberikan oleh kerajaan.

Tetapi hari ini semua orang tahu nilai saham FGV di pasaran hanya tinggal tidak sampai RM2 berbanding harga permulaannya RM4.55 ketika mula-mula disenaraikan dahulu.

Siapa yang "haram jadah" sebenarnya? Itu belum dikira dengan pelbagai skandal pembelian hartanah Felda di luar negara menggunakan duit peneroka sehingga turut mengundang SPRM menyiasat dan menahan reman beberapa orang yang disyaki mengaut keuntungan daripadanya. 

Sejak kebelakangan ini, Najib sendiri sudah lama tidak menyebut mengenai  FGV ini. Mujur juga para peneroka masih berbudi bahasa tidak memulangkan semula perkataan "haram jadah" itu kepada Najib.

Kemudian ketika melahirkan rasa kesal kepada blogger-blogger UMNO yang menerima upah tetapi tidak menpertahankan parti dengan sewajarnya, beliau menggelarkan mereka sebagai "bangang".

Blogger-blogger "bangang" ini, kata Najib, lebih ghairah menembak pemimpin sendiri daripada menyerang pihak lawan. Ramai blogger upahan UMNO tersipu-sipu malu dengan gelaran itu.

Daripada "haram jadah" dan "bangang",  kini perkataan "bangsat"  pula keluar dari mulut Najib. Akan datang, entahlah....mungkin perkataan dahsyat yang mencarut dan memaki hamun pula akan digunakannya.

Dalam kes "bangsat"  ini, bukan saja perkataan itu tidak sesuai diucapkan oleh bibir merah jambu seorang Perdana Menteri kerana ia terlihat kasar dan hanya sesuai diucapkan di tepi-tepi jalan oleh bibir-bibir hitam dan kotor, "kebangsatan"  orang Melayu juga bukanlah semata-mata kerana ketiadaan lagi kuasa yang dimiliki oleh UMNO.

Orang Melayu di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang tidak pula kelihatan "bangsat" walaupun negeri-negeri tersebut bukan diperintah oleh UMNO?

Malahan ramai Melayunya yang lebih gembira, makan lebih berselera dan ketawa lebih kuat berbanding mereka yang tinggal di negeri yang dikuasai oleh UMNO.

Tidak ternampak sama sekali mereka sebagai Melayu yang "bangsat" atau terpinggir daripada rumah yang selesa kepada menghuni bawah kolong atau gelandangan jadinya.

Lebih dari itu, kalau mahu dihitung satu persatu, UMNOlah yang lebih lebih banyak "membangsatkan" bangsanya sendiri berbanding parti-parti lain di negara ini.

Melalui kuasa yang dimilikinya, siapakah sebenarnya yang lebih mengkhianati tanah, saham, permit dan sebagainya yang sepatutnya untuk mengukuhkan ekonomi Melayu tetapi dilencongkan untuk kepentingan kelompok sendiri dan menjualnya kepada bangsa lain?

Ditambah dalam era kepimpinan Najib sekarang yang tidak perlu disenaraikan lagi satu persatu caca marba dan celarunya, UMNO bukan saja sedang menuju zaman gelap, bahkan rakyat lebih ditekan lagi kehidupannya dengan pelbagai beban seperti pemansuhan subsidi, GST, kenaikan kos hidup dan sebagainya, kononnya atas nama kepentingan negara.

Isu 1MDB dan derma RM2,600 juta pula serta merta menjadikan nama negara dan pemimpinnya sebagai bahan cemuhan dan olok-olok di seluruh dunia. Daripada bangsa yang disanjung dan dihormati dengan pelbagai keupayaannya sebelum ini, Najib sebaliknya menjadikan nama negara tidak lagi indah di mana-mana.

Tidakkah malu jika wang RM2,600 juta pun kita bangga sebagai derma dan kemudian menjajanya seolah-olah itulah dana penyelamat bangsa?

Lebih malu apabila SPRM mengatakan ia hanya mengesahkannya sebagai derma saja tetapi masih belum menutup penyiasatannya lagi. Bukankah dalam takrifan SPRM, derma juga sebahagian daripada rasuah?

Hakikatnya, Najiblah yang lebih membawa "kebangsatan"  kepada Melayu itu sendiri.  Negara dan UMNO lebih mudah dipulihkan jika beliau tidak lagi menjadi ketuanya. 

Yang menentukan Melayu jadi "bangsat" atau sebaliknya bukanlah sangat disebabkan UMNO hilang kuasa atau tidak, tetapi lebih ditentukan oleh jenis pemimpinnya.

Ridhuan Tee kecam ultra kiasu dalam BN

Posted: 24 Aug 2015 01:20 AM PDT

 
Beliau mempersoalkan keberanian ultra kiasu menuntut yang bukan-bukan daripada kerajaan dan bersikap rasis.


ridwan-tee,-utra-kiasu


PETALING JAYA: Pendakwah bebas, Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengecam ultra kiasu dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) yang didakwa semakin berani membuat tuntutan yang bukan-bukan.

Katanya, ultra kiasu juga semakin berani membuat kenyataan berbaur perkauman.

"Apabila ditanya wartawan apakah agenda utamanya? Maka jawapannya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menjadi keutamaan.

"Apabila menteri Melayu mahu mewujudkan Low Yat 2 (Mara), terus dituduh rasis. Kenapa kita tidak bertindak sebagai negarawan," tulisnya di ruangan rencana di akhbar Sinar Harian.

Beliau juga menyelar tindakan terbaru ultra kiasu dalam BN yang mendesak supaya kandungan buku teks sejarah tahun empat hingga enam dirombak semula selepas dikatakan terlalu keislaman dan kemelayuan.

"Segerombolan pakar sejarah mereka telah menghantar memorandum mengandungi lebih 80 perkara agar fakta buku teks sejarah yang baharu diperkenalkan kepada semua sekolah rendah diubah.

"Mereka mahukan sejarah ditulis mengikut konsep sama rata dan sama rasa. Jika sumbangan Melayu satu, sumbangan mereka juga satu.

"Tidak boleh ada kredit kepada pihak-pihak tertentu, Kasihan orang Melayu Islam, setengah mati memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan, tiba-tiba sumbangan mereka mahu dinilai sama rata dan sama rasa," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan kepada parti politik Melayu (Islam), jika mahu memastikan tampuk kuasa terus dipegang, maka jangan terus mencipta kelemahan dan membuat masalah yang memudahkan terperangkap.

Mesyuarat UMNO dah jadi drama sinetron – Anina

Posted: 24 Aug 2015 01:02 AM PDT

 
Tidak mustahil mesyuarat UMNO bahagian bertukar pula menjadi cerita kartun kerana penerangan berbeza isu derma RM2.6 bilion.

VIDEO INSIDE
 
anina


PETALING JAYA: Mesyuarat UMNO bahagian yang sedang berjalan sejak beberapa minggu lalu di seluruh negara telah menjadi seperti drama sinetron yang popular di kaca televisyen.

Dakwaan itu dibuat oleh Ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saaduddin yang terkenal dalam sekelip mata selepas rakaman ucapannya mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi viral.

Katanya, perwakilan UMNO yang menghadiri mesyuarat bahagian telah disajikan dengan versi penerangan yang berbeza-beza oleh pemimpin UMNO terutama isu derma RM2.6 bilion yang diterima oleh Presiden parti.

Katanya, tidak mustahil mesyuarat UMNO akan bertukar daripada drama sinetron kepada cerita kartun sekiranya penerangan berbeza itu berterusan.

"Mesyuarat itu (mesyuarat UMNO bahagian) hanya menerangkan (derma RM2.6 bilion) untuk politik, pilihan raya, Islamic State (ISIS), Yahudi dan selepas ini apa pula.

"Jangan sampai musim 'sinetron' ini akan menjadi musim kartun," katanya dalam satu temubual yang dimuat naik di laman YouTube.

Sehubungan itu, Anina menggesa Najib supaya untuk tampil dan memberi penerangan yang jelas kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ini kerana, katanya, Perdana Menteri bukan sahaja berdepan dengan tiga juta ahli UMNO tetapi dengan 28 juta rakyat Malaysia.

"Sama ada mereka layak atau tidak mengundi, mereka berhak untuk tahu perkara yang sebenar kerana ini melibatkan parti yang memerintah," katanya.


SUHAKAM nasihat jangan bawa kanak-kanak sertai BERSIH 4.0

Posted: 24 Aug 2015 12:59 AM PDT

 
Seramai 20 pegawai SUHAKAM akan ditugaskan untuk memantau tindakan pihak berkuasa dan peserta perhimpunan.


suhakan,bersih


KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menasihatkan peserta BERSIH 4.0 supaya tidak membawa kanak-kanak menyertai perhimpunan itu akhir bulan ini.

Pesuruhjaya SUHAKAM, James Navagam berkata, peserta juga dinasihatkan supaya tidak merosakkan Dataran Merdeka dan harta benda awam.

"Berdasarkan himpunan BERSIH sebelum ini, terdapat mereka yang membawa kanak-kanak, ia harus dielak. Mereka juga seharusnya tidak merosakkan Dataran Merdeka.

"Penganjur dan peserta juga mesti bertangunggjawab terhadap isu yang mereka bawa dan memastikan keselamatan pihak yang terlibat terjamin," katanya pada sidang media pada Isnin.

James berkata, SUHAKAM akan menugaskan 20 pegawai untuk memantau tindakan pihak berkuasa dan peserta perhimpunan.

"Kita akan memantau sama ada mereka mematuhi kewajipan untuk berhimpun," katanya sambil menambah SUHAKAM itidak akan menyebelahi mana-mana pihak dalam isu ini.

Katanya, SUHAKAM juga akan membuat laporan mengenai himpunan BERSIH 4.0 berdasarkan pemerhatian petugas suruhanjaya bebas itu.

Saya berpegang teguh prinsip jangan mencuri duit orang- PM

Posted: 24 Aug 2015 12:57 AM PDT

 
Beliau sedia memberi penerangan isu derma RM2.6 bilion kepada ahli UMNO dengan syarat ia dibuat secara tertutup,


najib,dana


PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berpegang teguh kepada prinsip 'tidak mencuri duit orang' dalam mencari dana untuk menggerakan parti.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, dana politik itu juga akan dipastikan tidak menyalahi undang-undang.

"Dalam usaha mendapatkan dana politik, saya berpegang teguh kepada beberapa prinsip penting iaitu jangan mencuri duit orang dan tidak menyalahi undang-undang," tulisnya menerusi entri terbaru blognya  najibrazak.com.

Najib berkata, beliau bersedia membuat penerangan kepada ahli UMNO secara terperinci berhubung derma RM2.6 billion yang diperolehinya dengan syarat ia dibuat secara tertutup.

Katanya, perbincangan secara terbuka mengenai dana itu akan merosakkan parti UMNO itu sendiri.

"Saya ada hak sebagai Presiden parti dan ketika saya menjadi Timbalan, saya tidak pernah menyoal Presiden parti mengenai dana yang diperoleh untuk UMNO.

"Saya dipilih oleh perwakilan melalui sistem yang paling demokratik dalam UMNO tanpa undi bonus atau kuota.

"Selagi ahli UMNO pilih dan mahu saya, saya tetap akan terus memimpin UMNO," katanya.

Mengulas lanjut, Najib berkata beliau akan berusaha untuk mencari dana parti bagi memastikan jentera parti dapat bergerak dengan baik.

"Saya telah lama dalam politik, lebih 40 tahun, dan saya akan terus mempertahankan maruah dan kepentingan UMNO.

"Tun Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) sendiri mengakui di dalam buku Transparency International, di mana dia sebut 'every political party needs money'," katanya.

Siapa pakar sebenar guna ‘pintu belakang’?

Posted: 24 Aug 2015 12:45 AM PDT

Oleh Mohammad Fakhrurrazi Mohd Rashid

Mungkin rakyat lupa BN pernah menjatuhkan kerajaan negeri Perak pada tahun 2009 melalui 'pintu belakang'


pintu--belakang


Berita tentang pemimpin UMNO/BN menghasut ahli-ahli partinya untuk tidak melawan 'kerajaan' telah menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Istilah 'pintu belakang' untuk menggulingkan kerajaan menjadi senjata utama pemimpin UMNO/BN menanam rasa takut dan gelisah dalam ahli partinya sendiri. Namun, kenyataan pemimpin UMNO ini meletakkan kesalahan besar menjatuhkan kerajaan sebenarnya mencerminkan kesempitan pengetahuan dan pemikiran mereka mengenai perbezaan antara 'kerajaan' dan 'parti pemerintah' dalam sistem demokrasi berparlimen.
Definisi 'kerajaan' dan 'parti pemerintah'

'Kerajaan' dan 'parti pemerintah' merupakan dua istilah yang berbeza dari segi maksudnya. Kerajaan merupakan sebuah badan yang mengawal dan mengurus pentadbiran negara. Terdapat tiga komponen utama dalam kerajaan sesebuah negara demokratik iaitu badan perundangan (Parlimen), badan eksekutif (Perdana Menteri dan Menteri Kabinet) dan badan kehakiman. Ketiga-tiga komponen ini melambangkan kerajaan sesebuah negara dan bukan hanya pihak eksekutif sahaja.

Maksud 'parti pemerintah' dalam sistem demokrasi berparlimen ialah parti yang memenangi pilihan raya dengan majoriti kerusi di parlimen. Parti yang mempunyai majoriti kerusi ini boleh membentuk sebuah kabinet untuk mengambil alih kuasa eksekutif. Mereka hanya mewakili kerajaan dalam urusan 'eksekutif' dan sebahagian 'legislatif' kerana mereka bertanggungjawab kepada parlimen. Parti pemerintah tidak semestinya kekal sebagai badan eksekutif sekiranya parti yang sedang memerintah kalah dalam pilihan raya atau dengan undi tidak percaya di parlimen.

Perkara ini bermaksud rakyat mempunyai hak untuk menukar 'parti yang memerintah kerajaan' dan kerajaan Malaysia ditadbir oleh parti yang lain. Kesimpulannya, kerajaan Malaysia akan tetap ada, cuma aktor dan pemimpinnya boleh berubah mengikut parti. Jelas menunjukkan bahawa pertukaran kerajaan merupakan satu perkara yang biasa dalam sistem demokrasi berparlimen dan berlaku dibeberapa buah negara seperti Britain, Australia dan Kanada. Tetapi di Malaysia dianggap 'salah' dan berdosa untuk guna pintu belakang. Persoalannya siapa pakar sebenar guna 'pintu belakang' untuk menjatuhkan kerajaan dalam politik Malaysia?

UMNO/BN Pernah Guna 'Pintu Belakang'

Konsep yang dibawa oleh pemimpin UMNO/BN ini sebenarnya telah jauh lari daripada sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Pemimpin BN hanyalah parti pemerintah yang kini menguruskan hal ehwal pentadbiran negara dan rakyat. Badan eksekutif ini bukan sebuah badan yang tertinggi dalam kerajaan Malaysia kerana terdapat badan perundangan dan kehakiman yang akan menyemak, meneliti dan mengimbangi pengurusan badan eksekutif.

Pertukaran parti pemerintah ini pernah berlaku di peringkat kerajaan negeri seperti di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Sabah, dan Terengganu. UMNO/BN sendiri pernah menjatuhkan kerajaan negeri menggunakan 'pintu belakang'. Mungkin rakyat lupa BN pernah menjatuhkan kerajaan negeri Perak pada tahun 2009. Perkara tersebut dibuat sendiri oleh Najib Razak yang menggantikan Tajol Rosli sebagai Ketua UMNO Perak semata-mata untuk menumbangkan kerajaan negeri Perak melalui 'pintu belakang'.

Lebih meragukan lagi apabila dua pemimpin PKR yang mempunyai kes rasuah dengan mahkamah ketika itu iaitu Jamaluddin Mat Razi dan Osman Mohd Jailu mengumumkan keluar parti. Mereka berdua mengishtiharkan diri mereka menjadi ADUN bebas dan kemudian menyokong BN. Jangan mudah terpedaya dengan pemimpin UMNO/BN. Mereka sebenarnya yang pakar pakai 'pintu belakang'!
Undurlah Najib Razak dan UMNO

Perkara penting yang rakyat Malaysia mahukan ialah insan bernama Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Peletakan jawatan ini tidak mungkin akan memecah-belahkan rakyat Malaysia. Tun Abdullah Badawi pernah meletakkan jawatannya tanpa berlaku perkara yang memudaratkan rakyat dan negara. Jadi kenapa Najib Razak tidak boleh membuat perkara sedemikian?

Najib Razak dan rakan-rakan menterinya hanya mendapat sokongan daripada ahli UMNO dan komponen parti BN, bukan rakyat Malaysia! Jika Najib Razak dan ahli UMNO berikrar untuk taat setia kepada parti, rakyat Malaysia pula bersumpah taat setia kepada tanah air untuk mempertahankan negara daripada mereka yang cuba merompak harta negara dan memiskinkan rakyat. Hanya ahli UMNO/BN yang takut untuk berubah dan berhijrah, tetapi bukan rakyat Malaysia!

Kerajaan Malaysia masih ada dan wujud sekiranya UMNO/BN tidak menjadi parti pemerintah. Rakyat Malaysia akan terus hidup seperti biasa walaupun BN tidak lagi menjadi parti pemerintah. Mungkin, penyingkiran UMNO/BN ini lebih membawa makna kepada rakyat dan negara merasai pentadbiran baharu dibawah parti yang berbeza. Cukuplah hampir 58 tahun memerintah negara. Tiba masanya untuk UMNO/BN berehat dan mengambil pencen awal sebelum dipecat oleh rakyat sendiri!- FMT

Mohammad Fakhrurrazi Mohd Rashid adalah pembaca FMT

Mohon maaf atau disaman – kata dua keluarga Anwar kepada Ketua UMNO Kepong

Posted: 23 Aug 2015 11:22 PM PDT

THE RAKYAT POST

 

TRP-Azizah Nurul-Mokh
Wan Azizah dan Nurul Izzah. - Foto arkib TRP/Mokhsin Zamani


KUALA LUMPUR - Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan tuntutan saman terhadap Ketua UMNO Bahagian Kepong Datuk Rizuan Abd Hamid susulan kenyataan beliau yang mendakwa terdapat "berbilion ringgit" dalam akaun bank Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya.

Dr Wan Azizah, Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh bersama anak-anaknya, Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Nurul Izzah, Nurul Nuha dan Mohd Ihsan memfailkan notis tuntutan tersebut kepada Rizuan semalam.

Melalui notis tuntutan yang diedarkan kepada media melalui peguam mereka, Daim & Gamany, Rizuan dituntut mengemukakan permohonan maaf dalam akhbar harian nasional dan menarik balik artikel tersebut sepenuhnya.

Selain itu, Rizuan juga dituntut membayar sejumlah pampasan kerana merosakkan nama dan reputasi keluarga Anwar serta tidak lagi mengulangi kenyataannya.

Beliau juga dituntut untuk menjawap notis berkennaan dalam tempoh 48 jam.

"Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan prosiding undang-undang dikenakan dengan kosnya ditanggung pihak kamu sepenuhnya," kata notis tuntutan tersebut.

Notis tersebut turut memetik kenyataan Rizuan dalam portal berita Astro Awani yang mendakwa Yahudi menggunakan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan ketika berucap pada mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kepong, minggu lepas.

"Pembangkang pakai duit ratusan juta, berbilion. Tiada siapa pun yang mempersoalkan. Tengok saja dalam akaun Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, akaun Nurul Izzah, akaun Nurul Nuha, akaun Mohd Ihsan, berapa juta bilion yang ada dalam akaun itu? Kenapa tidak dipersoalkan?" kata Rizuan dalam ucapannya seperti yang dipetik dalam laporan portal Astro AWANI itu.

Menurut notis tuntutan berkenaan dakwaan Rizuan itu palsu dan fitnah terhadap keluarga Anwar.

Dalam ucapannya, Rizuan turut mendakwa, Yahudi menggunakan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) dan pengarang laman blog Sarawak Report, Claire Brown untuk menjatuhkan kepimpinan kerajaan dengan memanipulasi isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Lihat saja Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid pergi ke hulu ke hilir untuk mempertahankan Datuk Seri Najib Razak daripada serangan puak Yahudi terutama yang mahu menjatuhkan kerajaan Malaysia melalui pintu belakang.

"Mereka mahu jatuhkan kerajaan kita," katanya.

Suhakam sedia pantau Bersih 4

Posted: 23 Aug 2015 11:20 PM PDT

RAJINA DHILLON

 

dataran
Dataran Merdeka antara lokasi yang menjadi tumpuan pihak penganjur Bersih untuk mengadakan perhimpunan yang dijadualkan hujung minggu ini. 


KUALA LUMPUR, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menegaskan pihaknya akan bersikap neutral dalam memantau pihak berkuasa dan peserta perhimpunan Bersih 4 pada hujung minggu ini bermula 29 Ogos hingga 30 Ogos.


Pesuruhjaya Suhakam, James Nagayam berkata, suruhanjaya itu juga akan menyediakan laporan berhubung pemantauan yang akan dibentangkan kemudian dalam satu mesyuarat untuk tindakan lanjut.

"Pasukan kami sedia untuk menjalankan pemantauan dengan peralatan lengkap bagi mencatat perkembangan dua hari itu.

"Kami akan memantau, sediakan laporan dan bentangkan pada mesyuarat suruhanjaya dan mengkaji laporan itu sebelum memutuskan tindakan yang akan diambil," katanya pada sidang media di ibu pejabat suruhanjaya itu hari ini.

Tambahnya, Suhakam akan menghantar 20 pegawainya untuk memantau perhimpunan di Dataran Merdeka dan beberapa pegawai di perhimpunan Sabah dan Sarawak.

TI-M pertikai pengecualian SPRM dalam NRRET

Posted: 23 Aug 2015 11:18 PM PDT

NAWAR FIRDAWS

 

TRP-SPRM-Azrol
TI-M mendakwa pengecualian SPRM adalah petunjuk terma rujukan baru dalam NRRET mengecualikan elemen rasuah dan salah guna kuasa dalam siasatannya. - Foto arkib TRP


KUALA LUMPUR, Adakah pengecualian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada pasukan petugas khas baharu yang mengendalikan siasatan dakwaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menunjukkan kemungkinan elemen rasuah serta salah guna kuasa kini diketepikan?

Itu persoalan yang dibangkitkan badan pemerhati rasuah antarabangsa, Transparency International Malaysia (TI-M), menerusi kenyataan yang dikeluarkan Presidennya, Datuk Akhbar Satar pada Isnin.

"Terdapat banyak sebab untuk turut melibatkan SPRM dalam pasukan berkenaan memandangkan dakwaan dan persoalan yang membelenggu isu 1MDB adalah rasuah serta salah guna kuasa.

"Pengecualian SPRM adalah petunjuk kepada terma rujukan yang baru dalam National Revenue Recovery Enforcement Team (NRRET) yang mengecualikan perkara tersebut disiasat?," soal Akhbar yang pernah berkhidmat sebagai pengarah negeri dalam Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kini dikenali sebagai SPRM.

Katanya lagi, pasukan petugas khas baharu yang menyiasat dakwaan skandal 1MDB dipercayai akan "kehilangan taring" tanpa penyertaan SPRM.

Dengan pengguguran SPRM daripada pasukan NRRET pihak berkuasa dilihat seolah sedang memanipulasi penyiasatan terhadap syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu, termasuk dakwaan kemasukan dana ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

"Jelas tanpa penyertaan SPRM, pasukan penyiasat ini hilang taringnya (atau mungkin tidak relevan) untuk menyelesaikan isu 1MDB dan akaun peribadi perdana menteri," katanya.

Akhbar turut mempersoalkan tindakan melantik Peguam Negara yang baru, mengetuai pasukan petugas khas NRRET yang ditubuhan bagi menyiasat dakwaan terhadap 1MDB.

"Sesungguhnya amat mengejutkan apabila mengetahui pasukan baru itu diketuai oleh Peguam Negara yang baharu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali serta wakil daripada Bank Negara dan polis tetapi tanpa SPRM,"  katanya.

Beliau berkata, dalam pasukan petugas khas sebelumnya, peguam negara tidak mengawal siasatan, tetapi hanya memberikan nasihat dan input perundangan berhubung undang-undang di sekitar penyiasatan itu.

"Kini orang mula mempersoalkan kenapa peguam negara baharu mengambil alih peranan pasukan. Adakah beliau menentukan apa yang perlu dan tidak perlu disiasat atau bagaimana siasatan dilakukan?," katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan tidak mencampuri urusan siasatan SPRM terhadap SRC International.
NRRET dilaporkan dianggotai 5 agensi iaitu Jabatan Peguam Negara, Bank Negara Malaysia, polis, Jabatan Kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Pasukan petugas khas asal dibubarkan pada awal Ogos sejurus selepas Apandi menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara.

Jamal mohon maaf kepada Khaled

Posted: 23 Aug 2015 11:14 PM PDT

RAJVINDER SINGH


khaled
Jamal memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuatnya terhadap Khaled, semalam. - Foto greatermalaysia.com


KUALA LUMPUR, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos memohon maaf kepada Datuk Seri Khaled Nordin, kerana meminta Menteri Besar Johor itu meletak jawatan.


Jamal semalam mengecam tindakan Khaled 'baling batu, sembunyi tangan', kerana meminta ahli Umno Johor menyokong kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, tetapi pada masa sama, membiarkan 'orang-orangnya' mengkritik Najib.

The Star hari ini melaporkan, Jamal menarik balik kenyataan yang dibuatnya semalam dan mendakwa ia adalah pendapat peribadinya yang dibuat dalam sebuah kumpulan tertutup.

Jamal memutuskan untuk memohon maaf, selepas mendapat nasihat Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Semalam, Jamal dilaporkan mendakwa Khaled menyeru ahli Umno negeri itu memberi sokongan kepada Najib, supaya beliau mempunyai kekuatan untuk menyelesaikan isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam tempoh enam bulan.

Tetapi, menurutnya, dalam senyap-senyap, semua jentera kanan Khaled dan anaknya sendiri, Akmal Saufi melancarkan serangan secara terang-terangan terhadap Perdana Menteri.

P. Pinang akur guna tema “Sehati Sejiwa” sambut merdeka – Guan Eng

Posted: 23 Aug 2015 11:01 PM PDT

BERNAMA

 

TRP-LGE-Adib


KUALA LUMPUR, Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini mengambil keputusan untuk menarik balik tema sambutan kemerdekaan peringkat negeri 'Bersih, Cekap, Amanah'.

Keputusan itu diumumkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO tergempar pagi tadi.

Guan Eng berkata, kerajaan negeri akan menggunakan tema 'Sehati, Sejiwa', sama seperti yang diumumkan kerajaan Pusat bagi sambutan kemerdekaan tahun ini.

Tiada ulasan: